KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA
(KITAB)
PULAU PINANG
BUKU PERATURAN ASRAMA
DITERBITKAN OLEH :
UNIT KEDIAMAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Halaman|1
TATATERTIB / PERATURAN AM ASRAMA
1. Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam bilik adalah
lengkap dan sempurna.
2. Penghuni hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah sentiasa
memelihara suasana harmoni di asrama.
3. Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik asrama. Penghuni
asrama tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-mana individu
tanpa kebenaran pihak warden.
4. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuni. Penggunaan cadar dan sarung bantal
DIGALAKKAN.
5. Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. Bilik hendaklah
sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan.
6. Bertukar bilik tanpa kebenaran daripada ketua bilik atau wakil
kuasanya adalah TIDAK DIBENARKAN.
7. Penghuni hendaklah menutup suis lampu, kipas, pendingin hawa, tingkap dan mengunci
pintu sebelum meninggalkan bilik.
8. Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok mereka secara
berkumpulan.
9. Penghuni TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis senjata / peralatan tajam dan
bahan yang berbahaya ke dalam asrama.
10. Sebarang bentuk buli, peras ugut dan penderaan adalah TIDAK DIBENARKAN.
11. Pelajar lelaki TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan asrama perempuan atau
sebaliknya.
12. Warden boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke
tempat tinggal lain pada bila-bila masa.
13. Penghuni TIDAK DIBENARKAN menghadiri atau mengelola apa-apa jenis perjumpaan atau
perhimpunan di kawasan asrama kecuali dengan kebenaran bertulis daripada warden.
14. Sebarang bentuk penyambungan / pendawaian elektrik di dalam asrama adalah
DILARANG.
15. Penghuni DILARANG menyimpan, memiliki dan mengguna DADAH, MINUMAN KERAS atau
makanan yang memabukkan di dalam bilik asrama.
16. Penghuni DILARANG menghisap, menyimpan atau memiliki sebarang jenis ROKOK di
dalam bilik asrama.
17. Penghuni WAJIB mematuhi dan mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak asrama.
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG | BUKU PERATURAN ASRAMA
Halaman|2
PERATURAN MENGOSONGKAN ASRAMA
1. Penghuni hendaklah MENGOSONGKAN biliknya apabila tamat semester atau apabila
diarahkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej.
2. Pelajar hendaklah memastikan tiada berlaku kehilangan, kerosakan, kekotoran atau
pencemaran pada bilik mereka sebelum keluar daripada bilik.
3. Penghuni hendaklah MEMINDAHKAN kesemua barang miliknya dari bilik apabila tamat
semester atau diarahkan. Sebarang peralatan dan barang-barang yang ditinggalkan
disifatkan sebagai tidak diperlukan dan pihak asrama berhak membuangnya.
PERATURAN KELUAR MASUK HARIAN, HUJUNG MINGGU DAN CUTI PENDEK
1. Semua penghuni asrama yang keluar dari kawasan asrama atas urusan harian dikehendaki
masuk semula ke asrama sebelum jam 10.00 malam pada hari yang sama kecuali dengan
kebenaran yang diberikan oleh warden. Setiap penghuni asrama yang ingin bermalam di
luar asrama hendaklah melapor atau memaklumkan warden ketika keluar dan masuk ke
asrama.
2. Penghuni asrama TIDAK DIBENARKAN bermalam di luar asrama kecuali mendapat
kebenaran daripada warden kecuali untuk kes-kes kecemasan boleh terus menghubungi
warden.
3. Pelajar TIDAK DIBENARKAN meninggalkan asrama sekiranya ada aktiviti yang di anjurkan
oleh pihak Kolej.
4. Sebarang kegiatan luar pada waktu malam seperti bacaan tahlil / doa selamat di masjid
atau rumah, perlawanan futsal, badminton dan sebagainya hendaklah dimaklumkan
kepada warden.
PERATURAN MENERIMA TETAMU
1. Tetamu / waris penghuni asrama hendaklah dilayan di tempat yang disediakan di kawasan
asrama.
2. Tetamu / waris DILARANG memasuki bilik asrama.
3. Penghuni asrama adalah DILARANG membawa makanan TIDAK HALAL ke dalam bilik.
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG | BUKU PERATURAN ASRAMA
Halaman|3
4. Penghuni DILARANG mengotorkan bilik atau asrama dengan sisa makanan yang boleh
menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik serta menimbulkan bau yang kurang
menyenangkan kepada penghuni lain.
PERATURAN BERPAKAIAN
1. Penghuni DIWAJIBKAN berpakaian menutup aurat, sopan dan tidak menjolok mata pada
setiap masa di kawasan asrama.
2. Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian atau perhiasan yang melambangkan imej
yang berbentuk ganas, ajaran sesat dan sebagainya.
3. Rambut hendaklah sentiasa kemas, rambut yang mengerbang atau mewarnakan rambut
yang beraneka fesyen adalah HARAM dan TIDAK DIBENARKAN untuk setiap pelajar Kolej.
4. Pelajar lelaki Islam DILARANG rnemakai sebarang perhiasan diri seperti rantai, subang,
gelang dan sebagainya kecuali atas sebab-sebab tertentu. Sekiranya berlaku, rampasan
akan dilaksanakan serta merta.
5. Seluar pendek atau seluar yang menjolok mata serta tidak melambangkan imej seorang
pelajar Islam adalah DILARANG di dalam atau di luar kawasan asrama.
LARANGAN MEMELIHARA BINATANG
1. Pelajar DILARANG rnemelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di dalam bilik atau
kawasan asrama.
2. Binatang belaan atau binatang buangan yang menganggu keselesaan penghuni asrama
hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan asrama dengan kadar segera.
IKLAN, NOTIS, MAKLUMAN, RISALAH DAN LAIN-LAIN
1. Iklan dan notis hanya boleh ditampal dengan kebenaran warden di papan notis yang
clisediakan sahaja.
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG | BUKU PERATURAN ASRAMA
Halaman|4
2. Semua iklan dan notis yang ditampal hendaklah ditanggalkan semula setelah tamat
tempoh pemberitahuan.
3. Semua poster atau hiasan dinding bilik TIDAK boleh menggunakan paku kecuali alat
penyangkut gambar atau "poster hanger'' yang mana gamnya tidak merosakkan dinding.
4. Pelajar DILARANG mengotorkan dinding atau mana-mana bahagian bangunan asrama
dengan apa cara sekali pun.
5. Sebarang bentuk vandalisme TIDAK DIBENARKAN.
KESELAMATAN HARTA BENDA
1. Keselamatan harta benda penghuni, termasuk barang peribadi adalah dibawah
tanggungjawab sendiri.
2. Pelajar hendaklah memastikan biliknya sentiasa dikunci untuk mengelakkan kecurian.
3. Pelajar TIDAK digalakkan menyimpan wang yang berlebihan dan peralatan berharga di
dalam bilik.
4. Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden.
5. Harta benda penghuni yang berharga DILARANG untuk diletakkan dimerata tempat bagi
mengelakkan sebarang kecurian.
KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN
1. Penghuni hendaklah keluar dari bilik dan berkumpul di tempat yang selamat sekiranya
berlaku kebakaran.
2. Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat nyamuk, pelita,
lilin yang merbahaya atau sebarang perbuatan yang boleh
mengakibatkan kebakaran adalah TIDAK DIBENARKAN.
3. Jika berlaku kecemasan dan memerlukan rawatan, maklumkan kepada warden dengan
kadar segera.
4. Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman atau ugutan
hendaklah melaporkan segera kepada warden dengan kadar segera.
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG | BUKU PERATURAN ASRAMA
Halaman|5
SURAT-SURAT BERDAFTAR / BUNGKUSAN
1. Sebarang surat / surat berdaftar dan bungkusan bolehlah diperolehi di Pejabat
Pentadbiran Kolej.
2. Semua pertanyaan berkenaan dengan surat hendaklah dibuat di Pejabat Pentadbiran
Kolej.
TINDAKAN TATATERTIB
1. Kegagalan mematuhi sebarang peraturan di atas, penghuni asrama BOLEH dikenakan
tindakan-tindakan berikut:
➢ Amaran (amaran ke-3 dihantar kepada waris)
➢ Tindakan denda oleh warden asrama.
➢ Digantung asrama.
***Tertakiuk kepada pindaan semasa
***
Sebarang masalah berkenaan asrama / kelengkapan / kemudahan bilik yang tidak mencukupi
atau rosak hendaklah dimaklumkan terus kepada warden dengan kadar segera.
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG | BUKU PERATURAN ASRAMA