SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN BUKIT INDAH, JOHOR BAHRU, JOHOR
DISEDIAKAN OLEH:
WONG JING WEN
TINGKATAN:
2 AMBER
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
23/12/2022
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 1
2. PENDAHULUAN 2
3. JADUAL KERJA 3
4. OBJEKTIF KAJIAN 4
5. KAWASAN KAJIAN 4
KAJIAN KES
6. KAEDAH KAJIAN 5
7. HASIL KAJIAN 6-9
i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang
terdapat di kawasan kajian Taman Bukit Indah, Johor Bahru.
iii. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak
diterapkan dalam kehidupan seharian
v. Mencadangkan 4 langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
8. HASIL TEMU BUAL 10
9. RUMUSAN 11
10. SUMBER RUJUKAN 11
11. LAMPIRAN 12 - 17
Lampiran A - Foto
Lampiran B - Soal selidik (Google From)
1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar SMK SULTAN ISMAIL,
Encik Razali bin Tamadi, guru mata pelajaran Geografi saya, Cikgu Hanifah binti Jamaluddin
atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak
menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu saya, Puan Lai Siew Geok
yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa beliau untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat
tentang amalan penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian saya iaitu Taman Bukit Indah..
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Encik Kumar, pengurus Rochester
Taman Bukit Indah dan rakan-rakan sekelas saya kerana telah memberi banyak pendapat dan
idea yang membina kepada saya.
Sekian, terima kasih.
1
2.0 PENDAHULUAN
Saya, Wong Jing Wen merupakan pelajar Tingkatan 2 Amber di SMK SULTAN ISMAIL.
Saya telah memilih tajuk Amalan Penggunaan Teknologi Hijau kerana tajuk ini memudahkan
saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan serta membuat rujukan daripada laman
sesawang dan juga buku-buku yang berkaitan.
Kawasan kajian ialah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor kerana Taman Bukit Indah
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Saya telah menetapkan tiga objektif yang perlu saya
capai untuk melengkapkan kerja lapangan saya iaitu :
2.1 Menyatakan jenis dan contoh amalan penggunaan teknologi hijau yang terdapat di
Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.
2.2 Menjelaskan tiga kesan amalan penggunaan teknologi hijau yang terdapat di Taman
Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.
2.3 Menghuraikan tiga langkah mengamalkan teknologi hijau secara bijaksana di
kawasan sasaran iaitu Taman Bukit Indah. Johor Bahru, Johor.
Saya menggunakan empat kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, kaedah soal
selidik, dan kaedah rujukan. Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk menyiapkan
kerja lapangan saya.
2
3.0 Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:
Bil Tarikh Perkara
1. 5/12/2022 i. Menerima taklimat dan tugasan kerja lapangan Geografi daripada
guru mata pelajaran iaitu Cikgu Hanifah.
ii. Berbincang dengan guru tentang bentuk pelaksanaan yang hendak
dilakukan.
2. 7/12/2022 Pelaksanaan kerja lapangan yang bertajuk amalan penggunaan
teknologi hijau
i. Merangka perancangan dan jadual kerja mengenai aktiviti yang
hendak dilakukan.
ii. Membuat catatan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan
dengan betul.
iii. Mencari maklumat berkenaan amalan penggunaan teknologi hijau
dalam akhbar, buku-buku rujukan Geografi dan buku teks.
iv. Melayari Internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
3. 9/12/2022 Melawati tempat kajian.
i. Membuat pemerhatian ke atas kawasan kajian.
ii. Mengambil gambar tentang pelbagai contoh amalan penggunaan
teknologi hijau.
4. 11/12/2022 Merekodkan kajian.
i. Menyenaraikan maklumat yang diperoleh semasa membuat
pemerhatian di kawasan kajian.
5. 12/12/2022 Menuliskan pendahuluan dan penghargaan
6. 14/12/2022 Membuat soal selidik.
i. Merekabentuk soal selidik menggunakan aplikasi “Google Form”.
7. 15/12/2022 Mengedarkan link “google form” borang soal selidik kepada penduduk
kawasan kajian.
8. 17/12/2022 Mengumpul dan membuat penulisan berdasarkan maklum balas
daripada responden dalam kaji selidik.
i. Membuat analisis daripada data yang diperoleh daripada “google
form” yang telah diberikan kepada penduduk kawasan kajian.
ii. Menghasilkan bahan grafik yang sesuai iaitu carta berdasarkan
data yang diperoleh.
iii. Menulis hasil kajian yang diperoleh.
9. 23/12/2022 Menghantar kerja lapangan ini kepada cikgu Hanifah melalui aplikasi
Telegram.
3
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Di akhir kajian ini, saya akan dapat:
1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di kawasan kajian
Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknoogi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan harian
5) Mencadangkan 4 langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
Teknologi Hijau yang sesuai
5.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor. Kawasan ini terletak di
bawah pentadbiran Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor. Tempat ini mempunyai penduduk
kira-kira 60,000 orang. Kini, terdapat hampir 15,000 buah rumah yang dibina untuk
menampung bilangan penduduk yang banyak. Selain itu, tempat ini juga berdekatan dengan
Taman Perling. Terdapat pusat beli-belah Æon Bukit Indah di sini. Bukit Indah juga semakin
mendapat reputasi sebagai pusat komersial daerah Johor barat yang baru. Kini mempunyai
71% kaum Cina, 10% kaum Melayu dan 19% kaum India.
Peta Lokasi Kawasan Kajian
4
6.0 KAEDAH KAJIAN
Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam menghasilkan kajian yang
lengkap dan tepat. Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat berkaitan tajuk kajian akan
diperoleh dengan mudah dan lengkap. Antara kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan
kajian ini ialah:
1) Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang paling mudah dan cepat.
Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang petempatan di kawasan
kajian saya. Saya telah melawat kawasan kajian saya untuk mengenal pasti amalan
penggunaan teknologi hijau dalam kalangan penduduk di taman ini.
2) Soal Selidik
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat dengan mengedarkan
link “google form” tentang borang soal selidik kepada penduduk setempat secara
atas talian. Saya terlebih dahulu menyediakan borang yang mengandungi maklumat
yang diperlukan untuk kajian ini.
3) Rujukan
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan daripada
web, buku, majalah, akhbar dan lain-lain yang berkenaan dengan tajuk kerja
lapangan saya iaitu “Amalan Penggunaan Teknologi Hijau”.
4) Temu bual
Kaedah ini merupakan kaedah untuk mengumpul maklumat kajian tinjauan.
Kaedah ini adalah dilakukan secara lisan dan hasil temu bual telah saya rekod dan
perbualan antara saya dengan pengurus Rochester Taman Bukit Indah dalam
bentuk dialog telah ditaip dalam “WORD” file.
5
7.0 HASIL KAJIAN
1) Konsep Dan Definisi Teknologi Hijau
i. Wikipedia
Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber alam
semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras
kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
ii. Buku Teks
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Aplikasi teknologi hijau selaras dengan
konsep pembangunan lestari. Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Kita bertanggungjawab
memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita nikmati
sekarang atau yang lebih baik.
2) Tiga Jenis dan Contoh Teknologi Hijau
i. Tenaga
• Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil
• Mempromosikan kecekapan guna tenaga
• Contoh: Kereta hibrid, kenderaan elektrik, biodiesel dan kenderaan gas asli (NGV)
ii. Alam sekitar
• Kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan
• Contoh: Produk biodegradasi dan baja kompos
iii. Sosial
• Kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan
• Contoh: - Penggunaan bekas makanan mesra alam
- Menggunakan pengangkutan awam
6
3) Empat Kepentingan Teknologi Hijau
i. Sosial
• Meningkatkan kualiti hidup
• Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
• Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat
• Meningkatkan kualiti udara
• Mengurangkan peningkatan suhu
• Mengurangkan pencemaran bunyi
ii. Ekonomi
• Mengurangkan kos operasi
• Meningkatkan nilai aset dan keuntungan
• Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
• Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan
• Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK)
iii. Menjana tenaga
• Merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang bersumberkan
alam semula jadi
• Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui
• Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan mesra pengguna
7
iv. Memeliharan dan memulihara alam sekitar
• Melindungi sumber semula jadi
• Meningkatkan kualiti udara dan air
• Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
• Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup
• Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara
4) Empat Punca Amalan Teknologi Hijau Tidak Diterapkan
4.1 Masih terdapat penduduk di tempat kajian, Taman Bukit Indah kurang pengetahuan dan
kesedaran tentang kepentingan pengamalan teknologi hijau.
4.2 Kemudahan tong kitar semula kurang disediakan di sekitar kawasan kajian, Taman
Bukit Indah.
4.3 Ibu bapa di kawasan Taman Bukit Indah kurang menjadi suri teladan yang baik kepada
anak-anak dalam pengamalan teknologi hijau.
4.4 Kurang melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang boleh membantu memupuk amalan
teknologi hijau di Taman Bukit Indah.
8
5) Empat Langkah / Strategi Yang Boleh Dibuat Bagi Meningkatkan Penggunaan
Teknologi Hijau
5.1 Komuniti setempat, Rochester Taman Bukit Indah perlu menggiatkan usaha
menyebarkan maklumat tentang kepentingan teknologi hijau melalui pelbagai aktiviti
seperti mengadakan kempen dan ceramah tentang kebaikan amalan teknologi hijau
kepada penduduk setempat. Penceramah boleh memberi pendedahan yang lebih
mendalam tentang info penting pengamalan teknologi hijau dan kesan buruk jika tidak
mengamalkan teknologi hijau. Risalah tentang cara mudah pengamalan teknologi hijau
harus diedarkan kepada penghuni setiap rumah di Taman Bukit Indah.
5.2 Penyediakan tong kitar semula perlu diperbanyak di sekitar Taman Bukit Indah
mengikut lokasi yang strategik. Kemudahan tersebut secara tidak langsung dapat
menyemai tabiat pengamalan kitar semula dalam kalangan penghuni Taman Bukit Indah.
5.3 Ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak dalam pengamalan
teknologi hijau sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka
mengamalkan amalan 5R dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya membawa
bekas makanan semasa membeli makanan di luar. Membawa beg kitar semula semasa
membeli-belah, menjimatkan air dan elektrik, berkongsi kenderaan dengan orang lain
dan sebagainya.
5.4 Rochester Taman Bukit Indah harus kerap menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti
aktiviti gotong-royong, aktiviti pertandingan rekacipta bahan kitar semula peringkat
taman, pertandingan unit rumah yang paling jimat penggunaan air dan elektrik dengan
menawarkan hadiah yang cukup menarik minat penghuni setempat berserta sijil
penghargaan kepada para pemenang.
9
8.0 Temu Bual
Saya telah menjalankan temu bual dengan Encik Kumar, seorang pengurus Rochester Taman
Bukit Indah tentang Amalan Teknologi Hijau. Berikut merupakan wawancara antara saya
dengan Encik Kumar.
Saya : Selamat sejahtera, Encik Kumar. Saya Wong Jing Wen, pelajar tingkatan 2
dari SMK SULTAN ISMAIL. Saya ingin mewawancara encik tentang kerja
lapangan Geografi saya yang bertemakan “Amalan Teknologi Hijau”.
Encik Kumar: Salam sejahtera adik. Saya sudi bekerjasama dengan adik dalam hal ini.
Saya : Bolehkah Encik Kumar ceritakan serba sedikit tentang aktiviti berteknologi
hijau yang dijalankan dalam taman ini?
Encik Kumar: Tak ada masalah. Sebenarnya, taman ini telah menjalankan aktiviti “Go
Green, Save Our Planet” pada hari Jumaat setiap hujung bulan bagi
penduduk untuk menghantar barang kitar semula yang ingin dibuang.
Saya : Apakah kelebihan aktiviti “Go Green, Save Our Planet” kepada penduduk
taman ini ataupun kepada alam sekitar kita?
Encik Kumar: Aktiviti ini memudahkan penduduk taman ini untuk membersihkan kawasan
perumahan mereka dengan menderma barangan yang tidak diperlukan untuk
dikitar semula. Selain itu, aktiviti tersebut juga berjaya mengurangkan
masalah pencemaran di sekitar taman ini.
Saya : Oh, baru saya tahu. Bolehkah Encik jelaskan apa lagi aktiviti yang boleh
dilakukan oleh penduduk taman ini?
Encik Kumar: Taman Bukit Indah perlu mewujudkan lebih tong kitar semula. Kebelakangan
ini, penduduk taman kita telah mengurangkan penggunaan penghawa dingin
semasa hari hujan yang secara tidak langsung dapat mengurangkan
peningkatan suhu dalam jangka masa panjang.
Saya : Sungguh terharu dengan penduduk taman kita yang sama-sama
bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar ini.
Encik Kumar: Ya, betul. Kita sentiasa menyeru penduduk taman kita untuk mengamalkan
konsep teknologi hijau dalam kehidupan seharian walaupun masih terdapat
penduduk yang kurang ambil peduli tentang hal ini.
Saya : Terima kasih Encik Kumar kerana sudi diwawancara pada hari ini.
Encik Kumar: Sama-sama adik. Saya harap adik dapat menyiapkan kerja lapangan ini
dengan lancar.
10
9.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya mendapati amalan
penggunaan teknologi hijau adalah sangat penting kepada kita semua. Hal ini dikatakan
demikian kerana ia mendatangkan banyak kelebihan jika kita amalkan dalam kehidupan
seharian kita. Cara hidup yang mesra alam membolehkan kita hidup dalam keadaan lebih
sihat.
Dalam kajian saya, saya mendapati bahawa sebanyak 65% penduduk di sekitar Taman Bukit
Indah masih lagi mengekalkan amalan teknologi hijau dan perkara ini adalah membanggakan
bagi semua masyarakat. Saya mendapati bahawa sebahagian penduduk menanam pokok di
sekeliling kawasan rumah yang dapat membekalkan udara yang segar. Bukan itu sahaja,
terdapat penduduk yang menggunakan tadahan air hujan untuk membasuh kereta, lantai serta
menyiram pokok bunga.
Namun begitu, masih terdapat 35% daripada responden yang rumahnya tidak mengamalkan
konsep teknologi hijau. Perkara sebegini adalah sangat membimbangkan kerana alam sekitar
akan tercemar disebabkan oleh sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, saya
berharap agar semua masyarakat memulakan langkah pertama dengan mengamalkan konsep
teknologi hijau dalam kehidupan seharian
Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini yang banyak memberikan
manfaat dan menambah pengetahuan kepada diri saya. Dapatan kajian saya ini harap dapat
membantu dalam usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan sama-sama
bertanggunjawab dalam melestarikan alam sekitar.
10.0 RUJUKAN
1) Internet
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
• https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau
• https://www.scribd.com/document/450745956/KEPENTINGAN-TEKNOLOGI-HIJAU-
dan-usaha-membangunkannya
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Indah
2) Buku teks
• IMS BOOKS TRADING SDN.BHD 2017
11
LAMPIRAN A
GAMBAR AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
12
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
13
LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)
https://forms.gle/nbfmg7gJxQGPt7Yr7
14
ANALISIS YANG DAPAT DIPEROLEHIDARIPADA SOAL SELIDIK (GOOGLE
FORM) YANG DIEDARKAN KEPADA 10 RESPONDEN
BAHAGIAN A:
MAKLUMAT PERIBADI RESPONDEN
15
BAHAGIAN B:
MAKLUM BALAS DARIPADA RESPONDEN
16
17