Jelajah Pemantun Jelajah Pemantun Jennifer, Khairil Danieal & Izza Adira PISMPBMCITA Kumpulan 1 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau
sama lebur, sama binasa sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk serumpun bak serai, sesusun bak sirih Sama-sama menanggung segala kepayahan yang dihadapi Sama-sama bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara, susah senang dirasai bersama Kehidupan masyarakat yang sentiasa berada dalam situasi saling bersatu hati dan berpadu antara satu sama lain. Senarai Peribahasa
Sungguh harum bunga Melati, Ditanam oleh si anak dara, Tanamkan sikap berbudi pekerti, Agar ikatan sentiasa mesra. Taman indah penuh keajaiban, Tidak jemu mata memandang, Ingin berjaya harus berkorban, Walau cabaran datang menghadang. Burung Murai burung Merbah, Berkicau riang di pokok ara, Hendaklah cekal hendaklah tabah, Agar hidup sentiasa sejahtera. Terbang bebas si kupu-kupu, Di bawah sinar mentari pagi, Elakkan sifat suka menipu, Agar tidak menanggung rugi.
“Wah, pantun yang sangat menarik!” kata Richeal. Kamu sedang berlatih untuk pertandingan apa? Rozita dan Rishijeet menoleh ke arah Richeal sambil tersenyum. “Kami sedang berlatih berpantun untuk Pesta Pantun sekolah nanti” Jawab Rozita. Rishijeet teringat akan syarat pertandingan pantun tersebut. “Kumpulan kami kekurangan seorang ahli. Awak sudi tak menjadi ahli kumpulan kami? Tanya Rishijeet. Richeal berminat tetapi dia tidak pandai melafazkan pantun dengan jelas. “Saya tidak sehebat kamu. Kamu berdua sangat fasih dalam bahasa Melayu ” kata Richeal. Rozita pun menjawab “tidak mengapa Richeal. kita boleh berlatih bersama-sama". “Betul tu, apalah sangat pelat kau tu ” gurau Rishijeet. Mereka pun ketawa. Richeal bersetuju untuk menganggotai kumpulan pantun mereka.
Richeal masih ragu akan potensinya. Rishijeet dan Rozita membuat keputusan untuk membantu Richeal. Bermulalah jelajah si pemantun. Mereka bertiga mengelilingi taman rekreasi. Rishijeet memberikan sebuah buku pantun kepada Richeal. Richeal merujuk contoh pantun yang terdapat dalam buku tersebut. Setelah itu, Rozita dan Rishijeet berbalas pantun sambil membawa Richeal mengelilingi taman. “Kamu sudah membaca contoh pantun kan?” tanya Rozita kepada Richeal. “Marilah melihat persembahan daripada kami berdua” kata Rishijeet.
h Kuah kari kuah laksa, Di masak oleh si nyonya, Hidup harmoni aman sentosa, Agar hidup bahagia selamanya Dari pekan pergi kota, Singgah pasar membeli keria, Perpaduan menjadi tunjang negara, Aman damai seluruh dunia. Pingat emas pingat gangsa, Harta berharga menjadi rebutan, Bersatu hati setiap masa, Perpaduan abadi menjadi impian.
Richeal: Anak kecil tumbuh dewasa, Suka hajat bersuka ria, Sama lebul sama binasa, Seluruh masyarakat hidup bahagia. “Wah, nampaknya kamu mula pandai melafazkan pantun.” kata Rishijeet. Rozita yang sangat teruja bertepuk tangan sambil tersenyum lalu berkata “Saya rasa awak boleh berpantun,. Cuba baca contoh pantun yang lain pula.” Richeal pun melafazkan serangkap pantun lain dalam buku itu. “Nampaknya kamu boleh ni. ” Kata Rozita. Mereka bertiga bercadang untuk berjumpa dengan guru kelas bagi mendapatkan persetujuan. Bahasa Slanga: lebul - lebur
Pada keesokan harinya, mereka berjumpa Cikgu Khai guru kelas 5 Cita. “Selamat pagi cikgu!” kata mereka. “Selamat pagi, ada apa yang saya boleh bantu?” Jawab Cikgu Khai. Rishijeet memberitahu Cikgu Khai bahawa Richeal ingin mewakili kelas dalam pertandingan pantun. Namun, Cikgu Khai was-was akan kebolehan Richeal. Dia tidak pernah mendengar Richeal berpantun. “Adakah kamu betul-betul berminat Richeal?”. Richeal menganggukkan kepalanya. “Cikgu benarkan tetapi kamu harus buat yang terbaik.” sambil memegang bahu Richeal. “Rozita, Rishijeet, cikgu harap kamu berdua dapat bantu Richeal dan sentiasa bersatu hati. Ibarat kata pepatah sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.” Ujar Cikgu Khai. Mereka pun gembira mendengarnya.
Mereka bertiga sering berlatih bersama-sama. Rozita dan Rishijeet tidak jemu membantu Richeal. Rozita yang mahir melafazkan pantun membantu Richeal dalam membetulkan intonasi. Rishijeet yang kreatif mengajar Richeal mencipta pantun dengan rima menarik. Richeal telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam berpantun dari sehari ke sehari.
Mereka sering berlatih selepas waktu persekolahan tamat. Namun, Richeal masih menghadapi masalah sebutan dan berpantun secara spontan. Dia sering menggunakan bahasa slanga. Tiba gilirannya untuk menyampaikan serangkap pantun. Dia diberikan tema “sahabat” untuk pantun secara spontan. Wahai kawan walau pokai, Dompet kosong tiada wang, Nanti saya tapau tosai, Jangan kita jadi lawan. Bahasa Slanga: pokai (tiada duit), tapau (bungkus)
Rozita dan Rishijeet memandang antara satu sama lain. Pantun yang dilafazkan Richeal kurang menarik. Richeal menggunakan kosa kata yang lemah. Dia juga menyelitkan bahasa slanga Cina. “Ermm... Rich, pantun kamu mempunyai rima tetapi perlu diperbaiki” ujar Rozita. Richeal mula putus asa. Latihan yang dia lakukan selama ini sia-sia. “Maafkan saya telah membebankan kamu berdua” kata Richeal. Richeal tunduk lalu berkata lagi “saya rasa saya perlu undul dili, kamu bedua calilah ahli yang lagi hebat” . “Eh, jangan macam tu Rich. ” ujar Rishijeet. Mereka berdua mendendangkan sebuah seloka. Bahasa Slanga: bedua - berdua, megudulkan - mengundurkan, dili - diri
Wahai kawan jangan bersedih, Kami ada bersama kamu, Kita bersama harungi cabaran, Bersatu teguh, bercerai roboh. Jangan risau wahai Richeal, Kamu pasti boleh lakukan, Kuatkan hati yakinkan diri, Kamu akan jadi pemantun nanti Seperti sakit sama mengaduh, luka pula sama menyiuk, sebab itulah kami di sini, akan selalu membantu kamu Irama: Seloka Pak Pandir
Setelah pulang dari sekolah, Richeal duduk di hadapan televisyen. Dia menonton kartun kegemarannya tapi fikirannya melayang akan peristiwa di sekolah tadi. “Hai Rich, nampaknya ada sesuatu yang dipendam” ujar kartun Panda tersebut.
Richeal terkejut kerana kartun tersebut tiba-tiba menyebut namanya. Matanya membulat dengan mulut terbuka. Dia hairan kartun tersebut semakin lama semakin mendekat. “Jangan risau, mari ikut saya!” kata Panda. Kemudian, Richeal ditarik masuk ke dalam televisyen. “Jangan takut mari ikut saya ke pokok oak itu ” ujar Panda tersebut. “Apa yang kamu mau dali saya?” tanya Richeal yang ketakutan. Panda tersebut mula bernyanyi sambil menarik tangan Richeal. Panda membawa Richeal menjelajah pelbagai kawasan yang tidak pernah dilihat olehnya. . Bahasa Slanga: dali - dari
Wahai anak muda Jangan kamu takut Aku orang baik Akan bantu kamu Lihatlah pokok ini Lambang keberanian Dan juga kekuatan Dalam diri kita Serumpun bak serai, Sesusun bak sirih, Itu prinsip kita, Agar tidak berpecah Mari berusaha Perbaiki diri Agar jadi baik lebih yakin diri Korus: Janganlah bersedih Mungkin ada hikmah Walau kamu kecewa Jangan putus asa Wahai anak muda Mari bergembira Kamu pasti boleh Janganlah menyerah Melodi: Lagu Tiga Kupang
Di sebuah pokok oak, Richeal bertemu dengan seekor kurakura. Kura-kura itu kelihatan sangat tua. Haiwan tersebut memegang sebuah tongkat. Richeal bingung akan tujuan dia masuk ke dunia tersebut. “Adakah saya insan tepilih untuk bekungfu?” tanya Richeal. “Kamu hanya layak menjadi pemantun nak” kata kura-kura tersebut. Dia bertanya kepada Richeal “apa yang buat kamu putus asa?” . Saya pelat. Richeal menjawab sambil menunduk ke bawah. Kurakura tersebut memandang ke arah Richeal. “Kamu tidak boleh berkata demikian. Kamu perlu berusaha. Rakan kamu berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu kamu tanpa melihat perbezaan. ” ujar kura-kura. Kemudian, kura-kura tersebut mengetuk pokok oak tersebut. Buah oak pun jatuh di atas kepala Richeal. Richeal pun menyambutnya. Bahasa Slanga: tepilih - terpilih, bekungfu - berkungfu
Buah tersebut tiba-tiba bersinar. Kura-kura pun berkata “saya faham kamu sanggup menahan lapar jika kamu kecewa. ” Richeal pun menjawab “kecewa? Saya tidak kecewa. ” ujarnya. “Jadi mengapa kamu kecewa?” tanya kura-kura itu semula. Richeal menarik dan menghembus nafas secara perlahan sambil berkata “saya tidak hebat berpantun seperti mereka, bagaimana saya dapat mengubah diri ini menjadi pemantun hebat? Saya tidak fasih berbahasa Melayu, pandai berkata-kata seperti Rishijeet, saya patut berhenti, saya tidak mahu menyusahkan mereka. Kura-kura pun berkata “berhenti jangan berhenti, anda hanya risau apa yang akan terjadi, semalam adalah sejarah, esok adalah misteri tetapi hari ini adalah anugerah. ” Richeal terdiam sambil melihat kura-kura tersebut.
Tiba-tiba perut Richeal berbunyi. “Makanlah buah oak tersebut dan kamu akan kembali ke dunia nyata, jadilah insan yang tidak mudah berputus asa” kata kura-kura tua kepada Richeal. Richeal pun makan buah oak tersebut. Dia tertidur di bawah pokok oak. Dia tersedar dan kembali ke dunia nyata. Richeal terbaring di lantai masih memakai baju sekolah sambil memeluk buku koleksi pantun. Ibunya menasihatinya “sudahlah berlatih tu. Pergi mandi, ibu sudah siapkan mi sup kegemaran kamu. ” Richeal pun beredar ke biliknya Dia terkenang kembali pengembaraanya dan bertekad untuk menjadi pemantun yang hebat.
Melalui nasihat si kura-kura tua, Richeal kembali berlatih bersama-sama Rozita dan Rishijeet. Rozita yang prihatin sentiasa memastikan sebutan Richeal betul. “Di-ri bukan dili” ujar Rozita. Richeal pun cuba menyebut tanpa pelatnya “di-ri”. “Wah, nampaknya kamu sudah boleh berpantun dengan jelas!” kata Rishijeet sambil menepuk tangan dengan semangat. Setiap hari mereka berlatih di pusat sumber selepas tamat persekolahan. Hari demi hari Richeal menunjukkan peningkatan yang drastik.
Kini berlangsung pertandingan sempena Pesta Pantun peringkat sekolah. Kumpulan '3R' iaitu Rozita, Rishijeet dan Richeal berjaya mengalahkan beberapa kumpulan lain. Semua penonton terpegun mendengar Richeal melafazkan pantun dengan sangat jelas. Kumpulan mereka telah mara ke peringkat akhir. Tema pantun yang diberikan ialah “perpaduan”. Rozita dan Rishijeet pun menyampaikan pantun mereka secara spontan. Kini tiba masanya giliran Richeal menyampaikan serangkap pantun yang terakhir.
. Pergi Tawau memakai sepatu Riang hati wajah ceria Banyak hikmah hidup bersatu Seluruh kaum hidup bahagia. Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Mereka bertiga sangat gembira. Pantun yang dilafazkan menarik perhatian para juri. . “Kamu sangat hebat Richeal!” kata Rozita. “Ya, takda satu pun pelat kamu saya dengar” ujar Rishijeet sambil ketawa besar. Richeal mengucapkan terima kasih kepada Rozita dan Rishijeet. Perpaduan mereka seperti serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Mereka saling bersatu hati walaupun berbeza bangsa untuk menjadi kumpulan pemantun yang hebat.
BIODATA PENULIS Jennifer Erick Asal: Keningau Mohd Khairil Danieal bin Justin Asal: Beaufort Izza Adira binti Ag Damit Asal: Kuala Penyu Proses pembinaan cerpen kanak-kanak ini tidak mudah kerana memerlukan penulis berhati-hati membuat pemilihan perkataan yang sesuai untuk golongan kanak-kanak agar cerita dan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh kanakkanak. Penulis juga perlu menyesuaikan cerita yang dihasilkan dengan peribahasa yang hendak ditonjolkan dalam cerpen ini. Namun, saya sangat bersyukur dan seronok bekerjasama bersama ahli kumpulan sehingga cerpen ini dapat dihasilkan dengan baik bersama lagu, pantun, dan seloka sebagai daya penarik tambahan untuk menarik minat kanak-kanak membacanya. Pembinaan cerita pendek (cerpen) ini memberi satu pengalaman yang baharu kepada saya. Saya mendapati bahawa proses menghasilkan sebuah cerpen yang menarik tidaklah mudah kerana terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh saya dan juga ahli kumpulan. Namun, pembinaan cerpen ini mampu meningkatkan kreativiti saya supaya menghasilkan sebuah cerpen yang menarik dan sesuai dengan kanak-kanak Penghasilan cerpen yang menarik sememangnya memberi cabaran kepada diri sendiri dan ahli kumpulan. Hal ini disebabkan oleh kami bukan sahaja perlu merangka jalan cerita namun, hiasan cerpen, mengaitkan cerpen dengan dua perkara iaitu, lagu dan puisi juga menjadi cabaran kepada kami untuk menyiapkan cerpen ini. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama daripada ahli kumpulan cerpen ini dapat disiapkan dan proses pembuatannya amat menyeronokkan.
Sinopsis: Cerpen ini menceritakan kisah seorang murid berbangsa Cina yang ingin menyertai pertandingan pantun. Dia sering menghadapi masalah semasa latihan. Dia tidak dapat sebut dengan jelas. Dia juga sering menggunakan perkataan slanga. Walau bagaimanapun, dia dibantu oleh dua rakan sekelasnya, iaitu Rozita yang berbangsa Melayu dan Rishijeet berbangsa India. Perbezaan ini bukan menjadi penghalang bagi mereka untuk membantu antara satu sama lain. Hari demi hari Richeal masih menghadapi masalah sebutan dan mencipta pantun dengan kosa kata lemah. Dia hampir putus asa. Namun, ada seekor kartun panda yang membawa Richeal untuk jelajah pantun di dunia maya. Apakah yang akan berlaku kepadanya?