The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by angellyna22-104, 2022-04-17 11:25:29

GISC 1082 TUGASAN 3

ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN (1)

TUGASAN 3

ISU SEMASA DAN
CABARAN MASA DEPAN

GISC1082

ANGELLYNA JAWAI ANAK ANTHONY BALAI@ALBERT BALAI

PRAKATA

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keberkatan dan perlindungan-Nya, saya
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di sini,
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak
memberi bantuan kepada saya sepanjang penghasilan tugasan kerja kursus ini. Bantuan,
dorongan, bimbingan, nasihat, dan tunjuk ajar mereka amat berguna dan saya juga amat
menghargai serta membolehkan saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam tempoh
yang ditentukan.

Di samping itu, penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada pensyarah saya
iaitu Dr.Roziah Binti Mohamad Ali, beliau telah banyak memberi bimbingan dan dorongan
kepada saya. Beliau sudi meluangkan masa untuk memberikan penjelasan dan tunjuk ajar
kepada saya semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan
serta penerangan beliau, tugasan kerja kursus ini tidak dapat saya laksanakan dan siapkan
pada tempoh yang telah ditetapkan.

Seterusnya,rakan-rakan saya telah banyak membantu serta kesudian berkongsi buah fikiran
mengenai tajuk yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus ini agar saya dapat
menghasilkan tugasan kerja kursus dengan baik.

PENGENALAN

Revolusi industry 4.0 merupakan sebuah revolusi digital yang merujuk kepada proses pembangunan
teknologi dalam sektor perindustrian yang melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap yang lebih
teratur dan pintar dalam mendepani era globalisasi . Menurut Morrar et.al.. (2017) Smart factory iaitu nama
lain bagi proses peralihan industry ini yang mana sistem-sistem yang diimplementasikan akan lebih
sistematik dan fleksibel serta dapat menyesuaikan diri dengan zaman yang lebih mencabar ini.

Revolusi industry 4.0 ini telah diperkenalkan oleh negara Jerman melalui artikel yang diterbitkan pada
November 2011 lepas menjadi sebuah strategi berteknologi tinggi demi mewujudkan sektor pengeluaran dan
pembuatan yang berpaksikan digital,selamat dan fleksibel pada tahun 2020. Konsep revolusi ini telah
dibangkitkan sekali lagi ketika pelaksanaan pameran perindustrian di Hannover, Jerman pada 2013. Teknologi
IR 4.0 menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi perbuatan yang dikenali sebagai cyber
physical system yang menggabungkan fizikal, digital dan biologi untuk memberi kesan kepada ekonomi dan
industry (Hermann et.al.. (2016). Teknologi IR4.0 ini berpotensi untuk terus menghubungkan berbilion-bilion
individu ke dalam satu jaringan ,meningkatkan kecekapan perniagaan dan organisasi secara drastik serta
membantu menubuhkan semula persekitaran semula jadi melalui pengurusan aset yang lebih baik. IR4.0
membawa kepada era industri untuk bidang-bidang seperti robotik dan Artificial Intelligence (AI), teknologi
nano, perkomputeran kuantum, kejuruteraan genetik, teknologi bio, dan pencetak 3D (Fana, Mbongi & Busisiwe
2020).

PENGENALAN

Teknologi IR4.0 ini berpotensi untuk terus menghubungkan berbilion-bilion individu ke dalam satu jaringan
,meningkatkan kecekapan perniagaan dan organisasi secara drastik serta membantu menubuhkan semula
persekitaran semula jadi melalui pengurusan aset yang lebih baik. IR4.0 membawa kepada era industri
untuk bidang-bidang seperti robotik dan Artificial Intelligence (AI), teknologi nano, perkomputeran kuantum,
kejuruteraan genetik, teknologi bio, dan pencetak 3D (Fana, Mbongi & Busisiwe 2020). Untuk mencapai
kemajuan IR4.0 dalam sesebuah negara adalah bukan suatu perkara yang mudah dan mengambil masa
yang panjang, sekitar lingkungan 10 tahun atau lebih untuk merealisasikannya (Zhou et.al. 2015). IR4.0
merupakan cabaran dan risiko yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam mendepani perkembangan
revolusi industry 4.0 untuk kekal berdaya saing dengan negara lain., Semua sektor perlu meningkatkan
keupayaan menggunakan transformasi digital dalam perkhidmatan dan perindustrian.

2.0 CABARAN DAN RISIKO

Revolusi industri 4.0 bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijayakan dan
sememangnya tidak dapat dielakkan kerana telah berlakunya perubahan
terhadap proses dan sistem sedia ada yang mempengaruhi hampir
keseluruhan aspek kehidupan manusia. Kejayaan pelaksanaan revolusi ini
memerlukan perubahan yang signifikan yang bergantung kepada kesediaan
semua pihak berkepentingan yang menjurus kepada kewujudan cabaran dan
risiko terhadap Malaysia dari beberapa aspek seperti ekonomi dan sosial.

kese
lamatan CABARAN DAN Penyediaan aplikasi
siber dan RISIKO YANG PERLU digital tempatan

kerahsiaan data DIHADAPI OLEH berasaskan IR 4.0
peribadian MALAYSIA DALAM
REVOLUSI INDUSTRI

4.0

Kesediaan tenaga
kerja dan pelaburan

dalam teknologi

CABARAN
RISIKO

2.1 PENYEDIAAN APLIKASI DIGITAL TEMPATAN BERASASKAN

IR4.0

Malaysia masih berhadapan dengan masalah kekurangan infrastruktur digital yang menyokong IR 4.0 yang
berkualiti tinggi untuk diakses. Infrastruktur rangkaian telekomunikasi jalur lebar mudah alih dan tetap yang
berdaya harap dan boleh menyokong ketersambungan yang lebih luas pada kelajuan yang pantas menjadi asas
kepada 4IR Pelaksanaan penyelesaian teknologi baharu adalah lebih mencabar di kawasan yang kekurangan atau
tiada infrastruktur yang baharu. Kawasan ini berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi untuk tertinggal
menyebabkan pengagihan manfaat yang tidak saksama dan mungkin melebarkan lagi jurang digital. Jurang digital
merujuk kepada pemisahan yang wujud di antara penggunaan Teknologi Maklmumat dan Komunikasi (ICT) dan
sebaliknya. Oleh itu, negara perlu memastikan liputan jalur lebar yang berkualiti dan inklusif.

Bagi menggalakkan pembangunan infrastruktur oleh penyedia perkhidmatan, kos pelaburan perlu dikurangkan untuk
meningkatkan pulangan dana. Keupayaan dalam menyampaikan perkhidmatan perlu ditambah baik melalui penyediaan
perkakasan asas dan infrastruktur digital yang mencukupi bagi membolehkan ketersambungan yang terjamin. Dari perspektif
sosial, kawasan berpenduduk yang tidak mempunyai akses ke atas teknologi penting akan menimbulkan ketidaksamaan
ekonomi dan sosial. Jurang ini yang menyebabkan kawasan yang sedia ada jauh lebih maju capaian ICT berbanding yang
tercicir akan terus keciciran.

Risiko yang timbul iaitu masyarakat yang kurang kemajuan infrastruktur akan mengalami kemunduran menyebabkan
mereka tidak mampu menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi. Perkara ini juga dapat menganggu sistem pendidikan
murid di kawasan yang keciciran ini kerana mereka tidak berpeluang untuk meneroka dan menggunakan teknologi yang
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Umum mengetahui bahawa sistem pendidikan sekarang meliputi
elemen kreatif, inovatif, kritis dan kepentingan penguasaan asas digital. Dengan ini, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk melahirkan murid yang berkebolehan menggunakan teknologi dapat dicapai.Menurut Hamid et al. (2020) bahawa
kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah bersifat progesif dan komprehensif agar boleh melahirkan pelajar yang
berkualiti serta inovasi yang diceburi akan membantu pelajar untuk mendapatkan input mengenai sains dan teknologi.

2.2 KESELAMATAN SIBER DAN KERAHSIAAN DATA PERIBADI

Perkembangan IR 4.0 mewujudkan cabaran ancaman siber yang disebabkan oleh kewujudan
penggunaan yang tidak bertanggungjawab dan memanipulasikn teknologi. Perkembangan penggunaan
internet membolehkan manusia berhubung tanpa batasan ,jarak dan masa serta memudahkan urusan
seperti pembayaran utiliti. Namun, kemudahan koneksi tanpa sempadan ini akan mewujudkan ancaman
jenayah siber Kewujudan revolusi ini menjurus kepada peningkatan ancaman jenayah siber. Kewujudan
internet pelbagai benda (internet of things IOT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan
melahirkan banyak keburukan terhadap sistem rangkaian iaitu khususnya ancaman penggodam dan
jenayah siber (Min et.al…2018) .

Ancaman siber ini akan menimbulkan kebimbang terhadap risiko keselamatan pemilikan data
seseorang individu atau sesebuah syarikat termasuklah kehilangan kawalan data, pendedahan data
dan maklumat peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat (Morrar et.al…. 2017) Ini tidak
termasuk penyebaran bahan lucah yang menyesakkan nafas terutamanya pendedahan unsur negatif
kepada golongan muda (Nadia, 2017).

Perkara ini akan menjurus kepada risiko isu kepercayaan yang semakin terhakis dalam masyarakat
berikutan peningkatan kebimbingan terhadap kerahsiaan dan ancaman siber yang seperti
penggodaman wang. pelbagai data dan maklumat yang boleh dieksploitasi oleh pihak tidak
bertanggungjawab. Antaranya maklumat demografi, nombor akaun, alamat rumah, kad pengenalan,
MySejahtera, , nombor akaun, kata laluan, teks perbualan, gambar, video dan data biometrik. Perkara
yang menyebabkan rakyat Malaysia masih kurang yakin untuk menggunakan teknologi sepenuhnya
dalam urusan seharian.

2.3 KESEDIAAN TENAGA KERJA DAN PELABURAN DALAM TEKNOLOGI

Pada era revolusi industri 4.0 masa kini, Malaysia berdepan kesukaran sekiranya pelbagai sektor
ekonomi tidak bersedia. Menurut laporan portal Berita Awani (2017), revolusi industri 4.0 telah
menunjukkan perkembangan di peringkat global yang mana seluruh dunia sedang mendepani
revolusi industri 4.0 ini. Oleh itu, selari dengan perkembangan revolusi industri 4.0, industri
pembinaan di Malaysia perlu bersedia bagi menghadapinya untuk meningkatkan lagi ekonomi
negara dan bersaing dengan negara-negara di luar yang menggunakan teknologi Internet of
Things (IoT).Keperluan terhadap golongan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi dan
digital seiring dengan perkembang IR4.0 adalah sangat mencabar kerana memperuntukkan kos
yang tinggi dan masa yang panjang.

Peruntukkan dana atau kos yang tinggi diperlukan dalam mendepani IR4.0 kerana penggunaan
IOT ini menyebabkan mempengaruhi syarikat kecil dan sederhana dalam mengaplikasikan
teknologi baharu bagi bagi menggantikan kaedah lama. Perkara ini menyebabkan syarikat-
syarikat perindustrian, pembinaan lebih memilih menggunakan tenaga kerja buruh berbanding
mengeluarkan kos penyediaan teknologi baharu seperti robot, jentera dan sebagainya.

2.3 KESEDIAAN TENAGA KERJA DAN PELABURAN DALAM TEKNOLOGI
UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN SEMASA DAN MASA HADAPAN

Misalnya, Industri pembinaan memerlukan ramai tenaga kerja untuk menjalankan tugas
pembinaan mengikut tempoh masa yang ditetapkan . Walaupun pengenalan terhadap IoT di
dalam Revolusi Industri 4.0 telah diperkenalkan Namun masih ramai pihak kontraktor tidak
mengamalkan penggunaan IoT di dalam industri pembinaan kerana masalah kekurangan tenaga
kerja yang mahir untuk mengimplementasikan teknologi IoT di dalam industri pembinaan. Menurut
Ismail (2017), untuk menunaikan hasrat Malaysia menjadi peneraju dalam era revolusi industri 4.0,
Malaysia harus memastikan tenaga mahir yang berpegetahuan dan berkemahiran.

Perkara ini menimbulkan risiko yang membimbangkan perlu ditanggung oleh Malaysia iaitu
kadar pengangguran pekerja di Malaysia akan meningkat akibat tahap kemahiran dan
pengetahuan yang tidak mencapai piawaian syarikat. Kurangnya kesedaran mengenai
kepentingannya pembangunan sumber manusia serta pengabaian aspek latihan, boleh
mengakibatkan sesebuah organisasi bakal berdepan cabaran menangani Revolusi Industri 4.0.
Perkara ini juga akan memberi tempias terhadap moral dan motivasi, peningkatan pusing ganti
pekerja dan masalah ketidakpuasan kerja. Semua ini menyukarkan pihak pengurusan organisasi
melaksanakan strateginya sehingga boleh mengakibatkan permasalahan dan konflik sesebuah
organisasi.

PENUTUP

Malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara yang
pesat penggunaan teknologi selari dengan Revolusi
Industri 4.0 jika rakyat Malaysia sering bersatu padu.
Setiap cabaran dan risiko ini dapat diatasi sekiranya
rakyat Malaysia mempunyai sifat tanggungjawab
yang tinggi demi kemajuan negara ke arah

perkembangan IR 4.0 seperti negara-negara maju yang
lain. Pelbagai manfaat yang dapat dikecapi sekiranya
Malaysia mampu memenuhi dan mengatasi cabaran

dan risiko menempuhi IR 4.0.


Click to View FlipBook Version