KISAH DOGENG RAJA HARIMAU DAN SI KANCIL Disediakan oleh: Siti Khadijah Binti Hasbullah Kelas: PISMP PAKKB
Pada zaman dahulu di sebuah hutan, tinggal sekumpulan haiwan dalam suasana yang aman dan damai. Mereka ialah sang gajah, sang kancil, sang monyet, sang ular,dan sang buaya. Mereka diketuai oleh raja hutan iaitu sang harimau yang pemalas dan suka memerintah haiwan yang ada di situ.
Pada suatu hari, raja harimau merasa sangat lapar. Harimau menyuruh gajah untuk mencari makanan. Jadi , gajah pon membawa makanan kepada harimau.
Pada keesokkan harinya, harimau menyuruh sang monyet untuk mengumpulkan semua penghuni hutan berkumpul di satu tempat Kemudian, semua binatang berkumpul tanpa mengingkari arahannya.Kemudian, harimau pun berkata “Wahai semua penghuni hutan, mulai pada hari ini, aku mahu kamu semua membawa makanan kepada aku, kalau tidak aku akan makan kamu semua” kata harimau yang jahat tu” . Semua haiwan berasa takut akan kata-kata harimau tersebut.
Selepas kejadian tersebut. Semua haiwan berbincang dan berpakat untuk menghalau harimau dari hutan tersebut. Tiba-tiba sang kancil mendapat idea cara untuk menghalau harimau tersebut. Sang kancil pon ingin merancang sesuatu helah bagi mengusir harimau tersebut.
Pada keesokkan hari, sang kancil memanggil semua haiwan kecuali harimau untuk menjalankan rancangan yang dirancang. Sang kancil menyuruh monyet untuk membawa sang harimau ke pinggir sungai. Monyet : Harimau, aku sudah sediakan makanan kamu di tepi sungai. Harimau: Wah! Mesti makanan nih istimewa kerana aku sendiri yang perlu pergi ke sana. Monyet: Ya, betul harimau ia amat istimewa. *Kemudian harimau pon pergi ke tepi sungai. *
Di pinggir sungai ada seekor buaya yang sedang kelaparan. Sudah tiga hari buaya itu belum makan dan perutnya terasa lapar sekali. Buaya itu berkataa “Hari ini aku mesti makan,kalau tidak mati la aku” . Jadi, buaya pon masuk ke dalam sungai dan berenang perlahan-lahan mencari mangsa.
Setelah harimau tiba di pinggir sungai, harimau pon mencari makanan yang dikatakan oleh monyet itu. Tiba-tiba, kaki harimau digigit oleh sang buaya yang berada di dalam sungai. Harimau menjerit meminta tolong. Sang kancil dan haiwan yang mendengar jeritan harimau terus pergi ke sungai.
Sang kancil dan haiwan yang mendengar jeritan harimau terus pergi ke sungai. *Harimau yang melihat kelibat sang kancil dan haiwan lain terus meminta bantuan* “Kancil, monyet, gajah, ular tolong aku!” . Kata harimau Sang gajah berkata, “Eh x nak la aku tolong kau, nanti kau makan aku pulak” Harimau , Tidakk! Aku tidak akan makan kamu semua. Aku janji. Sang kancil: Baik, kalau kau mungkiri janji, kami takkan tolong kau lagi. Setelah itu, sang kancil, sang gajah, sang ular dan sang monyet pun membantu harimau.
Akhirnya, harimau pun terselamat dari menjadi makanan buaya. “ Terima kasih kawan-kawan. Aku akan keluar dari hutan ini dan tidak ganggu kamu semua lagi. ” Kata harimau kepada haiwan yang lain. *Setelah harimau keluar dari hutan itu, semua haiwan di dalam hutan itu terus menjadi aman dan damai *
SEKIAN ~TAMAT~