LATAR BELAKANG MASYARAKAT PENAN DI SARAWAK • Terbahagi kepada Penan Timur dan Penan Barat • Penan Timur menetap di kawasan daerah Miri, Baram, Limbang dan Tutoh manakala Penan Barat menetap di sekitar daerah Belaga.. • Walaupun suku kaum mereka merupakan an indigenous group of their own, serta mempunyai budaya yang berbeza dan bahasa yang berbeza
• Bahasa Penan tergolong dalam subkumpulan Kenyah dalam cabang Malayo-Polynesian dari keluarga bahasa Austronesia. Antara semua suku pribumi yang berjiran dengan kaum Penan, yang paling mungkin memahami mereka adalah orang Kenyah (seperti kaum Lun Bawang dan Kelabit dapat memahami antara sama diri walaupun bercakap dua bahasa yang mempunyai kesamaan berbeza).
• Makanan orang Penan terdiri dari binatang yang diburu oleh mereka seperti babi hutan, rusa, ular, burung, katak, biawak, siput dan bahkan belalang. • Mereka memiliki haiwan peliharaan tetapi ia adalah tabu untuk memakan haiwan peliharaan. • Mereka juga makan sayur-sayuran yang mereka kumpulkan dari hutan. • Sebahagian daripada mereka, biasanya generasi muda, kini menanam padi dan sayur-sayuran kebun tetapi masih banyak bergantung pada makanan seperti sagu, buah-buahan hutan, dan haiwan diburu.
• Masyarakat Penan dikenali sebagai satu kumpulan etnik yang terkenal dengan hidup secara nomad pada suatu ketika dahulu. • Kemajuan pada masa sekarang telah mengubah kehidupan mereka daripada nomad kepada kehidupan yang mempunyai kediaman tetap. • Perkara yang tidak berubah dalam masyarakat Penan ialah, mereka amat mementingkan hutan sebagai pelengkap kepada aktiviti-aktiviti seharian mereka. • Seperti masyarakat lain, masyarakat Penan juga mengalami perubahan dari segi amalan mereka terutamanya amalan beragama • Kebanyakan daripada masyarakat Penan sudah menetap tetap, tetapi merekamasih bergantung pada hutan untuk mendapatkan sumber makanan serta perubatan.