1
2
1 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr Mohd Nahi Bin Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka
2 membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
3 1.0 PENGENALAN Rasulullah SAW merupakan utusan yang diutuskan oleh Allah untuk mendidik dan mentarbiah manusia dengan dakwah islamiyyah. Tugas baginda bukan mudah, membawa manusia yang hidup bertemankan jahiliyyah kepada hidup beragama dengan sinar akidah dan kepercayaan kepada pencipta hakiki. Risalah Allah SWT yang dibawa oleh baginda telah mengubah kepercayaan dan pemikiran masyarakat Arab Jahiliyyah, (Nor Nazimi, 2020). Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh baginda dalam penyebaran dakwah islamiyyah sehingga membentuk kepada kerajaan islam yang gemilang dan terbilang sehingga kini.
4 Antara sumbangan terbesar kepada kejayaan tersebut adalah melalui sistem-sistem yang diamalkan oleh baginda dan para khulafa’ AlRashidin yang merangkumi semua aspek seperti politik, ekonomi dan sosial. Kebijaksanaan baginda dan kerjasama para sahabat dalam mentadbir negara tidak dapat disangkal lagi kehebatannya. Buktinya, Rasulullah berusaha membina Madinah yang baru diasaskan dan meluaskan pengembangannya dengan menggariskan dasar dan polisi serta mencapai dan mengukuhkan kestabilan berdasarkan kepada strategi-strategi yang dilaksanakan bersama-sama sahabat (Izzudin, 2018).
5 2.0 SYARAT-SYARAT PELANTIKAN AHLUL HALLI WAL AQDI SEBAGAIMANA YANG DITETAPKAN OLEH SARJANA ISLAM. Sistem politik islam telah diperkenalkan ketika zaman nubuwwah yang mana dalam hal pengurusan negara, kerangka politik islam telah diaplikasikan bagi mengurus tadbir Negara (Nor Nazimi 2020). Sistem politik Islam diperkenalkan adalah agar kebaikan bersama dapat diraih tanpa menyalahi usul agama (Khalaf, 1984 dalam Nor Nazimi 2020). Setiap perkara yang termaktub dan digunapakai dalam sistem politik islam adalah seiring dengan syariah dan tidak bertentangan dengan apa yang telah digariskan dalam Al-Quran dan Al-sunnah. Dalam sistem politik islam pastinya ada pemimpin dan orang yang bertanggungjawab dalam sesuatu hal atau urusan. Bagi melantik mereka yang berwibawa dalam menguruskan hal negara, maka ianya memerlukan kepada persetujuan ahli, yang berautoriti dan mereka ini
6 digelar ahlul halli wal aqdi. Menurut Azkia Nurfajrina (2022), dalam Buku Politik Hukum karangan Abdul Manan, menyebut bahawa Ahlul Halli Wal Aqdi terbahagi kepada tiga kata: 1. Ahlul : orang yang berhak 2. Halli : bererti melepaskan, menyesuaikan, memecahkan 3. ‘Aqdi : bererti mengikat, mengadakan transaksi, membentuk Secara etimologi ahlul halli wal aqdi didefinisikan sebagai orang yang dapat memutuskan dan mengikat dan ulama fiqh menyebut ahlul halli wal aqdi adalah mereka yang memiliki kuasa untuk memutuskan dan menentukan sesuatu atas umat, (Azizahmeilan Saputri, 2020). Manakala menurut Kadenun (2019), ulama fiqh mendefinisikan ahlul halli wal aqdi adalah orang-orang yang bertindak sebagai wakil umat bagi menyuarakan hati nurani. Dalam erti kata lain, ahlul halli wal aqdi adalah mereka yang diberikan tanggungjawab dan pakar dalam urusan kemaslahatan umat. Dari sudut
7 konteks zaman moden kini, ahlul halli wal aqdi adalah merujuk kepada ulama’-ulama’ atau ahli syura (Azkia Nurfajrina, 2022). Istilah ahlul halli wal aqdi adalah didasarkan pada sistem pemilihan empat khalifah pertama dalam sejarah pemerintahan islam yang dilaksanakan oleh para sahabat dalam memilih khalifah pada ketika itu, (Firdaus, 2017). Maka bagi menetapkan khalifah, akan berlaku perbincangan dalam kalangan ahlul halli wal aqdi dan mereka ini telah ditentukan beberapa syarat bagi melayakkan seseorang itu digelar sebagai ahlul halli wal aqdi. Hal ini adalah ingin memastikan bahawa orang yang dilantik oleh mereka adalah pemerintah yang berhak dan layak untuk memerintah. Selain itu adalah bagi memastikan pemerintahan tersebut adalah pemerintahan yang adil, saksama dan bergerak mengikut acuan yang telah
8 ditetapkan dalam islam bersumberkan kepada AlQuran dan Al-sunnah, (Hizbut Tahrir Malaysia, 2022). Para sarjana islam telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dititiberatkan dalam perlantikan ahlul halli wal aqdi. Penetapan syarat pelantikan Ahlul halli wal aqdi oleh sarjana islam : 1. Al Mawardi dalam kitab beliau al- Ahkam alShulthoniyah wal- Wilayatu al- Diniyyah menetapkan 3 syarat sebagai anggota ahlul halli wal aqdi :- (Mujib, 2015) ةل - العدا ة اجلامعةِلرشوطها - العملِاذلى يتصول بهِإىلِمعرفةِمنِ يس تحق اإلمامة عىل الرشوط املعرتبة فهيا
9 - الرأىِواِحلمکةِاملؤداينِإىلِاختيار من هو لالمامة أصلحِوِبتدبري املصاحل أقومِوأعرفِ Ertinya : 1. Mempunyai sifat adil yang merangkumi semua syaratnya 2. Mempunyai pengetahuan dan melalui ilmu yang dimilikinya itu dia tahu siapa yang berhak menjadi pemimpin dengan syarat yang muktabar pada diri imam tersebut 3. Mempunyai pendapat (ra'yu) dan kebijaksanaan yang mana keduaduanya boleh memilih siapa yang terbaik untuk menjadi Imam serta yang paling kuat dan pandai menguruskan kemaslahatan. 2. Buku Politik Hukum oleh Moh.Mahfud MD, menyebut bahawa para ahli dalam bidang
10 hukum telah menetapkan kriteria bagi ahlul halli wal aqdi :- (Azkia Nurfajrina, 2022) • BeragamaIslam, dan ini adalah syarat wajib. Dikatakan bahawa tidak wajar bagi orang bukan Islam diberi kuasa untuk menangani masalah orang Islam. • Berakal. Ahlul halli wal 'aqdi mesti sempurna akalnya, iaitu mereka faham dalam mentadbir sesebuah negara. • Lelaki. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 34, bahawa lelaki adalah pemimpin bagi perempuan, dan Allah memberi kelebihan kepada mereka. • Merdeka, yang bermaksud ahlul halli wal 'aqdi bukan hamba sahaya. • Al-'adalah, orang yang menjauhkan diri daripada dosa-dosa kecil dan besar dan segala tindakan yang boleh menjatuhkan harga diri.
11 • Mempunyai ilmu, iaitu ilmu yang boleh digunakan dalam menjalankan tugas dan menyelesaikan masalah rakyat. • Mempunyai banyak idea dan kebijaksanaan. Bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu agama, ahlul halli wal 'aqdi juga perlu mempunyai banyak idea dalam pertimbangan berkaitan kepentingan negara dan rakyatnya. 3. Menurut Sayuti Pulungan (2016), Ibn Khaldun meletakkan 4 syarat bagi ahlul halli wal aqdi :- ✓ Memiliki ilmu pengetahuan ✓ Adil ✓ Mampu melaksanakan tugas termasuk bijaksana dalam profession ✓ Sihat jasmani iaitu sihat pancaindera dan anggota badan yang lain.
12 Manakala, Ibnu Taimiyah menambah syarat terpilih sebagai ahlul halli wal aqdi adalah mempunyai : keberanian, kekuatan, pengetahuan dan akal. RUMUSAN SYARAT PELANTIKAN AHLUL HALLI WAL AQDI MENURUT SARJANA ISLAM Berdasarkan perkara yang dibincangkan di atas syarat yang telah ditetapkan oleh beberapa sarjana islam, dapat dirumuskan bahawa bagi menjadi seorang ahlul halli wal aqdi adalah seseorang itu perlu bersifat adil. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang adil adalah mereka yang melaksanakan sesuatu tindakan dengan adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak serta jujur dalam memikul tanggungjawab yang diberikan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah alNisa:58
13 َذا َوةإ هَا ة ْهل َ َىل أ َماََن ةت ةإ دوا اْلْ َ ُّ َُؤ ْن ت َ أ ْ ُ رُك ُ م ُ ْ َأ ن ا َََّّلل ي َّ ةإ ا َّ م عة ة ن ا َََّّلل ن َّ َع ْدةلةإ ْ ُُمکوا ةِبل ْن ََتْ َ َّاةس أ ْْيَ الن َ ب ُتْ َحَ ْمکُ ةص ي ًري َعة ُظُ ْمکةبهة َ ن ا َََّّلل ََكَن َ ةَسيًعا ب ةإ اِ َّ Bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kalian supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kalian menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kalian menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (AZMI YUSOF, 2021) Berdasarkan ayat ini, apabila ingin melantik ahlul halli wal aqdi, mereka mestilah yang terdiri daripada ahli/pakar dalam bidang tersebut iaitu
14 mempunyai kearifan tentang profession yang diberikan. Ini juga bertetapan dengan syarat bahawa ahlul halli wal aqdi adalah orang yang berilmu dan mampu untuk membuat keputusan apabila ingin melantik imam/pemimpin serta yang arif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul antara umat Islam. Mereka ini mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan berkenaan dengan beberapa ilmu seperti ilmu agama, ilmu politik, ilmu ekonomi dan ilmu sosial. Ahlul Halli wal aqdi mestilah dalam kalangan orang islam dan seorang lelaki. Seorang yang bukan islam tidak boleh menjadi ahlul wal halli wal aqdi. Hal ini kerana mereka tidak berhak diberikan kuasa dalam menguruskan permasalahan umat islam. Namun, islam menganjurkan diplomasi yang mana membenarkan mendengar dan menerima pandangan non-muslim dalam hal tertentu selagi mana ianya tidak menyebabkan kerosakan atau keburukan kepada agama islam (Farhan, 2020). Seorang ahlul wal aqdi juga perlu sihat tubuh badan dari segi fizikal dan mental iaitu sempurna
15 pacainderanya. Hal ini adalah bagi memastikan mereka adalah orang yang berkemampuan dan dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Menurut Al-Mawardi kecacatan dalam salah satu pancaindera boleh mengurangkan keupayaanya mengendalikan sesuatu urusan negara, (Jalil, 2017).
16 3.0 AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN PARA KHULAFA AL-RASHIDIN Pemerintahan pada zaman Rasulullah dan para khulafa al-Rashidin adalah satu zaman pemerintahan yang penuh dengan kegemilangan dan kejayaan serta keamanan dan kesejahteraan rakyat. Hal ini kerana, pada zaman tersebut amalan syura menjadi satu amalan tetap dalam sistem politik terutama sekali dalam memperbahas dan memperbincangkan masalah-masalah umat. Menurut Redzwan (2013), para pengkaji politik bersetuju bahawa amalan syura adalah perkara terpenting dalam sistem pemerintahan islam dan ianya merupakan prinsip utama dalam kepimpinan islam. Malah dalam Al-Quran juga menganjurkan
17 amalan syura, Firman Allah SWT Taala dalam surah al-syura ayat 38 bermaksud: Dan juga (bagi) oraang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawwarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebaghagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Menurut M. Najuddin & M. Razak (2021), syura adalah satu sistem perundangan dan permesyuaratan yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat R.A meliputi semua aspek dari sistem kekeluargaan sehingga melibatkan masalah umum seperti sistem pentadbiran dan pemerintahan. Sistem syura ini dilaksanakan sebelum menentukan sesuatu keputusan dalam sesuatu perbincangan berkenaan hal-hal tertenu. Menurut al-Raysuni dalam penulisannya Dimuqrāṭiyyah wa al-Mushārakat alSha ͨbīyyah (2002) dalam M. Najuddin & M. Razak (2021), konsep syura adalah mengeluarkan
18 manusia dari sifat utamakan diri sendiri kepada lapangan jemaah dan masyarakat dan mengambil tanggungjawab dari pemikirannya dan kedudukannya. Dalam amalan syura, mendidik bahawa semua orang berhak untuk bersuara dan menjadikan seseorang itu menerima pandangan dan pendapat orang lain tanpa mementingkan diri sendiri. CONTOH AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT Menurut Redzwan (2013) antara amalan syura yang dilaksanakan oleh baginda dan para sahabat ialah : 1. Baginda bermesyuarat dengan orang-orang islam berkenaan perang uhud. Apakah baik bertahan di Madinah atau keluar menyerang. Majoriti berpendapat keluar berperang adalah lebih baik sedang baginda dan beberapa orang sahabat tidak bersetuju demikian,
19 naum baginda tetap mengikut keputusan majoriti. 2. Dalam peperangan khandak, baginda bermesyuarat dengan orang-orang Islam berkenaan lebih baik berdamai dengan musuh dengan membayar satu pertiga hasil buah tamar Madinag pada tahun ini kepada mereka. Namun cadangan baginda tidak dipersetujui Saad b. Ubadah dan Saad b. Muaz. Oleh itu baginda mengikut pendapat mereka iaitu memerangi musuh. 3. Dalam pristiwa perjanjian Hudaibiah baginda berpendapat dalam musyawwarah bahawa lebih baik ditawan orang-orang musyrik. Berkata Abu Bakar kepada baginda: Kita datang bukan untuk membunuh seseorang tetapi untuk mengambil umrah. Baginda pun bersetuju dengan pandangan Abu Bakar R.A. Manakala pada zaman pentadbiran Khulafa AlRashidin, legasi amalan syura masih diteruskan.
20 Menurut Taufiq (2019), contoh musyawwarah khulafa’ al-rasyidin antaranya ialah 1. Abu Bakar bermusyawwarah tentang warisan seorang nenek dengan para sahabatnya, kemduianMughirah bin Syu'bah menyatakan bahawa ia pernah mendengar hukum tentang perkara itu dari Rasulullah saw. Dengan bantuan beberapa rakan, Abu Bakar mengikuti Nas tersebut. 2. Beberapa sahabat mencadangkan bahawa gaji Abu Bakar sebagai Khalifah perlu ditetapkan. Sahabat lain dan ahlul masjid kemudiannya bersetuju mengenai perkara ini. Mereka memutuskan bahawa gaji Abu Bakar sepatutnya 3 dirham setiap hari. 3. Umar Bin Al-Khatab menyuarakan keinginannya untuk memimpin pasukan Persia dan mahu keinginannya tersebut untuk dimusyawwarahkan namun majoriti kaum Muslimin menginginkan Umar bin
21 Khathab kekal di Madinah dan diwakili oleh Sa’ad bin Abi Waqqash. Berdasarkan contoh amalan syura di atas, jelas menunjukkan bahawa dalam setiap urusan negara atau penetapan sesuatu perkara, pasti akan dilaksanakan amalan syura sama ada bagi membincangkan sesuatu atau untuk mendapatkan suatu keputusan. Sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat, ibarah yang dapat diambil adalah dalam syura pentingnya sikap toleransi, tolak ansur, dan saling menghormati idea dan pendapat orang lain. Amalan syura mengajarkan juga untuk tidak bersikap sombong dan pentingkan diri sendiri terutama sekali dalam urusan yang melibatkan kerja secara berkumpulan sama ada dalam hal rasmi atau tidak. Kepemimpinan organisasi perlu mengamalkan amalan syura untuk mewujudkan kerja berpasukan yang kukuh serta memastikan peningkatan sikap bekerjasama, serta mencapai kepuasan dan komitmen yang tinggi terhadap kerja, (Abd Hamid,
22 2017). Maka, kepimpinan di Malaysia wajar untuk menerapkan amalan syura dalam pentadbiran terutama sekali dalam persidangan parlimen dengan melaksanakan prinsip syura melaui cara pelaksanaannya. Menurut M. Najuddin & M. Razak (2021), prinsip syura adalah musyawwarah, mudhazakarah, wihdat al-Fikr, al-Quran dan alSunnah sumber rujukan, mawizah, maslahah ammah dan hormat serta hargai pandangan orang lain. Prinsip ini dapat dicapai dengan melaksanakan syura dengan cara yang betul seperti :
23 PENUTUP Kesimpulan yang dapat dirumuskan berdasarkan perkara yang telah dibincangkan, bagi menjadi ahlul halli wal aqdi perlu menepati syaratsyarat yang telah ditetapkan. Hal ini adalah bagi memastikan yang menjawat profession tersebut adalah dari kalangan yang berautoriti. Titik tolak kepada konsep ahlul halli wal aqdi adalah pada zaman pemerintahan khalifah Umar yang mana menurut pemikiran Al-Mawardi dalam bukunya alAhkam al-Shulthoniyah wal- Wilayatu al- Diniyyah menyebut : إملامة تنعقد من وهجْي: أحدهام ِبختيار أهل العقد واحلل. والثاىن بعهداإملام من قبل Ertinya : Kepemimpinan terwujud dari dua cara : yang pertama dengan dipilih oleh Ahlul Halli Wal ‘Aqdi dan yang kedua dengan diangkat oleh pemimpin sebelumnya (Mujib, 2015). Bermakna
24 pemimpin dipilih melalui dua cara iaitu dipilih oleh kalangan ahlul halli wal aqdi atau kedua, dengan penyerahan dari pemimpin sebelumnya. Oleh demikian, bagi mengelakkan daripada melantik pemimpin negara yang salah, pentingnya untuk melihat siapa yang berada dalam kelompok ahlul halli wal aqdi sama ada ia berkelayakan atau tidak. Syarat yang ditetapkan oleh sarjana islam dalam pelantikan ahlul halli wal aqdi bukan sahaja releven pada zaman dahulu, namun dapat digunapakai dalam pelantikan pemimpin-pemimpin negara masa kini. Para ulama dijadikan tempat rujukan rakyat dalam memilih pemimpin walaupun negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.
25 Selain itu, dalam sistem politik islam juga menganjurkan amalan syura dalam hal-hal berkaitan. Maka dalam pemerintahan Malaysia pada masa kini amalan syura wajar dijadikan satu perkara penting dalam pentadbiran Islam dibandingkan dengan perbincangan secara berat sebelah atau kepentingan pihak-pihak tertentu. Hal ini pastinya adalah untuk memastikan kemaslahatan umat islam terbela dan wujudnya keharmonian dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa.
26 RUJUKAN Abd Hamid, S. (2017). Amalan syura dalam kepimpinan guru besar dan hubungannya terhadap komitmen kerja guru suhana binti abd hamid universiti teknologi malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, 1–217. http://eprints.utm.my/id/eprint/79052/1/SuhanaAb dHamidMFTI2017.pdf Al-Mawardi (1996). Al Ahkam Al Sultaniyyah Wal Wilayah Ad Diniyyah. Beirut: Al-Maktabah al Islami. Azizahmeilan Saputri. (2020). Pengertian Ahlu Halli Wal Aqdi. Academia.edu. https://www.academia.edu/37527458/Pengertian_A hlu_Halli_Wal_Aqdi Azkia Nurfajrina. (2022, November 29). Apa Itu Ahlul Halli wal 'Aqdi dalam Islam? Ini Pengertian, Tugas & Kriterianya. Detikhikmah; detikcom. https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d6433517/apa-itu-ahlul-halli-wal-aqdi-dalam-islam-inipengertian-tugas--kriterianya
27 AZMI YUSOF. (2021, December 3). Adil mengikut perspektif Islam. HarakahDaily. https://harakahdaily.net/index.php/2021/12/03/adilmengikut-perspektif-islam/ Farhan, M. (2020, January 13). IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-366: HUKUM MENERIMA PANDANGAN ORANG BUKAN ISLAM. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyadfatwa-umum/3977-irsyad-al-fatwa-siri-ke-366- hukum-menerima-pandangan-orang-bukan-islam Firdaus, A. (2017). Kewenangan Ahlul Halli Wal Aqdidalam Perspektif Al-Mawardi Dan Ibnu Taimiyah. Skripsi Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, 14. Hizbut Tahrir Malaysia. (2022, November 13). Bagaimana memilih pemimpin - Pemimpin yang adil (Siri 2). Hizbut Tahrir Malaysia. https://mykhilafah.com/bagaimana-memilihpemimpin-pemimpin-yang-adil-siri-2/ Izzuddin, A., Fakulti, A., Quran, P., & Sunnah, D. (2018). Strategi Rasulullah SAW dalam Mengukuhkan
28 Kestabilan Negara Prophet’s Strategy in Strengthening the Stability of a Country. 14(2), 102– 115. https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/1234567 89/5428/1/Journal%20of%20Maalim%20alQur%CA% BEan%20wa%20alSunnah_Vol%2014%20No%202%2 0%282018%29_Strategi%20Rasulullah%20SAW%20d alam%20Mengukuhkan%20Kestabilan%20Negara.pdf Jalil, M. H. (2017). ANALISIS KEPIMPINAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI TERHADAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA (Analysis Tun Abdullah Ahmad Badawi Leadership on Human Capital Development in Malaysia). Jurnal Hadhari: An International Journal, 0(0), 195–212. Kadenun, H. (2019). Kedudukan Ahlu al-Halli wa al-’Aqdi Dalam Pemerintahan Islam. Qalamuna, 11(2), 89–110. Khalaf, cAbd al-Wahhab. (1984). al-Siyasah al-Sharc iyyah aw Nizam al-Dawlah alIslamiyyah fi al-Shucun alDusturiyyah wa al-Kharijiyyah wa al-Maliyyah. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
29 M. Najuddin & M. Razak (2021). Konsep Dan Peranan Syura Menurut Perpsektif Ahmad Al-raysuni, K., Usuluddin dan Falsafah, J., Pengajian Islam, F., & Kebangsaan Malaysia, U. (2021). Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) Malaysian Journal of Islamic Movements and Muslim Societies. 1(2), 144–155. Mujib, A. A. (2015). Implementasi Konsep Ahl Halli Wa Al-’Aqdi Al-Mawardi Dalam Proses Pemilihan Pimpinan KPK oleh DPR. Undergraduate Thesis Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang. Nazimi Mohd Mustaffa Pensyarah Pengajian Islam, J., Kanan, P., & Pengajian Pengurusan Pertahanan, F. (2020). PERUBAHAN TINGKAH LAKU MASYARAKAT ARAB JAHILIYYAH KEPADA TINGKAH LAKU BERAGAMA CHANGES IN ARAB JAHILIYYAH SOCIETY’S BEHAVIOR TO RELIGIOUS BEHAVIOR Nor Nazimi Mohd Mustaffa. Bilangan, 13, 16–25. Razaleigh Muhamat Kawangit. (2014, September 9). PERLAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM ZAMAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN. ResearchGate;
30 unknown. https://www.researchgate.net/publication/3018872 60_PERLAKSANAAN_DAKWAH_DAN_POLITIK_ISLAM _ZAMAN_KHULAFA'_AL-RASHIDIN Redzuwan, A., Yunus, M., Pensyarah, I., Jabatan, D., Dakwah, P., Kepimpinan, Fakulti, P., Islam, U., & Kebangsaan, M. (2013). TASAWWUR KEPIMPINAN ISLAM. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_a rticle/35006/Artikel_1.PDF Sayuti Pulungan, J. (1994). 186 2 Muhammad Iqbal. In Fiqih Siyasah Kontekstualisasi Doktrin Politik Islam. http://repository.uinsuska.ac.id/2495/4/BAB%20III.pdf Taufiq. Yusuf. A. W (2019, December 12). Syura, Keperluan, Cara Perlaksanaan dan Jangkauannya Dalam Usrah. .بلغوا ع ني ولو آية https://dakwah.info/2019/12/12/syura-keperluancara-perlaksanaan-dan-jangkauannya-dalam-usrah/
31