The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin TEKAD 2021. Edisi Januari - Disember. Memuatkan pelbagai laporan program anjuran PPD Batang Padang, program jaringan dan jalinan serta perkongsian kisah kejayaan warga pendidikan dalam daerah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masyitah, 2022-02-15 22:40:29

Buletin TEKAD 2021

Buletin TEKAD 2021. Edisi Januari - Disember. Memuatkan pelbagai laporan program anjuran PPD Batang Padang, program jaringan dan jalinan serta perkongsian kisah kejayaan warga pendidikan dalam daerah.

Keywords: buletin

JANUARI - DISEMBER 2021

TEKAD
Buletin PPD Batang Padang

15 Januari 13 27 Mei 35 19 Ogos 9

LAWATAN 41 PINGAT IAB SMART
DI KIPP
YB MENTERI KANAN PARTNERSHIP

PENDIDIKAN

@ppdbap @ppdbatangpadang

KANDUNGAN

Bicara Pegawai Pendidikan Daerah ................................................................. 3
Program Jaringan dan Jalinan .......................................................................... 4
Program Sepanjang Tahun ............................................................................... 13
Kisah Kejayaan Warga Pendidikan ................................................................... 17
Cikgu Azam Menulis ........................................................................................ 44
Cabaran Covid-19: Apa Kata Mereka? ........................................................... 46

SIDANG REDAKSI

Penasihat

Osman bin Mohamed Bahari, AMP. Penyunting Kandungan

Pegawai Pendidikan Daerah Khairul Azhar bin Mohd Zahari


Pegawai SISC+


Ketua Editor
Abdul Rahim bin Ghazali
Hj. Ahmad Hisham bin Yusuf

Timbalan PPD Pembelajaran Pegawai SISC+




Mohamad Khairi Azhar bin Ayub
Editor

Masyitah bt. Ahmad Tarmizi Penolong PPD Sumber & Teknologi Pendidikan

Penolong PPD Sumber & Teknologi Pendidikan

Anwar bin Abd Rahim


Penolong PPD Sumber & Teknologi Pendidikan
Pereka Grafik


Nor Zakaria bin Wahi Azahzuhrah bt. Azhari

Penolong PPD Sumber & Teknologi Pendidikan Penolong PPD Pemulihan Khas




Foto Azman bin Ismon

Chua Seu Chen Penolong PPD Perancangan


Penolong PPD Pendidikan Khas

Effa Rina bt. Mohd Matore

Koleksi PPD Batang Padang Kaunselor Pendidikan Daerah

Sumber Internet




"None of us is as smart as all of us"

Ken Blanchard

1 . BULETIN TEKAD .

INFO UMUM
PPD BATANG PADANG

*Terkini sehingga 1 September 2021

Perancangan Strategik PPD Batang Padang 2020-2024

https://anyflip.com/gaaap/scyf/

. BULETIN TEKAD . 2

BICARA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi pada tahun 2021
ini dengan semangat baru yang luar biasa. Kembalinya
Buletin TEKAD menemui tuan dan puan adalah
manifestasi komitmen dan kerjasama semua warga
pendidikan di daerah ini.

Sesi persekolahan yang dibuka semula pada Mac 2021
berjalan lancar tanpa isu yang besar. Lawatan oleh YB
Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin, Menteri
Kanan Pendidikan, YB Senator Dato’ Dr. Mah Hang
Soon, Timbalan Menteri Pendidikan I dan YBhg Dato' Dr.
Suhaimi bin Mohamed Ali, Pengarah Pendidikan Negeri Perak ke beberapa buah sekolah
membuktikan keprihatinan terhadap hal ehwal pendidikan di daerah ini. Hal ini selaras
dengan pembentangan hala tuju PPD Batang Batang yang menuntut fokus dan gerak kerja
yang tersusun daripada semua pihak.

Saya begitu teruja apabila buku Melentur Buluh, Menggapai Awan yang diterbitkan hasil
bimbingan SIPartner+ kepada Guru Besar Immersion. Manakala, buku bertajuk Pengurusan
Majlis Rasmi dan Pengacaraan turut dihasilkan oleh dua orang pegawai. Selain itu, sebuah
Stress-Free Mini Garden telah diwujudkan bagi menyediakan informasi berkaitan kesihatan
mental selaras hasrat JPN Perak ke arah mewujudkan Stress Free Organization. Syabas dan
tahniah semua.

Tahniah kepada pasukan guru dan pegawai PPD Batang Padang yang berjaya meraih
beberapa pingat dalam pembentangan inovasi. Kejayaan membawa pulang 13 pingat emas,
25 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam Karnival Inovasi Pendidikan Perak adalah
sangat mengagumkan. Selain itu, warga pendidikan daerah juga meraih pingat di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah semua.

Akhir kata, saya menyeru agar kita sentiasa mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak
Covid-19 dan sentiasa bersiap siaga ketika musim hujan yang boleh menyebabkan bencana
banjir. Kita Jaga Kita. Satu TEKAD, Satu Matlamat.

Sekian, terima kasih.

Osman bin Mohamed Bahari, AMP.

Pegawai Pendidikan Daerah

3 . BULETIN TEKAD .

PROGRAM
JARINGAN & JALINAN

PROGRAM BACK TO SCHOOL

Dewan Merdeka Tapah, 7 Januari 2021 - Program Back to School ini melibatkan seramai

275 orang murid sekolah rendah dan menengah. Mereka menerima sumbangan berupa
peralatan sekolah seperti baju, seluar, kasut, beg dan peralatan asas sekolah. Sumbangan
ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan ibu bapa dan penjaga dalam
mengurus persekolahan anak-anak.
Program ini merupakan kesinambungan program YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
setiap tahun.

MENTAL HEALTH CARE
PROGRAMME (Me-CARE!)

Facebook Live, 9 Januari 2021 - Jalinan yang

dilaksanakan oleh Pn. Effa Rina bt. Mohd Matore,
Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Batang
Padang bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)
pada 9 Januari 2021 secara dalam talian.
Program ini meninjau isu kesihatan mental dalam
kalangan pelajar dan cara mengatasinya.

. BULETIN TEKAD . 4

YAB MENTERI BESAR PERAK BERSAMA RAKYAT

Tanjong Malim, 7 & 8 April 2021 - Program YAB Menteri Besar Perak Bersama Rakyat

(MESRA) dijayakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pejabat Daerah dan Tanah
Muallim serta Majlis Daerah Tanjong Malim. Program ini memberi peluang kepada YAB
Dato' Seri Saarani bin Mohamad untuk mendengar keluhan rakyat selain dapat mengetahui
sendiri masalah dan permasalahan yang perlu diselesaikan.
Tahniah kepada jawatankuasa PPD Batang Padang yang terlibat dengan Pameran
Pendidikan di Dataran Amanjaya, Slim Village pada 7 April 2021 dan Majlis Executive Talk
YAB Menteri Besar Perak bersama warga pendidikan di Dewan Tuanku Canselor, UPSI pada
8 April 2021.

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM DERMASISWA D'SARA

Dewan Kompleks Belia & Sukan, Tapah Road, 10 April 2021 - Majlis ini dilancarkan oleh

YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah. Turut
hadir bersama ialah YBrs. En. Mohamad Fauzi bin Mahson, Timbalan Pengarah Pendidikan
Perak, YBrs. En. Osman bin Mohamed Bahari, Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang
dan YBrs. En. Shahrul Affendi bin Baharuddin, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah
Batang Padang. Seramai 94 orang murid dari sekolah-sekolah rendah di kawasan Parlimen
Tapah telah menerima dermasiswa di Dewan Kompleks Belia & Sukan, Tapah Road. Program
ini diwujudkan sebagai pendorong bagi memenuhi aspirasi anak-anak Tapah, khasnya dari
golongan B40 untuk berjaya sehingga peringkat menara gading.

5 . BULETIN TEKAD .

PROGRAM SMART PARTNERSHIP
INSTITUT AMINUDDIN BAKI DAN PPD BATANG PADANG

Tarikh : 12 April 2021
Tempat : Bilik Gerakan, PPD Batang Padang
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Maklumat peserta :
Pembimbing :
1) Cik Hjh. Rajiah bt. Ahmad Dawa, Pensyarah Kanan IAB, KPM
2) En. Mohd Hazawawi binYusof, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
3) Pn. Radzita bt. Radzi, Pegawai Pendidikan Daerah Keramat
4) Tn. Hj. Azhar bin A.Kadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat
Penutup : Dato’ Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Institut Aminuddin Baki
Peserta : Pegawai Pendidikan Daerah, semua Timbalan PPD, semua Pegawai SIP+, semua
Pegawai SISC+, semua Penolong PPD
Urusetia : Sektor Perancangan
Program perkongsian pintar ini merupakan program bimbingan berstruktur Institut Aminuddin
Baki kepada Pejabat Pendidikan Daerah bagi memantapkan pengurusan organisasi secara
makro dan sistemik. PPD Batang Padang terpilih sebagai PPD rintis.

. BULETIN TEKAD . 6

BENGKEL PENGAGIHAN PERANTI
INTRODUCTION DIGITAL INISIATIF
TO COACHING CERDIK DAERAH
BERSAMA LeapEd
SERVICES SDN. BHD. BATANG PADANG DAN

Tarikh : 7 Mei 2021 DAERAH MUALLIM

Tempat : Bilik Seminar

Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari

24 orang pegawai PPD Batang Padang
dari sektor yang berlainan menyertai
bengkel yang menerokai faedah dan
impak bimbingan serta perundingan.

Penceramah yang terlibat ialah tiga Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:
personel dari LeapEd Services Sdn. Bhd. 1. SMK (F) Besout: 14 Jun 2021
iaitu Pn. Nur Azreen bt. Mohd Suhaimi, Pn. 2. SMK Sungkai: 15 Jun 2021
Sharon Ann Fernandez dan Pn. Sheila a/p 3. SK Batu 7: 16 Jun 2021
Santharamohana. 4. SK Tanjong Malim: 18 Jun 2021

Peranti CERDIK sumbangan Yayasan
Hasanah diedarkan oleh YB Tuan Muslimin
bin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan I
dan YB Senator Dato' Dr. Mah Hang Soon,
Timbalan Menteri Pendidikan II secara
pandu lalu di beberapa sekolah
berkenaan.

Hadir bersama ialah Pegawai Pendidikan
Daerah, Timbalan PPD Pembangunan
Murid, warga pendidik setiap sekolah serta
Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM).

CERDIK merupakan inisiatif perintis

tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh

syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan

syarikat pelaburan berkaitan kerajaan

(GLIC) bertujuan untuk menyediakan akses

digital yang terdiri daripada komputer riba,

tablet, dan sambungan data kepada

murid-murid daripada keluarga

berpendapatan rendah.

7 . BULETIN TEKAD .

WEBINAR APLIKASI CANVA




Google Meet, 3 Jun 2021 - Webinar Aplikasi Canva dianjurkan oleh PPD Batang Padang

dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Batang Padang. Program yang
dilaksanakan oleh Sektor Pembangunan Murid ini membantu guru menyediakan alat
bantuan mengajar yang lebih menarik dan seiring keperluan semasa. Penceramah jemputan
ialah Cikgu Julie Mozianda bt. Ahamat, Penolong Pengarah Sektor Sumber & Teknologi
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

BUAL BICARA SANTAI TATABAHASA
BERSAMA MUNSYI DEWAN

Facebook Live, 26 Jun 2021 - Warga KPM dan penjawat awam dijemput menyaksikan

Webinar Pendidikan yang dilaksanakan pada 26 Jun 2021 dan disiarkan melalui Facebook
Live Jabatan Pengajian Pendidikan, UPSI. Program ini memberi pendedahan kepada
penggunaan tatabahasa Bahasa Malaysia yang betul. Penceramah jemputan ialah Cikgu
Shaari, Munsyi Dewan. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan.

. BULETIN TEKAD . 8

PEMBENTANGAN PROGRAM SMART PARTNERSHIP
PPD BATANG PADANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM SMART PARTNERSHIP
IAB-PPD PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 19 Ogos 2021
Tempat : Google Meet
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Maklumat peserta : Institut Aminuddin Baki dan
Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Malaysia.

Perasmian disempurnakan oleh Dato’ Dr. Haji
Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengarah Institut
Aminuddin Baki, KPM. Pembentang ialah En.
Osman bin Mohamed Bahari, AMP., Pegawai
Pendidikan Daerah Batang Padang.

Penyelaras projek ialah En. Mohd Hafifi bin Abd
Hafidz, Penolong PPD Perancangan.

PPD Batang Padang ialah PPD Rintis bagi
Program Smart Partnership IAB-PPD. PPD
Batang Padang telah diberi penghormatan

untuk membentangkan pelaksanaan program
Smart Partnership di PPD Batang Padang pada
majlis perasmian ini. Pelaksanaan di PPD
Batang Padang akan menjadi contoh kepada
124 PPD kohort 2 dan kohort 3 program ini.

Pembentangan ini dijayakan dengan kerjasama
Unit Sumber & Teknologi Pendidikan dan Unit
ICT.

9 . BULETIN TEKAD .

PERKONGSIAN PROFESIONAL
PENULISAN RPH CIDS VERSI 9.0
DAERAH BATANG PADANG DAN DAERAH MUALLIM

Google Meet, 9 Ogos 2021 - Perkongsian ini dianjurkan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil (SJKT) bersama PPD Batang Padang. Penceramah jemputan ialah Cikgu Thanesh a/l
Balakrishnan dari SJKT Sithambaram Pillay, Hilir Perak. Manakala, sesi bersama guru-guru
Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli (SKMOA) dikendalikan oleh penceramah En. Muhd
Halin bin Othman, Guru Besar SK Slim River.

Perkongsian ini adalah usaha untuk menggalakkan amalan penulisan RPH CIDS 9.0 dalam
kalangan guru-guru di SJKT dan SKMOA.

BENGKEL
PEMANTAPAN
PEDAGOGI MATA
PELAJARAN FIZIK




Google Meet, 24 Ogos 2021 - Bengkel ini

adalah anjuran Unit Sains & Matematik
bersama Fakulti Sains & Matematik, UPSI.

Penceramah jemputan ialah En. Mohd
Faudzi bin Umar, Pensyarah di Jabatan Fizik,
Fakulti Sains & Matematik, UPSI.

Bengkel ini membantu guru-guru
melaksanakan PdP melalui pendekatan
pengajaran yang lebih mantap.

. BULETIN TEKAD . 10

BENGKEL PENDIDIKAN
MATEMATIK

SECARA INKUIRI (PMSI)




Google Meet, 10 September 2021 -

Seramai 470 guru menyertai bengkel yang

disampaikan oleh Dr. Ihsan bin Ismail,

Timbalan Ketua Sekretariat (Teknikal),

Sekretariat Dasar Pendidikan Digital,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peserta bengkel didedahkan dengan

pendekatan secara inkuiri bagi

membudayakan STEM dalam PdP.

FORUM SEKOLAH AMANAH SIRI 1:
GURU SEBAGAI PEMANGKIN,

IMPAK KEPADA MURID DAN SEKOLAH

YouTube Live, 21 September 2021 - Forum Moderator forum ialah Pn. Suria bt. Abu
Bakar (SMK Sri Tapah). Manakala, ahli
ini adalah anjuran SMK Sri Tapah dengan panel yang hadir ialah Pn. Zuraini bt. Mat
kerjasama PPD Batang Padang, LeapEd Jusoh (SU Projek Jahai, SMK Jeli), Pn.
Services Sdn. Bhd., SMK Jeli dan SMK Ayer Yusmarina bt. Yusof (MLT, SMK Ayer
Lanas. Peserta yang terlibat ialah wakil JPN Lanas), dan Pn. Noredah bt. Jamia'an (MLT,
Perak, JPN Kelantan dan JPN Negeri SMK Ayer Lanas).
Sembilan. Selain itu, Taskforce PSA 2.0 PPD
BAP, Taskforce PSA 1.0 PPD Jeli, Taskforce Program Sekolah Amanah adalah
PSA 2.0 PPD Jempol dan Jelebu, Pengetua
SMK Jeli, Pengetua SMK Ayer Lanas, Guru usahasama dengan rakan kongsi swasta
Besar SK Batu Tujuh, Pengetua SMK Datuk
Mansor, Bahau, Guru Besar SK Tunku Muda yang bertujuan mewujudkan model
Serting, Bahau serta guru-guru turut terlibat.
transformasi sekolah yang boleh menjadi

contoh sekolah seluruh negara.

11 . BULETIN TEKAD .

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI KIMIA SPM
DAERAH BATANG PADANG DAN DAERAH MUALLIM

Google Meet, 22 Oktober 2021 - Bengkel bagi meningkatkan kemahiran pedagogi warga

pendidik ini adalah anjuran bersama Sektor Pembelajaran, PPD Batang Padang dan PPD
Muallim. Peserta yang terlibat seramai 30 orang. Penceramah jemputan ialah Pn. Yasmin bt.
Noorul Amin, Guru Cemerlang Kimia dari SMK La Salle, Petaling Jaya.

REALITI PdPR DAN
PEMERKASAAN PBD MURID PEMULIHAN

Google Meet, 28 Oktober 2021 - Sesi perkongsian ini disertai oleh 300 guru. Penceramah

jemputan ialah Cikgu Mohamad Roslee bin Abdul @ Mohd, Guru Pemulihan Khas dari SK Kg.
Soeharto, Daerah Hulu Selangor. Perkongsian ini membuka peluang kepada guru-guru
pemulihan khas untuk memantapkan kemahiran mengajar dan melaksanakan pentaksiran.
Moderator bagi PLC - Teacher Sharing ini ialah Cikgu Itaerdayu bt. Shahidan, Guru
Pemulihan Khas dari SJKC Choong Hua 2.

. BULETIN TEKAD . 12

LAWATAN PENANDA ARAS PPD DAN
PERKONGSIAN PINTAR PPD BATANG PADANG

DENGAN PPD BATU PAHAT

PPD Batu Pahat, 25 November 2021 - 19 orang pegawai dan anggota kumpulan pelaksana

(AKP) menyertai lawatan penanda aras ini. Program perkongsian pintar dan penanda aras
ini adalah bertujuan untuk menggabungjalinkan kepakaran antara PPD Batang Padang
dengan PPD Batu Pahat, Johor. Program ini juga adalah platform bagi kedua-dua organisasi
untuk berkongsi input, kemahiran, kepakaran serta inovasi masing-masing.

JARINGAN KOLABORATIF
BERSAMA PPD MANJUNG

PPD Manjung, 28 Disember 2021 - Program jaringan ini melibatkan pegawai SISC+ PPD

Batang Padang dan pegawai SISC+ PPD Manjung. Perjanjian kolaboratif ditandatangani
dan beberapa program bersama telah dirancang bagi meningkatkan kemahiran bimbingan
dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan yang akan disampaikan.
13 . BULETIN TEKAD .

PROGRAM
SEPANJANG TAHUN

PROSES LAWATAN
SANITASI BANGUNAN MENTERI KANAN
PPD BATANG PADANG
PENDIDIKAN &

TIMBALAN MENTERI

PPD Batang Padang, 2 Februari 2021 - PENDIDIKAN II

Proses sanitasi dilaksanakan oleh 15 Januari 2021 - YB Senator Datuk

Jabatan Bomba dan Penyelamat Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin telah
melawat SMK Hamid Khan, SMK
Malaysia (JBPM) bagi mencegah Buyong Adil, SM Sains Tapah dan SK
Toh Tandewa Sakti untuk meninjau
penularan Covid-19. persediaan pihak sekolah bagi
pembukaan sesi persekolahan 2021.

2, 9 & 17 Mac 2021 - YB Senator Dato' Dr.

Mah Hang Soon, Timbalan Menteri
Pendidikan II telah melawat dan meninjau
persediaan pembukaan sekolah di SK Seri
Bidor, SK Sungkai, SK Changkat Sulaiman,
SK Kampong Poh, SJKC Khai Meng, SJKC
Choong Hua I, SJKT Ladang Sungkai, SJKT
Ladang Bidor Tahan, SK Tanjong Malim, SK
Proton City, SJKT Ladang Katoyang dan
SJKC Phin Min.

. BULETIN TEKAD . 14

.... SINI SITU SANA SINI ....

Google Meet, 13 Ogos 2021 -

Program yang disempurnakan

oleh YBrs. Dr. Mohd Suhaimi

bin Mohamed Ali, PCM.,

Pengarah Pendidikan Negeri

Perak ini adalah anjuran

bersama Sektor Pembangunan

Murid dan Majlis Guru

Kaunseling Kebangsaan

(MGKK) Daerah Batang

Padang. Program ini dilaksana

bagi menyampaikan motivasi

kepada calon SPM 2021.

Google Meet, 23 Ogos 2021 -

Majlis Pelancaran Bulan

Kebangsaan dan Kibar Jalur

Gemilang dianjurkan oleh Sektor

Pembangunan Murid telah

disempurnakan oleh En. Osman

bin Mohamed Bahari, AMP.,

Pegawai Pendidikan Daerah.

Pelbagai aktiviti yang dirancang

telah disertai oleh warga PPD

seperti pertandingan fotografi

merdeka, pakaian tradisional

merdeka dan lain-lain.

15 . BULETIN TEKAD

PPD Batang Padang, 26 Mac & 4 Jun 2021 - Antara majlis yang dikelolakan oleh Kelab

Badan Kebajikan Pegawai dan Kakitangan PPD Batang Padang bagi menghargai
perkhidmatan dan sumbangan warga PPD. Gambar tertera adalah majlis persaraan dua
pegawai SISC+ iaitu En. Mohd Puzi bin Badri dan En. Mohd Rodzi bin Ghazali.

Beberapa pertandingan koakademik dan
kokurikulum yang dianjurkan oleh Sektor
Pembangunan Murid secara dalam talian
dengan kerjasama hakim dan pegawai
teknikal yang terdiri daripada guru dan
pegawai PPD. Bakat murid diasah melalui
penyertaan dalam pertandingan ini.

SK Toh Tandewa Sakti, 4 Disember 2021 - PPD Batang Padang menganjurkan aktiviti

Fun Ride semasa PSKPP Perak bagi membuka ruang warga pendidikan kekal sihat.
Pelepasan peserta disempurnakan oleh Tn. Hj. Hishamudin bin Adnan, Timbalan PPD
Perancangan.

. BULETIN TEKAD . 16

Warga

Pendidikan

GURU, MURID DAN PEGAWAI PPD




PERINGKAT ANTARABANGSA,
KEBANGSAAN, NEGERI DAN DAERAH

“Jangan takut gagal, kerana orang yang tidak pernah gagal
hanyalah orang yang tidak pernah melangkah”. Begitu mendalam
sekali maksud di sebalik kata-kata Hamka. Keberanian untuk
melangkah telah menyaksikan kejayaan demi kejayaan yang
dicapai oleh warga pendidikan di daerah ini. Ternyata cabaran
pandemik ini tidak pernah melemahkan semangat kita selaras
dengan moto PPD Batang Padang iaitu TEKAD.

Syabas dan tahniah saya ucapkan. Semoga semua pencapaian ini
bakal menjadi pembakar semangat kepada semua warga
pendidikan untuk terus mengharumkan nama PPD Batang Padang
ke persada dunia. Bak kata Hamka, kita akan terus TEKAD
melangkah lebih jauh.

Osman bin Mohamed Bahari, AMP.

Pegawai Pendidikan Daerah

TEGUH. ETIKA. KEBERSAMAAN. AKAUNTABILITI. DINAMIK

17 . BULETIN TEKAD .

MURID PERINGKAT
ANTARABANGSA

2 PINGAT EMAS

GLOBAL OLIMPIAD GREEN INNOVATION FAIR
(GO-GIF 2021)

Sumber: hmetro.com.my

Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City, S. Karthikgesan, 15

2 pingat emastahun, meraih di Global Olimpiad Green Innovation Fair (GO-

GIF 2021).

Reka cipta dan inovasinya iaitu baja kompos daripada bahan buangan
pertanian yang dikenali sebagai Eco EnviroCompost dan mesin kompos
berteknologi solar yang dikenali sebagai Enviro Solar Compost Machine adalah
dalam penyertaan kategori Inovasi Pertanian Hijau dan Kejuruteraan Hijau.

Pertandingan reka cipta dan inovasi secara dalam talian ini berlangsung
selama tiga bulan bermula Februari lalu dan disertai 222 kumpulan dari 12
negara.

Pertandingan berkenaan dianjurkan Global Environmental Invention &
Innovation Association (GeiiA) yang berpengkalan di Filipina.

Hadiah dan sijil penyertaan diterimanya secara pos daripada pihak penganjur
baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro, 6 Mei 2021

. BULETIN TEKAD . 18

GURU & MURID

PINGAT EMAS

WORLD SCIENCE, ENVIRONMENT AND ENGINEERING
COMPETITON (WSEEC) 2021

gold medalMurid dan guru pembimbing dari SJKT Tapah menerima untuk inovasi mereka.

Indonesian Young Science Association (IYSA) bekerjasama dengan School of
Environment UI and Jakarta Global University telah mengadakan World Science,
Environment and Engineering Competiton (WSEEC) 2021 secara dalam dan luar talian.
Penghakiman bagi pertandingan luar talian dilakukan di Jakarta Global University.

Lebih daripada 288 pasukan dari 21 negara di dunia (Indonesia, Amerika Syarikat,
Thailand, Korea Selatan, Macedonia, Nigeria, Malaysia, Phillipines, Puerto Rico, Turki,
Hongkong, Macao, India, Rusia, Romania, Iran, Yaman, Afrika Selatan , Vietnam,
Mexico, Iraq dan Indonesia) menyertai acara WSEEC ini.

Terdapat 7 kategori di WSEEC seperti Fizik,
Matematik, Sains Sosial, Teknologi, Tenaga
dan Kejuruteraan, Sains Hayat dan Alam
Sekitar.

Majlis penganugerahan dan pengumuman
keputusan diadakan pada 20 Jun 2021.

Sumber: http://wsec.or.id/home.php?page=News2

19 . BULETIN TEKAD .

GURU & MURID

GOLD AWARD

DARULAMAN INTERNATIONAL INNOVATION,
COMPETITION AND EXHIBITION 2021 (DILCE’21)

Tahniah kepada Cikgu Lian Junxiang dari SJKC Pin Min yang meraih Gold Award bagi
inovasinya iaitu Model for Acquisition of WH-Questions Skill Amongst Upper Primary School
Pupils (MWOQ) di Darulaman Internationl Innovation, Competition and Exhibition 2021
(DilCE’21) anjuran IPG Kampus Darulaman.

ANUGERAH GANGSA

INTERNATIONAL EUREKA
INNOVATION EXHIBITION 2021

Tahniah kepada murid-murid SJKT
Tun Sambanthan atas kejayaan
inovasi mereka iaitu Lampu Meja
Buluh di 7th International Eureka
Innovation Exhibition 2021 (i-EIE
2021) dan meraih anugerah
gangsa.

Tahniah dan terima kasih kepada

guru-guru pembimbing yang

sentiasa memberi sokongan.

. BULETIN TEKAD . 20

GURU & PEGAWAI PPD

PINGAT EMAS

INTERNATIONAL COUNSELLING INNOVATION
AND SHOWCASE (i-COUNNOVAS 2.0)

Showcase ini ialah anjuran PERKAMA International. Tahniah diucapkan kepada Pn. Effa Rina

bt. Mohd Matore (Kaunselor Pendidikan Daerah), Tn. Hj. Ahmad bin Sabri (Kaunselor

Pendidikan Daerah), En. Hamshah bin Noraini (Kaunselor Pendidikan Daerah PPD Perak

Tengah), Cik Fitriah bt. Mokhtar (Pelajar praktikal) dan Cik Nur Izzati bt. Mohd Zaidi (Pelajar

pingat emaspraktikal) yang meraih bagi produk inovasi mereka.

PINGAT PERAK

INTERNATIONAL INFORMATION MANAGEMENT
ONLINE SHOWCASE 2.0

Tahniah kepada Cik Norshalina bt. Mohd Shahar (SK Batu Tujuh) dan Dr. Noraazian bt.

pingat perakOsman (Penolong PPD Pemulihan Khas) yang masing-masing berjaya meraih.

21 . BULETIN TEKAD .

GURU & PEGAWAI PPD

SEMINAR PENYELIDIKAN
DAN PERTANDINGAN
INOVASI PERINGKAT
ANTARABANGSA
(SERAI 2021)




Seminar dianjurkan oleh IPGM Kampus Dato'

platinumRazali Ismail. Pemenang pingat akan

bertanding untuk merebut Anugerah Projek

Inovasi Terbaik dan Anugerah Pembentang

Inovasi Terbaik pada 21 - 22 September 2021.

Tahniah kepada guru dan pegawai PPD Batang

Padang yang berjaya meraih pingat platinum,
emas dan gangsa.

INTERNATIONAL
CONFERENCE ON

EDUCATIONAL
LEADERSHIP AND
MANAGEMENT

(ICELAM)

Institut Aminuddin Baki, Genting
Highlands, 29 - 30 September 2021 -

Pegawai yang terlibat ialah En. Osman bin

Mohamed Bahari, AMP., Pegawai Pendidikan

Daerah dan En. Mohd Hafifi bin Abd Hafidz,

Penolong PPD Perancangan.

Kajian ini telah terpilih untuk dibentangkan

dalam International Conference On

Educational Leadership and Management

(ICELAM). Pembentangan ini bertemakan

Resilient Leadership in the New Normal.

. BULETIN TEKAD . 22

PEGAWAI PPD PERINGKAT
KEBANGSAAN

PENTAULIAHAN CERTIFIED COACH




En. Osman bin Mohamed Bahari, AMP., Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang telah
menerima tauliah sebagai Certified Coach daripada Institut Aminuddin Baki. Beliau telah
menjalani beberapa siri bimbingan dan pentaksiran sebelum menerima pentaulihan berikut.
Tahniah diucapkan.

5 BINTANG

PENARAFAN STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN
PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

23 . BULETIN TEKAD .

MURID

JOHAN

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PANDU PUTERI
& PANDU PUTERI RENJER 2021

Tahniah kepada Nur Qistina

bt. Osman dari SMK Sri

Tapah yang berjaya

menjadi Johan.

NAIB JOHAN

KEJOHANAN CATUR ONLINE AIDILFITRI 2021

Tahniah Puteri Zunnur Haziqah bt. Mohd Hafiz dari SK Sungai Lesong yang

naib johanmenjadi dalam kategori Bawah 9 (Perempuan).

Pertandingan dianjurkan oleh SK Kamil 1 dengan sokongan Jabatan Pendidikan
Negeri Kelantan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

. BULETIN TEKAD . 24

GURU & MURID

NAIB JOHAN

CIKGU KICKSTART AWARDS 2021

Pemenang kedua bagi Cikgu Kickstart Awards 2021 ialah trio guru dari Perak iaitu Mohd

Razif (Kolej Melayu Kuala Kangsar), Mohd Izham (SK Trolak Utara) dan Mohd Azhar (SMK

Simpang Beluru). Pertandingan ini dibawakan oleh YTL Foundation dan Edufication yang
telah diasaskan oleh Samuel Isaiah (Top-10 Finalist, Global Teacher Prize 2020).
Mereka mendapat RM6000 untuk membangunkan laman sesawang Educogator yang
menyediakan pembelajaran dalam talian dan menggabungkan kandungan pendidikan dari
blog, laman sesawang, Podcast, YouTube dan media sosial dalam satu platform.
Educogator membawa maksud kandungan educational content and collaboration
aggregator (kandungan pendidikan dan kolaborasi pengagregat). Dengan dana yang
diterima itu mereka merancang untuk menambah baik laman sesawang, membabitkan lebih
ramai pendidik bagi mencipta kandungan pendidikan dan menghasilkan aplikasi sesuai
untuk telefon genggam.

Sumber : Malaysiakini, 13 Jun 2021

PENARAFAN
PUTERI PPIM

Aqilah Hanim bt. Ahmad Rizal Izra
dari SK Toh Tandewa Sakti telah
terpilih untuk penarafan Puteri PPIM
peringkat kebangsaan 2020.
Tahniah dan moga terus cemerlang.

25 . BULETIN TEKAD .

GURU

ANUGERAH EMAS

SEMINAR PENYELIDIKAN & PERTANDINGAN
INOVASI PENDIDIKAN (NCERIC) 2021

Guru-guru SJKT Tun

Sambanthan meraih

anugerah emas (Kategori

Guru/Pensyarah) di Seminar

Penyelidikan Pendidikan dan

Pertandingan Inovasi

Pendidikan 2021 (NCERiC),

anjuran IPG Kota Bharu.

En. Saravanan a/l Batumalai
Cik Valarmathi a/p Valoo
Cik Santhy a/p Rengasamy
Pn. Komathi a/p Letchmanan
En. Kumaran a/l Gandiappan

PENCERAMAH DIDIKTV KPM

SLOT SUKSES SPM 2021 & SLOT TEROKA

Cikgu Farida bt. Yusof dari SMK Trolak dan Cikgu Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir
dari SMK Hamid Khan dijemput untuk menyampaikan ilmu kepada murid sekolah menengah
seluruh Malaysia di DidikTV KPM.

. BULETIN TEKAD . 26

GURU

ANUGERAH IKON SUNGAI PERAK

CIKGU ISMAIL BIN MUHAMAD ZIN

Cikgu Ismail bin Muhamd Zin dari SK
Seri Besout telah membersihkan
Sungai Balun daripada sampah yang
terperangkap bagi menghindari
kejadian banjir jika hujan lebat.
Peristiwa tersebut dirakam media
dan telah tular pada Februari lalu.

Beliau menerima sijil penghargaan

dan cek RM3000 yang disampaikan

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Hj.

Sumber: bharian.com.my Saarani bin Mohamad sambil

disaksikan Menteri Alam Sekitar dan

Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan

Man semasa Sambutan Hari Air

Peringkat negeri di Hotel Casuarina

pada 22 Mac 2021.

Penghargaan daripada
GPMS Cawangan Slim dan

GPMS Negeri Perak

Pengiktirafan daripada
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
27 . BULETIN TEKAD .

GURU

ANUGERAH
GURU INSPIRASI McDONALD'S

CIKGU ISMAIL BIN MUHAMAD ZIN

Sumber: mcdonalds.com.my

Dari kiri: Cikgu Nor Fauzuri bt. Musa, Cikgu Ismail dan Pn. Rahmah bt. Nik (Guru Besar)

Sumber: bharian.com.my

Sumber: Malaysia Gazette Cikgu Ismail mengutip sampah-sarap
yang terapung di Sungai Balun
Ikon AnakCikgu Ismail diangkat sebagai berhampiran Taman Slim Permata,
Kandung Suluh Budiman (AKSB) dalam Slim River.

sebuah majlis penyampaian sijil penghargaan
di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI pada 4
Mac 2021.

. BULETIN TEKAD . 28

GURU & PEGAWAI PPD

PINGAT PLATINUM, EMAS & PERAK

INTERNATIONAL INNOVATION COMPETITION
OF EDUCATION AND TECHNOLOGY (NIEtech21)

NAMA PINGAT INOVASI INSTITUSI

Mohammad Irfan Mustaqim bin Ariffin Platinum Magic SK Pos Musuh LZ
Nurul Nadwah bt. Khalid Roll & SK Methodist,
Khalid bin Abdul Samad
Muhamad Shukri bin Mohamed Damiri Kampar

Norshahlina bt. Mohd Shahar Emas Smart SK Batu Tujuh
Siti Zaleha bt. Zonkafli Board & PPD Batang
Noraazian bt. Osman
Noriah bt. Md Nor Padang

Itaerdayu bt. Shahidan Emas Kit PKP SJKC
Kweek Chiaw Huei Setem Choong Hua 2
Wong Teck Yong
Umi Syahidah bt. Mahmud
Siti Zaleha bt. Zonkafli
Noriah bt. Md Nor

Siti Zaleha bt. Zonkafli Perak Carta SK Bidor 2
Noraazian bt. Osman Gelung & PPD Batang
Nurshahlina bt. Mohd Shahar Putaran
Itaerdayu bt. Shahidan Padang
Jam

Noriah bt. Md Nor Perak SCS SK Haji Hassan
Noraazian bt. Osman Pandu & PPD Batang
Norshahlina bt. Mohd Shahar
Itaerdayu bt. Shahidan Lalu Padang
Marshitah bt. Saidin
Umi Syahidah bt. Mahud

ANUGERAH EMAS & PERAK

e-SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI
DALAM PENDIDIKAN (e-SPeDIP 2021)

Anugerah Emas - Inovasi Kit Pembelajaran 'JHBB'
Anugerah Perak - Inovasi JABAT

Guru-guru yang terlibat:
1. Muhammad Nur Asnawi bin Romly (SK Pos Musoh LZ)
2. Mohd Asmadi bin Zainal Abidin (SK Pos Musoh LZ)
3. Nur Syazana bt. Mohammad Nazer (SK Satu)

29 . BULETIN TEKAD .

PEGAWAI PPD

PENCERAMAH DIDIKTV KPM

SLOT MOTIVASI PAGI

Pn. Effa Rina bt. Mohd Matore (Kaunselor Pendidikan Daerah) menyampaikan motivasi pagi
di slot One on One, saluran ntv7. Beliau telah dijemput sebanyak tiga kali untuk berkongsi
ilmu dan akan terus menyumbang kepada slot tersebut.

TOP 10 WINNERS DO THE DOODLE

WORLD CANCER DAY 2021

Pn. Masyitah bt. Ahmad Tarmizi (Penolong PPD Sumber & Teknologi Pendidikan) menyertai
peraduan Do The Doodle anjuran Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation pada bulan
Februari sempena World Cancer Day 2021. Lukisan beliau terpilih antara 10 terbaik
peringkat kebangsaan.

. BULETIN TEKAD . 30

MURID PERINGKAT
NEGERI

KEJOHANAN e-SPORTS PENDIDIKAN KHAS
NEGERI PERAK

Johan (SK Bandar Behrang 2020) dan Naib Johan (SMK Khir Johari) bagi Pertandingan
Kejohanan e-Sports Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak Tahun 2021 yang telah
berlangsung pada 14 Oktober 2021. Manakala, pemenang bagi tempat ketiga bagi kategori
masing-masing ialah Noor Anisah bt. Razali (SK Bandar Behrang 2020), Nor Muhammad
Fakrul Mukhlis bin Abdullah (SK Tanjong Malim) dan Muhammad Haziq bin Jamaluddin (SK
Behrang).

JOHAN VIRTUAL RUN
PENDIDIKAN KHAS
MINI DOCUMENTARY COMPETITION
KARNIVAL PERPADUAN BAHASA

INGGERIS

DAN
ANUGERAH NILAM

KATEGORI BAHASA INGGERIS

SEKOLAH RENDAH
2 daripada 11 kategori yang

dipertandingkan untuk Virtual Run

Pendidikan Khas Perak telah berjaya

ke peringkat kebangsaan.



Tahniah kepada murid-murid

berikut:



Mokanayashini a/p Krishna

SMK Bandar Behrang 2020






Nur Batrisyia bt. Sabri



SMK (F) Besout




Alya Addina bt. Muhammad Nashrul dari SK Toh

Tandewa Sakti berjaya meraih tempat sebagai

Johan dalam kedua-dua pertandingan berikut.

Manakala, Anas Safwan bin Harun dari SM Sains

Tapah meraih tempat ketiga bagi Anugerah NILAM,

kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

31 . BULETIN TEKAD .

MURID

JOHAN, NAIB JOHAN, KETIGA

PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PADNI)

Senarai nama murid yang meraih tempat sebagai Johan, Naib Johan dan tempat ketiga
dalam kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih
kepada ibu bapa dan guru pembimbing yang memberikan sokongan kepada para peserta.

Naib Johan: Ketiga:

Aisyah bt. Mohd Syam Syulamin Ahmad Nur Fawwaz bin Muhad Tahuddin
(SM Sains Tapah) (SMK Agama Slim River)
Kategori: e-Taranum Sekolah Menengah Kategori: e-Khat Siber Sekolah Menengah
Perempuan Lelaki

Naib Johan: Ketiga:

Muhammad Wafi Ahnaf bin Zulkifli Muhammad Fahmil Amsyar bin
(SK Toh Tandewa Sakti) Muhammad Amin
Kategori: e-Deklamasi Sajak Kemerdekaan (SK Kuala Slim)
Sekolah Rendah Lelaki Kategori: e-Taranum Sekolah Rendah Lelaki

Naib Johan: Ketiga:

Muhammad Nazrul Ridzuan bin Zulkifli Tentan bin Mat Nayan (SK Tapah)
(SK Tapah) Kategori: Azan dan Iqamah Murid Orang Asli
Kategori: e-Daie Cilik Murid Orang Asli
Ketiga:
Naib Johan:
Nurul Nisa Aina bt. Sharin (SK Ulu Slim)
Muhammad Irfan Iman bin Ahmad Kategori: e-Hafazan Murid Orang Asli
(SK Ulu Slim)
Kategori: e-Hafazan Murid Orang Asli Ketiga:

Nur Faiqah Dayana bt. Mohd Yushouhaimi
(SK Ton Tandewa Sakti)
Kategori: e-Deklamasi Sajak Kemerdekaan
Sekolah Rendah Perempuan

. BULETIN TEKAD . 32

MURID

JOHAN & NAIB JOHAN

PIDATO DAN MENULIS CERPEN
KARNIVAL BAHASA MELAYU

33 . BULETIN TEKAD .

MURID

TEMPAT KETIGA

PERTANDINGAN BE YOUR OWN HERO

Tahniah kepada Chai Pin Han, Yong Jun Yuan, Chong Xin Jie, Lim Bin Yang, Lim Ke Qian, Lim
Yang Yu dan Bay Zi Yi dari SJKC Kuala Bikam atas kejayaan di peringkat negeri.
Pertandingan ini diadakan sempena Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak. Terima kasih
kepada guru pembimbing yang memberi sokongan dan motivasi kepada mereka.
Guru menggalakkan murid menyertai pertandingan ini dan diharapkan pengalaman ini
dapat membantu murid meningkatkan imaginasi terhadap watak animasi dan menghargai
jasa barisan hadapan.

TEMPAT KETIGA

PERTANDINGAN MINECRAFT
EDUCATION 2021

Tahniah kepada Chrissie Chan Qin Qin dari SJKC
Choong Hua 2 yang meraih tempat ketiga di
pertandingan tersebut.
Murid ini bertanding di kategori Sekolah Rendah
Tahap 1.

. BULETIN TEKAD . 34

GURU & PEGAWAI PPD

41 PINGAT

KARNIVAL INOVASI PEMBELAJARAN PERAK (KIPP)

13 pingatPPD Batang Padang berjaya menduduki tempat ke-2 keseluruhan. Sebanyak
emas, 25 pingat perak dan 5 pingat gangsa telah berjaya diraih oleh guru-guru serta

pegawai Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim. Kejayaan anda merupakan
kebanggaan PPD Batang Padang. Tahniah dan teruskan kreativiti anda.
PPD Batang Padang telah menubuhkan sebuah kelab inovasi daerah bagi menyelaraskan
usaha dan idea guru-guru serta pegawai yang terlibat agar terus cemerlang berinovasi
untuk kemenjadian murid.

35 . BULETIN TEKAD .

GURU & PEGAWAI PPD

. BULETIN TEKAD . 36

GURU & PEGAWAI PPD

HARI GURU NEGERI PERAK 2021

PN. EFFA RINA BT. MOHD MATORE

)PINGAT PENGHORMATAN GURU (PPD BATANG PADANG

EN. ISMAIL BIN MUHAMAD ZAIN

)PINGAT PENGHORMATAN GURU (SK SERI BESOUT

PN. NURUL HUDA BT. KASIM

JOHAN ANUGERAH GURU INOVATIF:

INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH

(SMK SYEIKH ABDUL GHANI)

PN. JULITA BT. JOSEPH

JOHAN ANUGERAH GURU CEMERLANG

ORANG ASLI/PERIBUMI

(SMK SYEIKH ABDUL GHANI)

EN. MOHAMMAD IRFAN MUSTAQIM BIN ARIFFIN

JOHAN ANUGERAH KHAS GURU GIGIH PEDALAMAN
)(SK POS MUSUH LZ

37 . BULETIN TEKAD .

GURU

PN. NORAIDA BT. OTHMAN PN. ZALINA BT. AHMAD

JOHAN ANUGERAH GURU CEMERLANG NAIB JOHAN ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN MENENGAH

SEKOLAH KHUSUS/SWASTA (SMK PROTON CITY)

(TADIKA BITARA, UPSI)

EN. SUNDAR A/L SHANMUGAM


NAIB JOHAN ANUGERAH KHAS PENCIPTA EN. KUMARAN A/L GANDIAPPAN

KANDUNGAN DIGITAL KETIGA ANUGERAH GURU INOVATIF:

(SK SERI BIDOR) INDIVIDU SEKOLAH RENDAH

(SJKT TUN SAMBANTHAN)




BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

. BULETIN TEKAD . 38

GURU & MURID

PENGIKTIRAFAN

MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR)

Tahniah kepada semua warga sekolah yang terlibat.



SK Bidor, SK Trolak Selatan,
SMK Air Kuning, SMK Buyong Adil, SMK Sungkai



Sekolah-sekolah tersebut telah menyertai program Most Number Of Children's Pop-Up Art
Book In Green Campaign dan Most Number Aquaponic Pots Made of Recycled Materials.
Penyertaan bersama beberapa sekolah seluruh negeri Perak ini sekaligus telah mendapat
pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) 2021.

Sumber: hmetro.com.my

39 . BULETIN TEKAD .

MURID PERINGKAT
DAERAH

e-KARNIAL AADK

LEBIH BAIK CEGAH

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Murid dengan

kerjasama AADK, SK Seri Bidor dan SMK Hamid Khan.
Sila imbas kod QR untuk saksikan pengumuman keputusan.

. BULETIN TEKAD . 40

MURID

MAHRAJAN AL-QURAN

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dengan

kerjasama Unit Pembangunan Adab dan Nilai,
Sektor Pendidikan Islam, JPN.

Sila imbas kod QR untuk saksikan pengumuman keputusan.

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang.
Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah e-taranum, e-
daie, e-mimbar, nyanyian solo lagu kerohanian, deklamasi sajak

dan deklamasi syair adab serta nilai.
Sila imbas kod QR untuk saksikan pengumuman keputusan.
41 . BULETIN TEKAD .

MURID

e-NILAM PENDIDIKAN KHAS 2021

Google Meet, 21 Julai 2021 - Pengumuman keputusan e-NILAM Pendidikan Khas telah

dilaksanakan dan berikut ialah senarai pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua
peserta yang berjaya dan terima kasih kepada guru pembimbing dan ibu bapa yang
memberikan sokongan.

JOHAN : Mokanayashini a/p Krishna Naidu

(SMK Bandar Behrang 2020)
Kategori: Kurang Upaya Penglihatan Menengah Perempuan




NAIB JOHAN : Sritharan a/l Krishna Naidu

(SMK Bandar Behrang 2020)
Kateogori: Kurang Upaya Penglihatan Menengah Lelaki




NAIB JOHAN : Muhammad Haikal Hakimi bin Alife Shah

(SMK Khir Johari)
Kategori: Kurang Upaya Pembelajaran Sekolah Menengah




KETIGA: Muhammad Daris Baihaqi bin Mohd Hamdan

(SK Tanjong Malim)
Kategori: Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah Lelaki




KETIGA: Nur Zulfah Wirdani bt. Roslyzam

(SK Tanjong Malim)
Kategori: Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah Perempuan

. BULETIN TEKAD . 42

GURU & PEGAWAI PPD

PENERBITAN BUKU

PENGETUA, GURU BESAR & PEGAWAI

Bilik Gerakan, 1 Mac 2021 - Dr. Mohd Suhaimi bin

Mohamed Ali, Pengarah Pendidikan Negeri Perak

telah melancarkan buku Melentur Buluh, Menggapai

Awan yang mengumpulkan amalan terbaik

kepimpinan. Beliau diiringi Pegawai Pendidikan

Daerah bersama 10 orang editor buku tersebut yang

terdiri daripada guru besar, pengetua dan pegawai

SIP+ PPD Batang Padang.

En. Azman bin Ismon (Penolong PPD
Perancangan) dan Pn. Effa Rina bt. Mohd
Matore (Kaunselor Pendidikan Daerah) turut
menghasilkan buku Travelog Pengalaman
Pengurusan Majlis dan Pengacaraan untuk
panduan warga pendidik.

43 . BULETIN TEKAD .

Cikgu Azam
Menulis...

PASCA UPSR: MENJADIKAH MURID KITA?



Oleh : Norazam bin Mat Isa (Timbalan PPD Pengurusan Sekolah)

Sistem pendidikan negara kini memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kemenjadian murid boleh
dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang berilmu pengetahuan, berkemahiran,
mempunyai sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap
kesihatan dan kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan
berkeupayaan hidup bermasyarakat.

Umum mengetahui UPSR telah dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021. Oleh itu, kaedah
pentaksiran murid Tahun Enam dilaksanakan menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
yang merangkumi komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikokemterik (PPsi).

Semasa dalam era peperiksaan dahulu, setiap tahun, sekolah sibuk menyasarkan
peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS), Gred Purata Matapelajaran (GPMP), headcount,
bilangan murid yang mendapat gred A hinggakan pembangunan perkembangan bakat anak
mereka dalam seni, sukan, sosiobudaya dan kemasyarakatan kurang dititikberatkan dan
sedikit sebanyak telah merencatkan pembangunan potensi holistik murid.

Justeru, pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu diperkemas dan
diperkukuhkan, manakala sesi libat urus bersama semua pemegang taruh, iaitu ibu bapa
dan guru hendaklah dilaksanakan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berperanan dengan
memberikan sokongan kepada pihak sekolah dengan memberi maklumat yang tepat kepada
ibu bapa dan penjaga berkaitan pelaksanaan PBS.

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang melibatkan pemikiran kreatif, pemikiran kritis,
komunikasi, kolaboratif dan nilai dilaksanakan secara optimum sesuaidengan kehidupan
sebenar murid. Pendidikan melalui pengalaman, pendidikan melalui cabaran, pendidikan
keinsanan dan merentas kurikulum dengan menjadikan konsep “bawa dunia ke dalam bilik
darjah" dilaksanakan.

. BULETIN TEKAD . 44

Guru-guru dalam abad ke-21 ini juga seharusnya memiliki sikap ingin tahu yang tinggi dalam
meningkatkan amalan profesional dan juga kualiti pengajaran untuk membangunkan modal
dengan membudayakan amalan penyelidikan dalam tugas harian mereka supaya
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran bermakna kepada murid-murid dapat
dilaksanakan secara berterusan.
PdPc pasca UPSR bukan lagi hanya menaksir intellectual quotient (IQ) tetapi juga
mengambilkira emotional quotient (EQ) dan spiritual quotient (SQ) supaya kemenjadian
murid hasil dari sistem pendidikan kita bukan sahaja melahirkan insan yang berjaya dalam
kerjaya bahkan seseorang yang mempunyai kekuatan hubungannya sebagai hamba kepada
Tuhannya seterusnya mendorong individu tersebut membuat tindakan sehariannya sesuai
dengan aturan agamanya.
Para guru boleh menjadikan kepelbagaian kecerdasan murid sebagai panduan untuk
merancang teknik, kaedah dan strategi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mengikut
tahap kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat kepada murid-muridnya.
Pasca UPSR telah menjadikan proses pendidikan kita lebih terbuka dan tidak lagi
bergantung kepada peperiksaan. Tumpuan kita kini bukan lagi hanya bertumpu kepada JERI
tetapi sewajarnya menjurus kepada matlamat yang lebih futuristik iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang kalis masa hadapan yakni berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

"Quality means doing it right
when no one is looking"

Henry Ford

45 . BULETIN TEKAD

APA KATA MEREKA?

Bekerja-dari-rumah (BDR) bukan sahaja menuntut
disiplin yang tinggi malah memerlukan kekuatan
mental bagi melaksanakan tugasan harian secekap
di pejabat. Kita perlu bersabar.

Pn. Nor Sapura bt. Shahaluddin
Ketua Pembantu Tadbir PPD Batang Padang

Sewaktu pandemik, kebanyakan pekerja akan
bekerja dari rumah jadi jika wujud masalah, sukar
untuk membuat rujukan. Selain itu, saya merasakan
agak sukar untuk saya mendalami tugasan begini
kerana semua tugasan dilakukan secara atas talian.
Namun untuk saya, cabaran ini adalah satu penguat
untuk saya untuk terus berkhidmat dan bersemangat.

En. Zainal bin Hassan,
Pembantu Tadbir SK Jernang

Cabaran paling besar adalah untuk menjadi lebih
produktif di luar struktur organisasi pejabat
kerana tiada ruang kerja lebih besar, kurang
sumber inspirasi, tiada sokongan rakan sekerja
dan rasa terasing.

En. Shahrul Nizam bin Raslan
Pembantu Tadbir SMK Syeikh Abdul Ghani

Terlalu banyak cabaran semasa melaksanakan

tugas semasa PKP berlangsung. Antaranya

kesukaran melaksanakan mesyuarat yang

sepatutnya dilakukan secara bersemuka terpaksa

dilakukan secara Google Meet.

Pn. Yusnita bt. Mohd Yusuf
Pembantu Tadbir SJKT Ladang Behrang

. BULETIN TEKAD . 46

Sumber: Sektor Perancangan

Penerbit tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta dan
masalah dari penerbitan ini. Sebarang maklum balas atau cadangan boleh dihantar
kepada:

Unit Sumber & Teknologi Pendidikan

PPD Batang Padang,
Jalan Tapah,
35000 Tapah.
No. tel: 05 4011363
E-mel: [email protected]

TEGUH. ETIKA. KEBERSAMAAN. AKAUNTABILITI. DINAMIK

#satuTEKADsatumatlamat
UNIT SUMBER & TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PPD BATANG PADANG


Click to View FlipBook Version