PENDIDIKAN GOLONGAN MINORITI (ORANG ASLI)
1.0 Pengenalan
Menurut jabatan kemajuan orang asli (jakoa), masyarakat orang asli
merupakan kaum minoriti penduduk malaysia. Mengikut banci tahun 2006
bilangan orang asli ialah 141,230 orang. Kedudukan ekonomi sebahagian
besar masyarakat orang asli masih tertinggal dalam pelbagai bidang,
berbanding kaum-kaum lain di malaysia. Dari segi taburan penempatan
masyarakat orang asli 36.9% di kawasan pendalaman, 62.4% di kawasan
pinggir dan 0.7% di kawasan bandar.
Menurut kementerian pendidikan malaysia (kpm) (2013), dalam pelan pembangunan
pendidikan malaysia (pppm) 2013-2025 menyatakan bahawa kumpulan peribumi dan minoriti
lain termasuk kumpulan seperti orang asli, penan, peribumi sabah, dan peribumi sarawak
merangkumi 4% daripada semua murid sekolah. Rendah dan menengah di malaysia. Sebanyak
68% daripada murid tinggal di kawasan luar bandar dan 80% di sabah dan sarawak. Menurut
dapatan kpm menunjukkan kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang asli
mencapai pencapaian pendidikan dalam kalangan mereka agak rendah berbanding purata
kebangsaan. Hanya 20% murid orang asli tamat sekolah menengah, iaitu kurang separuh
daripada purata kebangsaan iaitu 72%. Berbanding purata kebangsaan, iaitu 87%, hanya 61%
murid sekolah kebangsaan asli lulus mata pelajaran teras dalam peperiksaan upsr. Sebanyak
35% sekolah kebangsaan asli berada dalam band sekolah berprestasi rendah (band 6 dan 7)
berbanding hanya 1% sekolah awam.
Dapatan daripada kpm menunjukkan bahawa isu keciciran pelajar dari kalangan
masyarakat orang asli masih tinggi dan keadaan ini merupakan antara cabaran kepada
kementerian pendidikan dan pihak-pihak berkaitan khususnya jakoa dalam usaha
merealisasikan hasrat kerajaan dalam pppm 2013-2025 dalam merapatkan jurang pendidikan
dalam kalangan pelajar di negara ini. Namun, jika dilihat dari sudut lain adalah menjadi
tanggungjawab dan kesedaran ibu bapa pelajar orang asli itu sendiri untuk memastikan anak-
anak mereka diberi sokongan dan bimbingan terhadap keperluan dan kepentingan pendidikan
bagi membolehkan mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Ibu bapa merupakan tunjang
utama dalam pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Persepsi mereka terhadap pendidikan
formal merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan anak-anak mereka
(muhammad fuad et.al., 2016).
Justeru, melalui penulisan ini dua isu utama yang akan dibincangkan iaitu pertama isu
yang berkaitan dengan sikap dan peranan ibu bapa dan isu kedua adalah berkaitan dengan
budaya dalam pendidikan orang asli. Isu-isu ini dipilih berdasarkan pembacaan daripada
artikel-artikel berkaitan yang menjadi tumpuan utama bagi pengkaji terdahulu terhadap isu
yang dihadapi dalam memperkasakan pendidikan orang asli di negara ini. Implikasi dan
cadangan penyelesaian terhadap isu tersebut turut dikemukakan berdasarkan kajian-kajian
lampau sebagai gambaran bagi membantu golongan minoriti ini dalam merealisasikan hasrat
dalam visi dan misi pelan pembangunan yang telah disediakan oleh kementerian.
2.0 Konsep Dan Definisi Berkaitan Pendidikan Orang Asli
Menurut JAKOA, kewujudan Akta Orang Asli 1954 (akta 134) di bawah ordinan orang asli
no. 3, 1954 yang telah dikeluarkan pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk
dikatakan sebagai komuniti orang asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan seksyen
3 dalam akta orang asli 1954 (akta 134), orang asli ditakrifkan seperti berikut:
i. Mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik orang asli, yang bercakap
bahasa orang asli dan lazimnya mengikut cara hidup orang asli dan adat kepercayaan
orang asli, dan termasuklah seorang keturunan antara lelaki itu;
ii. Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat
semasa budak oleh orang asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang orang asli,
lazimnya bercakap bahasa orang asli, mengikut cara hidup orang asli dan adat
kepercayaan orang asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat orang asli; atau
iii. Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan orang asli dengan
seorang lelaki daripada suatu kaum lain , dengan syarat anak itu lazimnya bercakap
bahasa orang asli dan kepercayaan orang asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu
masyarakat orang asli.
Masyarakat orang asli merupakan komuniti minoriti yang mempunyai keunikan tersendiri
terutamanya dalam aspek sosiobudaya yang meliputi identiti, adat resam dan ritual, pantang
larang, makanan serta hubungan sosial. Bagi mengekalkan identiti mereka sebagai orang asli,
majoriti daripada mereka masih tinggal di kawasan hutan dan masih mengamalkan cara hidup
tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek
moyang mereka ( seow ta wee, et al., 2013). Kesan daripada pengekalan identiti tersebut,
masyarakat orang asli sering dianggap sebagai golongan yang miskin serta ketinggalan
daripada masyarakat lain di negara ini. Orang asli negara ini terdiri daripada tiga suku kaum
utama iaitu senoi, melayu-proto dan negrito dan setiap suku kaum ini pula boleh dipecahkan
lagi kepada enam suku bangsa berbeza.
Jadual 1 menunjukkan status pendidikan di kalangan pelajar orang asli yang
ditunjukkan melalui yang mendaftar pelajar pada peringkat tertiari , sekolah menengah dan
sekolah rendah. Status pendidikan secara keseluruhannya meningkat daripada semasa ke
1
semasa dalam semua peringkat pengajian. Peningkatan yang mendaftar pelajar sekolah rendah
melonjak dengan ketara daripada 16,806 orang pelajar pada tahun 1997 kepada 27,926 orang
pelajar orang asli pada tahun 2013. Enrolmen pelajar sekolah menengah juga menunjukkan
trend yang meningkat iaitu seramai 3,306 orang pelajar pada tahun 1997 meningkat kepada
12,968 orang pelajar pada penghujung tahun 2013. Peningkatan ini menunjukkan kesedaran di
kalangan orang asli tentang kepentingan pendidikan kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat secara keseluruhannya.
Jadual 1: Pendaftaran pelajar orang asli bagi sekolah rendah, sekolah menengah dan ipt dari
tahun 1997 sehingga tahun 2013.
Enromen pelajar orang asli (status pendidikan)
Tahun Ipt Sekolah Sekolah rendah
menengah
1997 10 3306 16806
1998 19 4186 19033
1999 2 4653 21131
2000 30 5971 21704
2001 35 5239 20871
2002 42 6219 22098
2003 112 6675 23607
2004 73 7754 25354
2005 62 8488 26210
2006 49 8774 26464
2007 61 9600 26791
2008 63 9738 27176
2010 235 11314 27585
2011 395 12148 26283
2012 476 11341 27868
2013 693 12968 27926
Jumlah 2357 128374 386907
Sumber: jabatan kemajuan orang asli (jakoa) pelbagai tahun
Wan afizi wan hanafi at el., (2014) menyatakan bahawa meningkatkan taraf hidup
golongan komuniti orang asli memang merupakan perkara utama yang menjadi agenda
2
kerajaan bagi merealisasikan pembangunan yang inklusif dan setara . Untuk ini pendidikan
formal bagi anak orang asli memang dianggap sebagai satu mekanisme yang paling tepat bagi
membantu golongan ini khususnya. Menurut hassan, 1998 dalam norizan at el., (2013)
pembangunan pendidikan dipercayai dapat menjadikan sistem sosial, politik dan ekonomi
sesebuah negara teguh dan digeruni oleh pihak lain. Oleh sebab itu, usaha untuk
meningkatkan taraf pendidikan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk dalam kalangan
masyarakat orang asli.
Berdasarkan laporan kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah (2007), golongan
orang asli merupakan satu kelompok masyarakat malaysia yang masih ketinggalan dalam
setiap aspek termasuklah ekonomi, sosial dan pendidikan berbanding kumpulan etnik yang
lain. Masyarakat orang asli di malaysia berada di luar lingkungan arus perdana pembangunan
, walaupun malaysia sudah mengalami kemajuan dan pembangunan dalam semua sektor.
Menurut meiji (2008), sebelum ditubuhnya jabatan hal-ehwal orang asli (jheoa), masyarakat
orang asli tidak pernah menerima pendidikan formal terutamanya bagi mereka yang tinggal di
kawasan pedalaman. Bagi orang asli kecekapan dan kepandaian mereka dalam persekitaran
semula jadi seperti memburu, menangkap ikan, dan mengumpul hasil hutan amat diutamakan.
Keadaan ini amat sesuai dengan cara hidup mereka yang berlatar belakangkan ekonomi hutan
( adliza , 2007; abdul razak & zalizan , 2009).
Di malaysia, usaha untuk meningkatkan pembangunan pendidikan orang asli telah
berlaku sejak zaman penjajah lagi. Sebagai contoh, kementerian pendidikan malaysia dengan
kerjasama jabatan hal ehwal orang asli telah bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat
orang asli dalam pendidikan. Walaupun prestasi pendidikan masih rendah namun terdapat
segelintir orang asli telah berjaya sehingga ke universiti dalam pelbagai peringkat pengajian
dan menceburi pelbagai bidang kerjaya. Sehingga kini terdapat 25 orang penuntut daripada
golongan orang asli sedang melanjutkan pelajaran di luar negara termasuk sembilan orang di
united kingdom, lapan di australia dan dua di india (tidak diketahui, 24 jan 2014).
Pencapaian yang baik dalam pelajar bukan hanya menjadi impian setiap pelajar tetapi
juga merupakan harapan setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam
hidup mereka. Pelajar yang berjaya juga merupakan aset kepada negara yang akan menerajui
pucuk pimp negara pada masa hadapan. Justeru, dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
salah satu faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian pelajar seperti faktor ibu bapa
iaitu sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajar anak-anak merupakan antara
faktor yang menyebabkan anak kurang bermotivasi terhadap pendidikan.
3
3.0 Isu sikap dan peranan ibu bapa dalam pendidikan orang asli
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pencapaian
pendidikan mereka. Persepsi mereka terhadap
pendidikan formal adalah salah satu faktor yang
menyumbang kepada kejayaan anak-anak mereka.
Keluarga memainkan peranan yang paling penting dalam
membentuk masa depan anak-anak mereka. Sikap ibu bapa dan kepercayaan dalam pendidikan
formal akan mempengaruhi pendidikan dan aspirasi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun,
ibu bapa orang asli tidak berminat dalam pendidikan formal. Sekolah hanya perantaraan untuk
mendapat akses kepada bantuan kewangan, baik percuma dan makanan berkhasiat. Menurut
mereka, tahap rendah pendidikan ibu bapa akan menyebabkan keciciran tertinggi di kalangan
kanak-kanak orang asli. Nor (1998) dalam muhammad fuad (2016) merumuskan bahawa
secara umumnya ibu bapa orang asli masih tidak berminat dengan pendidikan. Sebenarnya
mereka melihat sekolah sebagai tempat untuk menghantar anak-anak mereka untuk bermain
dan mempunyai makanan yang baik. Ada pula ibu bapa asli yang berpandangan ini terhadap
kemampuan pendidikan formal dalam mengubah mobiliti sosial mereka. Tambahan pula,
mereka menerima hakikat bahawa pendidikan formal boleh membantu mereka untuk
meningkatkan taraf hidup.
Peranan ibu bapa juga mempengaruhi prestasi pendidikan anak-anak sejak di peringkat
awal pendidikan mahupun di sekolah rendah. Beberapa kajian yang dilakukan oleh para sarjana
yang berfokus kepada masyarakat ini menemui pelbagai faktor yang menyebabkan masyarakat
orang asli dalam arus perdana pendidikan negara. Kenyataan ini disokong oleh juli (2006)
dalam mazdi et.al (2014) menyatakan antara faktor yang menyebabkan keciciran masyarakat
ini ialah kegagalan masyarakat orang asli dalam pendidikan disebabkan oleh sikap ibu bapa.
Ibu bapa orang asli kurang memainkan peranan ke arah kejayaan pelajar anak-anak mereka.
Ramai dalam kalangan ibu bapa orang asli langsung tidak mendapat pendidikan formal
manakala sebahagian kecil mendapat pendidikan hanya setakat sekolah rendah itu pun
sehingga tahun tiga sahaja. Kebanyakan ibu bapa orang asli berkahwin muda yang
menyebabkan mereka kurang dengan ilmu kekeluargaan. Dorongan dan semangat daripada ibu
bapa amat diperlukan oleh pelajar untuk meningkatkan motivasi untuk belajar dengan
menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah. Menurut temu bual yang telah dijalankan
oleh wan hafizul dalam kajian wan afizi wan hanafi at el., (2014) ibu bapa tidak meraikan
anak− anak sekiranya tidak hadir ke sekolah. Sebaliknya, ibu bapa diam kerana anak yang tidak
bersekolah boleh menolong melakukan kerja rumah atau mengikut mereka ke hutan untuk
4
mengumpul hasil hutan. Ibu bapa akan menyerahkan 100 peratus pendidikan anak-anak mereka
kepada pihak sekolah. Mereka juga tidak mengambil berat tentang keputusan peperiksaan yang
dihasilkan oleh anak mereka dalam pelajaran.
Ibu bapa murid orang asli juga tidak menyarankan atau menyuruh anak-anak belajar
apabila berada di rumah seperti dalam jadual 2. Dalam keadaan sedemikian, maka tidak berlaku
proses pendidikan atau pembelajaran di rumah. Ibu bapa tidak memberi cadangan khusus untuk
meningkatkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka memohon kewangan daripada kerajaan,
tetapi bantuan kewangan itu bukanlah digunakan untuk pendidikan anak-anak tetapi lebih
kepada perbelanjaan harian. Keadaan ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa itu
sendiri.
Jadual 2: Keprihatinan Ibu Bapa Terhadap Pelajar Anak Mereka
Pos Pos Keseluruhan
Peranan Ibu Bapa Brooke Pulat
Jumlah % Jumla % Jumlah %
10
h 14
6
Bertanya Tentang Pelajar Anak - 3 12 2 8 5
Anak Dengan Guru.
Bertanya Kepada Anak-Anak 4 16 3 12 7
Tentang Pelajar Mereka
Menyemak Buku Pelajaran 3 12 0 0 3
Anak-Anak
Sumber : Wan Afizi Wan Hanafi Et.Al., (2014)
Selain itu, kebanyakan ibu bapa kurang meluangkan masa untuk anak-anak seperti
memeriksa atau menanya kerja sekolah anak-anak, jauh sekali membeli bahan bacaan. Ibu bapa
sendiri kurang terdedah kepada alam pendidikan suatu ketika dahulu. Malah, ibu bapa tidak
pernah membayangkan anak-anak mereka akan menjadi seorang yang bekerjaya suatu hari
nanti. Sebaliknya, mereka lebih suka mencari anak-anak mereka dapat membaca dan
memperoleh pendidikan yang lebih baik daripada diri mereka sahaja. Menurut pandangan guru
yang ditemu bual, dorongan daripada ibu bapa merupakan faktor penting dalam mempengaruhi
pencapaian pencapaian pelajar orang asli di sk pos pulat dan sk pos brooke. Malahan dorongan
dan sokongan daripada ibu bapa terhadap untuk belajar bersungguh - sungguh amat diperlukan.
Ibu bapa seharusnya memberi nasihat dan semangat kepada anak-anak mereka supaya belajar
dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Dalam kajian kanak-kanak minoriti orang asli di
malaysia: menganggap literasi bahasa melayu yang dijalankan oleh abdull sukor shaari at el.,(
2011) juga mendapati ibu bapa tidak memainkan peranan untuk membantu pembelajaran anak-
anak mereka. Berikut merupakan antara respon responden ibu bapa .
5
Ibu bapa langsung tak main peranan sebab bila kita beri kerja rumah
pun, bila esok kita nak kutip balik kerja rumah tu. .. Tak dak ... Tak
buat...tu la masalah dia. .. Tiada sokongan ibu bapa ... Tula
masalahnya . Itu yang saya masukkan cadangan untuk bina asrama di
sekolah ni dalam rmk 10/11, bila bina asrama bila petang lepas
sekolah tu boleh berlaku pembelajaran, kalau tiada asrama, dia balik
ke rumah tiada pembelajaran...main saja
Menurut nazariyah sani (2014) kesedaran tentang pentingnya meneruskan persekolahan
ini kerana ibu bapa tidak berpengalaman dalam hal-ehwal pendidikan secara langsung tidak
begitu menitikberatkan perihal akademik anak-anak. Hal ini berkemungkinan kerana ibu bapa
kurang kesedaran terhadap kepentingan akademik berkaitan pengalaman mereka yang tidak
aktif terhadap pembelajaran. Faktor ini boleh dikaitkan dengan teori tingkah laku bandura
(1997) yang melihat pengalaman ibu bapa sebagai salah satu faktor yang memberi rangsangan
terhadap murid-murid. Bandura berpendapat bahawa kanak-kanak lebih banyak belajar
menerusi peniruan dan tingkah laku yang menghasilkan kebanyakannya adalah menerusi
pengalaman pengasuhan kanak-kanak itu sendiri ( zakaria , ahmad munawar dan noranizah ,
2012). Hal ini jelas membuktikan bahawa pengalaman ibu bapa yang mempunyai pendidikan
minimum akan membentuk sikap yang tidak acuh terhadap pembelajaran anak-anak justeru
menggagalkan usaha kemahiran literasi dalam kalangan murid-murid.
kajian turut menemui guru berhadapan dengan cabaran dalam pendidikan orang asli
iaitu faktor ibu bapa murid-murid orang asli yang tidak berpendidikan. Murid-murid orang asli
tidak menguasai literasi berkait dengan latar belakang akademik ibu bapa mereka. Kajian lalu
membuktikan faktor persekitaran mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti
seseorang murid-murid merangkumi keadaan keluarga, tahap akademik ibu bapa, sekolah,
rakan sebaya, masyarakat, dan pengalamannya. Kenyataan ini disokong oleh johari talib (2007)
iaitu institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan anak-anak
memandangkan ibu bapa secara jelas merupakan ejen sosialisasi yang kuat mempengaruhi
anak-anak kerana jumlah masa kanak-kanak berada di rumah adalah lebih panjang masa yang
diperuntukkan. Di sekolah. Berdasarkan kajian ini, unsur-unsur institusi keluarga yang
mempengaruhi perkembangan individu ialah tahap akademik ibu bapa sama ada ibu bapa
berkelulusan rendah, sederhana mahupun tinggi. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan
rendah tidak menjadi role-model kepada anak-anak seperti tidak membaca di hadapan anak-
anak. Maka minat untuk membaca dalam kalangan anak-anak orang asli ini berkurangan dan
hal ini memberi kesan kepada penguasaan literasi mereka. Selain itu, ibu bapa juga kurang
memberi sokongan dan bimbingan kepada anak sendiri.
6
Di samping itu, ibu bapa lebih banyak menghabiskan masa dengan pekerjaan seharian
menyebabkan tidak mempunyai masa dengan anak-anak. Mereka sibuk dengan kerja hutan dan
mencari pendapatan dan bukannya memberi perhatian kepada pendidikan. Kadang-kadang,
mereka membawa anak-anak mereka ke dalam hutan untuk membantu mencari hasil hutan
demi kelangsungan hidup. Kecekapan dan kemahiran untuk terus hidup dalam hutan yang lebih
penting berbanding dengan pendidikan formal yang lain di dalam kelas. Persepsi ini
mengalakkan anak-anak suka ponteng sekolah dan menyumbang kepada keciciran yang tinggi.
Sikap ini disebabkan oleh pengalaman negatif di awal persekolahan. Persepsi ibu bapa
mengenai pendidikan formal adalah penting kerana ia berkaitan dengan penglibatan mereka
dalam persekolahan anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, pada pandangan masyarakat
orang asli, walaupun ibu bapa mengiktiraf kepentingan pendidikan formal, namun mereka
masih mempunyai jangkaan yang rendah dan inspirasi anak-anak mereka adalah gambaran
tahap pendidikan rendah mereka sendiri. Menurut hanafi (2014), orang asli tidak mempunyai
gambaran masa depan yang cerah tentang anak-anak mereka untuk menjadi seseorang di tahap
profesional. Sekolah hanyalah tempat yang boleh mengajar pengetahuan asas anak-anak
mereka seperti membaca, menulis dan mengira. Namun, mereka tetap berpuas hati dengan
kehidupan mereka dan apa yang mereka ada sekarang .
3.1 Cadangan penyelesaian terhadap isu sikap dan peranan ibu bapa dalam
pendidikan orang asli
Cadangan penulis terhadap isu ini ialah dengan merangka dan melaksanakan program yang
dapat meningkatkan lagi motivasi kepada ibu bapa. Ini kerana, mereka memerlukan bimbingan
dan motivasi untuk memajukan diri mereka serta meyakinkan keupayaan mereka untuk
membantu anak-anak. Cadangan ini dengan disokong kajian wan afizi wan hanafi at el., (2014)
iaitu program berbentuk motivasi diadakan pada hari terbuka yang melibatkan pelajar dan ibu
bapa seperti majlis motivasi keibubapaan. Dalam program ini, ibu bapa diminta lebih
mengambil berat pelajar anak–anak dan tidak merosakkan masa depan anak–anak. Kehadiran
ibu bapa sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan berkaitan ilmu dalam mendidik anak-
anak mereka. Dorongan dan perhatian ibu bapa sangat penting dalam memastikan
kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan bagi meningkatkan motivasi untuk belajar dengan
menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah.
Faktor ini boleh dikaitkan dengan teori kognitif dalam pendidikan yang mana melihat
tentang pengukuhan ke atas pembelajaran terhadap murid-murid kognitif yang mempunyai ibu
bapa yang berpengalaman akademik dan tidak. Menerusi kajian yang mendapati bahawa ibu
bapa yang mempunyai faktor latar belakang akademik tidak langsung sedikit sebanyak dapat
membentuk kognitif murid terhadap kemahiran asas kepada pembelajaran dan sebaliknya bagi
7
murid-murid yang tidak mempunyai ibu bapa yang berpengalaman akademik akan
memberikan sedikit proses penerimaan maklumat, pemahaman. Dan penggunaan pengetahuan.
Menurut nazariyah sani (2014) lagi , kurang sokongan daripada ibu bapa disebabkan mereka
sendiri pun tidak boleh membaca jadi mereka tidak dapat membimbing anak-anaknya semasa
berada di rumah. Keadaan ini memberi gambaran bahawa pembelajaran hanya berlaku di
sekolah sahaja dan tidak ada kesinambungan di rumah.
Berdasarkan saranan kementerian iaitu menganjurkan bengkel untuk ibu bapa murid-
murid orang asli, penulis mencadangkan agar kelas dewasa turut diperluaskan dan dipergiatkan
kepada ibu bapa. Ini membolehkan mereka didedahkan dengan kepentingan pelajar secara
tidak langsung mereka dapat membantu anak-anak mereka semasa di rumah dan memberi
peluang kepada anak-anak mereka untuk belajar. Penulis mencadangkan bagi ibu-ibu yang
mempunyai anak di rumah boleh membawa anak mereka datang bersama agar tidak menjadi
alasan tidak boleh hadir ke kelas dewasa. Hal ini boleh dibincangkan dalam dua perspektif.
Pertama, si ibu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menimba ilmu memandangkan
sewaktu kecil dahulu beliau berkemungkinan tidak berkesempatan untuk belajar dengan
sempurna. Lantas, daripada kesedaran yang tinggi ini si ibu sanggup membawa bersama anak-
anak ke kelas yang dihadiri. Kedua, secara tidak langsung kesungguhan yang dipapar oleh si
ibu akan mendorong anak-anaknya menghargai pendidikan dan bersemangat untuk belajar
memajukan diri mereka sendiri. Selain itu, menurut ( aminuddin , 2012) dalam kajian nasrudin
subhi et.al., 2016) ibu bapa juga sudah berupaya untuk memantau serta membantu anak-anak
mereka melakukan kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah dan secara tidak langsung
hal ini dapat mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan anak-anak orang asal apabila ibu
bapa mula faham kepentingan pendidikan.
Program seperti ini mampu menimbulkan kesedaran kepada pelajar dewasa tentang
kepentingan pelajar. Perkara ini penting sebab kesedaran ini jugalah yang menjadi pemangkin
yang merangsang diri para pelajar dewasa ini untuk terus maju dalam menimba ilmu malah ia
turut penting dalam merangsang pembelajaran anak-anak mereka untuk lebih berjaya di masa
akan datang. Selain itu, motivasi intrinsik (rekod kehadiran diri, tiada taruhan wang dan
kehadiran anak) dan ekstrinsik (beg dan alat tulis, rekod berguru, makan dan minum, rakan dan
adik-beradik serta pengalaman bergaul dengan orang luar) yang telah pasti perlu dijadikan
sandaran bagi pelaksanaan program-program pendidikan yang menyasarkan golongan orang
asli. Sehubungan dengan itu juga, kesedaran yang timbul ini perlu terus dipupuk dan diberi
perhatian, justeru, adalah sangat sesuai sekiranya kelas dewasa tahap pertengahan boleh
dibentuk agar proses pembelajaran yang telah dimulakan dapat diteruskan.
8
4.0 Isu persekitaran dan budaya dalam pendidikan orang asli
Isu berkaitan budaya dan persekitaran dalam pendidikan orang asli tidak boleh dipisahkan
kerana golongan orang asli sinonim dengan persekitaran mereka di mana cara hidup mereka
yang berlatar belakangkan ekonomi . Hutan ( adliza , 2007; abdul razak & zalizan , 2009).
Dapatan kajian wan et.al., (2014) menunjukkan prestasi pendidikan pelajar orang asli di
kawasan kajian berada di peringkat yang sangat rendah, walaupun pelbagai infrastruktur
pembangunan dan pelbagai program pendidikan telah dilaksanakan untuk mereka. Antara
faktor yang dikemukakan dalam kajian mereka ialah halangan oleh persekitaran fizikal dan
budaya yang tidak menerima kemajuan merupakan antara faktor yang mempengaruhi
pencapaian pencapaian pendidikan anak-anak orang asli.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh wan et.al., (2014) mendapati faktor
persekitaran dan budaya telah mempengaruhi kehidupan orang asli seperti kajian yang dikaji
dan masyarakat orang asli amat terikat dengan persekitaran mereka iaitu yang merupakan lubuk
rezeki bagi golongan orang asli . Hasil kajian mereka menunjukkan salah satu faktor
sosioekonomi merupakan antara satu faktor yang berkaitan dengan persekitaran dan budaya
orang asli. Kajian tersebut mendapati kegiatan ekonomi mereka masih lagi tertumpu dengan
aktiviti mencari hasil hutan dan pertanian sara diri dan keadaan ini menyebabkan ramai dalam
kalangan pelajar tidak hadir ke sekolah kerana mengikut ibu bapa mereka mencari hasil hutan.
Perkara yang sukar untuk ditangani kerana mencari hasil hutan merupakan satu kewangan
kepada mereka dalam perbelanjaan harian dan juga persekolahan. Disebabkan terlalu kerap
tidak hadir ke sekolah maka banyak pembelajaran mereka ketinggalan. Menurut wan et.al., lagi
komuniti orang asli sudah berpuas hati dengan apa yang mereka dapat pada masa ini
berbanding dengan apa yang diperolehi pada masa akan datang dan disebabkan itulah ibu bapa
kurang mengingati pendidikan untuk anak-anak mereka.
Menurut nazariyah (2014) berkaitan jurang literasi murid-murid orang asli turut
mendapati faktor persekitaran kehidupan murid-murid orang asli merupakan antara cabaran
yang dihadapi oleh murid-murid orang asli tidak menguasai literasi sekali gus mempengaruhi
pembelajaran mereka. Dapatan kajian beliau ada menyatakan bahawa gangguan dalam
persekitaran murid-murid orang asli contohnya kekurangan kemudahan pengangkutan dan
ketidakselesaan ruang belajar merupakan antara faktor yang mempengaruhi pembelajaran
mereka. Keadaan persekitaran seperti ini akan menyebabkan kognitif murid-murid orang asli
tidak dapat dirangsang malahan menyukarkan sesuatu pembelajaran.
Selain daripada itu, budaya masyarakat orang asli yang berpuas hati dengan keadaan
semasa atau dengan kata lain sudah berada dalam “zon selesa” (wan et.al., 2014) merupakan
stigma yang perlu diubah bagi memastikan mobiliti golongan orang asli ini boleh ditingkatkan
9
kepada satu. Tahap yang boleh dibanggakan dan setanding dengan masyarakat-masyarakat lain
di malaysia. Keadaan seperti perlu diubah oleh golongan orang asli membolehkan mereka
bersaing dengan masyarakat luar dan keluar daripada zon selesa kerana keselesaan yang
diperoleh sekarang tidak dapat dinikmati selama-lamanya dan perlu berubah seiring dengan
perubahan yang berlaku pada masa kini.
Oleh sebab itu, model atau tokoh daripada golongan orang asli perlu dilahirkan sebagai
sumber aspirasi yang boleh mempengaruhi minat pelajar orang asli untuk berjaya. Walau
bagaimanapun, menurut wan et.al., (2014) tidak terdapat “role model” atau orang yang telah
berjaya sebagai contoh untuk mereka mencapai kejayaan. Tambahan lagi, ibu bapa dan pelajar
itu sendiri tidak mengetahui kelebihan orang yang berpendidikan tinggi dan hasil daripada
kejayaan mereka. Kajian mendapati hanya dua peratus sahaja anak-anak orang asli yang
bekerja dalam sektor awam, manakala 98 peratus bekerja sendiri sebagai petani dan
mengumpul hasil hutan.
Melalui pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan oleh mohamad johdi et.al.,
(2009), turut mendapati kesedaran masyarakat golongan orang asli terhadap pendidikan anak-
anak mereka masih tidak berubah dan menganggap bahawa walaupun tidak mempunyai
pendidikan yang tinggi, kehidupan mereka masih boleh diteruskan dan sikap mereka yang
hanya menerima. Apa sahaja yang ada tanpa ada usaha untuk memajukan diri dan
meningkatkan taraf hidup turut mempengaruhi mentaliti anak-anak orang asli untuk terus hidup
dalam keadaan yang statik. Selain itu, faktor kedudukan perkampungan orang asli yang jauh di
pedalaman turut memberi kesan terhadap pendidikan anak-anak orang asli kerana kedudukan
yang jauh terpencil memisahkan mereka dengan perkembangan teknologi dan kemudahan yang
disediakan misalnya pengangkutan, perpustakaan dan alat perhubungan turut menyumbang
kepada kebergantungan terhadap hasil hutan. Ataupun kehidupan yang berorientasikan hutan
sahaja.
Di sebalik isu-isu yang telah dibincangkan ini, penulis turut tertarik dengan suasana
pembelajaran murid-murid orang asli ini dalam mendapatkan akses pendidikan. Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan oleh wan et.al., (2014) mendapati kebanyakan sekolah orang asli
berada dalam ruang lingkup komuniti orang asli sahaja dan tiada campuran atau pergaulan
dengan komuniti-komuniti lain. Justeru, keadaan ini juga merupakan antara salah satu faktor
yang mempengaruhi gaya pembelajaran murid-murid orang asli yang mana jika dilihat tiada
berlaku persaingan atau cabaran dalam pembelajaran. Suasana pembelajaran tidak begitu
mencabar dan persaingan untuk berada atau menyerlah dalam pembelajaran mahupun berada
di tempat teratas adalah kurang. Melalui hasil dapatan temu bual oleh wan et.al., menemui
proses pembelajaran bagi murid-murid orang asli hanyalah memenuhi tuntutan kehidupan yang
10
ditetapkan oleh kerajaan dan bukanlah satu matlamat yang penting untuk menjamin masa
depan mereka dan sikap itulah yang menyebabkan anak-anak orang asli tidak berminat untuk
bersekolah.
4.1 Cadangan penyelesaian terhadap isu persekitaran dan budaya dalam pendidikan
orang asli
Setiap isu yang dikemukakan oleh para pengkaji terdahulu sudah semestinya mempunyai
cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi hasil daripada dapatan kajian mereka dan
cadangan-cadangan tersebut merupakan antara inisiatif yang boleh dilakukan oleh pihak
kementerian dalam merapatkan jurang pendidikan orang asli ini. Dalam pppm 2013-2025,
kementerian telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan
melalui dapatan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji. Antaranya ialah seperti
pembentukan dan pembangunan kurikulu m kontekstual, iaitu kurikulum asli dan penan (kap)
yang disesuaikan untuk murid orang asli dan penan, pembentukan program sekolah model khas
komprehensif (k9) yang menyediakan kemudahan asrama dari tahun 1 hingga tingkatan 3,
penerapan bahasa peribumi dan bahasa minoriti dalam kurikulum, dan penyediaan kedap.
Inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini melalui kementerian pendidikan menunjukkan
betapa besarnya kesungguhan kerajaan yang komited membantu dan meningkatkan taraf hidup
masyarakat orang asli melalui pendidikan yang berkualiti sekali gus diharapkan dapat
mengubah taraf hidup serta pemikiran mereka untuk maju seiring dengan kemajuan yang
dikecapi oleh semua masyarakat di malaysia. Walau bagaimanapun, inisiatif murni yang
disediakan ini tidak mungkin akan direalisasikan sekiranya tiada sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak yang melaksanakan inisiatif tersebut. Ini kerana program apa-apa yang
dilaksanakan oleh kerajaan jika tiada sokongan dan integriti dalam kalangan pelaksana,
program yang sehebat mana hanya akan menjadi program di atas kertas semata-mata tanpa ada
kesan terhadap golongan sasaran. Justeru, perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam
setiap program yang hendak dilaksanakan ialah kesediaan pihak pelaksana untuk
melaksanakan program yang dihasratkan dengan mengambil kira program-program sedia ada
agar tidak memberi satu lagi beban kepada mereka.
Selain daripada inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kpm, salah satu aspek yang perlu
diberi perhatian dalam meningkatkan prestasi dan merapatkan jurang pendidikan murid-murid
orang asli ini ialah aspek pemahaman adat dan budaya orang asli (wan et.al., 2014). Menurut
wan et.al., komuniti orang asli terkenal dengan pegangan yang kuat terhadap adat dan budaya
mereka dan bagi pihak yang terlibat dengan komuniti ini agar tidak mencampuri serta
melanggar adat dan budaya mereka bagi memastikan tidak berlakunya konflik. Kursus dan
11
latihan berkaitan memahami adat dan budaya orang asli perlulah dijalankan terlebih dahulu
kepada bakal-bakal guru atau pegawai yang akan berkhidmat di kawasan komuniti orang asli
agar pendidikan yang boleh diberikan dapat disampaikan dengan baik dan mendapat sokongan
daripada komuniti orang asli.
Malah, guru-guru mahupun pegawai yang berkhidmat dengan komuniti orang asli ini
boleh mengambil inisiatif turun padang dan bergaul dengan mereka dalam konteks di luar bilik
darjah di mana guru-guru berinteraksi dengan komuniti orang asli dalam pergaulan seharian
mereka. Melalui pergaulan dengan komuniti orang asli membolehkan guru-guru dan pihak
sekolah memberi maklum balas terhadap pembelajaran anak-anak mereka secara tidak
langsung serta memudahkan interaksi antara sekolah dan komuniti orang asli sekali gus mampu
memberi kesan terhadap pencapaian pembelajaran murid-murid orang asli. Kenyataan ini
adalah selari dengan hasil kajian wan et.al., (2014) yang menyatakan bahawa apabila guru
diterima, segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan mendapat sambutan daripada
komuniti orang asli dan berjaya.
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, isu-isu berkaitan sikap ibu bapa, persekitaran dan budaya dalam pendidikan
orang asli ini hendaklah diberi perhatian yang serius bagi memastikan setiap inisiatif mahupun
program yang disediakan oleh kementerian dapat direalisasikan menjadi kenyataan. Kesedaran
golongan orang asli terhadap kepentingan pendidikan perlulah diberi perhatian yang serius oleh
pihak yang terlibat kerana tanpa adanya kesedaran maka setiap perkara atau program mahupun
kemajuan yang ingin dilaksanakan dan disalurkan tidak akan berjaya walaupun peruntukan
yang besar disalurkan. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak juga diperlukan bagi
memastikan kejayaan yang dihasratkan dapat dicapai dan memberi manfaat kepada golongan
orang asli dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti sekali gus mengubah taraf hidup
mereka seiring. Kemajuan yang dikecapi oleh kaum-kaum lain di malaysia.
6.0 Rujukan
Abdul razak ahmad & zalizan mohd jelas . 2009. Masyarakat orang asli: perspektif pendidikan
dan sosiobudaya. Penerbit ukm, bangi . Hlm.47−58.
Abdull sukor shaari , nuraini yusoff , mohd izam ghazali dan mohd hasani dali. 2011. Kanak-
kanak minoriti orang asli di malaysia: menggapai literasi bahasa melayu. Jurnal
pendidikan bahasa melayu : universiti utara malaysia
Adliza othman. 2007. Hubungan etnik [cited 2/2/2009]. Boleh didapati daripada:
http://www.slideshare.net/finaz_fbi/hubunganetnik.
12
Doris padmini selvaratnam , abdul hamid jaafar , norlida hanim mohd salleh , redzuan otman ,
siti hajar idris. 2012. Dalam nor fariha aniza binti md ialah , nurul nadia binti
ahmad sobri dan sofian bin hashnuddin . ( ) analisis trend penyertaan dan keciciran di
kalangan pelajar orang asli. Universiti kebangsaan malaysia.
Edo, j. 2012. Rancangan pendidikan orang asli: harapan dan peluang dalam. Muhammad fuad
abdullah, azmah othman, juli edo, rohana jani , mohd tajuddin abdullah dan mohamad
hafis amat simin . 2016. Persepsi ibu bapa terhadap pendidikan formal dalam kalangan
orang asli di malaysia. International conference on education and regional
development 2016 (icerd 2016) “pendidikan silang budaya untuk pembangunan
wilayah lestari” bandung, indonesi a.
Hanafi, waw, ahmad, s., & ali, n. 2014. Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi
pendidikan anak orang asli malaysia: kajian kes di kelantan. Geografia : malaysian
journal of society and space, 10(5), 107-122
Johari talib. 2007. “pengaruh gaya keibubapaan terhadap pencapaian akademik kanak-kanak”
(wacana pengajian umum, universiti kebangsaan malaysia).
Kementerian pendidikan malaysia. 2013. Pelan pembangunan pendidikan malaysia (pppm)
2013-2025. Putrajaya: kementerian pendidikan malaysia.
Kklw (kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah). 2007. Kemajuan perlaksanaan pelan
tindakan pembangunan pendidikan masyarakat orang asli kawasan pinggir bagi tahun
2003 hingga tahun 2006: isu dan cadangan penambahbaikan. Kertas dibentangkan di
majlis penasihat kebangsaan pembangunan masyarakat orang asli, bil 1/2007. Putrajaya
(tidak diterbitkan).
Meiji. 2008. Orang asli. [dipetik 02/02/2009]. Boleh didapati daripada:
http://mita85.blogspot.com.
Mazdi marzuki , jabil mapjabil & rosmiza mohd zainol . 2014. Mengupas keciciran pelajar
orang asli malaysia: suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah . , universiti
kebangsaan malaysia . Jurnal masyarakat dan angkasa malaysia 10 keluaran 2 (189 -
198)
Muhammad fuad abdullah, azmah othman, juli edo, rohana jani , mohd tajuddin abdullah &
mohamad hafis amat simin . 2016. Persepsi ibu bapa terhadap pendidikan formal dalam
kalangan orang asli di malaysia. Persidangan antarabangsa pendidikan dan
pembangunan wilayah 2016 (icerd 2016) “pendidikan silang budaya untuk
pembangunan wilayah lestari” bandung, indonesia.
13
Mohamad johdi bin salleh , norul khairiah binti idris, nur awanis binti abd aziz, nurul huda
binti yusuf, siti aisyah binti hashim . 2009. Kajian terhadap kesedaran pendidikan di
kalangan masyarakat orang asli. “persidangan kebangsaan pendidikan luar bandar
2009”, 3 – 5 februari 2009, hotel baverly , kota kinabalu , sabah. Anjuran: sekolah
pembangunan dan pendidikan sosial, ums sabah.
Nasrudin subhi , mohd suhaimi mohamad, junaenah sulehan , manisah ali & noor rahamah abu
bakar. 2016. Kepentingan motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti pribumi .
Universiti kebangsaan malaysia. Jurnal psikologi malaysia 30 (2)
Nazariyah sani. 2014. Merapatkan jurang literasi murid-murid orang asli: apa cabarannya.
Jurnal personalia pelajar 17 (2014): 19 – 30.
Norizan mt akhir , lar . Zulkefle ayob , siti syamimi omar. 2013. Pengekalan identiti melalui
pelestarian landskap budaya orang asli. In: nasir nayan , mohamad suhaily yusri che
ngah , yazid saleh, mohmadisa hashim , kamarul ismail, zainudin othman, mazdi
marzuki , hamiddin ithnin , fauziah che lah , mohd faris dziauddin , mohd hairy ibrahim,
zuriatunfadzaliah sahdan ( eds ) prosiding persidangan kebangsaan geografi dan alam
sekitar kali ke 4. Geografi & alam sekitar dalam pembangunan dan transformasi
negara, hlm. 239− 244. Penerbit universiti pendidikan sultan idris, tanjong malim . 5−
6 mac
Nor fariha aniza binti md ialah , nurul nadia binti ahmad sobri & soffian bin hashnuddin . ( )
analisis trend penyertaan dan keciciran di kalangan pelajar orang asli. Universiti
kebangsaan malaysia
Siti aminah mohd sam & seow ta wee. 2013. Kelestarian pembangunan sosiobudaya komuniti
orang asli. Dlm . Persidangan kebangsaan geografi dan alam sekitar kali ke 4 , 5-6
mac 2013. Tanjung malim: universiti pendidikan sultan idris. (tidak diterbitkan)
Tidak diketahui. 2014. Kadar keciciran murid orang asli berkurangan. Berita harian, 24 januari
2014. 13. Wahid hashim (2007) pendidikan orang asli: sekolah rintis khas. [dipetik 02
feb 2009]. Boleh didapati daripada: http://www.tutor.com.my.
Urie bronfenbrenner. 1994. Model ekologi pembangunan manusia. Ensiklopedia pendidikan
antarabangsa , vol. 3, ke-2. Ed. Oxford l elsevier
Wan afizi wan hanafi, shaharuddin ahmad & noraziah ali. 2014. Faktor budaya dan
persekitaran dalam prestasi pendidikan anak orang asli malaysia: kajian kes di kelantan.
Geografia onlinetm malaysian journal of society and space 10 issue 5 (107 - 122).
Zakaria stapa , ahmad munawar ismail dan noranizah yusuf. 2012. “faktor persekitaran sosial
dan hubungannya dengan pembentukan jati diri”. Jurnal hadhari edisi istimewa : 155-
172.
14