101 4.0 LANGKAH MERUSUK Gunanya bagi menggerakkan skuad ke kiri / kanan semasa menghadap ke hadapan. Hukuman: “1/2/3/4/5/6/7/8…….langkah ke kiri/kanan………gerak” Perbuatan: - Angkat peha kiri/kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa ke sebolah kiri/kanan sehingga habis bilangan langkah yang diperintahkan. - Langkah dibuat dengan mengangkat peha kanan / kiri 45 darjah ke hadapan dan hentak padat di sebelah kaki kiri kanan. Tumit dirapatkan. - Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tansan Ingatan : 1. Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar meng/kut bilangan (1-2-1, 1-2-2, 1-2-3 dan seterusnya. 2. Langkah merusuk tidak boleh melebihi 8 langkah. Sekiranya lebih skuad hendaklah digerakkan ke kiri/kanan Kesalahan Biasa 1. Langkah tidak sama; 2 Antara tumit tidak rapat 3.Bergerak seakan-akan melompat dan tidak dibawa kaki kanan/kiri itu dengan pantas apabila tinggi kaki kiri/kanan mencecah ke bumi 4. Angkat peha (kurang/lebih dari 45 dariah).
102 5.0 BELOK Hukuman: "Kanon/kiri Belok" Perbuatan: - Sama ada berjalan dalam satu barisan (file) atau bertiga-tiga, maka orang yang di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90. - Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. - Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah. Kesalahan-kesalahan biasa : 1. Deretan di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong keluar daripada pusat belok itu 2. Jarak jadi rosak disebabkan oleh angota diluar tidak memanjangkan langkah dan anggota di dalam tidak memendekkan langkah keluar.
103 6.0 BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN Kedudukan masa berialan mestilah dikekalkan dan semasa membuat semua pusingan, hendaklah berpusing tepat ke hala yang baru , lurus, jarak hendaklah dibetulkan oleh mereka dalam skuad itu dengan serta merta selepas berpusing. KE KANAN PUSING Hukumannva " Menghadap ke hadapan belakang, kanan.... pusing!" " Bergerak ke kanan / kiri. kanan….. pusing! " - Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. - Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan KE KIRI PUSING Hukuman : " Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .. pusing!” " Bergerak ke kanan/ kiri, kiri…….pusing “ Perbuatan: - Hukuman pusing diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. - Angkat kaki kanan dan hentakkan di sebelah kaki kiri - Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan
104 KE BELAKANG PUSING Hukuman : * Bergerak ke kanan / kiri, belakang. .....pusing!" - Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, angkat kaki kiri letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan, - Angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri, - Angkat kaki kiri dan hentak sebelah kaki kanan. dengan pantas hulurkan kaki kanan dan terus perlahan jalan. Kesalahan Biasa 1. Semasa berpusing lutut bengkok 2. Membiarkan tangan terrhayun – hayun dari kedudukansedia. 3. Tidak mengekalkan jarak langkah 4 Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki 5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan 6. Tidak mengangkat peha 45 darjah 7. Hujung kaki menjunam ke bumi atau mendongak.
105 7.0 BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN KE KANAN PUSING Hukuman " Menghadap ke hadapan / belakang, kanan……. pusing " " Bergerak ke kanan / kiri, kanan………pusing” Perbuatan: - Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. - 'Check' kaki kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. - Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus berialan KE KIRI PUSING Hukuman : “ Menghadap ke hadapan / belakang, kiri…….pusing! “ Bergerak ke kanan / kiri, kiri……..pusing!" Perbuatan: - Hukuman "pusing" diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. - Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri. - Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan
106 KE BELAKANG PUSING Hukuman : " Bergerak ke kanan / kiri, belakang……..pusing!" - Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, - check' kaki kiri. tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), - hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. - Dengan pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju). Peringatan: Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan "in" Kesalahan Biasa: 1. Semasa berpusing lutut bengkok. 2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia. 3. Tidak mengekalkan jarak langkah. 4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki. 5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan. 6. Tidak mengangkat peha 45 darjah. 7. Hujung kaki menjunam ke bumi. 8. Seret kaki ketika pergerakan 'in’
107 8.0 HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN SEMASA CEPAT JALAN Hukumannya "Hentak.....kaki" Perbuatan: - Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, 'check' kaki kanan hentak kaki dengan kaki kiri Kesalahan Biasa: 1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki. 2. Tidak hentak kaki pada satu tempat. 3. Pinggang lemah dan bongkok. 4. Tidak pandang terus ke hadapan. 5. Lebih pantas daripada berjalan. Hukuman: "Maju” Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan maju mulai kaki kanan.
108 SEMASA PERLAHAN JALAN Hukuman : "Hentak…kaki" Perbuatan: - Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki dengan kaki kiri Kesalahan Biasa: 1. Tangan,badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki. 2. Tidak hentak kaki pada satu tempat. 3. Pinggang lemah dan bongkok. 4. Tidak pandang terus kehadapan. 5. Lebih pantas daripada berjalan. Hukuman: "Maju" Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan tendang kaki kanan ke hadapan untuk berjalan. HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERBENTI Hukuman : " Hentak kaki cepat" Perbuatan : - Mula hentak kaki dengan kaki kanan.
109 Hukuman: "Skuad.....henti" Perbuatan: - Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan kanan. Terus berhenti. 9.0 TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN SEMASA PERLAHAN JALAN. Hukuman “Tukar langkah masa berjalan, tukar Langkah” Perbuatan: - Hukuman diberi masa kaki kanan jejak ke bumi. - Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, - Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri - Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan jalan Kesalahan Biasa (a) Dalam masa berjalan - Melenggangkan tangan. - Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga (b) Dalam masa menghentak kaki - Badan membengkok. - Terlalu pantas.
110 SEMASA CEPAT JALAN. Hukuman: “Tukar langkah masa berjalan, tukar ..langkah" Perbuatan: - Hukuman " tukar" diberi semasa kaki kanan jejak tanah. - Hukuman "langkah" di beri atas kaki kiri - Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri. - Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan - Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan. Kesalahan Biasa (a) Dalammasaberjalan: - Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga. (b) Dalam masa hentak kaki: - Badan membongkok. - Terlalu pantas.
111 10. BERJALAN, HENTAK KAKI 10.1 BERHENTI DALAM MASA BERLARI HUKUMAN: " Dari Kiri/ kanan.... cepat lari" Perbuatan : - Mula berlari dengan kaki kanan. - Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit. Kesalahan biasa: I. Memandang ke bawah 2. Berlari di atas tumit 3. Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul. HENTAK KAKI SEMASA BERLARI Hukuman : "Hentak... kaki" Perbuatan: - Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, 'check' dengan kaki kanan dan mulakan hentak dengan kaki kiri. Hukuman : "Maju” Perbuatan : - Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri .kemudian mulakan berlari dengan kaki kanan.
112 Peringatan : Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki terlebih dahulu dan beri hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki. 11. TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT DALAN DAN BERLARI 11.1 DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN Hukuman: "Tukar langkah perlahan, perlahan ...jalan" Perbuatan : - Hukuman "Jalan" ketika kaki kiri jejak ke bumi. - 'Check' dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelan kaki kanan. - Dengan pantas hulúr kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan. Peringatan: 1. Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check 11.2 DARI PERLAHAN KE JALAN CEPAT Hukuman : "Tukar langkah cepat, cepat.jalan" Perbuatan : - Hukuman" cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan “jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut dan mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan. - Tangan dilenggangkan
113 11.3 DARI CEPAT JALAN KE LANGKAH BERLARI Hukuman : “Tukar langkah berlari... cepat lari” Perbuatan : - Hukuman" lari “ diberi di atas kaki kanan, - check dengan kaki kiri, - kemudian mulai lari dengan kaki kanan. 11.4 BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN Hukuman : " Buka.... Barisan" Perbuatan : - Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. - Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus. Hukuman " Tutup……barisan" Perbuatan: - Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak kaki kanan, - Barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali dan terus maju. - Barisan belakang berjalan terus.
114 12. TUKAR HALUAN PERLAHAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN PERLAHAN 12.1 TUKAR HALUAN MASA BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN Hukuman: "Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan….Tukar” Perbuatan: - Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan hadapan pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan belakang diam. Hukuman : "Cepat jalan" Perbuatan:- - Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu berhenti. - Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti. - Jarak antara barisan adalah satu langkah. Ingatan : 1. Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri. 2. Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam anggota dalam barisan. 3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan diberi hukuman maju atau berhenti. 4. Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan, maka anggota dalam barisan hendaklah belok ke hala yang baru. 5. Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama.
115 Kesalahan biasa:- 1. Tidak memastikan jarak yang betul. 2. Anggota yang disebelah luar mempercepatkan langkah. 3. Memanjangkan langkah. A. Anggota nombor satu barisan hadapan ( Penanda) tidak ambil cukup tiga langkah, 5. Tidak berhenti atau hentak kaki di atas kaki yang betul. 13. KAWAD FORMASI - Juga dikenali sebagai kawad persembahan - Melibatkan asas-asas kawad statik dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk formasi supaya lebih menarik. 13.1 CONTOH KAWAD FORMASI
116 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 7 TARIKH : 21 FEBRUARI 2024 TAJUK : KAWAD DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 pagi hingga 9.00 pagi 9.00 pagi hingga 12 tengah hari 4.Kawad * Kawad istiadat - istiadat perhimpunan - istiadat naik dan turun bendera 5. Asas Pertolongan Cemas - tujuan dan prinsip bantu mula - anduh dan balutan
117 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 6 TARIKH : JANUARI 2024 HARI : RABU TAJUK : KAWAD DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS 1.0 KAWAD ISTIADAT Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan ole satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu formasi kawat. la diadakan untuk member penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi. 1.1 KAWAD ISTIADAT PERHIMPUNAN 1) Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah mengikut kesesuaian tempat. i) Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja ” Hormat ke hadapan hormat ” ii) Lagu iii) Lapor ” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll .................. Perbarisan sempena .......................terdiri daripada ........................... pegawai dan ......................... lain-lain pangkat siap untuk upacara perasmian/penutup/diperiksa dll. iv) Periksa barisan ( jika ada ) v) Doa vi) Ucapan dll. v) Lapor selesai perbarisan ” Baris.....Baris sedia, Hormat....... hormat ke hadapan hormat. ” Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ............ mohon kebenaran meneruskan tugas yang lain. Terima kasih tuan.
118 Catatan : Bahasa perintah dan urutan pergerakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip kawad. 1.2 KAWAD ISTIADAT NAIK DAN TURUN BENDERA 1.2.1 ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. KRS bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan. 9. KRS bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta KRS lain . 10. Selesai memberi hormat, KRS bertugas kembali ke tempat asalnya. 11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli KRS menyanyi lagu Negaraku diikuti lagu PKadet Remaja Sekolah dan doa berturutan. 12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya
119 menyampaikan ucapan ringkas. 13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli KRS untuk 'senang diri'. 14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. 15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.. 1.2.2 ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera 2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera 3. Ahli KRS membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia. 4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli KRS. 5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat
120 6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, 7. 2 orang KRS bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di hadapan tiang bendera. 8. Kedua-dua KRS bertugas melipat bendera. 9. Selesai melipat bendera, KRS bertugas menyerahkan bendera kepada pemimpin bertugas dan kembali ke tempat asal. 10. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan untuk menyerahkan bendera sebagai menandakan istiadat menurunkan bendera telah selesai dan memohon kebenaran untuk menjalankan tugasan lain. 11. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya. 12. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin. 13. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..
121 2.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang berkelayakan. 2.1 TUJUAN DAN PRINSIP 2.1.1 Tujuan Pertolongan Cemas. a. Selamatkan nyawa. - Memberi bantuan awal untuk menvelamakan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. b. Mengelakkan dari bertambah buruk. -Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk "mengelakkan kecederaan tau keadaan pesakit meniadi bertambah buruk. c. Mengurangkan kesakitan. -Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit. 2.1.2 Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1. Menyelamatkan nyawa 2. Mengurangkan kesakitan 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital 2.1.2.1 Peraturan Am Pertolongan cemas: 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu.
122 3. Jangan sekali-kali meninggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memperhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. 2.1.2.2 Tindakan serta merta pertolongan cemas: 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. 2.1.2.3 Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: 1. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan sebagainya. 2. Bertindak berdasarkan DRABC (Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: a. Keluarkan mangsa dari kawasan yang berbahaya|D] b. Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. (R) c. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut -jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A) d. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak,lakukan EAR[B] c. Pastikan nadi mangsa berfungsi – semak di nadi karotid atau dileher (c), jika tidak melakukan CPR.
123 2.1.2.4 PETI PERTOLONGAN CEMAS. Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. la biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas. Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.
124
125 2.2 ANDUH DAN BALUTAN 2.2.1 ANDUH 2.2.1.1 JENIS ANDUH ❖ Anduh Besar ❖ Anduh Kecil ❖ Anduh Pergelangan Tangan ❖ Anduh Menaik Anduh Besar Anduh Pembalut Cincin Anduh Menaik
126 2.2.1.2 Jenis Balutan Anduh ❖ Anduh Lengan ❖ Anduh Kepala ❖ Anduh Lutut atau Siku ❖ Anduh Pergelangan Tangan ❖ Anduh Tapak Kaki Kesemua balutan anduh di atas hendaklah menggunakan ikatan buku sila : 2.2.1.2.1 Anduh Lengan ➢ Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. ➢ Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. ➢ Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
127 2.2.1.2.2 Anduh Lutut ➢ Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di ataslutut yang tercedera. ➢ Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan bukusila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . ➢ Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. 2.2.1.2.3 Anduh Kepala ➢ Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsadan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. ➢ Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kernudiandibawa ke dahi dan dikat buku sila. ➢ Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas,
128 2.2.1.2.4 ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI. ➢ Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. ➢ Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) ➢ Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. ➢ Ikatan buku sila dikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut.
129 2.2.2 BALUTAN ❖ Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan. ❖ Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan 2.2.2.1 Jenis Balutan Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung
130 2.2.2.2 Lipatan Tiga Segi Luka Tangan Luka Dada Luka Bahu Luka Peha Luka Siku Luka Lengan Luka Lutut Luka jari
131 Balutan Luka Tangan Balutan Luka Dada Balutan Luka Peha Balutan Luka Siku Balutan Luka Lutut
132 Balutan Luka Lengan Balutan Luka Jari
133 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 8 TARIKH : 28 MAC 2024 TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN DISIPLIN DAN KEROHANIAN LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 pagi hingga 10.00 pagi 10.00 pagi hingga 11 pagi 5.Asas Pertolongan Cemas - merawat luka,gigitan dan sengatan serangga - patah dan terseliuh - pemulihan pernafasan - teknik usungan 6. Disiplin dan Kerohanian - ketatanegaraan - kerohanian/pendidikan moral - pengurusan dan gaya diri
134 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 7 TARIKH : JANUARI 2024 HARI : RABU TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS DAN DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 1.1 Merawat Luka, Gigitan Dan Sengatan Serangga 1.1.1 Merawat Luka ❖ Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. ❖ Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai. ❖ Balt luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasar yang bersih. 1.1.2 Gigitan ❖ Digigit hama rumput ❖ Hama-hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar. ❖ Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan : ❖ Cuci tempat yang digigit bersih -bersih dengan air dan sabun ❖ Tukar dan cuci pakaian. basuh densan anti - septik ❖ Jangan diparu kerana ini menambahkan gatal dan menvebabkan bengkak. ❖ Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti- histamine
135 1.1.3 Gigitan atau Patukan Ular - boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yangdigigit dan bisa. Rawatan : 1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. 3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotongke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. Longgarkan ikatan 'touriquet' selama ½ minit tiap-tiap ½ jam 4. Biarkan orang yang digigit ular it bertenang dengan cukup. 5. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. 6. Jika ia tidak bernafas bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. 7. Hantar ke rumah sakit yang terdekat 8. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang teriatih sahaja untuk membuat suntikkan. Rawatan Kecemasan : Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu . Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan.
136 1.2 Patah Atau Terseliuh 1.2.1 Patah ❖ Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya. 1.2.1.1 Tanda-tanda patah tulang: Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang. Bengkak dan lebam. Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel. Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat. 1.2.1.2 Cara merawat: Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan. Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
137 1.2.2 Terseliuh 1.2.2.1 Tanda-tanda dan Gejala ❖ Rasa kesakitan pada sendi itu. ❖ Bengkak ❖ Lebam atau perubahan warna dibawah kuli tsendi yang tercedera. Rawatan : Letak beg ais pada sendi yang cedera Tinggikan bahagian yang tercedera, Letakkan mangsa didalam keadaan yang selesa. Ampu bahagian yang tercedera. Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan. 1.3 Pemulihan Pernafasan 1.3.1 Asfiksia (Terhenti pernafasan) Asfiksia adalah satu keadaan dimana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. 1.3.2 Punca – Punca Asfiksia Lemas Keracunan gas dan asap yang merbahaya Tersekat saluran udara tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain. Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak kedalam ketika tidak sedarkan diri. Disambar petir atau kilat Terhimpit dada Runtuhan tanah. Serangan penyakit
138 1.3.3 Jenis Jenis Pemulihan Pernafasan ❖ Pemulihan pernafasan mulut ke mulut. ❖ Pemulihan pernafasan Holgen Nielson ❖ Pemulihan pernafasan mulut ke hidung. ❖ Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada ( external cardiac compression) ❖ Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR 1.4 Teknik Usungan 1.4.1 Usungan Menggunakan Pengusung ❖ Usungan kaedah ini memerlukan ramai pembantu dan khususnya dilakukan apabila manga tidak dapat bergerak disebabkan patah tulang belakang, leher atau kaki. Kaedah ini juga memerlukan manga dipindahkan secara jarak jauh. ❖ Caranya ialah tiga orang pembantu berada disebelah mangsa manakala satu orang berada disebelah satu lagi mangsa. Pembantu akan melutut dengan mengangkat lutut sebelah kanan. Manga akan diletakkan ke atas lutut kanan ketiga-tiga pembantu secara serentak, kemudian mangsa akan dipindahkan ke atas usungan. 1.4.2 Usungan Menggunakan Selimut ❖ Kaedah ini adalah sama dengan kaedah menggunakan pengusung. ❖ Sebagai menggantikan pengusung jika tada pengusung/papan keras. ❖ Kain selimut juga digunakan sebagai pengantara dari tempat mangsa ke pengusung.
139 1.4.3 Usungan Improvasi ❖ Kemalangan di kawasan terpencil vang sukar mendapat bantuan lain, hendaklah dikendalikan dengan alatan-alatan yang terdapat di tangan. ❖ 2 helai baju dan 2 batang kayu dibuat usungan. ❖ Mangsa dibaringkan di atas usungan itu dan diikat badannya supaya tidak tergelincir jatuh. ❖ Penolong kecemasan seterusnya mengangkat usungan di sebelah kepala mangsa dengan membelakangkan mangsa dan menarik ke pusat bantuan lanjut. 2.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN 2.1 Lagu – Lagu Patriotik dan Pertubuhan Tujuan lagu-lagu patrotik adalah untuk melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan neger mengikut protokol yang betul, menanamkan semangat patriotik dan cinta akan negara semasa menyanyikan lag patriotik dan memastikan ahli kadet tahu menyanyikan serta menghayati seni kata lagu KRS dengan baik. 2.2 Lagu – Lagu Rasmi Negara Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh lagu-lagu rasmi negara Malaysia adalah Lagu Kebangsaan, Negaraku dan Lagu Negeri. 2.3 Lagu – Lagu Kadet Remaja Sekolah Lagu-lagu Kadet Remaja Sekolah juga merupakan lagu wajib yang harus dihafal dan dinyanyikan oleh para kadet KRS. Lagu ini sama seperti lagu rasmi Negara yang mempunyai protokol yang harus diketahui ole para kadet.
140 2.4 DOA. TAZKIRAH, SIRAH NABI, BAGAAN YASIN DAN KATA-KATA НІКМАН Aspek disiplin dan kerohanian dalam Kade Remaja Sekolah juga terdapat doa atapun kata-kata hikmah serta moral yang perlu dititikberatkan. Hal ini adalah untuk menjaga disiplin dan membentuk keperibadian Kadet Remaja Sekolah.
141 PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 8 TARIKH : 6 MAC 2024 TAJUK : DISIPLIN DAN KEROHANIAN DAN KEUSAHAWANAN LOKASI : ASTAKA JURULATIH : EN. NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MOHAMMAD NOR IZZUDIN BIN MOHAMMAD SHOKERI KEKUATAN ANGGOTA : 45 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 pagi hingga 9.00 pagi 9.00 pagi hingga 11 pagi 6. Disiplin dan Kerohanian - ketatanegaraan - kerohanian/pendidikan moral - pengurusan dan gaya diri 7. Keusahawanan - kraftangan
142 LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 9 TARIKH : JANUARI 2024 HARI : RABU TAJUK : DISIPLIN DAN KEROHANIAN DAN KEUSAHAWANAN 1.0 DISIPLIN DAN MORAL 1.1 Moral Aspek disiplin dan kerohanian dalam KRS juga menekankan kemoralan. Hal in disebabkan KRS bermatlamat untuk melahirkan generasi pelajar yang cinta akan negara serta mempunyai disiplin diri yang kental. Di samping itu,KRS ditubuhkan adalah untuk membina generasi pelajar yang mengetahui memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke arah hidup kelvarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara. Aspek kerohanian juga boleh dilihat dalam KRS sekolah rendah tahap dua. Setiap tajuk dalam KRS diperkukuhkan dengan penyelitan amalan nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, beriman dan beramal. 1.1.1 Nilai – Nilai Murni Buat baik dibalas baik Waspada sebelum kena Kesetiaan kepada negara Sahabat setia Teguran membina . Balasan jujur Berakit-rakit Contohilah labah-labah. Kalau cermat tentu selamat Budi bahasa Sesal kemudian tidak berguna Mengawal permikiran, pertuturan dan perlakuan Etika perniagaan yang baik Pengorbanan kaum ibu Fikir sebelum bertindak Kebebasan dalam sistem demokrasi
143 Pentingnya keselamatan jalan raya Biar lambat asalkan selamat bukit sama didaki lurah sama dituruni 1.2 Pengurusan Dan Gaya Diri 1.2.1 Tanggungiawab Terhadap Diri Dan Keluarga ❖ Memelihara kesihatan tubuh badan ❖ Penjagaan keluarga 1.2.2 Mengurus Tempat Kediaman ❖ Susun atur peralatan rumah ❖ Keselamatan di rumah 1.2.3 Adab Bergaul ❖ Keluarga ❖ Jiran Tetangga ❖ Guru atau Rakan ❖ Majlis Rasmi ❖ Batas – Batas Pergaulan 1.2.4 Pemilihan Pakaian ❖ Majlis Rasmi atau Formal ❖ Majlis Tidak Rasmi Atau Tidak Formal ❖ Bersukan ❖ Etika berpakaian dalam Islam
144 1.2.5 Peranggu Meja ❖ Alatan peranggu meja ❖ Sajian secara tradisional ❖ Sajian secara cina ❖ Sajian secara barat ❖ Sajian secara "buffet' 1.2.6 Etika Di Meja Makan ❖ Cara memegang pisau dan garpu ❖ Cara meletakkan sudu, garpu dan pisau selepas makan. 1.2.7 Tatatertib Sebagai Tetamu ❖ Adab sebagai tetamu ❖ Adab meniadi tuan rumah ❖ Adab semasa menghadiri jamuan makan ❖ Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa makan di mailis jamuan. 1.2.8 Etika Makan Secara Islam 1.2.9 Adab makan di dalam Pelbagai Jenis Jamuan ❖ Makan cara Melayu ❖ Makan cara Barat ❖ Makan cara Koktel ❖ Makan cara Buffet ❖ Makan di kantin
145 2.0 KEUSAHAWANAN 2.1 Kraftangan Kraf tangan ialah penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraf tangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraf tangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraf tangan. 2.1.1 Kraftangan daripada Barang Terpakai Kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.
146
147
CamScanner
CamScanner
CamScanner