The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Tadabbur Rumah Ngaji Kelantan, 2020-05-31 04:25:53

Travelog Menyelami Mutiara al-Quran : Melancong ke Syurga

Tadabbur Surah al-Insan

Keywords: al-Insan,tadabbur tazakkur,syurga,al-Quran

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

i

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

Sebuah Terbitan:

Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan
(PRNNK)

Lot 677, Lorong KP, Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
15200 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 012-2808784/016-3215426/011-16106961
Emel: [email protected]
Fb: RumahNgaji.SerambiMekah

Judul: Travelog Menyelami Mutiara al-Quran: Melancong ke Syurga (Tadabbur Surah
al-Insan)
Sharifah Mastura Syed Mohamad
Tarikh siap manuskrip: 29 April 2020 (6 Ramadan 1441) - Hari ke-41 PKP COVID-19

Penulis ialah Jurulatih Tadabbur Tazakkur (ToTIQ Kelantan) merangkap Pengerusi Biro
Latihan PRNNK.

Manuskrip disemak oleh guru-guru penulis:
1. Tuan Fazrul Ismail - CEO Akademi Sinergi Ikhlas, Ketua Penasihat Modul Yayasan

Warisan Ummah Ikhlas, Ketua Jurulatih ToTIQ.
2. Ustaz Mohd Harfiz Hamzah - Penasihat Modul Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

dan Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas.
3. Ustaz Dr. Mohd Rosdi Ismail - CEO Arabic Language & Consultancy (Arab Mikro

Group) Nilam Puri Kelantan (014-838 4040)

Sekiranya anda merasakan Ebook ini bermanfaat, sila berikan sumbangan RM10 ke
dalam tabung Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan bagi menggerakkan lebih
banyak program BACA-FAHAM-AMAL al-Quran di peringkat negeri Kelantan.

SILA MASUKKAN SUMBANGAN ANDA KE AKAUN BERIKUT:
✅ Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan
✅ Maybank - 553131020475
✅ Rujukan: Ebook al-Insan

WhatsApp resit kepada 011-1610 6961 untuk rekod kami. Terima kasih.

ii

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran : 1
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan) 3
5
KANDUNGAN 6
8
Melancong ke Syurga 9
Jom Masuk Syurga! 10
Motivasi daripada Allah 12
Kejadian Manusia 14
Bekalan daripada Allah 14
Pesanan Allah 16
Musafir Kelana 20
Rahmat Allah Menanti di Syurga 23
Mesej Utama Surah Al-Insan 28
Ringkasan Surah Al-Insan 29
Sinopsis Surah Al-Insan
Ciri-ciri Ahli Syurga
Syurga dalam Surah Lain dan Hadis
Penutup
Rujukan

iii

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

MELANCONG KE SYURGA
(TADABBUR SURAH AL-INSAN)

َ‫أَ ْﻋﺪَ ْد ُت ِﻟ ِﻌﺒَﺎ ِد َي اﻟ ﱠﺼﺎ ِﻟ ِﺤﯿ َﻦ َﻣﺎ ﻻَ َﻋ ْﯿ ٌﻦ َرأَ ْت َوﻻَ أُذُ ٌن َﺳ ِﻤﻌَ ْﺖ َوﻻ‬
‫َﺧ َﻄ َﺮ َﻋﻠَﻰ ﻗَ ْﻠ ِﺐ ﺑَ َﺸ ٍﺮ‬

Maksudnya: Aku telah sediakan buat hamba-hamba-Ku
yang soleh syurga yang tidak ada mata pernah
melihatnya, tidak ada telinga yang pernah
mendengarnya dan tidak terlintas dalam jantung hati
manusia.

Riwayat Al-Bukhari (2824)

Syukur Ya Allah, COVID-19 Engkau hantar ke dunia
membuatkan rancangan melancong tahun ini ditunda.
Kuarantin berminggu-minggu memberi peluang untuk
saya mengembara menyelami al-Quran bersama Tuan
Fazrul Ismail dan Ustaz Mohd Harfiz Hamzah di
#QuranTime, #QuranHour dan bersama guru-guru lain
di dunia maya. Alhamdulllah, "Tiada satu pun nikmat Mu
yang kami dustakan"

Peluang masa di rumah semasa PKP juga membuka
peluang saya membuka semula nota-nota kuliah bahasa
arab di Arabic Learning Centre bersama Dr. Mohd Rosdi
Ismail. Nota Tafsir Muqaaran Surah al-Insan yang
dipelajari pada bulan Julai 2017 menarik perhatian

1

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

saya. Memang sudah lama saya bertangguh untuk
menulis sesuatu tentang surah ke-76, Surah Manusia.

Selama ini saya memang rajin menulis nota semasa kelas
pengajian. Malangnya nota tinggal nota, no action taken
untuk betul-betul Baca-Faham-Amal al-Quran. Syukur,
Allah panjangkan umur dan beri masa PKP untuk kembali
melawat syurga yang dipertontonkan oleh Allah dalam
surah al-Insan. Gambaran syurga paling panjang dalam
al-Quran adalah dalam surah ini.

Tak boleh "globe trotting", tak boleh terbang ke sana
ke sini, jom kita melancong ke syurga!

Meskipun syurga termasuk dalam perkara ghaib, Allah
SWT tetap menjelaskan kenikmatan syurga dalam al-
Quran. Gambaran itu bertujuan memotivasikan manusia
supaya terus mencari keredaan Allah SWT.

Manusia yang bersifat mudah lupa asal usulnya
sepatutnya kembali insaf bila merenung surah ini. Al-
Insan bermakna manusia. Surah ini sangat mengasyikkan
bagi manusia yang suka relax dan melepak sambil
makan-minum. Tapi kalau di dunia asyik lepak sampai tak
buat kerja yang Allah suruh manusia buat, mungkin
sukar nak dapat relax dan lepak di syurga nanti.

2

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

JOM MASUK SYURGA!

Surah al-Insan membawa kita mengembara ke syurga!
Gambaran syurga yang begitu indah (ayat 13 - 21)
menarik perhatian saya. Vivid dalam fikiran
membayangkan betapa kita akan mendapat peluang
duduk berehat di atas katil empuk, sambil minum
minuman Salsabila yang melongsor di kerongkongan,
lazat dan puas. Masya Allah Tabarakallah.

Duduk berehat, lepak-lepak di bawah naungan pohon-
pohon rendang, teduh dan nyaman. Tidak panas dan tidak
sejuk. Nak makan buah? Fikir saja, ranting pokok
menjulur sampai untuk dipetik.

Saya bayangkan diri dengan wajah awet muda berseri,
berpakaian sutera pastel kehijauan duduk bersandar,
relax sambil dilayan lembut mesra oleh pelayan-pelayan
tampan, muda jelita yang kelihatan seperti mutiara
bertebaran. Mereka melayan dengan membawa makan
minum dari gelas kristal dan pinggan mangkuk yang
dibuat daripada perak, yang jatuhnya tidak akan pecah.
Saya dapat rasakan kelazatan minuman syurga yang
dihidangkan dalam gelas yang hebat. Wow!

Bukan itu sahaja, pada tingkat syurga yang lebih tinggi,
Allah sendiri yang akan melayan ahli syurga minum
dengan minuman yang Thohur, bersih lagi membersihkan.
Yang tidak menyebabkan mahu kencing atau buang air

3

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

dan minuman ini membuatkan peluh berbau harum
kasturi.

Gambaran syurga yang Allah tayangkan dalam surah
Manusia ini membuat hati saya berbunga-bunga.
Bersemangat untuk Baca-Faham-Amal dan kongsikan
kepada orang lain dengan bersunguh-sungguh.

Hebatnya Allah Ya Hakim Yang Maha Bijaksana
menyampaikan mesej cinta-Nya dalam surah al-Insan
sebagai motivasi untuk kita menjadi manusia yang
bersyukur, yang Fastabiqul Khairat - berlumba untuk
membuat kebaikan, berlumba menjadi manusia al-Abrar
dan 'ibadullah - yang membuat apa saja demi membina
kualiti diri sebagai hamba Allah.

Kamus Al-Quran Ar-Raghib Al-Ashfahani

‫َو َﺟ َﺰا ُھﻢ ِﺑ َﻤﺎ َﺻﺒَ ُﺮوا َﺟﻨﱠﺔً َو َﺣ ِﺮﯾ ًﺮا‬

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga

dan (persalinan dari) sutera." (Al-Insan, 76:12)

Syurga disebut Al-Jannah kerana menyerupai kebun seperti yang ada
di bumi, walaupun antara keduanya itu jauh berbeza, atau kerana
syurga itu menutupi aneka kenikmatannya, sebagaimana disebutkan
dalam firman-Nya: "Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang
disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat yang
menyenangkan hati) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap
apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Sajdah, 32:17). Ibnu Abbas
berkata, Syurga diungkapkan dengan Jannatun iaitu dalam bentuk
jamak, kerana syurga itu ada tujuh: Syurga Firdaus, 'Adn, An-Na'im,
Darul Khulud (Rumah Keabadian), Ma'wa, Darus Salam, dan 'Illiyyin.

4

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

MOTIVASI DARIPADA ALLAH

Persoalannya, bagaimana kita boleh menggapai
keindahan dan kesenangan syurga yang Allah gambarkan
dalam surah Manusia ini?

Allah Yang Maha Bijaksana mendidik manusia, mendidik
kita dengan positive reinforcement, bukan mendidik
dengan ugutan melampau. Motivasi ini sudah pasti
berkesan sekiranya iman menunjang kukuh dalam diri.

Hanya dua ayat tentang neraka yang Allah flash out
dalam surah ini (Ayat ke-4 dan 31). Pastinya, sedikit
gambaran tentang neraka ini semata-mata
memperingatkan kita jangan jadi manusia kufur, manusia
yang mendustai dan tidak mempercayai segala tanda-
tanda tentang kebesaran-Nya, tentang keberkatan-Nya,
tentang kekuasaan-Nya yang menjadikan kita seperti
kita sekarang.

Info Surah al-Insan (Manusia)

Surah ke-76, 31 ayat
Diturunkan di Mekah (Rujukan: Tafsir Al-Azhar)
Surah Sebelum: Al-Qiyamah
Surah Selepas: Al-Rahman

5

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

KEJADIAN MANUSIA

Kita, manusia yang mulanya tidak dikenali, yang Allah
jadikan daripada air yang hina, yang kerdil, yang nobody
knows, nobody cares, tidak sepatutnya menjadi manusia
sombong, megah, berlagak, tidak sedar dirinya yang dulu
hanya dari lendir mani yang tidak bernilai di mata
manusia. (ayat 1)

Allah yang Maha Bijaksana Yang Maha Kreatif Yang
Mencipta kita dari air yang satu, air mani bapa yang
bercampur telur ibu. Air asal manusia ini diambil enteng,
dirasakan tidak bernilai, rupa-rupanya Allah
ciptakannya dengan sangat unik dengan ciri-ciri biologi
DNA manusia yang menjadi kita, semasa dilahirkan ke
dunia.

Patutkah kita menjadi manusia sombong sedangkan diri
ini hanyalah makhluk ciptaan Allah yang yang
dihantarnya ke dunia untuk menghambakan diri kepada-
Nya? Allah jadikan kita untuk diuji samada kita layak
kembali ke syurga tempat asal manusia, moyang kita
Adam dan Hawa.

Untuk menguji kita, Allah lengkapkan kejadian manusia
dengan pendengaran, penglihatan dan akal. Pancaindera
untuk digunakan bagi membolehkan kita membuat pilihan
di antara dua jalan yang Allah berikan; jalan yang Allah
beri petunjuk menuju kepada-Nya atau jalan menuju

6

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

kesesatan. Manusia diberi pilihan jalan orang yang
bersyukur atau jalan orang yang kufur. (ayat 2-3)

Kamus Al-Quran Ar-Raghib Al-Ashfahani

‫ِإﻧﱠﺎ َﺧﻠَ ْﻘﻨَﺎ ا ْ ِﻹﻧ َﺴﺎ َن ِﻣﻦ ﻧﱡ ْﻄﻔَ ٍﺔ أَ ْﻣ َﺸﺎ ٍج ﻧﱠ ْﺒﺘَ ِﻠﯿ ِﮫ ﻓَ َﺠﻌَ ْﻠﻨَﺎهُ َﺳ ِﻤﯿﻌًﺎ ﺑَ ِﺼﯿ ًﺮا‬

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada air mani
yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami
tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka
Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." (Al-Insan,
76:2)

‫ ا ْ ِﻹﻧ َﺴﺎ َن‬berasal daripada perkataan ‫ ِإ ْﻧ ٌﺲ‬yang bermakna manusia,

iaitu makhluk yang bersosial. Ia diucapkan terhadap orang yang
sangat ramah, atau untuk hal yang telah dijinakkan. Manusia tidak
mampu hidup bersendirian tanpa ada bantuan orang lain. Ada yang
menyatakan bahawa manusia dinamakan demikian kerana ia dapat
menjinakkan setiap hal yang ia gunakan. Ada juga berpendapat
bahawa Insaanun dinamakan demikian kerana ia pernah mengikat
suatu perjanjian akan tetapi kemudian lupa.

7

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

BEKALAN DARIPADA ALLAH

Allah hantar kita ke dunia dengan bekalan yang cukup.
Pendengaran, penglihatan, akal dan manual untuk
menjalani kehidupan. Kitab al-Quran sebagai petunjuk
dan panduan lengkap untuk kita rujuk mencari panduan
untuk menyelesaikan apa saja isu dalam kehidupan agar
tidak gelincir dari jalan lurus menuju syurga.

Kehidupan yang sepatutnya kita pasakkan dengan doa
yang diulang berkali-kali di dalam al-Fatihah, "Ya Allah,
tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang yang
Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang
Engkau murkai dan jalan mereka yang sesat."

Allah ingatkan dalam surah al-Insan, Dia turunkan
bersama kita kitab al-Quran sebagai panduan dan Allah
perintahkan kita bersabar, patuh ikut lifestyle yang
dimodelkan dalam al-Quran dan Allah warning kita
supaya jangan sekali-kali ikut lifestyle orang yang
berdosa dan orang yang menyembunyikan kebenaran.
(ayat 23-24)

‫ِإﻧﱠﺎ ﻧَ ْﺤ ُﻦ ﻧَ ﱠﺰ ْﻟﻨَﺎ َﻋﻠَ ْﯿ َﻚ ا ْﻟﻘُ ْﺮآ َن ﺗَﻨ ِﺰﯾ ًﻼ‬

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu, secara
beransur-ansur." (Al-Insan, 76:23)

‫ﻓَﺎ ْﺻ ِﺒ ْﺮ ِﻟ ُﺤ ْﻜ ِﻢ َر ِﺑّ َﻚ َو َﻻ ﺗُ ِﻄ ْﻊ ِﻣ ْﻨ ُﮭ ْﻢ آ ِﺛ ًﻤﺎ أَ ْو َﻛﻔُﻮ ًرا‬

"Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan
Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa, atau
orang yang kafir. (Al-Insan, 76:24)

8

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

PESANAN ALLAH

Sepanjang perjalanan kembali ke syurga, Allah pesan
supaya bersabar dengan ketetapan-Nya. Jangan duduk
relax ikut perangai orang yang berdosa atau orang yang
kafir. Hambakan diri kepada-Nya. Ajak manusia berbuat
kebaikan. Isikan fikiran dengan mengingati-Nya dalam
apa jua urusan kehidupan. Menyebut Asmaulhusna -
nama-nama nya Yang Baik untuk unlock limiting belief.
Solat pagi, petang, siang dan malam. Solat wajib dan
ambil supplement solat tahajjud. (ayat 24-26)

Allah pesan kepada kita, jauhkan sifat orang yang
menyembunyikan kebenaran, yang menumpukan masa
bekerja siang, malam, pagi petang semata-mata untuk
mengumpul harta dunia untuk kesenangan peribadi.
Jangan lupa bahawa hidup di dunia hanya sementara,
tempat mengutip bekalan, tempat melabur sebanyak
mungkin untuk membawa bekalan dan keuntungan ke
akhirat yang hidupnya kekal abadi. Akhirat yang jangka
masanya infiniti! (ayat 27)

Allahuakbar! Takutnya bila memikirkan bekalan saya
yang sangat sedikit untuk kembali ke akhirat. "Ya Allah,
terimalah segala yang aku lakukan, sebagai anak, isteri,
ibu, kawan, pekerja, jiran selama ini sebagai amal
kebaikan yang akan menjadi bekalan aku di akhirat
nanti."

9

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

MUSAFIR KELANA

Kerap kalinya saya lupa bahawa hidup ini adalah satu
permusafiran menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Biasanya saya hanya terasa sebagai musafir tatkala
membeli pakej pelancongan untuk jalan-jalan makan
angin. Konon untuk lihat bumi. Konon untuk beramal
dengan ayat al-Mulk 67:15 "Dia lah yang menjadikan
bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada
Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah)
dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya
dan takutilah kemurkaanNya)."

Ya betul saya sudah berjalan-jalan di muka bumi, tapi
kerap kalinya saya lupa bahawa "kepada-Nya saya akan
dikembalikan, iaitu ke akhirat". Kompas menuju akhirat
kerap kali diganggu-gugat oleh besi-besi dunia yang
melencongkan saya dari jalan menuju Yaumiddin. "Ya
Allah, Ya Aziz Ya Qawwiy Ya Matin, kurniakan aku
kekuasaan, kekuatan dan keteguhan untuk istiqamah
melakukan amalan kebaikan."

Dalam surah al-Insan, Allah ingatkan kita bahawa Dialah

yang mencipta kita, yang menguatkan sendi tubuh kita

dan Dia boleh tarik balik kekuatan yang diberikan

kepada kita anytime (ayat 27). Jadi, jangan sekali-kali

kita sombong!

10

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

Ya, inilah peringatan Allah. Allah sentiasa peringatkan
kita, rujuk manual, rujuk al-Quran yang dibekalkan
kepada kita! Pasti kita akan sampai kembali ke syurga,
kerana Allah memang mahu kita kembali kepada Nya
dengan sejahtera.

DOA
‫اﻟﻠﮭﻢ إﻧﺎ ﻧﺴﺌﻠﻚ رﺿﺎك واﻟﺠﻨﺔ‬
‫وﻧﻌﻮذﺑﻚ ﻣﻦ ﺳﺨﻄﻚ واﻟﻨﺎر‬

‫اﻟﻠﮭﻢ إﻧﻚ ﻋﻔﻮ ﻛﺮﯾﻢ‬
‫ﺗﺤﺐ اﻟﻌﻔﻮ ﻓﺎﻋﻒ ﻋﻨﺎ‬
‫وﻋﻦ واﻟﺪﯾﻨﺎ وﻋﻦ ﺟﻤﯿﻊ اﻟﻤﺆﻣﻨﯿﻦ واﻟﻤﺆﻣﻨﺎت‬
‫واﻟﻤﺴﻠﻤﯿﻦ واﻟﻤﺴﻠﻤﺎت ﺑﺮﺣﻤﺘﻚ ﯾﺂ أرﺣﻢ اﻟﺮاﺣﻤﯿﻦ‬

Ya Allah, kami memohon dari-Mu keredhaan-Mu dan Syurga dan
kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan api neraka. Ya
ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia,
Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah kami dan ibubapa
kami, dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, orang-orang
Islam lelaki dan perempuan, dengan kasih-sayang-Mu hai Yang
Teramat Penyayang daripada sekalian orang-orang yang
penyayang.

11

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

RAHMAT ALLAH MENANTI DI SYURGA

Ayuh diri, anak-anak, adik-adik, kawan-kawan, kita
kembali bersama ke syurga mengikut Sabil iaitu jalan
yang Rabb kita sediakan. Rabb yang mencipta kita, yang
mendidik kita dengan Ilmu nya yang penuh Hikmah. Dia
Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Maka jangan kita
jadi manusia bodoh sombong!

Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Allah sedang
menanti kita kembali ke jalan-Nya, terus berjalan di
Sirat al-Mustaqim hingga berjaya sampai ke syurga
untuk mengadap Dia yang mencipta kita.

Ada banyak nikmat dalam syurga dan semuanya tidak
dapat nak dijelaskan. Ini adalah kerana akal kita tidak
mampu untuk memahaminya.

Jom tinggalkan kesombongan kita, jom jadi manusia yang
berjaya. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Jom recentre GPS kita untuk kembali kepada sang
Pencipta, Allah Rabbil 'Alamin.

Allah memberikan gambaran syurga yang sangat jelas
dan terperinci sebagai motivasi supaya kita menjadi
orang yang baik, al-Abrar dan 'ibadullah.

Allah beritahu lebih panjang tentang banyaknya nikmat
berbanding dengan azab. Sebab manusia ini basyir suka
basyar, suka khabar gembira untuk buat sesuatu.

12

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

Psikologi manusia suka kepada reward atau ganjaran.
Allah nak bagi yang terbaik tetapi kita kena buat
sesuatu.

Dalam surah ini banyak Allah cerita khabar gembira
untuk beri semangat. Reward kepada insan yang
bersyukur.

‫َو َﺟ َﺰا ُھﻢ ِﺑ َﻤﺎ َﺻﺒَ ُﺮوا َﺟﻨﱠﺔً َو َﺣ ِﺮﯾ ًﺮا‬

"Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran
mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera." (Al-Insan, 76:12)

‫ﱡﻣﺘﱠ ِﻜ ِﺌﯿ َﻦ ِﻓﯿ َﮭﺎ َﻋﻠَﻰ ا ْﻷَ َرا ِﺋ ِﻚ ۖ◌ َﻻ ﯾَ َﺮ ْو َن ِﻓﯿ َﮭﺎ َﺷ ْﻤ ًﺴﺎ َو َﻻ َز ْﻣ َﮭ ِﺮﯾ ًﺮا‬

"Di sana mereka mereka duduk bersandar di atas pelamin, mereka
tidak merasakan teriknya matahari dan tidak pulak kesejukan yang
berlebihan" (Al-Insan, 76:13)

‫َو َدا ِﻧﯿَﺔً َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭ ْﻢ ِظ َﻼﻟُ َﮭﺎ َوذُ ِﻟّﻠَ ْﺖ ﻗُ ُﻄﻮﻓُ َﮭﺎ ﺗَ ْﺬ ِﻟﯿ ًﻼ‬

"Naungan pohon-pohon di dalam syurga itu dekat dengan mereka
dan dimudahkan untuk memetik buahnya" (Al-Insan, 76:14)

‫َوﯾُ َﻄﺎ ُف َﻋﻠَ ْﯿ ِﮭﻢ ِﺑﺂ ِﻧﯿَ ٍﺔ ِّﻣﻦ ِﻓ ﱠﻀ ٍﺔ َوأَ ْﻛ َﻮا ٍب َﻛﺎﻧَ ْﺖ ﻗَ َﻮا ِرﯾ َﺮا‬

"Dan kepada mereka diedarkan cawan-cawan daripada perak dan
piala-piala yang jernih laksana kristal" (Al-Insan, 76:15)

13

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

MESEJ UTAMA SURAH AL-INSAN

1. Manusia mempunyai kebebasan untuk memilih antara
yang baik dan buruk, dia hendaklah menggunakan
dengan betul kebebasan itu sebagai seorang yang
bersyukur.

2. Manusia hendaklah memilih as-Sabil, iaitu jalan
Islam yang benar, nescaya mereka akan mendapat
pelbagai nikmat.

3. Manusia hendaklah menjauhi dan tidak mentaati
orang-orang yang tidak bersyukur dan buruk
peribadinya.

RINGKASAN SURAH AL-INSAN

Ayat 1-3 Penciptaan manusia dan petunjuk pada
Ayat 4-12 jalan kehidupan
Balasan orang-orang kafir dan orang-
Ayat 13-22 orang yang berbuat baik pada hari
Ayat 23-31 kiamat
Tempat tinggal penduduk syurga,
minuman, pelayan dan pakaian mereka
Keadaan orang-orang taat dan para
pembangkang yang musyirik di dunia

14

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

SINOPSIS SURAH AL-INSAN

Allah memperkenalkan tentang insan ini dalam ayat yang
pertama. Pointnya manusia ini selepas masa tertentu ia
mengalami up and down, pertumbuhannya, kemudian ia
menjadi famous diingati dan selepas itu ia menjadi orang
yang amat sombong.

Padahal pada ayat yang kedua Allah menyatakan ia
dijadikan dari air mani yang hina kemudian dia menjadi
famous padahal Allah yang menentukannya, tetapi ia
masih lagi daripada air yang hina.

Air mani ataupun sperma bapa kita itu mengandungi
berbagai-bagai sifat dan kita boleh katakan yang ia
mengandungi berbagai-bagai DNA yang akan menjadikan
kita ini hidup. Itulah maksud ia ‘bercampur’. Dalam DNA
itu akan menentukan bentuk rupa kita, macam mana
rambut warna apa dan kulit warna apa. Maksudnya
sifat-sifat itu bercampur-campur. Atau ia bermaksud
akan bercampur mani lelaki dan mani wanita yang
menjadikan seorang insan di dalam perut wanita itu.

Selepas manusia dilahirkan maka Allah memberikan
berbagai-bagai cubaan kepadanya sepanjang kehidupan
dia. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat
lain melalui firman-Nya:

‫ِﻟﯿَ ْﺒﻠُ َﻮ ُﻛ ْﻢ أَﯾﱡ ُﻜ ْﻢ أَ ْﺣ َﺴ ُﻦ َﻋ َﻤ ًﻼ‬

15

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

"supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang
lebih baik amalnya." (Al-Mulk 67:2)

Inilah ujian kita semasa hidup di dunia. Memang kita
akan kena uji dan ujian itu berbagai-bagai bentuk. Tidak
sunyi kita dari ujian. Sebagai insan beriman, kita kena
terima ujian itu. Teruskan hidup dan teruskan taat
kepada Allah. Janganlah berharap kehidupan dunia ini
mudah-mudah sahaja; jangan keluh kesah sangat kalau
dugaan melanda, kerana memang itulah tujuan kita
dijadikan di dunia ini.

Jadi kita kena sedar hakikat dunia ini. Ia bukanlah
tempat azab seperti yang difahami oleh sesetengah
golongan, ia bukan tempat pembalasan nikmat; ia bukan
tempat bersukaria seperti yang difahami oleh golongan
materialistik; atau apa-apa fahaman sahaja yang salah.
Dunia ini adalah tempat ujian.

Sepanjang kehidupan manusia di dunia ini, sepanjang
itulah juga masa ujian untuknya. Apa-apa sahaja yang
terjadi kepadanya, itu semua adalah ujian. Dan
selalunya selepas ujian akan diberi keputusan.
Keputusan tidak diberi di dunia ini, ia diberi di akhirat
kelak.

Allah beri kemampuan mendengar, melihat dan alat
berfikir kepada kita. Semasa kita menjalani kehidupan
ini, kenalah kita gunakan alat yang Allah berikan ini
untuk kebaikan.

16

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

Kerana kalau kita lihat ianya sebagai pendengaran dan
penglihatan sahaja, binatang pun dapat juga
pendengaran dan penglihatan. Tapi apabila manusia
dapat dua pancaindera ini, ianya kena digunakan untuk
mendapatkan ilmu dan hidayah.

Dan dari ilmu yang kita dapat dari dunia ini, kita kena
fikirkan dan cernakan dalam akal dan kena buat
keputusan dari maklumat yang kita dapat. Kerana
manusia bukan sahaja diberikan dengan pendengaran dan
penglihatan seperti binatang, manusia juga diberi dengan
akal, yang tidak diberikan kepada binatang.

Maka jangan jadi seperti binatang, jadilah manusia.
Jadilah manusia yang ada akal. Gunakan akal yang Allah
berikan itu untuk berfikir. Gunakan pendengaran dan
penglihatan untuk kebaikan.

Akan tetapi apabila hidayah itu sampai kepada manusia,
tidak ada paksaan untuk mereka menerimanya. Maka
insan boleh memilih sama ada untuk menerima hidayah
itu dan bersyukur dengan hidayah itu ataupun mereka
boleh menjadi orang yang engkar.

Kerana itu kita boleh lihat berbagai jenis manusia. Ada
yang beriman dan ada yang tidak. Ini biasa sahaja
kerana Allah telah beri pilihan kepada manusia untuk
memilih jalannya sendiri. Allah tidak paksa semua
manusia dan jin beriman. Allah mahu manusia dan jin
beriman atas kehendak sendiri. Ini berlainan dengan

17

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

malaikat yang tidak ada pilihan untuk tidak beriman.
Kerana itu semua malaikat beriman.

Yang menolak untuk menerima kebenaran itu hanyalah
kerana mereka degil sahaja dan menutup fitrah kejadian
mereka. Sedangkan mereka telah nampak tanda-tanda
itu dengan mata dengan telinga mereka, tapi mereka
sengaja tidak mahu menerimanya.

Manusia memang boleh buat pilihan sama ada mahu ikut
wahyu ataupun tidak. Akan tetapi Allah beri peringatan
yang jikalau mereka tidak mahu ikut wahyu, maka
mereka akan diikat dengan rantai. Mereka akan
dikenakan dengan azab dan mereka akan dihina di
akhirat kelak.

Inilah peringatan yang Allah menyatakan pada ayat
yang ketiga, bermulanya daripada hina, apabila dia
menjadi famous, ada orang yang bersyukur dan ada
orang yang kufur kepada Allah SWT. Maka bagi orang
yang berdakwah, ingat bahawa memberi hidayah adalah
hak Allah bukannya hak manusia.

Allah menjadikan syurga dan kenikmatan dalam ayat 5-
22 kepada orang yang berbuat kebaikan yang bersyukur
kepada Allah SWT.

Selebih itu Allah membawakan dalam ayat 23-24,
bagaimana kita perlu berdakwah. Kita perlulah
menggunakan al-Quran dan bersabar. Ketika berdakwah

18

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

panduannya ialah kita kena bersabar dengan kita
menguatkan diri kita, pada malam hari bersujud pada
Allah dan tidak mengutamakan kesenangan dunia yang
cepat habisnya.

Pada ayat 28 Allah mengingatkan kita bahawa Dia yang
mencipta manusia, menguatkan tulang sendi urat saraf.
Sesungguhnya ini adalah tazkirah.

Bila kita mengajak orang ke arah kebaikan semuanya
dengan izin daripada Allah. Dia yang memasukkan
sesiapa yang dikehendakinya menurut aturan yang Dia
telah tetapkan dan memasukkan sesiapa ke dalam
rahmatnya dan bagi sesiapa yang zalim Dia menyediakan
azab yang seksa. Semuanya telah diberi pilihan oleh
Allah.

Manusia hanya boleh berdakwah dan terus menguatkan
diri untuk menjadi orang-orang yang bersyukur seperti
mana yang dinyatakan dalam surah ini. Surah al-Insan,
surah manusia yang bersyukur atau yang kufur dalam
hidup menuju Allah SWT.

19

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

CIRI-CIRI AHLI SYURGA

Rupa-rupanya Allah sudah beritahu dalam surah ini
bahawa untuk mencapai realiti di syurga itu kita
mestilah menjadi manusia yang mempunyai ciri-ciri TSF
- Trust, Selfless dan Futuristic (Berpegang pada janji,
Tidak pentingkan diri sendiri dan Memikirkan masa
depan)

Ciri-ciri TSF termasuklah yang berikut:

1. Al-Abrar - beriman dan taat.
2. 'Ibadullah - menjadi hamba Allah.
3. Memenuhi nazar.
4. Takut hari pembalasan yang azabnya tersebar

merata-rata.
5. Memberi makan yang disukai atau membantu kepada

orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan.
6. Membuat kebaikan kerana hanya mengharap

keredaan Allah.
7. Tidak mengharap terima kasih atas perbuatan baik.
8. Takut azab Tuhan pada hari akhirat.
9. Sabar melaksanakan ketetapan Allah.
10. Tidak ikut orang yang berdosa dan orang kafir.
11. Menyebut nama Allah pagi dan petang.
12. Solat tahajjud.
13. Bertasbih kepada Allah.
14. Tidak mencintai dunia secara berlebihan.
15. Sentiasa ingat bahawa Allah yang menjadikan

mereka kuat.

20

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

16. Sentiasa berdoa, berusaha dan berserah kepada
Allah kerana yakin bahawa hanya Allah boleh
merealisasikan apa yang kita kehendaki.

17. Berdoa memohon Allah kurniakan ilmu dan
kebijaksanaan supaya kita dapat ilmu yang jelas
bagi menjalani hidup yang penuh dengan ujian.

18. Berdoa supaya Allah kurniakan rahmat kepada kita
kerana hanya dengan rahmatnya kita boleh
mendapat ganjaran syurga.

19. Berdoa supaya Allah jauhkan kita daripada sifat-
sifat orang zalim yang akan mendapat azab yang
pedih.

20. Berdoa supaya Allah kurniakan kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat kepada kita.

21. Menghargai al-Quran, solat, dan infaq.
22. Bersabar atas apa yang Allah beri, baik-buruk,

kaya-miskin, sihat-sakit dan lain-lain.
23. Jangan taat kepada orang yang buat dosa atau

kufur.
24. Ambil jalan Sabila menuju Tuhan.
25. Sentiasa sedar bahawa Allah Maha Mengetahui

Maha Bijaksana bagaimana kita beramal.
26. Sedar diri dan tolong beri rahmat kepada manusia

kalau hendak rahmat Allah.
27. Sedar biologi kita 70% adalah air. Air amat penting

untuk diri dan kehidupan manusia. Dalam surah ini
Allah cerita pasal air minuman, air yang macam
fountain, ada orang tukang serve air dan Allah
sendiri yang serve air. Semua sebagai motivasi.

21

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

28. Dapatkan tazkirah daripada al-Quran untuk
mendapat ketenteraman jiwa.

29. Sabar dan jangan derhaka kepada Allah untuk
mendapat rahmat ke syurga.

30. Sebut nama Allah sentiasa untuk memajukan
psikologi dan biologi manusia.

31. Sedar bahawa insan hanya boleh berdakwah bukan
memberi hidayah.

32. Buang mentaliti nak segera.
33. Jaga hubungan rapat dengan Allah.
34. Jaga hubungan dengan manusia.
35. Membina mentaliti orientasi akhirat - begin with the

endest in mind

Amalan yang dilakukan manusia belum tentu melayakkan
dirinya mendapat syurga kerana segalanya bergantung
kepada rahmat Allah SWT.

‫َ َﻛﺎ َن َﻋ ِﻠﯿ ًﻤﺎ َﺣ ِﻜﯿ ًﻤﺎ‬w‫ُ ۚ◌ ِإ ﱠن ﱠ‬w‫َو َﻣﺎ ﺗَ َﺸﺎ ُءو َن ِإ ﱠﻻ أَن ﯾَ َﺸﺎ َء ﱠ‬

"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali jika
dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana" (Al-Insan, 76:30)

‫ﯾُ ْﺪ ِﺧ ُﻞ َﻣﻦ ﯾَ َﺸﺎ ُء ِﻓﻲ َر ْﺣ َﻤ ِﺘ ِﮫ ۚ◌ َواﻟ ﱠﻈﺎ ِﻟ ِﻤﯿ َﻦ أَ َﻋ ﱠﺪ ﻟَ ُﮭ ْﻢ َﻋﺬَاﺑًﺎ أَ ِﻟﯿ ًﻤﺎ‬

"Dia memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-
Nya (syurga). Dan bagi orang-orang yang zalim disediakan-Nya
azab yang pedih" (Al-Insan, 76:31)

22

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

SYURGA DALAM SURAH LAIN DAN HADIS

Selain surah al-Insan, terdapat banyak ayat lain yang
menyebut tentang syurga dan keindahannya. Semuanya
adalah sebagai khabar gembira dan motivasi kepada kita
untuk menjadi hamba yang tauhid kepada Allah dan
melakukan ibadah yang betul seperti yang dimodelkan
oleh Rasulullah SAW.

Sebagai umat Islam kita memang dituntut untuk
berusaha mendapatkan syurga Allah S.W.T di akhirat
kelak. Bahkan terdapat beberapa nas dari al-Quran dan
juga al-Sunnah yang menganjurkan kepada hal tersebut.
Ini seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

‫َو َﺳﺎ ِر ُﻋﻮا ِإﻟَ ٰﻰ َﻣ ْﻐ ِﻔ َﺮ ٍة ِّﻣﻦ ﱠر ِﺑّ ُﻜ ْﻢ َو ِﻟ َْﻠﺟﻨﱠُﻤ ٍﺘﺔﱠ ِﻘﯿ ََﻋﻦ ْﺮ ُﺿ َﮭﺎ اﻟ ﱠﺴ َﻤﺎ َوا ُت َوا ْﻷَ ْر ُض أُ ِﻋﺪﱠ ْت‬

"Bersegeralah kamu ke arah (mendapatkan)
pengampunan dari Tuhan kamu dan (bersegeralah)
mendapatkan syurga yang luasnya melebihi langit-langit
dan juga bumi yang disediakan buat golongan yang
bertakwa." (Surah Aali Imran 3:133)

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda:

‫َ ﻓَﺎ ْﺳﺄَﻟُﻮهُ ا ْﻟ ِﻔ ْﺮدَ ْو َس‬q‫ﻓَﺈِﻧﱠﮫُ أَ ْو َﺳ ُﻂ ا ْﻟ َﺠﻨﱠ ِﺔ َوأَ ْﻋﻠَﻰ ا ْﻟ َﺠﻨﱠ ِﺔ ﻓَﺈِذَا َﺳﺄَ ْﻟﺘُ ُﻢ ﱠ‬

"Apabila kamu meminta kepada Allah mintalah
kepadanya syurga Al-Firdaus kerana ia merupakan
syurga terbaik serta yang paling tinggi." (Riwayat al-
Bukhari - 2790)

23

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

Justeru, menjadi tabiat manusia ketika mana berada
dalam proses dan usaha untuk mendapatkan syurga Allah
S.W.T kadangkala menimbulkan beberapa persoalan
berkenaan dengan ciri-ciri syurga, bagaimana cara
mendapatkannya, sifat-sifat penghuni syurga dan juga
beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Tambahan
pula Allah S.W.T mensifatkan syurga ini dengan firman-
Nya di dalam sebuah hadis qudsi:

‫َﻋﻠَﻰ‬ ‫َﺧ َﻄ َﺮ‬ َ‫َوﻻ‬ ‫َﺳ ِﻤﻌَ ْﺖ‬ ‫أُذُ ٌن‬ َ‫َوﻻ‬ ‫َرأَ ْت‬ ‫َﻋ ْﯿ ٌﻦ‬ َ‫ﻻ‬ ‫َﻣﺎ‬ ‫اﻟ ﱠﺼﺎ ِﻟ ِﺤﯿ َﻦ‬ ‫ِﻟ ِﻌﺒَﺎ ِد َي‬ ‫أَ ْﻋﺪَ ْد ُت‬
‫ﺑَ َﺸ ٍﺮ‬ ‫ﻗَ ْﻠ ِﺐ‬

"Aku telah sediakan buat hamba-hamba-Ku yang soleh
syurga yang tidak ada mata pernah melihatnya, tidak
ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak
terlintas dalam jantung hati manusia." (Riwayat Al-
Bukhari - 2824)

Justeru, persoalan-persoalan sebegini hakikatnya
bukanlah suatu perkara yang pelik, bahkan ia
merupakan antara sikap yang ditunjukkan oleh para
sahabat apabila mereka bertanya kepada Rasulullah
S.A.W tentang syurga dan perkara-perkara yang
berkaitannya. Antaranya adalah persoalan dari seorang
arab badwi kepada Rasulullah S.A.W dengan katanya:

ُ‫ﷲ‬ ‫ﯾُ ْﺪ ِﺧ ْﻠ َﻚ‬ ‫َﯾوﻟَﺎﺬﱠأ ْتﻋﺮا َﻋﺑ ْﯿﻨَ ّﻲﺎ إك ْن‬ ‫أﺣ ّﺐ اﻹﺑ َﻞ ﻓﮭﻞ ﻓﻲ اﻟﺠﻨﺔ إﺑﻞ ﻓﻘﺎل‬ ‫ﷲ إﻧﻲ‬ ‫رﺳﻮل‬ ‫ﯾﺎ‬
‫إ ْن ﺷﺎ َء ﷲُ ﻓَ ِﻔﯿﮭﺎ ﻣﺎ ا ْﺷﺘَ َﮭ ْﺖ ﻧَ ْﻔ ُﺴ َﻚ‬ َ‫اﻟ َﺠﻨﱠﺔ‬

"Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mencintai unta.
Adakah di syurga nanti ada unta?" Lalu baginda berkata:
"Wahai arab badwi, sekiranya Allah memasukkan kamu
ke dalam syurga Insha Allah, maka di dalamnya terdapat
apa sahaja yang kamu kehendaki dan melazatkan

24

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

pemandangan matamu”. (Tafsir al-Thabari, Ibn Jarir -
2/641)

Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal R.A beliau bertanya
kepada Rasulullah S.A.W:

‫ أَ ْﺧ ِﺒ ْﺮ ِﻧﻲ ِﺑﻌَ َﻤ ٍﻞ ﯾُ ْﺪ ِﺧﻠُ ِﻨﻲ ا ْﻟ َﺠﻨﱠﺔَ َوﯾُﺒَﺎ ِﻋﺪُ ِﻧﻲ ِﻣ َﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِرﻗَﺎ َل ﻟَﻘَ ْﺪ َﺳﺄَ ْﻟﺘَ ِﻨﻲ َﻋ ْﻦ‬qِ ‫ﯾَﺎ َر ُﺳﻮ َل ﱠ‬
‫َﺷ ْﯿﺌًﺎ‬ ‫ََووﺗَﻻَ ُﺤﺗُﱡﺞ ْﺸاِ ْﻟﺮﺒَ ُْﯿك َﺖِﺑ ِﮫ‬ َq‫ﺗَ ْﻌﺒُﺪُ ﱠ‬ ‫ُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ‬q‫ﯾَ ﱠﺴ َﺮهُ ﱠ‬ ‫َو ِإﻧﱠﮫُ ﻟَﯿَ ِﺴﯿ ٌﺮ َﻋﻠَﻰ َﻣ ْﻦ‬ ‫َﻋ ِﻈﯿ ٍﻢ‬
‫َر َﻣ َﻀﺎ َن‬ ‫اﻟ ﱠﺰ َﻛﺎةَ َوﺗَ ُﺼﻮ ُم‬ ‫َوﺗُ ِﻘﯿ ُﻢ اﻟ ﱠﺼﻼَةَ َوﺗُ ْﺆ ِﺗﻲ‬

"Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang
amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga
dan menjauhkan aku dari neraka’’ Maka kata Rasulullah
S.A.W: "Sesungguhnya kamu telah bertanyakan
kepadaku tentang suatu perkara yang besar dan
sesungguhnya ia adalah mudah ke atas mereka yang
Allah permudahkan. (Hendaklah) kamu beribadah kepada
Allah dan jangan mensyirikkan-Nya, dirikanlah solat,
tunaikanlah zakat, berpuasalah dalam bulan Ramadhan
dan kerjakanlah ibadah haji’’. (Riwayat al-Tirmizi: 2616)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya syurga terdiri daripada seratus tingkat,
jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit
dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang yang
berjihad pada jalan-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Dalam Surah ar-Rahman (55:48-76), Allah SWT
menyatakan keadaan syurga dengan cukup jelas.
Antaranya, “Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua
mata air yang mengalir.” (ayat 50)

25

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

“Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua macam
daripada tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan
yang luar biasa).” (Surah ar-Rahman, ayat 52)

“Mereka (ahli syurga bersenang-senang di tempat
masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di
atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah
dalamnya daripada sutera tebal yang bersulam, dan
buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada
mereka) untuk dipetik.” (ayat 54)

“Di dalam syurga-syurga itu terdapat para bidadari yang
pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),
yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh
manusia dan jin.” (ayat 56)

Selain itu, dalam Surah al-Waqiah (56:15-37), Allah
menceritakan dengan jelas tentang kehidupan ahli
syurga yang relax dilayan dengan minuman, makanan dan
buah-buah beranika jenis.

Begitulah kehebatan Allah SWT menciptakan syurga
dengan segala kenikmatan luar biasa untuk hamba-Nya
yang taat.

Semua gambaran syurga pada ayat al-Quran dan hadis
itu perlu dihayati supaya ia dapat memotivasikan diri
untuk menggandakan amal ibadat.

26

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

Sekiranya kita masih terpesona dengan kenikmatan
dunia, maknanya kita belum memahami hakikat
kenikmatan syurga Allah SWT.

PENGHULU ISTIGHFAR

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq
kecuali Engkau, Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah
hamba-Mu dan aku di atas ikatan janji-Mu dan akan
menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari
segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas
nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu,
maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala
dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)

27

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

PENUTUP

Tadabbur surah al-Insan menjelaskan kepada saya
bahawa Allah berpesan supaya jangan lupa asal usul
kejadian kita agar tidak menjadi manusia yang sombong.

Saya mesti berusaha bersungguh-sungguh membina diri
menjadi manusia al-Abrar dan 'Ibadullah. Saya jelas
tugas saya sebagai khalifah untuk menjaga hubungan
dengan anak-anak, keluarga dan masyarakat. Saya
mesti terus sampaikan kebenaran dari al-Quran dan
berdoa supaya Allah beri hidayah kepada saya dan
manusia lain yang berinteraksi dengan saya.

Saya tak boleh relax di dunia kalau mahu relax di
akhirat!

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rahmat dan kasih
sayang-Mu, pimpinlah kami menuju redha-Mu, kurniakan
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.
Kurniakan kepada kami syurga Firdaus dan rezekikan
kami nikmat-nikmat sebagai penghuni syurga. Ameen.

‫َوذَ ِّﻛ ْﺮ ﻓَ ِﺈ ﱠن اﻟ ِﺬّ ْﻛ َﺮ ٰى ﺗَﻨﻔَ ُﻊ ا ْﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ِﻨﯿ َﻦ‬

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu

bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (Al-Dhariyat, 51:55)

‫َو َﻣﺎ َﺧﻠَ ْﻘ ُﺖ ا ْﻟ ِﺠ ﱠﻦ َوا ْ ِﻹﻧ َﺲ ِإ ﱠﻻ ِﻟﯿَ ْﻌﺒُ ُﺪو ِن‬

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka
beribadah kepada-Ku" (Al-Dhariyat, 51:56)

28

Travelog Menyelami Mutiara Al-Quran :
Melancong Ke Syurga (Tadabbur Surah al-Insan)

RUJUKAN

1. Al-Quran Al-Karim, Al-Riyadh, Karya Bestari.
2. Tafsir Al-Munir, Jilid 15, Juz 29-30, Prof. Dr. wahbah

az-Zuhaili.
3. Tafsir Al-Azhar, Juzuk 29-30, Prof. Dr. Hamka.
4. Tafsir Al-Quranul Karim, 30 Juzuk, Prof. Dr. H.

Mahmud Yunus
5. Nota 1-2 Ringkasan Tafsir al-Quran Berpandukan

Struktur Makro Surah-Surah, Daurah Tafsir 2018
Darul Kautsar Kuchelong, Maulana Muhammad Asri
Yusoff.
6. Kompas 114, Bantuan Pengembaraan Anda Menghayati
Al-Quran, Ustaz Syaari Ab Rahman.
7. #QuranTime 13 April 2020, Tuan Fazrul Ismail.
8. #QuranTime 24 dan 25 April 2020, Ustaz Muhammad
Harfiz Hamzah.
9. celiktafsir.net
10. Mohd Shahrizal Nasir, Nikmat ganjaran syurga,
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/07/475591/n
ikmat-ganjaran-syurga.

‫ُ أَ ْﻋﻠَﻢ‬q‫( َ ﱣ‬Allah Lebih Mengetahui).

29


Click to View FlipBook Version