BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat
daripada kulit atau getah berwarna yang tidak
terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap
kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola
saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan
antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke
atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16
tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375
g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol3. Remaja perempuan (8 tahun
hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun
hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g
hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain
perempuan terdiri daripada baju lengan pendek
atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut
biasa atau but. Semua pemain gelanggang
hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali
penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian
yang berlainan daripada pemain lain dalam
pasukannya dan pemain pasukan lawan.
Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya
kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.
Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada
12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain
gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-
pemain dibenarkan memakai jersi bernombor
antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16
dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala
nombor-nombor lain adalah untuk pemain-
pemain gelanggang.