The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmad.badri, 2023-05-19 00:42:59

Buku Program AGM - Full

Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama 2023

Keywords: AGM Kali-1

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2023 KALI KE-1 PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG 21 MEI 2023 7:30 MALAM KAWASAN LAPANG 12A, PERSIARAN BUKIT JAWI 1 https://anyflip.com/nubfq/shry/


1.0 MATLAMAT PERSATUAN Mentadbir dan membantu menyelenggara kawasan bukit jawi golf villa bersama-sama kerajaan tempatan supaya ianya menjadi suatu tempat kediaman yang selamat, harmoni, bersih dan indah. Menganjur aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengeratkan hubungan antara ahli dengan penduduk setempat. Mencegah dan membenteras kegiatan yang tidak sihat seperti maksiat, gejala sosial dan lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk. Mentadbir pengawalan kawasan untuk mencegah kejadian kecurian dan kemasukan orang luar dan juga pendatang luar negara tanpa kebenaran.


KANDUNGAN LAPORAN PERKARA MUKASURAT 1.0 Matlamat Persatuan 2 2.0 Aturcara Majlis 4 3.0 Agenda Mesyuarat 5 4.0 Notis Panggilan Mesyuarat Ahli 6 5.0 Kata-Kata Aluan Perasmi Mesyuarat 7 6.0 Kata-Kata Aluan Pengerusi Persatuan Penduduk 9 7.0 Senarai Nama Jawatankuasa Kerja 10 8.0 Minit Mesyuarat Jawatan Kuasa Penaja 12 9.0 Laporan Tahunan Jawatankuasa Persatuan 16 10.0 Laporan Aktiviti Persatuan 18 11.0 Laporan Kewangan Persatuan 19 12.0 Pertimbangan Usul 21 13.0 Cadangan Bajet Bagi April 2023 Sehingga Mac 2024 22 14.0 Galeri Aktiviti Persatuan 23 15.0 Perlembagaan Persatuan 24 16.0 Senarai Ahli Persatuan 25 Sekalung Penghargaan 27


2.0 ATUR CARA MAJLIS 7.30 mlm : Pendaftaran Perwakilan 7.50 mlm : Pendaftaran Tetamu Khas 8.00 mlm : MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG (PPBJGV-PP) KALI PERTAMA Kata alu-aluan Pengerusi Majlis Ucapan Alu-aluan Pengerusi Pesatuan Penduduk Profesor Ir Dr. Choong Kok Keong Ucapan Alu-aluan dan Perasmian YB Dato’ Dr Amar Pritpal bin Abdullah Jamuan Makan Malam Mesyuarat Agung Bermula Ucapan Penangguhan Mesyuarat 11:00 mlm : Mesyuarat dijangka tamat


3.0 AGENDA MESYUARAT 1. Kata alu-aluan Pengerusi Majlis 2. Kata alu-aluan Pengerusi, Persatuan Penduduk oleh Prof Ir Dr Choong Kok Keong 3. Kata alu-aluan dan Perasmian Mesyuarat Agung oleh YB Dato’ Dr Amar Pritpal 4. Jamuan Makan Malam dan Mesyuarat bermula 5. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatan Kuasa Penaja 2022 6. Membentang Laporan Aktiviti Jawatankuasa Tahunan Persatuan Penduduk 7. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Mac 2023 8. Pembentangan dan Perbahasan Usul oleh Persatuan dan Ahli 9. Pembentangan Bajet bagi Sessi 2023/2024 10. Hal-hal lain 11. Cabutan Bertuah 12. Ucapan Penangguhan Mesyuarat


4.0 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AHLI


5.0 KATA-KATA ALUAN PERASMI MESYUARAT KATA ALU-ALUAN YB. DATO’ DR AMAR PRITPAL BIN ABDULLAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang bagi kali Pertama ini. Dikesempatan ini, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Mewakili Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap dan pihak pengurusan persatuan, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif kediaman MADANI di bawah pentadbiran persatuan penduduk ini. Gunalah peluang dalam mesyuarat agung ini untuk ahli-hali persatuan menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak persatuan dalam mencapai objektif tersebut. Atas kapasiti saya sebagai ADUN Sungai Bakap dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang , saya akan membantu persatuan dalam menambahbaik infrastruktur di sini dengan usaha daya yang semaksima yang mungkin. Saya amat berbangga dengan barisan ahli jawatan kuasa persatuan yang


hiper aktif dalam menjayakan villa ini sebagai satu kediaman yang kondusif bagi semua penduduk dan daya difahamkan bahawa banyak halangan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, IWK dan internet yang tidak dapat disediakan oleh kontraktor pembangunan tetapi beberapa penduduk dapat menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terdiri daripada barisan ahli jawatan kuasa persatuan penduduk ini yang dapat menyelesaikan semua masalahmasalah infrastruktur ini. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Penduduk atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada semua penduduk di sini. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB. DATO’ DR AMAR PRITPAL BIN ABDULLAH ADUN SG BAKAP MERANGKAP TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG


6.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK KATA ALU – ALUAN PENGERUSI PERSATUAN Prof Ir Dr CHOONG KOK KEONG Selamat Sejahtera Semua Sebagai pembuka madah, saya mewakili persatuan penduduk mengucapkan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang Kali Pertama ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua penduduk pada majlis ini. Saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan kesudian para penduduk pada mesyuarat kali ini. Kehadiran penduduk sekalian menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha merealisasikan visi dan misi persatuan kita untuk mecapai kediaman yang kondusif selaras dengan cogankata persatuan “Kesepakatan, Kekeluargaan dan Saling Menghormati”. Saya pasti hasrat ini akan dapat dicapai dengan usaha dan kerjasama oleh semua pihak. Di kesempatan ini, kami sentiasa mengalu-alukan idea-idea yang bernas daripada penduduk sekalian untuk memastikan Bukit Jawi Golf Villa terus cemerlang dan terbilang dalam senarai kediaman yang aman dan sejahtera. Sesungguhnya, kami amat menghargai usaha dan komitmen para penduduk sekalian. Akhir kata, saya ingin merakamkan terima kasih kepada barisan AJK Persatuan Penduduk sesi yang telah banyak membantu memastikan program dan aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan seterusnya mengharumkan nama Bukit Jawi Golf Villa. Semoga kerjasama antara pihak ahli jawatan kuasa, pengawal keselatan dan penduduk dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" [ PROF IR DR CHOONG KOK KEONG] Pengerusi PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG


7.0 SENARAI NAMA JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPBJGV-PP KALI KE-1 Tarikh : 11 Mei 2023 Hari : Khamis Masa : 10.00 Malam Tempat : 12A, PBJ1 Jawatankuasa Induk Pengerusi Persatuan Penduduk : Prof Ir Dr Choong Kok Keong Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk : Leong Soon Wah Setiausaha/Penyelaras : Ahmad Badri bin Ismail Penolong Setiausaha : Harehvin A/L Rethinasamy Bendahari : Cheah Seok Keau Ahli Pelaksana Floor Manager Harehvin A/L Rethinasamy Acacia Tan Yi Woon AJK Jemputan dan Sambutan Ahmad Badri Ismail Choong Kok Keong Lim Ngek Hwa (Wani) Ng Chor Yiaw (Simon) Cheah Seok Keau AJK Dokumentasi Goh Wei Lee AJK Buku Program & Banner Ahmad Badri Ismail Tan Siaw Hooi AJK Peralatan & Teknikal Leong Soon Wah Goh Wei Lee AJK Persiapan Tempat Harehvin A/L Retinasamy Cheah Keng Chai Tham Jue Zhi Samsudin bin Ahmad Ajk Makanan Ahmad Badri Ismail Lee Gaik Keow Chasiman Abd Wahab AJK Pencatat Minit Goh Wei Lee Cheah Seok Keau Pengacara Majlis Ahmad Badri Ismail


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA JAWATANKUASA PERINCIAN BIDANG TUGAS Floor Manager • Menyelaras perjalanan program AJK Jemputan dan Sambutan • Menghantar surat panggilan mesyuarat AGM • Menghantar Notis AGM • Menyiapkan penyediaan barangan ‘Lucky Draw” AJK Dokumentasi • Mengambil gambar sepanjang program • Menyediakan Laporan AGM AJK Buku Program & Banner • Mencipta rekaan Banner & slide Agenda AGM • Mencipta rekaan Buku Program • Mencetak Buku Program untuk AJK Muafakat (bersemuka) AJK Peralatan • Menyediakan extension wire • Menyediakan mikrofon dan headset Ajk Teknikal • Setup link (termasuk setting syarat-syarat) • Highlight Speaker • Kongsi (share) Laporan Setiausaha, Laporan Bendahari • Kongsi (share) slide Agenda AGM (termasuk Banner program) • Rekod Mesyuarat • End Meeting AJK Persiapan Tempat dan Lalulintas • Membuat tempahan dan menyiapkan tempat mesyuarat • Memastikan kebersihan tempat Mesyuarat • Memastikan perjalanan trafik berjalan lancer • Membantu perwakilan dan tetamu ‘parking’ AJK Jamuan/ Makanan • Menyediakan welcome drink • Menyediakan jamuan makan malam (bersemuka) AJK Pencatat Minit • Mencatat minit mesyuarat Pengacara Majlis • Mengacarakan majlis/ Agenda AGM


8.0 MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PENAJA PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG TARIKH : 04 APRIL 2022 MASA : 8.30 MALAM TEMPAT: 12A-PERSIARAN BUKIT JAWI 1, BUKIT JAWI GOLF VILLA Kehadiran: 1. Prof Ir Dr Choong Kok Keong 2. Harehvin A/L Rethinasamy 3. Ahmad Badri Ismail 4. Leong Soon Wah 5. Cheah Seok Keau 6. Acacia Tan Yi Woon 7. Tan Siaw Hooi 8. Tham Jue Zhi 9. Goh Wei Lee 10. Lee Ah Gaik Agenda mesyuarat 1. Kata alu-aluan Pengerusi Majlis 2. Perlantikan Jawatan Kuasa Penaja 3. Ucapan Pengerusi J/K Penaja 4. Membentangkan Cadangan Penubuhan Persatuan Penduduk dan draft Perlembagaan 5. Membentang Projeksi Keperluan Kewangan 6. Hal-hal Lain 7. Ucapan Penangguhan Mesyuarat 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi majlis, Ahmad Badri mengalu-alukan kehadiran semua wakil penduduk yang hadir ke Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa Penaja bagi membentuk entiti persatuan penduduk di Bukit Jawi Golf Villa. Sesungguhnya, dengan kehadiran semua wakil penduduk menunjukkan keprihatinan, komitmen serta impian yang tinggi bagi melihat Bukit Jawi Golf Villa terus memainkan peranannya untuk kebajikan semua penduduk Bukit Jawi Golf Villa. Makluman 1.2 Jawatankuasa Penaja perlu ditubuhkan sebagai satu entiti yang akan merancang serta melaksanakan pelbagai aktiviti utama bagi manfaat semua penduduk. Dengan izin yang Maha Kuasa, berkat ukhuwah dan kerjasama rapat antara semua penduduk dan sumbangan


pengalaman serta kepakaran dalam kalangan penduduk akan menjadi sumber kekuatan dalam menjayakan aktiviti. Makluman 1.3 Pengerusi Majlis mencadangkan mesyuarat diteruskan dengan agenda seterusnya iaitu cadangan barisan ahli JAwatan Kuasa J/K Penaja. Makluman 2.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENAJA 2.1 Perlantikan jawatan kuasa penaja dimulai dengan cadangan kaedah penamaan calun oleh pencadang dan disokong oleh seorang penyokong dan seterusnya jika tiada pencalunan lain, penamaan calun akan ditutup dan pengundian adalah melalui kaedah mengangkat tangan. Memandangkan jawatankuasa ini adalah jawatan kuasa penaja dan persatuan belum berdaftar, Mr Harehvin mencadangkan agar pencalunan adalah dengan kaedah sukarela dan tidak memerlukan pengundian. Cadangan tersebut diterima secara sebulat suara oleh ahli-ahli yang hadir. Tindakan S/U Sementara 2.2 Berikut adalah penama ataupun ajk yang terpilih sebulat suara. 2.2.1 Pengerusi Penaja : Prof Ir Dr Choong Kok Keong 2.2.2 Timbalan Pengerusi Penaja : Leong Soon Wah 2.2.3 Setiausaha : Ahmad Badri Ismail 2.2.4 Penolong Setiausaha : Harehvin A/L Rethinasamy 2.2.5 Bendahari : Cheah Seok Keau 2.2.6 Ahli J/K 1 : Acacia Tan Yi Woon 2.2.7 Ahli J/K 2 : Tan Siaw Hooi 3.0 UCAPAN PENGERUSI JAWATAN KUASA PENAJA 3.1 Pengerusi penaja mengucapkan tahniah kepada semua yang terpilih sebgai jawatankuasa penaja dan mengharapkan bantuan semua ahli dan penduduk dalam merealisasikan pembentukan persatuan penduduk yang berdaftar Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Makluman 3.2 Pengerusi Penaja memohon Setiausaha Penaja, Ahmad Badri untuk mendapatkan maklumat dan mendraf perlembagaan dengan bantuan ajk sedia ada dan juga bantuan penduduk yang arif dalam penubuhan persatuan. Setiausaha mengambil maklum dan akan cuba sebaik yang mungkin. Beliau memaklumkan sudah mempunyai template draf perlembagaan yang akan dibentangkan. Tindakan Setiausaha Penaja


4.0 Membentangkan Cadangan Penubuhan Persatuan Penduduk dan draft Perlembagaan 4.1 Setiausaha memaklumkan bahawa permohonan penubuhan persatuan pada masa ini adalah secara online dan beliau akan mendaftarkan persatuan dan membayar yuran yang berkaitan apabila draf perlembagaan persatuan dimuktamadkan. Tindakan s/u 4.2 Beliau seterusnya membentangkan draf pelembagaan dan akan menambahbaik perlembagaan tersebut pada masa yang terdekat. Semua ahli mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi menyediakan draf perlembagaan tersebut. makluman 4.3 Seterusnya beliau mencadangkan nama persatuan sebagai “Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa” dan diterima sebulat suara oleh ahli yang hadir makluman 4.4 Beliau memohon ajk lain untuk merekabentuk logo persatuan dan Acacia Tan, Mr Leong dan Mr Harehvin sedia membantu. AJK Berkenaan 5.0 Membentang Projeksi Keperluan Kewangan 5.1 Dengan bantuan Mr Tham, Leong dan setiausaha, disenaraikan keperluan ataupun komplikasi kewangan yang diperlukan untuk pembaikan dan kaedah pelaksanaan pegawai keselamatan. 5.1.1 Pembaikan Rumah Pengawal RM 12,000 5.1.2 Pemasangan Pendawaian dan Peralatan RM 7,000 5.1.3 Kos Gaji Pengawal Kontrak RM 6,000 5.1.4 Kos permohonan Utiliti RM 2,000 5.1.5 Anggaran Jumlah Keperluan Kewangan RM 27,000 Tindakan Bendahari 5.2 Projeksi Komplikasi Kewangan ini adalah anggaran sahaja dan pengerusi mengharapkan ahli ahli dapat memaklumkan kepada penduduk bagi mendapatkan dana yang mencukupi. makluman 5.3 Bendahari mencadangkan dapat diputuskan agar penduduk akan membayar wang kemasukan sebanyak RM300 dan bayaran bulanan sebanyak RM120 ataupun RM150 bergantung kepada keperluan sebenar keperluan kewangan. Cadangan diterima sebulat suara oleh ahli yang lain. Tindakan semua 5.4 Projeksi pendapatan bagi permulaan adalah seperti berikut: 5.4.1 Wang Kemasukan – Rm300 x 53 penduduk RM15,900 5.4.2 Yuran bulanan – RM150 x 53 x 2 bulan RM 15,900 5.4.3 Anggaran pendapatan RM31,800 5.5 Berdasarkan unjuran pendapatan dan perbelanjaan, pembaikan rumah pengawal akan dijalankan selepas 2 bulan. Tindakan ajk


6.0 Hal-hal lain 6.1 Ms Gaik mencadangkan agar ‘Standard Operating Procedure’ dapat ditentukan bagi kemasukan pelawat ke Bukit Jawi Golf Villa memandangkan banyak kejadian kecurian berlaku, Pengerusi memaklumkan perkara tersebut akan dibincangkan pada masa mesyuarat ajk yamg akan datang. 6.2 Setiausaha mencadangkan agar kerja kerja pembaikan dan pemasangan peralatan dijalankan sendiri oleh penduduk yang berpengalaman untuk mengurangkan kos-kos terlibat. Mr Tham sebagai kontraktor akan membantu dalam pembaikan rumah pengawal dan Ahmad Badri akan membantu dalam pemasangan peralatan. 6.3 Mr Harehvin mencadangkan agar semua jalan persiaran dilengkapi dengan CCTV untuk memantau pergerakan pelawat dan mengesan jika berlaku kejadian yang tidak diingini melalui sistem kamera litar tertutup tersebut. Pengerusi memaklumkan akan mempertimbangkan perkara tersebut dengan mengambilkira kedudukan kewangan. Tindakan ajk 7.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan agar persatuan berdaftar dapat ditubuhkan secepat mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (AHMAD BADRI BIN ISMAIL) (PROF IR DR. CHOONG KEONG KOK) Setiausaha Penaja Persatuan Pengerusi Penaja Persatuan PERSATUAN PENDUDUK BJGV PERSATUAN PENDUDUK BJGV


9.0 LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG SESI 2022-2024 1. SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESI 2022 - 2024 Pengerusi : Prof Ir Dr Choong Kok Keong Naib Yang Dipertua : Leong Soon Wah Setiausaha : Ahmad Badri bin Ismail Pen. Setiausaha : Harehvin A/L Rethinasamy Bendahari : Cheah Seok Keau AJK : Acacia Tan Yi Woon Tan Siaw Hooi AJK Kecil (Lantikan) : Goh Wei Lee Chasiman bin Abd Wahab Lee Gaik Keow Simon Ng Char Tiaw Tham Jue Zhi Cheah Keng Chai JuruAudit : Baharudin Rabu 2. MESYUARAT AJK PERSATUAN SESSI 2021-2023 2.1 Kekerapan Mesyuarat AJK persatuan adalah seperti berikut : Perkara Tarikh Mesyuarat Pertama (Online) 15 Januari 2021 Mesyuarat Kedua (J/K Penaja) 4 April 2022 Mesyuarat Ketiga 15 Jun 2022 Mesyuarat Keempat (Khas AGM) 10 April 2023 Mesyuarat Kelima (Pra-AGM) 15 Mei 2023


2.2 Rekod kedatangan Ahli Jawatankuasa Persatuan 2021-2023 / = Hadir TH = Tidak Hadir BIL NAMA JAWATAN 14Jan 2021 4Apr 2022 15Jun 2022 10Apr 2023 15Mei 2023 1. Choong Kok Keong Pengerusi / / / / / 2 Leong Soon Wah T/Pengerusi / / TH TH TH 3 Ahmad Badri Ismail SU / / / / / 4 Harehvin A/L Rethinasamy T/SU / / / / / 5 Cheah Seok Keau Bendahari / / / / / 6 Acacia Tan Yi woon AJK / / / TH / 7 Tan Siaw Hooi AJK / / / / / 8 Goh Wei Lee AJK Penduduk / / / / / 9 Chasiman Abd Wahab AJK Penduduk / TH TH TH TH 10 Lee Gaik Keow AJK Penduduk / / / / / 11 Baharudin Rabu AJK Penduduk / TH TH TH TH 12 Simon Ng Char Tiaw AJK Penduduk / TH / TH / 13 Tham Jue Zhi AJK Penduduk / TH / TH / 14 Cheah Keng Chai AJK Penduduk / TH / / /


10.0 LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN Sepanjang sebelum dan selepas penubuhan Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang, beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya seperti berikut (laporan bergambar boleh didapati di bahagian Galeri Aktiviti): 1. Renovasi Rumah Pengawal dengan pemasangan peralatan keselamatan dan keperluan tenaga suria. 2. Gotong Royong pembersihan dan mengecat sekitar hadapan Bukit Jawi Golf Villa 3. Gotong Royong membina Papan Tanda “Bukit Jawi Golf Villa”. 4. Perasmian Papan Tanda “Bukit Jawi Golf Villa” oleh YB Dato’ Dr Amar Pritpal bin Abdullah 5. Majlis makan malam “Get-Together Dinner” di Bukit Jawi Golf Resort anjuran persatuan dan sumbangan oleh YB Dato’ Dr Amar Pritpal Abdullah. 6. Pemasangan lampu-lampu perhiasan semasa musim perayaan Hari Raya, ‘Chinese New Year’, ‘Depavali’ dan Hari Krismas. 7. Pengindahan jalan sekitar Villa 8. Memasang ‘speed barrier’ di jalan masuk utama dan Persiaran Bukit Jawi 4. 9. Pembersihan kawasan yang padat dengan semak samun dan jalan yang terhalang 10. Berusaha untuk mendapatkan turapan jalan yang sempurna dengan bantuan KADUN Sungai Bakap. 11. Menghadiri program kesedaran “awareness” program di ROS Pulau Pinang 12. Penyediaan lori bekalan air ketika krisis air melanda Kawasan BJGV


11.0 LAPORAN KEWANGAN PERSATUAN BALANCE SHEET AS ENDED 31/12/2020 INCOME EXPENSES INITIAL PAYMENT RM15,700.00 GUARD SALARY RM37,200.00 MAINTENANCE FEES RM58,740.00 GUARD HOUSE RENOVATION RM4,275.80 RFID SALES RM1,180.00 GATE & BARRIER EXPENSES RM8,869.91 BARRIER FINE RM300.00 SIGNBOARD EXPENSES RM4,184.00 ADVANCE PAYMENT RM1,920.00 SOLAR EXPENSES RM5,000.00 INTEREST RM54.15 GUARD HOUSE EXPENSES RM562.72 GOTONG ROYONG FOOD EXEPENSES RM1,050.00 STATIONERY RM21.00 STREET LIGHT ADDITION RM300.00 UTILITIES RM980.00 BALANCE CASH IN ACC RM15,450.72 RM77,894.15 RM77,894.15 BALANCE SHEET AS ENDED 31/12/2021 INCOME EXPENSES BALANCE B/F AS 2020 RM15,450.72 GUARD SALARY RM73,845.48 INITIAL PAYMENT RM900.00 WALKIE TALKIE RM635.60 TOTAL RECEIVED MAINTENANCE FEES RM77,340.00 UTILITIES RM1,722.15 RFID SALES RM560.00 STATIONERY RM28.00 BARRIER FINE RM250.00 OFFICE CHAIR RM610.00 ADVANCE PAYMENT RM2,400.00 THERMOMETER RM384.00 INTEREST RM28.57 AIRCOND, SOLAR % STREET CAMERA RM5,000.00 GENERAL EXPENSES RM1,231.30 UNKNOWN B/IN RM4,100.00 BALANCE CASH IN ACC RM17,572.76 RM101,029.29 RM101,029.29


BALANCE SHEET AS ENDED 31/12/2022 INCOME EXPENSES BALANCE B/F AS 2021 RM17,572.76 SALARY RM67,809.88 TOTAL RECEIVED MAINTENCE FEES RM93,090.00 UTILITIES RM3,873.65 INITIAL PAYMENT RM1,500.00 GENERAL EXPENSES (CLEAN UP) RM1,510.00 RFID RM700.00 STORAGE CABLE & SERVER RM681.70 ADVANCE PAYMENT RM1,800.00 BONUS RM1,600.00 INTEREST RM19.96 STATIONERY RM52.00 SPONSOR DINNER RM1,300.00 UNIFORM RM1,299.00 OFFICE CHAIR RM290.00 LOGO CHOP RM76.00 DINNER EVENT RM4,918.40 TRANSFER BACK TO MR NG - BANK IN WRONG ACC RM4,100.00 BALACE CASH IN ACC RM29,772.09 RM115,982.72 RM115,982.72 BALANCE SHEET AS ENDED 31/3/2023 INCOME EXPENSES BALANCE B/F AS 2022 RM29,772.09 SALARY RM17,161.00 TOTAL RECEIVED MAINTENCE FEES RM24,110.00 UTILITIES RM547.05 INITIAL PAYMENT RM300.00 STATIONERY RM56.30 RFID RM0.00 BONUS RM0.00 ADVANCE PAYMENT RM0.00 G/HOUSE BARRIER RM864.90 INTEREST RM0.00 STAFF INSURANCE RM392.00 BALACE CASH IN ACC RM35,160.84 RM54,182.09 RM54,182.09 DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH CHEAH SEOK KEAU BAHARUDIN BIN RABU PROF IR CHOONG KOK KEONG BENDAHARI JURUAUDIT DALAMAN PENGERUSI


12.0 PERTIMBANGAN USUL Persatuan penduduk ingin mencadangkan 2 usul untuk pertimbangan ahli-ahli persatuan penduduk untuk kelulusan bagi pindaan perlembgaan selaras dengan klausa perlembagaan persatuan iaitu Fasal 18 “Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung”. USUL 1: Meminda Fasal 6: SUMBER KEWANGAN. Fasal 6(2) : “Yuran :RM 150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja)” Dipinda kepada: Fasal 6(2) : “Yuran: (a) RM120.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Sahaja) sebagai Yuran Penyelenggaraan; dan RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) sebagai Yuran Pentadbiran bagi kategori Penduduk dan; (b) RM60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Sahaja) senagai Yuran Penyelenggaraan dan RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) bagi kategori Tuan Tanah” Alasan: Kita perlu untuk membezakan perkara 6(2) berkenaan yuran sebanyak RM150.00 dimana klausa ini perlu diubah kepada 2 bahagian seperti cadangan di atas. Persatuan mencadangkan agar Yuran dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Yuran Penyelenggaraan dan Yuran Pentadbiran bagi 2 kategori (a) Penduduk (b) Tuan Tanah. USUL 2: Meminda Fasal 10: KEWANGAN Fasal 10(4) : “Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Dipinda kepada: Fasal 10(4) : “Perbelanjaan yang lebih daripada RM 6000 (Ringgit Malaysia Enam Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan RM 10000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu; ataupun telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan melalui Cadangan Bajet bagi tahun berikutnya. Alasan: (a) Pembayaran Gaji Kakitangan Keselamatan sahaja lebih daripada RM5000 sebulan iaitu lebihkurang RM5800 sebulan. Kelulusan semasa Mesyuarat Agung akan dibentangkan sebagai Cadangan Bajet bagi tahun berikutnya. (b) Bagi menjalankan aktiviti seperti mesyuarat agung tahunan dan projek-projek makan malam, perbelanjaan boleh mencecah hampir RM7000 yang terdiri daripada khemah/ sewa premis, makanan, peralatan/perkakasan mesyuarat dan sebagainya


13.0 CADANGAN BAJET BAGI APRIL 2023 SEHINGGA MAC 2024 BIL. PERKARA BAJET TAHUNAN 1 GAJI PEGAWAL KESELAMATAN RM75,000.00 2 BONUS PEGAWAL - PERAYAAN RM5,000.00 3 UTILITI BILLS RM3,000.00 4 STATIONERY RM500.00 5 PENYELENGGARAAN RM6,000.00 6 INSURAN PEKERJA RM800.00 7 GENERAL EXPENSES RM2,000.00 8 PERBELANJAAN AGM RM7,500.00 JUMLAH CADANGAN BAJET RM99,800.00


GALERI AKTIVITI TAHUNAN SEHINGGA 2022 Sila SCAN QRCODE DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN GALERI BERGAMBAR https://anyflip.com/nubfq/ibrt/


15 PERLEMBAGAAN PERSATUAN SILA SCAN QRCODE ATAUPUN URL LINK DI BAWAH UNTUK MELIHAT PERLEMBAGAAN PERSATUAN https://anyflip.com/nubfq/vjbl/


16.0 SENARAI PENDUDUK DAN TUAN TANAH BUKIT JAWI GOLF VILLA NO NAMA LOT NO ALAMAT 1 CHANG CHOOI FOOI B-16 1 PSR BKT JAWI 1 2 AHMAD BADRI ISMAIL B1-27 12A PSR BKT JAWI 1 3 KHOR KHENG SIANG B1-12 16 PSR BKT JAWI1 1 4 WONG HOOI KIM B1-81 2A PSRN BKT JAWI 2 5 AMIRUDDIN AMRAN B-14 3 PSR BKT JAWI 2 6 LIM MOI HEANG B-50 1 PSR BKT JAWI 3 7 LEONG SOON WAH B-51 3 PSR BKT JAWI 3 8 GOOI KOK LEANG B-22 2A PSR BKT JAWI 3 9 MR SONG KC B-52 5 PSR BKT JAWI 3 10 KHOO THENG HONG B1-38 10 PSR BKT JAWI 3 11 BAHARUDDIN RABU B-56 11A, PSR BKT JAWI 3 12 LIM CHEE LENG B1-40 12A PSR BKT JAWI 3 13 WILLIAM LAU B1-42 18 PSR BKT JAWI 3 14 CHEAH KENG CHAI B-18 19 PSR BKT JAWI 3 15 NG BOON KANG B1-43 20 PSR BKT JAWI 3 16 CHOONG KOK KEONG B1-33 21 PSR BKT JAWI 3 17 ONG TENG HAI B1-44 22 PSR BKT JAWI 3 18 CASEY KHOR B1-45 22A PSRN BKT JAWI 3 19 CHEAH SEOK KEAU B1-34 23 PSR BKT JAWI 3 20 CHOO KOK HOONG B1-35 25 PSR BKT JAWI 3 21 CHONG BOON LEONG B1-36 27 PSR BKT JAWI 3 22 GOH KENG HUAT B1-37 29 PSR BKT JAWI 3 23 ONG SIEW LUAN B1-50 32A PSR BKT JAWI 3 24 CHEAH YAM JOO B-5 33 PSR BKT JAWI 3 25 ONG SIEW HO B1-51 36 PSR BKT JAWI 3 26 HAREHVIN A/L S RETHINASAMY B1-3 2A PSR BKT JAWI 4 27 PUAN ISTI (ISTERI ARUAH DR ZAKARIA MOHD AMIN) B1-5 10 PSR BKT JAWI 4 28 SIMON NG B1-14 11, PSR BKT JAWI 4 29 PROF FAUZIAH AHMAD B1-6 12 PSR BKT JAWI 4 30 DR NORLIA BAHARUN B1-7 12A PSR BKT JAWI 4 31 SARJIT KAUR B1-13 15 PSR BKT JAWI 4 32 LIM KONG HUA B1-09 18 PSR BKT JAWI 4 33 CHAI YUEN KOOI B1-10 20 PSR BKT JAWI 4 34 ACACIA TAN YI WOON B1-55 2 PSR BKT JAWI 5 35 TEOH CHEE WOOI B1-52 7 PSR BKT JAWI 5


36 KEE SIEW LUAN B1-58 8 PSR BKT JAWI 5 37 GOH WEI LEE B-24 1 PRSN BKT JAWI 6 38 NG KUANG SNEAH B1-67 3 PSR BKT JAWI 6 39 DATO KOH TIAM HUA B26 11A, PSR BKT JAWI 6 40 CHASIMAN B ABDUL WAHAB B1-76 5 PSR BKT JAWI 7 41 GOH TOR HAI B1-77 6 PSR BKT JAWI 7 42 NG SOOO KANG B1-71 X PSRN BKT JAWI 7 43 KHOR KIM TONG A-54 6 PSR BKT JAWI 8 44 KHOR KIM MONG A-56 8 PSR BKT JAWI 8 45 LIM CHAI SENG A1-38 12 PSR BKT JAWI 8 46 CHOO CHIN HOCK B-37 19 PSR BKT JAWI 8 47 CHENG MIN YEE B-35 21 PSR BKT JAWI 8 48 KOH PENG HOOI B-41 27 PSR BKT JAWI 8 49 SIN KEAN LIN A-35 35A PSR BKT JAWI 9 50 DR KANAPATHI A-17 36 PSR BKT JAWI 9 51 TAN YONG SIANG A-57 7 PSR BKT JAWI 10 52 KHOR KHENG SENG PLANTATION 53 MR YEOH LOT 6323 PLANTATION 54 KOAY CHENG WAH LOT 2255 LAND 55 TAI SIEW MOI B1-83 LAND 56 LAU CHEE WOOI B1-28 LAND 57 HENG KENT HIM LOT 2424 & 2425 LAND 58 ONG ENG KHOON LOT 2353 LAND 59 NESSEKUMAR A/L PANCHINATHAN LOT 2285 LAND 60 LIM JOO LONG LOT2281 LAND


MAKSUD/KETERANGAN LAMBANG PERSATUAN 1.Bulatan warna kuning sebagai latarbelakang melambangkan keceriaan penduduk di kawasan Bukit Jawi Golf Villa 2.Bukit bukau berwarna hijau sebagai latar belakang melambangkan persekitaran kawasan Bukit Jawi Golf Villa yang dikelilingi kehijauan flora. 3.Bayang-bayang pokok dan dataran warna hitam bermaksud persekitaran kehijauan pokok kelapa sawit sekeliling Bukit Jawi Golf Villa yang bersih dan indah juga sebagai sumber ekonomi komuniti masyarakat setempat 4.Tiga orang bermaksud permuafakatan masyarakat di Bukit Jawi Golf Villa sebagai masyarakat majmuk. 5.Tiga rumah bermaksud diversiti banglow yang terdapat di Bukit Jawi Golf Villa dan kesetiakawanan semua masyarakat. 6.Perkataan “Kesepakatan, Kekeluargaan dan Saling Menghormati” bermaksud kesepakatan pemuafakatan masyarakat yang harmoni dengan sifat kekeluargaan melebihi sifat kejiranan dengan keselamatan penduduk yang selamat dan lebih terjamin atas dasar saling hormati menghormati antara penduduk Bukit Jawi Golf Villa.


SEKALUNG PENGHARGAAN Jawatan kuasa PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: YB. DATO’ DR AMAR PRITPAL BIN ABDULLAH Adun Sg Bakap Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Mr GALAIMANI A/L SUBRAMANIAM Kanselor KADUN Sungai Bakap Semua kakitangan KADUN Sungai Bakap PROF IR DR. CHOONG KOK KEONG Pengerusi Persatuan Penduduk Semua Ahli-ahli Jawatan kuasa dan Jawatan Kuasa Kecil Persatuan Para Penyumbang Idea dan Kepakaran untuk aktiviti persatuan Para Penduduk Bukit Jawi Golf Villa serta pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Tahun 2023


Click to View FlipBook Version