GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUTA
MyDNA UNIVERSITI AWAM Edisi 2021
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat
juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in
any retrieval system or transmitted in any from or by any means - electronic,
mechanical, photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing
from the Ministry of Higher Education.
KATA ALUAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia-Nya, Buku Garis Panduan
Pelaksanaan Program Duta MyDNA Universiti Awam ini dapat
disempurnakan. Tahun 2019 telah mencatatkan sejarah dengan
pelantikan satu kumpulan mahasiswa yang dinamakan Duta
MyDNA. Duta MyDNA ini diwujudkan sebagai satu inisiatif baharu
bagi membina perpaduan melalui anak muda.
Duta MyDNA ini berfungsi sebagai integrasi nasional dalam
membentuk sebuah bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara. Buku garis panduan ini disediakan sebagai panduan
asas kepada pihak pengurusan pelajar di universiti awam dalam
melaksanakan program-program berkaitan patriotisme dan
perpaduan.
Buku ini juga mengandungi latar belakang penubuhan Duta
MyDNA, struktur sekretariat Duta MyDNA, syarat dan lantikan,
skop tugasan dan pelaksanaan serta modul aktiviti yang akan
dijalankan.
Adalah menjadi harapan Kementerian agar Duta MyDNA dapat YBhg. Prof. Dato' Dr.
memainkan peranan penting sebagai ejen perpaduan dalam Husaini B. Omar
masyarakat dan unggul sebagai warganegara yang prihatin dan
cintakan negara.
KATA ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN MAHASISWA HOLISTIK
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam
sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Buku Garis
Panduan Pelaksanaan Program Duta MyDNA Universiti Awam
telah berjaya dihasilkan. Sekalung tahniah dan syabas saya
titipkan kepada ahli panel yang terlibat dalam menghasilkan
buku garis panduan ini.
Buku ini disediakan dengan mengambil kira fungsi dan
penglibatan Duta MyDNA bagi merealisasikan matlamat
Indeks Patriotisme dan Perpaduan Nasional tercapai. Ini juga
adalah sebagai salah satu inisiatif untuk menyokong artibut di
bawah Lonjakan 1: melahirkan dan membentuk graduan yang
holistik, berciri keusahawanan dan seimbang iaitu
pembentukan identiti nasional. Artibut ini menekankan supaya
mahasiswa mempunyai jati diri kebangsaan dan memahami
aspirasi negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan di
negara yang berbilang bangsa ini.
Akhir kata, pihak universiti diharap dapat mengaplikasikan YBrs. Dr. Suzeren B. Mohd Jamil
buku panduan ini semasa merancang dan melaksanakan
program berteraskan patriotisme dan perpaduan.
PENULIS BUKU GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM DUTA MYDNA
UNIVERSITI AWAM
Noorarizawaty BT Aris |Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi
PENULIS
Norulazmawati binti Ismail |Penolong Pengarah KANAN, Jabatan Pendidikan Tinggi
PENULIS
MAAGINDREN A/L Rajasingam |PENOLONG PENGARAH KANAN, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
PENULIS
Tengku Putra Saddam bin Tengku Husin |PENOLONG PENGARAH , JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
PENULIS
NUR MARWANI BT MOHD NOOR | PENOLONG PEGAWAI TADBIR, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KONSEP, REKABENTUK DAN GRAFIK
NOR ZAIDA BT ZAKARIA | PEMBANTU TADBIR, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KONSEP, REKABENTUK DAN GRAFIK
ISI KANDUNGAN 01 02
Pengenalan Penubuhan
03 04
Syarat & Skop Tugasan
&
Lantikan
Pelaksanaan
05 06
Modul Rumusan
Kempen
&
Program
Duta MyDNA sesi 2019/2020
BAB 1
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang dalam proses pengisian kemerdekaan berdasarkan
pemasyhuran 1957 adalah ‘mahasiswa kelas satu di sebuah negara kelas pertama’ dengan mencetuskan
dasar-dasar pendidikan yang holistik, menyediakan pelbagai prasarana moden seiring peredaran zaman
dengan dihuni oleh mahasiswa berilmu, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Sebagai langkah ke arah
memupuk dan menggalakkan semangat mahasiswa IPT cintakan negara dalam memperingati hari
kemerdekaan dan hari Malaysia yang disambut di seluruh negara pada 31 Ogos dan 16 September 2018,
Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi dengan menganjurkan program Kembara Siswa
Patriotik.
Selaras dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025 Bahagian
Mahasiswa Holistik (BMH), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah merancang mewujudkan Program MyDNA
yang diwakili setiap universiti bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat patriotisme dan
perpaduan nasional. Ianya menggunakan konsep daripada mahasiswa kepada mahasiswa supaya lebih dekat
bagi membantu mahasiswa meningkatkan rasa kecintaan dan semangat perpaduan dan patriotisme antara
kaum terhadap negara Malaysia tercinta.
MATLAMAT OBJEKTIF
Penubuhan duta MyDNA sebagai landasan untuk Memperkukuhkan semangat kemerdekaan dalam kalangan
melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab, mahasiswa di universiti. MyDNA bertindak sebagai ejen
berkepimpinan dan peka dalam menyemaikan elemen mempromosikan semangat patriotisme dan perpaduan ke
yang berunsurkan patriotisme dan perpaduan seluruh mahasiswa dan masyarakat sekeliling melalui
aktiviti yang dirancang
Memperkasakan potensi pelajar sebagai pemimpin masa
hadapan dengan menterjemahkan elemen Rukun Negara di
dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Mengukuhkan fungsi indeks patriotisme dan perpaduan
nasional (iPPN) yang merupakan Indeks Petunjuk Prestasi
Jabatan
LOGO DAN TAKRIFAN
Biru Tua
Kod Warna (#2E3191)
Melambangkan perpaduan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum,
bersatu padu dan berusaha dalam
memajukan ekonomi negara
Malaysia
Kuning Merah
Kod Warna (#FFF100) Kod Warna (#EC1C24)
Menunjukkan keberanian dan
Kedaulatan Raja kesediaan dalam mengharungi
Berpelembagaan serta segala segala jenis cabaran demi
mendokong dan menghormati
lunas-lunas perlembagaan dan negara tercinta
falsafah Rukun Negara
Bentuk dan Takrifan Akronim MyDNA
Bentuk berkibar ingin menonjolkan kedaulatan D – Duty (Tanggungjawab)
negara yang masih kukuh dan rakyat dibawah Menerapkan sikap tanggungjawab seorang rakyat
payung Yang di-Pertuan Agong Malaysia dalam mempertahankan Negara
Kepentingan dalam meningkatkan tahap perpaduan
Persilangan pada jalur menunjukkan perpaduan bangsa
yang utuh masih terjalinan dalam negara yang
berbilang kaum dan etnik N – Nationalisme (Nasional)
Membina tahap nasionalisme dalam diri setiap
individu rakyat Malaysia
Menjaga tata tertib perlembagaan Negara dan
menerapkan dalam diri
A – Allegiance (Kesetiaan)
Taat setia kepada Negara
Berpegang kepada Rukun Negara
Menanam sikap taat setia dalam diri rakyat Malaysia
BAB 2
PENUBUHAN
PROSEDUR PENUBUHAN
Penubuhan duta MyDNA sebagai landasan untuk melahirkan mahasiswa yang bertanggungjawab,
berkepimpinan dan peka dalam menyemaikan elemen yang berunsurkan patriotisme dan perpaduan
ORGANISASI
Organisasi sekretariat MyDNA distrukturkan kepada dua peringkat jawatankuasa iaitu perkara 2.2.1.1
hingga 2.2.1.2. Peringkat jawatankuasa ini merangkumi Sekretariat Induk pada peringkat kebangsaan dan
Sekretariat Universiti pada peringkat universiti. Struktur sekretariat adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.1.
Rajah 2.1 : Struktur Sekretariat MyDNA
Sekretariat Utama hendaklah dianggotai oleh:
a) Pengerusi
i. Seorang yang dilantik dalam kalangan duta MyDNA
ii. Lantikan secara undian semasa perjumpaan pertama dalam kalangan duta MyDNA
iii. Lantikan selama 1 tahun seperti mana lantikan dibuat oleh pihak kementerian.
iv. Lantikan mestilah berbeza bangsa, etnik dan universiti daripada Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung
dan Bendahari Kehormat.
b) Timbalan Pengerusi
i. Seorang yang dilantik dalam kalangan duta MyDNA
ii. Lantikan secara undian semasa perjumpaan pertama dalam kalangan duta MyDNA
iii. Lantikan selama 1 tahun seperti mana lantikan dibuat oleh pihak kementerian.
iv. Lantikan mestilah berbeza bangsa, etnik dan universiti daripada Pengerusi, Setiausaha Agung dan
Bendahari Kehormat.
c) Setiausaha Agung
i. Seorang yang dilantik dalam kalangan duta MyDNA
ii. Lantikan secara undian semasa perjumpaan pertama dalam kalangan duta MyDNA
iii. Lantikan selama 1 tahun seperti mana lantikan dibuat oleh pihak kementerian.
iv. Lantikan mestilah berbeza bangsa, etnik dan universiti daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan
Bendahari Kehormat.7
d) Bendahari Kehormat
i. Seorang yang dilantik dalam kalangan duta MyDNA
ii. Lantikan secara undian semasa perjumpaan pertama dalam kalangan duta MyDNA
iii. Lantikan selama 1 tahun seperti mana lantikan dibuat oleh pihak kementerian.
iv. Lantikan mestilah berbeza bangsa, etnik dan universiti daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan
Setiausaha Agung. =
e) Jawatankuasa
i. Adalah yang dilantik dalam kalangan duta MyDNA
ii. Jawatankuasa seperti Rajah 2.1 dan boleh diubah sekiranya perlu atau sebaliknya
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
2.3.1 Kementerian Pengajian Tinggi
2.3.1.1 Jabatan Pendidikan Tinggi
i. Menetapkan struktur dan perkembangan pelajar dalam menyelaraskan hasrat dasar Pendidikan
Malaysia.
ii. Mengeluarkan surat pemohonan calon MyDNA selaras dengan kriteria yang telah dikeluarkan
oleh Bahagian Mahasiswa Holistik.
iii. Mengeluarkan surat lantikan kepada calon sebagai duta MyDNA yang telah dipilih oleh setiap
universiti.
iv. Bekerjasama terus dengan pelajar bagi merancang dan melaksanakan program kebangsaan
dan universiti.
v. Membuat permohonan bajet tahunan kepada pelaksanaan program mengikut perancangan
setiap tahun.
2.3.1.2 Institusi Pendidikan Tinggi
i. Memohon penubuhan sekretariat yang telah dilantik menjadikan struktur yang sah.
ii. Mencadangkan pelantikan calon MyDNA mengikut kretaria yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian.
iii. Membantu dan pemudah cara kepada duta MyDNA bagi menghadiri dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh duta MyDNA.
iv. Menyediakan surat pelepasan kuliah dan aktiviti kepada duta MyDNA selaras dengan aktiviti
yang telah ditetapkan oleh kementerian.
v. Menyediakan kemudahan penempatan dan logistik kepada duta MyDNA dalam menyelesaikan
tugasan yang telah ditetapkan oleh kementerian
2.3.2 Kementerian Perpaduan Negara
2.3.2.1 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
i. Bekerjasama dengan pelajar dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) Universiti awam bagi
merancang dan melaksanakan program kebangsaan dan universiti.
ii. Membantu dan pemudah cara kepada duta MyDNA bagi menghadiri dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh duta MyDNA.
iii. Membuat permohonan bajet dibawah SRN kepada pelaksanaan program mengikut
perancangan setiap tahun.
2.3.2 Sekretariat Duta MyDNA
2.3.2.1 Peranan Duta MyDNA
i. Menyelaraskan struktur sekretariat utama dan di peringkat universiti.
ii. Menghadiri mesyuarat, bengkel dan program yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian
Mahasiswa Holistik sepanjang tempoh lantikan.
iii. Merancang, merangka dan melaksanakan tugasan yang telah dipersetujui bersama oleh
sekretariat dan diluluskan oleh Bahagian Mahasiswa Holistik.
2.3.2.2 Fungsi Struktur Sekretariat MyDNA
a) Sekretariat Utama
i. Menyelaras SEKRETARIAT induk dan universiti
ii. Merangka program-program yang mempunyai elemen patriotism dan perpaduan
iii. Memastikan fungsi dan pelaksanaan SEKRETARIAT dengan baik
iv. Bertindak sebagai penghubung antara duta, universiti dan BMH
v. Menyelaras program-program yang dijalankan duta induk
vi. Memastikan fungsi duta di universiti bertindak selaras dengan induk
vii. Menyelaraskan bajet program yang diselaraskan oleh JK
viii. Menghadiri mesyuarat induk di KPT 2 kali setahun
b) Jawatankuasa Komunikasi dan Hebahan
i. Mendaftar akaun rasmi media sosial menggunakan nama akaun “MyDNA_Official” seperti:
ii. Menyediakan dan mengumpul bahan hebahan yang diperoleh daripada semua ahli duta.
iii. Menyenarai pendek bahan hebahan yang bersesuaian dan menyusun sebelum penyerahan
kepada BMH.
iv. Muat naik hebahan yang telah dipersetujui oleh BMH di media sosial rasmi.
v. Memastikan hebahan dikongsi di media sosial rasmi universiti masing-masing.
vi. Memastikan hebahan dapat disampaikan kepada semua warga universiti masing-masing.
vii. Menyelaras copywriting/ hebahan program/ makluman/ perkongsian ilmiah/ taklimat sejarah
berkaitan patriotism dan perpaduan di laman rasmi media sosial
viii. Kerjasama dengan Bahagian Komunikasi Korporat universiti/ media elektronik/ media
infuencer dalam setiap program yang dianjurkan.
c) Jawatankuasa Tajaan dan Promosi
i. Membina jalinan rangkaian bagi mendapatkan tajaan daripada badan bukan kerajaan / industri
bagi penganjuran program.
ii. Memastikan tajaan adalah daripada sumber yang sahih.
iii. Menyediakan surat / dokumen berkaitan permohonan tajaan.
iv. Menyediakan bajet kewangan yang telah diperuntukkan kepada SEKRETARIAT / program
berkaitan.
d) Jawatankuasa Penulisan Ilmiah dan Penerbitan
i. Menyediakan bahan penulisan untuk diterbitkan di media cetak dan media sosial yang
bersesuaian.
ii. Menyelaras dan menyenarai pendek bahan penulisan yang bersesuaian dan menyusun
sebelum penyerahan kepada BMH untuk semakan.
iii. Menyerahkan hasil penulisan yang telah dipersetujui oleh BMH di media sosial kepada JK
Komunikasi dan Hebahan.
iv. Menyelaras penerbitan penulisan di media cetak yang bersesuaian.
e) Jawatankuasa Penyelarasan Program
i. Merangka program yang mempunyai elemen patriotism dan perpaduan.
ii. Menyediakan kertas kerja program untuk dihantar kepada BMH.
iii. Menubuhkan SEKRETARIAT program berdasarkan portfolio yang bersesuaian
iv. Memastikan pelaksanaan program berjalan lancar.
v. Menyediakan Gantt Chart bagi setiap program.
vi. Melaporkan status gerak kerja dari semasa ke semasa kepada BMH.
f) Jawatankuasa Pelaporan dan Dokumentasi
i. Menyediakan laporan setiap program kepada BMH.
ii. Mengumpul bahan seperti gambar dan video untuk didokumentasikan
iii. Memastikan pelaporan dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan
Rajah 2.3.1 : Carta Alir
Pelantikan Duta MyDNA
Duta MyDNA 2019
Duta MyDNA sesi 2019 semasa
menjalankan aktiviti dan program khidmat
bersama komuniti
BAB 3
SYARAT DAN LANTIKAN
PELANTIKAN DUTA MyDNA
3.1 PELANTIKAN DUTAMyDNA
3.1.1 Syarat-syarat lantikan:-
i. Warganegara Malaysia.
ii. Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program
Ijazah Sarjana Muda di IPT.
iii.Pelajar wajib berstatus aktif pengajiannya.
iv.Pelajar yang dilantik perlu menjalani pengajian
sekurang-kurangnya dua semester.
v.Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai
perubatan jika perlu)
vi.Aktif dalam kokurikulum dan aktiviti luar.
vii.Calon yang dilantik perlu mengikut kriteria yang
telah dikeluarkan oleh pihak Bahagian Mahasiswa
Holisitik.
viii.Pencalonan adalah disaring dan disokong oleh
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti
masing-masing.
3.1.2 Lantikan boleh digantung atau dilucutkan atas sebab-
sebab berikut:-
i. Melakukan mana-mana kesalahan seperti yang
diperuntukkan oleh undang-undang berkaitan
universiti awam.
ii. Berhenti daripada pengajian di IPT.
iii.Digantung atau diberhentikan daripada IPT
mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan
dengan IPT.
3.1.3 Permohonan MyDNA yang dilantik menarik diri daripada program:-
i. Perlu mendapatkan sokongan bertulis daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti dan
dimaklumkan kepada kementerian untuk pertimbangan.
ii. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) perlu mendapatkan duta yang baharu bagi menggantikan duta yang
menarik diri bagi melaksanakan tugasan yang sedia ada.
iii. BMH akan mempertimbangkan surat permohonan menarik diri bersama pencalonan yang baharu
supaya pelantikan dapat dibuat.
DUTA MyDNA
Sebahagian Duta MyDNA yang menjalankan program dengan semangat patriotik
BAB 4
SKOP TUGASAN DAN PELAKSANAAN
SKOP TUGASAN SEKRETARIAT MyDNA UTAMA
4.1.1 Program yang dijalankan memenuhi objektif Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
2015-2025 iaitu melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
4.1.2 Duta MyDNA perlu menubuhkan sekretariat induk bagi memastikan kelancaran program di peringkat kebangsaan dan
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.
4.1.3 Duta MyDNA boleh menjalankan kerjasama dengan lain-lain kementerian / egensi / badan bukan kerajaan yang
dipersetujui oleh BMH bagi melaksanakan aktiviti yang mempunyai elemen patriotisme dan perpaduan di peringkat
kebangsaan.
4.1.4 Memastikan pelaksanaan program menepati objektif yang telah ditetapkan dengan mematuhi arahan, pekeliling atau
peraturan yang sedang berkuat kuasa.
4.1.5 Duta MyDNA diwajibkan untuk menyertai jerayawara dalam Jelajah Siswa Patriotik dan melengkapkan tugasan yang
ditetapkan sepanjang jelajah berlangsung.
4.1.6 Perancangan kewangan perlu mendapat persetujuan BMH, JPT dan perbelanjaan program adalah mematuhi tatacara
kewangan KPM dan UA yang sedang berkuat kuasa.
4.1.7 Peruntukan dan tajaan yang diterima oleh peserta duta MyDNA adalah dari sumber yang sahih dan diperuntukan kepada
program yang mempunyai elemen patriotisme dan perpaduan sahaja.
4.1.8 Menghebahkan maklumat yang mempunyai elemen patriotisme dan perpaduan di media sosial seperti facebook, twitter,
instagram dan medium yang bersesuaian oleh setiap duta MyDNA.
4.1.9 Bahan yang dipamerkan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum / etnik / agama mahupun berbaur politik dan kepartian.
4.1.10Pelaksanaan hebahan melalui media sosial perlu dibuat secara harian, mingguan dan bulanan mengikut tugasan yang
telah ditetapkan oleh sekretariat dan BMH, JPT.
4.1.11Bahan hebahan perlu disemak oleh BMH, JPT sebulan sebelum dimuat naik ke media sosial rasmi dan peribadi.
4.1.12Satu (1) program perlu dilaksanakan oleh sekretariat induk MyDNA bagi menyempurnakan tugasan tahunan yang telah
ditetapkan oleh BMH, JPT.
4.1.13Mengemukakan laporan program, laporan kewangan dan laporan penilaian beserta dokumen sokongan seperti gambar
dan video kepada BMH, JPT selewat-lewatnya 2 minggu selepas program berlangsung. Templat laporan adalah seperti di
Lampiran I dan Lampiran II.
4.1.14Pelaksana perlu melaporkan perkembangan semasa program kepada BMH, JPT sepanjang perancangan dan
pelaksanaan aktiviti bagi mengelakkan amalan in-silo.
SDKI OUPNITVUEGRASSITAIN MYDNA
4.2.1 Duta MyDNA perlu menjalankan kerjasama dengan TPEELMAPKOSHANAAN
kelab / persatuan / sekretariat / majlis di institusi masing-
masing bagi melaksanakan aktiviti yang mempunyai 4.3.1 Lantikan bagi setiap duta MyDNA adalah selama 12 bulan
elemen patriotisme dan perpaduan di peringkat IPT. bagi setiap sesi. Tempoh pelaksanaan tugasan dan program perlu
selaras dengan kelulusan yang telah dipersetujui oleh BMH, JPT.
4.2.2 Duta MyDNA berfungsi sebagai ejen patriotik dan Duta MyDNA perlu menyelesaikan tugasan dan program dalam
perpaduan di institusi masing-masing bagi tempoh lantikan sebagai duta MyDNA.
memperkukuhkan semangat kemerdekaan dalam
kalangan mahasiswa di universiti.
4.2.3 MyDNA bertindak sebagai ejen dengan
mempromosikan semangat patriotisme dan perpaduan ke
seluruh mahasiswa dan masyarakat sekeliling.
4.2.4 Menghebahkan maklumat berhubung Indeks
Patriotisme dan Perpaduan Nasional di universiti masing-
masing bagi memastikan peratusan menjawab meningkat.
KAEDAH PELAKSANAAN
4.4.1 Duta MyDNA yang telah menerima tugasan bagi sesi penganjuran program daripada BMH, JPT hendaklah sentiasa
mematuhi Terma Rujukan ini dalam semua perancangan dan pelaksanaan program yang telah diluluskan. BMH, JPT
berhak menimbang semula ke atas cadangan dan perancangan yang telah ditugaskan kepada duta.
4.4.2 Duta MyDNA diwajibkan mengikuti program-program pada tarikh yang telah ditetapkan oleh BMH, JPT. Sekiranya
gagal menghadiri mana-mana program yang telah ditetapkan lantikan yang dibuat akan terbatal serta-merta.
PATRIOTISME PERPADUAN KESUKARELAWANAN
Carta Alir 4.4.1 : Proses Tugasan MyDNA di Media Sosial Carta Alir 4.4.2 : Proses Tugasan MyDNA di saluran Youtube
BAB 5
MODUL KEMPEN DAN PROGRAM
5.1 MODUL KEMPEN KESEDARAN
5.1.1 Platform Copywriting
5.1.1.1 Penggunaan platform media
sosial bagi penyebarkan kempen
kesedaran yang berunsurkan elemen
patriotisme dan perpaduan melalui
penulisan di platform seperti :-
1. Facebook
2. Twitter
3. Instagram
4. Blog / Wordpress
5. Whatsapp
6. Telegram
5.1.1.2 Setiap posting perlu
memaparkan satu keping gambar
atau lebih yang mempunyai resolusi
layar HD beserta penulisan yang
berkaitan.
5.1.2 Platform Video
5.1.2.1 Penggunaan platform media sosial jenis video bagi menyebarkan kempen kesedaran yang berunsurkan
elemen patriotisme dan perpaduan seperti :-
1. Youtube
2. TikTok
3. Facebook Live
4. Instagram TV
5.1.2.2 Setiap posting perlu disunting terlebih dahulu dan video tersebut mestilah berdurasi kurang daripada 10 minit.
5.1.3 Isu Kesedaran
5.1.3.1 Isu utama yang diketengahkan adalah untuk menghebahkan informasi dan fakta yang berkaitan dengan
patriotisme dan perpaduan. Menyelaraskan topik dan isu semasa mestilah berdasarkan topik seperti di Rajah 5.1.3.
Walaubagaimanapun, topik ini adalah cadangan sahaja dan boleh ditambah sekiranya perlu mengikut keadaan
semasa.
Rajah 5.1.3 Seimbangan Isu dan Topik Kesedaran
5.2 MODUL AKTIVITI PROGRAM
5.2.1 Modul Patriotisme 1
5.2.1.1 Aktiviti dan komponen patriotism yang boleh diterapkan dalam aktiviti adalah seperti berikut:-
1. Bangga sebagai warganegara.
2. Kesanggupan mempertahankan kedaulatan negara.
3. Semangat cinta dan setia akan negara
4. Sumbangan terhadap negara
5. Menghormati dan mentaati simbol-simbol negara.
5.2.1.2 Komponen tersebut boleh diterjemahkan melalui program-program seperti di Jadual 5.1 untuk dilaksanakan.
Selain itu, tajuk aktiviti yang dicadangkan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian semasa dan modul ini hanyalah
panduan.
5.2.1 Modul Perpaduan
5.2.1.1 Aktiviti dan komponen perpaduan perlu mengambil kira lapan (8) teras berdasarkan lapan (8) modul dalam
kokurikulum berkredit adalah seperti berikut :-
1. Teras Pengucapan Awam
2. Teras Sukan
3. Teras Daya Cipta dan Inovasi
4. Teras Kepimpinan
5. Teras Kebudayaan
6. Teras Keusahawanan
7. Teras Khidmat Komuniti
8. Teras Kesukarelawanan
5.2.1.2 Komponen tersebut boleh diterjemahkan melalui program-program seperti di Jadual 5.2.1 untuk dilaksanakan.
Selain itu, tajuk aktiviti yang dicadangkan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian semasa dan modul ini hanyalah
panduan.
1.Indeks Perpaduan: Kepentingan dan Sumbangan Mahasiswa Kepada Negara, 2016
Jadual 5.2.1 ; Matrik Modul Aktiviti Terhadap Komponen Patriotisme
Jadual 5.2.1 Contoh aktiviti bagi setiap teras
BAB 6
RUMUSAN
Malaysia mempunyai latar belakang sebuah negara yang berbilang kaum yang sebilang besarnya daripada berbangsa
Melayu, Cina, dan India. Malaysia telah hidup rakyat bermajmuk semenjak tahun 1950 dan telah berjaya
membangunkan bersama-sama sehingga kinidari sudut ekonomi, sosial dan politik. Walaubagaimanapun, konflik
perkauman ini telah berlaku pada hujung tahun 1960-an dan telah terbentuknya Rukun Negara dan simbol-simbol
negara bagi menjaga kestabilan sosial sehinga kini.
Perpaduan ini adalah asas kepada pembentukan sesebuah negara, sekiranya tiada keharmonian perkauman dibawah
pembangunan negara. Justeru, peristiwa yang bersejarah ini harus dijadikan pedoman dan panduan kearah sebuah
negara yang lebih baik. Berdasarkan isu tersebut, bahagian ini melaksanakan usaha dalam mewujudkan dan
membentuk pelajar yang bersatu padu.
Sehubungan itu, MyDNA ini ditubuhkan dalam kalangan pelajar itu sendiri kerana mereka lebih dekat dalam usaha
penyebaran dan pemahaman kepada mahasiswa yang lain. Usaha ini perlu dibina melalui akar umbi supaya teras yang
dibina ini mampu mengubah landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Kesemua komponen ini perlu diterapkan
dalam diri mahasiswa kerana mahasiswa merupakan asset kepada negara dan pemimpin masa hadapan.
“"Terima Kasih semua”
Program berjaya dilaksanakan
- BMH, JPT