The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimanhafis123, 2021-10-20 08:25:20

Pejabat Karang Mengarang

Pejabat Karang Mengarang

10/20/21, 8:24 PM Pejabat Karang Mengarang

 TICKER SANGGAR PUISI selamat tinggal suria MIMBAR KATA 

Home About 

HOME INSPIRASI ABOUT SANGGAR PUISI MUAT TURUN

Home  sejarah sastera  Pejabat Karang Mengarang 3890096

Pejabat Karang Mengarang Mamapipie
20 minutes ago
by Mimbar Kata - 19:30 Chedet
2 hours ago
Retrospektif Pejabat Karang Mengarang MPSI
Jane Friedman
3 hours ago
Ben Ashaari
4 hours ago
Perdu Cinta
5 hours ago
Alam Sari Di Tanah Jauhar

SEMASA sebelum merdeka Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang Warisan Petani
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) memainkan peranan penting dalam perkembangan kesusasteraan 1 hour ago
Melayu.
Aynorablogs
2 hours ago
Cerita Blog Mrs Pip
3 hours ago
BeautifulNara
3 hours ago
The Leaders Online
3 hours ago
Suria Amanda

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) belum lagi bergerak aktif dalam bidang kesusasteraan ketika itu. Pendita
Za’aba ialah orang yang bertanggungjawab menyuburkan bidang bahasa dan sastera melalui Pejabat Karang
Mengarang MPSI ini.


Ia ditubuhkan pada tahun 1924 dikenali sebagai Penerbit Universiti dan pada 1 November 2001 dikenali sebagai
Penerbit Universiti. Penubuhannya bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan
Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan masyarakat.


Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya. Selain itu, turut
menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan.


Ini membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi
dan ia dapat mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan warga universiti.


Penubuhan pejabat ini adalah atas daya usaha O.T Dussek , Pengetua MPSI, dan Pendita Za’aba dilantik
sebagai penggeraknya. Penubuhannya juga mendapat kerjasama daripada R.O. Winstedt iaitu Pengarah
Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.


Sebelum adanya Pejabat Karang Mengarang, penerbitan buku-buku dikendalikan oleh pencetak-pencetak Home Muat Turun
persendirian. Disebabkan pengeluarannya tidak begitu memuaskan maka dalam tahun 1885 sebuah percetakan Home Sanggar Puisi
Melayu telah ditambah kepada Pejabat Percetakan Kerajaan dengan mengambil Syed Mahmud Syed Abdul Kadri About Warisan
sebagai penulis dan penterjemah di Pejabat Pelajaran Singapura.
Inspirasi
kau dan aku
Go
Pengetua MPSI meminta kebenaran kepada Pengarah Pelajaran di Kuala Lumpur supaya bahagian terjemahan
dipindahkan ke MPSI Tanjung Malim. Permintaan itu diluluskan dan Za’aba dilantik sebagai Ketua Search...
Penterjemah.


Pada tahun 1925, dengan persetujuan Winstedt ia dinamakan sebagai Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Followers (565)
Next
Training College. Lembaga pengarah atau badan penyunting umum telah dibentuk dan anggotanya terdiri
daripada Winstedt sebagai Pengarah am dan O.T.Dussek sebagai Pengarang.


Pengetua MPSI bertanggungjawab menggerakkan biro ini secara am kerana ia dianggap sebahagian daripada
fungsi maktab. Ia dianggap bersesuai sekali dengan kedudukan maktab sebagai pusat pengajian Melayu.


Pada tahun 1930 pejabat ini menambah tiga orang kakitangan yang terdiri daripada Yazid Ahmad, Abdul Kudus Follow
Muhamad dan Ahmad Murad Nasaruddin. Tugas mereka ialah sebagai penterjemah pelatih lulusan School
Certificate dan berkebolehan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Selain mereka, dua orang penulis Melayu juga
dipilih untuk berkhidmat di pejabat tersebut, kesemua mereka adalah lulusan MPSI.


https://mimbarkata.blogspot.com/2014/02/pejabat-karang-mengarang.html 1/4

10/20/21, 8:24 PM Pejabat Karang Mengarang

Oleh kerana pejabat ini tidak mempunyai mesin cetak maka bahan-bahan untuk dicetak dihantar ke syarikat SOCIAL PLUGIN 
swasta . Pada masa itu hanya terdapat Mesra Printers Singapura, Kyle Palmer &Co. Kuala Lumpur dan Malaya
Publishing House Singapura.


Za’aba sebagai tenaga penting di pejabat ini diberi peluang melawat Penerbit Pustaka Indonesia untuk
mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan percetakan dan juga menambah pengetahuannya dalam bidang
penerbitan buku.


Za’aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali
sebagai seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-
an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung
yang berjaya meletakkan dirinya sebagai tokoh terkemuka dalam sejarah negara ini.


Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam
kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.


Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Za’aba menerima pendidikan awalnya di
sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan
merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.


Za’aba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916. Beliau seorang yang
gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya disiarkan dalam
akhbar dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau
telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita dan Ilmu Mengarang.
Hasil penulisannya yang lain termasuk cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap,
Singapura.


Sekembalinya dari Indonesia, Za’aba dan O.T. Dussek mencadangkan agar pejabat tersebut mencontohi 2/4
kerja-kerja penerbitan yang dilakukan oleh Balai Pustaka, Indonesia. Antara cadangannya ialah menambah
bilangan pekerja sehingga 60 orang kerana tugas semakin banyak dan berkembang. Banyak buku hendak
diterbitkan dan memerlukan pekerja yang banyak.
Pada tahun 1936 O.T.Dussek telah dibersarakan lebih awal kerana bertelingkah dengan pegawai tinggi Kerajaan
Pusat. Selepas ketiadaannya pejabat ini secara perlahan-lahan menjadi semakin lemah dan tiada idea.

Semasa Perang Dunia Kedua meletus, kerja-kerja penerbitan seakan-akan terhenti sama sekali. Selepas perang
pejabat ini terpecah kepada dua bahagian, iaitu satu di Tanjung Malim dan satu lagi berpusat di Jabatan
Pelajaran Kuala Lumpur.


https://mimbarkata.blogspot.com/2014/02/pejabat-karang-mengarang.html

10/20/21, 8:24 PM Pejabat Karang Mengarang

Usaha untuk membesar dan memperkasakannya terbantut. Peranannya semakin mengecil dan akhirnya
dibubar terus pada tahun 1957 apabila Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan dari Johor Baharu ke Kuala
Lumpur. Sejak itu peranan mengembang bahasa Melayu dan menerbitkan buku berbahasa Melayu diambil alih
oleh DBP.


Sehingga tahun 1957, sebanyak 44 buah buku telah diterbitkan daripada jumlah itu 34 buah diterbitkan sebelum
1936. Tujuh daripadanya adalah cerita kanak-kanak. Selepas perang sebanyak 24 buah telah diterbitkan, empat
buah daripadanya adalah hasil daripada peraduan mengarang anjuran Pejabat Pelajaran.


utusan online

Tags kreatif sejarah sastera

REACTIONS

 Facebook  Twitter   

 OLDER NEWER 
dalam perjalanan Imbauan Suluh Budiman

YOU MAY LIKE THESE POSTS

KREATIF BACA PUISI KREATIF

ayahanda tulis hatimu hari pasar di kelantan
September 26, 2021 May 07, 2021 April 21, 2021

POST A COMMENT

1
Comments

kakitravelkhairuddin.blogspot.com

24 February 2014 at 19:35

Tempat kerja saya...

Reply Delete

 Replies
Reply

Add comment

Enter your comment...

TERBARU POPULAR WARNA

sastera dan kuasa amana rasul
September 26, 2021 19:27

ayahanda Gadis Kecil
September 26, 2021 17:56

https://mimbarkata.blogspot.com/2014/02/pejabat-karang-mengarang.html 3/4

10/20/21, 8:24 PM Pejabat Karang Mengarang


KEINDAHAN NEGERI KMK : Soalan dan Jawapan
September 18, 2021 20:56

selamat tinggal suria Astaghfirullah Robbal Baroya
September 18, 2021 19:58

selamat tinggal suria 3 Nikmat Hidup
September 18, 2021 21:31

Crafted with  by TemplatesYard | Distributed by Blogger Template Home About

https://mimbarkata.blogspot.com/2014/02/pejabat-karang-mengarang.html 4/4


Click to View FlipBook Version