The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiyinong03, 2022-10-07 04:57:26

ISU SUGAR BABY

DDV1A

terjerumus
kelembah
kehinaan

PENGENALAN
DEFINISI

GOLONGAN TERLIBAT
FAKTOR
LOKASI
APLIKASI
STATISTIK
KESAN
LANGKAH PENCEGAHAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

isu sugar BABY

REALITI KEHIDUPAN SEPTEMBER 2022
MAHASISWA

WWW.STUDENTDDV1A.COM

KETUA EDITOR

ENCIK HANAFI BIN JUSOH

PENULIS

ONG AI YIN FATIN NAJIHAH BT
18DDV22F10125 MOHD SHUKRI
18DDV22F1013
AINA SOFEA BT ZAMRY
18DDV22F107

TOPIK

KANDUNGAN
1. Pengenalan.
2. Definisi Sugar Baby.
3. Golongan manakah yang terlibat?
4. Faktor pelajar menjadi Sugar Baby.

KANDUNGAN

5. Hot-spot lokasi perjumpaan Sugar
Daddy bersama Sugar Baby.

6. Aplikasi yang menawarkan
perkhidmatan ini?

7. Statistik penglibatan pelajar.

8. Kesan kepada mangsa yang terlibat.

9. Langkah pencegahan.
10. Kesimpulan.
11. Rujukan.

PENGENALAN

PUBLISHED 7 OCTOBER 2022 | 11:00 AM
BY AIYIN AINA FATIN

Majalah ini mengupas topik berkenaan bahayanya gejala sosial iaitu penglibatan
secara langsung atau tidak langsung Sugar Baby dan Sugar Daddy/Mummy. Majalah
ini dilakukan bertujuan untuk memberikan pengajaran dan edukasi kepada para
pembaca. Pembaca dinasihatkan supaya selalu tegar dan istiqamah dalam menjalani
kehidupan seharian. Semoga dengan wujudnya majalah ini, dapat memberikan serba
sedikit maklumat yang perlu dicakna oleh semua pihak.
Penghargaan juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam misi
menjayakan pembacaan yang ilmiah ini. Pertamanya, didekasikan khas kepada Encik
Hanafi bin Jusoh atas bimbingan dan tunjuk ajarnya kepada kumpulan kami.
Seterusnya, ucapan turut ditujukan kepada ahli kumpulan yang bersama-sama
mengerah idea untuk membina sebuah hasil karya yang menarik. Ahli ini bernama
Fatin Najihah, Ong Ai Yin dan Aina Sofea.

Akhir sekali, penghargaan ditujukan kepada ahli keluarga kami yang memberikan
sokongan moral dan mental sewaktu kami menjayakan majalah e-folio ini.

DEFINISIISU TERKINI

SOSIAL LEBIH LANJUT>

APA ITU "SUGAR TUJUAN MENJADI
BABY"? SUGAR BABY?
Apa itu "sugar baby" ? Golongan yang terlibat ini biasanya sedar

Tahukah anda bahawa tentang masalah kewangan mereka
hubungan antara sugar untuk membayar keperluan harian yang
daddy dan sugar baby menjadikan mereka memilih untuk
ini biasanya disebut terjebak dalam hubungan ini.
sebagai sugar dating.
DETAIL >
Anda pasti sering Keperluan seperti yuran belajar,keperluan makan minum,
mendengar tentang kemahuan dan kehendak diri yang kuat menjadikan seseorang
sugar baby. Tapi individu berniat untuk terjebak dalam hubungan ini.
tahukah anda maksud
perkataan tersebut? Kebanyakkan 'sugar baby’ adalah daripada golongan
remaja. seperti pelajar yang sudah tamat pembelajaran mereka
Sugar baby biasanya di sekolah menengah. Keinginan untuk memiliki barangan
adalah golongan muda mengikut kemajuan teknologi dan keinginan berfesyen yang
yang memerlukan melampaui batas menjadi punca hubungan ini berlaku.
bantuan dana sara diri
dari golongan kaya yang
lebih berusia. Mereka
yang terlibat biasanya
berada dalam
hubungan yang saling
mengutungkan antara
satu sama lain.

GOLONGAN ISU SOSIAL

YANG

TERLIBAT

Kini, Sugar daddy dan
baby mudah untuk dicari
kerana bantuan teknologi
dan bantuan aplikasi yang
direka.

Golongan “sugar baby"
ini biasanya adalah
golongan wanita dalam
lingkungan 18-35 tahun.

Akan tetapi, mengikut
statistik, golongan remaja
merupakan golongan yang
ramai terlibat dengan
hubungan ini akibat oleh
masalah yang selalunya
disebabkan oleh faktor
kewangan.

Kesempitan Kehidupan Kejar Kemewahan

Bagi yang terdesak akibat kesempitan, Hal ini berlaku berkaitan dengan corak dan
alasan yang digunakan berkisar tentang gaya hidup serta memenuhi keinginan diri
yuran pengajian dan keluarga yang terjejas yang melebihi kemampuan. Hidup sebagai
sumber pendapatan. Selain itu, ada yang pelajar tanpa didorong oleh nafsu yang
menggalas bebanan mencari nafkah bagi terlalu mengejar kesenangan dan
menampung perbelanjaan harian keluarga. kemewahan dengan mencari jalan mudah
Tidak kurang yang berhadapan ibu bapa sudah pasti tidak akan mendorong mereka
yang sedang sakit, memerlukan rawatan ke lembah sedemikian. Sebagai contohnya,
perubatan mahupun yang telah meninggal kereta, apartment, wang saku, barang
dunia. perhiasan serta telefon bimbit tercanggih
dan berjenama antara kemewahan yang
Kurang Kasih Sayang mungkin mendorong golongan pelajar
terbabit terjebak dalam kancah berkenaan.
Ada di antara mereka yang sudahpun kaya- semua ini berbalik kepada kegilaan
raya, namun terpaksa menggunakan kebendaan dan prestij seiring bagi
platform berkenaan untuk mencari memenuhi gaya hidup di bandar, bukan
seseorang yang boleh memberikan kasih angkara kepayahan hidup untuk
sayang dan juga perhatian. Jadi, ini meneruskan pengajian semata-mata.
sebenarnya bukan sahaja isu duit tetapi
kurang kasih sayang dan perhatian daripada
keluarga. Mereka sering diabaikan oleh ibu
bapa sehingga memberi kesan negatif dari
sudut emosi,

HOT-SPOT LOKASI

PERJUMPAAN SUGAR DADDY / MUMMY

Restoran

Perjumpaan pertama sugar baby
dengan sugar daddy/mummy
adalah di restoran atau cafe. Mereka
akan membincangkan tentang jenis
hubungan, kekerapan berjumpa,
hubungan ini perlu dirahsiakan atau
tidak, berapa banyak elaun akan
diberi dan bagaimana elaun akan
dibayar, sama ada melalui wang
tunai atau dalam talian. Tempat
restoran merupakan tempat
perjumpaan yang hots bagi sugar
daddy/mummy yang tidak mahu
lakukan seks dan hanya ingin
diteman dan disayangi

Hotel

Tempat ini kebiasaan untuk sugar daddy/
mummy yang ingin melakukan seks .
mereka digelar sebagai salt daddy/
mummy.

Pusat Beli-belah

Bagi sugar daddy/mummy yang ingin diri
ditemani, mereka akan berjumpa di pusat
beli-belah . Hubungan mereka sama
dengan dengan hubungan bercinta. Merka
akan tengok wayang, main bowling serta
membeli-belah bersama-sama.

APLIKASI

YANG MENAWARKAN
PERKHIDMATAN INI

Kebelakangan ini, tempoh perintah kawalan pergerakan
(PKP) yang dilalui negara ketika ini mengupayakan
kegiatan ini berleluasa. Dalam menghadapi pandemik
ini, semua IPT terpaksa melakukan kelas atas talian.
Dalam mengakses pelbagai aplikasi untuk pembelajaran
dalam talian, pelajar berkesempatan meneroka
pelbagai jenis aplikasi percuma yang tersedia dalam
Play Store, App Store dan seumpamanya. Isu ini bukan
lahir daripada pandemik COVID-19 yang melanda. Ia
cuma menjadi salah satu faktor platform ini terbuka
dengan lebih luas.

SUGARBOOK

Antara aplikasi yang mudah dicapai ialah
Sugarbook (telah diharamkan baru-baru ini) yang
membolehkan pendaftaran dibuat secara
percuma. Aplikasi ini diasaskan oleh Darren Chan
di Kuala Lumpur, Malaysia (telah ditahan oleh polis
dan didakwa melanggar undang-undang anti-
pelacuran di negara majoriti Islam).

SECRET BENEFITS

Aplikasi ini juga membolehkan pendaftaran secara
percuma. Aplikasi ni diasakan oleh Brandon Wade
di Amerika lahir dari Singapura.

TINDER

Aplikasi ini merupakan app untuk dating secara
atas talian. Namun, aplikasi ini juga merupakan
salah satu cara untuk mencari sugar daddy/
mummy. Aplikasi ini diasakan oleh Sean Rad di
Amerika.

STATISTIK PELAJAR YANG TERLIBAT
DENGAN ISU "SUGAR BABY"

SOSIAL SOSIAL

SISI GELAP IPTA DAN IPTS YANG TERLIBAT
MAHASISWA
MALAYSIA Melalui data yang dikeluarkan oleh "Sugar Book" antara pelajar IPTA dan IPTS yang terlibat
dengan aplikasi ini datangnya dari universiti ternama di Malaysia. Rata-rata juga pelajar ini
Memetik dari laman sesawang datangnya dari latar belakang kos perubatan, perundangan, kejuruteraan dan seni. Jumlah
PROJEKMM, statistik aplikasi "Sugar tang ditunjukkan sangat membimbangkan kerana generasi kini merupakan generasi
Book" iaitu ruang temujanji terbesar pemacu negara pada masa akan datang.
"Sugar Daddy" di Asia telah
mengeluarkan sejumlah besar
bilangan yang mendaftar aplikasi ini
adalah datangnya dari rakyat
Malaysia. Keahliannya terdiri lebih
daripada 400,000 dimana seramai
220,000 daripadanya adalah "sugar
baby", 180,000 "sugar daddy" dan
6,000 "sugar mummy" di Malaysia.

Melihat dari persepsi statistik yang
dikeluarkan oleh aplikasi "Seeking
Arrangement" iaitu ruang temujanji
terbesar di dunia, menyatakan
seramai 84,000 "sugar babies" yang
mendaftar datangnya dari Malaysia.

Kedua-dua laman sesawang ini
menyatakan bahawa pelajar
Malaysia yang berdaftar dalam
aplikasi ini rata-ratanya mempunyai
masalah kewangan untuk
menanggung yuran kolej atau
tusyen.

Data yang dikeluarkan juga
menunjukkan bahawa pelajar
Malaysia yang berdaftar di aplikasi
ini kebanyakannya hadir daripada
IPTA dan IPTS yang berada di sekitar
Lembah Klang.

Technology Now | Issue 70 | 234

SEPTEMBER EDITION 2022

Kesan Jangka Masa Panjang bagi Mangsa.

Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan kancah sosial ini rata-rata mendapat kesan
jangka masa panjang yang bereterusan. Kesan ini menyebabkan ada diantara mereka yang

perlu dirujuk kepada pakar psikologi.

Kesan Psikologi Kesan Fizikal

Mahasiswa yang pernah meliabatkan diri Rata-rata Sugar Baby yang terlibat dalam
dengan gejala ini kebanyakannya mengalami kancah ini mengalami kesan fizikal dalaman.
kesan psikologi iaitu trauma. Meskipun Hal ini disebabkan kerana, mereka berasa
takut atau tidak selesa untuk melakukan
berjaya melepaskan diri daripada hubungan intim bersama pasangan halal
berkecimpung dalam bidang Sugar Baby- mereka. Perkara ini berlaku disebabkan
Sugar Daddy (SBSD) namun mereka didapati daripada aktiviti haram antara Sugar Baby
mengalami kemurungan yang teruk. dan Sugar Daddy.
Kemurungan ini terjadi akibat kesunyian
Tidak dinafikan trauma untuk melakukan
selepas meninggalkan gejala ini. Mereka hubungan intim bersama pasangan yang halal
berasa sunyi kerana selama ini, kehidupan mungkin disebabkan berlakunya "forceful
meraka hanya ditemani oleh Sugar Daddy sex" atau seks secara sukarela sewaktu
yang menanggung kehidupan seharian Sugar bersama Sugar Daddy. Seks secara sukarela
Baby. ini boleh menyebabkan dalaman Sugar Baby
mengalami kecedaraan. Contohnya,
Sugar Baby yang ditinggalkan oleh Sugar koyakkan pada kemaluan mereka.
Daddy ini juga bukan sahaja mengalami
depresi bahkan. mengalami masalah emosi Selain itu, hubungan intim Sugar Baby-Sugar
dan luka emosional yang mendalam. Trauma Daddy boleh menyebabkan berlakunya
yang dialami oleh Sugar Baby juga penularan penyakit Sexually Transmitted
menyebabkan ada diantara mereka Diseases (STDs) dan HIV/ AIDS.
mempunyai kesukaran untuk mengenal hati
budi orang lain.

SEPTEMBER EDITION 2022

Kes Pembuangan Bayi Hilang Fokus Belajar

Hubungan intim yang dilakukan secara Pelajar yang terlibat memerlukan komitmen
berulang kali tanpa memakai protection yang lebih tinggi dan sering berjaga tengah
semestinya akan menghasilkan sebuah malam. Komitmen ini bukan untuk belajar,
kandungan. Apabila Sugar Daddy mendapati tetapi untuk diberikan kepada Sugar Daddy
bahawa Sugar Baby mereka telah mereka. Layanan yang diberikan perlulah
mengandung anak luar nikah, semestinya memenuhi kepuasan Sugar Daddy tersebut.
mereka akan melarikan diri daripada
tanggungjawab tersebut. Apabila pelajar sering berjaga lewat malam
seperti burung hantu, mereka akan kepenatan
Pastinya Sugar Baby harus menanggung dan terganggu fokus sewaktu didalam kelas.
perkara ini seorang diri. Kritikan daripada Fokus belajar yang hilang menyebabkan
masyarakat sekeliling dan kekurangan wang pelajar akan mengalami kesulitan untuk
simpanan untuk menanggung kehidupan bayi belajar. Kesulitan dalam pembelajaran akan
itu akan menyebabkan bayi yang dikandung membawa kepada markah peperiksaan atau
akan dibuang selepas dilahirkan. ujian yang kurang cemerlang.

Namun hakikatnya, ada diantara mereka yang Prestasi yang merundum oleh para pelajar
mengambil alternatif berdosa lain seperti membuatkan ibu bapa menjadi malu kerana
menggugurkan kandungan mereka. mereka meletakkan harapan yang tinggi
Pengguguran kandungan boleh dilakukan di untuk anak mereka belajar dengan baik. Ibu
klinik haram yang menawarkan bapa yang malu akan membuatkan anak
perkhidmatan ini. Ada juga yang sanggup mereka yang bergelar Sugar Baby ini
mengambil RU-486 atau "abortion pill" terbeban dan akhirnya stres.
semata-mata untuk mengalami proses
pengguguran bayi dengan lebih cepat.

Antara kesan "abortion pill" adalah tekanan
darah tinggi, cirit-birit dan loya.

Langkah
Pencegahan

Seiring dengan dunia yang serba moden, perkhidmatan Sugar Baby-Sugar Daddy perlu ditamatkan sebelum ia
lebih berleluasa ke generasi seterusnya. Ia juga bagi mengekalkan keharmonian masyarakat agar kehidupan
tenteram dan harmonis.

Bantuan kewangan.

1 Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan gejala ini
adalah disebabkan masalah kewangan. Pihak
universiti perlu membantu pelajar tersebut untuk
menyara dirinya selain melakukan kerja sambilan.

Kaunseling.

2 Bagi mereka yang terlibat semestinya agak susah
untuk berubah ke kehidupan normal. Kaunseling
secara individu dapat membantu pelajar terlibat
untuk mengalami "character development".

Langkah
Pencegahan

Didikan agama.

Didikan agama yang diberikan bukan sahaja dirumah, malah perlu

3 diberikan sewaktu di IPT. Didikan agama secara mendalam berhasil untuk
membentuk sesebuah individu yang dapat mengetahui hasil haram atau
halal tentang perkara yang mereka lakukan. Contohnya didikan agama
mengikut kitab kepercayaan yang dianuti. Islam mengikuti Al-Quran,
Buddha mengikuti Kitab Suci Agama Buddha, Hindu mengikuti Kitab
Veda dan Kristian mengikuti Kitab Bible.

Pembanterasan.

4 Pihak kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia perlulah membanteras
aplikasi yang berunsurkan Sugar Baby atau Sugar
Daddy ini.

Langkah
Pencegahan

Penangkapan

5 individu.Pihak kerajaan seperti PDRM boleh menangkap mereka
yang terlibat dalam kes ini. Penangkapan dibuat agar
menjadi pedoman untuk masyarakat majmuk.

Rumah

6 perlindungan.Rumah perlindungan seperti Baitus Solehah
diwujudkan agar pelajar yang terlibat dengan gejala
ini mendapat perlindungan secukupnya.

Kesimpulan

Dalam Surah Al-Isra' ayat 32, Allah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan
yang jahat ( yang membawa kerosakan)"

Oleh itu, isu ini haruslah dititik beratkan dan dipandang
serius. Keruntuhan akhlak golongan muda berpunca dari
hubungan yang dipandang remeh atas dasar
menginginkan dan mendapatkan kemahuan diri.

VOLUME II KESIMPULAN ISU SOSIAL 12

RUJUKAN

1.https://my.theasianparent.
com/sugar-baby-malaysia



2.https://wakelet.com/wake
/A4sjfgYP3bAMw7b2zF260



3.https://harakahdaily.net/i
ndex.php/2021/03/22/jalan-

singkat-jadi-sugar-baby-
demi-kelangsungan-hidup/



4.https://www.mopress.io/in

san/y5eVOyL9aE



5.https://theinspirasi.my/im
plikasi-sugar-booking-
kepada-remaja/



6.https://www.google.com.
my/search?

q=langkah+pencegahan+sug
ar+baby&ie=UTF-8&oe=UTF-

8&hl=en-my&client=safari


Click to View FlipBook Version