BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2024 KALI KE-2 PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG 30 JUNE 2024 6:00 PETANG 1, PERSIARAN BUKIT JAWI 1 1
KANDUNGAN LAPORAN PERKARA MUKASURAT 1.0 Matlamat Persatuan 3 2.0 Aturcara Majlis 4 3.0 Agenda Mesyuarat 5 4.0 Notis Panggilan Mesyuarat Ahli 6 5.0 Kata Aluan Pengerusi Persatuan Penduduk 7 6.0 Perasmian Mesyuarat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk 7 7.0 Senarai Nama Jawatankuasa Kerja 8 8.0 Minit Mesyuarat AGM KALI KE-1 2023 10 9.0 Laporan Tahunan Jawatankuasa Persatuan 17 10.0 Laporan Aktiviti Persatuan 19 11.0 Laporan Kewangan Persatuan 20 12.0 Pertimbangan Usul 21 13.0 Cadangan Bajet Bagi April 2024 Sehingga Mac 2025 22 14.0 Perlembagaan Persatuan Rev1.01 22 15.0 Galeri Aktiviti Persatuan 23 16.0 SENARAI KEHADIRAN PENDUDUK DAN TUAN TANAH BUKIT JAWI GOLF VILLA KE MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA 2023 34 17.0 Sekalung Penghargaan 37 18.0 SENARAI LINK KEPADA FAIL-FAIL MESYUARAT AGUNG DARI 2022-2024 37 2
1.0 MATLAMAT PERSATUAN Mentadbir dan membantu menyelenggara kawasan bukit jawi golf villa bersama-sama kerajaan tempatan supaya ianya menjadi suatu tempat kediaman yang selamat, harmoni, bersih dan indah. Menganjur aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengeratkan hubungan antara ahli dengan penduduk setempat. Mencegah dan membenteras kegiatan yang tidak sihat seperti maksiat, gejala sosial dan lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk. Mentadbir pengawalan kawasan untuk mencegah kejadian kecurian dan kemasukan orang luar dan juga pendatang luar negara tanpa kebenaran. 3
2.0 ATUR CARA MAJLIS ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG KALI-2 Tarikh: 30 June 2024 / Tempat: Persiaran 1, Bukit Jawi Golf Villa 6.00 ptg : Pendaftaran Perwakilan 6.10 ptg : Pendaftaran Tetamu Khas (tentatif) 6.30 ptg : MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG (PPBJGV-PP) KALI -2 Kata Alu-Aluan Pengerusi Majlis Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Persatuan Penduduk Profesor Ir Dr. Choong Kok Keong 7:00 - 7:30 mlm Lintaslangsung oleh YB/ Menteri Jamuan Makan Malam Mesyuarat Agung Bermula Ucapan Penangguhan Mesyuarat 8:00 mlm : Mesyuarat dijangka tamat 4
AGENDA MESYUARAT 1. Kata alu-aluan Pengerusi Majlis 2. Kata alu-aluan Pengerusi dan Perasmian Mesyuarat Persatuan Penduduk oleh Prof Ir Dr Choong Kok Keong 3. Mesyuarat bermula 4. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat AGM Kali Pertama 2024 5. Membentang Laporan Aktiviti Jawatankuasa Tahunan Persatuan Penduduk 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Mac 2024 7. Pembentangan dan Perbahasan Usul oleh Persatuan dan Ahli 8. Pembubaran AJK Persatuan Penduduk BJGV Sessi 2022-2024 9. Pemilihan AJK Persatuan Penduduk BJGV Sessi 2024-2026 10. Pembentangan Bajet bagi Sessi 2024/2025 11. Hal-hal lain 12. Cabutan Bertuah 13. Ucapan Penangguhan Mesyuarat 5
4.0 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AHLI 6
5.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK KATA ALU – ALUAN PENGERUSI PERSATUAN Prof Ir Dr CHOONG KOK KEONG Selamat Sejahtera Semua Sebagai pembuka madah, saya mewakili persatuan penduduk mengucapkan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang Kali Kedua ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua penduduk pada majlis ini. Saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan kesudian para penduduk untuk menghadiri mesyuarat kali ini. Kehadiran penduduk sekalian menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha merealisasikan visi dan misi persatuan kita untuk mencapai kawasan kediaman yang kondusif selaras dengan cogankata persatuan “Kesepakatan, Kekeluargaan dan Saling Menghormati”. Saya pasti hasrat ini akan dapat dicapai dengan usaha dan kerjasama oleh semua pihak. Di kesempatan ini, kami sentiasa mengalu-alukan idea-idea yang bernas daripada penduduk sekalian untuk memastikan Bukit Jawi Golf Villa terus cemerlang dan terbilang dalam senarai kawasan kediaman yang aman dan sejahtera. Sesungguhnya, kami amat menghargai usaha dan komitmen para penduduk sekalian. Akhir kata, saya ingin merakamkan terima kasih kepada barisan AJK Persatuan Penduduk sesi yang telah banyak membantu memastikan program dan aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan seterusnya mengharumkan nama Bukit Jawi Golf Villa. Semoga kerjasama antara pihak ahli jawatan kuasa, pengawal keselamatan dan penduduk dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kejayaan bersama. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" [ PROF IR DR CHOONG KOK KEONG] Pengerusi PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG 7
7.0 SENARAI NAMA JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPBGKV-PP KALI KE-2 Tarikh : 15 June2024 Hari : Khamis Masa : 10.00 Malam Tempat : 2A, PBJ4 Jawatankuasa Induk Pengerusi Persatuan Penduduk : Prof Ir Dr Choong Kok Keong Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk : Leong Soon Wah Setiausaha/Penyelaras : Ahmad Badri bin Ismail Penolong Setiausaha : Harehvin A/L Rethinasamy Bendahari : Cheah Seok Keau Ahli Pelaksana Floor Manager Harehvin A/L Rethinasamy Acacia Tan Yi Woon AJK Jemputan dan Sambutan Ahmad Badri Ismail Choong Kok Keong Lim Ngek Hwa (Wani) Ng Chor Yiaw (Simon) Cheah Seok Keau AJK Dokumentasi Goh Wei Lee AJK Buku Program & Banner Ahmad Badri Ismail Tan Siaw Hooi Dr Kanapathi AJK Peralatan & Teknikal Leong Soon Wah Goh Wei Lee AJK Persiapan Tempat Harehvin A/L Retinasamy Cheah Keng Chai Tham Jue Zhi Samsudin bin Ahmad Ajk Makanan Ahmad Badri Ismail Lee Gaik Keow Chasiman Abd Wahab AJK Pencatat Minit Goh Wei Lee Cheah Seok Keau Pengacara Majlis Ahmad Badri Ismail 8
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA JAWATANKUASA PERINCIAN BIDANG TUGAS Floor Manager ● Menyelaras perjalanan program AJK Jemputan dan Sambutan ● Menghantar surat panggilan mesyuarat AGM ● Menghantar Notis AGM ● Menyiapkan penyediaan barangan ‘Lucky Draw” AJK Dokumentasi ● Mengambil gambar sepanjang program ● Menyediakan Laporan AGM AJK Buku Program & Banner ● Mencipta rekaan Banner & slide Agenda AGM ● Mencipta rekaan Buku Program ● Mencetak Buku Program untuk AJK Muafakat (bersemuka) AJK Peralatan ● Menyediakan extension wire ● Menyediakan mikrofon dan headset Ajk Teknikal ● Setup link (termasuk setting syarat-syarat) ● Highlight Speaker ● Kongsi (share) Laporan Setiausaha, Laporan Bendahari ● Kongsi (share) slide Agenda AGM (termasuk Banner program) ● Rekod Mesyuarat ● End Meeting AJK Persiapan Tempat dan Lalulintas ● Membuat tempahan dan menyiapkan tempat mesyuarat ● Memastikan kebersihan tempat Mesyuarat ● Memastikan perjalanan trafik berjalan lancer ● Membantu perwakilan dan tetamu ‘parking’ AJK Jamuan/ Makanan ● Menyediakan welcome drink ● Menyediakan jamuan makan malam (bersemuka) AJK Pencatat Minit ● Mencatat minit mesyuarat Pengacara Majlis ● Mengacarakan majlis/ Agenda AGM 9
8.0 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK BJGV-PP KALI PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA 2023 TARIKH : 21 JUN 2023 MASA : 7.30 MALAM TEMPAT : 12A-PERSIARAN BUKIT JAWI 1, BUKIT JAWI GOLF VILLA Kehadiran: 41 Penduduk, Sila Rujuk Senarai Kehadiran di Lampiran 1 Agenda mesyuarat A. Kata alu-aluan Pengerusi Majlis B. Kata alu-aluan Pengerusi, Persatuan Penduduk oleh Prof Ir Dr Choong Kok Keong C. Kata alu-aluan dan Perasmian Mesyuarat Agung oleh YB Dato’ Dr Amar Pritpal D. Jamuan Makan Malam dan Mesyuarat bermula E. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatan Kuasa Penaja 2022 F. Membentang Laporan Aktiviti Jawatankuasa Tahunan Persatuan Penduduk G. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Mac 2023 H. Pembentangan dan Perbahasan Usul oleh Persatuan dan Ahli I. Pembentangan Bajet bagi Sessi 2023/2024 J. Hal-hal lain K. Ucapan Penangguhan Mesyuarat 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi majlis, Ahmad Badri mengalu-alukan kehadiran semua wakil penduduk yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kali Pertama 2023 bagi melaporkan aktiviti-aktiviti persatuan penduduk di Bukit Jawi Golf Villa. Sesungguhnya, dengan kehadiran semua wakil penduduk menunjukkan keprihatinan, komitmen serta impian yang tinggi bagi melihat Bukit Jawi Golf Villa terus memainkan peranannya untuk kebajikan semua penduduk Bukit Jawi Golf Villa. 1.2 Pengerusi Majlis juga mengucapkan penghargaan kepada YB Dato’ Dr Amar Pritpal Abdullah dan tetamu yang lain kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan persatuan yang julung-julung kalinya diadakan selepas penubuhan persatuan pada Ogos 2022. Dengan izin yang Maha Kuasa, berkat ukhuwah dan kerjasama rapat antara semua penduduk dan sumbangan pengalaman serta kepakaran dalam kalangan penduduk akan menjadi sumber kekuatan dalam menjayakan aktiviti. 1.3 Pengerusi Majlis mencadangkan mesyuarat diteruskan dengan agenda seterusnya iaitu ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan. Makluman 10
2.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI, PROF Ir Dr CHOONG KOK KEONG 2.1 Pengerusi Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadiri yang hadir dan mengharapkan kehadiran yang sama dapat ditunjukkan oleh penduduk pada masa-masa akan datang dalam menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan penduduk BJGV. 2.2 Beliau memaklumkan bahawa bukan mudah untuk kita menubuhkan persatuan penduduk ini tetapi dengan kerjasama dan bantuan penduduk serta dedikasi ahli jawatan kuasa yang dilantik menjadikan penubuhan persatuan menjadi satu realiti. 2.3 Beliau juga mengharapkan idea-idea yang bernas daripada semua ahli penduduk untuk memastikan Bukit Jawi Golf Villa sentiasa cemerlang dan merupakan persatuan penduduk yang disegani oleh taman-taman persekitaran pada masa akan datang dengan aktiviti dan persekitaran villa yang kondusif dan moden. 2.4 Beliau merakamkan penghargaan kepada YB Dato’ Dr Amar Pritpal Abdullah yang sudi hadir ke mesyuarat agung persatuan dan juga penghargaan kepada AJK dan semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung tahunan persatuan ini. Makluman 3.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH YB Dato’ DR AMAR PRITPAL ABDULLAH 3.1 YB Dato’ mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada persatuan penduduk yang menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan persatuan penduduk kali-1 ini. Beliau amat berbesar hati kerana persatuan sangat aktif dan selalu menghubungi pejabat KADUN untuk memaklumkan semua aktiviti seperti makan malam, gotong royong dan sebagainya. 3.2 YB Dato’ memaklumkan pihak ADUN Sungai Bakap dengan Kerjasama MPSP dalam peringkat akhir melalui MAQIS untuk menyiapkan dokumen tender bagi menyempurnakan kerja-kerja jalan, longkang dan bahu jalan di kawasan BJGV. Tender akan dikeluarkan pada bulan Julai 2023 nanti. 3.3 Beliau amat berbangga kerana persatuan penduduk BJGV berusaha dalam merealisasikan objektif kediaman MADANI dan beliau menyuarakan kesudian beliau untuk membantu persatuan dalam segala hal berkaitan kebajikan penduduk, infrastruktur dan perkara-perkara yang dapat memajukan Bukit Jawi Golf Villa. 3.4 Seterusnya beliau dengan lafas Basmallah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kali-1 Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang. makluman 4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PENAJA 2022 JawatanKuasa Penaja telah menjalankan mesyuarat pada 4 April 2022, 8:30pm bertempat di 12A, Persiaran Bukit Jawi 1. Setiausaha Persatuan membentangkan minit mesyuarat Jawatan Kuasa Penaja Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang kepada ahli persatuan. 4.1 Pengesahan Minir Mesyuarat Pencadang : Dr Kanapathi A/L Kuppusamy 11
Penyokong : Mr Cheah Keng Chai 4.2 Perkara-Perkara Berbangkit Tiada 5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN JAWATAN KUASA 2022 JawatanKuasa Penaja telah menjalankan berbagai aktiviti sepanjang tahun 2022. Setiausaha Persatuan membentangkan aktiviti Jawatan Kuasa Penaja Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang kepada ahli persatuan. 5.1 Pengesahan Aktiviti Pencadang : En Amiruddin Amran Penyokong : Prof Dr Fauziah binti Ahmad 5.2 Perkara-Perkara Berbangkit 5.2.1 Merujuk kepada Minit 10, Laporan Aktiviti, Prof Fauziah menanyakan aktiviti penyediaan sangkar penangkap monyet yang disediakan oleh pihak persatuan tertinggal dan perlu dimasukkan dalam laporan aktiviti persatuan. Beliau mohon penjelasan keberkesanan sangkar tersebut memandangkan monyet semakin banyak dan menganggu penduduk di BJGV. 5.2.2 Beliau mencadangkan jika persatuan dapat menggunakan kaedah seperti penggunaan senapang pewarna bagi menakutkan monyet-monyet. 5.2.3 En Chasiman juga menyatakan kebimbangan kerana monyet-monyet ini amat merbahaya jika dibiarkan berleluasa di kawasan BJGV. Maklumbalas persatuan 5.2.4 Setiausaha mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan semua berkenaan masalah monyet dan aktiviti akan ditambahkan dalam laporan. 5.2.5 Beliau memaklumkan, pihak persatuan dengan kerjasama jabatan PERHILITAN telah menjalankan aktiviti penangkapan monyet dan menggunakan kaedah perangkap, banyak monyet telah ditangkap dan dipindahkan ke kawasan lain. Monyet yang ganas juga telah ditembak mati oleh jabatan PERHILITAN. 5.2.6 Malangnya dalam proses penangkapan monyet ini, ada individu yang melepaskan monyet tersebut daripada sangkar tersebut dan menjadikan perangkap monyet tidak efektif. Tambahan pula monyet semakin bijak dapat keluar daripada perangkap tersebut. 5.2.7 Setiausaha mencadangkan diadakan pengundian untuk membunuh secara menembak mati monyet oleh jabatan perhilitan dan pengundian secara angkat tangan tidak meluluskan perkara tersebut. 5.2.8 Pengerusi persatuan mencadangkan penggunaan “Paint Gun” dan ahli bersetuju tentang perkara tersebut dan persatuan akan berusaha untuk mempraktikkan kaedah tersebut. 12
6.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Mac 2023 Bendahari, Ms Cheah Seok Keau membentangkan laporan kewangan, Minit 11. 6.1 Laporan Kewangan 6.1.1 Pendapatan : RM 140,392.72 6.1.2 Perbelanjaan : RM 105,231.88 6.1.3 Baki : RM 35,160.84 6.2 Pengesahan Laporan Kewangan Pencadang : En Amiruddin Amran Penyokong : Prof Dr Fauziah binti Ahmad 6.3 Perkara-Perkara Berbangkit 6.3.1 En Amir memohon kenyataan “Balance Sheet” adalah tidak relevan dalam penyediaan laporan kewangan ini. Maklumbalas persatuan Bendahari mengucapkan berbanyak terima kasih di atas komen tersebut dan perkataan “Balance Sheet” akan ditukar kepada “Penyata Kewangan” 7.0 Membentang dan Perbahasan Usul Pengerusi, Prof Ir Dr Choong Kok Keong menyatakan tiada usul dikemukakan oleh ahli dalam tempoh yang telah ditetapkan. Beliau seterusnya membentangkan usul pemindaan Perlembagaan Persatuan, Minit 12 untuk pengesahan dan perbahasan seperti berikut : Persatuan penduduk membentangkan 2 usul untuk pertimbangan ahli-ahli persatuan penduduk untuk kelulusan bagi pindaan perlembagaan selaras dengan klausa perlembagaan persatuan iaitu Fasal 18 “Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung”. 7.1 : Pembentangan USUL 7.1.1 USUL 1 Meminda Fasal 6: SUMBER KEWANGAN. Fasal 6(2) : “Yuran :RM 150.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja)” Dipinda kepada: Fasal 6(2) : “Yuran: (a) RM120.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Sahaja) sebagai Yuran Penyelenggaraan; dan RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) sebagai Yuran Pentadbiran bagi kategori Penduduk (b) RM60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Sahaja) senagai Yuran Penyelenggaraan dan RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) bagi kategori Tuan Tanah” Alasan dan Justifikasi: Kita perlu untuk membezakan perkara 6(2) berkenaan yuran sebanyak RM150.00 dimana klausa ini perlu diubah kepada 2 bahagian seperti cadangan di 13
atas. Persatuan mencadangkan agar Yuran dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Yuran Penyelenggaraan dan Yuran Pentadbiran bagi 2 kategori (a) Penduduk (b) Tuan Tanah. Pengesahan Usul 1 Pencadang : En Amiruddin Amran Penyokong : Prof Dr Fauziah binti Ahmad Makluman Usul diterima 7.1.2 USUL 2 Meminda Fasal 10: KEWANGAN Fasal 10(4) : “Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Dipinda kepada: Fasal 10(4) : “Perbelanjaan yang lebih daripada RM 6000 (Ringgit Malaysia Enam Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan RM 10000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10001.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu dan Satu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu; ataupun telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan melalui Cadangan Bajet bagi tahun berikutnya. Alasan dan Justifikasi: (a) Pembayaran Gaji Kakitangan Keselamatan sahaja lebih daripada RM5000 sebulan iaitu lebihkurang RM5800 sebulan. Kelulusan semasa Mesyuarat Agung akan dibentangkan sebagai Cadangan Bajet bagi tahun berikutnya. (b) Bagi menjalankan aktiviti seperti mesyuarat agung tahunan dan projek-projek makan malam, perbelanjaan boleh mencecah hampir RM7000 yang terdiri daripada khemah/ sewa premis, makanan, peralatan/perkakasan mesyuarat dan sebagainya Pengesahan Usul 2 Pencadang : En Goh Wei Lee Penyokong : En Simon Ng Chor Yiaw Makluman Usul diterima 14
8.0 CADANGAN BAJET BAGI APRIL 2023 SEHINGGA MAC 2024 8.1 Bendahari membentangkan cadangan Bajet untuk sessi 2023-2024 BIL. PERKARA BAJET TAHUNAN 1 GAJI PEGAWAL KESELAMATAN RM75,000.00 2 BONUS PEGAWAL - PERAYAAN RM5,000.00 3 UTILITI BILLS RM3,000.00 4 STATIONERY RM500.00 5 PENYELENGGARAAN RM6,000.00 6 INSURAN PEKERJA RM800.00 7 GENERAL EXPENSES RM2,000.00 8 PERBELANJAAN AGM RM7,500.00 JUMLAH CADANGAN BAJET RM99,800.00 Pengesahan Bajet Pencadang : En Chasiman Abdul Wahab En Amiruddin Amran Penyokong : Mr Simon Ng Chor Yiaw 8.2: Perkara Berbangkit 8.2.1 En Chasiman mempersoalkan tentang pungutan hasil yuran adalah RM93,000 sahaja, beliau memohon penjelasan bagaimana bajet boleh melebihi unjuran pendapatan. Maklumbalas Persatuan memaklumkan akan pertambahan ahli pada tahun mendatang dan sumbangan akan menambahkan dana persatuan. Buat masa ini ada beberapa penambahan ahli-ahli baru dalam pertimbagan pihak persatuan. 8.2.2 En Amiruddin memohon agar penyata akaun dapat diperkemaskan dengan mengambil kira asset-set seperti baki baju t-shirt. Juga persatuan dapat menyediakan akaun berasingan bagi perbelanjaan projek seperti perbelanjaan AGM, Makan Malam dan sebagainya. Maklumbalas Persatuan bersetuju dengan cadangan En Amiruddin dan akan menyediakan penyata akaun bagi projek yang akan dijalankan. 15
9.0 Hal-hal lain 9.1 En Chasiman mencadangkan agar keahlian baru dapat dikaji semula untuk memastikan yuran yang dikenakan ada bertepatan dengan status keahlian. Ada beberapa tuan tanah yang telah menyiapkan rumah dan telah berpindah masuk ke premis di BJGV. Ini akan dapat menambah dana persatuan pada masa masa yang akan datang. Tindakan Bendahari 9.2 En Simon mencadangkan persatuan memantau kerja-kerja pembaikan yang dilakukan oleh PBA kerana terdapat banyak pengorekkan jalan untuk pembaikan paip air yang tidak diturap kembali oleh pihak kontraktor PBA. Tindakan AJK 9.3 Prof Fauziah memohon agar ‘pot hole’ dapat diperbaiki oleh pihak yang berkenaan untuk mengelakan kemalangan berlaku. Tindakan ajk 9.4 En Amiruddin memohon agar pagar perimeter BJGV dibangunkan secara berperingkat bagi memperkemaskan keselamatan penduduk. Tindakan ajk 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan agar persatuan berdaftar dapat ditubuhkan secepat mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (AHMAD BADRI BIN ISMAIL) (PROF IR DR. CHOONG KEONG KOK) Setiausaha Persatuan Pengerusi Penaja Persatuan PERSATUAN PENDUDUK BJGV PERSATUAN PENDUDUK BJGV 16
9.0 LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA PULAU PINANG SESI 2023-2024 1. SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESI 2022 - 2024 Pengerusi : Prof Ir Dr Choong Kok Keong Naib Yang Dipertua : Leong Soon Wah Setiausaha : Ahmad Badri bin Ismail Pen. Setiausaha : Harehvin A/L Rethinasamy Bendahari : Cheah Seok Keau AJK : Acacia Tan Yi Woon Tan Siaw Hooi AJK Kecil (Lantikan) : Goh Wei Lee Chasiman bin Abd Wahab Lee Gaik Keow Simon Ng Char Tiaw Tham Jue Zhi Cheah Keng Chai Kanapathi A/L Kuppusamy JuruAudit : Baharudin Rabu 2. MESYUARAT AJK PERSATUAN SESSI 2023-2024 2.1 Kekerapan Mesyuarat AJK persatuan adalah seperti berikut : Perkara Tarikh Mesyuarat Pertama 15 Januari 2024 Mesyuarat Dua (online) 15 Mac 2024 Mesyuarat Ketiga (Khas AGM) 15 Jun 2024 Mesyuarat Ke-4 (Pra-AGM) 27 Jun 2024 17
2.2 Rekod kedatangan Ahli Jawatankuasa Persatuan 2021-2023 / = Hadir TH = Tidak Hadir BIL NAMA JAWATAN 15/1/ 2024 1/3/ 2022 15/6/ 2024 27/6/ 2024 1. Choong Kok Keong Pengerusi / / / / 2 Leong Soon Wah T/Pengerusi TH TH TH TH 3 Ahmad Badri Ismail SU / / / / 4 Harehvin A/L Rethinasamy T/SU / / / / 5 Cheah Seok Keau Bendahari / / / / 6 Acacia Tan Yi woon AJK / TH TH TH 7 Tan Siaw Hooi AJK / / TH / 8 Goh Wei Lee AJK Penduduk / / / TH 9 Chasiman Abd Wahab AJK Penduduk / TH TH TH 10 Lee Gaik Keow AJK Penduduk / / TH / 11 Baharudin Rabu AJK Penduduk / TH / / 12 Simon Ng Char Tiaw AJK Penduduk / TH TH / 13 Tham Jue Zhi AJK Penduduk / / / TH 14 Cheah Keng Chai AJK Penduduk / TH / TH 15 Dr Kanapathi AJK Penduduk / TH / / 18
10.0 LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN Sepanjang sebelum dan selepas penubuhan Persatuan Penduduk Bukit Jawi Golf Villa Pulau Pinang bagi tahun ke-2 penubuhannya, beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya seperti berikut (laporan bergambar boleh didapati dibahagian Galeri Aktiviti): 1. Renovasi Rumah Pengawal dengan penambahan pemasangan peralatan keselamatan menggunakan peruntukan perolehan geran GPPK 2023. (sila rujukan laporan perlaksanaan di taupan : https://anyflip.com/nubfq/ouew/ ms 1 -5) 2. Gotong Royong pembersihan dan mengecat sekitar hadapan Bukit Jawi Golf Villa. 3. Program Kesedaran Kesihatan, Keselamatan dan Kebakaran dengan kerjasama pihak IPD, Kementerian Kesihatan dan Bomba Penyelamat Malaysia dengan menggunakan geran GPPK 2023. (sila rujukan laporan perlaksanaan di taupan : https://anyflip.com/nubfq/ouew/ m/s 7 -21) 4. Gotong Royong membina Papan Tanda “Bukit Jawi Golf Villa”. 5. Majlis makan malam “Get-Together Dinner” di Bukit Jawi Golf Resort anjuran persatuan dan sumbangan oleh YB Dato’ Dr Amar Pritpal Abdullah. 6. Pemasangan lampu-lampu perhiasan semasa musim perayaan Hari Raya, ‘Chinese New Year’, ‘Deepavali’ dan Hari Krismas. 7. Pengindahan jalan sekitar Villa 8. Pembersihan kawasan yang padat dengan semak samun dan jalan yang terhalang 9. Mendapatkan Peruntukan sebanyak RM5juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan bantuan dan nasihat oleh MPKK, ahli Majlis, YB Dato Pritpal untuk kelulusan melalui MAQIS dan peruntukan khas negeri. 10. Mesyuarat Agung Tahunan yang Pertama. [Sila rujuk ditaupan di bawah: https://anyflip.com/nubfq/shry/ ] 19
11.0 LAPORAN KEWANGAN PERSATUAN ACCOUNT CASH FLOW FOR YEAR 2023 INCOME AMOUNT EXPENSES AMOUNT BALANCE / F RM29,772.09 MAINTENANCE FEES RECEIVED RM86,650.00 SALARY RM72,399.74 UNIFI RM1,768.55 RFID RM1,090.00 UTILITIES RM780.00 INSURANCE RM392.00 T SHIRT SOLD RM460.00 AGM EVENT RM4,137.40 AIR CORD SERVICES RM150.00 YB CONTRIBUTION FOR AGM MEETING RM4,918.40 DECO FOR DEEPAVALI & CHRISTMAS RM730.30 STATIONARY RM56.30 BONUS FOR GUARDS RM1,650 GPPK from ROS PENANG RM10,000.00 T-SHIRT RM3,417.00 BANK PROCESSING FEES RM10.50 EQUIPMENT FOR KESELAMATAN RM7,050.00 CONTRIBUTION TO POLICE STATION, RM670.00 PIBG SEKOLAH AWARENESS EVENT RM4,431.50 BARRIER RM854.90 ACOOUNT BAL RM34,392.30 RM132,890.49 RM132,890.49 20
12.0 PERTIMBANGAN USUL Persatuan penduduk ingin mencadangkan SATU usul seperti di bawah untuk pertimbangan ahli-ahli persatuan penduduk untuk kelulusan. USUL 1: Mendirikan satu bangunan bolehalih untuk tujuan kegunaan Persatuan Penduduk BJGV dan ahli-ahli Alasan: Satu tempat yang tetap diperlukan untuk tujuan mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Persatuan Penduduk BJGV, penyimpanan barang kepunyaan Persatuan Penduduk BJGV dan satu tempat di mana ahli-ahli boleh berkumpul Kandungan usul: Cadangan membeli satu unit bangunan bolehalih (contoh “Mobile Home”) berukuran saiz pelan lebih kurang 10 x 12 m sebagai bangunan Persatuan Penduduk BJGV dengan anggaran harga RM 10,000. Bangunan bolehalih ini akan ditempat di atas lot mampan MPSP berhampiran dengan rumah TNB dihujung jalan Persiaran Bukit Jawi 3. 21
13: CADANGAN BAJET BAGI APRIL 2024 SEHINGGA MAC 2025 BIL. PERKARA BAJET TAHUNAN 1 GAJI PENGAWAL KESELAMATAN RM73,000.00 2 BONUS PENGAWAL - PERAYAAN RM2,000.00 3 BIL UTILITI RM3,000.00 4 STATIONARY RM500.00 5 PENYELENGGARAAN RM6,000.00 6 INSURAN PEKERJA RM500.00 7 GENERAL EXPENSES RM2,000.00 8 AGM EXPENSES RM5,000.00 JUMLAH CADANGAN BAJET RM92,000.00 14: PERLEMBAGAAN PERSATUAN [sila rujuk ditaupan : https://anyflip.com/nubfq/hmkh/ ] 22
15: GALERI AKTIVITI TAHUNAN SEHINGGA MAC 2024 GALERI AKTIVITI TAHUNAN SEHINGGA MAC 2024 23
LIGHTING INSTALLATION FOR DIWALI AND RAYA CELEBRATIONS 24
PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN (Di BAWAH PROGRAM BANTUAN GERAN GPPK 2023 ROS PULAU PINANG) TARIKH: 19 DISEMBER 2023 25
26
27
28
29
30
31
32
33
16.0 SENARAI KEHADIRAN PENDUDUK DAN TUAN TANAH BUKIT JAWI GOLF VILLA KE MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA 2023 34
35
36
17.0 SEKALUNG PENGHARGAAN Jawatan kuasa PERSATUAN PENDUDUK BUKIT JAWI GOLF VILLA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-2 ini: Semua kakitangan KADUN Sungai Bakap PROF IR DR. CHOONG KOK KEONG Pengerusi Persatuan Penduduk Semua Ahli-ahli Jawatan kuasa dan Jawatan Kuasa Kecil Persatuan Para Penyumbang Idea dan Kepakaran untuk aktiviti persatuan Para Penduduk Bukit Jawi Golf Villa serta pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 Tahun 2023 - 2024 18: SENARAI LINK KEPADA FAIL-FAIL MESYUARAT AGUNG DARI 2022-2024 a) Laporan AGM Pertama 2022-2023 [https://anyflip.com/nubfq/shry/ ] b) Perlembagaan Asal Persatuan [https://anyflip.com/nubfq/vjbl/ ] c) Perlembagaan Persatuan selepas AGM ke-1 https://anyflip.com/nubfq/hmkh/ d) Laporan Geran Keselamatan Komuniti Kebangsaan 2023 https://anyflip.com/nubfq/ouew/ 37