The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104. NOR AINA NADHIRAH BINTI HELMI.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 948-6-aina, 2022-03-21 22:32:45

BMMB1104. NOR AINA NADHIRAH BINTI HELMI.

BMMB1104. NOR AINA NADHIRAH BINTI HELMI.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1114
PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

Nama : NOR AINA NADHIRAH BINTI HELMI

No. K/P : 030618-07-0076

Angka Giliran : 2021242310191

Program : PPISMP

Ambilan : JUN 2021

Unit : X8

Nama Pensyarah : ABDUL RANI BIN HASSAN

Tarikh Hantar : 14 MAC 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:___ _____Tarikh : __14 MAC 2022___

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar: NOR AINA NADHIRAH BINTI HELMI
Kod : BMMB1104
Nama Kursus : KESUSASTERAAN Semester/Tahun: SEMESTER II / TAHUN 2022

DAN Ambilan JUN 2021
KEBUDAYAAN
MELAYU :

TUGASAN Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
PENGHASILAN PRODUK
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; X9,X10 DAN X11.
BMM1014; BMM1024; dan :
BMM1034 (30 minit)
TARIKH MULA TARIKH HANTAR

22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022

14 MAC 2022 08 APRIL 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)

2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)

3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal

budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.

I

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-

ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.

II

Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda

perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.

4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.

5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:

2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam

menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan

(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).

III

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.

IV

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh: 03 FEBRUARI 2022

Disahkan oleh:

.......................................

(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Tarikh: 04.02.2022

V

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN TAJUK 1

2.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU 1-2

3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU 2-15

3.1 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

3.1.1 PROSA TRADISIONAL

3.1.1.1 NARATIF

3.1.1.2 BUKAN NARATIF

3.1.2 PUISI TRADISIONAL

3.2 KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

3.2.1 PROSA MODEN

3.2.2 PUISI MODEN

3.3 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 15-18

4.1 FUNGSI DALAM ASPEK HIBURAN

4.2 FUNGSI DALAM ASPEK PENDIDIKAN

4.3 FUNGSI DALAM ASPEK DAKWAH

4.4 FUNGSI DALAM ASPEK KRITIKAN SOSIAL

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI 18-27

5.1 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH PANTUN

5.2 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH SYAIR

5.3 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH SELOKA

5.4 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH GURINDAM

6.0 RUMUSAN 27

7.0 RUJUKAN 28-29

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu berkaitan hasil karya dan satu ciptaan seni yang terkandung dalam
kelompok masyarakat Melayu. Namun begitu, kemajuan masyarakat yang semakin berleluasa
pada hari ini telah mencipta jurang serta mengubah hubungan antara sastera dan kehidupan.
Perubahan yang berlaku ini telah menjadi sebab mengapa sastera menjadi satu bidang
kegiatan yang khusus. Jika dahulunya sastera ini menjadi hak milik bersama, namun kini ia
telah berubah menjadi satu kegiatan yang berkait dengan pernyataan diri dan hak cipta.

2.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan merupakan satu ciptaan seni yang diperkenalkan secara bahasa. Menurut Siti
Hajar Abdul Aziz (2011) yang diambil dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, beliau
menyatakan bahawa perkataan kesusasteraan ini terbentuk daripada bahasa Sanskrit iaitu
susastera yang memberi makna abjad atau buku indah.

Di samping itu, sastera ini dari aspek makna umumnya ialah bahasa yang diaplikasikan
dalam kitab-kitab. Manakala menurut kamus pula, kesusasteraan ini bermaksud satu hasil seni
ataupun satu karya tulisan dalam bentuk puisi atau prosa yang mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri. Seni kesusasteraan pula ialah berkaitan seni yang karang-mengarang bagi
bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Dalam bahasa Melayu, perkataan kesusasteraan ini mempunyai maksud yang sama
seperti perkataan bahasa Inggeris iaitu literature. Perkataan ini berasal daripada perkataan
literate yang membawa maksud abjad. literature ini digunakan untuk puisi atau tatabahasa
dalam rupa asalnya.

Istilah bagi perkataan kesusasteraan ini pada awalnya berasal dari perkataan Sanskrit,
iaitu sastra. Kata dasar bagi sas- ini bermaksud mengajar, mengarah atau beri tunjuk ajar
manakala bagi -tra merujuk kepada alat. Oleh itu, sastera ini merupakan satu alat untuk
mengajar. Awalan bagi su- bermaksud indah atau baik. Sastera ini dilengkapkan lagi dengan
adanya apitan ke-...-an yang bermaksud suatu kesenian yang halus sifatnya, kata-kata suci
dan indah.

1

Dari aspek lain pula, sastera ini berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu syastera atau
castra yang membawa maksud kitab suci. Selain itu, sastera ini juga turut dianggap seperti
satu gambaran peribadi yang terdiri daripada perasaan, pemikiran, pengalaman, semangat atau
idea serta keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang menimbulkan sifat keperibadian
melalui pengantara bahasa sama ada bermutu atau sebaliknya.

3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

3.1 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Kesusasteraan Melayu tradisional ini adalah satu bahagian kajian yang meluas serta acap kali
berkembang dan mewujudkan beberapa penemuan baru yang pelbagai. Kesusasteraan
tradisional ini berada di kelompok masyarakat awal yang masih lagi kuno. Terdapat beberapa
pandangan berpendapat bahawa munculnya budaya sastera ini kerana datangnya tamadun
awal manusia misalnya, karya Epik Gilgamesh muncul apabila adanya Tamadun Mesopotamia.
Dari aspek sejarah, kesusasteraan ini muncul serta menceriakan zaman manusia setelah
sekian lama. Disebabkan faktor masa yang lama, setiap hasil kerya yang telah dihasilkan pada
masa lalu dikenali sebagai tradisional.

Menurut Profesor Ismail Hussein (seperti yang terdapat dalam Narimah Hashim), beliau
menyatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional ini terdiri daripada semua gejala
kesusasteraan yang berbentuk bertulis atau lisan namun tidak bercetak. Para pengkaji
kesusasteraan Melayu telah membahagikan kesusasteraan ini kepada dua kumpulan utama
iaitu kesusasteraan tulisan dan kesusasteraan lisan.

Bagi kesusasteraan tulisan, ia muncul apabila orang Melayu telah dapat menerima
pengaruh luar. Pengaruh India merupakan pengaruh awal yang diserap ke dalam kebudayaan
Melayu dan melalui pengaruh tersebut, masyarakat Melayu telah didedahkan dengan sistem
tulisan namun ianya tidak meluas dan akhirnya lenyap.

Manakala bagi kesusasteraan lisan pula, ia wujud dalam kalangan orang Melayu yang
kebanyakkannya terdiri daripada kaum nelayan dan tani. Kaum ini tinggal di kawasan
pedalaman, pinggir pantai dan desa. Pada zaman ini, masyarakat kebanyakkannya buta huruf

2

kerana sistem tulisan masih belum wujud. Oleh itu, mereka menyampaikan bidang
kesusasteraan mereka melalui penceritaan secara lisan. Selain itu, kesusasteraan lisan ini juga
disebut sebagai kesusasteraan rakyat.

Tambahan lagi, sastera rakyat ini berkembang melalui media lisan namun penutur
selalunya tidak sempat untuk menapis perkataan-perkataan yang hendak dituturkan ketika
mereka berdepan dengan khalayak ramai. Sastera ini juga wujud dalam bentuk tradisi kekal
contohnya cerita Sang Kancil yang mempunyai empat motif dalam struktur plotnya. Justeru itu,
ia juga bersifat pralogis iaitu terkandung logik ceritanya yang tersendiri namun ianya barangkali
tidak sesuai untuk logika umum.

3.1.1 PROSA TRADISIONAL

Menurut pendapat Siti hajar Abdul Aziz, perkataan tradisional bermaksud serius dan kekal
nilainya, mempunyai mutu yang tinggi serta menjadi standard untuk yang lain malah
mempunyai gaya yang sederhana dan ciri-ciri asas dan tidak berubah mengikut masa ( seperti
yang dinyatakan dalam Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin et. all, 2022). Prosa ini adalah
bentuk kesusasteraan yang dikekalkan hingga kini serta menjadi salah satu sumber
pengetahuan, pengajaran, amalan serta pengenalan kepada masyarakat luar berkaitan
masyarakat Melayu.

Prosa tradisional ini juga boleh dikatakan berbeza dengan sastera yang lama kerana
sastera dahulu hanya bersifat sementara manakala prosa tradisional ini kekal. Prosa tradisional
ini pula bersifat turun-temurun walaupun prosa ini telah lama dihasilkan. Pada awalnya, prosa
ini menerima pengaruh Hindu dan Buddha tetapi pengaruh ini hanya menyumbang sedikit ke
arah pertumbuhan prosa ini. Perkara ini terjadi kerana setiap cerita dan bahasa yang digunakan
sukar difahami kerana ianya menggunakan bahasa Melayu Kuno dan Sanskrit. Prosa ini boleh
dijelaskan sebagai satu bentuk karangan yang panjang dan tidak terbatas kepada cerita iaitu
cerita malah termasuk juga beberapa karya buka cerita iaitu bukan naratif.

3

3.1.1.1 NARATIF
Selain itu, prosa tradisional berbentuk naratif dan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan ini dikelaskan lagi kepada tiga aspek utama iaitu :

Rajah 1: Naratif
Pertama ialah mitos iaitu satu kejadian atau cerita yang dijangka benar-benar berlaku
malah dianggap suci oleh pemilik cerita serta masyarakat juga menyokongnya. Mitos ini
mengisahkan berkaitan pembomohan, kejadian alam semesta, kedatangan Islam pembukaan
kerajaan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Antara tokoh yang terlibat terdiri daripada dewa,
makhluk halus atau separuh dewa yang pernah terjadi pada zaman dahulu.
Ciri-ciri yang terdapat mitos adalah dianggap benar-benar berlaku setiap peristiwa
dianggap aneh tetapi penting kerana ianya memberi kesan kepada masyarakat berkaitan apa
yang berlaku pada masa lampau. Di dalam sastera, mitos terbahagi kepada tiga jenis iaitu
mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik.

4

Rajah 2: Mitos
Mitos asal usul ini terjadi pada masa lalu dan dianggap suci dan masyarakat
menyokongnya. Mitos ini juga menghasut pemikiran masyarakat agar bersifat mistik serta
berpaut dengan suatu perkara yang magis dan sulit. Contohnya,kejadian bentuk-bentuk
binatang, asal usul kejadian alam dan sebagainya.
Mitos institusi sosial pula adalah satu cerita mengenai asal usul sebuah institusi sosial
yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu. Contohnya, institusi bomoh yang
berkaitan perubatan dan pemulihan, pendinding diri dan adat berandam. Makala bagi mitos
politik pula mengenai struktur pemerintahan dan kerajaan. Contohnya, mitos kisah keturunan
raja-raja melayu. Tetapi, mitos ini sudah mengalami kecairan hingga kadang-kadang tidak lagi
menjadi mitos kerana pengaruh daripada agama yang dianuti oleh masyarakat.
Kedua ialah lagenda iaitu satu cerita yang ditokok tambah tapi dipercayai benar-benar
berlaku.   Ia juga merupakan cerita yang dianggap tidak suci.  Lagenda ini mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri iaitu satu komunikasi lisan yang berasaskan kisah-kisah sama ada
kisah silam atau yang berkait dengan masa silam seseorang.  Namun, lagenda ini mempunyai
bukti seperti kubur atau binaan.  Oleh sebab itu, masyarakat percaya akan kejadian tersebut
benar-benar berlaku.
Selain itu, lagenda ini mempunyai lima jenis iaitu lagenda keagamaan, lagenda alam
ghaib, lagenda perseorangan, lagenda tempat, dan lagenda tokoh. 

5

Rajah 3: Lagenda

Lagenda keagamaan ini berkaitan orang alim orang yang menyebarkan agama malah
tokoh itu wujud dan menjadi buah mulut masyarakat.  Bagi lagenda alam ghaib pula berfungsi
untuk menguatkan kebenaran bagi sesuatu kepercayaan.  Ia juga sebahagian daripada
pengalaman peribadi seseorang, tetapi masih mempunyai unsur tradisional, contohnya
terjumpa dengan makhluk halus.  Seterusnya, bagi lagenda perseorangan pula, ia berkaitan
dengan tokoh yang tertentu dan dianggap benar.  Ia mempunyai latar masa dan tempat
kejadian tersebut terjadi, namun unit sama dan kiraan sama dengan masa yang sebenar.
Contohnya, tokoh agama seperti Sheikh Omar Bashyir, Pawang Langkat.

Tambahan lagi, bagi lagenda tempat pula menceritakan tentang asal usul sesuatu
tempat dan nama tempat tersebut diberi kadangkala berdasarkan  nama binatang atau tokoh. 
Contohnya, dari aspek historiografi, ia berkait dengan peristiwa yang rapat dan fakta-fakta
sejarah tempatan.  Manakala bagi aspek tokoh istimewa pula nama tempat itu dinamai
sempena nama tokoh yang mempunyai kekuatan ajaib.  Lagenda terakhir ialah lagenda tokoh. 
Misalnya kisah Mahsuri yang dianggap sebagai cerita benar kerana mempunyai masa dan
ruang yang benar.  Malah terdapat beberapa bukti yang kukuhkan lagi cerita ini seperti kubur
Mahsuri yang terletak Pulau Langkawi.

Ketiga adalah cerita rakyat. Cerita rakyat ini berbentuk prosa dan tidak dianggap wujud
dan terjadi. Ianya sekadar hiburan, mengandungi sindiran, moral serta menegakkan kebenaran
yang berlaku. Cerita rakyat ini dikelaskan kepada tiga iaitu cerita binatang, cerita dongeng dan
cerita jenaka.

6

Rajah 4:Cerita rakyat

Bagi cerita binatang, cerita ini diwakili oleh binatang yang mempunyai setiap gambaran
tingkah laku dan sikap seperti manusia. Ciri-ciri yang terdapat dalam cerita binatang ini ialah
tokoh yang digunakan ialah binatang berperwatakkan manusia. Justeru, kebiasaannya watak
utama bagi binatang dalam setiap cerita pasti bersaiz kecil dan mempunyai otak yang cerdik
manakala watak antagonisnya pula pasti bersaiz besar dan kurang cerdik. Contohnya, Si
Kancil dan buaya yang menunjukkan kecerdikannya untuk merentasi sungai yang penuh
dengan buaya untuk makan buah yang terdapat di seberang.

Seterusnya, cerita lipur lara iaitu terdapat dalam cerita dongeng. Cerita lipur lara ini
dituturkan oleh para penglipur lara seperti Awang Belanga, Awang Batil dan Tok Selampit.
Ciri-ciri bagi cerita dongeng ini ialah ianya disampaikan secara lisan dari generasi ke generasi
baru dengan adanya tokok tambah. Cerita ini mempunyai pendidikan dan hiburan dan ianya
mendukung ciri tempatan. Selain itu, cerita ini turut menyelitkan puisi tradisional yang berkaitan
dengan tajuk pengembaraan, peperangan serta percintaan. Cerita lipur lara ini mempunyai
panduan dan pengajaran seperti kebenaran akan menang dan kebatilan akan kalah. Plot
dalam cerita ini terdiri daripada pengenalan, perkembangan dan pengakhiran dan kebiasaannya
watak yang memainkan peranan ialah manusia biasa dan dewi. Cerita ini pula mempunyai
unsur kesaktian dan biasanya berlaku di dunia kayangan dan alam ghaib. Contoh cerita ialah
Hikayat Malim Dewa.

Selain itu, bagi cerita jenaka pula ialah satu cerita yang membuat orang lain gembira
apabila mendengarnya. Ciri-ciri bagi cerita ini ialah terdapat unsur seperti unsur kebetulan

7

terhadap situasi sebenar yang berlaku dalam ragam manusia. Unsur lucu muncul dalam cerita
ini melalui laluan cerita yang disampaikan serta melalui dialog yang dipertuturkan. Setiap
watak yang ditampilkan mengandungi sifatnya yang tersendiri seperti watak bodoh melalui Pak
Pandir, watak bodoh sial melalui cerita Lebai Malang dan watak pintar iaitu Pak Belalang.
Contoh ceritanya ialah Pak Belalang, Pak Kaduk dan lain-lain.

Seterusnya, bagi naratif tulisan ini merupakan pengalaman yang dihasilkan dalam
bentuk tulisan. Naratif ini berlaku apabila masyarakat mampu membaca atau menulis. Naratif
tulisan ini terdiri daripada sastera sejarah, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, dan
sastera agama. Setiap sastera ini mempunyai fungsi berlainan.

Sastera sejarah menceritakan berkaitan latar belakang suatu tradisi serta menjadikan ia
sebagai satu sejarah. Contohnya, Hikayat Merong Mahawangsa. Bagi sastera hikayat pula
sastera yang dicoretkan menggunakan corak bahasa lama dan ianya mengisahkan suatu
kehidupan yang terjadi terhadap pemerintahan bagi sesebuah kerajaan. Contohnya, Hikayat
Ramayana. Manakala bagi sastera panji berfungsi untuk menceritakan berkaitan kehidupan
manusia yang dipenuhi dengan rasa kasih sayang. Selain itu, sastera epik pula berkaitan
watak-watak yang mempunyai kehebatan dalam diri dan bagi sastera agama pula dilihat dari
segi perkembangan sastera Islam.

3.1.1.2 BUKAN NARATIF

Di samping itu, bagi bukan naratif pula ia bermaksud satu karya prosa yang mengaplikasikan
bahasa Melayu kuno tetapi kadar naratifnya sedikit. Terdapat empat jenis iaitu:

i. Sastera Kitab

ii. Sastera Ketatanegaraan

iii. Sastera Undang-undang

iv. Sastera Sufi

Bagi Sastera Kitab, ia wujud sejak Islam masuk ke Alam Melayu dan Kitab Jawi atau
Kitab Kuning digunakan sebagai bahan pengajaran di majlis mengaji kitab. Pengajaran ini

8

masih berterusan di masjid dan surau hingga kini. Kitab yang digunakan sebagai bahan
pengajaran terdiri daripada kitab ilmu tauhid, tasawuf, fikah, sejarah nabi dan lain-lain. Sastera
Ketatanegaraan pula adalah satu karya sastera yang terkandung unsur kaedah, aturan dan
cara yang penting dalam pemerintahan sesebuah negara.

Sastera undang-undang ialah keseluruhan peraturan yang telah digubal oleh kerajaan
serta harus dipatuhi oleh setiap lapis masyarakat. Bagi undang-undang Melayu lama terdiri
daripada tiga iaitu Adat Perpatih, Adat Temenggung dan Undang-undang Islam. Terakhir ialah
sastera sufi ialah satu jenis kesusasteraan yang dikarya oleh pengarang yang mengamalkan
ajaran tasawuf. Ciri-ciri utama yang terdapat dalamnya ialah mempunyai makna yang dalam,
berjiwa tinggi, patuh kepada Allah, dan khayalannya melayang jauh.

3.1.2 PUISI TRADISIONAL

Puisi ialah satu bentuk sastera terawal bagi setiap bangsa di dunia misalnya masyarakat Hindu
menggunakan puisi untuk melahirkan Ramayana dan Mahabharata. Menurut Harun Mat Piah
(seperti yang dinyatakan dalam Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin et all, 2022) beliau
menyatakan bahawa antara bentuk dalam puisi tradisional seperti syair, seloka, gurindam,
pantun, dan sebagainya.

Syair ialah sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan dibawa masuk ke
Nusantara bersama dengan kedatangan Islam. Syair ini juga telah diubahsuai berdasarkan
kesesuaian bahasa Melayu Klasik pada masa itu. Dalam bahasa Melayu, perkataan syair ini
telah menjadi satu istilah yang khas. Syair ini berbentuk konvensional yang mempunyai empat
baris serangkap dengan rima akhir iaitu ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’, dan setiap baris mengandungi 4 hingga 5
patah perkataan malah mempunyai 8 hingga 12 setiap baris. Dalam setiap baris terdapat tanda
henti dan setiap rangkap mempunyai beberapa rangkap yang berurutan bagi menyampaikan
idea. Syair ini ingin menyampaikan nasihat, fikiran, kisah, dan lain-lain dan setiap untainya
mempunyai awalan dan akhiran.

Contoh syair nasihat:

Dengar sahabat syairku ini,

9

Syair nasihat seikhlas hati,
Ceritanya tentang hidup kita ini,
Banyak cabaran harus hadapi.

Setiap hidup hendaklah setia,
Supaya orang sentiasa percaya,
Buat baik sesama manusia,
Jahat durhaka jauhkan saja.

Bila berkawan jangan bergaduh,
Tiada guna bermusuh-musuh,
Jauhi sekali bersikap angkuh,
Tersisih hidup semakin keruh.

Walaupun kaya jangan menghina,
Kaya dan miskin sama sahaja,
Yang hina jangan ditambah hina,
Kerana hidup seperti roda.

10

3.2 KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

Seterusnya, kesusasteraan Melayu moden ini merupakan karya yang dicetak menggunakan
mesin dan kesusasteraan moden ini bermula apabila wujudnya karya Abdullah Munsyi.
Kesusasteraan ini semakin diperluaskan ketika zaman selepas perang hingga tahun 1970 dan
juga zaman kini. Pada zaman itu, ramai antara mereka yang menjadi tokoh penting dalam
Kesusasteraan Melayu Moden seperti Usman Awang, Arena Wati dan lain-lain. Menurut Syed
Muhammad Naquib Al-Attas, beliau menyatakan bahawa Islam telah membawa zaman
kemodenan kepada Alam Melayu (seperti yang dinyatakan dalam Harun Jaafar, 2000). Kesan
daripada kedatangan Islam ini, ia telah mengubah setiap segi kehidupan masyarakat Melayu.

Perkara lain yang menjadi teras kemodenan sastera ini ialah sebarang perubahan yang
berlaku dalam isi kandungan setiap karya yang dihasilkan. Dapat dilihat, setiap karya moden
yang dihasilkan mengutarakan perkara-perkara yang berlaku nyata di muka bumi dan
meninggalkan kelaziman yang sering ditunjukkan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisonal tapi
tidak semuanya. Kegiatan sastera moden ini berjalan hingga sebelum berlakunya Perang
Dunia Kedua. Kesemua hasil sastera ini dikeluarkan menggunakan media cetak.

3.2.1 PROSA MODEN

Prosa moden ialah karya sastera yang bebas dalam menggambarkan pengalaman, pemikiran,
situasi serta persoalan dalam kehidupan yang sebenar dalam bentuk tulisan karya untuk
menyampaikan sesebuah maksud yang tersirat. Ciri-ciri dalam prosa moden ini ialah
mempunyai mesej yang tersirat, bersifat bebas, keterbukaan serta kreatif. Prosa moden ini,
pengarang tidak mempunyai batas dengan tema, struktur, jalan cerita dan sebagainya bagi
menghasilkan sesebuah karya berbanding prosa tradisional yang perlu ikut setiap kriteria yang
telah ditetapkan dan menjadi panduan asas para pengarang. Prosa moden ini terdiri daripada
tiga kategori iaitu cerpen, novel, dan drama.

11

Rajah 5: Prosa moden

Pertama, cerpen merupakan gabungan bagi dua perkataan iaitu perkataan cerita dan
pendek. Cerpen ini berkembang jika suatu kegiatan persuratkabaran Melayu telah mencapai
zaman gemilang sekitar tahun 1930-an. Ianya bukan sahaja alat bagi menggambarkan
perasaan, sikap serta pandangan pengarang namun ia merupakan gambaran berkaitan suatu
zaman seperti masalah politik, sosial atau ekonomi. Suatu peristiwa atau kejadian akan
menjadi perkara penting. Dari aspek perwatakan, ia lebih tumpukan pada perkembangan watak
kepada orang yang tertentu sahaja dan watak sampingan pula hanya untuk kukuhkan lagi jalan
cerita yang dibawa oleh watak utama. Cerpen hanya mempunyai satu plot dan ianya
dikembangkan dengan teliti. Terdapat juga pencetusan emosi dalam cerpen ini agar
pembacaannya lebih menarik dan pembaca dapat merasai pengalaman seperti yang
digambarkan dalam cerpen.

Seterusnya, novel ialah prosa yang panjang dan isinnya pula sebahagian daripada jalan
sebuah kehidupan. Perkataan novel ini daripada bahasa Itali iaitu novella iaitu benda kecil yang
baharu. Novel ini menceritakan kisah hidup manusia pada suatu tempat dan masa tertentu.
Novel ini terdiri daripada tiga faktor yang penting iaitu realiti rencam hidup, imaginasi, dan
pengalaman peribadi. Setiap idea yang dihasilkan bukan sahaja mengenai tahap kehidupan
manusia malah turut berleluasa di sekitar kehidupan selain manusia.

Terakhir ialah drama. Drama ini tergolong dalam kalangan prosa moden kerana ia juga
merupakan salah satu bentuk karya sastera. Penulis akan menyampaikan pemikiran dan mesej
mereka melalui lakonan dan dialog. Antara unsur yang membantu dalam menjayakan suatu
drama itu adalah skrip drama itu sendiri yang menjadi panduan kepada pengarah. Pengarah
pula akan menjalankan tugasnya untuk selaraskan pementasan drama itu. Setiap pelakon atau
watak yang terdapat dalam drama tersebut wajarlah memainkan peranan yang penting. Selain
itu, unsur pakaian, cahaya, tata rias serta penonton turut penting dalam menyempurnakan
pementasan drama tersebut.

3.2.2 PUISI MODEN

Puisi moden ini hanya mempunyai sajak. Sajak tersebut berbentuk bebas dan tidak terikat
pada pola yang khusus walaupun ada kalanya memberikan ciri matra, rentak, dan rima. Sajak
lebih tumpukan kepada keberkesanan pengucapan perasan melalui perkataan yang digunakan

12

mestilah saling terjalin menurut erti dan drama. Sajak boleh dijelaskan sebagai satu luahan
perasaan seorang penyair. Sajak yang lahir daripada jiwa merupakan satu sajak yang baik dan
tidak hanya bermain dengan kata-kata serta boleh menjadi renungan kepada masyarakat. Ia
juga terbentuk daripada kata-kata terbaik yang mempunyai nilai erti yang seimbang malah
bersifat harmonis antara maksud dan kata yang dilontarkan.

Selain itu, sajak ini juga tidak terikat pada peraturan seperti diksi atau pemilihan kata,
bentuk rangkap, baris serta rima. Ciri bagi sajak pula ialah adanya nama penulis sebagai
pengaku hak atas sesebuah karya yang dilakukan walaupun menggunakan nama samaran.
Boleh dikatakan disini bahawa puisi moden ini bersifat kreatif.

Contoh sajak:

Hidup
Perjuangan abadi
Oleh semua yang bernafas
Yang merasai akan agungnya
Karya ciptaannya
Hidup
Menempuh pelbagai cabaran
Semata untuk mempastikan
Kita pejuang yang berjaya
Menempuh dan mengalami
Ertinya yang sebenar..
Hidup pelbagai
Definisi diberikan
Kepalsuan, kesusahan,
Kerakusan
Dan kebahagiaan

13

Namun satu yang dicari
Pengalaman yang tidak akan
Kembali..
Hidup
Akhirmu bukan dikubur
Namun bergantung kepada
Perjuanganmu
Nanti akan ditentukannya…

3.3 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam kajian yang telah dilakukan, didapati bawasa ciri kesusasteraan Melayu ini terdiri
daripada lima kumpulan tersendiri iaitu:

i. Lisan

ii. Tulisan

iii. Kreatif

iv. Bukan kreatif

v. Estetik
Lisan merupakan ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional. Dalam bahasa
Arab, lisan bermaksud kata-kata atau lidah. Dapat dikatakan bahawa kesusasteraan
ini disampaikan secara lisan iaitu pertuturan dan kata-kata. Wujudnya manusia yang
mempunyai bakat besar dalam bidang kesusasteraan dan mampu membuat karya
seperti puisi dan prosa pada zaman tradisional.
Tulisan pula wujud apabila masyarakat Melayu menerima pengaruh Islam dan
menerima sistem tulisan. Oleh itu, berlaku perubahan dalam menghasilkan karya

14

kesusasteraan seperti peralihan daripada lisan ke tulisan. Namun, kebolehan menulis
lebih kepada golonganbangsawan di istana manakala rakyat masih menggunakan
kaedah lisan. Maka, lahirkan banyak karya kesusasteraan di istana yang ditulis
menggunakan tulisan Jawi.

Bagi kreatif pula ia pada awalnya karya kesusasteraan kreatif bermaksud satu
karya prosa dan puisi naratif dan bukan naratif. Dengan ini, sajak, cerpen, drama,
novel, prosa tradisional dan puisi tradisional tergolong dalam kesusasteraan kreatif.
Manakala bukan kreatif ialah hasil karya seperti rencana, esei dan sebagainya. Akhir
sekali ialah estetik yang merujuk kepada indahnya karya yang dicipta oleh penulis.

4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

4.1 FUNGSI DALAM ASPEK HIBURAN

Aspek hiburan ini diperlukan dalam kesusasteraan bagi menghasilkan satu karya sastera yang
memberi rasa gembira. Setiap hiburan yang berlaku daripada kata-kata indah yang
diungkapkan, rentak atau irama yang indah yang membuai perasaan para pembaca atau
pendengar. Ianya penting untuk menjadikan satu karya sastera tersebut diterima dalam
masyarakat dan digilai ramai. Contohnya, pantun merupakan karya sastera yang terkenal
kerana mempunyai keupayaan untuk mendukung kata-kata yang indah dan menghiburkan.

Pantun pula mempunyai struktur bacaannya yang unik dan ia dapat menghasilkan
keindahan apabila membaca. Seterusnya, pantun ini akan disampaikan dalam pelbagai variasi
yang bertambah fungsi yang menghiburkan dan menjadi lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu
dan sebagainya. Namun, hiburan juga terdapat dalam cerita seperti cerita Pak Kaduk. Dalam
cerita, ianya bukan sahaja menghiburkan hati malah ia turut mempunyai pengajarannya yang
tersendiri yang ingin disampaikan kepada pembaca.

Terdapat novel terbaik dalam sastera moden seperti novel Anak Mat Lela Gila karya
Ishak Haji Muhammad. Dalam novel tersebut, pengarang ingin sampaikan kritikannya kepada

15

masyarakat secara tersirat dengan menggunakan gaya bahasa yang lama tetapi mudah untuk
difahami.

4.2 FUNGSI DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Dalam aspek pendidikan, semua pengalaman para pengarang akan diterjemah melalui
kisah-kisah yang ditulis oleh mereka sendiri dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, dan
ekonomi. Karya yang dihasilkan mempunyai pengajarannya tersendiri dan ilmu yang tinggi dan
boleh diambil oleh pembaca. Dengan ini, berlaku pendidikan secara tidak sedar. Dapat dilihat
bahawa setiap bahan sastera ini boleh menjadi bahan pendidikan bagi masyarakat. Subjek
kesusasteraan telah diwujudkan dalam negara kita bagi pelajar serta rakyat dalam negara untuk
menjiwai setiap nilai dan unsur dari aspek kemanusiaan, rohani, kebudayaan, dan sebagainya.
Pendidikan dalam kesusasteraan ini dapat mencerminkan sesebuah masyarakat yang
mempunyai seni yang kreatif serta dapat mengkaji keindahan dalam sastera.

Selain itu, ia juga berperanan untuk membina sahsiah dalam hidup manusia dan ia
sangat kena dengan konsep membina ‘modal insan’ yang diharapkan bagi memimpin negara.
Dapat kita lihat kini bahawa ramai masyarakat yang bijak dalam bidang sains dan teknologi
tetapi mereka gagal dalam sikap pemimpin yang mempunyai jati diri, bermoral serta sifat
kemanusian dalam diri. Maka, muncullah masalah yang memburukkan nama negara seperti
rasuah, runtuhnya moral, dan lain-lain. Oleh itu, sastera ini terkandung nilai sejagat yang
mempunyai sifat kemanusiaan yang sebenar. Pada peringkat pengajian tinggi, mereka
didedahkan dengan kaedah untuk menulis penulisan ilmiah, penulisan kreatif dan lain-lain bagi
membudayakan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

4.3 FUNGSI DALAM ASPEK DAKWAH

Dalam aspek dakwah pula ia adalah sebagai satu proses penyampaian pesan suci Tuhan
kepada manusia. Terdapat beberapa ciri penting bagi membentuk pandangan sastera iaitu nilai
positif dan realistik yang menilik sesuatu seperti mana ada. Dalam sastera Islam, ia dijelaskan
dan berciri realistik. Dakwah ini meraikan pendapat yang haq dalam melukis atau menilai

16

sesebuah hakikat dengan tekankan aspek al-ta’dib iaitu mendidik dan al-tawjih iaitu
membimbing serta berkait dengan ciri yang estetik, takmilahnya dan prinsip takamul.

Kekuatan yang terdapat dalam prinsip ini untuk melahirkan sisi pandang yang
kosmologinya kukuh yang berakar dari kefahaman nilai yang jelas dalam melakukan
transformasi kemanusiaan serta revolusi kebudayaan. Perkara ini memberi kesan dalam
bentuk citra serta perubahan pada dinamik. Seterusnya, pembangunan sastera Islam dalam
Alam Melayu ini telah digerakkan di bawah pengaruh dakwah serta harakat islam yang
berleluasa antara abad 13 hingga 16 M. Gerakan Islamisasi pada abad ke-13 ini membawa
suatu perubahan dalam sejarah kebudayaan Melayu. Menurut Siddiq Fadzil (2012), beliau
menyatakan bahawa gerakan dari gerakan Islamisasi in telah mewujudkan satu wabak baru
dalam persuratan Melayu-Islam. Ia melahirkan umat yang baharu iaitu dengan adanya
pandangan agama serta kebudayaan dan umat ini bakal melihat segala sesuatu serta
menerangkan segalanya berasaskan tatanan nilai Islamik dan etos.

Selain itu, antara sumbangan Islam dalam membentuk akhlak masyarakat Melayu ini
telah dilakukan oleh pihak sarjana untuk mengukur dan melihat sejarah sumbangan isastera
Islam ini menjauh dalam membentuk akhlak masyarakat alam Melayu. Namun, jika masih
berpegang pada konsep sastera Islam seperti yang dinyatakan oleh Ismail Hamid, kesemua
teks sastera Islam ini tidak terbatas hanya pada cerita para nabi yang telah diolah semula tetapi
ianya bersikap terbuka kepada cerita yang lain seperti syair, pantun, gurindam, dan sebagainya.
Misalnya pengarang Hamzah Fansuri mengambil bentuk syair sebagai satu alat untuk
sampaikan ajaran Islam seperti karya Syair Perahu.

Boleh dikatakan hampir semua hasil karya sastera Melayu dipenuhi dengan nilai-nilai
bagi mendidik secara langsung dan tidak langsung. Setiap karya yang mengisahkan para nabi
menjadi satu fungsi bagi mengukuhkan lagi iman seorang umat Islam terhadap para rasul dan
nabi. Bagi setiap jenis sastera seperti pantun, sajak, cerita rakyat, dan lain memainkan
peranannya yang tersendiri untuk membentuk akhlak masyarakat.

17

4.4 FUNGSI DALAM ASPEK KRITIKAN SOSIAL

Akhir sekali, bagi aspek kritikan sosial, sastera ini merupakan satu rakaman kehidupan yang
menyelongkar selok belok kehidupan manusia daripada pelbagai sudut yang berbeza. Ianya
akan ditulis dalam sastera dan ianya benar-benar berlaku dalam kehidupan manusia. Selain
itu, setiap karya sastera ini bukan sahaja merakamkan perkara yang asing sahaja malah
perkara biasa turut diolah ke bentuk yang kreatif.

Lantaran itu, sastera ini tertumpu kepada kehidupan dan manusia, masyarakat, tentunya
hubungan dan ketiga-tiga perkara ini saling berkait. Dalam hidup masyarakat yang mempunyai
susun lapis yang pelbagai dan wujudnya jurang antara masyarakat ini akan mempengaruhi
adab dan susila sama ada untuk tujuan menegur, menyampaikan maklumat atau menyindir.
Setiap masyarakat mempunyai watak dan peranannya yang tersendiri tetapi mereka tidak dapat
menyelesaikan tugas dengan amanah. Contohnya, dalam novel Titis Darah Terakhir karya
Adhyat Helmy ini mempunyai konsep perjuangan dan ianya didapati dalam petika berikut:

“... Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering

di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak

kita dan hak kita perlu dipertahankan”

Petikan di atas menunjukkan bahawa perjuangan untuk menegakkan hak memerlukan sebuah
pengorbanan dan pertumpahan darah. Perkara ini dikesan berdasarkan frasa “biar darah kita
kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali.”

5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal merupakan satu daya pemikiran seseorang untuk memahami sesuatu yang abstrak atau
konkrit sama ada praktikal atau teoritikal. Budi pula mewakilkan perasaan, keyakinan serta
kesedaran. Akal budi ini terdiri daripada beberapa jenis yang dapat dilihat dalam masyarakat
seperti keagamaan, kepercayaan, adat istiadat, sistem kekeluargaan, dan nilai murni. Akal budi
yang terkandung dalam kehidupan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam,
mementingkan aspek pendidikan bagi membentuk manusia yang beradab, taat, dan bertakwa.

18

Ketinggian yang terdapat dalam akal budi ini pada asalnya tidak dapat diceraikan daripada
dimensi alam, pengalaman praktikal, budaya serta ilmu dari warisan turun-temurun nenek
moyang.

Akal budi ini mempunyai konsep yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang dilihat berusaha untuk meningkatkan daya pemikiran dalam kalangan murid
menerusi kemahiran berbahasa bagi melahirkan generasi yang kreatif dan kritis, untuk
meningkatkan kekuatan intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Akal budi ini terdiri daripda lima
iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan, gaya hidup, dan kehalusan bahasa.

Rajah 6: Akal budi
Pemikiran ialah satu proses yang mencabar minda untuk mencari pahaman dan makna
terhadap sesuatu bagi menerokai pelbagai kemungkinan idea serta membuat keputusan dalam
menyelesaikan masalah lalu membuat refleksi terhadap perkara yang dilalui. Dari aspek
pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat berdasarkan kesantunan yang ditunjukkan.
Menurut Kamus Dewan, santun ini bermaksud halus budi bahasa dan berusaha untuk
mengelak berlakunya konflik antara pendengar dengan penutur semasa proses berkomunikasi
sedang berlaku.

19

Seterusnya, perlakuan boleh ditafsirkan sebagai satu perbuatan yang berlaku dalam
kehidupan seharian. Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai masyarakat yang penuh dengan
kelakuan yang baik dan berhemah. Contohnya, masyarakat Melayu kebiasaanya akan
utamakan tetamu walaupun sedang sibuk. Bagi gaya hidup pula, ia adalah cara tertentu
individu menjalani kehidupannya mengikut kemampuan masing-masing. Dalam kehalusan
bahasa pula seperti penggunaan bahasa yang baik, beradab, berlapik bagi menunjukkan
keperibadian yang mulia. Tambahan lagi, masyarakat dilarang sama sekali untuk menghina
atau merendah-rendahkan martabat orang lain kerana bak peribahasa lidah lebih tajam
daripada mata pedang.

5.1 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH PANTUN

Ungku Aziz (2011) ada menyatakan bahawa pantun tidak akan wujud dalam bentuk yang
kosong atau vakum. Pantun merupakan salah satu manifestasi yang terbaik dalam seni sastera
orang Melayu. Pantun ini juga digunakan dalam menyampaikan perasaan dan pemikiran serta
pantun ini juga merupakan kepunyaan asli orang Melayu. Mereka sudah bijak dalam berpantun
biarpun pada tika itu mereka masih belum tahu dalam kaedah surat-menyurat. Oleh itu, dapat
dilihat kini terdapat beberapa jenis pantun seperti pantun dua rangkap, empat rangkap, enam
rangkap, dan banyak lagi. Pantun mempunyai pembayang dan maksud. Contoh pantun:

Puas sudah menanam ubi,

Nanas juga dipandang orang,

Puas sudah menanam budi,

Emas juga dipandang orang.

Dari aspek pemikiran, pantun di atas dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan pembayang
yang berkaitan dengan alam iaitu ubi dan nanas. Dapat kita lihat disini bahawa buah nanas
merupakan satu buah yang sangat menarik perhatian kerana warnanya yang kuning apabila
masak malah baunya juga harum. Buah nanas ini digambarkan sebagai emas yang menjadi
kegilaan ramai tika ini. Perkara ini berbeza dengan ubi kerana ubi ini melambangkan sikap
berbudi seseorang yang tidak suka bermegah dengan kehebatan. Hal ini kerana, ubi

20

membesar di dalam tanah malah tiada orang nampak. Dengan ini, akal budi dalam pantun ini
mahukan setiap lapis masyarakat agar tidak mengejar perkara yang kelihatan istimewa di luar
tetapi hendaklah mengejar perkara yang mementingkan sikap berbudi dan rendah diri.

Akal budi dalam pantun tersebut ingin memberi nasihat kepada masyarakat agar
sentiasa memandang tinggi terhadap nilai budi seseorang selain memandang fizik atau
kekayaan yang dimiliki oleh individu tersebut. Pantun ini menggunakan makanan seperti nanas
dan ubi. Nanas merupakan makanan yang menjadi pencuci mulut manakala ubi pula
merupakan makanan ruji bagi masyarakat. Masyarakat lebih memerlukan ubi kerana ianya
mengenyangkan dan bukannya nanas yang hanya sebagai manis mulut. Dapat dikatakan disini
bahawa, ubi lebih penting berbanding nanas.

Dalam segi pertuturan, pantun tersebut ingin menyatakan bahawa walaupun banyak
budi yang ditanam, namun tetap kalah dengan rupa dan kekayaan yang ditayang. Bagi aspek
gaya hidup juga ada menyatakan bahawa masyarakat kini lebih lihat akan sesuatu yang
menarik dan berharga pada mata seperti emas dan bukannya bernilai dalam diri iaitu budi.
Bagi kehalusan bahasa pula, dalam ayat ketiga dan keempat iaitu “Puas sudah menanam budi,

Emas juga dipandang orang”, dalam ayat ini, ia ingin menyatakan bahawa sesusah mana
seseorang itu menyemaikan sikap berbudi dalam diri, ia tetap tewas akan orang yang berharta.
Manakala bagi gaya hidup pula, biarlah kita hidup secara tidak menonjol tetapi mempunyai budi
bahasa daripada hidup sentiasa bermegah tetapi tiada budi dalam hidup.

5.2 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH SYAIR

Syair ini merupakan satu bentuk puisi tradisional yang dicipta dan menjadi hak milik orang
Melayu yang dipengaruhi daripada Parsi dan Arab. Dalam puisi Melayu Tradisional, syair ini
berbentuk dipercayai, diperkembangkan dan diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada abad
ke-16 dengan bertujuan untuk mengajar agama Islam kepada masyarakat. Menurut harun Mat
Piah pada tahun 1989, beliau ada menyatakan bahawa, Syair Melayu ini tidak beracuan syair
daripada orang Arab atau puisi Arab-Parsi, namun ia adalah dalam bentuk acuan asal
masyarakat Melayu. Contoh syair:

21

Syair dagang Hamzah Fansuri

Rajah 7: Syair Dagang
Pengarang menghasilkan karya ini adalah untuk menceritakan tentang Allah iaitu
berkaitan pengalaman bantin yang dialami olehnya. Pengarang juga menceritakan bahawa
semua perkara yang benar-benar terjadi. Hati seseorang itu mestilah selalu dicuci agar
sentiasa bersih daripada perkara-perkara yang negatif. Proses pembersihan ini perlu dilakukan
secara berterusan dengan sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Semakin suci hati
seseorang itu, maka semakin jelas ia dapat melihat Allah. Individu yang mempunyai hati yang
bersih dan jernih dapat mengamalkan ajaran hakikat dengan bersungguh-sungguh dan
akhirnya dapat bertemu dengan Allah.
Dari aspek pemikiran, dapat dilihat bahawa anak dagang itu digambarkan sebagai anak
mu’ alam yang tahu jalan yang lurus. Perasaan cinta yang mendalam serta imannya yang
kukuh dapat memberi pengetahuan dalam siri yang mendalam. Dari segi gaya hidup, anak
dagang ini hidup dalam agama Islam dan diterapkan nilai positif dalam hidup. Penyair juga
yakin bahawa masyarakat mempunyai keyakinan yang kukuh berkaitan ikhtiar dalam diri

22

mereka bagi mengatasi segala kesukaran dalam hidup mereka. Penyair menyuruh agar
masyarakat kenal diri sendiri agar tidak lupa diri. Dalam rangkap ke-8 iaitu “ Mencari dunia
berkawan-kawan, Oleh nafsu khabî ts badan tertawan,” penyair menyarankan agar masyarakat
bijak mencari kawan agar tidak hanyut dengan nafsu yang susah untuk dikawal.

5.3 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH SELOKA

Perkataan seloka ini berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka yang bermaksud
berseloroh, sindir atai jenaka. Seloka ini berkembang pada Alam melayu ketika datangnya
pengaruh Hindu. Seloka ini merupakan satu bentuk puisi tradisional yang berbentuk karangan
yang berangkap serta menggunakan bahasa yang berirama serta seloka lebih kepada bidalan,
perumpamaan dan pepatah yang terdapat unsur gurau senda, ejekan serta sindiran. Terdapat
juga seloka yang berbentuk terikat seperti mempunyai empat rangkap dan bentuknya hampir
seperti pantun dan syair. Harun Mat Piah (1989) pernah berpendapat bahawa seloka ini
tertumpu kepada puisi Melayu yang bebas serta mempunyai bentuk yang tertentu dari aspek
jumlah baris, kesamaan irama dan rangkap.

Secara keseluruhannya, seloka adalah satu ungkapan yang berjajar iaitu melebihi
dariapda dua rangkap. Ciri penting dalam seloka ini adalah ianya mempunyai maksud
mengejek, menyindir serta mengkritik kelakuan. Namun, disebalik sindiran tersebut terdapat isi
pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang. Contoh seloka:

Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mahsyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

23

Jika diperhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur
la..la…la..la…

Seloka ini dinamakan sebagai seloka Cak Kun Cak kerana bunyi alat musik yang
dialunkan. Antara akal yang terdapat dalam seloka ini ialah pada ayat 1 dan 2 iaitu

“ Satu masa yang telah silam. Tak dapat diambil kembali”, pengarang ingin menceritakan

berkaitan kejadian yang telah berlaku pada masa lalu yang tidak dapat diputarkan kembali
waktunya. Manakala bagi ayat 5 hingga 8 pula, pengarang ingin mengatakan bahawasanya
pahlawan di tanah Melayu pada zaman dahulu sangat dihormati oleh orang ramai dan ditakuti
oleh musuh kerana kekuatan mereka yang sangat hebat.

Selain itu, semangat cintakan negara dan sayangkan bangsa yang berkobar-kobar
dalam diri mereka turut menjadi faktor kekuatan mereka. Seterusnya, bagi ayat 9 dan 10 pula,
pengarang ingin menyatakan atau menasihati bahawa perkara atau perbuatan leka yang lepas
jangan sesekali dikenang sebaliknya kita sebagai manusia seharusnya memikirkan masa yang
akan datang. Selain itu, bagi budi pula bagi ayat 3 dan 4 iaitu “ Melayu mahsyur serata alam.
Hidup mewah gagah sekali”, pengarang ingin menyatakan bahawa masyarakat hidup dalam
keadaan yang dilimpahi harta kekayaan dan kehidupan orang Melayu yang merupakan bangsa
yang terkenal ketika itu. Bagi ayat 7 dan 8 pula, “Melawan musuh tak terbilang. Gerak
semangat kerana bangsa”, ia menyatakan keberanian pahlawan dalam menjatuhkan musuh
demi untuk mempertahankan bangsa dan negara merupakan perlakuan yang patut dicontohi
oleh semua masyarakat.

Seterusnya, bagi ayat 11 dan 12, “ Hampir tinggal sehelai benang. Bencana sengaja
dipinang”, pengarang ingin menyatakan berkaitan masyarakat Melayu yang bertungkus lumus
mempertahankan tanah Melayu ketika dijajah oleh pelbagai pihak luar. Bahkan mereka sama
sekali tidak takut untuk menegakkan hak walaupun wujudnya perbezaan kemampuan. Bagi
ayat 20 pula iaitu “ Yang mana khilaf tegur menegur”, ia menunjukkan sesebuah masyarakat

24

yang hidup berhemah kerana mereka saling tegur menegur antara satu sama lain malah jika
ada diantara mereka yang melakukan kesalahan atau terdapat sebarang kekurangan dalam
aspek agama. Di samping itu, terdapat juga kesantunan yang digunakan misalnya perkataan
khilaf tersebut digunakan bagi menyindir masyarakat Melayu.

5.4 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH GURINDAM
Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu tradisional yang diperkenalkan oleh Raja Ali haji
melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846. Gurindam ini berbentuk terikat
iaitu dua baris serangkap mempunyai tiga hingga enam patah perkataan dengan rima ‘a’,’a’.
Dalam gurindam ini terdapat pengajaran, nasihat perasaan cinta dan kebenaran. Menurut
Kamus Dewan (1984), gurindam ini bermaksud suatu puisi yang terdiri daripada dua baris yang
berisikan banyak pengajaran. Contoh Gurindam Dua Belas bagi pasal pertama iaitu:

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilang nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma’rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,

25

Tahulah ia dunia mudarat.

Antara akal budi yang terdapat dalam gurindam di atas ialah pengarang mahu
menjelaskan kepada para pembaca bahawa hidup yang tidak mengenal agama merupakan
satu kehidupan yang sia-sia. Perkara ini dikatakan begitu kerana orang yang tidak mengenal
atau percaya akan agama, nescaya hidupnya tidak aman dan sentiasa berasa gelisah. Namun,
jika ia telah mengenal ajaran tawasuf, maka hidupnya akan semakin tenang. Selain itu, jika
seseorang itu mengenal Allah, ia akan sentiasa mematuhi perintah dan menjauhi larangan yang
telah ditetapkan oleh Allah kepada umatnya. Umat yang sentiasa mematuhi peintah Allah,
mereka tahu bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara sebelum kita
pulang kepada pencipta.

Oleh itu, dalam hidup ini, kita mestilah sedar akan diri sendiri ialah seorang hamba yang
mempunyai banyak kekurangan. Jika manusia sedar akan dunia yang sementara ini, mereka
pasti tidak mudah hanyut dengan harta dunia. Terdapat dua konteks yang dapat dilihat dalam
akal budi dalam gurindam ini iaitu dari konteks falsafah sera pemikiran. Falsafah disini
bermaksud kecintaan terhadap ilmu dan kenyataan. Amnya, falsafah memperolehi ciri
pemikiran yang luas bagi tujuan mendapatkan kebenaran yang sebenarnya. Menurut Mana
Sikana (1996), falsafah adalah suatu seni dalam berfikir, sesuatu yang masuk akal, bernas dan
mendalam. Bukan itu sahaja, falsafah yang terkandung didalam sesebuah karya sastera juga
membincangkan tentang subjek, iaitu sesuatu secara artistik serta estetik yang mana tempat
tersimpannya kehebatan falsafah. Jadi, falsafah adalah pemikiran tentang sesuatu yang sangat
terperinci serta membincangkan tentang pekata dengan mendalam bagi memperoleh jawapan
yang betul dan nyata tentang sesuatu perkara.

Antara falsafah yang terkandung dalam karya ini menceritakan mengenai pelbagai
persoalan berkaitan kehidupan manusia termasuk kehidupan di dunia dan akhirat. Contoh
persoalan yang dinyatakan dalam gurindam ini adalah perkara yang berkaitan tasawuf dan
aqidah, menjaga akhlak, konsep pemerintahan, dan syariat hukum Islam. Setiap nilai-nilai
murni yang terdapat dalam gurindam ini mencerminkan nilai bagi setiap insan yang mempunyai
jati diri yang sempurna dan indah.

Di samping itu, falsafah yang disampaikan di dalam gurindam ini adalah perkara yang
nyata berkaitan falsafah. Hal ini dikatakan demikian kerana, kandungan atau maksud yang

26

terdapat di dalam gurindam ini adalah ilmu yang benar dan sahur dari sumber yang dipercayai.
Ilmu yang dirujuk berlandaskan ajaran agama Islam yang sebenarnya seperti rukun iman dan
hadis sahih Nabi SAW serta ungkapan kata dalam gurindam ini juga diambil dari ayat al-Quran.
Raja Ali Haji mempunyai pemikiran yang sangat tinggi di dalam gurindam beliau. Ini telah
menunjukkan kebolehannya dalam menyampaikan ilmu yang benar dengan cara yang mulia
dan baik.

6.0 RUMUSAN
Dapat disimpulkan disini bahawa kesusasteraan ini terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu
tradisional dan moden. Bagi setiap pecahan mempunyai bentuk serta ciri-cirinya yang tertentu.
Setiap karya kesusasteraan ini mesti dikekalkan hingga generasi akan datang bagi mereka
mengetahui setiap yang ingin disampaikan oleh tokoh karyawan dahulu. Dengan adanya
karya-karya sastera ini, ia memudahkan untuk menegur atau menasihati masyarakat tanpa
membuatkan mereka terasa hati. Setiap karya sastera ini mempunyai pengajaran serta
iramanya yang tersendiri dan menarik bagi setiap masyarakat untuk memahami isi kandungan
yang ingin disampaikan oleh pengarang. Setiap karya-karya ini boleh disimpan di tempat yang
bersejarah dan selamat misalnya muzium atau perpustakaan negara bagi mengekalkan karya
ini agar tidak hilang. Jelaslah disini bahawa karya kesusasteraan ini perlu dikekalkan bagi
generasi akan datang agar mereka tidak ketinggalan bak kata peribahasa tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas.

27

7.0 RUJUKAN
Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Ali. (2018). Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan dan kritikan.

Penerbitan Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Adisya Rehal. (t.t). Kesusasteraan Melayu. Academia.

https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU
Anonymous. (t.t). Sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu. pdfcoffee.

https://pdfcoffee.com/sejarah-perkembangan-kesusasteraan-melayupdf-pdf-free.html#A
nonymous+M5Vwh9Z9h
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, hasnah
Awang. (2022). Kesusasteraan & kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Harun Jaafar. (2000). Sejarah kesusasteraan melayu moden. Balakong: Pustaka Sistem
Pelajaran.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana.(1986). Kritik sastera: Pendekatan dan kaedah. Fajar Bakti Sdn.Bhd
Mako Deng. (t.t). Fungsi sastera. Academia.
https://www.academia.edu/35999639/Fungsi_sastera
Nurul Farahanis Mohd Zaidi. (2020, Oktober 18). Manifestasi akal budi dalam puisi tradisional.
anyflip.
https://anyflip.com/sfcby/lmxq/basic

28

Rahimah A. Hamid & A.S Hardy Shafii. (2017). Akal budi Melayu dalam bahasa dan sastera
moden. Universiti Sains Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz. (t.t). Kesusasteraan Melayu moden. Dokumen.
https://dokumen.tips/documents/kesusasteraan-melayu-moden.html

29


Click to View FlipBook Version