BUKU AKTIVITI SENI VISUAL BAGI MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS TOPIK: LUKISAN DISEDIAKAN OLEH: NURSYUHAIDAH BINTI ROSNIZAM D20202096416 NABIHAH BINTI MOHD RAZAK D20202096399 MARDIANA BINTI SALIM D20202096417 AISYAH FARHANAH BINTI JAMALUDDIN D20202096392 2023
PENGAKUAN Buku aktiviti seni visual ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pentaksiran berterusan bagi hasil pembelajaran kursus Pendidikan Seni, Muzik dan Kraftangan dalam Pendidikan Khas (KBP 3033). Kandungan buku asli ini secara keseluruhan adalah hasil nukilan asli yang disokong oleh sumber rujukan sahih. Rujukan–rujukan tersebut diperoleh melalui hasil penyelidikan dan proses analisis yang kritikal oleh pengarang.
PENGANTAR Dengan menyebut nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami panjatkan puja dan puji syukur atas kehadirat-Nya, yang telah melimpahkan rahmat, hidayah dan inayah-nya kepada kami sehingga kami dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami.
KANDUNGAN Kandungan Muka Surat Aktiviti 1 1-7 Aktiviti 2 8-14 Aktiviti 3 15 – 20 Aktiviti 4 21- 26 Rujukan 27 Lampiran 28
1 AKTIVITI 1 Elemen Seni Visual: Lukisan Nama Aktiviti: Isipadu Dan Bentuk Bahan-bahan dan peralatan Gambar 1. Pensil 2B 2. Pemadam 3. Kertas Lukisan
2 Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Gambar 1. Sediakan peralatan terlebih dahulu. 2. Melukis bikar dengan menggunakan teknik melakar. 3. Pastikan bikar yang dihasilkan sama bentuk. 4. Melukis bentuk bujur sebagai permukaan atas bikar.
3 5. Lakarkan garisan halus pada permukaan bujur bagi menimbulkan bikar tersebut. 6. Pastikan memegang pensil dengan betul mengikut teknik bagi memekatkan ton garisan pada lukisan. 7. Lukis garisan bujur halus di dalam bikar bagi membentuk cecair iaitu air. 8. Pekatkan ton garisan pada lakaran air bagi menimbulkan lukisan tersebut. 9. Lukiskan takat isipadu pada bikar.
4 10. Membuat bayang pada permukaan dengan menggunakan teknik memegang pensil seperti di dalam gambar. 11. Membuat ton kehitaman pada air kiri dan kanan dengan menggunakan teknik memegang pensil seperti di dalam gambar. 12. Lorekkan halus pada keseluruhan air bagi menimbulkan bayang pada air seperti dalam gambar. 13. Akhir sekali, pastikan setiap ton garisan dilukis dengan terang. 14. Hasil lukisan yang telah siap.
5 ADAPTASI DALAM PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar 1. Di dalam adaptasi terdapat perubahan bentuk dimana bentuk yang dihasilkan kecil berbanding gambar sebenar. 2. Di dalam adaptasi terdapat perubahan alat dan bahan di mana bahan yang digunakan adalah kertas kajang.
6 PENTAKSIRAN AKTIVITI 1 Elemen Seni Visual: Lukisan Nama aktiviti: Isipadu dan Bentuk Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasai (catatan) 1. Sediakan peralatan terlebih dahulu. 2. Melukis bikar dengan menggunakan teknik melakar. 3. Pastikan bikar yang dihasilkan sama bentuk. 4. Melukis bentuk bujur sebagai permukaan atas bikar. 5. Lakarkan garisan halus pada permukaan bujur bagi menimbulkan bikar tersebut. 6. Pastikan memegang pensil dengan betul mengikut teknik bagi memekatkan ton garisan pada lukisan. 7. Lukis garisan bujur halus di dalam bikar bagi membentuk cecair iaitu air. 8. Pekatkan ton garisan pada lakaran air bagi menimbulkan lukisan tersebut. 9. Lukiskan takat isipadu pada bikar. 10. Membuat bayang pada permukaan dengan menggunakan teknik memegang pensil seperti di dalam gambar.
7 11. Membuat ton kehitaman pada air kiri dan kanan dengan menggunakan teknik memegang pensil seperti di dalam gambar. 12. Lorekkan halus pada keseluruhan air bagi menimbulkan bayang pada air seperti dalam gambar. 13. Akhir sekali, pastikan setiap ton garisan dilukis dengan terang.
8 AKTIVITI 2 Elemen Seni Visual: Lukisan Nama Aktiviti: Lukisan 3D (Buah Epal) Bahan-bahan dan peralatan untuk aktiviti Gambar 1. Kertas Lukisan A3 2. Pensil 2B 3. Pemadam
9 Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Gambar 1. Menyediakan bahan dan peralatan seperti kertas lukisan, pensil 2B dan pemadam. 2. Membuat lakaran terlebih dahulu. Dimulakan dengan melukis bentuk tangkai buah epal menggunakan struktur condong. 3. Kemudian, Melukis bentuk separa bulat pada bahagian kiri dan kanan epal.
10 4. Melukis struktur W bagi membentuk punggung epal. 5. Melukis struktur C bagi membentuk bahagian atas buah bagi menampakkan kedalaman tangkai. 6. Kenal pasti arah cahaya. Gunakan pensil bagi melakukan shading untuk membentuk buah epal dengan menggunakan garisan secara lengkung. Ingat kawasan yang kurang cahaya perlu lebih gelap. Manakala kawasan yang terdedah pada cahaya bentuk buah lebih terang.
11 7. Melukis bayang buah epal hasil daripada cahaya. 8. Membuat pengemasan shading pada lukisan sehingga terhasil objek 3D.
12 ADAPTASI DALAM PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar Selain daripada menggunakan jenis peralatan pensel 2B, Pensel warna juga boleh diadptasikan dalam melukis objek 3D. Dengan menggunakan pensil warna, hasil lukisan pada akhirnya akan lebih menampakkan objek sebenar lebih indah. Hal ini kerana, Pensil warna ialah medium seni yang dibina daripada teras sempit, berpigmen yang terbungkus dalam kes silinder kayu. Dalam menghasilkan sebuah lukisan 3D, bentuk juga boleh diadaptasikan dalam lukisan mengikut kreativiti individu masing-masing. Bagi proses pembelajaran lukisan 3D, adalah lebih baik melukis sesuatu objek yang asas dan mudah untuk mendapatkan hasil lukisan yang 3D tekstur.
13 PENTAKSIRAN AKTIVITI 1 Elemen Seni Visual: Lukisan Nama aktiviti: Lukisan 3D (Buah Epal) Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasa (catatan) 1. Menyediakan bahan dan peralatan seperti kertas lukisan, pensil 2B dan pemadam. 2. Membuat lakaran terlebih dahulu. Dimulakan dengan melukis bentuk tangkai buah epal menggunakan struktur condong 3. Melukis bentuk separa bulat pada bahagian kiri dan kanan epal 4. Melukis struktur W bagi membentuk punggung epal 5. Melukis struktur C bagi membentuk bahagian atas buah bagi menampakkan kedalaman tangkai 6. Kenal pasti arah cahaya. Gunakan pensil bagi melakukan shading untuk membentuk buah epal dengan menggunakan garisan secara lengkung. Ingat kawasan yang kurang cahaya perlu lebih gelap. Manakala kawasan yang terdedah pada cahaya bentuk buah lebih terang.
14 7. Melukis bayang buah epal hasil daripada cahaya. 8. Membuat pengemasan shading pada lukisan sehingga terhasil objek 3D.
15 AKTIVITI 3 Elemen Seni Visual: Lukisan Nama Aktiviti: Gambaran Jarak (Buah Epal) Bahan-bahan dan peralatan untuk aktiviti Gambar 1. Kertas Lukisan A3 2. Pensel 2B 3. Pemadam 4. Pembaris Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Gambar
16 1. Menyediakan bahan dan peralatan seperti kertas lukisa, pensil 2B, pemadam dan pembaris. 2. Membuat lakaran seperti bentuk bulat terlebih dahulu. 3. Melukis struktur M bagi membentuk pada bahagian atas dan struktur W bagi membentuk pada bahagian bawah epal. 4. Melukis struktur C keatas bagi membentuk bahagian kedalaman tangkai.
17 5. Melukis tangkai pada bahagian tengah struktur C. 6. Gunakan pensel bagi melakukan garisan selari secara condong dari kanan ke kiri kemudian lakukan secara kiri ke kanan bagi membentuk garis silang pangkah pada epal dan juga pembayang 7. Gunakan pembaris bagi menentukan jarak bagi lukisan epal seterusnya. 8. Ulangi langkah seperti langkah pertama bagi membentuk sebuah epal.
18 ADAPTASI DALAM PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar Mengaplikasikan teknik garisan selari condong dari kanan ke kiri kemudian digabungkan untuk menjadi garis silang pangkah bagi membentuk bayangan pada lukisan. Garisan yang tebal dan rapat dapat menghasilkan ton yang lebih gelap manakala garisan yang halus dan jarang dapat menghasilkan ton yang lebih cerah. Selain daripada menggunakan pensel 2B, pensel yang pelbagai darjah kehitaman juga dapat digunakan seperti 2H untuk menandakan garisan halus dan tepat.
19 PENTAKSIRAN AKTIVITI 3 Elemen Seni Visual: Jarak Nama aktiviti: Gambaran Jarak Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasai (catatan) 1. Menyediakan bahan dan peralatan seperti kertas lukisa, pensil 2B, pemadam dan pembaris. 2. Membuat lakaran seperti bentuk bulat terlebih dahulu. 3. Melukis struktur M bagi membentuk pada bahagian atas dan struktur W bagi membentuk pada bahagian bawah epal. 4. Melukis struktur C keatas bagi membentuk bahagian kedalaman tangkai. 5. Melukis tangkai pada bahagian tengah struktur C. 6. Gunakan pensel bagi melakukan garisan selari secara condong dari kanan ke kiri kemudian lakukan secara kiri ke kanan bagi membentuk garis silang pangkah pada epal dan juga pembayang 7. Gunakan pembaris bagi menentukan jarak bagi lukisan epal seterusnya.
20 8. Ulangi langkah seperti langkah pertama bagi membentuk sebuah epal.
21 AKTIVITI 4 Elemen Seni Visual: Lukisan Nama Aktiviti: Kedalaman Ruang Bahan-bahan dan peralatan untuk aktiviti Gambar 1. Pensel 2B 2. Pemadam 3. Pembaris 4. Kertas Lukisan
22 Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti Gambar 1. Lukis beberapa garisan lurus secara melintang. 2. Lukis satu garisan lurus menegak pada bahagian tengah. 3. Lukis tanda pada bahagian atas garisan lurus. 4. Sambungkan tanda-tanda yang telah dibuat hingga menghasilkan permukaan cawan.
23 5. Sambungkan tanda pada bahagian atas sehingga menemui bahagian bawah. 6. Lukis satu garisan pada garisan lurus melintang bahagian bawah untuk membentuk permukaan bawah cawan. 7. Lukiskan tempat pemegang cawan. 8. Goreskan pensel bagi menghasilkan kedalaman ruang.
24 9. Goreskan pensel untuk menghasilkan shading pada bahagian cawan. 10. Hasilkan shading pada keseluruhan cawan.
25 ADAPTASI DALAM PENGGUNAAN BAHAN ATAU AKTIVITI. Penerangan Gambar Pensel warna juga boleh digunakan bagi menghasilkan lukisan kedalaman ruang yang lebih menarik. Penggunaan kertas lukisan boleh digantikan dengan penggunaan kertas lain yang tidak bercorak seperti kertas A4.
26 PENTAKSIRAN AKTIVITI 1 Elemen Seni Visual: Lukisan Nama aktiviti: Kedalaman Ruang Langkah Telah menguasai (/) Sedang menguasai (/) Tidak menguasa (catatan) 1. Lukis beberapa garisan lurus secara melintang. 2. Lukis satu garisan lurus menegak pada bahagian tengah. 3. Lukis tanda pada bahagian atas garisan lurus. 4. Sambungkan tanda-tanda yang telah dibuat hingga menghasilkan permukaan cawan. 5. Sambungkan tanda pada bahagian atas sehingga menemui bahagian bawah. 6. Lukis satu garisan pada garisan lurus melintang bahagian bawah untuk membentuk permukaan bawah cawan. 7. Lukiskan tempat pemegang cawan. 8. Goreskan pensel bagi menghasilkan kedalaman ruang. 9. Goreskan pensel untuk menghasilkan shading pada bahagian cawan. 10. Hasilkan shading pada keseluruhan cawan.
27 RUJUKAN Baymetov, B. B. ., & Misoatova, L. . (2021). DEVELOPMENT OF CREATIVITY AND IMAGINATION OF SCHOOLCHILDREN IN FINE ARTS CLASSES. CURRENT RESEARCH JOURNAL OF PHILOLOGICAL SCIENCES, 2(05), 55–61. https://doi.org/10.37547/philological-crjps-02-05-14 Hakimi Halim, (2022). Pergerakan Proses Lukisan Kanak-kanak dalam Lakaran Kasar Seni Visual: The Movement of the Child Drawing Process in Visual Art Rough Sketches. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 11(1), 24-39 Mac Giolla, E., Granhag, P. A., & Vernham, Z. (2020). Drawing-based deception detection techniques: A state-of-the-art review. Reviewing Crime Psychology, 24-39. Rihter, J., & Potočnik, R. (2020). Preservice teachers’ beliefs about teaching pupils with special educational needs in visual art education. European Journal of Special Needs Education, 37(2), 235–248. https://doi.org/10.1080/08856257.2020.1862340
28 LAMPIRAN Pautan Video Lukisan Isipadu dan Bentuk https://youtu.be/qrB0Eg4nRHU?si=euH1wBn-nxbSFcr4 Pautan Video Lukisan 3D https://youtu.be/d7YHhjuxYuc?si=vVCyHp23S-Ri-uq1 Pautan Video Lukisan Jarak https://youtu.be/FGNI31H_XvM?si=sLGFmfw5ZDjF5_b8 Pautan Video Lukisan Kedalaman Ruang https://youtu.be/22VZd_LWawo