SEKOLAH KEBANGSAAN KEDONDONG 17010 PASIR MAS
MINIT MESYUARAT RMTS BIL 2 SESI 2021/2022
Tarikh : 25 Oktober 2021
Hari : Isnin
Masa : 1.30 – 2.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kedondong
Kehadiran :
1. Tn.Haji Saifu Nahar bin Musliman (PK HEM )
2. Pn.Mashanim binti Mat Kasa ( Setiausaha )
3. Pn.Siti Sabiah binti Mat Yusof ( AJK )
4. Pn.Hamidah binti Hasan
5. Pn.Nur Fariza binti Abdullah
6. Pn.Hajah Fadilah binti Mohd Daud
7. Pn.Mariha binti Awang
8. Pn.Zaiton binti Mohd Nor
9. Pn.Rohaini binti Makhtar
10. Pn.Norasikin binti Johari
11. Pn.Noraini binti Husin
12. En.Mohd Sanusi bin Salleh
13. Pn.Roshelawati binti Yusof
14. Pn.Zainura binti Mamat
15. Pn.Nurfarizan binti Rameli
16. Pn.Norhayati binti Mohamad ( Penender Kantin )
Agenda/ Perkara :
1. Ucapan Pengerusi ( PK HEM ).
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ummul kitab al-fatihah dan kata-kata aluan oleh
pengerusi.
1.2 Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kehadiran semua
ahli jawatankuasa RMTS di dalam mesyuarat RMTS pada kali ini.
1.3 Beliau menyatakan bahawa tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan
beberapa perkara berkaitan dengan pengurusan dan perancangan tahunan
RMTS bagi tahun 2021/2022 yang tidak dilaksanakan dengan baik disebabkan
Pandemik Covid-19.
1.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana tugas-tugas dan mesyuarat dibawah unit
Hem dapat dipercepatkan dan dibereskan dengan sebaik mungkin apabila bermulanya
semula persekolahan secara bersemuka.
1.5 Selain daripada itu beliau juga berharap agar semua jawatankuasa RMTS
sentiasa memberi kerjasama dalam melancarkan lagi pengurusan RMTS
bagi tahun ini.
1.6 Beliau memaklumkan bahawa setakat ini penyediaan RMTS adalah pada waktu rehat
dan murid diwajibkan makan di dalam kelas dengan kawalan guru yang bertugas.
Tindakan : Makluman AJK RMTS
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 1/ 2021.
2.1 Pengerusi meminta AJK mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Bil 1/ 2021.
Pn.Norasikin binti Johari mencadangkan agar Minit Mesyuarat Bil 1/ 2021 disahkan
dan disokong oleh Pn.Hajah Fadilah binti Mohd Daud.
3. Perkara-perkara berbangkit.
3.1 Pn.Mariha binti Awang membangkitkan perkara agenda (4.1) iaitu
berkaitan dengan penambahbaikan menu RMTS.
Pengerusi menyatakan bahawa perkara tersebut telah dibereskan bersama dengan
penender kantin dan menu-menu baharu telah diberitahu kepada penender kantin.
Tindakan : Setiausaha RMTS
4. Pengurusan RMTS bagi Tahun 2021/2022.
4.1 Pengerusi menyatakan bahawa buku laporan tugasan harian RMTS telah
disediakan oleh setiausaha RMTS dan berharap agar mana-mana guru yang bertugas
pada setiap hari dapat menulis laporan di dalam buku tersebut.
4.2 Jadual guru bertugas harian RMTS telah ditampal di ruangan dalam kantin untuk
rujukan semua guru.
4.3 Selain daripada itu pengerusi juga memaklumkan bahawa setiap guru kelas adalah
4.4 diwajibkan menandakan buku rekod kedatangan murid RMTS yang disediakan oleh
setiausaha RMTS dan perlu dikemaskini di setiap hujung bulan.
Tindakan :AJK RMTS
5. Hal-hal lain.
5.1 Pengerusi amat berharap agar pihak penender sentiasa menjaga kebersihan ketika
menyediakan makanan RMTS dan memastikan semuanya berada dalam keadaan
bersih.
5.2 Pengerusi juga berharap agar pemantauan RMTS hendaklah dijalankan secara
berterusan terutama oleh guru yang bertugas semasa murid makan di dalam kelas
seperti sentiasa menitikberatkan disiplin dan adab ketika makan.
Tindakan : Semua guru / Penender Kantin.
6. Ucapan Penangguhan.
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru dan AJK RMTS yang
hadir dalam mesyuarat kali ini.
6.2 Pengerusi berharap agar semua Jawatankuasa RMTS dapat memberi kerjasama dan
komitmen yang sepenuhnya demi melicinkan dan melancarkan pengurusan RMTS dengan
lebih baik sepanjang sesi pengajaran 2012.
6.3 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah An-Nas.
6.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.
Tindakan : AJK RMTS
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
…………………………………… ……………………………
(MASHANIM BINTI MAT KASA) (SAIFU NAHAR BIN MUSLIMAN)
Setiausaha RMTS, Guru Penolong Kanan HEM,
SK Kedondong, SK Kedondong,
17010 Pasir Mas,Kelantan 17010 Pasir Mas,Kelantan