The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amira Najihah, 2024-04-22 10:07:17

BUKU PENGURUSAN SK SERI TERENTANG

BUKU PENGURUSAN SK SERI TERENTANG

Keywords: education,buku pengurusan sekolah,pengurusan

51


52


53


54


55


56


57


58


59


60


61


62


63


64


65


66


67


68


69


70


71


72


73


74


75


76


77


78


79


80


81


82 PANDUAN PENGURUSAN 1. GURU GANTI 1.1 Jadual Guru Ganti: Disediakan oleh PK Pentadbiran atau PK HEM atau PK Kokurikulum jika bilangan guru yang ada munasabah untuk menjalankan gantian. Jadual dimaklumkan kepada guru berkenaan dan ditandatangani. Jadual yang telah ditandatangani difailkan atau dibukukan. Pemakluman gantian akan dimaklumkan melalui Telegram rasmi sekolah sebelum jam 7.45 pagi. 1.2 Rekod Guru Ganti Rekod ini disediakan oleh PK pentadbiran atau PK HEM atau PK Kokurikulum. Guru yang terlibat sebagai guru ganti mencatat rekod gantian dan ditampal ke dalam buku rekod mengajar. Buku rekod guru ganti hendaklah dihantar kepada PK Pentadbiran pada setiap cuti panjang. Percantuman kelas/pengelolaan aktiviti tertentu dan sesuai akan dilakukan jika bilangan guru untuk mengganti tidak mencukupi. Tugas ini akan dilakukan oleh GPK Pentadbiran atau Penyelaras Kelas. 2. HARI TERBUKA /UPACARA 2.1 Siaran / Pemberitahuan 2.1.1 Surat Pemberitahuan disediakan oleh PK KoKurikulum dan diagihkan kepada semua murid. Pertimbangan hendaklah diberi kepada waktu dan masa yang sesuai untuk membolehkan semua ibubapa datang dan masa menunggu yang tidak begitu lama. 2.1.2 i. Guru mengarahkan semua murid menampal surat ini di dalam buku komunikasi. ii. Guru mendapat kerjasama dari ketua kumpulan untuk memastikan semua murid menampal surat siaran tersebut. iii. Guru mengingatkan murid untuk menunjukkan surat tersebut kepada ibu bapa dan meminta ibu bapa menandatanganinya. 2.2 Persediaan Hari Pelaporan & Pemuafakatan Penjaga 2.2.1 Menyediakan tempat menunggu yang mencukupi dan sesuai, 2.2.2 Menyediakan semua rekod dan maklumat yang diperlukan seperti Slip PBD atau SAPSMurid, Rekod dan Fail Kerja Rumah, Rekod Kokurikulum serta Rekod Penglibatan Ibu bapa. 2.2.3 Kehadiran ibu bapa hendaklah direkodkan di dalam borang yang disediakan dan diserahkan kepada PK Pentadbiran setelah majlis selesai melalui penyelaras aliran. 2.3 Pengisian Hari Pelaporan & Pemuafakatan Penjaga 2.3.1 Berusaha untuk mencapai objektif hari terbuka iaitu saling kenal mengenali, membincangkan masalah-masalah sekiranya ada dan bekerjasama antara guru dan ibu bapa. 2.3.2 Perbincangan meliputi: i. Pencapaian akademik ii. Nilai dan sikap iii. Disiplin iv. Kokurikulum v. Penglibatan ibu bapa


83 PANDUAN MESYUARAT AGENDA MESYUARAT KURIKULUM 1. Aluan Pengerusi 2. Mengesahkan Minit 3. Perkara Berbangkit 4. Agenda baharu :-Laporan Bahagian (Panitia, PKKP, Pusat Sumber, SU Peperiksaan) / Perancangan / Aktiviti / Isu) / KBAT/ PBD / Fail / SKPMG / Peruntukan Kewangan 5. Hal-hal lain PANDUAN LAPORAN PANITIA Laporan hendaklah meliputi antara lain perkara-perkara seperti berikut mengikut kesesuaian & keperluan: Bilangan Mesyuarat Laporan semakan buku (mutu semakan, latihan, kerja murid, jumlah latihan, pembetulan, keterlibatan murid dalam semakan, semakan kemaskini) Laporan/rumusan pencerapan ketua panitia dan rakan sejawat (Jumlah pencerapan, kekerapan, KBAT, BBM, inovasi, idea yang boleh dikongsi & tindakan susulan) Program PKKP / KAJIAN TINDAKAN (Program baru/diteruskan/digugurkan) dan status program. Pencapaian berdasarkan standard kualiti yang ditentukan ( Key Performance Indicator / KPI ) AGENDA MESYUARAT KOKURIKULUM 1. Aluan Pengerusi 2. Pengsahan Minit 3. Perkara berbangkit 4. Agenda baharu :-Laporan Bahagian (Penasihat & SU Sukan)/ Perancangan aktiviti /Laporan Pemantauan GPK Kokurikulum / Laporan Keceriaan / Peruntukan/Kedudukan Kewangan 5. Hal-hal lain PANDUAN LAPORAN PENASIHAT Bilangan mesyuarat/kekerapan aktiviti Status program/pelaksanaan perancangan, Kehadiran/penyertaan, pencapaian dan Standard Kualiti yang ditentukan. Masalah & Strategi Pengiktirafan & Motivasi


84


MATLAMAT KURIKULUM Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid ke tahap yang lebih cemerlang melalui program-program yang dirancang dalam usaha ke arah melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berketrampilan dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa berlandaskan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. OBJEKTIF Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira sebelum melangkah ke Tahun 2. Memastikan murid Tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya konstruk 4 dan Iqra’ 3 pada 6 bulan pertama persekolahan. Meningkatkan kemahiran dwibahasa (HIP & MBMMBI) pada semua murid dan warga sekolah. Memastikan murid-murid didedahkan dengan kemahiran asas ICT. Membudayakan tabiat suka membaca dalam kalangan murid dan guru walau di mana mereka berada. Memastikan semua murid menguasai sekurang-kurangnya tahap minimum dalam peperiksaan awam UPSR Mensasarkan murid-murid Tahun 1 hingga tahun 4 mencapai sekurang-kurangnya TP 4 dalam PBD. Mengaplikasikan PAK21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran (PDPC). DASAR DAN KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM 1. Mesyuarat. 2. Anggaran Perbelanjaan Mengurus/PCG MataPelajaran. 3. Pencerapan Pengajaran dan pembelajaran/Pemudahcara. 4. Sumber Pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 5. Tugasan dan Latihan. 6. Penyemakan Buku Latihan Murid. 7. Pentaksiran & Peperiksaan (PBS). 8. Rancangan PelajaranTahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). 9. Penggunaan e-RPH. 10. Program Peningkatan Prestasi Panitia Matapelajaran 11. Jadual Waktu Induk / Jadual Persendirian / Jadual Waktu Kelas/Jadual Waktu Guru Ganti / Jadual Waktu Bilik-Bilik Khas. 12. Pengurusan Fail Kurikulum / Panitia. 13. Pusat Sumber Sekolah. 14. Pemulihan dan Pengayaan / Program Intervensi. 15. Pengurusan Bilik-Bilik Khas. 16. Pengurursan Prasekolah. 85


1. MESYUARAT 1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) dan Panitia Mata Pelajaran dirancang dan dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 1.2 Setiausaha Kurikulum dan Setiausaha Panitia dilantik sebagai pencatat minit dan menyediakan minit mesyuarat. 1.3 Notis Panggilan mesyuarat disediakan seminggu sebelum mesyuarat oleh Setiausaha Kurikulum / Setiausaha Panitia. Format SPSK (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti) 1.4 Agenda mesyuarat perlu merangkumi (ucapan pengerusi / pengesahan minit sebelum / perkara- perkara berbangkit / agenda / hal-hal lain). 1.5 Minit mesyuarat disediakan mengikut format SPSK. 1.6 Minit mesyuarat perlu disediakan tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat. 1.7 Minit mesyuarat Kurikulum disemak oleh Penolong Kanan dan minit Mesyuarat panitia matapelajaran disemak oleh Ketua Panitia sebelum dibentang dan disahkan. 1.8 Minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) perlu dibuat dua (2) salinan bersama-sama notis mesyuarat dan dan disimpan dalam: 1.8.1 Fail induk kurikulum 1.8.2 Salinan kepada semua Ketua Panitia 1.9 Minit mesyuarat panitia dibuat dua (2) salinan: 1.9.1 Fail Panitia 1.9.2 Fail induk kurikulum 1.10 Agenda/Perkara Mesyuarat merangkumi: 1.10.1 Mesyuarat Pertama: (Kurikulum / Panitia) i. Dasar/Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum (PDPC) & KBAT ii. Post Mortem Peperiksaan Awam (UPSR )/ Akhir Tahun iii. Perancangan & Takwim Panitia yang melibatkan guru & murid. iv. Kewangan 1.10.2 Mesyuarat Kedua / Ketiga: i. Dasar / Ketetapan (jika perlu/ada) ii. Hasil Pemantauan / Tindakan Penambahbaikan (Program Induk@Panitia / Pencerapan / Kewangan) iii. Post Mortem Peperiksaan Awam/PBS iv. Pemantauan/Penilaian (Program / Pencerapan / Kewangan v. KBAT & PAK21 86


2. PERUNTUKAN KEWANGAN MATA PELAJARAN (PCG) 2.1 Semua Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki menyediakan Anggaran Perbelanjaan / Perancangan Kewangan berdasarkan peruntukan yang diberi. 2.2 Anggaran Perbelanjaan dibuat mengikut format yang standard. 2.3 Penyediaan Anggaran Perbelanjaan perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia yang pertama. 2.4 Ketua Panitia perlu memastikan Anggaran Perbelanjaan yang disediakan merangkumi sumber pendidikan, program / aktiviti peningkatan pembelajaran, program pendidikan (lawatan / keceriaan). 2.5 Panitia perlu memastikan peruntukkan bagi sumber pendidikan digunakan secara optimum. 2.6 Peruntukkan untuk program pembelajaran melibatkan semua tahun. 2.7 Perpindahan peruntukkan kepada tahun lain dibenarkan jika sumber pendidikan bagi tahun lain telah mencukupi atau untuk memenuhi keperluan bagi membeli sumber dalam kuantiti besar tapi peruntukkan yang diterima terhad. 2.8 Anggaran perbelanjaan panitia perlu diserah kepada PK / Setiausaha Kurikulum seminggu selepas mesyuarat. 2.6 PK / Setiausaha Kurikulum perlu menyemak anggaran tersebut untuk mengesahkan ia telah dibuat dengan betul. 2.9 Anggaran Perbelanjaan perlu di simpan dalam fail Panitia, fail kurikulum dan fail Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT) @ PT 2.10 KPT perlu memastikan pembelian barang yang dibeli oleh panitia sama seperti Barang / sumber / program yang dirancang dalam anggaran perbelanjaan panitia. 2.11 Sumber/program yang tidak tersenarai dalam anggaran perbelanjaan tidak boleh diluluskan pembelian kecuali mendapat keizinan/kelulusan daripada Guru Besar. 2.12 Peruntukkan untuk sumber pendidikan mesti dibelanjakan sebelum sesi cuti pertengahan tahun bermula. Keseluruhan Peruntukan mestikan dibelanjakan sehingga 90.00 % sebelum bulan September bagi tahun semasa. 2.13 Pembelian sumber / program mesti mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan. 87


3. PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDPC) 3.1 Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran dilaksanakan mengikut SPI & SKPMg2 3.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan, Guru Cemerlang dan Ketua Panitia. 3.3 Instrumen pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran menggunakan Standard 4 SKPMg2 3.4 Tarikh, masa dan kelas guru yang dicerap berdasarkan Jadual pencerapan yang disediakan pada tahun semasa. Perubahan tarikh, masa dan kelas bergantung kepada keperluan dan kehendak atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. 3.5 Maklumat pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran guru dimaklumkan dari segi skor markah, kekuatan dan kelemahan secara lisan/bertulis dan individu/berkelompok 3.6 Borang pencerapan perlu dibuat 3 salinan: Fail pencerapan Fail panitia Guru yang dicerap 3.7 Jawatankuasa Pencerapan/Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) perlu menganalisis data pencerapan bagi menentukan skor keseluruhan, taraf pencerapan, kekuatan dan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan. Sebanyak 3 kali sepanjang tahun. 3.8 Data dan maklumat pencerapan perlu dipantau, lapor dan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum dan panitia sekolah. 3.9 Pencerapan: Semua guru akan dicerap dua kali (2) dalam setahun. Pencerapan kali kedua adalah bagi mata pelajaran yang berlainan Guru yang markah pencerapan tidak mencapai 80% +++, akan diberi bimbingan dan dicerap kali yang seterusnya oleh pentadbir yang sama atau berlainan (ikut keperluan). Setiap mata pelajaran juga mesti dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa. Keutamaan adalah pada Ketua Panitia. 4. SUMBER PENDIDIKAN 4.1 Semua guru digalakkan menggunakan sumber pendidikan/Bahan Bantu Mengajar dalam Pembelajaran dan Pengajaran daripada pelbagai bentuk samada media cetak, ICT, alam sekitar dan lain-lain. 4.2 Internet adalah satu sumber pendidikan yang perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. 88


5. TUGASAN DAN LATIHAN 5.1 Setiap panitia perlu berbincang untuk membuat ketetapan kadar tugasan dan latihan yang wajar diberikan kepada murid-murid dalam mesyuarat kali pertama. 5.2 Semua ketua panitia berkumpul untuk berbincang bagi membuat ketetapan bersama satu salinan ketetapan diserahkan kepada pentadbir untuk disahkan dan rekod. 6. PENYEMAKAN BUKU/LATIHAN 6.1 Guru matapelajaran dikehendaki merekod semakan buku latihan murid menggunakan borang yang telah ditetapkan. 6.2 5 buah buku latihan perlu dihantar kepada GB / PK untuk semakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 7. PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN (PBD) 7.1 Jadual dan tarikh peperiksaan / pentaksiran akan dimaklumkan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman / PBS. 7.2 Setiausaha Peperiksaan/PBD akan memanggil mesyuarat bagi memaklumkan beberapa perkara seperti penggubalan soalan dan tarikh-tarikh penting yang perlu dipatuhi bagi memastikan peperiksaan/pentaksiran berjalan lancar sehingga keputusan dapat dimaklumkan kepada murid dan ibubapa/penjaga. 8. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 8.1 Setiap guru perlu ada RPT mengikut matapelajaran yang diajar. RPT hendaklah disusun mengikut minggu / takwim tahun semasa. 8.2 RPH wajib ditulis setiap hari sebelum Pembelajaran dan Pengajaran dijalankan mengikut format yang telah ditetapkan. 8.3 Kegagalan menulis RPH adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib. 9. Fail PdPc dan e-RPH 9.1 Perlu dilengkapkan maklumat diri, takwim hari persekolahan dan jadual waktu mengajar dimasukkan dalam Fail PdPc / Peribadi. Dihantar ke pejabat setiap hari Jumaat – cetak RPH Pdpc hari Jumaat sahaja (menggunakan fail plastik khas yang disediakan) 9.2 Guru hendaklah membaca Aku Janji serta beberapa maklumat dan pekeliling yang terdapat di dalam BRM. Seterusnya hendaklah menurunkan tandatangan sebagai bukti guru telah baca dan faham. 9.3 e-RPH perlu dihantar untuk semakan dan ditandatangani oleh barisan pentadbir pada hari Jumaat atau hari akhir setiap hujung minggu. ( Rujuk Jadula semakan e-RPH. 89


10. PERANCANGAN PROGRAM PANITIA 10.1 Semua panitia perlu menjalankan program panitia yang telah dirancang mengikut jadual/tarikh. 10.2 Sekurang-kurangnya 3 program untuk guru & murid dalam setahun. 10.3 Hantar kertas kerja/laporan awal kepada PK untuk semakan / rekod. 10.3 Menyiapkan dokumentasi. 11. JADUAL WAKTU KELAS PERSENDIRIAN 11.1 Jadual waktu kelas mesti dipamerkan di papan kenyataan kelas dan diedarkan kepada semuamurid. 11.2 Jadual waktu kelas dan persendirian perlu di tulis masukkan ke dalam Fail. 11.3 Slip guru ganti hendaklah dimasukkan ke dalam Fail. 12. GURU GANTI 12.1 Jadual guru ganti akan di muat naik melalui Telegram Rasmi dan di letakkan dalam fail guru ganti. 12.2 Guru Ganti “WAJIB” masuk ke kelas yang telah ditetapkan. 12.3 Guru Ganti perlu merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Guru Ganti di dalam kelas berkenaan. 12.4 Guru Ganti boleh memilih untuk: Mengajar mata pelajaran yang diganti. Mengajar mata pelajaran sendiri. Menjalankan aktiviti bacaan dalam kelas (NILAM bekalan buku cerita dari PSS). Membuat aktiviti luar seperti berkebun, bersenam, melukis dan lain-lain yang sesuai. 13. PENGURUSAN FAIL KURIKULUM DAN PANITIA 13.1 Setiap panitia perlu ada fail putih (Rasmi) yang diletakkan di pejabat dan fail kerja. 13.2 Fail putih (kertas) diuruskan oleh pihak pejabat, manakala fail kerja diuruskan oleh panitia. 13.3 Ketua Panitia dan Setiausaha perlu mengemaskini fail kerja dari semasa ke semasa. 13.4 Pengisian Fail kerja adalah seperti berikut: Fail Pengurusan Panitia (Carta organisasi, Takwim, Agihan tugas & skop kerja) Fail Minit Mesyuarat , Fail DSKP & RPT, Fail Kertas kerja & Laporan program 90


PENGURUSAN KURIKULUM CARTA ORGANISASI INDUK UNIT KURIKULUM JADUAL PENCERAPAN PDPc JADUAL SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID JADUAL SEMAKAN eRPH TAKWIM PDPc DAN PEMETAAN RPT


92


93


94


95


96


97


98


99


100


Click to View FlipBook Version