The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmad.badri, 2024-06-29 14:00:49

perlembagaan BJGV -latest as 05072022

perlembagaan BJGV -latest as 05072022

Page 1 of 11 PERLEMBAGAAN PERSATUAN UNDANG UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA, SUNGAI JAWI, PULAU PINANG FASAL 1 NAMA Persatuan ini dikenali dengan nama: PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA Yang selepas ini disebut PERSATUAN FASAL 2 TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan rasmi persatuan ialah: No 12A, Persiaran Bukit Jawi 1, Bukit Jawi Golf Villa, 14200 Sungai Jawi Pulau Pinang. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 LAMBANG Makna Lambang : 1. Bulatan warna kuning sebagai latarbelakang melambangkan keceriaan penduduk di kawasan Bukit Jawi Golf Villa 2. Bukit bukau berwarna hijau sebagai latar belakang melambangkan persekitaran kawasan Bukit Jawi Golf Villa yang dikelilingi kehijauan flora. 3. Bayang-bayang pokok dan dataran warna hitam bermaksud persekitaran kehijauan pokok kelapa sawit sekeliling Bukit Jawi Golf Villa yang bersih dan indah juga sebagai sumber ekonomi komuniti masyarakat setempat


Page 2 of 11 4. Tiga orang bermaksud permuafakatan masyarakat di Bukit Jawi Golf Villa sebagai masyarakat majmuk. 5. Tiga rumah bermaksud diversiti banglow yang terdapat di Bukit Jawi Golf Villa dan kesetiakawanan semua masyarakat. 6. Perkataan Kesepakatan, Kekeluargaan dan Saling Menghormati, bermaksud kesepakatan pemuafakatan masyarakat yang harmoni dengan sifat kekeluargaan melebihi sifat kejiranan dengan keselamatan penduduk yang selamat dan lebih terjamin atas dasar saling hormati menghormati antara penduduk Bukit Jawi Golf Villa. FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT 1. Mentadbir dan membantu menyelenggara kawasan Bukit Jawi Golf Villa bersama-sama kerajaan tempatan supaya ianya menjadi suatu tempat kediaman yang selamat, harmoni, bersih dan indah. 2. Menganjur aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengeratkan hubungan antara ahli dengan penduduk setempat. 3. Mencegah dan membenteras kegiatan yang tidak sihat seperti maksiat, gejala sosial dan lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. 4. Membantu kebajikan ahli-ahli persatuan dan juga membantu penduduk luar yang memerlukan bantuan kebajikan. 5. Bekerjasama dan membantu bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan di antara ahli dengan pihak berkuasa yang berkenaan. 6. Mentadbir pengawalan kawasan untuk mencegah kejadian kecurian dan kemasukan orang luar dan juga pendatang luar negara tanpa kebenaran. 7. Memantau kegunaan bangunan dan tanah dalam persekitaran Bukit Jawi Golf Villa mengikut statut yang dibenarkan oleh ‘Persatuan’ dan mengikut garis panduan kerajaan tempatan. FASAL 5 KEAHLIAN 1. Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada tuanpunya samada yang tinggal di dalam ataupun di luar di Bukit Jawi Golf Villa yang berumur 18 tahun ke atas. 2. Keahlian persatuan juga terbuka kepada tuanpunya tanah di Bukit Jawi Golf Villa yang berumur 18 tahun ke atas.


Page 3 of 11 3. Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan di hantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya untuk menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab. 4. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah membayar yuran kemasukan dan yuran bulanan seperti yang telah ditetapkan dan diterima menjadi ahli persatuan dan haknya sebagai ahli. FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN LAIN-LAIN 1. Bayaran Masuk dan Yuran Bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari seperti yang berikut (atas budibicara PERSATUAN): a. Bayaran Masuk - RM 300.00 bagi premis/tanah. b. Yuran Bulanan - RM 150.00 bagi setiap premis - RM 80.00 bagi setiap lot tanah 2. Yuran Bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum hari terakhir pada setiap bulan. 3. Ahli yang tidak membayar yuran bulanan selama 3 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha dan hilang hak-hak istimewa sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. 4. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 6 bulan atau lebih dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memerintah supaya tindakan yang sah dapat diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima penyata dan kenyataan terlebih dahulu. 5. Jawatankuasa mempunyai kuasa yang menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang atas budibicara PERSATUAN. 6. Yuran khas ataupun kutipan wang dari ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat jawatan kuasa ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. 7. Tuanpunya tanah yang akan membangunkan bangunan di tanah dikenakan deposit sebanyak RM8,000.00 yang akan dikembalikan semula selepas pembinaan selesai dengan syarat tiada kerosakan fizikal kepada persekitaran villa seperti kerosakan jalanraya, kebersihan persekitaran dan sebagainya. Baki deposit (jika ada) akan dipulangkan setelah


Page 4 of 11 mengambilkira kos-kos pembaikan (jika ada). Andaikata tidak mencukupi, tuanpunya tanah perlu menokok tambah tambahan kos-kos pembaikan. 8. Kawasan perumahan bukit jawi adalah merupakan kawasan penduduk sahaja dan sebarang permohonan untuk mengubah statut penggunaan tanah hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada PERSATUAN dengan persetujuan penduduk dan jika perlu kelulusan kerajaan tempatan. FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis 1 bulan terlebih dahulu kepada PERSATUAN melalui Setiausaha dan perlu menjelaskan segala hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa sebelum jawatankuasa memecat atau menggantungkannya secara bertulis selepas pemberian notis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela diri. Pemecatan atau penggantungannya itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat di atas rayuan oleh ahli tersebut. 3. Ahli yang telah dikenakan hukuman penjara lebih dari 2 tahun dan PERSATUAN bersidang dan mengambil keputusan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi ahli persatuan akan dilucutkan keahliannya. FASAL 8 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 1. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan setiap tahun sekali tetapi pemilihan pegawai persatuan hendaklah dibuat setiap 3 tahun sekali. 2. Pengelolaan persatuan bagi mesyuarat agung adalah terserah kepada kehadiran ahli-ahli sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli PERSATUAN hendaklah hadir dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk bermesyuarat. 3. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam dalam waktu yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak melebihi dari 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika tidak mencukupi korum selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguh, maka dengan itu berkuasalah ahli-ahli yang hadir meneruskan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa untuk meminda undang-undang persatuan dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.


Page 5 of 11 4. Mesyuarat agung bagi persatuan hendaklah dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb. Julai pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah: a. Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan persatuan didalam tahun yang lalu, b. Menerima Laporan Bendahari dalam Penyata Kewangan yang telah diauditkan bagi tahun yang lalu, c. Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk tempoh 3 tahun, d. Menguruskan perkara-perkara yang dibentangkan didalam mesyuarat itu. e. Membentangkan bajet untuk tahun berikutnya. 5. Setiausaha hendaklah menghantar notis mesyuarat kepada setiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat agung diadakan. Satu Agenda Mesyuarat dan Laporan serta Penyata Kira-Kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diauditkan berserta surat-surat hendaklah dibekalkan salinan melalui sosial media untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat tempat untuk urusan persatuan. 6. Mesyuarat agung khas (adhoc) persatuan ini boleh diadakan: a) apabila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa atau, b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya, permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. 7. Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh didalam tempoh 30 hari dari tempoh menerima permintaan mesyuarat itu. 8. Pengumuman dan agenda mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan kepada setiausaha dan semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan dalam mesyuarat. 9. Fasal 2 dan 3 didalam undang-undang yang berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 10. Setiausaha hendaklah menghantar kepada setiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas dengan seberapa yang boleh setelah selesaikan mesyuarat tersebut.


Page 6 of 11 FASAL 9 JAWATAN KUASA 1. Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan: a. Pengerusi (1) b. Timbalan Pengerusi (1) c. Setiausaha (1) d. Bendahari (1) e. Ahli-ahli Jawatankuasa (7) f. Pemeriksa Kira-Kira Dalaman. (2) g. Bagi jawatan Penolong Setiausaha, dan Penolong bendahari adalah kuasa lantikan diberi kepada pengerusi daripada senarai Ahli Jawatan Kuasa. h. Seorang pemegang amanah 2. Pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif didalam persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara ataupun pemastautin tetap di Malaysia. 3. Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli didalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula selepas 3 tahun. 4. Fungsi jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan mengenai kegiatan dalam tahun lalu dalam tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa 4 bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang dari 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa sahaja. Sekurang-kurangnya (1/2) daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa hendaklah hadir mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum.


Page 7 of 11 6. Jika timbul perkara yang mustahak berkehendakan kelulusan jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapat kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti yang berikut: a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang diedarkan pada tiap-tiap ahli jawatankuasa. b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. 7. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan dan diminitkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat. 8. Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai meletakkan jawatan didalam jawatankuasa. 9. Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon kedua yang mendapat undian terbanyak pada pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah ahli jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan. 10. Ahli jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar jawatankuasa menjalankan keputusan atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan. 11. Ahli jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan perlu dan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.


Page 8 of 11 FASAL 10 KEWAJIPAN KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi. 2. Semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari. 3. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya. 4. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, No. Kad Pengenalan, pekerjaan nama dan alamat majikan serta alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari serta Setiausaha dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan dan mengirimkan penyata tahunan persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14(1) akta pertubuhan 1966. 5. Penolong Setiausaha hendaklah menolong dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 6. Bendahari bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersamasama dengan Pengerusi dan Setiausaha. 7. Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 11 KEWANGAN 1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini wang pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. 2. Bendahari yang dibenarkan menyimpan wang runcit tidak melebihi RM300.00 kira-kira persatuan hendaklah ditandatangani bersama.


Page 9 of 11 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun bank atau wang kira hendaklah di tandatangani oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. 4. Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Seribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak kelulusan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari. 5. Penyata dari hal wang terima dan dibelanjakan secara kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik dibawah Fasal 12 undang-undang dengan seberapa cepat setelah tamatnya Tahun Kewangan Penyata Kira-Kira yang telah diauditkan itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dibekalkan untuk maklumat ahli ditempat urusan persatuan. 6. Tahun Kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb MEI dan berakhir pada 30hb APRIL tiap-tiap tahun. FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Dua orang yang bukannya pegawai persatuan boleh dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Dalaman. Mereka akan memegang jawatan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula. 2. Pemeriksa Kira-Kira Dalaman adalah dikehendaki memeriksa kira-kira persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan dan diaudit oleh Pemeriksa Kira-kira Luaran. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa. FASAL 13 PENGAMANAH 1. Seorang Pengamanah yang berumur lebih dari 21 tahun ke atas hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki persatuan. Semua harta tetap kepunyaan persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). Jawatan kuasa perlu menyenaraikan semua harta untuk rujukan Pengamanah. 2. Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik, memindah harta kepunyaan persatuan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung persatuan.


Page 10 of 11 3. Seseorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian perletakan jawatan atau pelucutan pengamanah maka kekosongan bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru dilantik dalam mesyuarat agung. FASAL 14 TAKSIFAN UNDANG-UNDANG 1. Diantara berlangsungnya Mesyuarat Agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang dan jawatankuasa, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang terkandung dalam undang-undang ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahlinya adalah muktamat jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 15 PENASIHAT/ PENAUNG Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat/penaung bagi persatuan dengan syarat orang yang dilantik menyatakan persetujuan secara bertulis FASAL 16 LARANGAN 1. Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di rumah persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kua, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu banker’s game dan semua permainan bergantung semata-mata kerana nasib. 2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang ataupun mengambil peranan didalam kesatuan sekerja seperti definisi didalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. 3. Persatuan tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa. 4. ’FAEDAH’ seperti yang diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh persatuan kepada mana-mana ahlinya


Page 11 of 11 FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan serta pindaan undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan FASAL 18 PEMBUBARAN 1. Persatuan boleh dibubar secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam satu mesyuarat agung dipanggil khas kerananya. 2. Sekiranya persatuan hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undangundang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. 3. Pernyataan bersabit dengan pembubaran hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu ____________________________ ______________________ Pengerusi Penaja Setiausaha Penaja Tarikh: 15 Jun 2022 Tarikh: 15 Jun 2022


Click to View FlipBook Version