The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by waniaz06, 2023-02-07 03:48:08

final_SOP PABM 2021

final_SOP PABM 2021

Garis Panduan PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU EDISI 2021


1 KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN MAHASISWA HOLISTIK Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat llahi kerana dengan izin-Nya Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri telah berjaya dihasilkan. Sekalung tahniah dan syabas saya titipkan kepada ahli panel yang terlibat dalam menghasilkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri ini. Buku ini disediakan adalah untuk menjadi panduan asas kepada pelaksanaan pengurusan penganjuran Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri pada masa akan datang. Pihak pengurusan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Universiti Awam (UA) selaku tuan rumah boleh menggunakan panduan ini semasa merancang dan melaksanakan penganjuran selaras dengan situasi terkini supaya program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, fungsi garis panduan ini adalah sebagai rujukan rakan-rakan kerjasama yang turut terlibat bagi menjayakan program ini. Akhir kata diharap semua agensi yang terlibat dapat mengaplikasikan buku panduan ini semasa merancang dan melaksanakan PABM pada masa akan datang. YBRS. PROF. MADYA DR. MOHD SUZEREN BIN MD JAMIL


2 PENGHARGAAN Garis panduan ini telah dibangunkan oleh Seksyen Patriotisme dan Kebudayaan, Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan sokongan padu daripada Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) juga mengucapkan terima kasih kepada panel yang terlibat atas maklumbalas, sumbangan serta idea bagi penambahbaikan semasa pembangunan garis panduan ini. BIL NAMA INSTITUSI / AGENSI E-MEL DOKUMENTASI 1. Cik Noorarizawaty Binti Aris BMH, JPT [email protected] 2. Puan Norulazmawati Binti Ismail BMH, JPT [email protected] 3. Puan Nor Liza binti Sedon @ M.Dom BMH, JPT [email protected] PEREKA GRAFIK 4. Puan Nur Marwani binti Mohd Noor BMH, JPT [email protected] PANEL PENGGUBAL 1. Cik Noorarizawaty Binti Aris BMH, JPT [email protected] 2. Puan Norulazmawati Binti Ismail BMH, JPT [email protected] 3. Puan Nor Liza binti Sedon @ M.Dom BMH, JPT [email protected] TURUT MEMBERI SUMBANGAN 1. Puan Mizan Binti Muhammad MADUM / IIUM [email protected] 2. Puan Nor Zaiti binti Abdul Talib ITBM [email protected] 3. Dr. Abdullah Bin Ibrahim UNISZA [email protected] 4. Puan Nur Amalyna Binti Radzali UNISZA [email protected] 5. Puan Marlina Manja Binti Che Baharum UPSI [email protected] 6. En. Helmi Zaifura Bin Abdul UPSI [email protected]


3 BIL NAMA INSTITUSI / AGENSI E-MEL Rahman 7. Puan Siti Sarah Mohd Husin DBP [email protected] 8. Puan Nur Ashidah A.Hamid RTM [email protected] Seksyen Patriotisme dan Kebudayaan Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi September 2021


4 ISI KANDUNGAN BAB 1 – PENDAHULUAN .......................................................................................... 7 1.1 Punca Kuasa................................................................................................. 7 1.2 Pengenalan................................................................................................... 7 1.3 Matlamat ....................................................................................................... 7 1.4 Objektif.......................................................................................................... 8 1.5 Logo .............................................................................................................. 8 BAB 2 - SEJARAH DAN KAEDAH PELAKSANAAN PABM..................................... 10 2.1 Sejarah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri.................................................................................................................. 10 BAB 3 – TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ............................................................ 12 3.1 Keahlian Jawatankuasa Induk PABM.......................................................... 13 3.2 Keahlian Jawatankuasa Teknikal PABM..................................................... 14 3.3 Keahlian Jawatankuasa Pelaksana PABM.................................................. 15 3.4 Keahlian Jawatankuasa Kerja PABM (UA).................................................. 16 3.5 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).......................................................... 17 3.6 Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) ................................................................ 17 3.7 Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) .......................................................... 17 3.8 Universiti Awam (penganjur bersama) ........................................................ 19 3.9 Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM)................................................. 20 3.10 Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) ................................... 21 3.11 Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)........................................... 21 3.12 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)......................................................... 21 3.13 Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) .. 21 3.14 Pejabat Perdana Menteri ......................................................................... 22 3.15 Rakan Strategik ....................................................................................... 22 BAB 4 – SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PESERTA......................................... 23 4.1 Peserta Antarabangsa................................................................................. 23 4.2 Peserta Pelajar Antarabangsa Di Malaysia (PAM)...................................... 23 4.3 Peserta Alam Melayu .................................................................................. 24 4.4 Peserta Wakil Malaysia Untuk Kategori Alam Melayu................................. 25 BAB 5 – TERMA DAN SYARAT PESERTA PABM .................................................. 26 5.1 Pakaian ....................................................................................................... 26 5.2 Pengangkutan............................................................................................. 26


5 5.3 Penginapan................................................................................................. 27 5.4 Kehadiran.................................................................................................... 27 BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN ............................................................................... 29 6.1 Sesi saringan Peserta Antarabangsa.......................................................... 29 6.2 Sesi saringan Peserta Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM)................ 30 6.3 Sesi saringan Peserta Alam Melayu............................................................ 30 6.4 Sesi saringan .............................................................................................. 31 6.5 Kaedah Pelaksanaan Pertandingan Awal Dan Pertandingan Akhir ............... 32 BAB 7 – HEBAHAN DAN PROMOSI ....................................................................... 34 7.1 Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) .......................................................... 34 7.2 Universiti Awam (Tuan Rumah) .................................................................. 34 7.3 Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).............................................. 34 7.4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ............................................................ 34 7.5 Radio Televisyen Malaysia (RTM)............................................................... 35 7.6 Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM)................................................. 35 7.7 Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM)....................................... 35 7.8 Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi (UKK, KPT) ...... 35 7.9 Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Pendidikan Tinggi (UKS, JPT) ............ 35


6 1 PENDAHULUAN Punca Kuasa Pengenalan Matlamat Objektif Logo PABM


7 BAB 1 – PENDAHULUAN 1.1 Punca Kuasa 1.1.1 Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 November 2006 1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 28 Mac 2007 1.1.3 Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 3 Mac 2012 1.1.4 Mesyuarat Pasca Kabinet KPT Bilangan 7 tahun 2017 1.1.5 Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020 1.1.6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) 1.2 Pengenalan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) merupakan satu-satunya pertandingan pidato bahasa Mrelayu peringkat antarabangsa yang diadakan di dunia bertujuan untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. Penganjuran PABM juga merupakan usaha untuk memperkukuh dan memperluas penggunaan bahasa Melayu ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh dunia, di samping memberikan kesedaran khususnya kepada pelajar kepentingan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan pelbagai kaum dan negara. Penganjuran PABM telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 22 November 2006 dan berlangsung buat pertama kalinya pada 12 hingga 16 Mac 2007 dengan nama Piala Timbalan Perdana Menteri oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pertandingan ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). PABM telah dijadikan acara tahunan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 28 Mac 2007. Pada 3 Mac 2012, permohonan bagi menaiktaraf PABM telah diluluskan oleh Jemaah Menteri yang melibatkan peningkatan penawaran hadiah pertandingan. Impak terhadap penaiktarafan ini telah meningkatkan prestij pertandingan ini ke tahap antarabangsa. Kos tetap dan siling penganjuran PABM adalah sebanyak RM 2.8 juta dan diuruskan oleh syarikat pengurus acara. 1.3 Matlamat (i) Penganjuran PABM menyokong Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016-2020. Di bawah Objektif 1, iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia, di mana semua pelajar antarabangsa diwajibkan untuk mengambil kursus ‘Bahasa Melayu Komunikasi’ sebagai subjek wajib. Sehubungan itu, penyertaan dalam PABM boleh dijadikan platform untuk pelajar antarabangsa mengasah kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu;


8 (ii) Selaras dengan atribut pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025, iaitu kemahiran bahasa, khususnya untuk pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia. Penguasaan bahasa Melayu oleh pelajar antarabangsa membantu mereka memahami kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia dan seterusnya menghormati budaya dan peradaban masyarakat di Malaysia; dan (iii) Memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta menjadikan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan pelbagai kaum, agama dan negara. 1.4 Objektif Objektif penganjuran PABM adalah untuk memperkukuh kedudukan dan martabat bahasa Melayu di persada dunia. 1.5 Logo Rajah 1.1 Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 1.5.1 Takrifan Logo • LOGO – Konsep logo adalah untuk menunjukkan bahasa Melayu di persada dunia • KERIS – Keris melambangkan kedaulatan bahasa Melayu • BUMI – Bumi menunjukkan bahasa Melayu akan megah di persada dunia • WARNA KUNING, MERAH DAN BIRU – Warna kedaulatan bendera Malaysia


BAB 2 - SEJARAH DAN KAEDAH PELAKSANAAN PABM 9 2 SEJARAH DAN KAEDAH PELAKSANAAN PABM Sejarah Kaedah Pelaksanaan


BAB 2 - SEJARAH DAN KAEDAH PELAKSANAAN PABM 10 BAB 2 - SEJARAH DAN KAEDAH PELAKSANAAN PABM 2.1 Sejarah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri PABM telah dilaksanakan buat pertama kalinya pada 12 hingga 16 Mac 2007 dan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 28 Mac 2007, pertandingan berprestij ini telah dijadikan acara tahunan Kementerian Pendidikan (pada masa itu). Walau bagaimanapun, pada tahun 2017, PABM telah diputuskan di dalam Mesyuarat Pasca Kabinet KPT Bilangan 7, agar dianjurkan secara dwitahunan. Hasil mesyuarat tersebut memutuskan supaya penganjuran PABM kali Ke-12 dilaksanakan pada tahun 2019. Keputusan ini adalah bagi menimbulkan keterujaan dalam kalangan peserta PABM apabila pertandingan ini dilaksanakan secara dwitahunan. Namun begitu, dengan perubahan tampuk kepimpinan Kementerian mulai Mei 2018, Menteri Pendidikan pada waktu tersebut telah bersetuju supaya penganjuran PABM diteruskan dan dilaksanakan pada tahun 2018 serta PABM menjadi acara tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, Menteri Pendidikan juga telah bersetuju supaya PABM dianjurkan dengan kerjasama universiti awam dan tidak lagi menggunakan khidmat syarikat pengurus acara sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. a) KAEDAH PELAKSANAAN Penganjuran PABM adalah seperti yang berikut: (i) Penganjur PABM dianjurkan oleh KPT dengan kerjasama Universiti Awam, MADUM, MAKUM, ITBM serta DBP. (Tertakluk kepada perubahan semasa) (ii) Tuan Rumah Universiti awam di Malaysia yang terpilih di dalam Mesyuarat TimbalanTimbalan Naib Canselor (TTNC) serta dicadangkan untuk pertimbangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal PABM dan seterusnya diangkat serta diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk PABM. (iii) Perasmi Pertandingan Akhir di Malam Kemuncak PABM Perdana Menteri Malaysia (iv)Kategori dan peserta Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu: a) Kategori Alam Melayu b) Kategori Antarabangsa c) Kategori Pelajar Antarabangsa yang belajar di Malaysia (PAM) (v) Jumlah peserta bagi setiap kategori


BAB 2 - SEJARAH DAN KAEDAH PELAKSANAAN PABM 11 a) Kategori Alam Melayu – 10 peserta Negara yang akan menyertai: Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura. Hanya Malaysia dibenarkan untuk menghantar dua peserta (kapasiti tuan rumah) Terbuka lapan peserta daripada empat negara lain. b) Kategori Antarabangsa – 20 peserta c) Kategori Pelajar Antarabangsa yang belajar di Malaysia (PAM) – 20 peserta (vi)Hadiah PEMENANG HADIAH WANG TUNAI (BAGI SETIAP KATEGORI) HADIAH IRINGAN Johan RM10,000.00 Piala Pusingan, Piala Iringan, Sijil Naib Johan RM8,000.00 Piala Iringan, Sijil Tempat Ketiga RM5,000.00 Piala Iringan, Sijil Tempat Keempat dan Kelima RM500.00 Piala Iringan, Sijil Peserta - *Piala Iringan, Sijil (*atau lain-lain cenderamata yang bersesuaian) (vii) Sesi pemilihan wakil Malaysia ke PABM a) Tuan rumah Universiti awam atau institut pendidikan tinggi swasta di Malaysia yang terpilih b) Peserta Terbuka kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi, Politeknik, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Komuniti c) Hadiah PEMENANG HADIAH WANG TUNAI HADIAH IRINGAN Johan RM 1,500.00 Piala Iringan, Sijil Naib Johan RM 1,000.00 Piala Iringan, Sijil Tempat Ketiga hingga Kelima RM 500.00 Piala Iringan, Sijil


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 12 3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Jawatankuasa Induk PABM Jawatankuasa Teknikal PABM Jawatankuasa Pelaksana PABM Jawatankuasa Kerja PABM (UA) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) Universiti Awam (Penganjur bersama) Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BUIPA) Pejabat Perdana Menteri Rakan Strategik - Radio Televisyen Malaysia (RTM) - Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Jabatan Imigresen Malaysia - Kementerian Kesihatan Malaysia - Pihak Berkuasa Tempatan


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 13 BAB 3 – TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Penganjuran pertandingan ini melibatkan pelbagai organisasi yang sesuai dengan kaedah dan objektif program. Jawatankuasa penganjuran pertandingan ini dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja. 3.1 Keahlian Jawatankuasa Induk PABM Jawatankuasa ini bertindak untuk menentukan konsep, kaedah dan penjurian pertandingan serta memantau status gerak kerja di peringkat Jawatankuasa Teknikal PABM.


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 14 3.2 Keahlian Jawatankuasa Teknikal PABM Jawatankuasa ini bertindak untuk mencadangkan konsep, kaedah dan penjurian pertandingan dan mendapatkan persetujuan daripada jawatankuasa induk PABM. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab melaporkan status gerak kerja PABM kepada Jawatankuasa Induk PABM.


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 15 3.3 Keahlian Jawatankuasa Pelaksana PABM Jawatankuasa ini bertindak untuk menyelaras persiapan dan pelaksanaan pertandingan ini khususnya bagi Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM. Jawatankuasa ini bertanggungjawab melaporkan status gerak kerja PABM kepada Jawatankuasa Teknikal PABM.


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 16 3.4 Keahlian Jawatankuasa Kerja PABM (UA) Jawatankuasa ini bertindak untuk melaksana persiapan pertandingan dan majlis Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM. Jawatankuasa ini bertanggungjawab melaporkan status gerak kerja PABM kepada Jawatankuasa Pelaksana PABM.


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 17 PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 3.5 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 3.5.1 Pengerusi Jawatankuasa Induk PABM 3.5.2 Memantau, menasihat dan memutus dasar berkaitan penganjuran PABM 3.5.3 Menerima dan memberikan maklum balas terhadap laporan Jawatankuasa Teknikal PABM 3.6 Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) 3.6.1 Pengerusi Jawatankuasa Teknikal PABM 3.6.2 Menerima dan memberikan maklum balas terhadap laporan Jawatankuasa Kerja PABM 3.6.3 Menyemak dan membuat keputusan berkaitan: (i) tarikh, lokasi, penyertaan dan jadual program (ii) perkara-perkara teknikal pertandingan seperti syarat penyertaan, peraturan pertandingan, tajuk/tema pidato, rubrik pemarkahan, penjurian dan sesi saringan pemilihan peserta, dan lain-lain yang berkaitan (iii) reka bentuk - latar pentas/dewan, bahan promosi, buku program, dan lain-lain yang berkaitan (iv) hadiah (v) promosi dan hebahan (vi) pengurusan majlis 3.6.4 Memastikan gerak kerja persediaan penganjuran PABM mengikut jadual yang ditetapkan. 3.6.5 Memastikan pematuhan kepada peraturan dan tatacara kewangan 3.6.6 Memastikan objektif penganjuran untuk memartabatkan bahasa Melayu tercapai 3.6.7 Memastikan peningkatan kualiti dan prestasi penganjuran PABM 3.6.8 Memastikan penglibatan pegawai semasa persediaan penganjuran PABM 3.7 Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) 3.7.1 Membuat perancangan program yang akan dilaksanakan dan melantik hos penganjuran 3.7.2 Menyediakan kertas kerja penganjuran PABM berserta memo permohonan 3.7.3 Melaksanakan mesyuarat: (i) Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana PABM (ii) Mesyuarat kerjasama dengan agensi/jabatan/kementerian lain (iii) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal PABM (dipengerusikan oleh KPPT) (iv) Mesyuarat Jawatankuasa Induk PABM (dipengerusikan oleh KSU) (v) Mesyuarat lain yang berkaitan


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 18 3.7.4 Menguruskan pelantikan universiti tuan rumah, JK Induk, JK Teknikal, JK Kerja dan hakim pertandingan 3.7.5 Membentangkan cadangan pelaksanaan penganjuran PABM kepada JK Teknikal dan Induk untuk persetujuan 3.7.6 Membentangkan status pelaksanaan/persediaan PABM kepada JK Teknikal dan Induk 3.7.7 Menyediakan carta perbatuan (Gantt Chart) PABM merangkumi jemputan orang kenamaan dan atur cara pentadbiran malam kemuncak 3.7.8 Memantau pelaksanaan dan mendapatkan status terkini daripada jawatankuasa kerja 3.7.9 Membuat pemakluman awal tarikh pertandingan akhir kepada Menteri Pengajian Tinggi, Perdana Menteri dan orang kenamaan yang lain 3.7.10 Menguruskan jemputan Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, tetamu kehormat KPT dan penonton pada Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM 3.7.11 Memastikan pengurusan majlis teratur dan berjalan lancar 3.7.12 Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara berhemah dan mengikut pekeliling kewangan sedia ada 3.7.13 Sebagai rujukan utama berkaitan penganjuran PABM 3.7.14 Berurusan dengan Bahagian Istiadat JPM 3.7.15 Berurusan dengan RTM mengenai siaran langsung PABM 3.7.16 Bekerjasama dengan ITBM bagi semua urusan hebahan program dan komunikasi dengan kedutaan luar dan peserta luar negara 3.7.17 Menyelaras dan mengurus sesi dalam talian bersama ITBM dan MADUM bagi pencarian dan pemilihan peserta luar negara 3.7.18 Menyelaras dan mengurus sesi pencarian wakil Malaysia bersama MADUM 3.7.19 Menyelaras dan mengurus sesi saringan peserta Antarabangsa di Malaysia (PAM) bersama MADUM 3.7.20 Menyediakan bahan makluman perjalanan program dan menyerahkan kepada sekretariat tuan rumah untuk tujuan penyediaan buku program dan buku atur cara program 3.7.21 Bekerjasama dengan ITBM bagi urusan tempahan tiket penerbangan peserta luar negara 3.7.22 Bekerjasama dengan ITBM bagi pengurusan pengangkutan dan penginapan sewaktu ketibaan/pulang peserta antarabangsa 3.7.23 Menguruskan pergerakan semua peserta PABM ke tempat pertandingan 3.7.24 Mengurus, menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan semua peserta sepanjang program berlangsung 3.7.25 Bertindak sebagai Penyelaras Majlis (Floor Manager) / Pengurus Pentas (Stage Manager) bersama untuk Majlis Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 19 3.8 Universiti Awam (penganjur bersama) 3.8.1 Menjadi urus setia mesyuarat di peringkat universiti 3.8.2 Bekerjasama dengan semua jawatankuasa dan rakan strategik penganjur PABM 3.8.3 Mendapatkan status terkini tugasan dari setiap jawatankuasa kerja UA dari semasa ke semasa 3.8.8 Menguruskan jemputan tetamu kehormat universiti dan penonton pada Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM 3.8.5 Memastikan pengurusan majlis dan persiapan Malam Kemuncak PABM teratur dan berjalan lancar 3.8.6 Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara berhemah dan mengikut pekeliling kewangan sedia ada 3.8.7 Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Peringkat universiti 3.8.8 Menyediakan atur cara pentadbiran Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM 3.8.9 Mendapatkan persetujuan dan kelulusan daripada BMH bagi semua urusan penganjuran PABM 3.8.10 Berurusan dengan Pejabat Bendahari Universiti, Bahagian Komunikasi Korporat Universiti, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan lain lain bahagian berkaitan di universiti bagi semua urusan penganjuran PABM berkaitan persiapan majlis, hebahan, promosi, protokol majlis dan sambutan, teks ucapan orang kenamaan serta semua tugasan berkaitan bagi menjayakan penganjuran PABM 3.8.11 Berurusan dengan RTM mengenai persiapan siaran langsung PABM 3.8.12 Berurusan secara langsung dengan dengan MADUM, MAKUM dan semua agensi yang terlibat bagi memastikan kelancaran PABM 3.8.13 Menyediakan buku program harian peserta dan buku atur cara Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM 3.8.18 Menyediakan video teaser, montaj dan gimik perasmian bagi Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM dan lain lain bahan hebahan serta promosi PABM 3.8.15 Dokumentasi bahan program PABM 2021 melalui penyediaan Buku mewah Album Kenangan (Coffee Table Book) serta salinan video dan gambar acara sepanjang program PABM 3.8.16Menjadi rujukan perjalanan Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM 3.8.17 Menguruskan pergerakan semua peserta PABM ke tempat pertandingan 3.8.18 Menguruskan penginapan peserta, urus setia dan jemputan kenamaan 3.8.19 Mengurus, menjaga kebajikan dan keselamatan semua peserta dan urus setia sepanjang program berlangsung 3.8.20 Membantu promosi PABM (sebelum, semasa dan selepas PABM)


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 20 3.8.21 Bertindak sebagai Penyelaras Majlis (Floor Manager) / Pengurus Pentas (Stage Manager) utama untuk Majlis Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM 3.8.22Melantik Ahli Jawatankuasa pelajar dan pegawai bagi menjayakan setiap sesi PABM 3.8.23 Menyediakan kemudahan perubatan, keselamatan dan kuarantin serta makan minum kepada peserta PABM, urus setia dan tetamu jemputan berdasarkan keperluan 3.8.24 Menyediakan tempat, dewan, pentas serta menyelaras urusan teknikal dan logistik berdasarkan keperluan PABM 3.8.25 Menguruskan hadiah, cenderamata dan sijil kepada peserta, pemenang, hakim, urus setia dan orang kenamaan mengikut keperluan yang telah ditetapkan. 3.8.26 Memastikan aktiviti/program sepanjang PABM dan Majlis Malam Kemuncak Pertandingan Akhir PABM berjalan lancar mengikut perancangan yang telah dipersetujui 3.9 Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) 3.9.1 Mengemaskini syarat dan peraturan PABM 3.9.2 Mengenalpasti dan mencadangkan senarai hakim yang akan bertugas untuk semua sesi PABM 3.9.3 Membantu mengendalikan sesi pemilihan dan persediaan wakil Malaysia ke PABM (a) 50 orang peserta daripada universiti awam, institut pengajian tinggi swasta, IPG, Politeknik dan Kolej Komuniti akan dijemput untuk menyertai sesi saringan pemilihan wakil Malaysia ke PABM (b) Dua orang peserta yang mendapat kedudukan tertinggi akan terpilih sebagai wakil Malaysia ke PABM (c) Pemilihan akan diadakan di salah sebuah universiti awam yang akan ditentukan 3.9.4 Membantu dalam pengendalian sesi saringan peserta untuk Kategori Antarabangsa dan Alam Melayu secara dalam talian 3.9.5 Memberikan taklimat kepada peserta dan juri yang dilantik berkenaan syarat dan peraturan PABM 3.9.6 Membantu KPT dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal penjurian PABM 3.9.7 Mengendalikan bengkel pemantapan bahasa dan pidato untuk peserta PABM 3.9.8 Menyediakan laporan teknikal pertandingan PABM 3.9.9 Mengenalpasti dan mencadangkan jurulatih wakil Malaysia 3.9.10 Membentangkan laporan teknikal dan kewangan PABM


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 21 3.10 Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) 3.10.1 Mengenalpasti dan mencadangkan persembahan bagi Malam Kemuncak PABM 3.10.2 Mencari dan melatih peserta untuk membuat persembahan pada Malam Kemuncak PABM 3.10.3 Bekerjasama dengan UA tuan rumah untuk sambutan tetamu Majlis Malam Kemuncak PABM 3.10.8 Menyediakan dan membentangkan laporan pascaprogram PABM 3.11 Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 3.11.1 Menguruskan urusan hebahan program dan komunikasi dengan kedutaan luar, universiti luar dan peserta luar negara. 3.11.2 Menguruskan pengendalian sesi saringan calon peserta luar negara secara dalam talian 3.11.3 Bertanggungjawab untuk mendapatkan penyertaan peserta luar negara: (i) maksimum 2 orang peserta bagi setiap negara bagi kategori antarabangsa (ii) 8 orang peserta dari Kategori Alam Melayu 3.11.8 Menguruskan tempahan tiket penerbangan, perjalanan dan insurans peserta PABM 3.11.5 Menguruskan urusan visa peserta Kategori Antarabangsa dan Alam Melayu mengikut keperluan 3.11.6 Menguruskan pengangkutan dan penginapan sewaktu ketibaan dan pulang peserta Kategori Antarabangsa dan Alam Melayu 3.11.11Menjadi pegawai pengiring dan perhubungan peserta PABM 3.12 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 3.12.1 Mengenalpasti dan mencadangkan hakim-hakim daripada DBP yang akan bertugas untuk semua sesi PABM 3.12.2 Menyediakan petikan pemahaman bagi sesi: (a) Saringan peserta kategori Pelajar Antarabangsa yang belajar di Malaysia (PAM) (b) Saringan peserta kategori Pelajar Antarabangsa 3.13 Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) 3.13.1 Membantu, memberikan maklumat dan nasihat mengenai protokol dan perjalanan majlis yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri


BAB 3 - TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 22 3.14 Pejabat Perdana Menteri 3.14.1 Memberikan maklum balas kehadiran Perdana Menteri ke Malam Kemuncak PABM 3.14.2 Menyemak kata aluan dan teks ucapan perasmian Perdana Menteri 3.14.3 Memaklumkan keperluan Perdana Menteri dan isteri semasa majlis berlangsung 3.15 Rakan Strategik 3.15.1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) (i) Membantu kelancaran Malam Kemuncak PABM (ii)Mengadakan siaran langsung Malam Kemuncak PABM (mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dari semasa ke semasa) 3.15.2 Polis Diraja Malaysia (PDRM) (i) Memastikan semua peserta PABM lulus tapisan keselamatan negara (ii) Memastikan keselamatan Malam Kemuncak PABM terjamin dan berjalan lancar 3.15.3 Jabatan Imigresen Malaysia (i) Membantu pengesahan visa peserta luar negara (sekiranya perlu) (ii) Memberikan khidmat nasihat atas perkara berkaitan visa peserta luar negara (sekiranya perlu) 3.15.4 Kementerian Kesihatan Malaysia (i) Menyediakan kemudahan ambulans dan perubatan di dewan pertandingan semasa Malam Kemuncak PABM (ii) Membantu sekiranya terjadi sebarang kejadian kecemasan semasa Malam Kemuncak PABM (iii) Memberikan khidmat nasihat atas perkara berkaitan urusan kuarantin 3.15.5 Pihak Berkuasa Tempatan (i) Memberikan kelulusan untuk promosi PABM (contoh: kelulusan pemasangan gegantung oleh majlis tempatan) (ii) Membantu menyediakan sebarang keperluan tambahan semasa Malam Kemuncak PABM (contoh: tambahan set generator daripada TNB) (iii) Membantu promosi pelancongan dan kebudayaan negeri kepada peserta PABM


BAB 4 – SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PESERTA 15 4 SYARATSYARAT PENGAMBILAN PESERTA Peserta Antarabangsa Peserta Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) Peserta Alam Melayu Peserta Wakil Malaysia untuk Kategori Alam Melayu


BAB 4 – SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PESERTA 23 BAB 4 – SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PESERTA 4.1 Peserta Antarabangsa 4.1.1 Kelayakan untuk menyertai (a) Peserta ialah pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif di mana-mana institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf di negara tersebut. (b) Peserta terdiri daripada pelajar diploma, ijazah pertama atau lepasan ijazah. Pelajar mestilah memperoleh keputusan peperiksaan terkini dengan PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50 atau yang setara dengannya. Pelajar perlu melampirkan keputusan peperiksaan semester semasa bersama-sama borang permohonan. (c) Peserta yang pernah mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga dalam PABM terdahulu tidak dibenarkan menyertai sesi saringan ini. (d) Peserta dibenarkan menyertai PABM sebanyak tiga kali penyertaan sahaja. 4.2.2 Jumlah penyertaan peserta (a) Hanya peserta yang lulus sesi saringan dan berada dalam kedudukan 20 peserta terbaik layak menyertai PABM. (b) Penganjur akan memaklumkan keputusan secara bertulis kepada peserta yang lulus sesi saringan. 4.2 Peserta Pelajar Antarabangsa Di Malaysia (PAM) 4.2.1 Kelayakan untuk menyertai (a) Peserta ialah pelajar antarabangsa yang berdaftar dan berstatus aktif di mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan berasal daripada negara selain daripada Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan Kemboja. (b) Peserta terdiri daripada pelajar diploma, ijazah pertama atau lepasan ijazah. Pelajar mestilah memperoleh keputusan peperiksaan terkini dengan PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50 atau yang setara dengannya. Pelajar perlu melampirkan keputusan peperiksaan semester semasa bersama-sama borang permohonan. (c) Peserta yang pernah mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga dalam PABM terdahulu tidak dibenarkan menyertai sesi saringan ini. (d) Peserta dibenarkan menyertai PABM sebanyak tiga kali penyertaan sahaja. (e) Setiap universiti awam dan IPTS boleh menghantar maksimum lima orang pelajar antarabangsa untuk menyertai sesi saringan ini. (f) Setiap penyertaan mestilah dibuat melalui pengesahan Timbalan Naib Canselor atau Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) atau yang setara di institusi masing-masing.


BAB 4 – SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PESERTA 24 (g) Universiti Awam dan IPTS digalakkan mengadakan sesi saringan di peringkat institusi masing-masing sebelum menghantar penyertaan lima peserta terbaik untuk ke sesi saringan kategori PAM anjuran JPT. 4.2.2 Jumlah penyertaan peserta (a) Hanya peserta yang lulus sesi saringan dan berada dalam kedudukan 20 peserta terbaik layak menyertai PABM. (b) Penganjur akan memaklumkan secara bertulis peserta yang lulus sesi saringan. 4.3 Peserta Alam Melayu 4.3.1 Kelayakan untuk Menyertai (a) Peserta mestilah warganegara Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. (b) Peserta ialah pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif di mana-mana institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf di Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. (c) Peserta boleh terdiri daripada pelajar diploma, ijazah pertama atau lepasan ijazah. Pelajar mestilah memperoleh keputusan peperiksaan terkini dengan PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50 atau yang setara dengannya. (d) Peserta yang pernah mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga dalam PABM terdahulu tidak dibenarkan menyertai sesi saringan ini. (e) Peserta dibenarkan menyertai PABM sebanyak tiga kali penyertaan sahaja. 4.3.2 Jumlah penyertaan peserta (a) Malaysia dibenarkan untuk menghantar dua peserta atas kapasiti sebagai tuan rumah. (b) Terbuka kepada lapan orang peserta daripada negara lain di Alam Melayu. (Tertakluk pada keputusan Mesyuarat JK Induk PABM dan Mesyuarat JK Teknikal PABM). (c) Penganjur akan memaklumkan secara bertulis peserta yang layak ke PABM.


BAB 4 – SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PESERTA 25 4.4 Peserta Wakil Malaysia Untuk Kategori Alam Melayu 4.4.1 Kelayakan untuk Menyertai a) Peserta mestilah warganegara Malaysia yang berdaftar dan berstatus aktif di mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia. b) Peserta boleh terdiri daripada pelajar diploma, ijazah pertama atau pasca ijazah. Pelajar mestilah memperoleh keputusan peperiksaan terkini dengan PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50 atau yang setara dengannya. Pelajar perlu melampirkan keputusan peperiksaan semester semasa bersama borang permohonan. c) Peserta yang pernah mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga dalam PABM terdahulu tidak dibenarkan menyertai sesi saringan ini. d) Peserta dibenarkan menyertai PABM sebanyak tiga kali penyertaan sahaja. e) Tidak pernah mewakili Malaysia dalam mana-mana PABM yang terdahulu. f) Dua peserta terbaik dalam pertandingan akhir akan mewakili Malaysia ke PABM. 4.4.2 Jumlah penyertaan peserta a) Jumlah penyertaan adalah mengikut kuota yang berikut: Universiti awam: 20 orang IPTS: 10 orang Institut Pendidikan Guru: 10 orang Politeknik: lima orang Kolej Komuniti: lima orang b) Penyertaan adalah berdasarkan kepada peserta yang terawal pengesahkan penyertaan dengan menghantar borang penyertaan kepada JPT. c) Pihak JPT akan memaklumkan secara bertulis sebaik sahaja penyertaan diterima. d) Sijil penyertaan hanya akan diberikan kepada peserta yang menghadiri semua acara sehingga ke pertandingan akhir.


BAB 5 – TERMA DAN SYARAT PESERTA PABM 26 5 TERMA DAN SYARAT PESERTA PABM Pakaian Pengangkutan Penginapan Kehadiran


BAB 5 – TERMA DAN SYARAT PESERTA PABM 26 BAB 5 – TERMA DAN SYARAT PESERTA PABM 5.1 Pakaian 5.1.1 Peserta perlu memakai pakaian formal. Walau bagaimanapun peserta boleh memilih untuk memakai pakaian kebangsaan negara masingmasing semasa sesi saringan, suku akhir dan separuh akhir. 5.1.2 Peserta diwajibkan memakai pakaian yang telah disediakan oleh pihak urus setia pada Malam Kemuncak PABM (bukan peserta akhir). 5.1.3 Peserta yang bertanding di pertandingan akhir Malam Kemuncak PABM diwajibkan untuk memakai pakaian yang telah disediakan oleh pihak urus setia iaitu pakaian yang bertemakan kebudayaan Melayu. Urus setia hendaklah memastikan pakaian tersebut selesa dipakai oleh peserta. 5.2 Pengangkutan 5.2.1 Peserta Antarabangsa (i) Semua peserta antarabangsa akan diberikan tiket penerbangan pergi dan pulang daripada negara asal atau universiti peserta mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh urus setia. (ii) Peserta dilarang untuk menukar tarikh penerbangan atau destinasi yang telah ditetapkan oleh urus setia. (iii) Tiket penerbangan hanya disediakan untuk peserta sahaja. (iv) Peserta juga akan disediakan pengangkutan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke institusi yang menjadi tuan rumah PABM. 5.2.2 Peserta Alam Melayu (i) Semua peserta Alam Melayu akan diberikan tiket penerbangan pergi dan pulang daripada negara asal atau universiti peserta mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh urus setia. (ii) Peserta dilarang untuk menukar tarikh penerbangan atau destinasi yang telah ditetapkan oleh urus setia. (iii) Tiket penerbangan hanya disediakan untuk peserta sahaja. (iv) Peserta juga akan disediakan pengangkutan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke institusi yang menjadi tuan rumah PABM. 5.2.3 Peserta Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) (i) Peserta akan disediakan pengangkutan daripada JPT ke institusi yang menjadi tuan rumah PABM. (ii) Pengangkutan hanya disediakan untuk peserta sahaja. (iii) Pengangkutan peserta daripada institusi masing-masing ke JPT hendaklah diuruskan oleh institusi masing-masing. 5.2.8 Peserta wakil Malaysia bagi Kategori Alam Melayu


BAB 5 – TERMA DAN SYARAT PESERTA PABM 27 (i) Setiap peserta dan seorang jurulatih masing-masing akan disediakan pengangkutan daripada JPT ke institusi yang menjadi tuan rumah PABM. (ii) Pengangkutan peserta dan seorang jurulatih daripada institusi masing-masing ke JPT hendaklah diuruskan oleh institusi masingmasing. 5.3 Penginapan 5.3.1 Peserta Antarabangsa (i) Semua peserta antarabangsa akan diberikan penginapan sewaktu ketibaan/pulang. (Tertakluk pada tarikh penerbangan peserta) (ii) Semua peserta juga akan disediakan penginapan semasa pertandingan berlangsung. (iii) Penginapan hanya disediakan untuk peserta sahaja. 5.3.2 Peserta Alam Melayu (i) Semua peserta Alam Melayu akan diberikan penginapan sewaktu ketibaan/pulang. (Tertakluk kepada tarikh penerbangan peserta) (ii) Semua peserta juga akan disediakan penginapan semasa pertandingan berlangsung. (iii) Penginapan hanya disediakan untuk peserta sahaja. 5.3.3 Peserta Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) (i) Semua peserta akan disediakan penginapan semasa pertandingan berlangsung. (ii) Penginapan hanya disediakan untuk peserta sahaja. 5.3.8 Peserta Wakil Malaysia bagi kategori Alam Melayu (i) Semua peserta dan seorang jurulatih masing-masing akan disediakan penginapan semasa pertandingan berlangsung. 5.4 Kehadiran 5.8.1 Peserta Antarabangsa (i) Peserta Kategori Antarabangsa yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak menghadirkan diri, penalti sebanyak RM1,000.00 akan dikenakan terhadap universiti peserta tersebut. (ii) Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh JPT. (iii) Penalti tersebut akan disalurkan ke universiti yang menjadi tuan rumah bagi menampung kos yang telah dikeluarkan. 5.8.2 Peserta Alam Melayu (i) Peserta Kategori Alam Melayu yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak menghadirkan diri, penalti sebanyak RM1,000.00 akan dikenakan terhadap universiti peserta tersebut. (ii) Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh JPT. (iii) Penalti tersebut akan disalurkan ke universiti yang menjadi tuan rumah bagi menampung kos yang telah dikeluarkan.


BAB 5 – TERMA DAN SYARAT PESERTA PABM 28 5.8.3 Peserta Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) (i) Peserta Kategori PAM yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak menghadirkan diri, penalti sebanyak RM300.00 akan dikenakan terhadap universiti peserta tersebut. (ii) Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh JPT. (iii) Penalti tersebut akan disalurkan ke universiti yang menjadi tuan rumah bagi menampung kos yang telah dikeluarkan. 5.8.8 Peserta Wakil Malaysia bagi Kategori Alam Melayu (i) Wakil Malaysia bagi Kategori Alam Melayu yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak menghadirkan diri, penalti sebanyak RM300.00 akan dikenakan terhadap universiti peserta tersebut. (ii) Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh JPT. (iii) Penalti tersebut akan disalurkan ke universiti yang menjadi tuan rumah bagi menampung kos yang telah dikeluarkan.


BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN 29 6 KAEDAH PENJURIAN Sesi saringan Peserta Antarabangsa Sesi saringan Peserta Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) Sesi saringan Peserta Alam Melayu Sesi saringan Peserta Wakil Malaysia untuk Kategori Alam Melayu Pertandingan Akhir PABM


BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN 29 BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN 6.1Sesi saringan Peserta Antarabangsa 6.1.1 Sesi saringan akan dibahagi kepada tiga segmen: (i) Segmen temu bual: (a) Peserta akan ditemu bual oleh panel untuk menilai tahap penguasaan bahasa Melayu mereka. (b) Markah penuh ialah 20 markah (ii) Segmen kefahaman: (a) Peserta akan diberi satu petikan untuk dibaca. Peserta kemudiannya akan disoal dengan lima soalan berdasarkan pada petikan yang diberi. (b) Markah penuh ialah 30 markah (iii) Segmen pidato: (a) Peserta perlu berpidato selama lima minit. Pemarkahan berdasarkan kepada kriteria pemarkahan yang diguna pakai sewaktu PABM. Peserta juga perlu memilih tajuk mengikut tema yang ditetapkan. (b) Markah penuh ialah 50 markah (c) Peserta bebas menentukan tajuk pidato mereka. Namun, tajuk pidato mestilah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh penganjur. Tema pidato untuk semua kategori harus sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Tema Pidato: 1. Kebangkitan Asia: Potensi dan Cabaran 2. Pandemik Global 3. Pendidikan Abad ke-21 – Pendidikan Berteraskan Nilai 4. Pendidikan Berkualiti yang Inklusif untuk Semua 5. Cerita dan Hikayat Rakyat – Satu Khazanah 6. Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs): Merealisasikan Agenda Dunia 7. Perindustrian Inklusif dan Mampan bagi Meningkatkan Inovasi 8. Revolusi Industri 8.0 dan Pemerkasaan Belia 9. Alam Sekitar Milik Bersama dan Tanggungjawab Semua 10. Media Sosial dan Keselamatan Siber


BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN 30 6.2 Sesi saringan Peserta Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) 6.2.1 Sesi saringan akan dibahagi kepada tiga segmen: (i) Segmen temu bual: (a) Peserta akan ditemu bual oleh panel untuk menilai tahap penguasaan bahasa Melayu mereka. (b) Markah penuh ialah 20 markah (ii) Segmen kefahaman: (a) Peserta akan diberi satu petikan untuk dibaca. Peserta kemudiannya akan disoal dengan lima soalan berdasarkan pada petikan yang diberi. (b) Markah penuh ialah 30 markah (iii) Segmen pidato: (a) Peserta perlu berpidato selama lima minit. Pemarkahan berdasarkan kepada kriteria pemarkahan yang diguna pakai sewaktu PABM. Peserta juga perlu memilih tajuk mengikut tema yang ditetapkan. (b) Markah penuh ialah 50 markah (c) Peserta bebas menentukan tajuk pidato mereka. Namun, tajuk pidato mestilah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh penganjur. Tema Pidato: 1. Kebangkitan Asia: Potensi dan Cabaran 2. Pandemik Global 3. Pendidikan Abad ke-21 – Pendidikan Berteraskan Nilai 4. Pendidikan Berkualiti yang Inklusif untuk Semua 5. Cerita dan Hikayat Rakyat – Satu Khazanah 6. Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs): Merealisasikan Agenda Dunia 7. Perindustrian Inklusif dan Mampan bagi Meningkatkan Inovasi 8. Revolusi Industri 8.0 dan Pemerkasaan Belia 9. Alam Sekitar Milik Bersama dan Tanggungjawab Semua 10. Media Sosial dan Keselamatan Siber 6.3 Sesi saringan Peserta Alam Melayu 6.3.1 Semua peserta akan disaring terlebih dahulu di negara masing-masing. 6.3.2 Negara yang bertanding akan menghantar senarai calon peserta kepada urus setia PABM untuk diadakan sesi saringan bagi memilih lapan peserta terbaik yang layak ke PABM.


BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN 31 6.3.3 Sesi saringan akan dibahagi kepada tiga segmen: (i) Segmen temu bual: (a) Peserta akan ditemu bual oleh panel untuk menilai tahap penguasaan bahasa Melayu mereka. (b) Markah penuh ialah 20 markah (ii) Segmen kefahaman: (a) Peserta akan diberi satu petikan untuk dibaca. Peserta kemudiannya akan disoal dengan lima soalan berdasarkan pada petikan yang diberi. (b) Markah penuh ialah 30 markah (iii) Segmen pidato: (a) Peserta perlu berpidato selama lima minit. Pemarkahan berdasarkan kepada kriteria pemarkahan yang diguna pakai sewaktu PABM. Peserta juga perlu memilih tajuk mengikut tema yang ditetapkan. (b) Markah penuh ialah 50 markah (c) Peserta bebas menentukan tajuk pidato mereka. Namun, tajuk pidato mestilah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh penganjur. Tema Pidato: 1. Kebangkitan Asia: Potensi dan Cabaran 2. Pandemik Global 3. Pendidikan Abad ke-21 – Pendidikan Berteraskan Nilai 4. Pendidikan Berkualiti yang Inklusif untuk Semua 5. Cerita dan Hikayat Rakyat – Satu Khazanah 6. Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs): Merealisasikan Agenda Dunia 7. Perindustrian Inklusif dan Mampan bagi Meningkatkan Inovasi 8. Revolusi Industri 8.0 dan Pemerkasaan Belia 9. Alam Sekitar Milik Bersama dan Tanggungjawab Semua 10. Media Sosial dan Keselamatan Siber 6.4 Sesi saringan 6.8.1 Sesi saringan ini akan menentukan tempat bagi jumlah penyertaan setiap kategori seperti berikut: BIL. KATEGORI JUMLAH PESERTA 1. Antarabangsa 20 orang 2. Alam Melayu 10 orang 3. Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) 20 orang JUMLAH KESELURUHAN 50 orang


BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN 32 6.5 Kaedah Pelaksanaan Pertandingan Awal Dan Pertandingan Akhir a) Jumlah pusingan dan kaedah pelaksanaan seperti yang berikut: Kategori Pusingan Antarabangsa PAM Alam Melayu Jumlah peserta Kaedah Awal Semua 20 peserta untuk setiap kategori - 80 orang Secara dalam talian Suku akhir Sepuluh peserta terbaik bagi setiap kategori di Pusingan Awal Semua 10 peserta 30 orang Separuh akhir Lima peserta terbaik bagi setiap kategori di peringkat Suku Akhir 15 orang Bersemuka Akhir Tiga peserta terbaik bagi setiap kategori di peringkat Separuh Akhir 9 orang b) Peserta bebas menentukan tajuk pidato mereka. Namun, tajuk pidato mestilah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh penganjur. Peserta boleh menggunakan tajuk yang sama untuk semua pusingan atau tajuk berlainan bagi setiap pusingan pertandingan. 6.5.1 Tempoh Pidato Kategori Pusingan Antarabangsa PAM Alam Melayu Awal 5 minit 5 minit - Suku akhir 6 minit 6 minit 6 minit Separuh akhir 7 minit 7 minit 7 minit Akhir 7 minit 7 minit 7 minit 6.5.2 Kriteria Pemarkahan


BAB 6 – KAEDAH PENJURIAN 33 KRITERIA MARKAH PERINCIAN Isi 80 markah - Isi yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk pidato - Huraian isi yang jelas dan disokong dengan bukti atau fakta yang bersesuaian - Rumusan yang mencerminkan keseluruhan pidato - Jumlah isi bergantung kepada masa yang diperuntukkan untuk berpidato (misalnya: 5 minit – dua isi, 6 dan 7 minit – tiga isi) Bahasa 35 markah - Penggunaan bahasa Melayu yang betul - Kosa kata yang tepat dengan maksud disampaikan - Sebutan yang jelas dan tepat - Penggunaan slanga bahasa Melayu akan diberikan kelebihan Gaya 20 markah - Gaya persembahan yang meyakinkan serta membujuk - Tidak membaca teks - Persembahan yang menarik dan sedap didengar - Persembahan yang bersahaja - Intonasi yang pelbagai dan bersesuaian dengan maksud yang ingin disampaikan - Bahasa badan yang bersesuaian - Kawalan masa yang sempurna Etika 5 markah Pakaian dan tingkah laku yang sopan dan menarik sepanjang berpidato Jumlah 100 markah


BAB 7 – HEBAHAN DAN PROMOSI 34 7 HEBAHAN DAN PROMOSI Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) Universiti Awam (Tuan Rumah) Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Radio Televisyen Malaysia (RTM) Unit komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi (UKK, KPT) Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Pendidikan Tinggi (UKS, JPT)


BAB 7 – HEBAHAN DAN PROMOSI 34 BAB 7 – HEBAHAN DAN PROMOSI 7.1 Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH) 7.1.1 Membuat hebahan pelawaan penyertaan 7.1.2 Menghantar surat jemputan penyertaan kepada Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) 7.1.3 Menghantar surat jemputan penyertaan kepada Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti untuk peserta wakil Malaysia bagi Kategori Alam Melayu 7.2 Universiti Awam (Tuan Rumah) 7.2.1 Membuat promosi dan penyebaran maklumat pertandingan terkini melalui laman web rasmi 7.2.2 Membuat hebahan pelawaan penyertaan 7.2.3 Siaran FB langsung (FB Live) di sepanjang program PABM berlangsung, bermula pada ketibaan peserta di Malaysia dan sehingga pulang 7.2.4 Memastikan FB rasmi PABM sentiasa dikemaskini dengan maklumat dan perjalanan program dari semasa ke semasa 7.2.5 Promosi dan hebahan di media cetak dan media elektronik sepanjang PABM berlangsung 7.3 Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 7.3.1 Membuat hebahan pelawaan penyertaan 7.3.2 Bekerjasama dengan UA tuan rumah untuk FB langsung sewaktu program PABM 7.3.3 Menyelaras sesi temubual peserta bersama ITBM 7.4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 7.4.1 Membuat hebahan pelawaan penyertaan 7.4.2 Bekerjasama dengan UA tuan rumah untuk FB langsung sewaktu program PABM 7.8.3 Menyelaras sesi temubual peserta bersama DBP


BAB 7 – HEBAHAN DAN PROMOSI 35 7.5 Radio Televisyen Malaysia (RTM) 7.5.1 Hebahan dan promosi Malam Kemuncak PABM 7.5.2 Siaran langsung Majlis Malam Kemuncak PABM 7.6 Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) 7.6.1 Promosi dan penyebaran maklumat pertandingan terkini melalui media sosial 7.6.2 Hebahan pelawaan penyertaan kepada seluruh universiti awam 7.6.3 Promosi dan hebahan di media cetak dan media elektronik 7.7 Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) 7.7.1 Bekerjasama dengan tuan rumah untuk bentang konsep persembahan 7.7.2 Persediaan sambutan tetamu jemputan Majlis Malam Kemuncak PABM 7.7.3 Persediaan persembahan selingan dan penutup Majlis Malam Kemuncak PABM 7.8 Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi (UKK, KPT) 7.8.1 Promosi dan penyebaran maklumat pertandingan terkini melalui laman web rasmi KPT 7.8.2 Menguruskan sesi hebahan dan promosi PABM dengan pihak media berkaitan 7.9 Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Pendidikan Tinggi (UKS, JPT) 7.9.1 Promosi dan penyebaran maklumat pertandingan terkini melalui laman web rasmi JPT


EDISI 2021


Click to View FlipBook Version