INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073
Disediakan oleh:
Nama: NUR ALYAA KHAIRUNNISA BINTI MOHD NOOR
No. Kad Pengenalan: 011012020804
2020192340187
Angka Giliran: F10
Kumpulan/ Unit
Nama Pensyarah: PUAN NOR RUL AZLIFAH
Tajuk Tugasan : TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Penyerahan: 12 MEI 2022
Tarikh Menerima
Maklum Balas Daripada
Pensyarah
1
Penghargaan
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat
saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan
Program Ijazah Sarjana Muda ( PISMP ) di IPG Kampus Bahasa Melayu ( IPGKBM ) , Kuala
Lumpur.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nor Rul Azlifah, pensyarah mata
pelajaran Budaya dan Pembelajaran (EDUP 3073) yang telah banyak memberikan tunjuk ajar
kepada saya sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Saya juga ingin mengambil peluang ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana tidak jemu memberikan
dorongan dan sokongan moral kepada saya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang
banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat
saya pelajari sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan kerja kursus ini
Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Moga diperkenankan.
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………..4
2.0 CADANGAN LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA.................................................................................................................….4
2.1 FIZIKAL…………………………………………………………………………..5
2.2 EMOSI……………………………………………………………………………6
2.3 SOSIAL…………………………………………………………………………..7
2.4 SOSIOLINGUISTIK…………………………………………………………….8
3.0 KESIMPULAN………………………………………………………………………….9
RUJUKAN………………………………………………………………………………….10
3
1.0 Pengenalan
Dato’ Masood Idris dalam Muhamad Aimy Ahmad (2017) pernah
membincangkan tentang isu perpaduan yang ada sinarnya jika terus diperkilat
seawal peringkat sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah, Melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Umumnya kita ketahui bahawa Malaysia mempunyai
bilangan kaum, keturunan dan bangsa yang pelbagai dan bervariasi, seperti
kaum Melayu, India, Cina, dan lain-lain termasuk etnik-etnik yang terdapat di
Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu, wujudnya kepelbagaian budaya dalam
norma kehidupan sekaligus menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah
negara yang kaya dengan tamadun atau peradaban yang tidak pernah dimiliki
oleh negara-negara lain.
Dalam kepelbagaian budaya itu jugalah, guru memainkan peranan yang
cukup besar dan berat, bagi memperjelaskan kepada mereka dalam setiap
pengisian budaya-budaya mengikut kaumnya sendiri. Perkara ini harus diambil
serius selagi mana kita diberi ruang dan peluang bagi menjelaskan kepada
anak-anak didik kita berkenaan budaya yang terdapat di Malaysia ini, sebelum
mereka membuat andaian sendiri dalam pembawakan budaya bangsa-bangsa
yang lain sehingga menjadi sebuah sentimen perkauman sesama sendiri.
Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira, dalam menghasilkan
persekitaran bilik darjah yang kondusif disamping mesra budaya dalam
kalangan murid seperti ruang fizikal, amalan pedagogi, sosiolinguistik dan
sebagainya. Semua langkah-langkah kearah pembentukan kelas mesra
budaya itu akan kita perincikan selanjutnya.
2.0 Cadangan Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, pelbagai cabaran
dan rintangan yang pasti dihadapi oleh guru. Cabaran ini boleh jadi disebabkan
oleh faktor kendiri, luaran atau disebabkan pengaruh dari persekitaran mereka.
Maka, guru perlulah bijak untuk mengatasi cabaran-cabaran ini dengan
menyusun strategi berdasarkan aspek fizikal, emosi, sosial, dan sosiolinguistik.
4
a. Fizikal
Aspek fizikal dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah boleh
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan
biasanya dianggap sebagai guru kedua kerana berupaya
mempengaruhi tingkah laku sosial pelajar dan memberi kesan kepada
jalinan hubungan mesra antara guru dan pelajar serta sesama pelajar
itu sendiri walaupun dalam berbeza bangsa atau kaum (Che Nidzam
Che Ahmad et.al, 2014). Dapat kita simpulkan bahawa reka bentuk
fizikal bilik darjah sebenarnya menjadi satu ruang dalam
menyatupadukan dan meningkatkan hubungan sosial sesama murid
dan guru dan meningkatkan kesefahaman nilai budaya masing-masing,
seperti menghormati amalan-amalan sesuatu budaya lain, mengikuti
perayaan-perayaan bersama-sama dan sebagainya. Jadinya,
bagaimanakah reka bentuk yang paling efisien boleh diaplikasikan untuk
mewujudkan bilik darjah mesra budaya ini?
Terdapat beberapa spesifikasi fizikal yang boleh kita tumpukan
dan mengimplementasikannya di dalam bilik darjah, antaranya ialah
pelan lantai, susunan meja, hiasan bilik darjah serta sudut dan ruang
bacaan. Guru kelas boleh menyusun atur kedudukan murid, sudut dan
ruang bilik secara sistematik dan strategi. Untuk pelan lantai, guru boleh
memaksimumkan ruang bilik darjah bagi menyesuaikan pergerakan
gerak kerja secara berkumpulan, interaksi aktif dan mewujudkan sifat
kepimpinan murid. Sebagai contoh, pelan meja yang disediakan
haruslah berkelompok secara kumpulan, dan menyediakan ruang
meletak aktiviti seperti membuat kraf dan bahagian mengumpul latihan
kerja mengikut kumpulan dalam sesuatu sudut. Seterusnya, bagi hiasan
bilik darjah pula, guru boleh menghidupkan suasana kepelbagaian kaum
itu dengan idea-idea yang bernas dan relevan. Contohnya, Noriati A.
Rashid (2014) mencadangkan, guru boleh menghias dinding dan papan
kenyataan dengan mural, poster, keratan akhbar dan majalah serta alat-
alat visual yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan
pengetahuam am, disamping boleh menyelitkan juga berkenaan
pengetahuan budaya seperti tarian-tarian kaum di Malaysia, makanan
tradisional dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan ruang bacaan. Guru
5
perlu memastikan ruang tersebut disediakan bahan bacaan daripada
kaum-kaum yang lain termasuk Cina dan India agar murid terbiasa
dengan bahasa-bahasa kaum lain dan mengetahui amalan-amalan
kaum tertentu melalui pembacaan mereka bersama. Rumusannya,
aspek fizikal mampu menjadi satu wadah idea untuk kita mewujudkan
sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
b. Emosi
Bagi aspek emosi pula, sekiranya emosi dan perasaan murid
dapat dikawal dan dijaga, maka proses penyampaian dalam proses PdP
akan diterima dengan baik. Itulah prinsip utama yang dibawa dalam
sosioemosi dalam bilik darjah ini. Secara umumnya aspek ini
merangkumi pada teori pembelajaran Humanistik, yang merujuk kepada
kepercayaan yang diberikan kepada individu bahawa mereka berpotensi
untuk mengembangkan sesuatu yang mereka cenderung dan minat
akan sesuatu perkara, berhak untuk menerima motivasi dan dorongan,
serta layak diberi perhatian dan kasih sayang (Noriati A. Rashid et al,
2017). Dorongan dan semangat yang diberikan dalam mereka mengikuti
aktiviti-aktiviti kelas juga akan menambahkan lagi motivasi murid untuk
terus mengekspresi bakat itu dari semasa ke semasa dengan baik.
Chew Fong Peng (2008) menyatakan, mengetahui dan
mengenali latar belakang sosial murid merupakan perkara asas untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan di
sekolah, disamping mengekalkan persefahaman di antara guru dengan
murid, ataupun murid dengan murid itu sendiri. Mereka juga akan
merasa diambil berat dan disayangi sepenuh hati. Memahami
pembawakan setiap amalan dan budaya masing-masing sangatlah
perlu ditekankan bagi mengelakkan perbalahan yang berlaku atas faktor
perbezaan-perbezaan yang ada. Oleh itu, sebagai guru, aspek emosi
harus dititikberatkan bagi mewujudkan suasana budaya positif di bilik
darjah yang berpanjangan.
6
c. Sosial
Sosial merupakan salah satu aspek yang turut dikategorikan
sebagai penting kerana tidak pernah dalam sehari kita tidak bersosial
dengan orang makanya ini menjadi satu medium yang paling pantas dan
mudah. Oleh itu, guru perlulah membentuk pengaruh sosial yang positif
dalam kalangan murid dengan menggalakkan percampuran kaum,
agama dan jantina dalam perbincangan. Dengan adanya langkah awal
dari guru, mereka akan menjadikan sebagai suatu kebiasaan. Oleh itu
lebih mudah apabila mereka telah membiasakan percampuran sosial
umpama alah bisa tegal biasa. Jika dari kecil telah membiasakan
dengan percampuran kumpulan dan kaum, menjadi lebih mudah untuk
bergaul dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya
puak atau kumpulan. Apabila mereka sudah selesa untuk bergaul
dengan keseluruhan ahli kelas, masing-masing akan rasa gembira untuk
menyertai aktiviti kelas setiap hari (Kamarul Azmi Jasmi et.al, 2012).
Seterusnya, guru boleh mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya ini melalui beberapa indikator yang dikira relevan untuk
diaplikasikannya. Antaranya, guru harus memastikan tidak adanya sifat
berpuak-puak diantara mereka, contohnya murid berbangsa India hanya
berkawan dan bergaul dengan rakan India sahaja, manakala murid
Melayu hanya bersembang dengan rakannya yang beragama Islam
sahaja. Perkara ini bukan mengutuhkan semangat setia kawan, tetapi
membesarkan lagi jurang antara mereka. Makanya, guru boleh
meletakkan murid yang berbeza kaum dan bangsa dalam satu
kumpulan meja seperti yang diterangkan pada pengisian aspek fizikal di
atas. Bukan sekadar mengkelompokkan mereka sahaja, jalankan
aktiviti-aktiviti sosial seperti bergotong-royong, mengadakan jualan amal
dan sebagainya.
Antara langkah lain pula adalah dengan memupuk nilai-nilai
dalam kelas dengan menunjukkan contoh. Sebagai contoh, guru dapat
menyemai sifat menghargai dan berterima kasih dalam diri murid
dengan dimulakan oleh guru itu sendiri. Seperti apabila murid membantu
guru mengangkat barang, guru perlu mengucapkan terima kasih kepada
murid tersebut. Selepas itu, guru boleh mengajar murid untuk
7
mengucapkan terima kasih sesama mereka apabila terdapat rakan yang
membantu mereka. Selain itu, ucapan minta maaf juga perlu ringan dan
rajin disebutkan supaya mudah untuk dijadikan contoh. Halini dikatakan
demikian kerana mereka belajar melalui teladan. Apabila mereka kagum
atau meminati guru tersebut, kecenderungan untuk mereka mengikuti
perbuatan guru tersebut adalah lebih besar disebabkan kekaguman
yang mereka rasai itu (Abdul Rasid Jamian, 2016).
d. Sosiolinguistik
Aspek yang terakhir adalah aspek sosiolinguistik. Sosiolinguistik
ini dapat difahamkan sebagai sebuah bidang ilmu yang mengkaji fungsi
dan ciri kepelbagaian bahasa serta pengaruh yang dibawa oleh budaya
dalam sesuatu bahasa (Noriati Abd Rashid et.al, 2017). Menurut Noriati
A. Rashid lagi (2014), bahasa merupakan alat hubungan atau
komunikasi antara sekelompok manusia dan bahasa tersebut difahami
oleh kelompok mereka itu sahaja. Itulah yang disebut sebagai
sosiolinguistik, yang merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji ciri-
ciri dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya
terhadap sesuatu bahasa yang digunakan.
Bagi aspek ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diulas dan
langkah perlu diambil sebagai kesedaran kita bersama dalam
menguruskan bilik darjah mesra budaya ini. Penggunaan dialek dan
bahasa kedua dalam sesi PdP dilihat semakin ketara sehingga ke hari
ini. Hal ini diperkatakan sedemikian kerana, menurut Dolly Diana (2019),
cabaran yang wujud dalam isu ini bukan sahaja pemerolehan bahasa
pertama murid tetapi turut dipengaruhi bahasa ibunda yang sangat
pekat. Walaupun mereka merupakan kanak-kanak yang lahir dalam
masyarakat Melayu, tetapi disebabkan pengaruh bahasa dialek atau
loghat mereka berbeza dari aspek sinstaksis, maka agak sukar bagi
mereka untuk berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan.
Kesannya, jurang sesama murid akan bertambah jauh, dan sukar untuk
bekerjasama dalam sesuatu hal serta mendorong kepada peselisihan
faham, penyalahgunaan sistem bahasa kebangsaan, ejek-mengejek
dan sebagainya.
8
Menyedari cabaran ini, guru harus mengambil inisiatif terbaik bagi
memastikan masalah tersebut dapat ditapis. Pertama, guru harus
memainkan peranan mereka terlebih dahulu sebagai suri teladan,
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
kepada murid-murid di dalam semasa proses PdP berlangsung.
Penggunaan bahasa baku amatlah digalakkan, memandangkan murid
masa kini jarang didedahkan penggunaan baku bahasa Melayu.
Pengajaran budaya menggunakan bahasa kebangsaan juga turut
digalakkan supaya murid mudah dan cepat faham mengenai sesuatu
kaum. Contohnya, guru boleh mengajarkan mengenai perayaan kaum
Bajau di Sabah kepada murid-murid menggunakan laras bahasa Melayu
sahaja agar murid dapat faham dan mudah menghadam konteks
pengisian pembelajaran tersebut.
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapatlah kita membuat rumusan, bahawa
konsep persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, bukan sahaja banyak
bergantung pada kewujudan persekitaran fizikalnya sahaja, malahan turut
mengutamakan penyediaan ruang yang membolehkan emosi murid dikawal
dan difahami. Pengurusan sosial pula dilihat perlu dirancang secara berstruktur
agar perpaduan dalam seisi kelas mampu diwujudkan dan dipupuk sepanjang
mereka bersama. Aspek sosiolinguistik dilihat semakin runcing apabila kita
mulai sedar bahawa adanya isu penggunaan dialek, loghat dan bahasa kedua
yang semakin ketara sehinggakan menggangu hubungan komunikasi sesama
guru mahupun murid. Namun, kesemua perkara itu dapat dikenalpasti
langkahnya yang perlu dibuat oleh guru, mahupun pihak-pihak yang lain. Oleh
itu, budaya dan bahasa adalah dua pasangan yang tidak boleh dipisahkan dan
harus dijaga bersama.
9
Rujukan
Abdul Rasid Jamian, (2016). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu dalam
Pembelajaran Menurut Perspektif Pelajar. Universiti Putra Malaysia.
Che Nidzam Che Ahmad, Noeaini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, &
Ibrahim, M. H. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Universiti Pendidikan
Sultan Idris, 1(2).
Dewan Bahasa & Pustaka. (2010). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Dewan Bahasa &
Pustaka
Dolly Diana Anak Ujang. (2019). Cabaran Menggunakan Bahasa Kebangsaan Dalam
Bidang Pendidikan. http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=7856
Kamarul Azmi Jasmi,. Osmawadi Talip,. Mohd Faeez Illias. (2012). Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berpusatkan Pelajar. Seminar
Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam . Universiti Teknologi Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.
Majid. (2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd
Muhamad Aimy Ahmad. (2017). Sekolah Rendah Tapak Menyemai Perpaduan
Kaum. Utusan Online.
Noriati A. Rashid, Ying, B. P., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Majid, Z. A. (2014).
Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Peng, C. F. (2008). Budaya dan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara. Utusan Online.(2018). Guru
Galak Murid Bertumbuk, Bergaduh. Dicapai pada 1 April 2019 dari pautan
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/guru-galak-murid-bergaduh-bertumbuk-
1.779711
10