PEMBINAAN MUZIUM MEMBENTUK
NEGARA BANGSA
MUZIUM KOTA KUALA KEDAH
DISEDIAKAN OLEH :
1. Nur Farhain Balqis Binti
Muhammad Zamarin (292800)
2. Nur Hazwani Binti Mohd Khir (293069)
3. Wai Mei Shi (292748)
4. Chee Cheng Yee (292865)
5. Chua Wen Wei (292943)
6. Yap Kean Wai (292962)
7. Ng Chin Yi (296125)
ISI
KANDUNGAN
01 PENGENALAN
02
03 Maksud Negara
04 Maksud Bangsa
Maksud Negara Bangsa
Maksud Muzium
LATAR BELAKANG
Penubuhan Muzium
Koleksi Dan Galeri Di Muzium
Peristiwa Sejarah Sebelum Pembinaan
Muzium
PEMBINAAN MUZIUM MENJADI PEMANGKIN
KEPADA PERPADUAN DALAM PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
Faktor Yang Mendorong Pembinaan Muzium
Peranan Dan Hubungan Antara Muzium Dengan Masyarakat
Pengaruh Muzium Terhadap Masyarakat
Menjayakan Hari Muzium Antarabangsa
PERANAN KERAJAAN DALAM MEMUPUK
SEMANGAT PATRIOTISME DAN MENGUKUHKAN
PERPADUAN MENERUSI MUZIUM
Kerajaan Sebagai Pendorong Pembinaan Muzium
Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM)
Dasar Permuziuman Negara
05 KESIMPULAN 06 RUJUKAN
PENGENALAN
1. MAKSUD NEGARA
Menurut kamus pelajar edisi kedua, negara merupakan satu kumpulan masyarakat yang mendiami
sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan. Prof. Mr. M.
Nasroen (Ilmu Perbandingan Pemerintahan, 1986), mengatakan bahawa negara adalah suatu bentuk
komuniti yang mempunyai penduduk tetap, wilayah yang dikuasai oleh sekelompok manusia, sistem
pemerintahan yang tersendiri dan diakui oleh negara lain sebagai sebuah negara. Bentuk negara boleh
dibahagikan kepada negara kesatuan dan negara serikat di mana negara serikat boleh dipecahkan lagi
kepada republik serikat dan monarki federal. Malaysia merupakan negara monarki federal yang
melaksanakan sistem pemerintahan monarki dan diketuai oleh Raja atau Sultan.
2. MAKSUD BANGSA
Bangsa pula didefinisikan sebagai kumpulan Bangsa boleh terbentuk jika faktor-faktor seperti
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan primordial, skaral, tokoh, sejarah dan perkembangan
dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Menurut ekonomi dipenuhi. Istilah primordial diertikan
Ernest Renan, perkataan “bangsa” adalah menggambarkan kesamaan dari segi budaya, bahasa
sekelompok manusia yang mempunyai sejarah dan adat masyarakat. Sakral pula didefinisikan
dan hala tuju yang sama. Bangsa mempunyai kesamaan agama dan kepercayaan masyarakat. Tokoh
takrifan yang berbeza dari sudut perundangan, didefinisikan sebagai pelaku cerita yang mempunyai
sosiologi dan psikologi.Takrifan bangsa dari karena dan pengaruh positif kepada masyarakat serta
sudut perundangan merujuk kepada penduduk
yang mendapat taraf kewarganegaraan atau memberi sumbangan dalam membentuk misi-misi
kerakyatan dengan memenuhi syarat-syarat bangsa. Faktor yang seterusnya adalah sejarah. Sejarah
yang dipaparkan dalam Perlembagaan merujuk kepada peristiwa yang telah berlaku pada
Persekutuan. Dari segi sosial pula, “bangsa” masa dahulu atau riwayat perjuangan yang dialami
boleh dikaitkan dengan budaya, etnik dan ciri oleh sekelompok masyarakat yang menubuhkan
biologi seperti darah keturunan. Pengertian semangat kesetiakawanan di antara anggota bangsa.
bangsa pada pandangan ahli psikologis adalah Perkembangan ekonomi juga berkait rapat dengan
sekelompok masyarakat yang sudi berkongsi pembinaan bangsa. Apabila anggota bangsa bersama-
wilayah, ekonomi, masa depan serta budaya sama mengembangkan ekonomi negara yang didiami,
bersama. perasaan saling memerlu dan saling mendukung akan
diwujudkan secara tidak langsung.
3. MAKSUD NEGARA BANGSA
Negara bangsa ditakrifkan sebagai cita-cita tertinggi yang ingin dicapai oleh semua
negara dan penduduknya melalui penerapan konsep satu bangsa, satu identiti. Konsep
negara bangsa merujuk kepada kehidupan masyarakat homogeneous atau heterogeneous
yang bersepaduan untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Menurut Zulhilmi Paidi
dan Rohani Abdul Ghani (2003: 35-36), komponen negara bangsa adalah gabungan individu,
bangsa dan negara. Di bawah konsep negara bangsa, masyarakat hidup dalam keadaan
harmoni tanpa diskriminasi, yakin terhadap sistem pemerintahan serta sistem perundangan
negara yang didiami dan berpegang ideologi yang sama. Konsep negara bangsa boleh
dimartabatkan melalui penghayatan ideologi yang menunjukkan keutuhan sesebuah negara
seperti Rukun Negara, bendera, lagu kebangsaan, jata negara dan sejarah yang dikongsi
bersama.
Proses pembinaan negara bangsa sangat kabur pada peringkat awal tetapi usaha
pembinaan negara bangsa menjadi semakin jelas dan utuh pada tahun 1991 ekoran
pengenalan Wawasan 2020. Menurut kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, negara bangsa
dibina dan dibangun apabila rakyat bersama-sama menuju ke arah yang sama, menikmati
kehidupan bersama berasaskan persamaan hak dan keadilan, berintegrasi secara keseluruhan
serta menumpukan taat setia yang sepenuhnya terhadap bangsa dan negara mereka.
Walaubagaimanapun, usaha pembinaan negara bangsa kurang efektif dengan hanya
merancang dan melaksanakan program tertentu sahaja tetapi ia terbina semula jadi di bawah
asas sejarah yang dialami oleh sekelompok masyarakat sejak dahulu.
Mengikut kata Dr. Hussein bin Haji Ahmad (1987), peristiwa sejarah memberi
tanggapan mendalam bahawa bangsa Malaysia yang wujud sekarang adalah kesinambungan
sejarah lama untuk melahirkan kebanggaan sebagai warganegara Malaysia dan membentuk
identiti diri yang kuat. Peristiwa perjuangan bangsa juga dapat menanam semangat sanggup
berkorban untuk negara dan berani menghadapi segala jenis cabaran yang akan menggugat
kedaulatan negara. Terdapat pelbagai peristiwa sejarah yang mendorong kepada pembinaan
negara bangsa wujud pada zaman yang lebih awal sebelum negara Malaysia diisytiharkan
merdeka. Sebagai contoh, peristiwa perkahwinan 3 juta (1904), peristiwa sedim (1941),
penentangan Malayan Union (1946) dan rundingan Baling (1955) yang berlalu di Kedah.
4. MAKSUD
MUZIUM
Perkataan ‘Muzium’ wujud melalui
pengubahsuaian perkataan
‘Museum’ dari Bahasa Inggeris.
‘Museum’ pula berasal daripada
perkataan Yunani, iaitu ‘Mouseion’
yang melambangkan rumah suci
‘MUSE’ di samping membawa
maksud gembira. Pada zaman klasik
Yunani muzium turut dikenali
sebagai ;
‘A place sacred to the Takrifan di atas menjelaskan Muzium boleh dikatakan sebagai
‘muse’ specifically, the
great institution for literature muzium sebagai pemegang pusat informasi yang membekalkan
and scientific studies built amanah warisan negara yang maklumat pembentukan negara dari
and equipped by Ptolomy I memainkan peranan penting zaman sebelum Masihi hingga kini.
at Alexandria, which was dalam bidang yang sangat luas Merujuk kepada Kamus Dewan
virtually a university of termasuk bidang pendidikan, Edisi Keempat, muzium didefinisi
Hellenistic world” kebudayaan, ekonomi, sebagai bangunan atau tempat untuk
pembangunan teknologi serta menyimpan, memelihara, mengkaji,
Secara amnya, fungsi muzium pengekalan alam sekitar. atau mempamerkan objek-objek
adalah seperti berikut: yang mempunyai nilai sejarah, seni,
Sebagai pusat memelihara dan Pada peringkat awal, muzium saintifik, dan sebagainya. Begitu
menyimpan Arkib dikenali sebagai ‘Sekolah juga dengan Kota Kuala Kedah yang
Memulihara dan memastikan Gambar’ kerana ia memperagakan menjadi saksi peristiwa bersejarah
kelestarian alam semula jadi gambar-gambar bersejarah dan dan sekarang dijadikan muzium
Sebagai tapak tanah bersejarah koleksi artifak arkeologi. menyimpan artifak dan
untuk menyokong Bagaimanapun dengan mempamerkan replika barang
perkembangan bidang arkeologi pertambahan tenaga profesional bersejarah. Oleh itu, kajian ini
dan etnologi serta peningkatan pengetahuan dibuat untuk menganalisa peranan
Mempamerkan flora dan fauna dalam bidang permuziuman telah dan sumbangan muzium dalam
seperti zoologi, botani, geologi berjaya membentuk imej yang membentuk konsep negara bangsa di
dan sebagainya lebih dinamik dan mengubah dalam masyarakat Malaysia yang
Sebagai Pusat Sains dan pandangan masyarakat terhadap berbilang kaum.
Planetarium muzium.
Latar belakang -
Penubuhan Muzium
Muzium Kota Kuala Kedah telah ditubuhkan di tapak sejarah yang penting dalam abad ke-16 hingga ke-
18 Masihi. Muzium ini dikenali sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kubu Kesultanan Melayu
Kedah. Bangunan muzium yang dibina pada tahun 1922 ini pernah dijadikan pusat pentadbiran,
pendidikan dan mahkamah pada zaman British serta pusat latihan tentera pada zaman pendudukan Jepun.
Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada 6 Jun 1999.
Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan
Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di
bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium
Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina
semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.
Koleksi dan galeri di muzium
Muzium Kota Kuala Kedah memperagakan 60 koleksi artifak arkeologi, seramik dan batu bata asal kota.
Koleksi menarik yang dipamerkan di Muzium Kota Kuala Kedah ialah 13 buah peluru meriam dan enam
buah meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun. Selain itu, terdapat artifak yang dipanggil
‘Pelita’ ditemukan semasa penyelidikan arkeologi dan kerja-kerja konservasi tembok timur berhampiran
pintu gerbang Kacapuri. Galeri pameran Muzium Kota Kuala Kedah dibahagikan kepada enam segmen
iaitu sejarah Kota Kuala Kedah, ,fungsi Kota Kuala Kedah, Zaman British, Zaman Jepun dan Zaman
Selepas Merdeka.
Peristiwa Sejarah Sebelum Pembinaan
Muzium
Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang berlokasi di tebing utara muara sungai Kedah. Kota ini dibina
untuk mempertahankan musuh untuk memasuki negeri Kedah. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad
Jiwa, Kota Kuala Kedah telah dibina pada tahun 1771 dan disiapkan dalam tahun 1780. Kota ini telah
direka oleh Hafiz Sab, beliau telah memegang jawatan Dato’ Maharaja Kadhi dan dibina oleh tukang-
tukang mahir yang berasal dari negara India. Di bahagian tembok timur telah membina sebuah pintu
gerbang yang bernama “Pintu Gerbang Kadapuri” dan ia menghadap ke arah Alor Melaka. Bugis, Acheh
dan Siam pernah serang kota ini. Semasa Kedah dijajah oleh pihak British iaitu dalam tahun 1909, mereka
telah membina beberapa buah pejabat kerajaan dan juga rumah api di kawasan kota. Penjajah Jepun telah
mengiktirafkan pintu gerbang baru sebagai markas tenteranya sehingga pihak Jepun kalah kepada pihak
British pada tahun 1945. Pintu gerbang itu terus wujud sehingga ke hari ini.
Ancaman pertama dari Siam datang pada petang Ahad, 12 November 1821, apabila tentera dari Siam
yang tidak diketahui tujuannya berlayar ke Kuala Kedah. Apabila panglima Siam, Raja Rigor Pia Buri
Sakmuthon, meninjau kota Kuala, tiba-tiba baginda mengarahkan tenteranya menyerang pengawal di kota
itu dan berjaya menakluki kota itu. Akhirnya, Kedah berjaya menawan semula, tetapi kemenangan mereka
tidak lama kerana mereka sekali lagi diserang oleh Siam dan terpaksa berundur dalam pertahanan di
bandar Kuala Kedah. Pertahanan itu mendorong orang Siam membina menara. Peristiwa penting yang
berlaku semasa Perang Musuh Bisik atau Kedah-Siam ialah peristiwa "Kedah Blockade 1838", apabila
tentera British yang pada asalnya merancang untuk memberikan sokongan ketenteraan kepada Sultan
Kedah, beralih kepada menyokong Siam. bertukar arah sebagai tindak balas kepada Serang Pattani dan
Kedah.
Pada 19 Mac 1839, kota Kuala Kedah telah diambil alih sepenuhnya oleh tentera Siam, dengan
penembak tepat mereka ditempatkan di setiap sudut kota. Orang Melayu kemudiannya dibunuh dengan
kejam. Pada malam itu, dibantu oleh tentera upahan Sepoi, orang Melayu melancarkan serangan terdesak
ke atas penawanan kota Siam. Seramai 15 orang tentera Sepoi melepaskan tembakan ke arah tentera Siam.
Kota Kuala Kedah telah diduduki sepenuhnya oleh Siam pada 20 Mac 1839, dan mereka yang
mempertahankan kota itu daripada serangan Siam turut terkorban. Kaedah ketenteraan gagal dan Sultan
Ahmad Tajudin mencuba diplomasi. Baginda menghantar putera bongsu, dikenali sebagai Tungku Dai,
atau Tungku Zainal Rashid, kemudiannya Sultan, untuk bertemu dengan Raja Rama III. Tunku Dai
berjanji mengiktiraf kedaulatan Siam dengan syarat Sultan Kedah kembali naik takhta. Sultan Ahmad
Tajudin Halim Shah II telah dikembalikan ke takhta pada Jun 1842 selepas hampir 21 tahun berperang
dengan Siam.
PEMBINAAN MUZIUM MENJADI
PEMANGKIN KEPADA PERPADUAN
DALAM PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA
Apabila disebut muzium, sudah pastinya pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum. Semua pengunjung
dapat bergaul serta berkongsi pengetahuan tentang sejarah serta artifak-artifak yang ada di dalam muzium.
Melalui muzium, pengunjung dapat mengenali asal usul dan budaya kaum lain. Untuk sesetengah orang,
melihat artifak dan khazanah secara terus lebih mudah untuk meninggalkan kesan dalam minda mereka.
Dengan ini , perpaduan antara kaum akan menjadi lebih kuat serta rakyat akan lebih bersatu padu. Hal ini
akan mengelakkan perpecahan kaum seperti Tragedi Kampung Medan akan berlaku kembali apabila setiap
kaum serta rakyat bersatu padu dan saling memahami. Negara juga akan lebih maju apabila setiap kaum
bersatu padu iaitu dengan bertolak ansur dalam memberi pandangan serta pendapat. Hidup rakyat akan
sentiasa aman dan damai tanpa sebarang persengketaan
Faktor yang mendorong pembinaan muzium
Muzium-muzium di Malaysia mempunyai matlamat yang serupa, iaitu memartabatkan semangat negara
bangsa Malaysia. Usaha pertama untuk meningkatkan penerimaan konsep negara bangsa rakyat Malaysia
ialah pembinaan muzium untuk menyalurkan keberadaan budaya dan sejarah yang berlaku dalam negara.
Hal ini kerana aktiviti-aktiviti muzium adalah selari dengan matlamat bagi melahirkan semangat
kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan sendiri.
Mendedahkan sejarah yang berlaku
di dalam negara
Artifak-artifak yang dijumpai merupakan bukti kewujudan satu tamadun atau zaman. Sebagai contohnya,
pintu gerbang putih yang ada di Kota Kuala Kedah pada asalnya pernah dijadikan sekolah, mahkamah dan
masjid tetapi bangunannya sudah runtuh. Pihak muzium yang membaiki dan cat balik pintu gerbang
supaya nampak elok. Oleh itu, muzium mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyimpan dan
menjaga artifak-artifak yang dijumpai. Pihak muzium akan mendapat bantuan dari golongan profesional
dalam bidang sejarah dan juga seni budaya untuk memastikan kebenaran artifak yang dijumpai dan
memulihkannya. Dengan adanya pensijilan pakar, artifak-artifak yang dipamerkan dalam muzium adalah
semua boleh dipercayai. Dengan ini, golongan yang mengunjungi ke muzium dapat menyaksi dan
memahami sejarah yang pernah berlaku dalam negara dan menghargai jasa nenek moyang yang
mengorbankan diri untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kesan daripada ini, kita dapat mengasah
lagi minda para pengunjung betapa pentingnya perpaduan dan seterusnya mereka akan lebih berusaha
untuk memartabatkan perpaduan sesama kaum demi mengekalkan keharmonian Malaysia ini.
Mengukuhkan ingatan kumpulan selanjutnya
mengukuhkan perpaduan kumpulan
Jika dilihatkan dari perspektif yang lain, muzium bukan sahaja berperanan sebagai pelindung warisan
manusia tetapi juga berperanan sebagai pemulihara kenangan manusia. Kenangan yang dapat diwarisi
membuatkan kumpulan manusia tidak selagi berasa kecil dan sunyi dalam dunia ini. Sebagai contohnya,
hasil kajian menunjukkan Kota Kuala Kedah pernah dijadikan pusat perdagangan entrepot yang terpenting
di rantau ini pada kurun ke 17/18 Masihi tetapi pedagang yang melabuh ke Kuala Kedah semakin kurang
disebabkan perang Kedah-Siam. Dalam peperangan ini juga, beribu-ribu nyawa terkorban. Melalui
kenangan sebegini, masa lalu, kini dan akan datang dapat disambungkan dan memberikan perpaduan dan
inspirasi kepada manusia selama-lamanya. Biarpun anggota masyarakat melupakan sejarah negara dalam
kehidupan harian masing-masing namun dipercayai bahawa apabila mereka datang ke muzium-muzium
terkenal dan menjejakkan kaki di tapak yang pernah berlaku peperangan ini, pengalaman sebenar akan
menyentuh hati mereka secara langsung dan memberikan pemikiran yang mendalam kepada orang ramai.
Mewarisi sejarah, menginspirasi masa depan
Terdapat satu pepatah di China berkata ‘Ketahui dari mana anda datang dan ketahui kemana anda pergi.’
Muzium memikul tanggungjawab untuk memelihara nilai tradisional dan mewarisi sejarah dan budaya
serta menyediakan orang ramai dengan platform untuk memeriksa tradisi, merenung masa kini dan
memberi inspirasi kepada masa depan. Kemajuan manusia bergantung kepada penyerapan nilai daripada
warisan budaya tradisional. Tanpa kewujudan muzium yang sebagai gudang penyimpanan warisan budaya,
pastinya manusia menghadapi kekangan dalam memajukan diri malah sebuah negara. Di dalam muzium,
walaupun peninggalan budaya tidak mampu bersuara tetapi ia telah mendedahkan peredaran masa dan
perubahan. Beberapa muzium juga akan mempamerkan perihal perjuangan rakyat dalam memperjuangkan
konsep negara bangsa ini bukan sahaja sejarah peperangan yang telah berlaku. Dengan ini, pengunjung
dapat mengambil sebagai inspirasi bagaimana kesusahan tokoh-tokoh Malaysia untuk mewujudkan negara
bangsa ini. Kalangan masyarakat yang mengunjung ke muzium dapat berhadapan dengan zaman yang lalu
secara langsung. Pengaruh pendidikan intuitif sebegini tidak dapat dibandingkan dan tidak boleh
digantikan dengan bentuk pendidikan lain seperti teks dan video.
Peranan dan hubungan antara muzium
dengan masyarakat
Sebagai rumah menyimpan khazanah sejarah
dan budaya negara.
Muzium telah mengambil peranan untuk menyelamatkan serta memelihara warisan-warisan yang
ditinggalkan sama ada warisan manusia ataupun warisan persekitaran. Aktiviti penyelamat dan memulihara
telah disokong dengan maklumat dan dokumentasi yang agak lengkap sebelum disebar kepada masyarakat.
Oleh itu, muzium dapat dikenali sebagai tempat pencarian serta pengumpulan maklumat kepada masyarakat.
Sebagai tanda penghayatan
sumbangan tokoh
Kini, masyarakat dalam negara semakin melupakan sejarah-sejarah yang pernah berlaku dalam negara
masing-masing. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak berasa terhutang budi terhadap wira-wira sejarah
yang telah mengorbankan masa dan sepanjang hayat untuk mempertahankan kedaulatan tanah air mereka dan
perjuangan tokoh dalam mewujudkan negara Malaysia sebagai negara bangsa. Oleh itu, muzium dibina untuk
menghayati sumbangan para pejuang. Muzium merekodkan sejarah yang pernah berlaku di dalam negara,
wilayah ataupun sesuatu kawasan pada beratus-ratus atau beribu-ribu tahun lalu. Sebagai contohnya, Kota
Kuala Kedah telah menyimpan rekod kertas peristiwa perang Kedah-Siam, penjajahan British, pencerobohan
tentera Jepun, senjata yang pernah digunakan untuk menentang kuasa luar serta tokoh yang terlibat dalam
peristiwa tersebut. Perbuatan ini bertujuan mengingatkan masyarakat bahawa betapa susahnya tokoh-tokoh
mempertahankan keutuhan negara dan menghantar mesej kepada semua rakyat Malaysia supaya
meninggalkan diskriminasi yang wujud disebabkan kelainan warna kulit, budaya dan bahasa serta bersatu
padu demi menyanjung masa depan bersama yang cerah.
Muzium menyalurkan pengetahuan sejarah
Muzium boleh dikatakan sebagai tapak untuk menyalurkan pengetahuan bersejarah serta menyokong hasrat
untuk membina masyarakat berkonsep negara bangsa. Penjaga muzium biasanya mempunyai sifat peribadi
yang mesra supaya pengunjung tidak berasa takut untuk bertanya soalan dan membuat perbincangan dengan
pihak muzium. Memandangkan kebanyakkan muzium yang tertakhluk di bawah Jabatan Muzium Malaysia
bermatlamat untuk memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia dan bukan untuk mengaut keuntungan,
pengunjung boleh melawat ke muzium secara percuma dan meminta pegawai di dalam muzium memberi
penerangan atas fakta-fakta dan sebarang peristiwa yang berkaitan dengan sejarah muzium tersebut.
Penghayatan latar belakang sejarah yang sama membolehkan masyarakat dari pelbagai keturunan dan
berlainan etnik merasa dirinya adalah sebahagian dalam bangsa Malaysia.
Pengaruh muzium terhadap masyarakat
Menggalakkan pembangunan
sektor pelancongan negara
Muzium ini sangat diperlukan untuk setiap bandar, Ia mewakili ‘ruang tetamu jiwa’ bagi sesebuah
bandar, merangkumi warisan budaya sesebuah bandar dan memang tidak dapat dinafikan bahawa muzium
merupakan saluran yang bagus untuk memahami sesebuah bandar. Ramai orang suka melancong. Ada orang
gemar melawat ke tempat yang meriah dan adanya suka pergi ke muzium tempatan yang tenang untuk
menikmati budaya bandar tersebut. Setiap peninggalan warisan yang dipamerkan di dalam muzium dikatakan
mempunyai suhu masing-masing dan menceritakan kisah bandar tersebut. Pada ketika itu, sejarah bandar
menjadi nyata dan suasana budaya yang kuat dapat memberikan pengalaman yang mengasyikkan kepada
orang ramai.
Walhal, banyak agensi pelancongan mengaturkan muzium sebagai persinggahan pertama dalam pelan
perjalanan. Hal ini kerana muzium yang komprehensif merangkumi sejarah tempatan, budaya, seni dan aspek
pengetahuan lain. Muzium menjadi saluran yang paling langsung untuk pelancong memahami budaya dan
adat resam tempatan.
Menyediakan hala tuju kepada industri media sosial
Dalam era globalisasi dan modernisasi ini, industri media sosial sedang berkembang pesat dan ramai
orang lebih cenderung kepada menjadi seorang pemberi pengaruh di platform ‘Youtube’ atau ‘Tiktok’ .
Fenomena ini menyebabkan industri media sosial menghadapi persaingan yang sengit. Namun begitu,
terdapat segelintir kumpulan pemberi pengaruh mencetuskan peluang dengan menceburi dalam bidang
sejarah dan menggabungkan bidang ini dalam bidang sosial media. Mereka akan merakamkan video dan
memperkenalkan sebuah tempat bersejarah. Berbantukan dengan pengaruh mereka dalam media sosial,
tempat bersejarah tersebut berjaya menarik perhatian kalangan masyarakat dan menimbulkan rasa ingat tahu
orang ramai terhadap tempat-tempat bersejarah. Secara tidak langsung, orang ramai dapat memahami sejarah
tempat tersebut dalam cara yang berminat dan dapat mengingati sejarah tersebut. Golongan pemberi
pengaruh ini juga dapat menguntungkan sekiranya video mereka mendapat kadar klik yang tinggi.
Mewujudkan semangat nasionalisme
Mempelajari sejarah negara melalui lawatan ke muzium sedia ada merupakan salah satu teknik untuk
memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda. Lawatan ke muzium boleh membantu
generasi muda meningkatkan semangat nasionalisme mereka memandangkan muzium adalah salah satu
organisasi bukan formal yang menggalakkan keterangkuman untuk semua aspek masyarakat dan mempunyai
objektif pendidikan. Keperluan pengunjung dijadikan perhatian utama oleh pihak muzium dengan
menjadikan mereka sebagai keutamaan atau tumpuan muzium.
MENJAYAKAN HARI MUZIUM
ANTARABANGSA
Peranan muzium bukan sehaja menyimpan bahan pameran, artifak lama dan gambar tetapi
sebagai tempat mendidik bangsa. Melalui aktiviti muzium, seseorang itu mampu belajar untuk
mengenali kaum diri sendiri dan kaum lain. Muzium yang menjadi sebagai ‘universiti terbuka’
bahan pameran yang ditunjukkan dapat memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat
untuk mengenali budaya keturunan atau bangsa lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
memupuk semangat nasionalisme terutama di kalangan generasi muda. Selain itu, muzium
juga menonjolkan peranan dalam membentuk masyarakat yang peka dan mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap negaranya.
PERANAN KERAJAAN DALAM
MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME
DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN
MENERUSI MUZIUM
Secara hakikatnya, kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan dan sebab pembinaan muzium masih pada
tahap yang rendah. Sebahagian rakyat menganggap muzium sebagai tempat yang bosan dan tidak
menyumbang dalam mengisi pemahaman dalam bidang sejarah dan kebudayaan untuk membina jati diri yang
kukuh serta semangat patriotisme. Hal ini secara tidak langsungnya akan memudaratkan pembangunan negara
bangsa. Oleh itu, pihak kerajaan perlu sentiasa peka terhadap isu ini dan memainkan peranan penting dalam
pembentukan negara bangsa melalui muzium.
KERAJAAN SEBAGAI PENDORONG PEMBINAAN MUZIUM
Bagi menggalakkan keunikan seni, budaya, dan warisan Malaysia serta produk pelancongan sebagai
pemangkin utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara, kerajaan menubuhkan pentadbiran
pengurusan muzium negara, iaitu Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia.. Kementerian ini
pula menubuhkan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pada tahun 2005 bertujuan menyebarluaskan ilmu sejarah
melalui pameran, program pendidikan, pengembangan muzium dan pemeliharaan muzium. JMM telah
merancang pelbagai program dan aktiviti permuziuman yang mendapat perhatian masyarakat. Pada 20 hingga
22 Oktober 2022, Muzium Kota Kuala Kedah telah mengadakan Festival Kota Kuala Kedah dengan bantuan
JMM. Festival ini melibatkan Pertandingan Memancing, Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam
Jenama, Betta Competition dan lain-lain demi menarik minat masyarakat untuk mengunjung ke Muzium Kota
Kuala Kedah. Aktiviti-aktiviti ini juga memberi peluang berinteraksi antara peserta yang berbilang etnik.
Bagi Abu Talib Ahmad (2015), muzium selalunya
dijadikan sebagai jentera untuk memupuk semangat
patriotik dan kenegaraan dalam rancangan pembangunan
negara-bangsa. Artifak yang dipamerkan dalam muzium
akan diteliti oleh ahli arkeologi terlebih dahulu untuk
mengenal pasti latar belakang sejarah artifak tersebut.
Sesuatu artifak akan diutamakan sekiranya ia mempunyai
mempunyai sejarah yang bernilai dan mampu mendorong
pembentukan negara bangsa. Justeru, pelawat di muzium
dapat mengenai perkara atau peristiwa yang berkaitan
dengan pembentukan negara bangsa dengan prioriti. Oleh
itu, pengunjung akan lebih memahami kepentingan
pembinaan negara bangsa dan mereka akan ambil perhatian
dalam isu ini. Hal ini dapat memupuk semangat kesedaran
masyarakat terhadap negara bangsa.
PROGRAM INSPIRASI
PELAJAR INOVASI
MUZIUM (IPIM)
JMM telah melaksanakan program Inspirasi Pelajar Selain itu, penglibatan muzium dalam program
Inovasi Muzium (IPIM) dengan kerjasama Kementerian 1P1M memberi kelebihan kepada pelajar sekolah
Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut Teo Nie Ching, untuk merasai maksud sebenar sejarah dan
IPIM dibentuk untuk mengintegrasikan murid yang mendalami warisan negara yang diketahui serta
berasal dari pelbagai latar belakang sosio budaya. wujudnya semangat kesedaran dan kecintaan dalam
Program ini menggabungkan pendidikan formal dan kalangan pelajar terhadap budaya warisan Malaysia.
tidak formal yang diperoleh dari muzium untuk Keinginan golongan muda untuk mempertahankan
menggalakkan silang budaya. Kebiasaannya, program ini warisan negara membawa kepada wujudnya
dijalankan sepanjang sekurang.kurangnya 2 jam dengan masyarakat yang bersatu padu untuk perjuangan
sesi taklimat, pelaksanaan pengajaran pembelajaran yang serupa. Mata pelajar dapat dibuka tentang nilai
(PdP), lawatan berpandu, pengukuhan,dan refleksi. mengekalkan warisan budaya hasil daripada aktiviti
Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah pemuliharaan dan penyelidikan kerajaan.. Pada
Darjah 4, 5 dan 6 dan semua pelajar sekolah menengah masa yang sama, program IPIM juga diadakan
untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan untuk mendidik golongan pelajar tentang cara dan
pelajar dari awal. Pelaksanaan IPIM membentuk jalan ke kepentingan memelihara budaya warisan supaya
arah memupuk sikap cinta akan negara di samping dapat memupuk semangat nasionalisme. Walaupun
mendalami sejarah negara. Selain itu, program ini dapat bagaimana, program ini bukan sahaja bertujuan
meningkat keinginan pelajar untuk memperoleh untuk memperkasa mata pelajaran sejarah,
pengetahuan baharu kerana peoses pembelajaran sangat melahirkan warganegara yang mempunyai
menarik dan tidak lagi bosan. “Ini bukan sahaja memberi semangat patriotisme dan kekuatan jati diri yang
pengalaman baharu kepada pelajar untuk berinteraksi tinggi, maka juga meningkatkan penglibatan
dengan bahan sejarah melalui koleksi atau artifak tetapi muzium di aspek pendidikan kerana kerjasama
juga membudayakan muzium kepada masyarakat muzium
terutamanya generasi Y hari ini,” kata Timbalan Ketua
Pengarah Permuziuman JMM, Mohd Azmi Mohd Yusof.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (dua, kiri) bersama Timbalan
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik (dua,
kanan) bertukar dokumen pada Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium
(IPIM) di Muzium Negara hari ini.
Dasar Terutamanya memandangkan perkembangan
Permuziuman dan kepentingan yang semakin meningkat
Negara dalam mewujudkan muzium dalam beberapa
tahun kebelakangan ini, dasar dan piawaian ini
dibangunkan untuk menyelaraskan hala tuju
institusi museologi di negara ini. Dasar ini
adalah arahan yang membentangkan rangka
kerja yang teliti dan boleh difahami yang
boleh menilai kaliber muzium buat pertama
kalinya dalam sejarah.
K ementerian Pelancongan, Kesenian, Dasar dan Garis Panduan Muzium Negara
dan Kebudayaan Malaysia dipecahkan kepada dua bahagian. Empat dasar
(MOTAC), melalui Jabatan mengenai penubuhan muzium, pentadbiran
Muzium Malaysia (JMM) telah koleksi, pengurusan pemuliharaan dan
keselamatan muzium disertakan dalam
melancarkan Dasar Muzium Negara bahagian pertama. Lapan dasar termasuk
dalam bahagian kedua: setiap satu untuk
menandakan satu lagi peristiwa penting penerbitan, kerjasama dan hubungan
antarabangsa, pemasaran untuk muzium,
dalam sejarah institusi muzium negara. pendidikan dan pembangunan, pengurusan dan
pembangunan sumber manusia, dan
Majlis tersebut telah dikendalikan oleh YB sukarelawan untuk muzium.
Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Dasar dan Garis Panduan Muzium Negara, yang
diterbitkan baru-baru ini, merupakan dokumen
Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan penting untuk menetapkan hala tuju muzium
negara dan berpotensi untuk memberi kesan jangka
Malaysia, di hadapan Dato' Dr. Noor Zari panjang terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan
warisan sejarah, budaya dan semula jadi
Bin Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC, serta negara..Strategi ini boleh berfungsi sebagai garis
panduan untuk membentuk negara bersatu dan
para eksekutif dari Kementerian dan ketua- memelihara identiti nasional dalam komuniti
antarabangsa. Di samping itu, dalam ucapannya,
ketua daripada jabatan dan agensi. YB Dato' Sri Hajah Nancy menyatakan harapan
bahawa dasar ini akan menyokong peruntukan
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Akta Muzium, yang sedang disediakan, untuk
Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan menjadikan institusi muzium kelihatan lebih
Budaya Malaysia yang turut dihadiri oleh Dato' Dr. dinamik, tersusun dan berjalan secara profesional
pada masa hadapan.
Noor Zari Bin Hamat, Ketua Setiausaha serta
pengurusan tertinggi Kementerian dan Ketua-Ketua Selain itu, JMM telah mendahului dengan
melancarkan kempen "Kembali ke Muzium" untuk
Jabatan dan Agensi di bawah MOTAC. mempromosikan bukan sahaja muzium jabatan
tetapi juga semua muzium di seluruh negara.
Sebagai sebahagian daripada usaha Pergerakan
Pelancongan Sasaran Domestik untuk
menghidupkan semula pelancongan domestik,
program ini bertujuan untuk meningkatkan
bilangan pelawat ke muzium di seluruh negara.
PEMBINAAN MUZIUM Program tersebut secara tidak langsung
MEMBENTUK NEGARA membina semangat nasionalisme kerana setiap
aktiviti yang dijalankan di muzium di Malaysia
BANGSA akan memartabatkan semangat bangsa Malaysia
dan semangat perpaduan. Hal ini kerana aktiviti-
Apabila ditanya bagaimana pembinaan muzium aktiviti muzium adalah selari dengan matlamat
penting untuk membina perpaduan di kalangan bagi melahirkan semangat kesedaran dan
masyarakat, Pn. Asuana berkata sudah kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan
semestinya pembinaan muzium penting kepada sendiri, usaha-usaha pemuliaan dan
membina perpaduan kerana dengan adanya penyelidikan yang dijalankan dapat membuka
muzium, berbagai masyarakat terdiri daripada mata masyarakat atau betapa perlunya budaya
berbilang kaum akan datang melawat muzium warisan perlu dipelihara, kata beliau.
kerana di muzium terdapat pelbagai pameran
yang dipamerkan untuk tatapan pelawat dan Apabila ditanya apakah unsur yang terdapat
orang ramai. dalam muzium yang memberikan gambaran
kepada masyarakat tentang konsep perpaduan,
Beliau juga berkata program yang pernah beliau berkata pameran dan akitiviti yang
dilaksanakan di muzium. Contohnya, pameran
diadakan di muzium kota kuala kedah ialah yang melibatkan kebudayaan dan pameran-
pameran yang berunsurkan kebudayaan
Program bermalam di muzium, Program masyarakat dan keharmonian.
1P1M, Program mesyuarat di muzium yang
melibatkan penyertaan pelajar sekolah,
penuntut IPTA/IPTS, jabatan dan agensi
kerajaan, permainan tradisional yang
melibatkan pelajar sekolah menengah di
sekitar Alor Setar dan Program reka cipta
model Kota Kuala Kedah serta pelbagai
program lain.
PN ASUANA BINTI
DERANIN,
PEMBANTU MUZIUM
KOTA KUALA KEDAH
KESIMPULAN
Penggabungan masyarakat yang berbilang kaum menjadi satu bangsa negara merupakan tugas yang
amat mencabar, kompleks dan memakan masa. Kepelbagaian latar belakang sejarah, bahasa, budaya, adat
dan agama menyebabkan wujud perbezaan dari segi cara pemikiran dan keperluan sosial. Perbezaan ini
sering digunakan oleh ahli politik untuk membangkitkan isu sentimen perkauman. Arthur Marwick, seorang
sejarawan berpandangan keputusan yang dibuat haruslah sentiasa berpandukan pengadilan-pengadilan
sejarah tanpa mengira betapa canggihnya masyarakat tersebut. George Santayana pula menegaskan sejarah
dijadikan panduan untuk mengelakkan mengulangi kesalahan yang sama. Muzium sebagai satu institusi yang
dipenuhi dengan kisah sejarah, budaya dan isu semasa amat sesuai untuk dijadikan platform untuk
berbincang dan menyalurkan pengetahuan berkaitan pembinaan negara bangsa tanpa bias.
Muzium berperanan mempromosikan konsep negara bangsa dengan mengukuhkan ingatan masyarakat
berkaitan warisan bangsa melalui pendedahan peristiwa sejarah sama ada berdarah atau tidak berdarah yang
dialami oleh semua etnik di dalam negara untuk membentuk satu identiti bangsa kepada seluruh masyarakat
tanpa mengira etnik dan darah keturunan. Usaha untuk mencapai objektif di atas ialah menyimpan khazanah
dan arkib dengan cara yang sesuai serta melakukan pembaikpulihan jika perlu. Selepas itu, muzium perlu
bertindak sebagai institusi yang terbuka dan tidak berorientasikan keuntungan supaya setiap anggota
masyarakat berpeluang mengunjung ke muzium dan menyerap ilmu sejarah semasa melawat ke muzium
tersebut. Muzium juga boleh dikatakan sebagai tanda penghayatan sumbang dan tokoh. Perasaan kebanggaan
selepas mendengar riwayat perjuangan tokoh-tokoh merupakan salah satu elemen pembinaan negara bangsa.
Kadangkala, muzium sendirinya tidak mampu menanam konsep negara bangsa dalam hati masyarakat.
Oleh itu, kerjasama antara muzium dengan kerajaan, institusi pendidikan, pihak swasta ataupun muzium lain
amat diperlukan. Buktinya, Dasar Permuziuman Negara diperkenalkan melalui Jabatan Muzium Malaysia
(JMM) untuk menyamakan matlamat pihak muzium dan mempromosikan muzium sebagai destinasi
pelancongan. Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium pula melibatkan muzium dalam pendidikan sejarah
di samping membudayakan muzium kepada generasi Y. Selain itu, Muzium Kota Kuala Kedah juga sering
menjemput pembicara dari pelbagai universiti dan sejarawan untuk mengadakan bicara secara atas talian
ataupun di muzium untuk menyebarkan penemuan sejarah terkini.
Tujuan pembinaan negara bangsa adalah untuk membawa negara ke arah yang lebih maju. Integrasi
dipupuk apabila setiap anggota bangsa menyanjungi masa depan yang sama. Perkara di dikatakan kerana
soal-soal remeh yang sensitif seperti hak perkauman, agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan isu
Bahasa Melayu tidak lagi dibangkit memandangkan semua warganegara menganggap dirinya sebagai satu
bangsa yang sama. Pembentukan negara bangsa juga dapat memupuk semangat taat setia anggota masyarakat
terhadap raja, pemerintah dan negara.
RUJUKAN
Abu Talib Ahmad. (2015). ‘Museums in the Northern Region of Peninsula Malaysia and Cultural
Heritage’,Kemanusiaan,Vol.22,No.2,h.24, Diperolehi pada 21 Disember 2022 daripada https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-
view.php?id=91407
Admin (Ed.). (2014). Peristiwa Bersejarah Di Negeri Kedah (1904-1990), Diperoleh pada 21 Disember 2022 daripada
https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=11332
Adzikra, I. (2016). Pengertian Bangsa. Pengertian Dan Definisi, Diperoleh pada 20 Disember 2022 daripada
https://pengertiandefinisi.com/pengertian-bangsa/
Asuana Binti Deranin. (2022). Pembinaan Muzium Membentuk Negara Bangsa [Interview].
Erc, F. (2018). History Never Dies: Pembinaan Negara Bangsa Malaysia, Diperoleh pada 21 Disember 2022 daripada
https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/1.html
Fikrahadmin. (2021). Muzium berperanan sebagai cerminan peristiwa dan instrumen kemajuan bangsa. Fikrah Pahang, Diperoleh pada 21
December 2022 daripada https://fikrahpahang.com.my/muzium-berperanan-sebagai-cerminan-peristiwa-dan-instrumen-kemajuan-
bangsa/
Iskandar, P. W. (2019). Muzium pupuk rasa cinta kepada negara. Berita Harian Online, Diperoleh pada 22 Disember 2022 daripada
http://api.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/04/548541/muzium-pupuk-rasa-cinta-kepada-negara
Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia. (2016). Bengkel 1 Pelajar 1 Muzium (1P1M) di
Suria Hot Spring Bentong. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia, Diperoleh pada 19 Disember 2022 daripada
http://www.jmm.gov.my/ms/content/bengkel-1-pelajar-1-muzium-1p1m-di-suria-hot-spring-bentong-pada-9-mac-2016
Jabatan Muzium Malaysia. (2020). Muzium Dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara, Diperoleh pada 19 Disember 2022
daripada http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). (2021). Dasar. Putrajaya: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Diperoleh
pada 20 Disember 2022 daripada https://www.motac.gov.my/profil/dasar
Mohamed, A. F. (2015). Negara Bangsa Malaysia Dari Sudut Sejarah, 1-11, Diperoleh pada 21 Disember 2022 daripada
https://www.slideshare.net/faizah12/negara-bangsa-dari-sudut-sejarah
M.Prawiro. (2018). Pengertian Negara adalah: Unsur-Unsur, Fungsi, Tujuan, Bentuk Negara, Diperoleh pada 20 Disember 2022 daripada
https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pengertian-negara.html
Muhammad Nuruddin Bin Muhammad Asri, Tengku Iliya Bin Tengku Kamarulhisham, Muhammad Taufiq Bin Ghazali, Muhammad Afiq
Fikri Bin Hanizun. (2021). Muzium Negara : Hubungan Etnik, 1-21, Diperoleh pada 22 Disember 2022 daripada
https://www.studocu.com/my/document/universiti-kuala-lumpur/hubungan-etnik/muzium-negara-cinta-akan-negara/11805338
Petah Wazzan, I. (2019). Muzium pupuk rasa cinta kepada negara. Berita Harian Online, Diperoleh pada 22 Disember 2022 daripada
http://api.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/04/548541/muzium-pupuk-rasa-cinta-kepada-negara
Razak, M. R. (2009). Pembinaan Bangsa Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Jebat 6,
Article 36, 90-106, Diperoleh pada 22 Disember 2022 daripada https://ejournal.ukm.my/jebat/article/viewFile/42239/10983
Syed. (2020). Alor Setar - Kota Kuala Kedah - Muzium Kota Kuala Kedah - Day 03 - Part 02, Diperoleh pada 20 Disember 2022 daripada
http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2020/09/alor-setar-kota-kuala-kedah-muzium-kota.html