The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JOHOR MPSM MODUL 2 K1 MODUL ULANG KAJI BERFOKUS K1 PERCUBAAN SPM 2021 - 3756 K1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82022653, 2022-01-04 06:49:53

JOHOR MPSM MODUL 2 K1 MODUL ULANG KAJI BERFOKUS K1 PERCUBAAN SPM 2021 - 3756 K1

JOHOR MPSM MODUL 2 K1 MODUL ULANG KAJI BERFOKUS K1 PERCUBAAN SPM 2021 - 3756 K1

3756/1 1
Prinsip Perakaunan 3756/1
Kertas 1
1¼ jam Nama: ___________________________________

Tingkatan: ________________________________

MODUL 2
ULANGKAJI KECEMERLANGAN BERFOKUS

SPM 2021

PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-

tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baru.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

2 3756/1
1 Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan.

Maklumat dalam Penyata Kewangan dapat mempengaruhi pengguna dalam
membuat keputusan ekonomi.

Apakah ciri kualitatif yang dimaksudkan?

A Kerelevanan
B Kebolehfahaman
C Perwakilan benar
D Kebolehbandingan

2 Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada kitaran perakaunan.

Imbangan Duga P Q
Terselaras

Apakah P dan Q? Rajah 1
P
Q
A Pelarasan Imbangan Duga
B Imbangan Duga Pelarasan
C Catatan Penutup Penyata Kewangan
D Penyata Kewangan Catatan Penutup

3 Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Indah.

Semua aset bukan semasa disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut
kaedah baki berkurangan bagi setiap tempoh perakaunan.

Apakah prinsip perakaunan yang diamalkan?

A Ketekalan
B Prinsip kos
C Tempoh perakaunan
D Pengiktirafan hasil dan belanja

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

3 3756/1

4 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri satu jenis perniagaan.
 Liabiliti terhad
 Bilangan minimum ahli 50 orang
 Mementingkan kebajikan ahli

Antara yang berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri di atas?

A Koperasi Yayas Berhad
B Klinik Faizal dan Fairuz
C Syarikat Berjaya Berhad
D Syarikat Wawasan Sdn. Bhd.

5 Antara yang berikut, manakah bukan merupakan pengguna dalaman Penyata Kewangan?

A Pekerja
B Pembekal
C Pihak pengurusan
D Pemilik perniagaan

6 Apakah komponen yang terdapat dalam Akaun Perdagangan?

I Hasil
II Belanja
III Kos Jualan
IV Jualan Bersih

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

4
3756/1

7 Urus niaga berikut diambil daripada buku Restoran Sedap pada bulan Februari 2021.

Menjelaskan hutang RM2 150 kepada Akaun Belum Bayar dengan cek RM2 200

Apakah kesan urus niaga di atas terhadap persamaan perakaunan?

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik
A Berkurang RM2 150 Bertambah RM2 200 Bertambah RM50
B Bertambah RM2 150 Berkurang RM2 200 Tiada kesan
C Berkurang RM2 150 Berkurang RM2 200 Bertambah RM50
D Berkurang RM2 150 Berkurang RM2 150 Berkurang RM50

8 Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?

Akaun Berkaitan Catatan Kontra
A Belian Diskaun diterima
B Perabot Susut nilai terkumpul
C Akaun Belum Terima Hutang lapuk
D Tunai Ambilan

9 Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?

A Invois
B Baucar
C Nota debit
D Penyata Akaun

10 Dialog berikut berlaku di antara Cik Widyan dengan Puan Zi Yan mengenai dokumen
perniagaan.

Widyan: Puan Zi Yan, syarikat kami akan menyediakan Penyata Penyesuaian
Bank pada bulan Julai 2021 ini, tetapi masalahnya dokumen yang
sepatutnya belum kami terima

Zi Yan: Ya ke? Cik Widyan, saya akan buat semakan dan hantar hari ini juga?
Widyan: Sekarang ini dah 3 Ogos yang puan, mohon segerakan, terima kasih

Apakah dokumen yang akan dihantar oleh Puan Zi Yan ?

A Penyata Bank [LIhat halaman sebelah
B Penyata Akaun SULIT
C Makluman debit
D Makluman kredit

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor

5 3756/1

11 Urus niaga berikut yang manakah dicatatkan dalam Jurnal Am?
A Menerima invois daripada Shi Ting kerana membeli barang niaga
B Mengeluarkan wang tunai dari bank untuk kegunaan sendiri
C Membawa masuk perabot rumah ke dalam perniagaan
D Membayar sewa kedai secara tunai

12 Butik Fatin telah menerima nota kredit daripada Pengilang Kain Syarifah kerana
memulangkan kain berjenama Nellofa yang tersalah warna bernilai RM780 sekayu.
Apakah buku catatan pertama yang akan terlibat bagi merekod urus niaga tersebut?

A Jurnal Belian
B Jurnal Jualan
C Jurnal Pulangan Belian
D Jurnal Pulangan Jualan

13 Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang lejar?

I Lejar Subsidiari terdiri Lejar Jualan dan Lejar Belian
II Lejar Akaun Belum Bayar dikenali juga sebagai Lejar Jualan
III Akaun Modal dan Akaun Ambilan direkodkan ke dalam lejar Am
IV Lejar Belian digunakan untuk merekod semua Akaun Belum Terima

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

14 Puan Murni telah mengambil barang niaga bernilai RM158 untuk tujuan pengiklanan.
Apakah akaun yang akan dikreditkan?

A Belian
B Promosi
C Ambilan
D Inventori

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

6
3756/1

15 Pasangan manakah yang tidak benar mengenai sumber maklumat untuk Akaun Kawalan
Belum Terima?

Butiran Sumber Maklumat
A Diskaun dibatalkan Buku Tunai
B Jualan kredit Jurnal Jualan
C Hutang lapuk Jurnal Am
D Pulangan masuk Jurnal Pulangan masuk

16 Maklumat berikut dipetik daripada buku Kedai Pakaian Maju

Imbangan Duga pada 31 Mac 2020

Butir Debit Kredit

RM RM

Diskaun diberi 870

Pulangan keluar 1 200

Tunai 3 000

Angkutan keluar 180

Item yang manakah tersilap kedudukan?
A Tunai
B Diskaun diberi
C Pulangan keluar
D Angkutan keluar

17 Antara yang berikut, manakah yang benar mengenai Sistem Inventori Berterusan?

I Menyimpan rekod yang terperinci untuk mengesan pergerakan barang niaga yang
diterima dan dikeluarkan.

II Buku rekod inventori atau kad lejar inventori digunakan untuk merekodkan
pergerakan inventori.

III Kuantiti dan nilai inventori pada hujung sesuatu tempoh ditentukan dengan
membuat pengiraan fizikal.

IV Sistem ini diamalkan oleh peniaga runcit yang barang niaganya bersakala kecil dan
sederhana.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

7
3756/1

18 Butir yang manakah direkodkan dalam Akaun Perdagangan dan Penyata Kedudukan
Kewangan?

A Inventori Awal
B Inventori Akhir
C Modal Awal
D Modal Akhir

19 Berikut adalah petikan Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Zamrud Enterprise.

Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2020

Aset Bukan Semasa Kos Susut Nilai Nilai
Lengkapan Terkumpul Buku
RM RM
20 000 RM
15 000
(5 000)

Aset Semasa 5 000
Bank 2 000
Akaun Belum Terima 7 000

Liabiliti Semasa (1 500)
Z
Modal Kerja 5 500
20 500
Apakah kemungkinan butiran bagi Z?

A Insurans prabayar
B Komisen belum terima
C Gaji belum bayar
D Gadai janji

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

8
3756/1

20 Maklumat berikut berkaitan dengan catatan penutupan Akaun Kadar bayaran bagi
Perniagaan Sinaran.

2020 Akaun Kadar bayaran RM
Ogos 12 Tunai RM 2020 3 500
3 500 Ogos 31 X
3 500
3 500

Apakah butiran yang tepat bagi X?

A Baki h/b
B Akaun Untung Rugi
C Akaun Perdagangan
D Akaun Kadar bayaran

21 Sewa yang perlu dibayar oleh Perniagaan Ho Trading ialah RM5 000 tetapi jumlah yang
dapat dibayar oleh perniagaannya hanya RM2 300 sahaja. Pilih padanan yang betul
berkaitan nilai sewa yang perlu diiktiraf mengikut asas tunai dan asas akruan.

Asas Tunai Asas Akruan
A RM5 000 RM2 700
B RM2 300 RM2 700
C RM5 000 RM2 300
D RM2 300 RM5 000

22 Jumlah sewa dalam Imbangan Duga ialah sebanyak RM8 200. Sewa tahunan adalah
RM10 800. Berapakah nilai sewa yang akan ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan
Kewangan?

A Sewa belum bayar RM19 000
B Sewa belum bayar RM2 600
C Sewa prabayar RM10 800
D Sewa prabayar RM2 600

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

9
3756/1

23 Maklumat berikut berkaitan dengan pelanggan kredit En. Shah Abqari, pemilik Qari

Enterprise bagi tahun berakhir 31 Mei 2021.

Pelanggan Kredit Tarikh Jualan Jumlah Jualan (RM)
Hussein 1 Disember 2020 880
Maria 990
Leong 1 Mac 2021
12 April 2021 1 200

Dasar perniagaan menetapkan tempoh kredit dua bulan. Sehingga tarikh penutupan akaun,
En. Shah Abqari gagal menghubungi Hussein manakala Maria telah berjanji akan
menjelaskan hutangnya pada bulan Jun 2021.
Berapakah hutang lapuk yang akan direkodkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun
berakhir 31 Mei 2021?

A RM880
B RM990
C RM1 870
D RM3 070

24 Bie Enterprise membeli sebuah kenderaan bernilai RM56 000. Kenderaan tersebut
dijangka penggunaannya selama 10 tahun. Pada akhir tempoh penggunaan, nilai skrap
dianggarkan RM7 000. Berapakah susut nilai tahunan van tersebut?

A RM700
B RM4 900
C RM5 600
D RM6 300

25 Belanja membaiki kenderaan sebanyak RM1 200 telah didebitkan ke dalam Akaun
Kenderaan. Apakah jenis kesilapan ini?

A Kesilapan prinsip
B Kesilapan terbalik
C Kesilapan komisen
D Kesilapan saling mengimbangi

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

10 3756/1
26 Untung bersih Perniagaan Kain Sutera Syaf ialah RM2 900.

Kesilapan berikut telah ditemui selepas pengiraan untung bersih.

(i) Pulangan jualan dan pulangan belian masing-masing terkurang rekod

sebanyak RM60.

(ii) Kadar bayaran sebanyak RM300 belum dicatat dalam mana-mana buku.

Berapakah untung bersih selepas kesilapan dibetulkan?

A RM3 320
B RM3 200
C RM2 600
D RM2 480

27 Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Runcit Lily.

Jualan Bersih RM
Kos Jualan 8 000
Belanja 2 000
1 200

Berapakah margin untung bersih Kedai Runcit Lily?

A 80%
B 60%
C 40%
D 10%

28 Bagaimanakah keuntungan atau kerugian boleh diperoleh daripada kaedah perbandingan?

A Penyata Mengira Modal
B Penyata Mengira Untung Rugi
C Penyata Kedudukan Kewangan
D Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

11
3756/1

29 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Farhan yang tidak mengamalkan sistem
catatan bergu bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

Baki Akaun Belum Terima pada 1 Januari 2020 RM
Baki Akaun Belum Terima pada 31 Disember 2020 2 560
Bayaran oleh pelanggan 2 080
Diskaun diberi 9 220
Diskaun diterima 5 480
Jualan tunai 4 860
Pulangan jualan 12 740
1 160

Berapakah jualan kredit bagi tahun berakhir 31 Disember 2020?

A RM11 220
B RM14 760
C RM15 380
D RM28 120

30 Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang kepentingan kawalan tunai?

A Menjamin keuntungan perniagaan
B Memastikan baki tunai yang semakin banyak
C Memastikan penggunaan tunai yang optimum untuk tujuan produktif
D Mendapat diskaun tunai kerana dapat membayar hutang dengan kadar segera

31 Encik Nufail Aariz ialah pemilik Kedai Buku AARIZ yang memulakan perniagaan pada
1 Januari 2020 dengan membawa masuk tunai di bank RM25 000 dan lengkapan RM8 000.
Berikut ialah petikan anggaran belanjawan bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2020.
i. Jualan bulan Januari dan Februari dianggarkan sama sebanyak RM35 500 dan
dijangkakan bertambah sebanyak 10% pada bulan Mac. 60% daripada jualan adalah
secara kredit dan diberi tempoh sebulan kredit.
ii. Pada bulan Februari, sumbangan modal tambahan sebanyak RM2 000 diperoleh
daripada ahli keluarga.
Berapakah jumlah penerimaan bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2020?

Januari (RM) Februari (RM) Mac (RM)
39 050
A 35 500 37 500 36 920
36 920
B 39 200 37 500 39 050

C 47 200 35 500

D 60 500 37 500

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

12 3756/1

32 Perniagaan perkongsian tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961.
Pernyataan manakah yang tidak terdapat dalam akta tersebut?

A Faedah dibayar atas modal pekongsi
B Untung rugi dibahagi sama rata antara pekongsi
C Setiap pekongsi berhak menguruskan perniagaan
D Pekongsi yang menguruskan perkongsian tidak dibayar gaji

33 Amirah adalah rakan kongsi di dalam sebuah perkongsian AFA Accounting Services . Pada
1 Julai 2020, Amirah telah memberi pinjaman sebanyak RM20 000 kepada perkongsian.
Ikatan Perjanjian tidak dibuat dalam perkongsian tersebut. Sehingga akhir tempoh perakaunan
31 Disember 2020, Amirah telah menerima faedah atas pinjaman sebanyak RM650.

Berapakah jumlah faedah atas pinjaman yang perlu dicatatkan ke dalam Akaun Semasa
Amirah?

A RM150
B RM800
C RM950
D RM1 600

34 Catatan Jurnal Am yang berikut diperoleh daripada rekod perakaunan Perkongsian AAA yang

telah dibubarkan pada 31 Ogos 2021.

Jurnal Am

Tarikh Butir Debit Kredit

RM RM

2021

Ogos 31 Modal Pekongsi 8 000

Realisasi 8 000

Pernyataan manakah yang menerangkan catatan tersebut?

A Membayar balik modal pekongsi
B Liabiliti diambil alih oleh pekongsi
C Belanja realisasi dibayar oleh pekongsi
D Aset perkongsian yang diambil alih oleh pekongsi

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

13
3756/1

35 Apakah maksud perkataan “berhad” yang ada pada hujung nama sesebuah syarikat
berhad?

A Hayat perniagaan terhad pada tempoh yang dipersetujui

B Perpindahan syer terhad pada sekumpulan ahli yang dipilih

C Liabiliti pemegang syer terhad kepada jumlah modal yang disumbangkan

D Bilangan pemegang syer dalam sesebuah syarikat terhad kepada 50 orang sahaja

36 Petikan Penyata Kedudukan Kewangan berikut diperoleh daripada Syarikat Gemilang
Berhad.
Penyata Kedudukan Kewangan Pada 30 Jun 2021 (petikan)
RM
Ekuiti Pemilik

P: 20 000 000
10 000 000 unit 8% Q 10 000 000
20 000 000 unit R 30 000 000

Apakah P, Q dan R?

P QR

A Modal Diterbitkan Syer Biasa Syer Keutamaan

B Modal Berbayar Penuh Syer Keutamaan Syer Biasa

C Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh Syer Biasa Syer Keutamaan

D Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh Syer Keutamaan Syer Biasa

37 Maklumat berikut ialah Akaun Penerimaan dan Pembayaran Kelab Memanah Fiona
bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

Kelab Memanah Fiona
Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2020

RM RM

Baki b/b 3 500 Belanja sukaneka 2 500

Yuran ahli 7 600 Promosi 700

Kutipan sukaneka 4 100 Kadar bayaran 150

Derma 10 000 Perabot 13 300

Alat tulis 120

Sewa 2 000

Belanja am 280

Baki h/b 6 150

25 200 25 200

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT

14 3756/1

Maklumat tambahan :
Derma yang diterima adalah untuk membeli set memanah.

Berdasarkan butiran dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran tersebut, berapakah
lebihan atau kurangan yang diperoleh setelah Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
disediakan?

A Lebihan RM2 650
B Lebihan RM5 950
C Lebihan RM15 950
D Kurangan RM7 350

38 Antara yang berikut, aset semasa yang manakah yang ditunjukkan dalam Penyata
Kedudukan Kewangan Kelab Renang Shrek?
I Insurans prabayar
II Yuran belum terima
III Yuran belum terperoleh
IV Faedah pinjaman belum bayar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39 Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis kos
Kos Pengeluaran

Kos Prima Z Kerja Dalam Proses

Apakah kos yang boleh dikelaskan di dalam Z? [LIhat halaman sebelah
SULIT
A Bahan langsung
B Buruh langsung
C Bahan tak langsung
D Angkutan masuk bahan langsung

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor

15
3756/1

40 Maklumat berikut ialah kos dan hasil jualan Perusahaan Pakaian Angel yang
mengeluarkan 5 000 helai baju.

Jumlah kos tetap RM
Jumlah kos berubah 20 000
Hasil jualan 15 000
40 000

Berapakah Titik Pulang Modal dalam Ringgit Malaysia (RM)?

A 4 000
B 32 000
C 35 000
D 40 000

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT © 2021 Hak Cipta MPSM Johor [LIhat halaman sebelah
SULIT


Click to View FlipBook Version