The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vincejadenvictor, 2022-12-22 04:07:17

Kerja lapangan geo 2022

Kerja lapangan geo 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN:

(EAST LEDANG)

DISEDIAKAN OLEH:

VINCE JADEN VICTOR

TINGKATAN:

2 DIAMOND

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

25/12/2022


SENARAI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka surat
1. Tajuk 1
2. Penhargaan 2
3. Senarai Kandungan Pendahuluan 2
4. Jadual Kerja 3,4
5. Objektif Kajian 4
6. Kawasan kajian 4
7. Peta 5
8. Kaedah kajian 6
9. Dapatan kajian 6,7
10. Laporan 8
11. Rumusan 8
12. Rujukan 9
13. Lampiran 10,11

Penghargaan

Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2
yang bertajuk AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN TEMPAT TINGGAL
MASING-MASING Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Sultan Ismail Johor
Bahru, Encik Razali bin Tamadi kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya, iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah membantu saya dalam
penyediaan laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang
dihargai kerana sering membantu Bersama dalam mencari maklumat. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan dan semangat
kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber
dalam membantu proses menyiapkan kerja lapangan.

Pendahuluan

Saya dan rakan telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU yang telah dilakukan oleh semua kalangan murid Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Baharu semasa berada di rumah masing-masing.
Saya telah membuat kajian tentang kepentingan amalan teknologi hijau di kawasan
kajian dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penggunaan
teknologi hijau di kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, saya memberi cadangan
melestarikan teknologi hijau ini secara mudah meskipun berada di dalam rumah. Antara
sebab pemilihan tajuk ini mudah adalah kerana teknologi hijau lebih digunakan dengan
meluas di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


JADUAL KERJA

Jadual Kerja Tarikh Aktiviti Catatan
Bi l 4 Disember Menghadiri taklimat yang Di dalam kelas
1. 2022 dijalankan oleh guru mata
pelajaran Geografi berkaitan Di rumah
2. 5 Disember dengan peulisan tugasan Di rumah
3. 2022 Kerja Lapangan ini menerusi Di rumah
4. Pdpr. Di kawasan kajian
5. 5 Disember Membuat persediaan awal
2022 dan merancang jadual kerja
6. dengan teratur.
7. 6 Disember Mengenal pasti objektif
8. 2022 kajian dan menentukan
9. 6 Disember kaedah kajian yang sesuai.
10. 2022 Menyediakan boring soal
11. selidik.
Mula mengumpul maklumat
12. daripada pelbagai sumber
seperti internet, buku teks,
buku rujukan, majalah dan
akhbar.

7 Disember Mendapat respoden di Di kawasan kajian
2022 kawasan kajian berkaitan Di rumah
TEKNOLOGI HIJAU yang Di Kawasan kajian
8 Disember boleh dilakukan Di Kawasan kajian
2022 Menganalisis maklumat yang Di Kawasan kajian
telah diperolehi ke dalam Di rumah
9 Disember bentuk peta dan tafsiran
2022 Mengenal pasti takrif dan Di rumah
konsep TEKNOLOGI
10 HIJAU yang dilakukan di
Disember kawasan kajian
2022 Menjelaskan tiga
kepentingan TEKNOLOGI
11 HIJAU di kalangan
Disember penduduk di kawasan kajian
2022 Menghuraikan halangan
pelaksanaan TEKNOLOGI
12 HIJAU di kalangan
Disember penduduk di kawasan kajian
2022 Mencadangkan strategi dan
langkah-langkah bagi
14 menjayakan TEKNOLOGI
HiJAU di kalangan penduduk
di kawasan kajian
Menyediakan peta I-Think


Disember yang sesuai dan gambar yang

2022 berkaitan

13. 25 Menyemak dan menghantar Di rumah (secara

Disember tugasan online)

2022

Objektif Kajian

Sebelum tamat kajian ini, saya akan dapat :

a) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
b) Mengenal pasti 3 jenis contoh jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di East

Ledang, Johor Bahru.
c) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
d) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan

seharian.
e) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan

penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.

Kawasan Kajian

Kawasan yang saya telah kaji ialah East Ledang, Johor. Radius kawasan kajian saya adalah
lebih kurang 2 kilometer persegi dan terletak di Daerah Johor Baharu. Padang darat fizikal
di kawasan ini merupakan kawasan tasik dan hutan. Dengan ini, kawasan kajian mudah
untuk aktiviti rekreasi. Pada awalnya, kawasan tersebut merupakan sebuah perkampungan
nelayan Melayu dan diisytiharkan sebagai ibu kota pada tahun 1866an. Pada masa kini pula,
banyak pembangunan kawasan kajian telah dilaksanakan dan beberapa pandang darat fizikal
telah dibina seperti contoh, bangunan, sekolah dan jalan raya. Jumlah penduduk di
kawasan kajian pula adalah sebanyak 20, 000 pada tahun 2012.


Peta


Kaedah Kajian

Saya akan mengamalkan satu cara sahaja untuk mendapatkan maklumat tentang Amalan
Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk di East Ledang, Johor.

5.1 PEMERHATIAN
Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu East Ledang. Saya telah mengumpul data dan
maklumat yang didapati di kawasan kajian melalui pemerhatian saya.
5.3 RUJUKAN
Dengan menggunakan kaedah ini, saya membuat rujukan tentang East Ledang dengan
menggunakan laman web, buku teks dan majalah. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang
paling senang dan sesuai kepada orang yang baru membuat kajian lapangan.

Dapatan Kajian
1. Konsep dan Takrifkan Teknologi Hijau

Buku teks : Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
Wikipedia : Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara
sumber dan alam sekitar semula jadi serta mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras
kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Internet : Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia.


2. Latar Belakang

Kawasan kajian saya adalah East ledang. East ledang adalah pemilik kebanggaan tasiknya
sendiri, mewujudkan saluran kehidupan bertemakan resort yang sangat banyak. Bagi kawasan
kediaman itu sendiri, ia dikawal rapi dengan rondaan dan sistem keselamatan yang meniru
beberapa kedutaan Amerika di seluruh dunia. East ledang terletak di barat Johor Bahru,
dengan pemanduan singkat selama 45 minit membawa penduduk ke Singapura kerana ia
terletak berhampiran dengan Link Kedua, manakala EduCity, rumah kepada beberapa kolej
dan universiti tempatan dan antarabangsa terletak dalam jarak lima minit pemanduan dari
East ledang.

3. Contoh-contoh Pengunaan Teknologi Hijau di East Ledang

Bagi kawasan kediaman itu sendiri, terdapat beberapa jenis teknologi hijau yang
digunakan. Contohnya, penduduk di kawasan tersebut menggunakan panel solar untuk
menjimatkan tenaga dengan menghasilkan tenaga daripada sel-sel solar. Selain itu,
kebanyakan penduduk di kawasan kajian memiliki dan menggunakan kereta hybrid
seperti Toyota Prius dan Hyundai Ioniq. Kemudian, para penduduk biasanya menanam
beberapa jenis pokok bunga dan tanaman di keliling rumah mereka sendiri.

4. Cadangan usaha meningkatkan pengunaan teknologi hijau di
East Ledang

Penduduk di East Ledang boleh menjimatkan air dengan menuai air hujan. Ini kerana tadah
air hujan boleh digunakan semula untuk membasuh kereta, lantai serta menyiram pokok.
Selain itu, penduduk juga boleh mengurangkan penggunaan penghawa dingin jika cuaca tidak
panas agar kadar pelepasan gas- gas CFC dapat dikurangkan serta menjimatkan kos elektrik.
Kemudian, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil usaha untuk mengetatkan
undang- undang berkaitan dengan pembaziran tenaga dan air. Akhir sekali, kerajaan bolehlah
membantu menganjurkan kempen kesedaran penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian
dan kawasan- kawasan yang lain di Malaysia.


LAPORAN KAJIAN

Pada dasarnya, pelbgai punca positif yang disebabkan oleh amalan teknologi hijau yang
diterapkan di kawasan kajian begitu ketara.

Antaranya ialah suhu di keliling kawasan kajian selalunya berasa amat menyejukkan. Hal
ini disebabkan tanggungjawab yang dilakukan oleh penduduk yang tidak melaksanakan
perkara seperti pembakaran terbuka dan aktiviti- aktiviti yang berkaitan.

Selain itu, sesetengah penduduk mengamalkan penggunaan kereta hybrid atau kereta
elektrik. Hal ini membolehkan pengurangan gas- gas karbon monoksida yang dilepaskan ke
udara.

Di samping itu, ramai penduduk di East Ledang mengaplikasikan penggunaan panel solar
untuk menjaminkan tenaga solar yang ddapat digunakan untuk pemanas pancuran semasa
mandi. Pengggunaan panel solar juga dapat mengurangkan kos elektrik pada janka masa yang
lama.

Seterusnya, penduduk-penduduk di taman saya selalunya lebih suka untuk menanam
pokok-pokok dan tanaman hijau yang lain. Spesies bunga seperti bunga jejarum, orkid dan
sebagainya telah menjadi tanaman kegemaran di kawasan kajian. Sesetengah penduduk pula
menanam pokok- pokok seperti pokok pisang, pokok magga dan pokok rambutan. Dengan
melaksanakan perkara ini, kawasan taman perumahan dapat diceriakan.

Kesimpulannya, sesetengah daripada jumlah penduduk di kawasan kajian mengamalkan
amalan teknologi hijau dengan pemikiran yang sivil agar tidak mengganggu jiran tetangga.
Saya seperti pelajar yang baik, telah menasihati dan memberi cadangan kepada para
penduduk untuk mengamalkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian dan
memberitahu mereka untuk menyampaikan informasi yang berfaedah ini kepada saudara ran
rakan-rakan mereka.

Rumusan

Kesemuanya, kajian yang saya buat dapat memenuhi objektif dan menjawab semua persoalan
kajian. Sedikit sahaja daripada penduduk di kawasan kajian mengaplikasikan teknologi hijau
berdasarkan dapatan kajian. Tatapi saya dapat mendalam pengetahuan tentang kepentingan
amalan penggunaan teknologi hijau terhadap manusia, haiwan da n tumbuhan serta
mengeratkan hubungan jiran pada tahap yang baik. Semua penduduk juga bersyukur kerana
memperoleh didikan yang sedikit tetapi agak dalam. Kesimpulannya, masyarakat yang
memperoleh ilmu pengetahuan dalam teknologi hijau dapat dilahirkan. Mereka juga
mengubah cara mereka sendiri untuk menjadi insan yang berguna dalam masyarakat. Saya
berharap kawasan kajian dapat dipenuhi atau disediakan dengan teknologi hijau.


Sumber Rujukan

1. Buku teks Geografi Tingkatan 2
2. ibu bapa
3. Internet:
A) https://anyflip.com/ybgsy/aopk
B) http://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/
C) https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau
D) https://www.hmetro.com.my/itmetro/2022/05/847340/impak-teknologi-hijau
E) http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2011/07/teknologi-hijau-apa-

kepentingannya.html#
F) https://2kmfromhome.com/5km

Lampiran


Click to View FlipBook Version