The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34260359, 2021-03-03 23:13:20

BUKU PERATURAN SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGALIUD
WDT 70, 90400
SANDAKAN

1

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Ucapan Guru Besar 3
Punca kuasa : Buku peraturan sekolah dilaksanakan 4
2 Ikrar , Lagu Negaraku , Lagu Sabah Tanah Airku dan
Lagu Sekolah 5
Visi, Misi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pengenalan peraturan sekolah 6
Garis panduan peraturan disiplin untuk murid 7
Perkara 1 – Peraturan Am
1.1 – Jadual waktu persekolahan 8
1.2 – kehadiran ke sekolah
1.3 – kehadiran aktiviti kokurikulum 9
Perkara 2 - Perhimpunan 10
Perkara 3 - Tertib semasa belajar dan waktu rehat 13
Perkara 4 - Pakaian seragam sekolah 16
Perkara 5 - Potongan rambut 17
Perkara 6 - Kebersihan dan perhiasan 18
Perkara 7 - Barang larangan 18
Perkara 8 - Tingkah laku musnah dan jenayah 19
Perkara 9 – Keselamatan keluar dari kawasan sekolah 19
Perkara 10 – Harta benda sekolah 20
Perkara 11 – Skim Pinjman Buku Teks (SPBT) 21
Perkara 12 – Peperiksaan 21
Perkara 13 – Lantikan pemimpin kecil 22
Perkara 14 – Lawatan penjaga/Pelawat 23
Perkara 15 – Makluman Umum 23
Perkara 16 – Hukuman 24
Perkara 17 – Jenis salah laku dan hukuman 27
Lampiran

2

KATA ALUAN GURU BESAR

Asalamualaikum dan selamat sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya kita dapat

menerbitkan buku kecil Panduan Disiplin dan Catatan Harian Sekolah Kebangsaan
Segaliud.

Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada ibubapa/penjaga, guru dan juga para
pelajar sekolah ini. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan ibubapa/penjaga

mendapat kefahaman untuk sama-sama menjaga disiplin anak-anak tuan/puan di
tahap yang tinggi. Kerjasama ini amat perlu dalam usaha pihak sekolah untuk
melahirkan pelajar berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia.

Kepada para pelajar, buku ini dijadikan sebagai bimbingan ke arah pemupukan
disiplin dan sahsiah yang tinggi.

Selain itu, buku ini juga dapat menjadi rujukan kepada guru dalam menangani
masalah disiplin pelajar untuk melahirkan pelajar yang benar-benar seimbang dari

segi akademik dan rohani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Insya Allah dengan adanya kerjasama dan penglibatan ibu bapa/penjaga, saya yakin

iklim dan budaya sekolah akan sentiasa terpelihara.
Sekian, mudah-mudahan kita semua akan memperolehi kejayaan dan kebaikan.

Semoga Allah memberkati dan memberi hidayat kepada kita semua.
Sekian, terima kasih
Guru Besar
SK Segaliud
Sandakan

3

PUNCA KUASA

BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 9/1975

Para 4
Peraturan-peraturan sekolah (Sekolah Rules) yang bertulis untuk murid-murid.
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara
bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap
murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di
setiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru Besar hendaklah
selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah
digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/ ketua-ketua murid mestilah faham akan tugas dan
tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan
Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan
untuk membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tertib.

4.1 Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis.
Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah
begitu lengkap dan teratur misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru
Besar hendaklah meneliti semula dan memperbaharui peraturan-peraturan sekolah mereka
dan untuk panduan mereka itu senarai perkara-perkara yang patut dipertimbangkan
mengikut keadaan sekolah mereka. Guru Besar juga bolehlah menimbangkan perkara-
perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.

Para 6
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan, budi pekerti dan perangai
yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk
membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan
buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang
masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan dengan baik.

4

RUKUN NEGARA LAGU NEGARAKU

Maka Kami, Rakyat Malaysia Berikrar Negaraku
Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Tanah Tumpahnya Darahku,
Dan Usaha Kami Untuk Mencapai Cita-
Cita Tersebut Berdasarkan atas Rakyat Hidup
Prinsip-Prinsip Berikut: Bersatu Dan Maju,

Kepercayaan Kepada Tuhan Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan,
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Raja Kita

Keluruhan Perlembagaan Selamat Bertakhta,
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan.
Raja Kita

Selamat Bertakhta

LAGU SABAH TANAH AIRKU LAGU SEKOLAH

Sabah tanah airku Berdidiplin, berilmu, berbakti
Negeri kita yang tercinta Itulah panduan kami
Pemuda pemudi Semua marilah
Bangunlah bersatu semua Murid-murid SK Segaliud
Demi masa depan kami
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa Indah megah namamu
Di tengah kehijauan
Bersatu segala bangsa sentosa Berbilang kaum dan agama
Sabah negeri merdeka Bersatu selamanya

Namamu tetap disanjungi
Abadi di hati kami

Semua bakti dan jasamu
Akan ku kenang selamanya

5

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN INFO

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti. Insan Terdidik. Negara Sejahtera.

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara.

6

PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH

1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi,
jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang
berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulia. Berketerampilan serta
bertanggungjawab.

2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para

pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan

pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang sesuai.

3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan
ketenteraman dan keselesaan pelajar serta kelicinan dan keberkesanan dan
keselesaan pelajar, perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yangs selaras dengan peraturan dan disiplin
murid sekolah – sekolah rendah di Malaysia.

5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong Kanan, ibubapa
atau penjaga serta guru- guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik
sekolah serta meningkatkan disiplin diri.

6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan
dan makluman kepada murid- murid, ibubapa atau penjaga, guru-guru serta
kakitangan sekolah.

“Jangan sekali-kali kita meremehkan
sesuatu perbuatan yang baik walaupun

hanya sekadar senyuman”

7

GARIS PANDUAN
PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID

PERKARA 1:
PERATURAN AM

1.1 JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1.1 Waktu persekolahan adalah seperti berikut

Hari Waktu persekolahan Waktu pulang

Isnin 7.10 Tahap 1 Tahap 2
Selasa 7.10
Rabu 7.10 12.30 1.30
Khamis 7.10
Jumaat 7.10 12.30 1.00

12.30 1.00

12.30 1.00

11.30 11.30

1.1.2 Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau arahan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah
jika ada sebarang perubahan.

8

1.2 KEHADIRAN KE SEKOLAH

PERATURAN 1.2.1 Kehadiran murid-murid ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah
SEKOLAH 1.2.2 diwajibkan.
1.2.3 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab- sebab tertentu
1.2.4 hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat oleh ibu
1.2.5 bapa/penjaga/surat dari doktor.
Kedatangan akan diambil atau ditanda pada waktu pertama.
1.2.6 Kelas tambahan/gantian adalah hari persekolahan biasa dan wajib dihadiri
oleh murid.
1.2.7 Murid-murid diwajibkan datang ke sekolah dan berada dalam kawasan sekolah
selewat-lewatnya pada 7.00 pagi. Murid-murid yang lewat hadir ke sekolah
1.2.8 tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh guru bertugas atau
guru disiplin. (denda yang positif)
Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab akuan dari
doktor/ibu bapa/penjaga, akan dianggap sebagai PONTENG SEKOLAH. Pihak
sekolah akan mengambil tindakan-tindakan seperti amaran, menggantung
persekolahan dan buang sekolah jika perlu ke atas murid yang berkenaan.
(SOP Kehadiran)
Murid yang tidak dapat hadir / mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani,
Sukan dan aktiviti kokurikulum hendaklah membuktikannya dengan
menyertakan 'Surat Akuan Doktor' atau bukti-bukti yang boleh diterima
kepada Guru Besar.
Berikut adalah jadual tindakan yang akan diambil mengenai ketidakhadiran ke
sekolah.

9

TINDAKAN HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR
(BERTURUT- (TIDAK
Surat Amaran
1. Pertama TURUT/BERTERUSAN BERTERUSAN/BERKALA)
Hari ke – 3
2. Surat Amaran Pada hari ke-10
kedua (tidak hadir hari ke-3) (tidak hadir hari ke-10)

7 hari selepas surat amaran 10 hari selepas surat
pertama amaran pertama

(Tidak hadir hari ke-10) (Tidak hadir hari ke-20)

3. Surat Amaran 14 hari selepas surat amaran 20 hari selepas surat
ketiga kedua amaran kedua

(Tidak hadir hari ke-17) (Tidak hadir hari ke-40)

4. Buang sekolah 20 hari selepas surat amaran 20 hari selepas surat
ketiga amaran ketiga

(Tidak hadir hari ke-31) (Tidak hadir hari ke-60)

JUMLAH 30 HARI SECARA 60 HARI BERKALA
TIDAK BERTERUSAN

HADIR KE
SEKOLAH

1.3 KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1.3.1 Aktiviti Kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu pada pukul 2 petang hingga 4
1.3.2 petang.
Semua murid wajib menyertai:
1.3.3
1.3.4 i. Unit Beruniform
1.3.5 ii. Persatun / Kelab Akademik
iii. Sukan / Permainan
Kehadiran adalah wajib untuk murid tahap 2 sahaja.
Murid-murid dikehendaki memakai pakaian unit beruniform atau baju pendidikan
jasmani setiap kali aktiviti kokurikulum dijalankan.
Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikuum tiga kali berturut-turut tanpa
sebab tindakan akan diambil.

10

PERKARA 2 :
PERHIMPUNAN SEKOLAH

PERHIMPUNAN

2.1 Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari ISNIN bermula pada jam 7.10 hingga
7.40 pagi di tapak perhimpunan sekolah.

2.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan.
Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan
bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu.

2.3 Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas.

2.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut
arahan guru disiplin. .

2.5 Pehimpunan akan dimulakan dengan bacaan doa , Bacaan ikrar Rukunegara, nyanyian
lagu ‘Negaraku’, nyanyian lagu ‘Sabah Tanah Airku’ ,laporan guru bertugas minggu
lepas, ucapan guru disiplin / tazkirah agama/ guru kauseling, ucapan pihak pentadbir
sekolah dan diakhiri dengan ikrar pelajar dan nyanyian lagu sekolah.

2.6 Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru memberi ucapan atau pengumuman.
2.7 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negara Ku,

lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah .

11

PERKARA 3 :
TERTIB SEMASA BELAJAR DAN WAKTU REHAT

3.1 SEMASA BELAJAR

3.1.1 Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang pada setiap masa.

3.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar
atau semasa ketiadaan guru.

3.1.3 Murid-murid dibenarkan keluar ke tandas dengan memakai kad kebenaran keluar
hanya dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru).

3.1.4 Sepanjang masa belajar murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
kecuali dengan kebenaran Guru Besar, Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas.

3.1.5 Ibubapa yang ingin membawa anak pulang atau ke rumah sakit hendaklah
memberitahu Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani buku
‘Murid Pulang Awal’ yang disediakan di Pejabat Am.

3.1.6 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab lain
yang munasabah hendaklah memberi makluman kepada pihak sekolah/ Guru Kelas
dengan mendapatkan Surat Cuti Sakit dari doktor atau surat dari ibubapa.

3.1.7 Murud-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam pembelajaran mereka.
3.1.8 Murid-murid yang berpindah ke bilik lain seperti Pusat Sumber atau bilik muzik

mestilah beratur dan bergerak cepat dan berdisiplin.
3.1.9 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas.

3.2 SEMASA REHAT

3.2.1 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali
diarah oleh guru untuk membersihkan dan mengemas kelas.

12

3.2.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan
sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat.

3.2.3 Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman di kantin serta makan di
kantin atau di luar kelas

3.2.4 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -rebut semasa
membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.

3.2.5 Semua murid hendaklah membuang sampah ( Pembungkus makanan dan minuman ) ke
dalam tong sampah.

3.2.6 Waktu rehat pelajar ialah

TAHAP WAKTU MULA WAKTU TAMAT
TAHAP 1 9.40 10.00
TAHAP 2 10.10 10.30

PERKARA 4 :
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

4.1 PAKAIAN SEKOLAH

4.1.1 Murid Lelaki
i. Baju kemeja putih berlengan pendek
ii. Seluar panjang berwarna Biru tua.
iii. Berkasut dan bersarung kaki berwarna hitam atau putih.
iv. Lencana sekolah, tanda nama.
v. Tali pinggang hitam/biru tua.
vi. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali ‘singlet’

berwarna putih.
vii. Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali

pinggang besar, rantai tangan dan rantai leher, selipar atau kasut sukan.

13

Contoh pakaian murid lelaki

4.1.2 Murid Perempuan
i. Baju kurung putih labuh hingga ke bawah lutut dan longgar.
ii. Berkain biru tua
iii. Tudung berwarna putih yang labuhnya di bawah paras dada.
iv. Berkasut dan bersarung kaki berwarna putih atau hitam.
v. Lencana sekolah dan tanda nama.
vi. Pakaian/barang –barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid

memakainya:
i. Mini skirt
ii. Jeans
iii. Baju yang tidak berlengan
iv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar
v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang.
vi. Pewarna kuku

Contoh pakaian murid perempuan

14

4.2 KASUT SEKOLAH

4.2.1 Kasut pvc / kulit berwarna hitam atau putih.
4.2.2 Tanpa jalur atau berbelang atau mempunyai tulisan atau gambar.
4.2.3 Stokin berwarna hitam atau putih mengikut warna kasut.
4.2.4 Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada waktu pembelajaran

4.3 LENCANA DAN TANDA NAMA

4.3.1 Dijahit di sudut kiri bahagian atas dada
4.3.2 Dipakai pada setiap hari persekolahan.
4.3.3 Tanda nama diletak di atas lencana
4.3.4 Lencana pada tali leher

PERATURAN 4.4 PAKAIAN KETUA KELAS, PENOLONG KETUA KELAS, PENGAWAS DAN
PENGAWAS PUSAT SUMBER

4.4.1 Pakaian Seragam Ketua kelas
i. Sama seperti pakaian seragam sekolah yang lain tetapi berwarna hijau.

4.4.2 Pakaian seragam Penolong ketua kelas
i. Sama seperti pakaian seragam sekolah yang lain tetapi berwarna unggu.

15

PERATURAN 4.4.3 Pakaian Seragam Pengawas
i. Sama seperti pakaian seragam sekolah yang lain tetapi berwarna biru

4.4.4 Pakaian Seragam Pengawas Pusat Sumber sekolah
i. Sama seperti pakaian seragam sekolah yang lain tetapi berwarna kuning.
Contoh warna pakaian mengikut jawatan

Ketua kelas Penolong ketua Pengawas sekolah Pengawas pusat
kelas sumber sekolah

5.5 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

4.4.5 Lelaki
i. Baju Kemeja lengan pendek berwarna putih/biru dan berkolar
ii. Seluar panjang trek berwarna hitam/biru tua
iii. Kasut sukan/PJ

4.4.6 Perempuan
i. Baju Kemeja lengan panjang berwarna putih/biru.
ii. Seluar panjang trek berwarna hitam/biru tua
iii. Tudung berwarna putih.
iv. Kasut sukan/PJ

PERKARA 5 :
POTONGAN RAMBUT

5.1 Murid lelaki tidak boleh dan dilarang berambut panjang
5.2 Istilah berambut panjang adalah:

16

SEKOLAH 1. Di bahagian belakang : Rambut jatuh melebihi garisan bawah cuping telinga.
2. Di bahagian hadapan : Rambut menutupi garisan tengah dahi.
3. Di bahagian tepi/sisi : Rambut menutupi kedua-dua telinga atau telinga atau
sebahagian daripadanya dan 'sideburn' yang melebihi
garisan tengah hidung.

(Rujukan : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976)

5.3 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyan tertentu
5.4 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah diikat dengan kemas

menggunakan riben yang berwarna putih atau hitam atau biru tua. Warna lain adalah
tidak dibenarkan.
5.5 Rambut hendaklah sentiasa bersih dan kemas sepanjang masa.

PERKARA 6:
KEBERSIHAN DAN PERHIASAN

6.1 Murid tidak dibenarkan menyimpan kuku yang panjang. Kuku murid hendaklah
sentiasa pendek dan bersih.

6.2 Mewarna kuku juga adalah tidak dibenarkan.
6.3 Murid tidak dibenarkan memakai sebarang alat solek ke sekolah.
6.4 Membawa sebarang alat solek juga adalah dilarang.
6.5 Murid tidak dibenarkan memakai cincin, gelang tangan, kerongsang yang besar,

contact lens, selipar, seluar bercorak.

17

PERKARA 7:
BARANG LARANGAN

7.1 Barang-barang larangan adalah dilarang di bawa ke kawasan sekolah iaitu:
1. Membawa, mengedar atau menghisap rokok (SPI 4/1997) VAPE atau sebarang
jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI 8/1986)
2. Radio walkman, MP4 dan sebarang jenis mainan.
3. Telefon bimbit termasuk chrger, SIM card, kamera dan lain-lain. (Rujuk SPI
2/2009)
4. Rokok, mancis dan pemetik api.
5. Minuman keras.
6. Barang kemas dan sebarang betuk perhiasan
7. Majalah/risalah/gambar berunsur lucah.
8. Benda-benda tajam dan berbahaya.
9. Barang-barang lain yang disifatkan tidak perlu oleh Guru Besar yang boleh
mendatangkan bahaya kepada murid dan kepada murid lain.

7.2 Barangan-barangan yang dirampas oleh pihak sekolahTIDAK akan dipulangkan kepada
murid.

7.3 Murid tidak digalakkan untuk membawa wang yang banyak ke sekolah.

PERKARA 8:
TINGKAH LAKU MUSNAH DAN JENAYAH

8.1 Tidak merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kantin dan murid-murid lain.
8.2 Di larang mencederakan guru, pengawas atau murid lain.
8.3 Di larang membuli, memeras ugut dan mencabul kehormatan.
8.4 Di larang membawa benda berunsur lucah atau berbahaya.
8.5 Di larang berjudi, bertaruh, mencuri, mengancam dan memukul murid lain.
8.6 Jika sebarang masalah berlaku, tindakan tegas akan di ambil oeh Guru Besar.

18

PERKARA 9:
KESELAMATAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH

9.1 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah waktu belajar atau rehat
kecuali diarah oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Pen. Kanan HEM atau guru disiplin
atau dengan kebenaran bertulis kerana tugas- tugas tertentu atau urusan-urusan
sakit dan kecemasan.

9.2 Murid yang hendak ke klinik atau hospital hendaklah berjumpa dan mengambil surat
rawatan daripada guru bertugas serta mendapat kebenaran bertulis dari Guru
Besar.

9.3 Murid yang perlu pulang semasa sesi pembelajaran dijalankan atas sebab yang
mustahak mesti mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar/ Guru Bertugas
dan mencatatkan nama dalam BUKU KELUAR KAWASAN SEKOLAH dengan diringi
oleh penjaga

9.4 Murid yang gagal menunjukkan surat kebenaran bertulis kepada mana-mana guru
bila ditahan di luar kawasan sekolah adalah dianggap ponteng dan melanggar
peraturan sekolah.

PERKARA 10:
HARTA BENDA SEKOLAH

10.1 Harta benda sekolah ialah segala kepunyaan sekolah.
10.2
10.3 Semua guru, kakitangan sekolah dan pelajar bertanggungjawab di atas keselamatan

10.4 harta benda sekolah.
10.5
10.6 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja atau tidak sengaja,

pelajar atau kumpulan terlibat hendaklah menggantikannya atau PERATURAN
SEKOLAH
dikenakan hukuman yang setimpal.

Semua harta benda sekolah tidak boleh diambil atau digunakan tanpa kebenaran

pihak sekolah.

Semua harta benda sekolah yang dipinjam hendaklah ditandatangani di dalam buku

rekod sewaktu memulangkannya di dalam buku rekod.

Harta benda sekolah hendaklah berada dalam keadaan baik dan selamat.

19

PERATURAN PERKARA 11:
SKIM PINJAMA BUKU TEKS (SPBT)

11.1 Buku-buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan yang dipinjamkan kepada
pelajar- pelajar yang layak. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga
kebersihan dan keselamatan buku-buku tersebut

11.2 Murid-murid diwajibkan menyampul/membalut buku-buku tersebut. Pihak sekolah
berhak mengambil balik atau merampas buku-buku yang tidak disampul dan tidak
dijaga dengan baik.

11.3 murid-murid dilarang menulis, menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Juga
menjadi kesalahan jika buku-buku dirosakkan seperti digunting atau dikoyakkan
gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku itu.

11.4 Murid-murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam bilik darjah atau di mana-
mana tempat di sekolah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.

11.5 Jika didapati murid-murid merosakkan, mengotori atau mengabaikan keselamatan
buku- buku tersebut pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada
dengan buku yang lain atau membayar harga buku tersebut.

11.6 Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku-buku yang telah dipinjamkan itu
apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua/Wakilnya.

11.7 Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks di masa yang telah ditetapkan, pihak
sekolah berhak mengambil tindakan ke atas pelajar tersebut.

Di antara tindakan/hukumannya:
1. Memerintahkan murid tersebut membayar dengan wang harga buku-buku tersebut.
2. Tidak dipertimbangkan untuk diberi pinjaman buku teks pada tahun berikutnya jika
murid ini masih lagi belajar di sekolah ini

20

PERKARA 12:
PEPERIKSAAN

12.1 Peperiksaan mengukur keberkesanan pembelajaran. PERATURAN
12.2 Kehadiran murid dalam semua peperiksaan/ujian adalah WAJIB.
12.3 Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan
didenda menurut budi bicara Guru Besar dan badan Disiplin.
12.4 Murid-murid hendaklah menjauhkan sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran
dalam peperiksaan.
12.5 Untuk Peperiksaan UPSR, murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan
oleh Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia.

PERKARA 13:
LANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH

13.1 Perlantikan dan pemilihan pemimpin kecil sekolah akan dibuat oleh Guru kelas yang
13.2 diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum.
13.3 Perlantikan ini tidak bersifat hakiki dan akan diperbaharui setiap tahun bergantung
kepada kelayakan murid.
13.4 Kreteria kelayakan:
13.5 1. Prestasi akedemik yang baik
2. Akhlak dan sahsiah yang terpuji
3. Sifat kepimpinan
4. Penampilan diri yang kemas.
5. Aktif dalam kegiatan sekolah
6. Kehadiran ke sekolah memuaskan
7. Bertanggunjawab, jujur dan menepati masa
8. Rajin berusaha
Pemimpin-pemimpin sekolah tidak boleh bertindak sesuka hati di luar batasan
undang-undang sekolah.
Jawatankuasa pemimpin-pemimpin kecil ini terdiri daripada:
1. Ketua kelas
2. Penolong ketua kelas
3. Pengawas sekolah
4. Pengawas pusat sumber

21

13.6 Peraturan-peraturan murid dan (Disiplin sekolah) 1959 Peraturan 6
“Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa, tertakhluk kepada apa-
apa syarat dan hal yang ditakrifkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan
kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru di sekolah itu atau kepada muri-murid
yang ditetapkan oleh Guru Besar sekolah itu, kecuali yang disebut di atas, tiada
seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan
nyata dari Guru Besar dalam sesuatu hal yang tertentu.

13.7 Pemimpin-pemimpin kecil berfungsi untuk melaksanakan peraturan-peraturan disipin
dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik.

13.8 Pemimpin keci juga menjadi penghubung diantara pihak murid dan membantu guru
dalam hal yang tertentu.

13.9 Pemimpin kecil berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan murid tetapi tidak
boleh mengenakan sebarang hukuman kepada murid.

13.10 Pemimpin kecil sekolah yang terlibat dengan salah laku disipin yang serius akan
digugurkan dan hilang kelayakan memegang jawatan yang disandang.

PERKARA 14:
LAWATAN PENJAGA / PELAWAT

14.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan member salam kepada mana-mana
14.2 pelawat yang hadir ke sekolah.
14.3 Semua pelawat termasuk ibubapa perlu melaporkan diri di pondok pengawal dan
14.4 perlu berjumpa Guru Besar terlebih dahulu.
Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah
14.5 mendapat kebenaran daripada Guru Besar.
14.6 Jika pelawat atau ibu bapa/penjaga yang datang itu berhajat membawa keluar
pelajar berkenaan kerana sesuatu sebab darurat, maka ibubapa perlulah meminta
kebenaran daripaa Guru Besar terlebih dahulu.
Perjumpaan pelawat dengan murid atau guru hanya dilakukan di tempat yang
dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja.
Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat individu yang
mencurigkan masuk ke kawasan sekolah.

22

PERKARA 15:
MAKLUMAN UMUM

15.1 Segala peraturan di atas adalah tertakhluk kepada penyesuaian masa/keadaanyang
15.2 diputuskan oleh lembaga Tatatertib sekolah atau atas nasihat Guru Besar.
15.3 Selain wajib mematuhi peratran-peraturan ini, murid-murid wajib akur kepada
15.4 peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat didalam buku ini.
15.5 Murid-murid juga dikehendaki mematuhi araha-arahan / peraturan-peraturan dari
masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Murid-murid sebagai manusia yang Allah SWT kurniakan fikiran hendaklah
memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana juga kita berada.
Jesteru itu, semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah
yang telah ditetapkan pada bila-bila masa selagi bergelar murid SK Segaliud.

PERKARA 16:
HUKUMAN

16.1 Hukuman yang dikenakan boleh dibhagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan
kepada jenis dan beratnya salahlaku tersebut:
1. Tindakan menghukum
2. Tindakan penegahan
3. Tindakan polis

16.2 Jenis hukuman yang akan dilaksanakan:
1. Amaran
2. Denda
3. Penahanan dalam kelas
4. Hukuman rotan
5. Gantung persekolahan
6. Buang daripada sekolah

16.3 Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah daripada berlakunya
salahlaku dari perbuatan melanggr disiplin.

23

16.4 Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patutdikenakan, Guru Besar
akan menimbangkan keperluan mengenakan satu hukuman yang boleh member kesan
mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan
serupa, bahkn juga kepada yang melakukan salahlaku itu sendiri supaya mereka tidak
mengulangi salahlaku tersebut.

PERKARA 17:
JENIS SALAHLAKU DAN HUKUMAN

21.1 KESALAHAN BERAT

Bil Tema Kesalahan/perlakuan Tindakan sekolah
1. Tingkahlaku jenayah Salahguna dadah
2 Mengedar dadah Tindakan
3 Membawa, menyimpan dan
meminum minuman keras. 1. Hubungi ibubapa/penjaga
4. Melakukan pergaduhan 2. Hubungi Pegawai
5 Membunuh
6 Memukul dan mencederakan Penguatkuasa/Polis
7 Biadap dan tidak sopan 3. Melaporkan kepada Pengarah
8 Mencuri/merompak
9 Memeras ugut/Penderaan Pendidikan
10 Berjudi 4. Kaunseling
11 Membawa, menyimpan dan 5. Mendokumentasi
menggunakan senjata tajam
12 Menganjurkan atau Hukuman
membabitkan diri dalam aktiviti
tidak sihat 1. Amaran keras
2. Gantung sekolah
3. Buang sekolah

Kuasa pelaksana
1. Pegawai dari PPD
2. Guru Besar
3. Pihak Polis
4. Guru yang diberi kuasa

24

13. Ponteng sekolah berturut-turut Tindakan

14 Tingkahlaku tidak selama 31 hari atau berkala 1. Hubungi ibubapa/penjaga
sopan 2. Kaunseling
selama 60 hari 3. Mendokumentasi
15 Tingkahlaku Lucah
Mengganggu Guru Besar atau Hukuman
16
17 guru menjalankan tugas 1. Amaran keras
18 Tingkahlaku Tidak 2. Gantung sekolah
Membawa, mengedar, melukis
Jujur Kuasa pelaksana
19 dan mempamerkan bahan 5. Guru Besar
6. Guru yang diberi kuasa
lucah

Mengeluarkan kata-kata kesat
atau lucah
Melakukan hubungan yang
mencurigakan
Meniru atau menipu dalam
peperiksaan
Melakukan mana-mana
kesalahan sederhana melebihi 3
kali

21.2 KESALAHAN SEDERHANA

Bil Tema Kesalahan/perlakuan Tindakan sekolah

1 Menggunakan peralatan Tindakan

sekolah tanpa kebenaran

2 Keluar dari kawasan sekolah 1. Hubungi ibubapa/penjaga

tanpa kebenaran 2. Nasihat dan teguran

3 Ponteng acara rasmi sekolah

4 Tidak menghormati

lagu/bendera

5 Fesyen rambut yang

keterlaluan seperti mewarna Hukuman

rambut 1. Kerja Amal

6 Menconteng harta benda

sekolah Kuasa pelaksana

7 Memakai barang 1. Guru Besar

kemas/menindik telinga bagi 2. Guru yang diberi kuasa

murid lelaki

8 Melukis tatto

9 Membawa masuk orang asing

ke dalam sekolah

10 Melakukan kesalahan ringan

sebanyak 3 kali

25

21.3 KESALAHAN RINGAN

Bil Tema Kesalahan/perlakuan Tindakan sekolah

1 Berambut panjang Tindakan

2 Berkuku panjang

3 Bermain di dalam kelas 1. Nasihat dan teguran

4 Merosakkan peralatan bilik darjah

5 Keluar kelas tanpa kebenaran

6 Berada di kantin waktu pembelajaran Hukuman
7 Masuk ke bilik khas tanpa kebenaran 1. Kerja Amal

8 Memakai alat solek Kuasa pelaksana

9 Makan atu minum dalam kelas 1. Guru disiplin

10 Tidak memakai pakaian seragam

sekolah atau PJ.

11 Lewat datang sekolah tanpa alasan

yang munasabah.

12 Tidak membawa buku teks, aktiviti

dan buku tulis.

“Jika tidak dapat apa
yang kita suka,

belajarlah menyukai
apa yang kita dapat”

26

Lampiran

AKUAN MENERIMA TAKLIMAT PERATURAN SEKOLAH

Nama Pelajar : ………………………………………………………….Kelas : ……………………………………

No. Kad Pengenalan : ………………………Nama Penjaga : ……………………..………..

Alamat : ……………………………………………….No. Telefon : ………………………………………

Saya……………………………………………………...................No. K/P: ……………………………...... Kelas :
……..............………………………. Mengaku telah menerima taklimat dan maklumat berkait
dengan Peraturan Sekolah SK Segaliud, Sandakan Pada……………………………………… Di
……………………………………………

Dengan ini saya mengaku akan patuh dengan segala Peraturan Sekolah
yang sedang berkuatkuasa sekarang. Maka saya rela menerima sebarang
hukuman yang dijatuhkan kepada saya jika sabit kesalahan yang
dipertuduhkan kepada saya sekiranya saya gagal mematuhi mana-mana
Peraturan Sekolah.

Tandatangan :

Nama :

Tandatangan Saksi :

Nama Saksi : No. Kad Pengenalan Saksi :

Hari : …………………………………………

Tarikh:…………………………………….

27


Click to View FlipBook Version