The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama Ahli Kumpulan : THAVAMANI PARATI (MPP201020)
DULASI DEVI RAMINI (MPP201033)
MOHD ZULKARNAIN SAMRI (MPP201006)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdsamri, 2022-07-08 09:51:37

ILE FINAL REPORT

Nama Ahli Kumpulan : THAVAMANI PARATI (MPP201020)
DULASI DEVI RAMINI (MPP201033)
MOHD ZULKARNAIN SAMRI (MPP201006)

PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN INOVATIF

MPPP1403

LAPORAN AKHIR PROJEK

Nama Ahli Kumpulan : THAVAMANI PARATI (MPP201020)
DULASI DEVI RAMINI (MPP201033)
MOHD ZULKARNAIN SAMRI (MPP201006)

Nama Projek : INOVASI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Nama Pensyarah : PROF MADYA DR NURBIHA A SHUKOR

1.0 Pengenalan

Menurut Kajian Maarof & Munusamy (2015), Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua di
Malaysia yang boleh dipelajari melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tetapi
terdapat norma bahawa pelajar Malaysia tidak boleh berkomunikasi serta bergaul dengan
rakan-rakan mereka dalam bahasa Inggeris. Keperluan terhadap penguasaan bahasa Inggeris
semakin mendesak dalam era globalisasi sehingga Perancis, China, Jepun dan negara-negara
lain yang sebelum ini mengamalkan dasar tutup pintu bagi bahasa ini mula mengambil langkah
mempelajarinya.

Dalam konteks dunia pendidikan pula seseorang pelajar perlu menguasai bahasa
Inggeris untuk memahami bahan-bahan rujukan yang kebanyakannya terdapat dalam Bahasa
Inggeris. Bahasa Inggeris telah menjadi perantara dalam interaksi dalam kalangan penduduk
dunia. Bahasa Inggeris juga telah menjadi perantara untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan
dan rujukan. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran ilmiah bermutu tinggi juga boleh
didapati dengan meluas dalam talian. Oleh sebab itu, mata pelajaran Bahasa Inggeris
dititikberatkan sebagai subjek penting di peringkat sekolah mahupun peringkat pengajian
tinggi. Misalnya pada tahun 2009, kerajaan telah memperkenalkan dasar “Memartabatkan
Bahasa Malaysia (Maharam Mamat, 2016) dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris” dan kelas
Dual Language Programme (DLP) diwujudkan di sekolah.

Kini, pendekatan pengajaran yang kreatif, inovatif, dinamik serta menghiburkan
merupakan medium utama yang berupaya menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPC) abad ke-21 termasuklah di institusi pendidikan tinggi, peringkat
sekolah menengah bahkan di peringkat sekolah rendah (Etistika Yuni Wijaya et al., 2016).
Pendidik sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pengajaran Bahasa Inggeris serta
membantu murid untuk menguasai sesuatu kemahiran atau objektif PdPC dengan mudah.
Strategi atau pendekatan untuk mengatasi setiap masalah pembelajaran serta menguasai
sesuatu kemahiran adalah berlainan mengikut kemampuan dan kehendak murid itu sendiri.
Oleh itu, pendidik perlu peka dengan trend pendidikan serta pada masa yang sama memenuhi
keperluan muridnya untuk mencapai objektif PdPC. Pelbagai masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah pada peringkat awal semasa belajar menguasai
Bahasa Inggeris terutamanya kemahiran-kemahiran yang tertentu. Jika masalah ini tidak
diselesaikan dengan kadar segera maka murid-murid ini akan ketinggalan banyak dalam
pelajaran sehingga menyebabkan mereka tidak menguasai Bahasa Inggeris.

1

1.1 Pernyataan Masalah

Melalui proses PdPc Bahasa Inggeris yang telah dijalankan bersama murid-murid
Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan daerah Kulai, telah dikenalpasti bahawa ramai murid
lemah dalam kemahiran membaca Bahasa Inggeris terutamanya perkataan dan ayat yang
mudah. Membaca merupakan kemahiran yang amat penting dan perlu diberi keutamaan sejak
kecil lagi. Kanak-kanak berumur 7 tahun berada dalam fasa yang penting untuk menguasai
kemahiran ini dengan sepenuhnya yang mana akan membantu seumur hidup mereka.
Seseorang murid perlu menguasai Bahasa Inggeris terutamanya kemahiran membaca Bahasa
Inggeris kerana banyak bahan bacaan terdapat dalam Bahasa Inggeris serta mudah diperoleh
kerana bahasa ini adalah bahasa perantara dalam interaksi dalam kalangan penduduk dunia
(Maharam Mamat, 2016).

Masalah ini berlaku disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah murid tidak
menguasai teknik fonik (bunyi) yang membantu mereka untuk mengeja dan membaca sesuatu
perkataan dengan sebutan yang betul. Hal ini berlaku kerana sumber pembelajaran buku teks
dan kad imbasan yang besar tidak releven dan kurang menarik dalam proses membantu murid
untuk menguasai kemahiran membaca ini. Kaedah sumber pembelajaran tradisional kurang
relevan atau kurang sesuai untuk menghadapi perkembangan pendidikan abad ke-21. Generasi
murid sekolah rendah hari ini iaitu generasi Z merupakan golongan yang mahir teknologi dan
mereka cepat berasa bosan apabila menggunakan kaedah tradisional. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menitikberatkan penglibatan teknologi maklumat dalam bidang
pendidikan yang dianggap sangat penting untuk menghadapi pembelajaran abad ke-21.

Tahap ini merupakan masa yang sesuai untuk memindahkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif dan kreatif serta selaras dengan permintaan KPM. Bukan itu sahaja,
salah satu pedagogi dalam prinsip pembelajaran abad ke-21 adalah penggunaan sumber dan
bahan digital. Pendekatan ICT di Malaysia masih belum mendapat perhatian yang penuh
seperti di negara-negara barat. Hapini et al., (2020) mengatakan bahawa tahap penggunaan ICT
dalam kalangan pendidik di Malaysia adalah sangat rendah. Para pelajar terikat dengan kaedah
pembelajaran “Chalk and talk”. Pembelajaran secara tradisional seperti ini tidak lagi dapat
memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 dan tidak sesuai dalam usaha untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (Roslina, 2016).

Terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh pendidik mahupun murid-murid
dalam menguasai kemahiran membaca Bahasa Inggeris. Antaranya adalah kaedah

2

penyampaian yang membosankan murid serta tidak menarik minat mereka. Gaya pembelajaran
murid dan keperluan mereka untuk mengikuti pembelajaran adalah sangat penting. Kini para
murid biasa dengan penggunaan telefon pintar dan gadjet-gadjet yang lain. Mereka melihat
semua perkara dengan cantik dan menarik. Jadi gaya pembelajaran mereka juga berlainan.
Mereka menginginkan proses pembelajaran yang interaktif, inovatif, kreatif yang mampu
menarik minat mereka serta menggalakkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif untuk
menguasai kemahiran membaca.

Selain itu, teknologi maklumat dan sumber-sumber digital yang sangat luas
membuatkan para murid keliru semasa memilih bahan bacaan dan mengambil masa yang lama
untuk membuat pemilihan bahan. Hal ini juga menyebabkan murid membuat pemilihan bahan
digital yang tidak berkualiti dan tidak sesuai dengan tahap kognitif mereka. Bukan semua
bahan atau sumber digital sesuai untuk semua murid. Sumber pembelajaran ini perlu ditapis
dengan membuat analisis keperluan dan kemampuan mereka. Kaedah pembelajaran kendiri
atau kaedah pembelajaran masteri juga sangat efektif dan diperlukan oleh murid untuk
menguasai kemahiran membaca dengan mudah serta lebih mendalam. Jadi pendidik perlu
menyediakan sumber-sumber yang boleh digunakan oleh mereka di rumah untuk mengikuti
kaedah pembelajaran masteri.

1.2 Kaedah Mengenalpasti Masalah
i. Ujian Lisan & Pemerhatian
ii. Data pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Masalah ini telah dikenalpasti dengan menjalankan ujian lisan serta pemerhatian
semasa murid membaca perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Video rakaman serta gambar
telah diambil semasa menjalankan ujian lisan. Bahan yang digunakan semasa ujian lisan adalah
kad imbasan yang mengandungi perkataan dan gambar berwarna. Semasa menjalankan ujian
lisan ini, pengkaji memerhati kebanyakan murid membaca perkataan dengan cara membaca
fonik dalam Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid biasa dengan
penggunaan bahasa natif mereka serta bahasa tersebut kukuh berbanding dengan Bahasa
Inggeris. Bukan itu sahaja, situasi ini juga menunjukan murid-murid kurang membaca dan
menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat membaca
kebanyakan perkataan yang asas dengan sebutan yang betul. Berikut adalah gambar yang
diambil semasa menjalankan ujian lisan.

3

Gambar 1 : Ujian lisan dan pemerhatian

Kewujudan masalah membaca ini juga disokong oleh data skor pencapaian murid
dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). Rajah di bawah menunjukkan data pencapaian murid
terutamanya dalam kemahiran membaca :

Rajah 1 Skor PBD 1

Merujuk kepada data di atas, didapati bahawa murid mencapai skor PBD dalam
lingkungan tahap 1 hingga 2 sahaja bagi kemahiran membaca. Daripada 33 orang murid, 22
orang murid mencapai skor PBD tahap 1 dan 11 orang murid mencapai skor PBD tahap 2.
Tahap PBD 1 dan 2 menunjukkan bahawa murid ini tidak boleh membaca sesuatu perkataan
dalam Bahasa Inggeris tanpa bimbingan guru atau orang lain. Mereka tidak berupaya untuk

4

membaca dengan sendiri. Situasi ini membuktikan bahawa mereka tidak menguasai kemahiran
membaca Bahasa Inggeris dan sedang menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran
tersebut. Ini adalah bukti yang menyokong serta mengukuhkan pernyataan masalah kajian yang
dinyatakan.

1.3 Cadangan Mengatasi Masalah Pembelajaran

Inovasi terhadap persekitaran pembelajaran perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah
pembelajaran. Persekitaran pembelajaran tradisional perlu diganti dengan persekitaran
pembelajaran yang menyokong penerokaan ilmu, memupuk kreativiti pelajar di samping
mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris, inovasi perlu dibuat terhadap bahan bantu belajar iaitu sumber
pembelajaran yang digunakan dalam persekitaran pembelajaran Bahasa Inggeris. Sumber
pembelajaran yang diprogramkan dalam bentuk multimedia seperti gambar rajah, data, gambar,
animasi, bunyi, suara, dan video mampu menarik minat dan perhatian murid terhadap pelajaran
(Aboobucker, 2019; Jalla et al., 2021). Perubahan sumber pembelajaran bertulis kepada bentuk
multimedia ini menjadikan proses pembelajaran Bahasa Inggeris menjadi lebih seronok,
meriah, hidup dan berkesan. Penggunaan aspek multimedia juga membantu menerangkan
sesuatu kosa kata Bahasa Inggeris dengan mudah. Maka murid-murid dapat menguasai kosa
kata Bahasa Inggeris dengan lebih mudah di samping berhibur dengan sumber pembelajaran
interaktif.

Disebabkan oleh penutupan institusi pendidikan di seluruh dunia secara tiba-tiba
sepanjang wabak COVID-19, peralihan pesat dari sistem pembelajaran tradisional kepada
sistem M-Pembelajaran (Mobile Learning) telah menjadi fenomena yang tidak pernah
disaksikan oleh sejarah sebelum ini (Qazi et al., 2020). Kini, kaedah pembelajaran mudah alih
atau M-Pembelajaran telah menjadi popular dalam kalangan guru dan para pelajar peringkat
sekolah kerana majoriti pelajar memiliki telefon bimbit Android berbanding komputer
(Crompton & Burke, 2018).

Maka inovasi sumber pembelajaran yang kami cadangkan untuk mengatasi masalah
pembelajaran menguasai kosa kata Bahasa Inggeris adalah menggantikan buku teks tebal
dengan nota digital, kad imbasan kertas yang besar digantikan dengan kad imbasan digital serta
digabungkan dengan audio dan video yang berkaitan dengan Phonics. Inovasi ini
menggunakan aplikasi pembelajaran mudah alih telefon pintar sebagai sumber pembelajaran

5

utama. Aplikasi mudah alih boleh diakses oleh sesiapa sahaja menggunakan telefon pintar.
Aplikasi mudah alih yang berkaitan dengan pembelajaran tajuk Phonics Bahasa Inggeris
seperti apikasi ‘Learn English’ bertindak sebagai alternatif berkesan untuk mengatasi masalah
pembelajaran murid bagi menguasai kosa kata Bahasa Inggeris.

Gambar 2 Inovasi sumber pembelajaran kad imbasan
2.0 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran yang akan diperoleh pada akhir pembelajaran menggunakan sumber
pembelajaran inovatif ialah :
i. Pelajar-pelajar dapat menguasai ejaan 8/10 perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
ii. Pelajar-pelajar dapat menyebut 8/10 kosa kata Bahasa Inggeris mengikut teknik fonik

yang tepat.

6

3.0 Teori Pembelajaran
Teori kognitif diaplikasikan dalam proses pembelajaran kosa kata Bahasa Inggeris yang

menggunakan aplikasi mudah alih sebagai sumber pembelajaran utama. Teori kognitif adalah
berasaskan proses pemikiran iaitu proses mental dalaman yang membolehkan manusia
memperoleh pengetahuan, mengesan, menyimpan, mencapai dan mengingat semula
pengetahuan yang tersimpan untuk digunakan semula (Hussin, 2013; Nurhadi, 2020). Teori ini
turut menumpukan perhatian kepada skema dan model mental pelajar yang dapat mendorong
pembelajaran pelajar (Nurhadi, 2020). Teori kognitif memberi penekanan terhadap
pemprosesan maklumat yang berlaku dalam minda pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

Para pelajar sebagai penerima yang memproses maklumat dianggap sangat penting dan
perlu diberi perhatian selain pengajaran yang disampaikan oleh guru. Proses pembelajaran
berlaku jika pelajar melibatkan diri secara aktif untuk memahami dan mentafsir pelajaran yang
disampaikan (Hussin, 2013). Golongan kognitivis percaya bahawa media boleh menyediakan
rangsangan yang dapat memperkembangkan model mental pelajar. Maka teori ini amat sesuai
diaplikasikan dalam proses pembelajaran yang menggunakan aplikasi pembelajaran mudah
alih sebagai sumber pembelajaran utama.

Teori pembelajaran kognitif yang diasaskan oleh Bruner dan Simon pada tahun 1950-
an menekankan pembentukan sistem mengkod. Sistem kod ini akan membenarkan perpindahan,
menggalakkan ingatan dan menambahkan penyelesaian masalah dan memotivasi pelajar
(Nurhadi, 2020). Apabila seseorang pelajar mengalami proses pengajaran dan pembelajaran,
mereka akan mengkod setiap pengalaman yang diterima dan menyimpannya di dalam ingatan
jangka pendek mahupun ingatan jangka panjang. Perubahan tingkah laku digunakan sebagai
petunjuk terhadap proses yang berlaku dalam fikiran pelajar. Rajah berikut menunjukkan
perubahan tingkah laku.

7

Rajah 2 Perubahan Tingkah laku dalam Teori Kognitif

Ahli teori kognitif mengenal pasti bahawa pembelajaran melibatkan hubungan yang
dijalin melalui amalan terus-menerus dan ulangan. Proses pembelajaran ulangan ini boleh
dilaksanakan dalam sumber pembelajaran peribadi seperti aplikasi pembelajaran mudah alih.
Melalui sumber pembelajaran aplikasi mudah alih, murid akan mendengar audio sebutan kosa
kata berulang kali dalam bentuk ejaan dan membaca kosa kata tersebut. Gambar interaktif yang
bersesuaian dengan kosa kata berkenaan juga turut dipaparkan dalam kad imbasan interaktif
dalam aplikasi mudah alih. Dengan ini murid akan ingat kosa kata yang didengar dan dilihat.

Pengukuhan adalah penting tetapi peranannya untuk memberi maklum balas seperti
motivasi ditekankan dalam teori ini (Nurhadi, 2020). Sebahagian besar daripada tingkah laku
manusia adalah hasil pembelajaran dan hanya sebahagian kecil sahaja yang merupakan tingkah
laku pantulan yang diwarisi semenjak dilahirkan. Kognitif melibatkan proses penanggapan,
pembinaan konsep, penaakulan, penilaian dan penyelesaian masalah. Menurut Hussin (2013),
teori pembelajaran kognitif melibatkan proses mental yang mempunyai kesan terhadap tingkah
laku manusia. Proses tersebut berlaku dalam otak untuk membolehkan seseorang itu menguasai
kemahiran berfikir. Proses tersebut berfokus kepada fenomena seperti kesediaan, persepsi,
pengawalan motor, perhatian (attention), ingatan, pembelajaran dan penaakulan. Tambahan
lagi, proses kognitif melibatkan proses intelektual yang melibatkan penguasaan bahasa dan
pembelajaran sesuatu ilmu. Teori kognitif menekankan proses penyelesaian masalah, celik akal

8

dan berminat sekali terhadap pengetahuan, makna, niat, perasaan, kreativiti, jangkaan dan
pemikiran. Maka teori kogntif amat sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran yang
menggunakan aplikasi mudah alih sebagai sumber pembelajaran kerana kebanyakan aplikasi
pembelajaran menyediakan pengukuhan kepada pelajar. Pengukuhan diberikan dalam bentuk
audio tepukan tangan dan dalam bentuk kata-kata semangat Welldone!

3.1 Strategi Pengajaran
Strategi pengajaran yang digunakan dalam persekitaran pembelajaran inovatif adalah

strategi pemusatan bahan. Bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan
pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula boleh
memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran
sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan pembelajaran yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran inovatif yang dicadangkan adalah aplikasi mudah
alih telefon pintar yang merangkumi gambar, audio, video dan kad imbas digital. Sumber
pembelajaran aplikasi mudah alih digunakan oleh murid di rumah. Guru juga mengajar
menggunakan kad imbas digital dan video yang terdapat dalam aplikasi mudah alih dengan
memaparkannya kepada pelajar di dalam kelas menggunakan television dan telefon pintar yang
disambungkan dengan alat alat Screen mirroring.

Penggunaan telefon pintar dan Screen mirroring sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran juga telah semakin berkembang dalam Pendidikan abad ke-21. Murid yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran berupaya memperoleh pengetahuan dan kemahiran
baru melalui kaedah M-pembelajaran (m-learning). Hal ini demikian kerana penggunaan
teknologi dan persekitaran pembelajaran yang inovatif mampu menarik perhatian murid.
Objektif pengajaran yang dirancang dapat dicapai dengan mudah melalui kaedah ini kerana
objektif pengajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan
pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Strategi pemusatan bahan juga dapat membantu murid memahami konsep Phonics yang
abstrak dengan lebih jelas melalui audio dan video Youtube di samping memupuk semangat
berdikari dengan menjalankan aktiviti kuiz tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Dengan ini

9

ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit. Sifat-sifat sosial
yang positif turut dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan
pembelajaran. Selepas murid belajar menguasai Phonics melalui aplikasi mudah alih di rumah,
murid akan menjalani aktiviti berkumpulan di sekolah. Maka wujud koloborasi dalam kalangan
pelajar. Strategi pemusatan bahan mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna melalui pengalaman yang sebenar.

Gambar 3 Inovasi sumber pembelajaran kad imbasan tradisional kepada kad imbasan digital

4.0 Teknologi 2.0
Teknologi Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan Internet dan web yang

mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan
kerjasama di World Wide Web. Web 2.0 atau dalam erti kata lain media sosial membolehkan
murid-murid berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain (Md. Mokter & Hasan, 2011).
Teknologi 2.0 yang tidak dibatasi oleh sistem operasi tertentu membolehkannya teknologi
diakses di mana-mana sahaja secara dalam talian serta melalui telefon pintar atau pun tablet.

Penggunaan teknologi atau Web 2.0 dalam pendidikan di seluruh dunia semakin
berkembang dengan kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pendidikan telah
menyebabkan pross pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja, pada
bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja (Ehlers, 2009). Penggunaan teknologi Web 2.0 dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat murid dan merangsang pemikiran
kreatif murid (Melvina & Jamaludin, 2010).

10

Beberapa alat teknologi 2.0 telah digunakan dalam persekitaran pembelajaran inovatif
yang dicadangkan seperti yang dipaparkan dalam rajah 3. Inovasi ini menggunakan teknologi
2.0 sebagai sumber pembelajaran yang berkesan.

Rangkaian Sosial Alat penciptaan dan Paparan Interaktif
perkongsian
• Media sosial • Nota Digital
(Group kelas) • Alat pembentangan (Kod QR)
kolaborasi dalam
talian • Aplikasi Mudah alih
telefon pintar
• Repositori video
dalam talian • Screen mirroring

Rajah 3 Alat Teknologi 2.0 dalam Persekitaran Pembelajaran Inovatif

Jadual 1 Kriteria dan penggunaan teknologi 2.0

Bil Teknologi 2.0 Kriteria Penggunaan

1 Media sosial  Rangkaian sosial.  Membentuk kumpulan belajar.

(Telegram)  Digunakan secara  Murid dan guru boleh berhubung

percuma. pada bila-bila masa.

 Boleh digunakan dalam  Murid dan guru boleh berkongsi

telefon pintar, komputer bahan pembelajaran.

dan tablet.  Guru dan juga murid dapat

 Medium perhubungan bertukar-tukar pandangan

dan perkongsian mengenai suatu topik

maklumat. pembelajaran.

2 Alat  Digunakan secara  Guru mencipta kad imbas digital

pembentangan percuma oleh guru dan Phonics dan audio sebutan kosa

kolaborasi murid. kata Bahasa Inggeris

dalam talian  Tapak menghasilkan menggunakan Canva.com.

(Canva) pelbagai bahan  Murid berkolaborasi dengan

pembelajaran. muatnaik audio sebutan Phonics.

11

 Terdapat pelbagai templat  Audio sebutan murid juga

percuma yang boleh digabungkan dalam video.

digunakan oleh

pengguna.

 Boleh mewujudkan

kolaborasi antara pelajar.

3 Repositori  Alat video percuma.  Guru muatnaik video pengajaran

video dalam  Terdapat pelbagai video yang berkaitan dengan sebutan
Phonics.
talian pembelajaran.

(Youtube)  Pengguna boleh muatnaik  Guru memberikan pautan video

dan muatturun video Youtube yang berkaitan dengan

dengan mudah. Phonics kepada murid.

 Murid bebas mengakses pelbagai

video yang berkaitan dengan

Phonics.

4 Nota digital  Dihasilkan menggunakan  Murid dapat merujuk dan

Kod QR komputer ataupun telefon menggunakan nota digital

bimbit. menerusi beberapa sumber yang

 Percuma. sedia ada atas talian dengan

 Mudah diakses. mengimbas kod QR. Kod QR
dikongsi dengan murid dalam

Telegram.

5 Aplikasi  Terdapat pelbagai  Guru berkongsi nama beberapa
aplikasi mudah alih yang berkaitan
mudah alih aplikasi pembelajaran dengan Phonics kepada murid.

telefon pintar Android percuma.  Aplikasi yang diwajibkan ialah
aplikasi ‘Learn English’.
 Mudah digunakan.
 Murid mendengar audio, menonton
 Boleh diakses dengan video dan menjawab kuiz tahap 1

mudah.

12

 Boleh belajar dari mana- dan tahap 2 yang berkaitan dengan
mana sahaja dan bila-bila Phonics dalam aplikasi ini.
sahaja.

6 Screen  Kos rendah.  Guru memaparkan video Phonics
Mirroring  Alat untuk memaparkan yang terdapat dalam Youtube dan
aplikasi mudah alih di dalam kelas.
aplikasi mudah alih
ataupun hasil kerja  Guru memaparkan hasil kerja
pelajar menggunakan murid (ejaan kosa kata Bahasa
telefon pintar. Inggeris) di dalam kelas.

Berdasarkan Jadual 1, persekitaran pembelajaran inovatif yang direkabentuk
menggunakan media sosial Telegram sebagai rangkaian sosial dengan mewujudkan kumpulan
belajarnya (group) sendiri. Murid Darjah 1 lebih suka menggunakan media sosial Telegram
berbanding dengan web Facebook dan sebagaianya kerana bersesuaian dengan sifatnya yang
terbuka dan mudah untuk digunakan. Pelajar dapat berhubung serta merapatkan hubungan
dengan pelajar lain dan pengajar dengan berkomunikasi dan berkongsi maklumat melalui
aplikasi rangkaian sosial yang terdapat dalam Web 2.0.

Seterusnya, antara alat penciptaan dan perkongsian yang digunakan dalam persekitaran
pembelajaran inovatif yang dicadangkan ialah Canva, Nota digital QR dan Youtube. Pautan
Youtube akan dikongsi dengan murid dalam group Telegram. Pautan video Youtube lain yang
bersesuaian juga akan dikongsi dengan murid. Dengan bantuan teknologi 2.0, bahan
pembelajaran dapat dipersembahkan dengan lebih menarik dan dapat diakses oleh pelajar
dengan lebih mudah.

Akhirnya, pelbagai bahan digital boleh disimpan dan dikongsi dengan cara mengimbas
kod QR. Ia juga sangat selamat dan mudah diselitkan di mana-mana dokumen atau media
terutamanya untuk kongsi maklumat. Murid-murid juga boleh merujuk bahan digital seperti ini
mengikut masa dan kehendaknya. Di sini guru perlu peka dalam pemilihan bahan atau nota
digital dengan mengenalpasti kemampuan, tahap dan kehendak muridnya.

13

Jadual 2 menunjukkan ringkasan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
direkabentuk menggunakan teknologi 2.0:

Jadual 2 Ringkasan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Objektif Mod Tugasan Strategi > Aktiviti Kandungan/

pembelajaran pembelajaran Sumber

Pembelajaran

Pelajar-pelajar Konvensional Kuiz dalam Kognitif: Phonics :

dapat menguasai (di dalam aplikasi  Guru menyebut Aplikasi mudah

ejaan 8/10 kelas) mudah alih kosa kata alih telefon

perbendaharaan dan Tahap 1 : Bahasa Inggeris pintar yang

kata Bahasa Dalam talian murid menulis dan murid mengandungi

Inggeris. (sebelum kosa kata yang menulis dalam Kad imbasan.

kelas) tepat bagi kumpulan (Rally

gambar table)

(berdasarkan

sumber aplikasi

Pelajar-pelajar Tahap 2: mudah alih). Phonics :

dapat menyebut murid Aplikasi mudah

8/10 kosa kata mengenal pasti  Pentaksiran alih telefon
Bahasa Inggeris pintar yang
mengikut teknik sebutan yang PBD mengandungi

tepat

fonik yang berdasarkan  Aktiviti audio dan video
tepat. audio.
pengukuhan dan Youtube.

pengayaan

Teknologi 2.0 Aplikasi Kuiz tahap 1  Nota Digital

mudah alih dan 2 dalam (Kod QR)

telefon pintar aplikasi  Aktiviti
Telegram mudah alih pengukuhan dan
Canva.com telefon pintar pengayaan :

Aplikasi mudah

alih telefon

pintar

14

5.0 Kriteria dan Sifat Persekitaran Pembelajaran Inovatif yang dilaksanakan

Bil Kriteria/Prinsip Penerangan

persekitaran Inovatif

1 Jadikan pembelajaran Persekitaran pembelajaran inovatif yang dicadangkan

sebagai pusat, galakkan iaitu inovasi sumber pembelajaran menjadikan

penglibatan pelajar dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar. Hal ini

jadi tempat pelajar demikian kerana sumber pembelajaran aplikasi mudah

memahami diri mereka. alih, Canva dan Nota digital kod QR menggalakkan

penglibatan murid. Oleh itu, murid dapat memahami

tahap penguasaan diri mereka sendiri terhadap tajuk

pelajaran serta dapat melaksanakan penilaian kendiri.

2 Pastikan pembelajaran Sumber pembelajaran yang diinovasi dapat memastikan

bersifat sosial dan sering pembelajaran bersifat sosial dan murid sering

bekerjasama. bekerjasama. Group kelas melalui media sosial Telegram

membolehkan murid sentiasa aktif dalam persekitaran

sosial dengan mengemukakan pendapat, idea dan respon.

Manakala aktiviti melalui Canva serta Padlet mampu

mewujudkan kolaborasi murid dalam satu alat

pembelajaran yang sama. Contohnya, murid

menyumbang audio sebutan kosa kata Bahasa Inggeris

dalam group Canva kelas secara dalam talian.

3 Sangat selaras dengan Murid berasa bermotivasi untuk terlibat dalam aktiviti
motivasi pelajar dan kerana mereka boleh belajar pada bila-bila masa dan dari
kepentingan emosi mana-mana sahaja menggunakan aplikasi pembelajaran
pelajar. mudah alih.

4 Sentiasa peka terhadap Sumber pembelajaran yang diinovasi mengambilkira
perbezaan individu perbezaan individu dan perbezaan pengetahuan sedia ada
termasuk dari segi murid. Murid dapat belajar menguasai Phonics
pengetahuan sedia ada menggunakna aplikasi mudah alih di rumah melalui
pelajar. telefon pintar. Murid dapat mengulangi aktiviti

15

pembelajaran kosa kata yang sama dan kuiz yang sama
tanpa had. Jika perkara ini dibuat di dalam bilik darjah
konvensional, murid akan berasa malu, rendah diri serta
tidak bermotivasi untuk belajar.

5 Bersikap menuntut untuk Sumber pembelajaran aplikasi mudah alih membolehkan
setiap pelajar tetapi tanpa murid belajar berulang tanpa malu dan rendah diri.
beban yang berlebihan. Motivasi mereka juga meningkat untuk menguasai tajuk
pelajaran tersebut. Maka sumber pembelajaran inovatif
seperti aplikasi mudah alih dan Canva sesuai dengan
tahap setiap murid.

6 Gunakan penilaian yang Penilaian yang konsisten juga dapat dilaksanakna melalui

konsisten dengan sumber pembelajaran aplikasi mudah alih. Kuiz pelbagai

matlamat belajar dengan tahap mampu membuktikan tahap penguasaan murid

penekanan yang kuat terhadap tajuk pelajaran. Ujian formatif juga dapat

pada maklum balas dilaksanakan setelah murid mempelajari tajuk pelajaran

formatif. berdasarkan sumber pembelajaran yang telah disediakan

oleh guru.

7 Menggalakkan aktiviti sumber pembelajaran inovatif juga boleh menggalakkan

pembelajaran merentas pembelajaran merentas aktiviti dan mata pelajaran di

mata pelajaran, di dalam dalam dan di luar sekolah. Penggunaan aplikasi telefon

dan di luar sekolah. pintar mampu meningkatkan penguasaan kemahiran

teknologi maklumat dalam kalangan murid. Murid juga

berpeluang mengenali terjemahan perbendaharaan kata

Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa lain apabila

menggunakan teknologi.

16

5.1 Rancangan Pengajaran

DAILY LESSON PLAN

ENGLISH YEAR 1

WEEK 12 TIME 2.00pm-3.00pm
DAY 1 efisien
DATE SUNDAY CLASS 4

26.06.2022 LESSON

MAIN FOCUSED COM. FOCUSED
SKILL SKILL
TOPIC Unit 5 Dilly’s Doughnut, Unit 6 Hush! Hush!, Unit 7 Who
Breaks Mum’s Mug?, Unit 8 Dingo Dog and Daisy Duck
THEME
LANGUANGE/GRAM Review: Row a.: /s/ (s), /æ/ (a), /t/ (t), /p/ (p)
MAR FOCUS Focus : Row b.: /ɪ/ (i), /n/ (n), /m/ (m), /d/ (d)
MAIN CONTENT 1.1 Recognise and reproduce target language sounds
STANDARD
MAIN LEARNING 1.1.1 Recognise and reproduce with support a limited
STANDARD range of high frequency target language phonemes
3.1 Recognise words in linear and non-linear texts by using
COM. CONTENT knowledge of sounds of letters
STANDARD 3.1.1 Identify and recognise the shapes of the letters in the
alphabet
COM. LEARNING 3.1.2 Recognise and sound out with support beginning,
STANDARD medial and final sounds in a word

LEARNING By the end of the lesson, pupils should be able to:
OBJECTIVE 1. Recognise and reproduce 8/10 words with
support a limited range of high frequency target
ACTIVITIES
language phonemes
2. Recognise and sound out 8/10 words with

support beginning, medial and final sounds in a

word

PRE-LESSON - Engage

LESSON 1. Watch the phonics video from “Learn
DELIVERY English” Application (Recall back)

2. Watch, follow and read the words in

digital “Flashcards” using audio in “Learn

English” application -

3. Teacher show the pictures & audio

collection in digital notes by scanning a QR

Code. Pupils’ in pair, listen and choose the

correct pictures - Explore

4. In group, pupils’ complete a

puzzle,identify and explain the relevant

sound - Explain

5.Complete level 1 quiz prepared in “Learn

English” Application (Individual) –

Elaborate

POST 1. For enrichment activity pupils’ complete

LESSON the level 2 quiz.

17

TEACHING AIDS 2. Oral test using flash cards (Evaluation for
21st CENTURY T&L PBD) - Evaluate
STARTEGY
CCE/CE “Learn English application”, Flash cards, Worksheets,
pictures, puzzle, digital notes
ASSESSMENT Think, Pair, Share iThink Map -
SUCCESS CRITERIA
21st Century Literacy Communicative

High Order Thinking Skills Application

Teaching and Learning Constructivism

Strategy

Element Across the EMK -

Curriculum (EMK) Moral Values –

Quiz

Pupils’ can read at least 8/10 words correctly

REFLECTION Attendance:__/__
_____ pupils were able to achieve the objectives.
_____ pupils need extra guidance.

Jadual di atas adalah contoh rancangan pengajaran harian dengan menggunakan sumber
pembelajaran diinovasi. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan model 5e, bahan
teknologi 2.0 dan sumber-sumber yang lain. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil
semasa menjalankan aktiviti pdpc tersebut.

18

6.0 Penilaian
Murid menggunakan sumber pembelajaran aplikasi mudah alih telefon pintar untuk

menguasai tajuk Phonics. Murid telah mengulangi aktiviti pembelajaran yang sama sehingga
menguasainya. Murid juga telah mengulangi kuiz tahap 1 dan 2 beberapa kali sehingga mahir
akan ejaan dan sebutan Phonics. Setelah aktiviti pengukuhan dan pengayaan ini,murid telah
diuji membaca dan menyebut kosa kata Bahasa Inggeris menggunakan kad imbasan di dalam
kelas. Pencapaian mereka telah direkodkan sebagai tahap PBD. Rajah 4 menunjukkan
pencapaian PBD murid setelah sumber pembelajaran diinovasi kepada sumber teknologi.

Rajah 4 Pencapaian PBD selepas menggunakan aplikasi Learn English

Rajah di atas menunjukkan pencapaian murid dalam PBD bagi kemahiran membaca
Bahasa Inggeris setelah menggunakan aplikasi inovasi Learn English. Dari keseluruhan 33
orang sampel, seramai 14 orang sampel kajian mencapai tahap 4 manakala 19 orang sempel
pula mencapai tahap 5. Mengikut CEFR Bahasa Inggeris tahap 4 bagi kemahiran membaca
mengertikan seseorang murid boleh memahami idea utama, maklumat khas, informasi spesifik,
membaca frasa serta ayat dengan betul dan menggunakan gambar untuk mengategorikan
perkataan dengan bimbingan guru pada tahap minimum. Manakala skor PBD bagi tahap 5 pula
bermaksud murid dapat menggunakan teknik fonik untuk membaca serta mengenalpasti
perkataan dengan yakin, memahami idea utama, maklumat khas, informasi spesifik, membaca
frasa serta ayat dengan betul dan menggunakan gambar untuk mengategorikan perkataan

19

dengan yakin. Keseluruhannya merujuk skor PBD mereka, sampel-sampel ini dapat membaca

perkataan serta ayat mudah Bahasa Inggeris serta menguasai kemahiran membaca.

Jadual 1 Analisis Ujian-T Sampel Berpasangan

Paired Samples Test

Paired Differences Sig. (2-
tailed)

95% Confidence

Interval of the

Std. Std. Error Difference

Mean Deviation Mean Lower Upper t df
32
Pair PBD1 - -3.242 .435 .076 -3.397 -3.088 - .000
1 PBD2
42.800

Merujuk jadual Statistik di atas, menunjukkan t (-42.800) dan nilai P=0.000 iaitu lebih kecil
daripada 0.05. Nilai t negatif menunjukkan bahawa min skor PBD sebelum intervensi adalah
lebih rendah berbanding min skor PBD selepas intervensi. Oleh sebab nilai sig. (2-tailed)
bersamaan dengan 0.000 iaitu lebih kecil daripada 0.05, maka terdapat perbezaan signifikan
antara skor sebelum dan selepas sampel kajian mengikuti Pdpc menggunakan aplikasi yang
telah dihasilkan. Data ini membuktikan aplikasi Learn English dapat membantu murid untuk
menguasai kosa kata serta kemahiran membaca Bahasa Inggeris.

7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, seorang guru yang prihatin seharusnya mengenal pasti masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh pelajarnya dan berusaha membantu pelajarnya untuk
mengatasi masalah tersebut. Bagi mengatasi masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris,
inovasi telah dibuat terhadap sumber pembelajaran. Aplikasi telefon pintar yang direkabentuk
mampu membantu pelajar mengatasi masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris.
Kepelbagaian aplikasi teknologi 2.0 pada era globalisasi kini mampu mewujudkan pelbagai
konsep pembelajaran dan pengajaran yang mana pelajar, pendidik, institusi pendidikan, dan
juga ibu bapa haruslah sentiasa peka dengan perubahannya. Penggunaan teknologi 2.0 dalam
pendidikan hari ini dan akan datang diharap akan terus diperhebatkan supaya matlamat
pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang berdaya saing tercapai.

20

8.0 Rujukan

Brenda. (2021, April 21). 7 of the best apps for learning english vocabulary: Oxford House
Barcelona. Oxford House. Retrieved May 24, 2022, from
https://oxfordhousebcn.com/en/7-of-the-best-apps-for-learning-english-vocabulary/

Crompton, H., & Burke, D. (2018). The use of mobile learning in higher education: A
systematic review. Computers and Education, 123(September 2017), 53–64.

Deng, Q., & Trainin, G. (2015). Learning vocabulary with apps: From theory to practice.
Etistika Yuni Wijaya, Dwi Agus Sudjimat, & Amat Nyoto. (2016). Transformasi Pendidikan

Abad 21 Sebagai Tuntutan. Jurnal Pendidikan, 1, 263–278.
http://repository.unikama.ac.id/840/32/263-278 Transformasi Pendidikan Abad 21
Sebagai Tuntutan Pengembangan Sumber Daya Manusia di Era Global .pdf. diakses
pada; hari/tgl; sabtu, 3 November 2018. jam; 00:26, wib.
Hapini, Zahurin, Wan Rozaini, Erwani, Abdulrazak and Shakiroh (2020) ‘Cabaran Dalam
Melaksanakan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi: Analisis Kes Persekitaran
Pembelajaran Maya-Frog Serta Strategi Untuk Melestarikan Penggunaan Google
Classroom Dalam Kalangan Guru’, Journal of Educational Research and Indigenous
Studies, 1(1), pp. 1–19
Maharam Mamat. (2016). Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tahun satu

UKM. Issues in Language Studies (Vol.5 No.2-2016), Universiti Kebangsaan
Malaysia, Malaysia.
Maarof, N., & Munusamy, I. M. A. (2015). Learner’s Learning Experiences & Difficulties
towards (ESL) among UKM Undergraduates. Advances in Language and Literary
Roslina (2016) Keberkesanan Kaedah POGIL (Process Oriented Guided-Inquiry Learning)

Wang, B. T. (2017). Designing mobile apps for English vocabulary learning. International
Journal of Information and Education Technology, 7(4), 279.

Williams, K. (2019, December 6). How to learn vocabulary in a foreign language - 12 tried
ways. Inlingua Washington DC. Retrieved May 24, 2022, from https://idc.edu/12-tried-
true-ways-learn-foreign-language-vocabulary/

Chang, Y. S. (2021). Applying the arcs motivation theory for the assessment of ar digital media design
learning effectiveness. Sustainability (Switzerland), 13(21).
https://doi.org/10.3390/su132112296

21

Cheung, L. (2016). Using the ADDIE Model of Instructional Design to Teach Chest Radiograph
Interpretation. Journal of Biomedical Education, 2016, 1–6.
https://doi.org/10.1155/2016/9502572

Hussin, R. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV).
Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 1, 59–66.

Nurhadi. (2020). Teori kognitivisme serta aplikasinya dalam pembelajaran. 2, 77–95.
Wangila, M. J., Martin, W., & Ronald, M. (2015). Effect of Programmed Instruction on Students’

Attitude Towards Structure of the Atom and the Periodic Table among Kenyan Secondary
Schools. Science Education International, 25(4), 488–500.
https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1086551.pdf

22


Click to View FlipBook Version