SEKOLAH KEBANGSAAN MERU 2 JALAN PAIP, MERU, 40170 KLANG. MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BILANGAN 1 TAHUN 2023/24 TARIKH : 17 Mac 2023 HARI : Jumaat MASA : 9.00 pagi TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Meru(2) KEHADIRAN 1. Tn. Hj. Nasruddin bin Mahali 2. En. Muhammad Lutfi bin Ishak 3. En. Azli Sham bin Harun 4. En. Hishanuddin bin Ramli 5. Pn. Norharianti binti Talhis 6. Pn. Mahfuzah binti Mahyuddin 7. Pn. Noorirmayani binti Mohd Noor 8. Pn. Siti Rosni binti Sukerman 9. Pn. Ardinawati binti Abdul Rahman 10. Pn. Asmiza binti Mohd Hashim 11. Pn. Noorzaitul Akmam binti Abdul Aziz 12. Pn. Nornihidayawaty binti Abdullah 13. Pn. Ruslina binti Manshoor 14. En. Ahmad Nazmi bin Che Rahim 15. Pn. Nurul Huda binti Rahman 16. Pn. Hasimah binti Mohamad@Mat 17. Pn. Wan Nor Azeani binti Wan Ibrahim 18. En. Mohd Yatim bin Mat Noh 19. Cik Noor Dayana Aqila binti Jaafar 20. Pn. Nurul Amira binti Mohamad Azhar 21. Pn. Nor Azah binti Ahmad Sahuddin 22. Pn. Norzilawati binti Mesir 23. Pn. Norazura binti Daud 24. En. Mohd Syakirin bin Suliman 25. Pn. Khalijah binti Korim 26. Pn. Rosmariana binti Mohd Nuri 27. Pn. Nurul Adibah binti Zulkiple 28. Pn. Norhayati binti Abd Majid 29. Pn. Mardhiyah binti Abu Bakar 30. Pn. Siti Norsaimah binti Saat 31. Pn. Ainul Husna binti Abdul Hamid 32. Pn. Sarima Niza binti Ibrahim 33. Pn. Siti Sarah binti Abdul Manan Tidak Hadir (Bersebab): 1. Pn. Rosnita binti Rahmat 2. En. Adnan bin Mohmad 3. Pn. Nurwakilah binti Mokhtar 4. En. Abdul Hadi bin Esa 5. Pn. Rozina binti Zainol 6. Cik Suraya binti Kassim
AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI/PENOLONG KANAN HEM Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa. 1.1 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua unit HEM ke mesyuarat pada kali ini. 1.2 Beliau memberitahu bahawa dalam mesyuarat ini akan fokus kepada pengoperasian sekolah sesi 2023/24. 1.3 Konsep pembukaan sekolah sesi akademik 2023/24 ialah mewujudkan murid ceria, guru Bahagia dan sekolah bitara. Tindakan: Makluman 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4 /2022 2.1 Minit mesyuarat HEM yang lalu telah disemak oleh ahli mesyuarat. 2.2 En. Ahmad nazmi mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. 2.3 En. Mohd Yatim menyokong cadangan tersebut. Tindakan: Makluman 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit. Tindakan: Makluman 4. UCAPAN ALUAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 4.1 En. Lutfi mengucapkan salam. 4.2 Beliau memanjatkan kesyukuran kerana dapat bersama-sama bermesyuarat pada hari bagi menentukan gerak kerja di bawah Unit HEM. 4.3 Beliau juga mengharapkan segala ketetapan yang dicapai pada hari ini dapat dirancang dengan baik. 5. PERKARA-PERKARA BAHARU 5.1 Pengoperasian Sekolah – bahagian pentadbiran 5.1.1 Persediaan fizikal dan persekitaran sekolah yang bersih, sihat, kondusif dan selamat. 5.1.1.1 Kondusif dan selamat bermaksud bilangan meja dan kerusi yang mencukupi, tidak berhabuk dan selamat. 5.1.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa bilangan kerusi dan meja tidak cukup. 5.1.1.3 Pihak sekolah akan cuba untuk membeli kerusi dan meja baharu. Guru-guru kelas melalui penyelaras tahun perlu memastikan bilangan kerusi dan meja cukup pada hari pertama persekolahan nanti. 5.1.1.4 Lampu-lampu dan kipas dikebanyakan kelas berfungsi dengan baik.
5.1.1.5 Pengerusi berpuas hati dengan kerajinan para pekerja pembersihan. Tahap kebersihan di sekolah berada dalam keadaan baik. 5.1.1.6 Murid-murid digalakkan untuk menitikberatkan kekerapan membasuh tangan dengan air dan sabun. 5.1.2 Waktu Persekolahan 5.1.2.1 Guru-guru kelas diminta memaklumkan kepada ibu bapa waktu mula dan pulang melalui saluran Whatsapp kelas atau Telegram. 5.1.2.2 Sekolah sesi petang yang mempunyai muird dan guru beragama Islam akan menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang pada bulan Ramadhan. Sesi pagi beroperasi seperti biasa. 5.1.3 Pendekatan Menangani Isu Beg Berat Murid. 5.1.3.1 Lokar-lokar telah disediakan di tahun 1 dan 2. murid-murid akan meletakkan buku-buku di dalam lokar berkenaan. Tindakan: Penyelaras Tahun 5.2 Pengoperasian Sekolah - HEM 5.2.1 Pengoperasian kantin 5.2.1.1 Premis kantin telah bersedia digunakan bersih, selamat dan selesa. 5.2.1.2 Pihak sekolah melalui AJK Kantin akan membuat semakan kendiri kantin dan pemantaun yang berterusan. Tindakan: Unit Kantin 5.2.2 Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 5.2.2.1 Puan Asmiza telah menyediakan senarai nama murid yang layak untuk RMT. 5.2.2.2 Guru-guru kelas diminta memaklumkan kepada group kelas masing-masing. 5.2.2.3 RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan iaitu 20 Mac 2023. Tindakan: Guru-guru Kelas 5.2.3 Pengurusan Buku Teks 5.2.3.1 Buku-buku teks telah diagihakan kepada murid-murid kecuali murid tahun 1. 5.2.3.2 Buku-buku teks murid tahun 1 akan diberikan pada hari orientasi iaitu 19 Mac 2023. 5.2.3.3 Murid-murid yang berpindah akan membawa buku-buku teks ke sekolah baharu. 5.2.3.4 Manakala murid-murid yang pindah masuk dari sekolah swasta akan disediakan buku teks oleh sekolah baharu. Tindakan: Unit SPBT
5.3 Persediaan Murid ke Sekolah: Ketrampilan dan Pemakaian pada Minggu Pertama Pembukaan Sekolah 5.3.1 Murid perlu memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Namun, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai jika tidak dapat menyediakan pakaian seragam sekolah. Tindakan: Semua Guru 5.4 Program Minggu Pertama Persekolahan 5.4.1 Program First Day At School 5.4.1.1 Program ini akan dijalankan pada hari kedua persekolahan kerana Pegawai Perhubungan Sekolah tidak dapat hadir bagi menyambut Hari Polis pada 20 Mac. 5.4.1.2 En Ahmad Nazmi telah menyusun aktiviti bagi program tersebut. Tindakan: Semua Guru 5.5 Taklimat Akhir 5.5.1 Pengerusi memberitahu KPI unit HEM ialtu 5.5.1.1 Mengurangkan peratusan murid ponteng 5.5.1.2 Meningkatkan keceriaan, kebersihan dan keselamatan bilik darjah dan sekolah 5.5.1.3 Meningkatkan potensi dan keyakinan murid melalui pelbagai program. 5.5.2 Pengerusi berharap ketua-ketua unit melengkapkan folder unit masingmasing. 5.5.3 Folder yang telah lengkap diminta hantar ke bilik HEM. 5.5.4 Murid tahun 1 yang ada dalam sistem seramai 266 orang. 5.5.5 Ada enam orang yang menghantar borang secara manual ke pejabat. PPD belum membuat penempatan lagi bagi enam orang murid tersebut. 5.5.6 Namun, pihak sekolah telah menetapkan kelas kepada mereka. 5.5.7 Taklimat kepada ibu bapa dan penjaga akan diadakan pada 18 Mac 2023 semasa Orientasi Tahun 1. 5.5.8 Tanda nama sementara akan diberikan kepada murid-murid. 5.5.9 Persediaan sewaktu perhimpunan, AJK dewan dan siaraya perlu memastikan PA system berada dalam keadaan baik. 5.5.10 Bendera perlu diganti yang baharu jika lusuh. 5.5.11 Bendera ada di dalam bilik HEM dan bilik En Azli. Tindakan: Semua Ketua Unit HEM 6.0 Hal-hal Lain 6.1 En Lutfi mengingatkan guru kelas perlu mengeluarkan surat tidak hadir sekiranya murid tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut. Tindakan: Semua guru kelas
7.0 Penutup 7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memimpin unit HEM dengan baik pada sesi persekolahan 2022/23. 7.2 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. 7.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada 2.20 petang Urusetia Setiausaha HEM SK Meru (2) Tarikh : 25 Januari 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN MERU 2 JALAN PAIP, MERU, 40170 KLANG. MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BILANGAN 2 TAHUN 2023/24 TARIKH : 01 Ogos 2023 HARI : Selasa MASA : 12.30 tengah hari TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Meru(2) KEHADIRAN 1. Pn.Sahazian bt. Ahmat Talib 2. En. Azli Sham bin Harun 3. Pn. Norharianti binti Talhis 4. Pn. Mahfuzah bt Mahyuddin 5. Pn. Noorirmayani binti Mohd Noor 6. Pn. Siti Rosni binti Sukerman 7. Pn. Asmiza binti Mohd Hashim 8. Pn. Noorzaitul Akmam binti Abdul Aziz 9. Pn. Rozina binti Zainol 10. En. Ahmad Nazmi bin Che Rahim 11. Pn. Nurul Huda binti Rahman 12. Pn. Wan Nor Azeani binti Wan Ibrahim 13. Cik Noor Dayana Aqila binti Jaafar 14. Pn. Nurul Amira binti Mohamad Azhar 15. Pn. Nor Azah binti Ahmad Sahuddin 16. Pn. Nurul Adibah binti Zulkiple 17. Pn. Siti Sarah binti Abdul Manan 18. Pn. Rosnita binti Rahmat 19. Pn. Nurwakilah binti Mokhtar 20. Pn. Farah Iliana binti Ilyas 21. Pn. Khalilah binti Ali Tidak Hadir (Bersebab): 1. En. Adnan bin Mohmad 2. En. Abdul Hadi bin Esa 3. Pn. Ardinawati binti Abdul Rahman 4. Pn. Nornihidayawaty binti Abdullah 5. En. Mohd Yatim bin Mat Noh 6. En. Mohd Syakirin bin Suliman
AGENDA 6. UCAPAN PENGERUSI/PENOLONG KANAN HEM Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa. 6.1 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua unit HEM yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. 6.2 Beliau meminta guru-guru menyemak minit mesyuarat dan maklum balas yang lepas. 6.3 Beliau meminta setiap unit membentangkan laporan daripada unit masingmasing. Tindakan: Makluman 7. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2023 7.1 Minit mesyuarat HEM yang lalu telah disemak oleh ahli mesyuarat. 7.2 En. Ahmad nazmi mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. 7.3 Pn. Noorzaitull Akmam menyokong cadangan tersebut. Tindakan: Makluman 8. PERKARA BERBANGKIT 8.1 Tiada perkara berbangkit. Tindakan: Makluman 9. LAPORAN DARIPADA KETUA-KETUA UNIT HEM 9.1 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 9.1.1 En. Ahmad Nazmi memaklumkan dua ruangan khusus individu dan kelompok telah siap sepenuhnya. 9.1.2 Pada hari Khamis 3 Ogos ini, akan berlangsung Program Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tajuk ceramah “Gejala LGBT.” 9.1.3 Penceramah daripada MAIS iaitu Encik Muhd Saiful bin Abdullah akan berkongsi pengalaman beliau tentang LGBT. 9.1.4 Hanya murid tahun 5 dan 6 sahaja yang akan terlibat bagi memastikan keselesaan murid di dewan terbuka. 9.1.5 Ceramah akan bermula pada pukul 10.00 hingga 11 pagi. 9.1.6 Murid digalakkan bersarapan di rumah. 9.1.7 Makanan, minuman dan goodies bag disediakan kepada murid. 9.1.8 Guru-guru mata pelajaran diminta untuk bersama dengan murid sepanjang ceramah berkenaan. 9.1.9 En. Nazmi juga memaklumkan analisis kaunseling bagi dirinya 40 sesi individu , 25 sesi kelompok,10 bimbingan kelompok, 4 program besar,kelas ganti 136 waktu. 9.1.10 Pn Amy Haslinda dari PPD Klang meminta guru kaunseling mengingatkan kepada pentadbir sekolah bahawa guru kaunseling hanya dibenarkan relif 8 waktu sahaja.
9.1.11 Analisis kaunseling bagi Cik Dayana pula sesi individu sebanyak 27, 4 sesi kelompok, 60 bimbingan kelompok. 7 program dan 178 kelas ganti. 9.1.12 Peringatan daripada Pn Amy Haslinda banyakkan isi sesi kaunseling kelompok. 9.1.13 Pelancaran Minda Sihat akan dijalankan sama ada minggu depan atau selepas Pilihan raya Negeri. Tindakan: Guru Kaunseling 9.2 Unit Kantin 9.2.1 Melalui pemerhatian Pn Rosnita selaku Ketua Unit Kantin terhadap keadaan kantin,pekerja-pekerja kantin dan peralatan di kantin. 9.2.2 Kerusi dan meja di kantin tidak cukup yang menyebabkan murid makan di kantin. 9.2.3 Beliau pernah berbincang dengan Pn Sahazian tentang waktu rehat di kantin. Waktu rehat sekurang-kurangnya sebanyak dua kali. 9.2.4 Pihak sekolah menyalahi peraturan yang mengakibatkan murid makan di dataran. 9.2.5 Jika ada pemantauan daripada pihak KPM pada waktu rehat akan menimbulkan masalah kepada pihak sekolah. 9.2.6 Beberapa keperluan seperti singki hanya tiga buah yang berfungsi, kerusi Panjang ada yang rosak. Tindakan: Unit Kantin 9.3 Unit KWAPM 9.3.1 Penyerahan bantuan telah diadakan pada bulan Jun yang lalu. 9.3.2 Pn wakilah telah mengisi borang cicir seramai 64 orang. 9.3.3 Bagi bantuan cicir akan diserahkan melalui tunai. Tindakan: Unit KWAPM 9.4 Unit Kebajikan 9.4.1 Proses kewangan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah selesai. 9.4.2 BAP yang cicir juga telah selesai dengan Kerjasama kerana kewangan sekolah Pn.Hasrin. 9.4.3 Borang PB1 dan PB2 akan diedarkan nanti. 9.4.4 Untuk makluman anak yatim SK Meru 2 seramai 37 orang. Murid tahap 1 seramai 18 orang, tahap 2 17 orang dan PPKI seramai dua orang. 9.4.5 Sumbangan murid PPKI yang meninggal dunia baru-baru ini telah diserahkan kepada waris. 9.4.6 Pn. Siti Rosni juga memaklumkan seorang murid 2 Stanford telah kematian bapa.Kutipan akan dilakukan dalam waktu terdekat. 9.4.7 Unit Kebajiakan untuk BAP fasa ke dua nanti. Tindakan: Makluman 9.5 Unit RMT 9.5.1 Pn.Asmiza memaklumkan makanan RMT tidak ada masalah. Makanan sedap. 9.5.2 Bekas makanan perlu ditukar.
9.5.3 Stok susu hanya untuk dua hari sahaja. 9.5.4 Bilik susu akan ditutup, dibuka semula selepas belan susu sampai. 9.5.5 Baki susu yang ada di bilik susu adalah bagi murid yang berpindah. 9.5.6 Susu akan dihantar kepada murid yang berpindah itu. 9.5.7 Dua orang murid di Kawasan Shah Alam dan du aorang lagi di Kawasan Subang. Tindakan: Unit RMT/Susu 9.6 Unit PPDa 9.6.1 Unit PPDa telah menghantar dua orang skuad PPDa ke Bengkel Skuad PPDa di SKJC Soo Jin Kapar,anjuran PPD Klang. 9.6.2 Murid telah diberi tugasan untuk menyediakan pamplet berkaitan DARVIH . Murid telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut yang dihantar melalui link yang diberi. 9.6.3 Selain itu, unit PPDa telah menyertai Pertandingan e-Karnival PPDa dalam Pertandingan Melukis Doodle di bawah bimbingan Cikgu Mazlinda. 9.6.4 Pertandingan Buku Skrap Digital pula di bawah bimbingan Cikgu Sarah. 9.6.5 Tarikh akhir pertandingan telah dilanjutkan sehingga 11 Ogos ini. 9.6.6 Semua pertandingan akan dihantar melalui link yang akan dikongsikan oleh pihak jawatankuasa pertandingan. 9.6.7 Pn. Siti Sarah memaklumkan papan informasi PPDa akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Tindakan: Unit PPDa 9.7 Unit Keselamatan 9.7.1 Pn. Farah Iliana mewakili unit Keselamatan memberitahu cadangan latihan kebakaran akan diadakan akhir bulan September. 9.7.2 Latihan kebakaran oleh pihak bomba dijangka pada bulan Oktober. 9.7.3 Surat rasmi kepada pihak bomba belum dihantar lagi. Tindakan: Unit Keselamatan 9.8 Unit Fail Murid 9.8.1 Pn. Akmam memaklumkan bahawa bilik fail kekurangan kotak untuk mengisi fail murid kerana pertambahan dua kelas iaitu kelas 1dan 2 Qarawiyyin. Tindakan: Unit Fail Murid 9.9 Unit Kesihatan 9.9.1 Lawatan kesihatan telah selesai pada 11 Mei yang lalu. 9.9.2 eRKM atau e rekod kesihatan Murid telah diisi oleh guru-guru tahun 1. Namun, guru kelas tahun 1 terpaksa mengisi semula kerana apabila streaming kelas dilakukan,rekod berkenaan tidak masuk dalam sistem. 9.9.3 Hanya tinggal 10% lagi yang belum selesai pengisiannya. 9.9.4 Pameran Kesihatan telah dijalankan pada 6 Julai yang lalu. Melibatkan murid tahun 4. 9.9.5 Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah,demonstrasi menggosok gigi dan pameran.
9.9.6 Rawatan Pergigian bermula pada 15 Mei, dijangka berahir pada 14 Ogos. 9.9.7 Pada Khamis 3 Ogos, latihan memberus gigi bagi murid tahun 1 akan dijalankan oleh klinik pergigian. 9.9.8 Alatan akan disediakan oleh pihak klinik pergigian. 9.9.9 Selain itu, pada Rabu 9 Ogos pula murid-murid tahun 2 dan 3 yang berkeperluan tinggi akan menerima rawatan gigi. 9.9.10 Senarai nama akan dikeluarkan oleh pihak klinik. 9.9.11 Pn Norazah memaklumkan juga pintu telah diganti. 9.10 Unit Kebersihan dan Keceriaan 9.10.1 Pn. Adibah telah memaklumkan mesyuarat pertama telah dijalankan bersama dengan unit PPDa,kesihatan dan keselamatan. 9.10.2 Gotong-royong madani akan dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat iaitu 10 dan 11 Ogos di bawah bajet kerajaan. 9.10.3 Aktiviti pada 10 Ogos tidak akan melibatkan guru. NGO dari Rumah Penawar dibawah penyeliaan AADK akan membantu mengecat blokblok yang pudar. 9.10.4 Seramai lapan hingga 10 orang yang akan datang selama dua hari bagi membantu menjayakan Gotong-Royong Madani. 9.10.5 Pada 11 Ogos pula sempena pilihan raya negeri (12 Ogos) murid-murid petang akan dicutikan. Manakala guru-guru petang akan bersekolah pagi. Mereka akan mengecat Kawasan luar sekolah sahaja seperti garisan kuning di laluan hadapan sekolah. Tindakan: Unit Kebersihan & Semua Guru Petang 9.11 Unit APDM 9.11.1 Murid terkini seramai 1489 orang. Murid bukan warga negara pula seramai 15 orang termasuk seorang dari murid PPKI. 9.11.2 Pn Sahazian memberitahu beliau telah mendahulukan wangnya untuk bayaran levi bagi murid bukan warga negara. 9.11.3 Pn Amira diminta mengingatkan kepada guru kelas yang terlibat untuk membayar levi kepada Pn. Sahazian. Tindakan: Unit APDM 9.12 Unit Tandas Sejahtera 9.12.1 Pn.Rozina memaklumkan kebanyakkan tandas rosak. 9.12.2 Tandas-tandas ini akan dibaiki selepas bajet diterima daripada kerajaan. 9.12.3 Beliau juga mengalu-alukan baju-baju sekolah atau baju serta seluar sukan terpakai sebagai persediaan untuk murid tahap 1 yang masih terkencing dalam seluar. 9.12.4 Pn. Rosni memaklumkan unit kebajikan jua ada mengumpul pakaian sekolah terpakai. Malah Pn Afifah juga ada melaksanakan program mengumpul pakaian sekolah terpakai. 9.12.5 Pn Sahazian memaklumkan En.Hamizi telah mengambil beberapa keping gambar kerosakan tandas bagi memohon bajet membaiki tandas. 9.12.6 Beliau berharap selepas tandas dibaiki, tandas kita akan lebih baik dan kondusif untuk digunakan kepada murid-murid.
9.12.7 Google form Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah (PKTS) Tahun 2023 bagi Penilaian Pertama telah diisi. Tindakan: Unit Tandas Sejahtera 9.13 Unit SPBT 9.13.1 Pn.Nurul Huda memohon kewangan daripada unit HEM untuk membeli troli untuk mengangkat buku. 9.13.2 Pn.Sahazian meminta Pn Nurul Huda datang berjumpanya nanti. Tindakan: Unit SPBT 5.0 Hal-hal Lain 5.1 Pn.Akmam memberitahu murid 6 Stanford ternampak ular dalam lubang tandas pada hari ini. 5.2 Selain itu, Pn Rosni memberitahu banyak najis burung di hadapan kelas tahun 6. 5.3 Pn. Sahazian memaklumkan akan menjalankan pertandingan inovasi kelas. Nama pertandingan akan dimaklumkan kemudian. Tindakan: Semua guru kelas 7.0 Penutup 7.1 Pengerusi berharap semua ketua unit dapatmenjalankan tugas dengan baik dan gembira. 7.2 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. 7.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada 2.00 petang Urusetia Setiausaha HEM SK Meru (2) Tarikh : 07 Ogos 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN MERU 2 JALAN PAIP, MERU, 40170 KLANG. MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BILANGAN 3 TAHUN 2023/24 TARIKH : 16 November 2023 HARI : Khamis MASA : 12.10 tengah hari TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Meru(2) KEHADIRAN 1. En. Mohd Nizam bin Mohd Iksan 2. Pn.Sahazian bt. Ahmat Talib 3. Pn. Mahfuzah binti Mahyuddin 4. Pn. Noorirmayani binti Mohd Noor 5. Pn. Siti Rosni binti Sukerman 6. Pn. Asmiza binti Mohd Hashim 7. Pn. Noorzaitul Akmam binti Abdul Aziz 8. Pn. Rozina binti Zainol 9. En. Ahmad Nazmi bin Che Rahim 10. Pn. Nurul Huda binti Rahman 11. En. Abdul Hadi bin Esa 12. Cik Noor Dayana Aqila binti Jaafar 13. Pn. Nurul Amira binti Mohamad Azhar 14. Nor Azah binti Ahmad Sahuddin 15. Pn . Nurul Adibah binti Zulkiple 16. Pn. Siti Sarah binti Abdul Manan 17. Pn. Rosnita binti Rahmat 18. Pn. Khalilah binti Ali 19. Pn. Nurwakilah binti Mokhtar 20. En. Mohd Syakirin bin Suliman 21.Pn. Sarima Niza binti Ibrahim 22. Pn. Sharifah Humairah binti Syed Mustafa Tidak Hadir (Bersebab): 1. En. Adnan bin Mohmad 2. Pn. Wan Nor Azeani binti Wan Ibrahim 3. Pn. Nornihidayawaty binti Abdullah 4. En. Mohd Yatim bin Mat Noh
AGENDA 1.0 UCAPAN PENGERUSI/PENOLONG KANAN HEM 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah 1.2 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua unit HEM yang dapat hadir pada mesyuarat pada kali ini. 1.3 Beliau meminta setiap unit membentangkan laporan daripada unit masing-masing. Tindakan: Makluman 2.0 UCAPAN GURU BESAR 2.1 Guru besar memberi salam kepada pengerusi majlis, setiausaha HEM dan ketua-ketua unit HEM. 2.2 Guru besar memaklumkan bagi maklum balas, tindakan yang telah selesai tidak perlu dimasukkan lagi di dalam maklum balas 2.3 Beliau meminta diselitkan unsur SMART dalam penulisan maklum balas. 2.4 Setiap unit akan membentangkan laporan kerana ada aktiviti-aktiviti yang belum dilaksanakan 2.5 Guru kelas perlu ambil tindakan awal bagi murid yang bermasalah. Tindakan: Semua Guru 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2023 3.1 Minit mesyuarat HEM yang lalu telah disemak oleh ahli mesyuarat. 3.2 Pn Siti Rosni binti Sukerman mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. 3.3 Pn Noorzaitull Akmam binti Abdul Aziz menyokong cadangan tersebut. Tindakan: Makluman 4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit dari mesyuarat yang lalu. Tindakan: Makluman
5.0 LAPORAN DARIPADA KETUA-KETUA UNIT HEM 5.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling 5.1.1 En. Ahmad Nazmi memaklumkan Unit Bimbingan dan Kaunseling bahawa 80% program dalam perancangan tahunan unit telah selesai dilaksanakan. 5.1.2 Ujian Psikometrik bagi Tahun 4 dan 5 telah selesai pada minggu lepas. 5.1.3 Keputusan ujian akan dihebahkan kepada semua guru kelas dalam masa terdekat. 5.1.4 Ujian psikometrik Tahun 6 akan dilaksanakan setelah arahan dari pihak JPN dikeluarkan. Tindakan: Unit Bimbingan dan Kaunseling 5.2 Unit Kantin 5.2.1 Pn. Rosnita memaklumkan bahawa masalah kekurangan meja dan kerusi di kantin. Bilangan meja dan kerusi tidak mencukupi untuk menampung semua murid. 5.2.2 Beliau juga memohon pihak pentadbir mempertimbangkan pelaksanaan waktu rehat murid sekurang-kurangnya sebanyak dua kali supaya murid dapat berada di kawasan kantin pada waktu rehat. 5.2.3 En Lutfi memaklumkan bahawa sekolah berada dipenghujung sesi akademik. Oleh itu, beliau memberi pandangan agar cadangan Pn Rosnita ini dibawa ke dalam mesyuarat HEM Bil 4 akan datang. 5.2.4 Unit kantin buat satu mekanisme untuk mendapatkan maklum balas persetujuan daripada ibu bapa dan guru. 5.2.5 Keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat pentadbiran. Tindakan: Unit Kantin 5.3 Unit KWAMP 5.3. 1 Pn Wakilah memaklumkan unit KWAMP sudah selesai. 5.3.2 Bagi murid yang tercicir juga sudah selesai terima pada 24/8/2023. 5.3.4 Semua dokumen juga sudah lengkap. 5.3.5 PK Hem memaklumkan supaya masukkan semua dokumen yang lengkap ke dalam fail Tindakan: Unit KWAMP
5.4 Unit Kebajikan 5.4.1 Pn Rosni memaklumkan bahawa sedang menunggu surat makluman untuk penyerahan BAP (Bantuan Awal Persekolahan). 5.4.2 Unit kebajikan ada membuat edaran tabung khairat kematian bagi murid yang telah kematian bapa. Kutipan masih belum semua serahkan. 5.4.3 Unit kebajikan akan menggerakkan Tabung Sedekah Jumaat. Setiap Jumaat akan dibuat selepas waktu rehat. Tabung akan diedarkan kepada semua murid. 5.4.4 Unit kebajikan telah membuat pemantauan kasut dan beg sekolah murid. Kasut murid yang rosak sudah menerima kasut baharu hasil daripada duit yang guru jumpa dan sumbangan individu. 5.4.5 Jumlah murid anak yatim seramai 39 orang. Tindakan: Unit Kebajikan 5.5 Unit PPDa 5.5.1 Unit PPDa akan bekerjasama dengan Kelab Doktor Muda dan Kelab Pencegahan Jenayah untuk aktiviti ko-kurikulum. 5.5.2 Aktiviti berkaitan anti DARVIH akan dilaksanakan semasa aktiviti ko-kurikulum pada tarikh perjumpaan yang akan datang. Tindakan:Unit PPDa 5.6 UNIT RMT DAN SUSU SEKOLAH 5.6.1 Pn Asmiza memaklumkan PPD meminta keluarkan senarai terkini jumlah murid terkini RMT dan sudah selesai dihantar. 5.6.2 Jumlah murid RMT yang terkini seramai 220 orang murid. Senarai nama murid ini dikeluarkan sebelum penambahan murid baharu. 5.6.3 Murid baharu yang masuk ke sekolah juga layak terima RMT. 5.6.4 Hasil pemerhatian oleh unit RMT mendapati kualiti buah betik yang kecil dan keras. Buah tembikai ada yang masam. Menu soto murid hanya diberi 2 ketul nasi himpit sahaja. 5.6.5 Ada guru mata pelajaran pertama yang masih tidak mengambil susu untuk diberikan pada murid layak RMT. 5.6.5 AJK susu perlu menunggu lama di bilik susu untuk menunggu guru waktu pertama mengambil susu. 5.6.6 Murid perlu minum susu di sekolah kerana sekiranya berlaku sebarang masalah pihak sekolah boleh terus mengambil tindakan. Tindakan:Unit RMT & Susu Sekolah
5.7 Unit Fail 5.7.1 Pn. Akmam memaklumkan 2 kotak telah dibeli pada bulan September dan diletakkan di dalam bilik fail murid. 5.7.2 Guru kelas yang berkenaan telah dimaklumkan supaya memasukkan fail murid ke dalam kotak tersebut. Tindakan: Unit Fail & Guru Kelas 5.8 Unit Keceriaan dan Kebersihan Sekolah 5.8.1 Pn Adibah memberi respon terhadap borang maklum balas yang lepas berkenaan pertandingan inovasi. KPM telah memansuhkan sebarang bentuk pertandingan sambutan bagi sesi 2023/2024. 5.8.2 Peraturan kelas telah disediakan di setiap kelas. 5.8.3 PK Hem memaklumkan bahawa inovasi kelas bukan dalam bentuk pertandingan. Tindakan: AJK Unit Kebersihan &Keceriaan Sekolah 5.9 Unit Keselamatan 5.9.1 En. Hadi bin Esa memaklumkan Program latihan kebakaran ada 2 peringkat iaitu dalaman dan pihak luar. 5.9.2 Peringkat dalaman melibatkan semua guru, kakitangan sekolah dan semua murid. Manakala pihak luar melibatkan bomba. 5.9.3 Latihan kebakaran peringkat dalaman akan diadakan pada 17/11/2023 (Jumaat). Latihan akan diadakan untuk sesi pagi dan petang. 5.9.4 Untuk latihan peringkat sekolah, En Hadi memaklumkan telah menelefon pihak bomba. Pihak bomba akan melihat pada kekosongan jadual mereka dahulu. 5.9.5 Guru Besar memaklumkan latihan kebakaran kali pertama boleh dimaklumkan kepada murid. Manakala latihan berikutnya perlu mengikut situasi sebenar kebakaran. 5.9.6 Beliau memaklumkan semua warga sekolah perlu mengikut panduan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Tindakan: Unit Keselamatan
5.10 Unit Kesihatan 5.10.1 Pn Nor Azah memaklumkan program yang melibatkan murid seperti suntikan tahun 1 dan 6, pemeriksaan gigi dan ceramah kesihatan gigi telah selesai dijalankan. 5.10.2 Bilik kesihatan telah dipasang kabinet, rak dan meja kaunter. 5.10.3 Masalah kebocoran sinki di bilik kesihatan. 5.10.4 Masalah resapan air di dinding merosakkan dinding walaupun telah dicat. 5.10.5 Pemasangan banner dan tikar getah akan dibuat. 5.10.6 Guru Besar memberi respons berkenaan resapan air di dinding. Beliau memberitahu saluran aircond dari bilik guru telah putus. Tindakan: Unit Kesihatan 5.11 Unit Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) 5.11.1 Pn Huda mengucapkan terima kasih kepada guru besar dan Pk Hem kerana menyediakan rak baharu kepada unit SPBT. 5.11.2 Unit SPBT dalam proses menceriakan bilik tersebut. 5.11.3 Buku 2024 sebahagiannya telah sampai dan telah direkod. Sekarang dalam proses mengecop. 5.11.4 Unit SPBT ingin memohon kebenaran Guru Besar agar bilik persalinan untuk dijadikan tempat pelupusan buku-buku. 5.11.5 Guru Besar memberi kebenaran dan memesan buku-buku tersebut perlu disusun dengan baik. 5.11.6 Berkaitan buku tahun 1 2024 Tuan Guru Besar mengingatkan agar dibuat pertambahan buku. Tindakan: Unit SPBT 5.12 Unit Tandas Sejahtera 5.12.1 Hasil pemerhatian Pn Rozina mendapati tandas murid di Blok C di tingkat satu, dua dan tiga sudah boleh digunakan. Tandas kelihatan bersih. 5.12.2 Keadaan tandas di sebelah bilik pekerja masih seperti biasa iaitu gelap dan pintu tidak boleh dikunci . 5.12.3 Aduan daripada Puan Normah melalui Pn Rozina memaklumkan tandas pra sekolah tersumbat. 5.12.4 Guru besar meminta Pn Rozina menceriakan satu tandas sebagai tandas contoh. 5.12.5 Pn Rozina memaklumkan unit tandas akan menceriakan satu tandas di Blok C. Tindakan: Unit Tandas Sejahtera.
5.13 Unit Pembangunan Sahsiah Murid 5.13.1 Pk Hem mengucapkan tahniah kerana berjaya ke Anugerah Pembangunan Sahsiah Murid peringkat kebangsaan 2023. 5.13.2 En Shakirin memberitahu untuk perekodan amalan baik sehingga 31 Oktober 2023 seramai 99.67 murid yang mempunyai sahsiah baik ke atas 5.12.3 Kes salah laku seramai 29 murid. Unit disiplin akan membincangkan dalam mesyuarat akan datang dari segi SOP dan tindakan yang akan diambil. 5.13.4 Tindakan sedang diusahakan untuk kenal pasti keberadaan murid-murid yang mempunyai masalah ponteng yang tidak dapat dinilai dalam PBD. 5.13.5 Sekiranya murid melakukan kesalahan termasuk murid ponteng, guru-guru boleh merekod dalam SSDM. Tindakan: Unit Dsiplin & Semua guru 5.14 Unit APDM 5.14.1 Pn Amira telah membentangkan Laporan Kehadiran Murid .Berdasarkan APDM dari Mac hingga Oktober 2023. 5.14.2 Jumlah murid terkini sehingga 16 November ialah 1550 orang termasuk murid pra dan PPKI. 5.14.3 Peratus kehadiran murid sehingga bulan Oktober ialah 87.21% yang merupakan peratus kehadiran paling rendah sejak sekolah dibuka pada Mac 2023 5.14.4 Sehingga Ogos 2023, murid tahun lima mencatat purata kehadiran paling tinggi iaitu 91.41 %. Manakala tahun enam pula, mencatat purata paling rendah iaitu 73.75 %. 5.14.5 Bagi purata kehadiran murid PPKI sehingga Oktober 2021, murid tahun lima mencatat purata kehadiran tertinggi iaitu 83.33 % berbanding tahun dua paling rendah iaitu 61.47 %. 5.14.6 Seramai 29 orang murid tahun satu mempunyai rekod ketidakhadiran murid paling tinggi. 5.14.7 Murid dari kelas 4 Princeton iaitu Muhammad Ammar Syafiq b. Mohammad Azrin mencatat jumlah tidak hadir paling tinggi selama 132 hari. 5.14.8 Pn. Amira memaklumkan status kemaskini maklumat murid bagi tahun satu hingga tahun enam kebanyakannya masih belum lengkap. Cadangan tarikh untuk taklimat kemaskini APDM kepada semua guru akan dimaklumkan kemudian. 5.14.9 Laporan lengkap Kehadiran Murid Berdasarkan APDM dari Mac hingga Oktober 2023 boleh dirujuk pada bahagian lampiran. Tindakan: Unit APDM, Guru Kelas, Bimbingan & Kaunseling, Unit Pembangunan Sahsiah serta Guru Kelas
5.15 Sambutan Hari Kanak-kanak 5.15.1 Pn Sharifah Humairah memaklumkan Sambutan Hari Kanak-kanak akan diadakan pada 1/12/2023 iaitu pada hari Jumaat. 5.15.2 Sambutan Hari Kanakakan dijalankan satu seisi. 5.15.3 Tema yang ditetapkan ialah Bila Aku Dewasa (cita-cita. 5.15.4 Beliau memberitahu maklumat selanjutkan akan dibentangkan pada mesyuarat bertarikh 20/11/2023 (Isnin). Tindakan: Ajk Sambutan Hari Kanak-kanak&Guru Kelas 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 En Lutfi memaklumkan slip PBD akan diberikan kepada ibu bapa murid Tahun 6 sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa murid. Tindakan :Guru kelas Tahun 6, Penyelaras Tahun 6 & Penyelaras PBD 6.2 En Lutfi memaklumkan sumbangan Palestin akan diserahkan kepada pihak IRF. Sumbangan ini akan diuruskan oleh PK Hem. Tindakan : PK Hem 6.3 Guru tahun 6 diminta untuk membuat pendaftaran murid-murid ke tingkatan 1 sebelum 30 Disember 2023. Tindakan : Guru kelas Tahun 6 7.0 PENUTUP 7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat HEM. Beliau berharap semoga apa yang dibincangkan pada hari ini, dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasamasa daripada semua ahli. 7.2 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah AlAsr. 7.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada 2.30 petang Urusetia Setiausaha HEM SK Meru (2) Tarikh : 20 November 2023