Mesyuarat AgungPIBG SABTU, MEI 2023 DEWAN SERI ALAM SK Puncak Alam Masa : 07 27 Zulkaedah 1444 H 8.00 - 1.00 petang 21 KALI KE Dirasmikan Oleh PROF.MADYA SR.DR.ROSMADI BIN GHAZALI Timbalan Rektor Hubungan Industri, Komuniti,Alumni dan Keusahawanan ( iCare) Uitm, Cawangan Selangor SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM
ii Isi Kandungan Bil Perkara Muka Surat 1 Kata-kata Aluan Yang Naib Dipertua PIBG 1 2 Kata-kata Aluan Guru Besar 2 3 Tentatif Majlis 3 4 Agenda Mesyuarat Agung Kali ke-21 4 5 Ahli Jawatankuasa Induk PIBG sesi 2022/2023 5 6 Jawatankuasa Pelaksana 6-7 7 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-20 8-17 8 Ringkasan Perjumpaan Mesyuarat AJK PIBG 2022/2023 18 9 Aktiviti Tahunan 19 10 Penyata Kewangan 20-23 11 Usul dan Cadangan 24-31 12 Pencapaian Kurikulum 2022 32 13 Pencapaian Kokurikulum 2022/2023 33-34 14 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 35 15 Penghargaan 38
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke 1 Sekapur Sireh Naib Yang Dipertua PIBG PN. ZAITON BINTI DAUD Bissmillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya serta para sahabat. Dalam kesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SK Puncak Alam. Komitmen yang padu di kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggingjawab dan berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SK Puncak Alam bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya dan AJK PIBG SK Puncak Alam bagi sesi 2022/2023 merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa dan guru yang telah memberi kepercayaan kepada kami menerajui PIBG SKPA bagi tempoh tersebut dan juga terlibat dalam semua programnya. Semoga usaha ini dapat memantapkan ukhwah sesame ibu bapa dan guru serta anak-anak kita. Akhir kata, saya berharap agar barisan peneraju PIBG yang baru dilantik bagi sesi 2023/2024 bersikap lebih proaktif dalam merangka dan melaksanakan program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan SK Puncak Alam. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama serta memohon maaf jika ada kesilapan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih.
2 Seulas Pinang Bissmillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama- sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-21. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 yang telah berusaha bersungguh-sungguh menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada AJK PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sekolah. Demi melahirkan modal insan yang cemerlang, selain sekolah, PIBG juga perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah. Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu, PIBG mampu melahirkan sesuatu yang bernilai dan bermakna demi mencapai kecemerlangan anak-anak di SK Puncak Alam. Peranan PIBG cukup hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak SK Puncak Alam. Sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita menjadi permulaan yang positif untuk warga SK Puncak Alam. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad, memperteguhkan muafakat dan berusaha secara bersepadu. Melalui kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan ibu bapa, maka anak-anak SK Puncak Alam akan terus cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi. Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan AllahS.W.T. PIBG dan sekolah perlu bersikap seperti aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Diharapkan agar PIBG SK Puncak Alam terus mara dan lebih proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah sekaligus mencipta kegemilangan SK Puncak Alam. Sekian, terima kasih. GURU BESAR EN.NORHAMIDI BIN MOHD ANSOR
3 Tentatif Majlis 27 MEI 2023 / JUMAAT ▪ Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru ▪ Ketibaan Jemputan Khas / Perasmi ▪ Nyanyian Lagu Negaraku ▪ Bacaan Doa ▪ Ucapan NYDP PIBG ▪ Ucapan Guru Besar ▪ Ucapan Perasmi ▪ Cabutan Bertuah ▪ Penyampaian Cenderahati AJK PIBG 2022|2023 ▪ Penyampaian Cenderahati Perasmi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 21 bermula: ▪ Pembentangan Minit Mesyuarat Kali Ke 21 ▪ Laporan Aktiviti Pibg Tahun 2022/2023 ▪ Pembentangan Laporan Kewangan ▪ Perkara-perkara Berbangkit ▪ Pembubaran Ajk Pibg 2022/2023 ▪ Pelantikan Pengerusi Sementara ▪ Pelantikan Ajk 2023/2024 ▪ Perbincangan Usul Dan Cadangan ▪ Ucapan Penangguhan ▪ Cabutan Bertuah ▪ Bersurai 8.00 pagi 9.00 pagi 11.00 pagi 1.00 petang
4 Agenda Mesyuarat Agenda 1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat/NYDP PIBG Agenda 2 Ucapan Penasihat PIBG/ Guru Besar Agenda 3 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 20 Agenda 4 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 Agenda 5 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 Agenda 6 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 Agenda 7 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023 /2024 Agenda 8 Perbahasan Usul-usul yang Diterima Agenda 9 Ucapan Penangguhan
5 Jawatankuasa PIBG 2022/2023 JAWATANKUASA PIBG SK PUNCAK ALAM TAHUN 2022 / 2023 Penasihat : En. Norhamidi Bin Mohd Ansor Yang Dipertua PIBG : En. Muhamad Azlan Bin Md Aris Naib Yang Dipertua : Pn. Zaiton Binti Daud Setiausaha : En. Izad Imran Bin Masrop Naib Setiausaha : Cik Hannah Najihah Binti Mohd Azman Bendahari : Pn. Nurhajrina Binti Jarawi AJK Ibu Bapa : 1. Pn. Zaiton Binti Daud 2. En. Romainor Bin Che Omar 3. En. Mohd Halil Bin Masdar 4. En. Nur Aiman Bin Baharuddin 5. En. Harun Bin Hamzah 6. En. Muhammad Zuhaili Bin Muhammad Nasir Yeap 7. Pn. Aizat Binti Anuar AJK Guru : 1. Pn. Nurhajrina Binti Jarawi 2. En. Ahmad Fuad Bin Baharan@ Husin 3. En. Mohd Fathi Bin Mohamed Yusof 4. Pn. Umi Kalsom Binti Sidek 5. Pn. Nur Ashikin Binti Che Ahmad 6. Pn. Siti Esah Binti Ibrahim 7. Pn. Saidatul Akma Binti Khairi Juruaudit : Pn. Saidatul Akma Binti Khairi
6 Jawatankuasa Pelaksana Penasihat : En. Norhamidi Bin Mohd Ansor Yang Dipertua PIBG : En. Muhamad Azlan Bin Md Aris Naib Yang Dipertua : Pn. Zaiton Binti Daud Setiausaha : En Izad Imran Bin Masrop Naib Setiausaha : Cik Hannah Najihah Bt Mohd Azman Bendahari : Pn. Nurhajrina Bt Jarawi BUKU PROGRAM 1. Pn. Najwa binti Jamaluddin 2. Pn. Siti Noorhazlita binti Mohamad PENDAFTARAN 1. Pn. Norazlinda Binti Mohd Zain (K) 2. Pn. Mariyati bt Mohamad 3. Pn. Siti A’isah bt Sardi 4. Pn. Nor Suhaida bt Mohd Rozali 5. Pn. Norazmina binti Abd Azis 6. Pn. Umi Kalsum binti Surot PENYAMBUT TETAMU 1. En. Norhamidi bin Mohd Ansor ( GB) 2. Pn. Zaiton Binti Daud ( NYDP PIBG) 3. En. Hatif Bin Azmi (GPK 1) 4. Pn. Rogayah bt Ahmad (GPK HEM) 5. En. Rahimuddin bin Mohamed (GPK KO) 6. Pn. Zarina bt. Arshad (GPK Pend. Khas) 7. En. Mohd Sukhry Bin Saripin (PK Petang) P.A. SISTEM 1. En. Mohd Khairul Azmi b. Md Nawi (K) 2. En. Mohd Nizam b. Md Yusoff 3. En. Mohd Farhan bin Mohd Yusof JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN / PROTOKOL 1. En. Rahimuddin (Floor Manager) 2. Pn. Norazlina bt Mohammad Arif (K) 3. Pn. Aisiah Binti Kassim 4. Pn. Haryati bt Ahmad 5. Pn. Rosnita bt. Mahmood BACAAN DOA 1. En. Mohd Fauzi bin Abd Khadzer PENCATAT MINIT 1. En. Azman bin Yusuf (K) 2. Pn. Noor Hafiza bt Abdullah (BM) 3. Pn. Nor Izziani binti Mohd Zaki 4. Pn. Umi Kalsom binti Sidek PENGACARA MAJLIS 1. Pn.Nor Shawati binti Ishak (K) 2. En. Muhd Syafik Bin Muhd Surur 3. Pn. Nur Ashikin binti A Hamid
7 Jawatankuasa Pelaksana SIJIL PENGHARGAAN AJK PIBG 1. Pn. Siti Fariha Binti Misni 2. Pn. Sarimah Binti Husin(K) 3. Pn. Norasnisa bt Abidin 4. Pn. Wardah bt Khusaini 5. Pn. Norsaezzah binti Ismail JURUFOTO/ DOKUMENTASI 1. En. Arma Faizoul b. Abd Rahman (K) 2. Pn. Norhayu Binti Yusop 3. Pn.Noorhafiza Binti Abdullah 4. Pn. Izlia Binti Mohamed Shahari ( Dokumentasi ) PERSIAPAN TEMPAT / KEBERSIHAN 1. En. Mohd Kamal Azizi bin Abdul Azizi (K) 2. En. Muhamad Amin bin Arsani 3. En. Mohd Kamarul Imran bin Kamaruddin 4. En. Kamaruzaman Mohamed Zan 5. En. Romainor bin Che Omar (PIBG ) 6. Semua pekerja pembersihan MENGEMAS DEWAN 1. En. Muhd Fathi bin Mohamed Yusoff(K) 2. En. Rozaidi bin Ab Rahim 3. En. Mohd Shamsul bin Abd Rahman 4. En. YM Raja Mohd Adli bin Raja Deraman 5. En.Hamdan Bin Ibrahim 6. En. Mohd Anuar bin Ashaari 7. Semua pekerja pembersihan DISIPLIN/ KESELAMATAN 1. En. Adzwan b. Adnan (K) 2. En. Hamdan bin Ibrahim 3. En.Faisal Bin Dziauddin 4. En Halil bin Masdar (PIBG) 5. Semua pengawal keselamatan sekolah HADIAH / CABUTAN BERTUAH / CENDERAHATI PERASMI & AJK PIBG 1. Pn. Zarqo’ Binti Mustakim (K) 2. Pn. Rosniza Binti Basiran 3. Pn. Nurul Ashikin bt Che Ahmad 4. Pn. Zurina Binti Zakaria 5. Pn. Aizat Binti Anuar (PIBG ) JAMUAN VIP 1. Pn. Wan Norzaila bt Wan Abdul Rahman(K) 2. Pn. Mahnun bt Mohamed 3. Pn. Siti Esah Binti Ibrahim 4. Pn. Norlela bt Ab Khalib 5. Pn. Ain Shuhadah Binti Mohd Nizam 6. Pn. Azizah bt Bahrin JAMUAN IBU BAPA, GURU DAN PELAJAR 1. Pn. Imnie Farhana bt Mat Jani (K) 2. Pn. Solehah bt. Arshad 3. Pn. Saidatul Akma Binti Khairi 4. Pn. Umi Kalsum bt Surot 5. Pn.Rosida Binti Talip BACKDROP /PERSIAPAN PENTAS / BANNER 1. Pn. Siti Mahani bt. Turman (K) 2. Pn. Fasihah bt Ramli 3. Pn. Aslina bt. Tahidol Asmak 4. Pn. Noor Aida Binti Abdul Wahab 5. En. Ahmad Tarmizi bin Dolah 6. Pn. Siti Norhafiza bt Abdullah PENGIRA UNDI 1. En. Ainul Fadzly bin Mohamad (K) 2. Pn. Aina Hazwani bt Jusoh 3. Pn. Nor Shahida Binti Abdul Ghani 4. En.Fuad Bin Baharan@Husin(PIBG)
8 Minit Mesyuarat MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -20 SK PUNCAK ALAM TAHUN 2022 Tarikh : 18 Jun 2022 Hari : Sabtu Tempat : Sekolah Kebangsaan Puncak Alam Masa : 2.00 petang Kehadiran : 203 orang 1.0 PERUTUSAN 1.1 Ucapan Penasihat PIBG/Guru Besar 1.1.1 Guru besar merakamkan ucapan alu-aluan dan mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Nor Azli bin Yahya atas kesudian merasmikan Mesyuarat PIBG pada tahun ini. Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir pada Mesyuarat PIBG pada hari ini. 1.1.2 Guru besar memaklumkan berkenaan enrolment murid-murid di SKPA sehingga ke hari ini ialah seramai 1303 orang murid terdiri daripada: Pra PPKI = 7 orang Pra Sekolah = 50 orang PPKI = 59 orang Arus Perdana (Tahun 1 – 6) = 1187 orang 1.1.3 Manakala bilangan guru seramai 74/81. Sekolah sepatutnya dihadirkan guru seramai 81 orang kerana sekolah SKPA pada tahun ini telah melaksanakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Oleh kerana penambahan taman-taman perumahan di kawasan Puncak Alam, pihak sekolah diarahkan oleh pihak jabatan untuk membuka dua sesi persekolahan bagi menampung murid-murid di taman-taman perumahan tersebut.
9 Minit Mesyuarat 1.1.4 Pada tahun 2021, murid-murid di SK Puncak Alam hanya seramai 850 orang. Berlaku peningkatan yang sangat mendadak apabila sekolah diminta untuk menampung kemasukan murid dari taman-taman perumahan yang baru di Puncak Alam. 1.1.5 Guru Besar memaklumkan bahawa SK Puncak Alam sedang menuju kearah kecemerlangan murid dengan melancarkan Program 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Program ini sangat dititikberatkan oleh KPM kerana pencapaian akademik sangat diutamakan. 1.1.6 Sekolah juga menitikberatkan dari segi sahsiah murid. Justeru itu, pada tahun ini sekolah telah melancarkan Program 3S iaitu senyum, sapa dan salam. Guru Besar memohon kepada ibu bapa agar meningatkan kepada anak-anak tentang tiga perkara ini supaya kita dapat membina sahsiah yang baik di dunia dan di akhirat. 1.1.7 Guru Besar memaklumkan pada tahun ini, pihak sekolah di bawah unit kokurikulum sudah boleh menghantar murid-murid mengikuti sukan-sukan yang telah ditetapkan oleh pihak PPD. Baru-baru ini, sekolah telah membuat latihan dan proses pemilihan bagi permainan hoki dan bola sepak untuk peringkat MSSD. Guru Besar memohon ibu bapa memberi galakan dan sokongan agar murid dapat mengikuti sukan-sukan yang mereka minati. 1.1.8 Guru Besar memaklumkan cadangan untuk menjadikan SK Puncak Alam sebagai sekolah komuniti. Seperti sedia maklum, di kawasan Fasa 1, Puncak Alam tiada kemudahan dewan terbuka. Justeru itu, Guru Besar berhasrat ingin menjadikan SK Puncak Alam sebagai sekolah komuniti. 1.1.9 Oleh itu, Guru Besar memohon Datuk Nor Azli memanjangkan hasrat pihak sekolah kepada Datuk Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz bagi menyalurkan dana untuk membina satu dewan terbuka di SK Puncak Alam. Guru Besar juga ingin memohon tajaan bagi mengecat tembok dan bangunan sekolah di SK Puncak Alam. 1.1.10 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan Datuk Nor Azli bin Yahya atas kesudian hadir pada Mesyuarat PIBG. Semoga hasrat dan keinginan pihak sekolah akan tertunai demi keselesaan anak-anak SK Puncak Alam.
10 Minit Mesyuarat 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Disahkan oleh : Pn Nor Shahida bt Abdul Ghani. Disokong pleh : Pn Nurhajrina bt Jarawi. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada 4.0 FOKUS MESYUARAT 4.1 UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT/ YDP PIBG 4.1.1 Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan mesyuarat kali ini. 4.1.2 Mengharapkan semua pihak melalui PIBG dapat menambah idea-idea bernas yang berupaya meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi akademik dan kurikulum SKPA bagi melahirkan insal kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4.1.3 Beliau dan barisan PIBG SKPA bagi sesi 2022/2023 merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa dan guru yang telah memberi kepercayaan bagi menerajui PIBG SKPA bagi tempoh yang akan datang dan juga terlibat dalam semua programnya. Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara ibu bapa guru dan anak-anak. 4.1.4 Beliau juga berharap barisan peneraju yang baru ini bagi sesi 2022/2023 akan lebih proaktif dalam merangka dan melaksanakan program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan SKPA. 4.1.5 Ucapan jutaan terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kerjasama dan memohon maaf sekiranya ada kesilapan selama tempoh berada di dalam PIBG.
11 Minit Mesyuarat 4.2 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 4.2.1 Membaik pulih infrastuktursekolah dan kelas. 4.2.1.1 Pembelian kerusi plastik di dewan terbuka. 4.2.1.2 Pembelian alas meja dan papan tulis di kelas. 4.2.2 Sambutan Hari Guru, Hari Kanak-Kanak, Hari Aspresasi Murid, Majlis Persaraan Guru dan Majlis Konvokesyen murid-murid Tahun 6. 4.2.3 Sumbangan tablet pada Rumah Safiah dengan Kerjasama PIBG SKPA, SMKPA dan komuniti setempat. 4.2.4 Projek menaik taraf tandas guru dan murid. 4.2.5 Dana Sanitasi sekolah sepanjang sesi persekolahan. 4.2.6 Program Motivasi dan Kepimpinan untuk pemimpin muda sekolah. 4.3 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2021/2022 4.3.1 Puan Hajrina Binti Jarawi selaku bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2021/2022 bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 14 Jun 2022 yang dibentangkan . Beliau seterusnya memohon agar laporan kewangan tersebut disahkan. Cadangan pengesahan : Puan Nur Ashikin bt A.hamid Sokongan : Puan Zaiton bt Daud 4.3.2 Bendahari memaklumkan bahawa jumlah perbelanjaan berakhir pada 14 Jun 2022 ialah sebanyak RM50,076.50 4.4 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 4.4.1 En. Mohd Halil bin Masdar selaku YDP PIBG membubarkan barisan AJK PIBG bagi sesi 2021/2022. 4.5 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2022/2023 4.5.1 Majlis sebulat suara melantik Guru Besar untuk menjadi pengerusi sementara mesyuarat bagi pemilihan sesi 2022/2023. 4.5.2 Pihak sekolah telah memberikan ruang kepada ibubapa untuk membuat penamaan calon . 4.5.3 Cara pengundian adalah melalui raise hand . 4.5.4 Pelantikan Yang Dipertua PIBG 2022/20234. 4.5.4.1 Cadangan pertama Encik Azlan bin Md Aris Sokongan : majoriti 4.5.5 Perlantikan Naib Yang Dipertua PIBG 2022/2023 4.5.5.1 Cadangan pertama Puan Zaitun binti Daud Sokongan : majoriti
12 Minit Mesyuarat Yang Dipertua PIBG En. Muhamad Azlan Md Aris Timb. Yang Dipertua PIBG Pn. Zaiton bt Daud Setiausaha Kehormat Encik Izad Imran Bin Masrop Timbalan Setiausaha Cik Hannah Najihah Binti Mohd Azman Bendahari Kehormat Pn. Norhajrina bt Jawari AJK Ibu Bapa Encik Romainor (wakil Fasa 1) Encik Halil (wakil Alam Suria) Encik Mohd Zuhairi (wakil PPKI) Encik Aiman (wakil Saujana Utama ) Encik Harun bin Hamzah (wakil Alam Jaya) Puan Aizat (wakil Eco World) AJK Guru Encik Ahmad Fuad bin Baharan @ Husin Encik Mohd Fathi bin Mohamed Yusoff Puan Umi Kalsom binti Sidek Puan Nur Ashikin binti Che Ahmad Puan Siti A’isah binti Ibrahim Puan Saidatul Akma binti Khairi 4.6 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 (GURU)
13 Minit Mesyuarat 4.7 MEMBINCANGKAN USUL-USUL YANG DITERIMA PERBINCANGAN USUL DAN CADANGAN CADANGAN BAHARU: 1. DARIPADA : EN MOHAMMAD SYETH BIN AHMAD Cadangan : Mewujudkan kelab ping pong untuk murid belajar dari awal. Tindakan : Akan diusahakan oleh unit kokurikulum. Dialukan juga kepada ibu bapa yang boleh melatih murid-murid 2. DARIPADA : EN MOHD KHAIRULAZIZI BIN SELAMAT Cadangan : Mohon pihak sekolah mempertimbangkan untuk tidak perlu murid yang dilantik menjadi ketua kelas, pakaian seragamnya diubah. Mungkin hanya perlu tanda nama sahaja sebagai ketua dan penolong ketua kelas. Ini kerana tidak setiap tahun anak akan dilantik menjadi ketua kelas. Ini kerana pihak ibu bapa perlu mengeluarkan kos untuk vest, baju lengan panjang dan tali leher yang baharu. Diharap pihak ekolah dapat mempertimbangkan hal ini dengan keadaan ekonomi keluarga dan harga barangan yang tidak menentu. Tindakan : Pihak sekolah telah mengambil tindakan iaitu ketua dan penolong kelas hanya memakai tanda nama ketua kelas dan penolong ketua kelas sahaja. 3 . DARIPADA : MUHAMMAD SAIFUL BIN MUSBAH Cadangan : Agihan makanan ketika waktu rehat di kelas masing-masing, tanpa perlu bersesak di kantin. Ibu bapa perlu membuat bayaran setiap bulan/ minggu. Tindakan : Pihak sekolah telah menetapkan jadual rehat kepada setiap aliran agar tiada kesesakan semasa membeli dan makan di kantin. 4 . DARIPADA : NUR SYAMIMI BINTI AZNI Cadangan : Saya mencadangkan buku teks di simpan di sekolah, atau terdapat peti simpanan untuk menyimpan buku aktiviti pelajar. Ini dapat mengurangkan beban beg yang berat. Tindakan : Pihak sekolah tiada tempat penyimpanan buku teks. KPM telah mengarahkan penggubalan jadual waktu iaitu Tahap 1 hanya 3@4 mata pelajaran sahaja manakala Tahap 2 hanya 5@6 mata pelajaran sahaja. Ini akan mengurangkan beban beg berat. Setiap mata pelajaran hanya membawa 2 buku sahaja.
14 Minit Mesyuarat 5 . DARIPADA : ROZITA AZILA BINTI YAACOB Cadangan : Saya mencadangkan baju & seluar sukan sekolah dijual di kedai buku jadi ibu bapa boleh mendapatkannya sewaktu membeli buku tulis utk sesi persekolahan yg baru. Lebih memudahkan & menjimatkan rasanya banyak sekolah dah mempraktikkannya. Terima kasih. Tindakan : Kedai buku hanya menjual baju sukan sahaja manakala seluar sukan akan diuruskan oleh ibubapa di luar. Kedai buku juga akan mengeluarkan design terbaru dan material yang bermutu . 6 . DARIPADA : MAZRIANTI MISKON Cadangan : Tempahan makanan waktu rehat oleh guru-guru kelas dan makan di dalam kelas bagi menjaga sop adalah langkah sesuai yg telah diambil dan patut diteruskan sampai bila-bila. Terima kasih cikgu atas keperihatinan. Tindakan :Murid-murid telah dibenarkan untuk makan di kantin dan tiada lagi penempahan seperti dahulu. Masa rehat telah ditetapka mengikut aliran tahun. 7 . DARIPADA : NOR ZAHILAH BINTI KAMARUDDIN Cadangan : Memohon guru kerap memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan dengan prestasi murid-murid. Contoh: Guru boleh update status murid melalui telegram secara individu setiap bulan. Tindakan : Ibubapa akan dimaklumkan mengenai prestasi murid semasa Hari Bertemu Ibubapa SKPA. 8 . DARIPADA : SHAHIDA BINTI ASHARI Cadangan : Untuk menangani masalah beg berat di kalangan anak, Saya mencadangkan setiap murid membawa storage box dan tinggalkan semua buku di dalam storage box. Hanya bawa balik buku yang ada kerja rumah sahaja. Tindakan : Satu cadangan yang baik cuma kerisauan pihak sekolah adalah kecurian sebab SKPA telah melaksanakan 2 sesi dan KAFA juga melaksanakan pembelajaran di SKPA 9 . DARIPADA : NOR ZAHILAH BINTI KAMARUDDIN Cadangan : Mohon guru guru boleh check meja dan kerusi murid. Pasti kan ianya dalam keadaan baik. Murid nak belajar biarlah selesa. Tindakan : Pihak sekolah dengan bantuan PIBG telah membalut meja murid-murid dengan alas meja yang seragam.
15 Minit Mesyuarat 10 . DARIPADA : ZAKIAH BINTI M.ARIF Cadangan : Mengadakan kelas tambahan untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan. Tindakan : Tiada kelas tambahan utk tahun 6 kerana tiada peperiksaan 11 . DARIPADA : KAMARUL Cadangan : Memohon keizinan daripada pihak sekolah untuk bergotong royong membersihkan kelas anak-anak dan keceriaan kelas pada hari minggu. Persekitaran ceria anak-anak gembira. Tindakan: SOP KPM membolehkan program di laksanakan di sekolah, insyaallah gotong royong akan dilaksanakan selepas MAT . 12 . DARIPADA : RIZAL Cadangan : Sekolah kurang ceria, warna dinding bangunan telah pudar dan kotor. Tiada mural yang menceriakan suasana. Landskap kurang. Di tepi pagar sekolah kotor, banyak pokokpokok liar tidak ditebas, kemungkinan terdapat binatang berbisa yang membahayakan pelajar. Pagar sekolah cat sudah pudar dan tidak ceria begitu juga dengan ruang menunggu bas. Tandas kotor. Berbau dan tidak bersih. Dinding kelas kotor, meja pelajar kotor. Perlu adakan gotong royong bersama ibubapa untuk membersihkan kelas. Tindakan : Pihak sekolah telah memohon kepada pihak atasan untuk mengecat semula bangunan sekolah tetapi kekangan kewangan pihak atasan, perkara ini ditangguhkan dahulu. Pihak sekolah mencadangkan agar membuat kutipan sumbangan daripada ibubapa untuk menceriakan kawasan sekolah seperti mengecat bangunan sekolah, tembok sekolah landskap kawasan sekolah dan lain-lain lagi. Pihak sekolah juga akan mengadakan gotong royong atas perkara tersebut. 13 . DARIPADA : AZNIZA BINTI HASHIM Cadangan : Mohon agar cikgu dapat beri maklumat berkenaan buku yang perlu dibawa ke sekolah setiap hari, memandangkan satu hari ada lebih dari 3 mata pelajaran. Ini untuk meringankan pelajar membawa beg setiap hari. Harap dapat dipertimbangkan dan terima kasih kepada sebahagian guru yang sudah mempraktikkan perkara ini. Tindakan : Pihak sekolah telah mengarahkan semua guru mata pelajaran memberitahu buku yang perlu dibawa ke telegram kelas masing-masing.
16 Minit Mesyuarat 14 . DARIPADA : MOHD SHAZWAN BIN MOHD ALIAS Cadangan : Cadangan diwujudkan order makanan secara google form. Dapat meringankan beban guru dan memudahkan ibubapa. Memberi pilihan utk membeli makanan atau minuman sahaja. tidak semua ibubapa mampu beli set makanan dan air. Berikan pilihan kpd ibubapa untuk kurangkan perbelanjaan mengikut keperluan shj. Tindakan : Murid-murid telah dibenarkan makan di kantin mengikut aliran tahun. 15 . DARIPADA: PIBG Cadangan : Mencadangkan untuk mengekalkan duit sumbangan PIBG untuk ditambah atau dikekalkan jumlahnya sebanyak RM50/ keluarga. Tindakan : Mengikut keputusan ibu bapa 16 . DARIPADA: PIBG Cadangan : Mencadangkan bayaran tambahan PIBG oleh setiap keluarga sebanyak RM20. Pecahan RM20: Kawalan lalu lintas – RM10 Pelbagai - RM10 Tindakan : Mengikut keputusan ibu bapa 17 . DARIPADA: PIBG Cadangan : Mencadangkan agar jeriji di koridor bangunan sekolah ditukarkan kepada bata simen sepenuhnya demi keselamatan murid-murid SKPA. Tindakan : Mengikut keputusan ibu bapa 4.8 UCAPAN PENANGGUHAN: EN NORAZLAN (YDP PIBG 2022) En Norazlan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa penjaga yang hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan PIBG hari ini. Mesyuarat agung PIBG ditangguhkan pada jam 5.12 petang. 4.9 PERTUKARAN TANDATANGAN UNTUK PROSES PENGELUARAN WANG DARIPADA AKAUN PIBG SKPA 4.9.1Dimaklumkan kepada ahli mesyuarat satu pertukaran tandatangan bagi proses pengeluaran wang akaun CIMB PIBG SKPA akan dilakukan. Ini melibatkan tandatangan ahli jawatankuasa terdahulu kepada ahli jawatankuasa yang dilantik bagi tahun 2022/2023. Berikut maklumat penama AJK yang terlibat .
17 Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG SESI 2021/2022 Ahli Jawatankuasa PIBG SESI 2022 /2023 5.0 UCAPAN PENUTUP 5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.12 petang. Disahkan oleh : Disahkan oleh : ………………………………………. EN.IZAD IMRAN BIN MASROP Setiausaha PIBG SK Puncak Alam PENAMA JAWATAN NO K/P Mohd Halil bin Masdar YDP 781001086665 Nur Ashikin bt A.Hamid SETIAUSAHA 860927296194 Nurhajrina bt Jarawi BENDAHARI 890803135572 PENAMA JAWATAN NO K/P Muhamad Azlan Bin Md Aris YDP 760419065391 Izad Imran Bin Masrop SETIAUSAHA 840215045145 Norhajrina bt Jarawi BENDAHARI 890803135572
18 BIL PERKARA TARIKH KEHADIRAN 1 Mesyuarat Pibg Bil 1 6 Ogos 2022 15/23 2 Mesyuarat Pibg Bil 2 12 Nov 2022 13/23 3 Mesyuarat Pibg Bil 3 18 Februari 2023 14/23 4 Mesyuarat Pibg Bil 4 13 May 2023 14/23 Ringkasan Perjumpaan Mesyuarat AJK PIBG Mesyuarat AJK PIBG 2022/2023
19 Aktiviti Tahunan BIL PERKARA BUTIRAN 1 Infrastruktur Sekolah / Kelas ▪ Cat kelas ▪ Pelapik meja murid ▪ Banner papan kenyataan kelas 2 Aktiviti Tahunan Sekolah ▪ Hari Kanak-Kanak ▪ Hari Sukan sekolah ▪ Hari Anugerah Kecemerlangan (Kuri, Hem dan Koko) ▪ Hari Guru ▪ Jamuan dan Majlis Perpisahan Tahun Enam ▪ Majlis Graduasi Tahun 6 ▪ Majlis Perpisahan Puan Salwati bt Isa (GPK1) ▪ Pertandingan Pusat Sumber Sekolah 3 Sumbangan baju ▪ Pasukan bola sepak sekolah ▪ Sumbangan baju kepada Ustazah Aslina untuk pertandingan memanah. 4 Baik-pulih kelas ▪ Kelas PPKI 5 Program Motivasi ▪ Ceramah Maulidul Rasul ▪ Majlis Iftar murid asnaf bersama Affin Bank. ▪ Program kemenjadian murid golongan asnaf ▪ Gotong-royong pembukaan sekolah
20 Penyata Kewangan PENYATA KEWANGAN PIBG SK PUNCAK ALAM BAGI TEMPOH 15 JUN 2022 HINGGA 27 MEI 2023 PENERIMAAN RM PERKARA BAKI PADA 15 Jun 20 BANK 10,681.30 TUNAI 5989.7 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2022/23 39,103.00 SUMBANGAN DERMA 2,979.25 LAMPIRAN A PROJEK PIBG LAMPIRAN A LAIN-LAIN PENERIMAAN 2.00 LAMPIRAN A JUMLAH PENERIMAAN 58,755.25
21 Penyata Kewangan PENYATA KEWANGAN PIBG SK PUNCAK ALAM BAGI TEMPOH 15 JUN 2022 HINGGA 27 MEI 2023 PERBELANJAAN RM KURIKULUM 7,702.00 LAMPIRAN A HAL EHWAL MURID 12,072.00 LAMPIRAN B KOKURIKULUM 9,520.00 LAMPIRAN B PENDIDIKAN KHAS 5,050.00 LAMPIRAN B PENGURUSAN PIBG 5,509.00 LAMPIRAN B PROJEK PIBG LAMPIRAN B PENYELENGGARAAN & FASILITI 5,500.00 LAMPIRAN B LAIN-LAIN PERBELANJAAN 3,060.00 LAMPIRAN B JUMLAH PERBELANJAAN 48,413.00 BAKI 10,342.25
22 Penyata Kewangan PERKARA NILAI (RM) JUMLAH Baki di bank (15 Jun 2022) 10,681.30 Baki tunai di tangan 5989.7 16,671.00 SUMBANGAN PIBG 2022-2023 kutipan tunai 6,820.00 kutipan tunai (17.2.23) 8,823.00 kutipan tunai murid (30.4.23) 23460 39,103.00 SUMBANGAN DAN DERMA sumbangan individu baik pulih sekolah 50 Sumbangan keceriaan sekolah 2,929.25 2,979.25 PROJEK PIBG 0.00 LAIN-LAIN Perbadanan Tabung Pendidikan 1.50 perbadanan Tabung Pendidikan 0.50 2.00 JUMLAH PENDAPATAN 58,755.25 PENYATA PENDAPATAN
PENYATA PENDAPATAN 23 Penyata Kewangan PENYATA PERBELANJAAN PERKARA NILAI (RM) JUMLAH KURIKULUM kertas A4 702.00 pemulihan 3,000.00 hari anugerah kurikulum 4,000.00 7,702.00 HAL EHWAL MURID khairat kematian 150.00 sumbangan pibks 70.00 hari kanak-kanak 4,702.00 jamuan pengawas Tahun 6 250.00 hari anugerah kecemerlangan HEM 1,500.00 gotong-royong perdana 5,400.00 12,072.00 KOKURIKULUM insentif kepada pasukan hoki dan megat (ragbi) 810.00 insentif wakil murid ke MSSD dan MSSM 1,190.00 sumbangan penyertan peringkat negeri 90 sumbangan MSSD Bola Jaring 50 sumbangan MSSD Bola Baling 80.00 sumbangan pasukan memanah 500.00 kursus memanah (cikgu Aslina) 200.00 hari sukan 6,000.00 sambutan hari guru 600.00 9,520.00 PENDIDIKAN KHAS gallery walk 2,000.00 gotong royong ppki 1,050.00 grill 2,000.00 5,050.00 PENGURUSAN PIBG mesyuarat ajk 90.00 sumbangan guru berpindah (Pn. Salwati) 300.00 pembelian buku resit 119 mesyuarat agung PIBG 5000 5,509.00 PROJEK PIBG 0.00 PENYELENGGARAAN DAN FASILITI pembangunan pss 3,000.00 cat pagar sekolah 2,500.00 5,500.00 LAIN-LAIN Elaun Lalulintas Januari, Februari, Mac 360.00 elaun lalu lintas (april 22-april 23) 2,700.00 3,060.00 JUMLAH PERBELANJAAN 48,413.00 Bendahari PIBG 2022/2023 Juruaudit PIBG 2022/2023
24 Usul dan Cadangan NAMA PENCADANG : HANINI ABDULLAH NAMA ANAK : MUHAMMAD AL AMSYAR BIN MOHD. ADY (1 IK ) CADANGAN : Buku darjah 1 terlalu banyak. Ia membebankan anak2 membawa ke sekolah.. TINDAKAN / KEPUTUSAN : Jadual telah mengikut arahan KPM (4 subjek sehari) Ibu bapa diminta peka dengan penjadualan anak-anak. NAMA PENCADANG : NOOR HAYATI BINTI ABD RAHMAN NAMA ANAK : MUHAMMAD ALIFF BIN MD RAZIF (3IY) CADANGAN : Kabinet atau almari untuk pelajar-pelajar meletakkan buku-buku latihan atau aktiviti supaya beg tidak berat ke sekolah hari-hari. TINDAKAN / KEPUTUSAN : Pihak Sekolah telah memohon laci penyimpanan buku murid tahap 1 ke KPM NAMA PENCADANG : FAIROL UKHTI BIN SAID IDRUS NAMA ANAK : IZZ RANIA SOFEA (6IB) CADANGAN : Mohon ketatkan lagi kawalan untuk murid yang balik terlebih awal kerana anak-anak Tahun 1 ramai yang bermain diluar pagar. TINDAKAN / KEPUTUSAN : Pihak sekolah telah mengarahkan semua murid berada dalam kawasan sekolah sehingga ibubapa/penjaga datang untuk mengambil anak-anak mereka . Pihak sekolah memohon agar maklumkan kepada anak-anak mereka agar tidak keluar sekolah sehingga ibubapa / penjaga sampai . NAMA PENCADANG : KHARLINA BT MUHAMAD NAMA ANAK : FADHILA AFIDA BT MOHD AMIR NORDIN (6IS) CADANGAN : Tar kan jalan seberang(depan tanah kubur) TINDAKAN / KEPUTUSAN : Di luar bidang kuasa sekolah dan PIBG. Ianya hak individu. ( wakaf kubur ) USUL 1 USUL 2 USUL 3 USUL 4
25 Usul dan Cadangan NAMA PENCADANG : NOREZUWAN SHAH BIN MD NORDIN NAMA ANAK : NUR SOFIA AQILAH BINTI NOREZUWAN SHAH (1IK) CADANGAN : Dataran tempat perhimpunan bahagian luar berbumbung. TINDAKAN / KEPUTUSAN : Dalam perhatian PIBG. Kos RM500,000. Setelah dinilai oleh kontraktor. Mohon sumbangan ibubapa. NAMA PENCADANG : RAHIMUDDIN MOHAMMAD NAMA ANAK : ADAM CADANGAN : Saya mencadangkan YDP boleh melantik beberapa orang lagi AJK tambahan atas budi bicaranya atas beberapa faktor antaranya AJK yang dilantik meninggal / tidak dapat memberi komitmen. TINDAKAN / KEPUTUSAN : Pihak sekolah menyambut baik cadangan tersebut NAMA PENCADANG : AISIAH BINTI KASIM NAMA ANAK : AQIF FAUZAN (5IB) CADANGAN : Mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM70 TINDAKAN /KEPUTUSAN : Diputuskan di dalam MAT 2023/ 2024 NAMA PENCADANG : WAN BADARIAH BINTI SULAIMAN NAMA ANAK : MOHAMMAD KAMARUL KHALIF (3IY) CADANGAN : Mencadangkan agar solat Zohor dan Asar dilaksanakan secara berjemaah di sekolah bagi murid-murid yang beragama Islam dapat bersama-sama menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari di sekolah khususnya solat fardhu. TINDAKAN/KEPUTUSAN : Dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Solat zohor 1.10-1.40 petang Solat asar di rumah USUL 5 USUL 6 USUL 7 USUL 8
26 Usul dan Cadangan NAMA PENCADANG : K.NAZRI NAMA ANAK : K.NURJANNAH (5IA) CADANGAN : USUL 9 USUL DAN CADANGAN 1. i. Mencadangkan agar sebelum Ujian Peperiksaan bermula pelajar diberi topic2 / chapter2 / tajuk yang terlibat yang harus diulangkaji / diberi penekanan yang lebih dirumah. ii. Topic / chapter / tajuk yang terlibat diberi awal 2 minggu bagi memudahkan kerja mengulangkaji di rumah. iii. Mencadangkan agar tarikh peperiksaan / ujian diumum awal 2 minggu sebelum Ujian / Peperiksaan bermula bagi memudahkan proses mengulangkaji di rumah bersama ibu bapa. iv. Mencadangkan agar pihak SKPA menyediakan satu portal / koleksi buku Bank Soalan Peperiksaan / Ujian bagi memudahkan pihak ibu bapa membuat capaian / rujukan bagi proses mengulangkaji di rumah. Dengan cara ini kami sebagai ibu bapa dapat membantu guru dan anak-anak kami mengulangkaji di rumah. 2. Memandangkan musim panas dan suhu terlampau tinggi, kami memohon jasa baik pihak sekolah agar membenarkan pelajar-pelajar membawa kipas USB ke sekolah bagi mengelakkan masalah seperti strok haba/ semput dan lain-lain. Pelajar-pelajar tahun 2 dan 3 dibenarkan memakai topi / payung / penutup kepala semasa melintasi kawasan padang memandangkan tiada gajah menyusur di kawasan pagar belakang sekolah. TINDAKAN / KEPUTUSAN i) Kebiasaan pihak sekolah memaklumkan tarikh UASA tersebut lebih awal kepada ibubapa/penjaga Tahap 2. ii) Guru-guru juga biasanya akan memaklumkan kepada anak muridnya berkenaan format / tajuk peperiksaan tersebut
27 Usul dan Cadangan USUL DAN CADANGAN 3. Memandangkan musim panas dan suhu terlampau tinggi, kami memohon jasa baik pihak sekolah agar membenarkan pelajar-pelajar membawa kipas USB ke sekolah bagi mengelakkan masalah seperti strok haba/ semput dan lain-lain. Pelajar-pelajar tahun 2 dan 3 dibenarkan memakai topi / payung / penutup kepala semasa melintasi kawasan padang memandangkan tiada gajah menyusur di kawasan pagar belakang sekolah. 4. Mencadangkan agar kipas dipasang di kawasan pelajar menunggu ibu bapa. Sekiranya pihak sekolah memerlukan sumbangan kipas untuk kegunaan kelas / sekolah , boleh memohon sumbangan dari pihak ibu bapa. 5. Pengawal keselamatan sekolah diletakkan di pagar belakang beserta dengan kanopi bagi kemudahan mengawal lalulintas pelajar-pelajar tahun 2 dan 3 yang hadir ke sekolah. Sumbangan kanopi boleh dimohon dari pihak ibu bapa. 6. Mencadangkan agar pihak SKPA mengadakan akaun bank khas untuk SKPA tidak melalui akaun bank guru-guru bagi memudahkan segala urusan sumbangan derma membeli keperluan sekolah/ derma anak-anak yatim/ derma kematian / lawatan / hari sukan sekolah dll. TINDAKAN / KEPUTUSAN Dibenarkan, tapi atas tanggungjawab sendiri Dalam perhatian PIBG, dengan sumbangan ibu bapa Pengawal keselamatan ditugaskan dalam kawasan sekolah sahaja Sumbangan sebaiknya diberi secara tunai sahaja.Sekolah hanya ada dua akaun sahaja iaitu akaun sekolah dan akaun PIBG. Tidak dibenarkan membuka akaun lain selain itu
28 Usul dan Cadangan USUL DAN CADANGAN 7. Mencadangkan agar laluan gajah menyusur dibina di bahagian pagar belakang bagi kemudahan pelajar tahun 2 dan tahun 3 bagi mengelakkan dari terkena hujan dan panas matahari. Bagi mempercepatkan proses boleh memohon penajaan dari agensi / ahli politik / kutipan PIBG 8. Mencadangkan agar ada AJK PIBG yang bertugas di waktu pagi dan petang semasa kehadiran pelajar / waktu tengahari dan petang semasa pulang pelajar. AJK PIBG ini bertindak sebagai cctv / pemerhati untuk pihak SKPA disamping membantu meringankan tugas guru dan pengawal keselamatan sekolah mengawal lalu lintas dan keselamatan pelajar di luar kawasan sekolah. AJK PIBG perlulah dari kalangan mereka yang tidak bekerja / mempunyai waktu kerja yang flexible bagi memudahkan mereka menjalankan tugas2 memerhati di luar kawasan sekolah sewaktu kedatangan dan kepulangan pelajar. TINDAKAN / KEPUTUSAN Mohon sumbangan ibu bapa. Sekolah mengharapkan sumbangan ibu bapa. Sekolah tiada dana ke arah itu. Pihak ibubapa/penjaga juga boleh mencadangkan dan membantu mencari dana tersebut untuk keselesaan anak-anak SKPA Boleh sekiranya ada sukarela daripada kalangan ibu bapa. Sila beri nama yang boleh bertugas. USUL 10 NAMA PENCADANG : K.NAZRI NAMA ANAK : K.NURJANNAH (5IA) CADANGAN :
29 Usul dan Cadangan NAMA PENCADANG : NABILA SHAFIKA ABDUL RAZAK NAMA ANAK : EMIR GHAZI BIN MUHAMMAD FAIZAL (2IB) CADANGAN : Boleh khidmatkan transport untuk pelajar yg tinggal di LBS TINDAKAN / KEPUTUSAN : Di luar bidang kuasa PIBG dan pihak sekolah. NAMA PENCADANG : NORA NAMA ANAK : MELISSA CADANGAN : Jem, minta asingkan jalan bagi sekolah rendah dan menengah seperti asal kerana tidak semua ibubapa yang ada anak sekolah menengah yang terpaksa melintasi jalan tersebut. TINDAKAN / KEPUTUSAN : Di luar bidang kuasa sekolah. Rujuk MPKS NAMA PENCADANG : MOHD HAFIZ BIN PADALI NAMA ANAK : PUTRI AIRA DAFISYA (5IB) CADANGAN : Cuba cadangkan waktu kokorikulum dibuat pada hari sabtu. TINDAKAN /KEPUTUSAN : Kita hanya boleh menggunakan dua kali sabtu sahaja setiap bulan mengikut pekeliling SPI KPM. Kita juga mempunyai kekangan untuk aktiviti lain seperti mesyuarat guru, latihan koko dan sebagainya. NAMA PENCADANG : ALIAS BIN ALI NAMA ANAK : AULIA ZAHRA (2IA) CADANGAN : Kawalan trafik harus dipertingkatkan lagi bagi mengatasi kesesakan lalulintas semasa pergi dan balik sekolah TINDAKAN /KEPUTUSAN : Telah dilaksanakan. Mohon ibubapa membantu ke arah itu. USUL 11 USUL 12 USUL 13 USUL 14
30 Usul dan Cadangan NAMA PENCADANG : NUR FARHANAH NAMA ANAK : PUTRI NUR RANIA AMANDA (5IA) CADANGAN : Berkenaan waktu koko pada hari Rabu mohon pihak sekolah pilih waktu yang sesuai ini kerana anak-anak terpaksa ponteng sekolah agama. TINDAKAN / KEPUTUSAN : Pihak sekolah berpendapat waktu koko pada pkl 3.30-5.30pm adalah bersesuaian.Ini kerana SKPA telah melaksanakan 2 sesi dan Pihak sekolah mengalami masalah tempat koko dijalankan. NAMA PENCADANG : MOHD ZAID BIN ALI NAMA ANAK : MUHAMMAD ZARIF AFIQ BIN MOHD ZAID (5IB) MUHAMMAD ZAFRAN AFIQ BIN MOHD ZAID (2IK) CADANGAN : 1. Tambah filter Air dengan musim panas ni dan elakkan jem dalam perjalanan ke sekolah dan 2. menyediakan locker untuk pelajar simpan buku. TINDAKAN / KEPUTUSAN : 1. Ibu bapa yang berkemampuan, boleh membuat sumbangan. Perlu ada seorang ibu bapa yang menguruskan penyelenggaraan filter air tersebut. 2. Pihak sekolah telah memohon kepada pihak KPM loker tersebut untuk Tahap 1. Pihak sekolah juga membenarkan ibubapa menyediakan loker sendiri yang berkunci dengan pengetahuan pihak sekolah. USUL 15 USUL 16
31 Usul dan Cadangan NAMA PENCADANG : ROMIZA BINTI ABDULAHMAN NAMA ANAK : RAUDHAH JANNAH BINTI REDZUAN (1IY) CADANGAN : 1. Makanan Di Kantin Sekolah Jangan jual makanan di process sosej,nugget dan seumpamanya. 2. Semak semula Harga Air Di Kantin Rm1 Tidak setara dengan rasa. Kalau Milo tu cair bukan Milo tetapi mix dengan coklat. Kesian anak-anak. TINDAKAN / KEPUTUSAN : 1. Pihak kantin tidak menjual makanan tersebut. 2. Pihak sekolah telah memaklumkan perkara ini kepada pihak kantin . NAMA PENCADANG : SUZILAWATI BINTI IDRIS NAMA ANAK : AUFA BIN MOHD FAIZ (2IK) CADANGAN : 1.Menyediakan mesin air disekitar kawasan 2.Menggunakan buku kerja yang diarahkan beli secara optimum dan disemak TINDAKAN / KEPUTUSAN : 1. Ibu bapa yang berkemampuan, boleh membuat sumbangan mesin penapis air. Perlu ada seorang ibu bapa yang menguruskan penyelenggaraan filter air tersebut. 2. Pihak pengurusan sekolah telah mengarahkan agar semua guru menyemak buku kerja yang telah dibeli oleh murid. NAMA PENCADANG : JASMA AZNITA ABD RAHMAN NAMA ANAK : LUTFI MIRZA BIN EZANI (2IA) CADANGAN : Longkang sebelah kubur mohon letak penutup jugak bahaya untuk anak-anak dan ibu bapa. TINDAKAN /KEPUTUSAN : Di luar bidang kuasa. Sila buat laporan kepada MPKS. Sila buat Terima kasih atas pemakluman USUL 18 USUL 19 USUL 17
32 Pencapaian Kurikulum ANALISA KESELURUHAN PBD AKHIR TAHUN 2022 TAHAP BIL TIDAK MENGUASAI MENGUASAI TP1 TP2 JUM TP 1-2 % TP3 TP4 TP5 TP6 JUM TP 3-6 % TAHUN 1 2169 25 112 137 6.32 476 896 577 83 2032 93.68 TAHUN 2 1917 33 162 195 10.17 322 822 567 11 1722 89.83 TAHUN 3 1665 45 96 141 8.47 214 666 627 17 1524 91.53 TAHUN 4 2464 27 57 84 3.41 394 1153 758 75 2380 96.59 TAHUN 5 2046 59 40 99 4.84 267 815 805 60 1947 95.16 TAHUN 6 1331 36 36 2.70 128 539 492 136 1295 97.30 ANALISA KESELURUHAN 11592 189 503 692 5.97 1801 4891 3826 382 10900 94.03
33 Pencapaian Kokurikulum BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 1 KEJOHANAN HOKI MSSD KUALA SELANGOR 2022 JOHAN LELAKI BAWAH 12 ▪ JOHAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN ▪ 6 ORANG PEMAIN P 12 MEWAKILI DAERAH KUALA SELANGOR KE KEJHONANA HOKI MSS NEGERI SELANGOR (Tempat ke tiga) ▪ 6 ORANG PEMAIN L 12 MEWAKILI DAERAH KUALA SELANGOR KE KEJOHANAN HOKI MSS NEGERI SELANGOR. ▪ QISTINA DANIA BT ABD RAHMAN TERPILIH MEWAKILI NEGERI SELANGOR KEJOHANAN HOKI MSS MALAYSIA ▪ MENDAPAT TEMPAT KE TIGA DAN MERUPAKAN ANTARA PEMAIN UTAMA DAN PENJARING. 2 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD KUALA SELANGOR SKPA MENGHANTAR 2 REGU KE KEJOHAHAN TERSEBUT ▪ REGU B TEWAS PERINGKAT SEPARUH AKHIR ▪ REGU A MENJADI JOHAN DAERAH ▪ 2 ORANG WAKIL SKPA TELAH DIPILIH MENYERTAI PASUKAN KUALA SELANGOR KE KEJOHANAN MSS NEGERI SELANGOR. ▪ DAERAH KUALA SELANGOR MENJADI JOHAN NEGERI ▪ MOHD KAMARUL NASRI TERPILIH MEWAKILI NEGERI SELANGOR KE KEJOHANAN MSS MALAYSIA 3 KEJOHANAN BOLA BALING ▪ PASUKAN LELAKI TELAH BERJAYA KE PERINGKAT SUKU AKHIR ▪ SEORANG PEMAIN SKPA TERPILIH MEWAKILI DAERAH KUALA SELANGOR KE KEJOHANAN MSS NEGERI SELANGOR ▪ PASUKAN PEREMPUAN LAYAK KE PUSINGAN KE 2. 4 KEJOHANAN BOLA JARING ▪ PASUKAN SKPA TELAH BERJAYA HINGGA KE PUSINGAN KE DUA SAHAJA 5 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA SELANGOR. ▪ JOHAN LOMPAT TINGGI PEREMPUAN KELAS 3 6 KEJOHANAN CATUR MSSD KUALA SELANGOR ▪ MENDAPAT NAIB JOHAN LELAKI BAWAH 12 ▪ MEGAT MUSA BIN MEGAT MOHD KHUSAIRI MEWAKILI KUALA SELANGOR KE KEJ CATUR MSS SELANGOR 7 KEJOHANAN RAGBI MSSD KUALA SELANGOR ▪ MEGAT MUSA BIN MEGAT MOHD KHUSAIRI TELAH MEWAKILI KUALA SELANGOR TAHUN 2022 RAGBI MSS SELANGOR
34 Pencapaian Kokurikulum BIL AKTIVITI PENCAPAIAN 8 PASUKAN CHORAL SPEAKING ▪ MENJADI NAIB JOHAN DAERAH ▪ WAKIL KUALA SELANGOR KE PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI. 9 PASUKAN PENGAKAP ▪ MENYERTAI PERKHEMAHAN SKIM LENCANA KERIS PERAK DAN EMAS PENGAKAP DAERAH KUALA SELANGOR. ▪ 4 ORANG AHLI PENGAKAP SKPA TELAH BERJAYA MENDAPAT ANUGERAH RAMBU PENGAKAP PERINGKAT NEGERI SELANGOR. 10 PASUKAN TUNAS PUTERI ▪ WAKIL TUNAS PUTERI SKPA TELAH MENGIKUTI PROGRAM TADARUS PERDANA PERINGKAT KEBANGSAAN ▪ MENYERTAI PERTANDINGAN SEMPENA HARI PANDU PUTERI DAERAH. 11 PASUKAN PUTERI ISLAM ▪ MENYERTAI HARI PUTERI DAERAH.
35 Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 JAWATANKUASA PIBG SK PUNCAK ALAM TAHUN 2023/ 2024 Yang Dipertua PIBG : Naib Yang Dipertua : Setiausaha : En. Izad Imran Bin Masrop Naib Setiausaha : Cik Hannah Najihah Bt Mohd Azman Bendahari : Pn. Yospi Safura Binti Masout AJK Ibu Bapa : 1. Pn. Zaiton Binti Daud 2. En. Romainor Bin Che Omar 3. En. Mohd Halil Bin Masdar 4. En. Nur Aiman Bin Baharuddin 5. En. Harun Bin Hamzah 6. En. Muhammad Zuhaili Bin Muhammad Nasir Yeap 7. Pn. Aizat Binti Anuar AJK Guru : 1. En. Ahmad Fuad Bin Baharan@ Husin 2. En. Mohd Fathi Bin Mohamed Yusof 3. Pn. Umi Kalsom Binti Sidek 4. Pn. Nur Ashikin Binti Che Ahmad 5. Pn. Siti Esah Binti Ibrahim 6. Pn. Saidatul Akma Binti Khairi
36 Autograf
Cucur badak di kedai nenek, Murahnya harga dapat berjimat; Ajar budak akhlak yang baik, Dunia dibangga, akhirat selamat Pulang pemburu dengan riangnya, Dapat menghambat si anak rusa; Berjuang guru dengan ilmunya, Menobat martabat si anak bangsa. Ayu semarak di sisi bonda, Kekal berseri jambangan gelora; Guru pencorak generasi muda, Bakal mengisi kepimpinan negara 37 Mutiara Kata
Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat PIBG kali Ke21 dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih di ataskerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepadasemua pihakyang terlibat secara langsungatau tidak langsung dalam menjayakan mesyuaratkali ini.