KHAMIS
Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program ini merupakan satu kaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta. Pada tahun ini Program Jom Membaca 10 Minit diadakan pada bulan Mei iaitu pada 18 Mei 2023.Program ini akan diadakan pada setiap tahun melibatkan semua jabatan dan juga institusi kerajaan bagi menanam budaya membaca di kalngan rakyat Malaysia. Diharapkan dengan perlaksanaan program ini pada setiap tahun setiap warga Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya akan menyemai budaya membaca dalam kalangan setiap warganya. OBJEKTIF 1.Mengalakkan murid memupuk budaya suka membaca berterusan sepanjang hayat. 2.Menjadikan warga sekolah banyak membaca ,bukan sahaja membaca berorientasikan peperiksaan. 3.Menggalakkan pihak sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menarik minat para warganya untuk membaca. Kumpulan sasaran Semua warga Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
TENTATIF PROGRAM 10.00 pagi: Pengawas PSS akan mengedarkan bahan bacaan untuk setiap kelas. 11.OO pagi: Murid berada di kelas masing-masing 11.10 pagi: Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap murid. 11.15 pagi: Ucapan ringkas daripada pengacara majlis. 11.20 pagi : Warga SK Seberang Jaya membaca. 11.30 pagi:Ulasan buku daripada wakil murid. 11.40 pagi: Program tamat Sesi petang 4.00 petang : Murid berada di kelas masing masing-masing. 4.10 petang: Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap murid. 4.15 petang: Ucapan ringkas daripda pengacara majlis. 4.20 petang: Warga Sk Seberang Jaya membaca. 4.30 petang: Program tamat