LAPORAN PELAKSANAAN
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)
NEW PEDAGOGIES for DEEP LEARNING (NPDL)
JAN – JUN 2021
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG
1
2
LAPORAN PELAKSANAAN
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)/
NEW PEDAGOGIES for DEEP LEARNING (NPDL)
JAN. – JUN 2021
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG
3
4
KATA ALUAN PENGARAH
Bismillahirrahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya IPGKTAA hasil kerja Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang dulunya dikenali sebagai New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) dapat
dibukukan . Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa atas usaha dan komitmen yang telah dicu-
rahkan sepanjang pelaksanaan program ini. Semoga dengan terbitnya buku laporan ini dapat memberikan satu hasil
rujukan yang bermakna kepada semua pensyarah bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam
melaksanakan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna.
Sepertimana semua pihak sedia maklum, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna adalah satu pendekatan
pembelajaran yang baharu. Ia yang diimplementasi pada masa kini hasil daripada model Fullan, Quinn dan McEachen.
Elemen ini mengandungi empat bahagian yang saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain bagi
menghasilkan sebuah konsep pedagogi yang mantap dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sesebuah institusi
pendidikan. Empat bahagian tersebut ialah amalan pedagogi, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan perseki-
taran pembelajaran. Dengan menggarapkan ke empat-empat bahagian ini dalam PdP, diharapkan para pensyarah dapat
membangunkan kompetensi Global 6C dalam diri para pelajar.
Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa yang terlibat melaksanakan Kapasi-
ti Pedagogi Pembelajaran Bermakna serta laporan yang bakal diterbitkan. Semoga komitmen dan kesungguhan Dr/
Tuan/Puan dalam pelaksanaan KPPB ini menjadi satu sumbangan yang bermakna kepada IPGKTAA dan IPGM dalam
usaha mencapai misi dan visi IPG iaitu sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru. Diharapkan IPG dapat me-
lahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidi-
kan bertaraf dunia
Sekian, terima kasih
HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF,SMP
Pengarah
IPGK Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis Pahang
5
LAPORAN PROGRAM
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)
JAWATANKUASA KPPB
JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
PENGENALAN
Pelaksanaan KPPB adalah satu konsep amalan pedagogi yang baharu diperkenalkan dalam
sektor Pendidikan di Malaysia . Bermula pada tahun 2018, tiga buah Institut Pendidikan Guru
Kampus (IPGK) telah diperkenalkan dengan konsep Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Ber-
makna (KPPB) , seterusnya diikuti 14 buah IPGK lagi pada tahun 2019. Pada tahun 2020,
KPPB ini diperluaskan kepada 10 buah IPGK lagi. Pensyarah merupakan penggerak utama
yang akan memastikan pelaksanaan KPPB ini berjalan lancar. Sehubungan dengan itu kesedi-
aan dan kefahaman pensyarah terhadap KPPB perlu diambil kira agar KPPB ini dapat direal-
isasikan. Bagi melahirkan pelajar yang unggul, pensyarah perlu mengubah bentuk pengaja-
ran mereka. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies For
Deep Learning (NPDL) adalah usaha mentransformasi profesion keguruan, meningkatkan
kualiti pensyarah dan pelajar/ guru pelatih. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
membina komitmen ke arah mewujudkan hubungan pembelajaran yang benar-benar baharu
antara pelajar, pensyarah dan komuniti. Dalam konteks ini, Rakan Pembelajaran (learning
partnership) akan ditonjolkan sepanjang pelaksanaan KPPB disamping merangkumi tiga ele-
men utama iaitu kompetensi, reka bentuk dan iklim pembelajaran. Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan merupakan IPGK yang terlibat di bawah peluasan pelaksa-
naan KPPB pada tahun 2019.
Bagi memastikan pelaksanaan KPPB dilaksanakan di peringkat IPG Kampus Tengku
Ampuan, satu mesyuarat jawatankuasa KPPB bil 1/2021 telah diadakan pada 12 Januari 2021
pada pukul 3.00 petang secara bersemuka yang dihadiri oleh Ketua Jabatan Jabatan (KJ)
Kecemerlangan Akademik, semua KJ Akademik, KU kokurikulum, Penyelaras KPPB,
Fasilitator KPPB, Ketua Pemerika Dalaman, semua penyelaras kerja kursus Jabatan
Akademik, dan ahli jawatankuasa Jabatan Kecemerlangan Akademik. Ahli mesyuarat
bersetuju untuk membuat satu bengkel pembugaran KPPB pada tarikh 15 Januari 2021
kepada semua pensyarah melalui platform Google Meet.
6
Bengkel secara maya ini (https://meet.google/czq-iwax-cpj) telah dihadiri oleh seramai
59 orang pensyarah daripada 88 orang pensyarah. Bengkel ini memfokuskan kepada
pelaksanaan KPPB di IPG dalam PdP dan pentaksiran. Penerangan berkaitan kejelasan,
merungkai dan merangkai, dan Backward Design dibuat oleh Fasilitator KPPB IPGKTAA.
Pensyarah juga dapat mengimbas kembali Model Pelaksanaan KPPB 2.0 dan Strategi/aktiviti
Pembelajaran Bermakna yang melibatkan Model Pembelajaran Pelajar (MPP), Model
Rekabentuk Pembelajaran(MRP), Engagement, Enhancement & Extension (3E), Rigor,
Relevance & Relationship (3R) dan Kompetensi Global 6C
FASILITATOR BERKUMPUL DI BILIK MESYUARAT
KEJELASAN:
Dalam merancang kerja kursus, pensyarah-pensyarah disarankan untuk memahami
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)/ Maklumat Kursus (MK) bagi mendapatkan kejelasan
terhadap perkembangan pembelajaran, hasrat pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Pensyarah dapat merancang perancangan semester mengikuti perkembangan pembelajaran
sejajar dengan pentaksiran.
7
Semua penyelaras kursus hendaklah melengkapkan
TEMPLAT MERUNGKAI STANDARD
untuk kejelasan bagi kursus masing-masing
Contoh RMK PAKK3203 Contoh RMK PAKK3213
Contoh hasrat pembelajaran dan kriteria kejayaan
8
Perkongsian bahan-bahan juga dibuat melalui Google Classroom (GS) C, KPPB/
NPDL sesi 2021 yang dibangunkan oleh penyelaras KPPB IPGKTAA, Pn Zuraida binti Yusof
pada 15 Januari 2021.
url GC : https://classroom.google.com/u/0/c/MjU2MDc4Njg0ODM0
Selain daripada GC, penyelaras KPPB IPGKTAA juga menyediakan Google Drive
untuk pengumpulan bahan.
url Gdrive: http://gg.gg/nu7fq
Satu taklimat kepada semua pelajar telah diadakan semasa tutorial oleh mentor masing-
masing secara dalam talian pada 25 Januari 2021. Satu video taklimat telah disediakan oleh
penyelaras KPPB IPGKTAA untuk dikongsikan dengan mentee masing-masing.
9
Sidang Video dalam Program Mentor Mentee
BACKWARD DESIGN
Proses merungkai dilaksanakan oleh setiap penyelaras subjek sebelum fasa merangkai bagi
mendapatkan interdisplinari kursus dan mendapatkan kefahaman untuk menghasilkan Idea
Utama (The Big Idea (TBI)) dan Soalan Pencetus Idea (Essential Questions (EQ)).
Seterusnya menghasilkan jadual spesifikasi tugasan (JST) berdasarkan interdisciplinari
kursus dan rubrik yang sepadan.
10
Penyelaras-penyelaras kursus telah membincangkan TBI dan EQ bagi melengkapkan
templat perancangan Kefahaman melalui Reka bentuk (KmR)
Semua penyelaras kursus hendaklah melengkapkan TEMPLAT
PERANCANGAN KEFAHAMAN MELALUI REKA BENTUK (KmR)
Contoh:
Program : PISMP Ambilan Jun 2021
Tahun /Semester : Tahun 1 Semester 2
Kursus :
PAKK3213: Pembelajaran Bahasa dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
PAKK3203: Perkembangan Fizikal Awal Kanak-kanak
PAKK3333: Asas Keusahawanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
PAKK3323: Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak
PAKK3052: Seni dalam Pendidikan
EDUP3033: Murid dan Pembelajaran
11
12
13
Model KPPB Pertama Model KPPB Pertama
Terdapat 6 kursus yang terlibat Program : PISMP Ambilan Jun 2020
secara langsung dalam Tahun /Semester : Tahun 1 Semester 2
kumpulan KPPB ini, iaitu:
PAKK3213: Pembelajaran Bahasa dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak
PAKK3203: Perkembangan Fizikal Awal
Kanak-kanak
PAKK3333: Asas Keusahawanan dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak
PAKK3323: Pengurusan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran
dalam Pendidikan Awal
Kanak-kanak
PAKK3052: Seni dalam Pendidikan
EDUP3033: Murid dan Pembelajaran
THE BIG IDEA:
Guru Kreatif dan Inovatif Menjulang
Keunggulan Pendidikan
HASIL PEMPEMBELAJARAN KURSUS
14
Model KPPB Kedua Model KPPB Kedua
Terdapat 2 kursus yang terlibat Program : PISMP Ambilan Jun 2020
secara langsung dalam Tahun /Semester : Tahun 1 Semester 2
kumpulan KPPB ini, iaitu:
BCNB3033: Karakter Cina dan
Seni Penulisan
BCNB3043: Kurikulum Bahasa
Cina Sekolah Rendah
THE BIG IDEA:
Tabiat Belajar Tangga Literasi
15
Model KPPB Ketiga Model KPPB Ketiga
Terdapat 2 kursus yang terlibat Program : PISMP Ambilan Jun 2020
secara langsung dalam Tahun /Semester : Tahun 1 Semester 2
kumpulan KPPB ini, iaitu:
PKES3033: Pemakanan dan Kesejahteraan
PKES3043: Pendidikan Persekitaran dan
Komuniti
THE BIG IDEA:
Selamat, Sihat, Sejahtera
Model KPPB Keempat Model KPPB Keempat
Terdapat 3 kursus yang terlibat Program : PISMP Ambilan Jun 2019
secara langsung dalam Tahun /Semester : Tahun 2 Semester 2
kumpulan KPPB ini, iaitu:
EDUP3063: Pentaksiran Dalam Pendidikan
EDUP3073: Budaya dan Pembelajaran
BMMB3093: Pengajaran Aspek Seni dan
Tatabahasa Melayu
BMM3083: Drama Dalam Pendidikan
THE BIG IDEA:
Guru cekap mentaksir, mesra budaya dan
cekap berbahasa
16
Model KPPB Kelima Model KPPB Kelima
Terdapat 5 kursus yang terlibat Program : PISMP Ambilan Jun 2019
secara langsung dalam Tahun /Semester : Tahun 2 Semester 2
kumpulan KPPB ini, iaitu:
PRKA3012: Perancangan Pengajaran dan
Pembelajaran
PAKK3253: Sains Awal Dalam Pend. Awal
Kanak – kanak
PAKK3362: Pengajian Sosial Dalam Pend.
Awal Kanak – Kanak
BTMB3093: Kaedah Pengajaran
Kesusasteraan Bahasa Tamil
BCNB3083: Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Mendengar dan
Bertutur
THE BIG IDEA:
PRKA3012 + PAKK3253 + PAKK3362: Perancangan yang Sisitematik Melahirkan Pengajaran dan
Pembelajaran yang Efektif dan Bermakna
PRKA3012 + BTMB3093: Amalan Guru Berkesan Memacu kemenjadian Murid Cemerlang
PRKA3012 + BCNB3083: Keterampilan Berbahasa Vs Keupayaan Menaakul
17
Bagi memantapkan lagi kefahaman berkaitan KPPB, satu inisiatif telah dibuat untuk
melaksanakan bengkel perancangan kurikulum (BPK) mengikut jabatan. Pada 4 Februari
2021, satu bengkel perancangan kurikulum telah diadakan secara bersemuka di Jabatan
Pengajian Melayu
Selain daripada itu, satu program “Tea Talk: Konsep Interdisiplinari dalam KPPB”
bersama Task Force KPPB IPGM telah dilaksanakan pada 5 Februari 2021 secara dalam
talian (https://www.google.com/qux-gmix-ahx). Tujuan program ini diadakan adalah untuk
para pensyarah bertanya sebarang persoalan berkaitan konsep interdisplinari dalam KPPB.
Dua orang Task Force KPPB IPGM iaitu En. Zulkufli Mahayudin dan Pn. Jurina Ibrahim
telah banyak membantu dalam menjawab pelbagai soalan. Kehadiran pensyarah adalah
seramai 75 orang daripada 88 orang pensyarah.
18
IPGM juga telah menganjurkan satu Bengkel Bimbingan Perancangan Kurikulum
(BPK) dan Bimbingan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) IPG bil 1/2021
yang mengabungkan IPGKTAA dan IPGKDRI. Bengkel ini telah diadakan pada 2 Mac 2021
pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang secara dalam talian (https://meet.google.com/
wub-yheg-bkn). Seramai 32 orang pensyarah IPGKTAA telah menghadiri bengkel ini.
Bimbingan telah diberi oleh Task Force KPBB IPGM.
Satu Google Classroom (GC) turut dibangunkan oleh pihak IPGM bagi setiap IPG
Kampus termasuk IPGKTAA pada 6 Mac 2021. Tujuan GC tersebut bagi memudahkan
perkongsian bahan dan para pensyarah bertanya terus kepada Task Force KPBB IPGM
sebarang pertanyaan.
19
STRATEGI
Dalam merancang interdisplinari kursus bagi PAKK3213, PAKK3203, PAKK3333,
PAKK3323, PAKK3052 dan EDUP3033, berapa model KPPB telah diambilkira bagi
pelaksanaan interdisplinari tersebut seperti Kompetensi Global 6C, pemanfaatan digital 3E
dan 3R, dan Rakan Pembelajaran
Satu Pelan Pebelajaran telah dihasilkan untuk memastikan hasrat pembelajaran dapat
dicapai sebagaimana yang dikehendaki.
20
Aktiviti Pembelajaran
(Where, Why) = ke mana arah tujuan
Memberi peluang pelajar untuk menjadi guru kreatif dan inovatif dengan
menghasilkan produk/bahan bantu mengajar yang mengaplikasikan
W pengetahuan tentang keperluan perkembangan bahasa dan fizikal kanak-
kanak.
(Hook, Hold) = menarik minat pelajar
Mengaplikasi elemen kreatif dan inovatif serta pelbagai kriteria bahan bantu
H PdP dalam membangunkan produk dan merancang strategi penggunaan,
persembahan serta pemasaran produk tersebut
(Equip) = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama
Mencuba pelbagai kaedah pedagogi masa kini dalam penggunaan produk
kreatif dan inovatif sesuai dengan keperluan pembelajaran kanak-kanak.
E • Menggunakan sumber dan alatan digital
• Rakan Pembelajaran (Kepakaran)
(Rethink, Reflect, Revise) = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar
berfikir semula dan menyemak.
Menggunakan pelbagai kaedah/saluran persembahan produk untuk membuat
penambahbaikan.
R • Mengguna instrumen senarai semak penilaian kendiri
• Mendapatkan maklum balas rakan, keluarga dan guru-guru
(Evaluate) = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya
Membuat penilaian ke atas produk yang dibangunkan untuk mengajar kanak-
E kanak prasekolah/TASKA dan membuat penambahbaikan terhadap produk.
(Tailored) = sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang
pelajar
Menyerlahkan keupayaan pelbagai kecerdasan (MI) dalam penyelesaian
T masalah seperti linguistik, kinestetik, visual, muzikal, logik, interpersonal,
intrapersonal, naturalistik.
(Organized) = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan
Penggunaan pendekatan secara kolaboratif dalam pencarian maklumat
berkaitan penghasilan produk kreatif dan inovatif, kriteria produk yang menarik
O minat kanak- kanak, kaedah pedagogi masa kini, cara persembahan produk,
cara pemasaran produk melalui aktiviti perbincangan, pembentangan dan
penilaian ke atas produk.
21
22
Elemen-elemen 6C telah banyak diterapkan semasa pelaksanaan interdisplinari
kursus ini seperti kreativiti, kolaboratif, komunikasi dan pemikiran kritis dalam menghasilkan
dan mempersembahkan produk dalam pertandingan.
Persembahan aktiviti SDP menggunakan BBM
23
Kreativiti dan pemikiran kritis
Pertandingan Inovasi
24
Poster dan kertas kerja pertandingan Inovasi
Kolaboratif dan komunikasi (3E: Engagement)
25
Pemanfaatan digital, Rakan Pempelajaran dan Belajar cara Belajar
26
SHOWCASE KPPB
SHOWCASE KPPB PERINGKAT IPGKTAA BIL. 1/2021
Satu mesyuarat berkaitan Showcase KPPB peringkat IPGKTAA telah diadakan pada
20 Mei 2021 secara dalam talian (https://meet.google.com/lookup/ftwnurndtz) yang dihadiri
ahli jawatankuasa KPPB IPGKTAA. Showcase KPPB peringkat IPGKTAA telah dipersetujui
untuk dilaksanakan pada 14 Jun 2021.
Showcase peringkat IPGKTAA telah dilaksanakan mengikut tarikh yang dipersetujui
dan menggunakan 4 bilik (gabungan 2 bilik). Panel dari Task Force KPPB IPGM iaitu En.
Zulkufli Mahayudin, Pn. Jurina Ibrahim dan Penyelaras KPPB IPGM, Dr Razila bt. Aw
Kamaluddin telah dijemput untuk memberi maklumbalas.
27
28
29
SHOWCASE KPPB PERINGKAT IPGM BIL. 1/2021
Showcase KPPB peringkat IPGM bil. 1/ 2021 telah diadakan pada 29 – 30 Jun 2021. Satu
pasukan KPPB IPGKTAA yang diwakili oleh Eunice Eu Shin Ni, Sarah Izzati Binti Abdul Karim
dan Chong Ke Yee dari unit PISMP BnK telah membentangkan showcase mereka. Seorang
pensyarah iaitu Ustaz Borhan bin Aripin telah membentangkan KPPB-DLO semasa
showcase tersebut.
30
PENUTUPAN
Daripada pelaksanaan KPPB dalam PdPc terutamanya dalam melaksanakan kerja kursus
diharap dapat memangkinkan pelajar untuk lebih meneroka dan mencari ilmu yang lebih
bermakna. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran isi kandungan untuk
mencipta dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang baharu dalam kehidupan
sebenar. Diharapkan juga semasa proses KPPB, pelajar boleh membangunkan kompetensi
global 6C dan pemanfaatan digital dikembangkan ke peringkat global. Konsep KPPB adalah
dinamik ekosistem, sentiasa berkembang dan bergerak ke depan.
Konsep KPPB sangat relevan dalam mendepani cabaran semasa dan akan datang.
Adalah diharapkan pelajar dapat mencipta pengetahuan baharu dan faham tentang
kepentingan kualiti diri dalam mencipta perubahan bermakna dalam kehidupan, pekerjaan
dan dunia. Justeru pelajar seharusnya boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan
keadaan. Untuk itu, para pensyarah juga disarankan untuk meningkatkan kemahiran dan
bersama-sama pelajar meneroka pengetahuan dan pembelajaran baharu dengan sokongan
teknologi digital. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seharusnya memastikan KPPB ini
dilaksanakan secara menyeluruh agar pedagogi baharu ini menjadi budaya kerja IPG.
31
Penghargaan
Pengarah
TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF
Timbalan Pengarah
KHAIRUDDIN BIN SAID, Ph.D
Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik
PUAN SAFINAH BINTI YAAKOB
Penyelaras KPPB IPGKTAA
PUAN ZURAIDA BINTI YUSOF
Ketua Unit Pembelajaran Digital
USTAZ BORHAN BIN ARIPIN
Jawatankuasa KPPB IPGKTAA
Pelajar-pelajar dalam
SHOWCASE KPPB Bil.1/2021
Jawatankuasa Dokumentasi
SHOWCASE KPPB PERINGKAT IPGM Bil. 1/2021
ENCIK REDZUAN BIN RADZI
ENCIK WAN ZOHAIRI BIN ABDUL HAMID
Semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan program ini.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
32
33
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG
34