The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AQILATUL HANNAN BT MUHAMMAD YUSRI
PIMK1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilatul hannan, 2022-09-04 12:07:44

FOLIO PANDU PUTERI KADET

AQILATUL HANNAN BT MUHAMMAD YUSRI
PIMK1

(ii) Mengetahui dan melaksanakan istiadat berikut:
● Pow-Wow

Cara melakukan Lingkungan Pow-Wow

Lingkungan ini di adakan untuk menyampaikan berita, berbincang, menilai kerja
atau merancangkan perkara yang khas. Lingkungan ini khas untuk ahli-ahli
pasukan
Pandu Puteri Tunas sahaja. Kakak Setia menjadi pengerusi dalam Lingkungan
Pow- Wow.

1. Semua Pandu Puteri Tunas duduk dengan rapat dalam Lingkungan.
2. Ada isyarat khas untuk Pandu Puteri Tunas jika dia hendak bercakap atau

bertanya, iaitu dengan dua jari tangan kanan diletakkan di lantai di
hadapannya atau dengan isyarat rekaan.
3. Dalam Lingkungan ini Pandu Puteri Tunas juga boleh mengundi. Isyarat
“Undi Rahsia” ialah Pandu Puteri Tunas duduk dengan tangan kanan letak di
belakang, tunjukkan satu jari jika bersetuju atau genggam semua jari jika
membantah atau dengan isyarat rekaan. Siti Setia akan berjalan mengelilingi
lingkungan dan mengira undi.

Gambar-gambar Lingkungan Pow-Wow
Tulis kapsyen di dalam petak di bawah gambar-gambar berikut:

AMALI:

Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan Lingkungan Pow-Wow
dengan betul dan kemas.

Tarikh: ……………………. Tandatangan penguji:
Nama:

(iii) Mengetahui dan melaksanakan upacara berikut: 1
● Upacara Pelantikan

Lengkapkan ucapan pada masa melaksanakan upacara pelantikan:

Tahukah anda bahawa apabila
anda melafazkan Persetiaan
Pandu Puteri, anda selalu mesti
mematuhinya dan mencuba
dengan sedaya upaya untuk

menjalankannya ?

KAKAK SETIA

2

AHLI BAHARU

Mari dekat dengan lambang ini
dan lafazkan Persetiaan anda
sebagai seorang Pandu Puteri.

KAKAK SETIA

Lengkapkan ucapan pada masa melaksanakan upacara pelantikan: 3
Tulis persetiaan di sini.

AHLI BARU

4

(Menyematkan Lencana Tunas Puteri pada
skaf ahli baru). Anda sekarang seorang
Pandu Puteri Tunas dalam
Pasukan ………………………………

Saya harap anda akan bekerja
bersungguh-sungguh untuk
kebaikan pasukan ini.

KAKAK SETIA

Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan Pandu Puteri
Tunas. Kemudian Pasukan akan memberi ‘Hormat Besar’ kepada Pandu Puteri Tunas
baru itu dan Pandu Puteri Tunas tersebut membalas dengan tabik hormat kepada
Pasukan serta dibawa ke kumpulan berenamnya.

(iv) Mengetahui dan melaksanakan upacara berikut:
● Upacara Hormat Besar

NOTA

Hormat Besar Pandu Puteri Tunas adalah suatu upacara khas untuk menyambut, mengalu-
alukan atau memberi tahniah kepada orang-orang seperti:

(a) Tetamu atau para undangan khas
(b) Pesuruhjaya dan pemimpin
(c) Ahli baharu yang telah dilantik
(d) Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana-lencana lain.

CARANYA

1. Dimulakan dengan Lingkungan Pandu Puteri Tunas.
2. Semua Pandu Puteri Tunas berdiri dalam lingkungan dengan tangan dalam

bentuk kuntum bunga tertutup.
3. Tetamu khas akan diiringi oleh sekumpulan kecil Pandu Puteri Tunas dan

dibawa ke dalam lingkungan besar.

4. (a) Selepas tetamu khas dibawa ke tengah lingkungan, semua Pandu Puteri Tunas
akan beraksi seperti bunga berkembang besar.

(b) Kemudian, semua bertepuk tangan di atas bahu sebelah kiri sebanyak
empat kali dan ucapkan “Selamat datang”.

(c) Kemudian, bertepuk tangan di atas bahu kanan sebanyak empat kali dan
ucapkan “Selamat datang”.

5. Selepas itu semua berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil
tersenyum.

Gambar Hormat Besar

AMALI:

Pandu Puteri Tunas ini telah melaksanakan upacara Hormat Besar
dengan betul dan kemas.

Tarikh: ……………………. Tandatangan penguji:
Nama:

(5)
REFLEKSI

(6)

PERAKUAN DAN ULASAN PENGUJI

1. Dengan ini, diperakui bahawa …………………………………
……………………………………………………………………..

telah berjaya menjalani ujian Kawad dan Istiadat Pandu Puteri
Tunas pada …………………………. ( nyatakan tarikh )
2. Calon ini juga telah menyiapkan modul mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan dan layak memakai Lencana Kawad dan Istiadat Pandu
Puteri Tunas.

Ulasan Penguji 1:
Calon ini
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

Tandatangan Penguji 1: …………………………………………………
Nama : …………………………………………………………………….
Jawatan: ………………………………………………………………….
Tarikh: ……………………………………………………………………

Tandatangan Penguji 2:……………………………………………
Nama:………………………………………………………………..
Jawatan: …………………………………………………………………...
Tarikh: ……………………………………………………………………..

(7)
LAMPIRAN SALINAN SIJIL

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

MUKADIMAH

Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan
Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan
sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta
Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik
atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan
untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang
berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan
dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang
tertera di bawah.

PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI

Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri.

Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan
Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert
Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas
daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.

Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya:
menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong
orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan.

Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:

1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai
2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun
6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan

2.1 Kaedah
Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang
ii. Perkembangan kendiri yang progresif
iii. Pembelajaran melalui perbuatan

iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan
yang bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa
vi. Khidmat masyarakat
vii. Aktiviti luar
viii. Simbolisme

2.2 Keanggotaan
Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada
semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan
atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan.

Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:

Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup
kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka
kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur
hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:

Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun
Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah
Pandu Puteri Tunas 6 – 12 tahun
Pandu Puteri Remaja 12 – 15 tahun
Pandu Puteri Renjer 15 – 18 tahun
Pandu Puteri Kadet +18 tahun
Pandu Puteri Siswi
Pandu Puteri Dewasa +18 tahun
+18 tahun

Bahagian Dewasa +18 tahun
Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun
Penolong Pemimpin +18 tahun
Pemimpin +21 Tahun
Jurulatih +24 tahun

Pesuruhjaya +24 tahun
Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun
Guild Pandu Puteri Raja
Guild Trefoil +18 tahun
+24 tahun

Ahli Tidak Aktif
Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri
Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli
Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah
bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang
telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang
berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu
Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan,
perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.

Ahli Kehormat
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota
untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal
dan penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-
Pemimpin yang tidak lagi memegang waran.

Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya
Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan
Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.

Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada
bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka
seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan
kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan
serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut.

Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-
keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini.

Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga
orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan
terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad.

PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF

Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-
prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia, iaitu.:

a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk
perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas;
b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada
kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan
sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri
dan dunia;
c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang
kaum di dalam Negara dan seluruh dunia;
d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur
30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PERKARA 4 – LENCANA

USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang
pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri
Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya.
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian
daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif
untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke
atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan
memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran
Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.

PERKARA 5 – PENAUNG

Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:
- mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
- menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja.
- menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF

Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan
dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
antara mesyuarat Majlis Kebangsaan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu,
Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif
Kebangsaan jika perlu.

6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:

Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat

6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik
dari semasa ke semasa.

6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat
Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk
jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua
penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Yang Dipertua
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia.
Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu
Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Yang Dipertua
USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan
tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih
sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya.

Ketua Pesuruhjaya
Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima
tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.

Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan

6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan

Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-
Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan
Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh
terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam
tahun keseluruhannya.

Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu
yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga
Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan
akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan.

Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik,
yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun
berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih
untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.

USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh
Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur
35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun.

USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio
Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia
bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan
pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari
semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan
kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

6.3 Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan
Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya.
Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik
salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

6.4 Korum and Kuasa Pengundian
Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang
apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut
akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi
yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan
diambil kira sebagai sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah
keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada
Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan
pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga
daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:

i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan;
ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia
untuk memastikan pencapaian yang baik;
iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi
dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti;
iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan
pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan,
dan program latihan terancang;

v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan
dengan orang awam;
vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem
kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan
pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 11: PERKARA 7 – BADAN UNDANGAN

Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis
Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan
polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh
diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

7.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan
Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di
Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang
berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga (3) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur
di antara 18 – 35 tahun.

Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang
Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan
dibenarkan mengundi.

Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:

Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan:

Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat,
Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6)
Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak
tujuh belas (17) undi.

USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang
dilantik dari semasa ke semasa:
Tiada hak untuk mengundi.

Wakil Cawangan:
USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah
undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi.
USUL 10: Majlis Kejurulatihan:
10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan.

Guild Pandu Puteri Raja:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat
belas (14) undi.

Guild Trefoil:
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat
belas (14) undi.

Guild Mantan Pesuruhjaya:
Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi.

Wakil Kelab Pandu Puteri:
Dibenarkan mengundi.

Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia &
Sukan:
Tiada hak untuk mengundi.

7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi
di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung.

Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan
tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak
seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.

7.3 Kekerapan Mesyuarat
Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak
lewat dari tarikh 30 Jun.

Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan
daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara
bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

7.4 Korum and Kuasa Pengundian
Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada
jumlah ahli yang mengundi.

Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut
akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut.
Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan
dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan
diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai
sah.

Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah
keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke
atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri
Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.

USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa
Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal
membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung
Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah
diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

7.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut:
i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-
isu penting;
iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan
dan laporan tahunan;
v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif
Kebangsaan
vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-
waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya;
vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini;
viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan;
ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan,
dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

PERKARA 8 – KEWANGAN

Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:

i.kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis
Kebangsaan.
ii.derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan
pendapatan daripada pelaburan.

Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan.
Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan
Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan
oleh Pemegang Amanah masing-masing.

Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh
jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau
pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi
dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.

Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai
dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada
penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat.

Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan
mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat
dari tarikh 14 Mei30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan
dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis
Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula
pada I Januari hingga ke 31 Disember.

PERKARA 9 – CAWANGAN PERSATUAN

Cawangan Persatuan terdiri daripada:

i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,
Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu.
ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara.
iii.iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan,
dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.

Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan
Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan
Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan
Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-
polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif
Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan
oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan
kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan.

Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk
tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan
Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.

PERKARA 10 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL

Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan
melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.

USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga
Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis
Kebangsaan empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.

PERKARA 11– PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu
Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk
mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk
pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir.

Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau
aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan
sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu
pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset
tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, diterima oleh Majlis
Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.

JURU PERTOLONGAN CEMAS
Seorang Juru Pertolongan Cemas yang baik dan mahir perlu mempunyai ciri-ciri:

• Tajam Pemerhatian – nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
• Pantas Ikthiar – menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada

sekelilingnya.
• Tidak Kasar – jangan menyakitkan orang yang tercedera
• Berakhlak Budi – tidak menambah kesakitan.
• Bertimbang Rasa – menghiburkan hati orang yang tercedera.
• Sentiasa tersenyum – muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit.

Tanggungjawab Juru Pertolongan Cemas
• Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu kecederaan.
• Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa
• Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital.
• Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.

Tugas Juru Pertolongan Cemas
1. Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit:
2. Menahan pendarahan.
3. Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.
4. Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
5. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas.
6. Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu
7. Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
8. Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara yang bersih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
JALAN SIKAMAT
70400 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT

BERUNIFORM
PANDU PUTERI KADET
MALAYSIA KUMPULAN PISMP

SEMESTER 4
2022

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan merupakan kandungan komuniti manusia yang hidup bersama, iaitu yang
dirancang dalam pendidikan (Meier & Mitchell, 1993). Aktiviti perkhemahan unit beruniform
adalah salah satu aktiviti yang utama dalam kegiatan ko-kurikulum. Berbagai-bagai nilai
dapat diterapkan semasa perkhemahan dijalankan seperti bekerjasama,
bertanggungjawab, tolong-menolong, berdisiplin dan mementingkan bertindak secara
berkumpulan berbanding dengan peribadi. Pelajar akan menghadapi pelbagai jenis cabaran
dan dugaan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan berkeyakinan diri masing-masing. Melalui aktiviti
perkhemahan, pelajar akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Program ini diharap melahirkan guru-
guru yang memiliki sahsiah yang baik dan memantapkan profesion keguruan serta sentiasa
bersedia untuk menghadapi segala cabaran pendidikan berdasarakan pengalaman yang
diperoleh.

2.0 RASIONAL
Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini bertujuan untuk memenuhi syarat tamat kursus
GERKO unit beruniform bagi pelajar Semester 4.

3.0 OBJEKTIF
i. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dalam
pelaksanaan sesuatu aktiviti
ii. Melahirkan pelajar yang berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam berbagai-
bagai situasi
iii. Meningkatkan keberanian dan keyakinan pelajar
iv. Membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial
v. Memupuk nilai-nilai murni seperti bertoleransi, bertolak ansur, bertanggungjawab
dan menghargai alam sekitar
vi. Melatih pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain

4.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh: 3 Oktober 2022 – 6 Oktober 2022 (Isnin – Khamis)
Masa: 8.00 pagi (Isnin) – 11.00 pagi (Khamis)

5.0 TEMPAT
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

6.0 KUMPULAN SASARAN
Ahli Persatuan Pandu Puteri Semester 4

7.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

8.0 ANGGARAN PEMBELAJARAN Kos Jumlah
Bil Perkara
1. Makanan dan minunan 8 x RM 28.00 RM 224.00
8 x RM 15.00 RM 120.00
Beras 10kg 10 x RM 8.00 RM 80.00
Ayam 8 x RM 4.00 RM 32.00
Telur 4 botol besar x RM RM 100.00
Labu 25.00
Kicap dan sos 2 botol x RM 25.00 RM 50.00
40 x RM 3.00 x 4 RM 480.00
Minyak memasak 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Sarapan pagi 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
Minum pagi 40 x RM 2.00 x 3 RM 240.00
Makanan tengah hari 40 x RM 5.00 x 3 RM 600.00
Minum petang RM 2766.00
Makan malam
10 x RM 13.90 RM 139.00
2. Peralatan 6 x RM 20.00 RM 120.00
Lampu khemah 6 x RM 50.00 RM 300.00
Kuali
Dapur memasak

Gas memasak 6 x RM20.00 RM 120.00
Pisau 6 x RM 12.00 RM 72.00
Papan pemotong 6 x RM 10.00 RM 60.00
Kayu api 5 pack x 10.00 RM 50.00
Tali 6 roll x RM 6.00 RM 36.00
Kertas Mahjong 16 x RM 1.00 RM 16.00
Masking tape 6 x RM 5.00 RM 30.00
Marker pen 6 pack x 15.00 RM 90.00
Tiang kayu 6 x RM 2.00 RM 12.00
Kain putih 6 x RM 5.00 RM 30.00
RM 1075.00
3. Hadiah 3 x RM 70.00
Hadiah pertandingan kumpulan (3 3 x RM 60.00 RM 210.00
acara) 3 x RM 50.00 RM 180.00
- Johan RM 150.00
- Naib johan RM 80.00
- Ketiga RM 30.00
RM 650.00
Johan keseluruhan RM 4491.00
Cederamata perasmi

JUMLAH

9.0 AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

Penaung : Pengarah

Penasihat : Pn. Azibah binti Baharom

Pengerusi : Pn. Erana binti Abdul Saman

Setiausaha : Nurin Alyea binti Latip

Bendahari : Aqilatul Hannan binti Muhammad Yusri

Kem Komanden : Emmerald Eugenia Anak Ja’au
Pen. Kem Komanden : Nur Annisa Sofia binti Khairul Azam
AJK Pendaftaran : Rithika a/p Sugumaran
Abinaya Bharathi a/p Ramao
AJK Penginapan : Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan
AJK Peralatan dan Khemah : Nur Nabila binti Hussein
Nur Syahirah Goh
AJK Makanan dan : Abhirami a/p Varasingam
Minuman : Rutrapriya a/p Permalu
Nurin binti Hanif Suhairi
AJK Keselamatan Shubashini a/p K Subramanian
Nur Amalin Aisyah binti Md Haswadi
AJK Kebersihan : Alya Qisstina binti Rassidi
Nursyazwani binti Baharudin
AJK Aktiviti : Nurul Alia Ibtisan binti Abd Aziz
Subharoshini a/p Balakrishnan
AJK Hadiah dan : Raajeswari a/p Selvaraja
: Lee Hew Thung
Cenderamata Amila Faqihah binti Zaidi
AJK Jurugambar dan Dasrshanah a/p Tiagarajah
Dokumentasi
Wong Xin Yi

10.0 PROGRAM TENTATIF
3 OKTOBER 2022 (ISNIN)

Masa Perkara AJK bertugas
Rithika a/p Sugumaran
7.30 – 8.00 pagi Ketibaan murid, pendaftaran Abinaya Bharathi a/p
Ramao
8.00 – 8.30 pagi Sarapan pagi Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
8.30 – 9.00 pagi Taklimat perkhemahan En. Lim Zi Jun
9.00 – 10.00 pg Mendirikan khemah En. Lim Zi Jun

Nur Nabila binti Hussein

Nur Syahirah Goh

10.00 – 10.30 pg Minum pagi Abhirami a/p Varasingam
10.30 – 11.00 pg
11.00 – 12.30 tgh hari Rutrapriya a/p Permalu

12.30 – 1.00 ptg ‘Ice breaking’ Nursyazwani binti Baharudin
1.00 – 2.00 ptg
2.00 – 2.30 ptg Pembahagian kumpulan Nurul Alia Ibtisan binti Abd
2.30 – 4.00 ptg - aktiviti mencipta Aziz
4.00 – 4.30 ptg
4.30 – 6.00 ptg slogan dan bendera
6.00 – 7.00 ptg
kumpulan
7.00 – 8.00 mlm
8.00 – 8.30 mlm Makan tengah hari Abhirami a/p Varasingam
8.30 – 11.30 mlm
11.30 mlm Rutrapriya a/p Permalu

Solat zohor Ustaz Bahrudin Udzir

Taklimat program dan Pn. Tan Yee Ling

peraturan keselamatan En. Tan Wei Heng

Latihan kawad kaki Nursyazwani binti Baharudin

Minum petang Abhirami a/p Varasingam

Rutrapriya a/p Permalu

Persiapan diri dan mandi

Solat maghrib berjemaah dan Ustaz Bahrudin Udzir

kuliah maghrib Pn. Lim Hui Hui

Slot moral (bukan beragama
Islam)

Solat isyak berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir

Makan malam Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

Persediaan persembahan Subharoshini a/p
Malam Kebudayaan Balakrishnan

Tidur

4 OKTOBER 2022 (SELASA)

Masa Perkara AJK bertugas

5.00 – 6.00 pg Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir

6.00 – 7.00 pg Senamrobik Amila Faqihah binti Zaidi
Raajeswari a/p Selvaraja
7.00 – 7.30 pg Sarapan pagi Abhirami a/p Varasingam

Rutrapriya a/p Permalu

7.30 – 10.00 pg Pertandingan kawad kaki Nursyazwani binti Baharudin
10.00 – 10.30 pg Minum pagi Abhirami a/p Varasingam
10.30 – 11.30 pg Rutrapriya a/p Permalu
11.30 – 1.30 ptg Aktiviti kumpulan Lee Hew Thung
Pertandingan memasak Amila Faqihah binti Zaidi
1.30 -2.00 ptg tengah hari dan makan
2.00 – 4.00 ptg tengah hari Ustaz Bahrudin Udzir
4.00 – 4.30 ptg Solat zohor Subharoshini a/p
4.30 – 7.00 ptg Pertandingan simpulan dan Balakrishnan
ikatan
7.00 – 8.00 mlm Minum petang Abhirami a/p Varasingam
8.00 – 8.30 mlm Rutrapriya a/p Permalu
8.30 – 11.30 mlm Demo pertolongan cemas En. Lim Zi Jun
11.30 mlm dan pertandingan Lee Hew Thung
pertolongan cemas
Solat isyak berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir
Makan malam Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu
Cooperative Games Nursyazwani binti Baharudin
Nurul Alia Ibtisan binti Abd
Tidur Aziz

5 OKTOBER 2022 (RABU)

Masa Perkara AJK bertugas

7.30 – 8.00 pagi Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir

8.00 – 8.30 pagi Pemeriksaan Khemah Nur Nabila binti Hussein
Nur Syahirah Goh
8.30 – 9.00 pagi Sarapan pagi
Abhirami a/p Varasingam
9.00 – 10.00 pg Splash Water Rutrapriya a/p Permalu
10.00 – 10.30 pg Minum pagi
Subharoshini a/p
Balakrishnan
Raajeswari a/p Selvaraja
Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

10.30 – 12.30 ptg Jungle Trekking Lee Hew Thung
12.30 – 1.00 ptg Amila Faqihah binti Zaidi
1.00 – 2.00 ptg
2.00 – 4.30 ptg Makan tengah hari Abhirami a/p Varasingam
4.00 – 4.30 ptg Rutrapriya a/p Permalu
4.30 – 6.00 ptg
6.00 – 7.00 ptg Solat zohor Ustaz Bahrudin Udzir

7.00 – 8.00 mlm Survival Skills En. Tan Wei Heng
8.00 – 8.30 mlm
8.30 – 11.30 mlm Minum petang Abhirami a/p Varasingam
11.30 mlm Rutrapriya a/p Permalu

Persiapan diri dan mandi

Solat maghrib berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir
dan kuliah maghrib Pn. Lim Hui Hui

Slot moral (bukan beragama
Islam)

Solat isyak berjemaah Ustaz Bahrudin Udzir

Makan malam Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

Pertandingan persembahan Nursyazwani binti Baharudin
Malam Kebudayaan

Tidur

6 OKTOBER 2022 (KHAMIS)

Masa Perkara AJK bertugas

5.00 – 6.00 pg Bangun pagi/ solat subuh Ustaz Bahrudin Udzir

6.00 – 7.00 pg Senamrobik Nurul Alia Ibtisan binti Abd
Aziz
7.00 – 7.30 pg Sarapan pagi Subharoshini a/p
7.30 – 8.00 pg Menurunkan khemah Balakrishnan
Abhirami a/p Varasingam
Rutrapriya a/p Permalu

Nur Nabila binti Hussein

8.00 – 8.30 pg Minum pagi Abhirami a/p Varasingam
8.30 – 9.00 pg Rutrapriya a/p Permalu
9.00 – 10.00 pg
10.00 – 11.00 pg Raptai perasmian & penutup Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan

Majlis penutup Noor Syahirah binti Zainal
Kisha Ann Velan

Sesi bergambar, bersih Nur Amalin Aisyah binti Md
kawasan perkhemahan dan Haswadi
bersurai
Alya Qisstina binti Rassidi
Wong Xin Yi

11.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan melalui program ini yang dirancang ini dapat melahirkan guru
yang mempunyai jati diri dan sikap bertabah untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan
pada masa depan. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar seperti tolong-menolong, berdikari, bertoleransi dan sebagainya. Semoga
program ini dapat dilaksanakan pada tahun depan mengikut kesesuaian masa, tenaga dan
peruntukan daripada pihak pentadbir sekolah.
Disediakan oleh,

______________________
(NURIN ALYEA BINTI LATIP)
Setiausaha AJK Perkhemahan Unit Beruniform,
Persatuan Pandu Puteri,
IPG Kampus Raja Melewar.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDAFTARAN KEAHLIAN

1. Pendaftaran Ahli Baru

Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing-
masing.
2. Ahli Seumur Hidup
i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(PPPM)
ii) Yuran: RM250.00 sekali bayar sahaja.
iii) Kelayakan:
a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.
b) Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM5.00 bagi
setiap tahun sehingga umur 35 tahun.
Contoh: Jika umur 30 tahun
Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00
iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti
pembayaran.
3. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula
i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang
PPPM.
ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu
Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.
4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
i) RM2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).
ii) RM5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet/Siswi/Dewasa
/Pemimpin/Guild Trefoil).
iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.
iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.
5. Cara Pembayaran:
i) Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar
terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
ii) Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

iii) Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Bank: CIMB
Nama Akaun: Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Nombor Akaun: 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke
Persatuan Pandu Puteri Malaysia).
iv) Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti
pembayaran.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi:
Wisma Pandu Puteri,
Jalan Pantai Baharu.
59700 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-22827776 / 03-22840229
SMS:012-2646820 / 012-2646850
Faks: 03-22826579
Alamat Emel: [email protected]

PEMBELIAN BARANG

Pusat Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan

Borang Tempahan dan Senarai Harga

Jenis Barang Harga Unit Jumlah

Jurnal Progresif Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Remaja/Renjer
Pemimpim 3.50
Klover 5.00
5.00
5.00

Skaf Coklat (Pandu Puteri Tunas )

Kuning ( Pandu Puteri 7.70
Remaja) 7.70
Biru Tua (Pandu Puteri 7.70
Renjer) 7.70
Biru Royal ( Pandu Puteri 7.70
Kadet)
Maroon (Pandu Puteri Klover)

Oren ( Pandu Puteri Kelip- 7.70
kelip) 7.70

Hijau ( Pandu Puteri Guild)

Lencana Dunia 3.30
Shoulder Flash (1 pasang)
Woggle 3.30
Penampang Kecil
Penampang Besar 2.80
Tali Wisel
Tali Perkelilingan 4.50
Wisel
Jata Negeri 5.00
Lambang Malaysia
Lambang Bunga Pandu Puteri 5.50
Tunas
5.50

7.00

2.20

Siantan 2.20
Kenanga
Kesidang 2.20
Teratai 2.20
Melur 2.20
Cempaka 2.20
2.20
2.20

Lambang Kumpulan Remaja / Ros 2.20
Renjer Raya 2.20
Orkid 2.20
Matahari 2.20
Bunga Kertas 2.20
Lily 2.20

Lencana Perlantikan Coklat (Pandu Puteri Tunas )
Biru ( Pandu Puteri Remaja)
Merah (Pandu Puteri Renjer) 3.50
3.50
3.50

Jenis Barang Harga Unit Jumlah

Putih ( Pandu Puteri Kadet)
3.50

Pink (Pandu Puteri Klover ) 3.50
Hijau ( Pandu Puteri Guild) 3.50
Emas ( Pemimpin) 6.10
Perak ( Pesuruhjaya) 5.50

Lencana Waran Waran Pandu Puteri Tunas
Waran Pandu Puteri Remaja
Waran Pandu Puteri Renjer 7.70
Waran Pandu Puteri Kadet 7.70
7.70
7.70

Lencana Pemimpin Lain Lencana Pertolongan Cemas
Lencana Jurumasak
Lencana YDP Negeri 5.00
Lencana NYDP Negeri 5.00
7.70
7.70

Lencana Pesuruhjaya P/jaya Daerah 7.70
T-shirt (Lengan Panjang & Lencana LED 10.00
Pendek ) Saiz Lencana LEC 10.00

Blouse Logo Pelajar 32 30.80
34 30.80
Blouse Logo Pemimpin 36 32.00
(temasuk Kadet & Klover) S 32.00
M 32.00
L 32.00
XL 32.00
2XL 35.20
3XL 38.50
4XL 44.00
5XL 55.00
6XL 60.50

XS 47.30
S 47.30
M 47.30
L 47.30
XL 47.30
2XL 47.30

XS 60.50
S

M 60.50
L 60.50
XL 60.50
2XL 60.50
3XL 60.50
60.50
Kain Uniform Biru 3M
3.5M 75.90
4M 88.60
101.20
Kain Baju Logo 2M
Kain Batik Sotong 2.5M 33.00
3M 42.00
Jenis Barang 49.50
Harga Unit Jumlah
4M
4.5M 280.50
313.50
Tudung Pemimpin 4 Segi Kecil
20.00
Tudung Pemimpin Ariani S
M 88.00
L 88.00
XL 88.00
88.00
Skaf Pemimpin
33.00

Klip Skaf

44.00

Brooch 5.50
Pin Brooch
Buku - Buku PPPM 5.50

Bendera Buku Pakaian Rasmi PPPM 25.00
Kertas Pembalut 16.50
Bowler Hat Buku Jom Berkhemah 11.00
Nama: 11.00
Buku Skim Lencana 16.50
Kecekapan PPT 6.60
Buku Skim Lencana 16.50
Kecekapan PP/RP 22.00
Buku Waran

Buku Sijil Lencana
Kecekapan
CD Lagu Kepanduan

Set Kawad Istiadat (Buku &
CD)

Dunia 200.00
88.00
Pandu Puteri 44.00

Penant (Bendera Tunas
Puteri )

Coklat 1.80
Biru 1.80
Merah 1.80
Putih 1.80

Bowler Hat Pandu Puteri 55.00
Bowler Hat Pemimpin 66.00
Bowler Hat Pesuruhjaya 66.00

Alamat :
No. telefon:
Email:
Tandatangan:
Tarikh :
Catatan:

Tolong hantar tempahan anda ke Puan Dashini
Email : [email protected]
Whatapps: 6012-315 7118

NAMA WISMA PANDU PUTERI DAN HARGA
PUSAT PERALATAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
WISMA PANDU PUTERI
JALAN PANTAI BAHARU
59700 KUALA LUMPUR
Tel: 603-22827776 / 22840229
Fax: 03-22826579
http: www.panduputeri.org.my









LAMPIRAN KERJA

TAJUK: KALENDAR PERJUMPAAN

NAMA: KELAS:

1. Berapa kali mengadakan perjumpaan unit beruniform dalam setahun?
2. Bilakan perjumpaan unit beruniform diadakan?


Click to View FlipBook Version