The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazmi amzah, 2023-10-18 05:29:41

MUHAMMAD NORNAZMI BIN AMZAH

MUHAMMAD NORNAZMI BIN AMZAH

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANDAR BARU BANGI 43650 SELANGOR BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Nama : MUHAMMAD NORNAZMI BIN AMZAH No. K/P : 040425040259 Angka Giliran : Program : PPISMP Ambilan : JUN 2023 Unit : Nama Pensyarah : KHAIRUL IZHAR BIN JAAFAR Tarikh Hantar : 11 OKTOBER 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


2 Isi Kandungan Muka Surat Pengakuan Penghargaan 1.0 Pengenalan 4 2.0 Asal Usul Bahasa Melayu 5 2.1 Bahasa Melayu Klasik 6 2.2 Peralihan Bahasa Melayu Klasik ke Bahasa Melayu Moden 3.0 Pengaruh Bahasa Asing 8 4.0 Rumusan 10 5.0 Rujukan 11


3 Penghargaan Alhamdulillah dan syukur saya ucapkan kerana dengan izin-Nya saya dapat menyelesaikan kerja kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB 1074) ini. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Khairul Izhar bin Jaafar, selaku pensyarah bagi kursus tugasan ini kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya dengan sebaik-baiknya dalam saya menyelesaikan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak membantu saya dalam menghasilkan kerja kursus yang cemerlang. Tugasan ini tidak mungkin siap tanpa bantuan siap tanpa bantuan setiap pihak yang terlibat lebih-lebih lagi Encik Khairul Izhar bin Jaafar yang tidak putus asa memberi tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dilakukan. Segala tunjuk ajar dan bantuan daripada pelbagai pihak amatlah dihargai. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung benar-benar memberi saya semangat bagi menyelesaikan kerja kursus ini.


4 1.0 Pengenalan Terdapat pengertian yang sangat meluas dalam Konsep Melayu. Para sarjana bahasa Melayu telah mengutarakan pelbagai pendekatan dalam perkara ini. Nik Safiah (2010) memberikan pendapat bahawa kerajaan telah menjadi konsep bagi peringkat awal istilah ‘Melayu’. Hal ini dikatakan demikian kerana ‘Melayu’ pada awalnya merupakan kerajaan dan kawasan. Setelah Kerajaan Melayu Melaka muncuk, perkataan ‘Melayu’ dikaitkan dengan nama bangsa atau bahasa. Seterusnya, konsep ‘Melayu’ adalah sama dengan konsep ‘Indonesia’ dalam aspek bahasa. Perkara ini telah dinyatakan oleh Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Perlembagaan Malaysia pula berpendapat istilah ‘Melayu’ ialah seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Kewujudan entiti Melayu ini telah melalui 8 tahap yang sangat luas. Keseluruhan tahap ini telah menjadikan Melayu ini sebagai sebuah bangsa yang berjaya dan gemilang. Kajian demi kajian dilakukan bagi memecahkan rahsia dan sejarah kegemilangan Melayu ini. Dalam konteks ini, asal usul orang Melayu amatlah penting untuk dikaji. Menurut Nik Safiah Karim et. al., (2010) asal usul orang Melayu iaitu penutur asli orang Melayu tidak dapat dipastikan secara tepat kerana sejarah kuno yang dikumpulkan belum diselidiki dengan telitinya. Oleh kerana itu, ahli linguistic dan arkeologi berpendapat bahawa Nusantara dan Asia Tengah mungkin menjadi tempat asal orang Melayu.


5 2.0 Asal Usul Bahasa Melayu Istilah Melayu pada awalnya digunakan untuk merujuk kepada Kerajaan atau kawasan. Menurut M. Ptolemy (100-150 M) dalam karyanya, Geographike Sintaxis istilah maleu-kolon dipercayai daripada perkataan sanskrit (malayakolam atau malaikurram) yang merujuk kepada tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Tulisan Cbina pada zaman Dinasti Tang (644-645 M) juga menggunakan perkataan yang hamper sama iaitu mo-lo-yeu kepada kerajaan di Jambi (selatan Sumatera) yang bermaksud mempersembahkan hasil bumi kepada kaisar China dan mungkin digunakan kepada suku-suku di daerah Tanah Melayu. Selain itu, I-Sting (rahib Buddha dari China, (675-685 M) menggunakan perkataan mo-lo-you kepada kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Srivijaya di Palembang yang pernah dilawatinya. Mengikut ahli bahasa, bahasa Melayu terbahagi kepada tiga tahap perkembangan iaitu bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, dan bahasa Melayu Moden. Terdapat pengembara China yang mecatatkan bahawa bahasa yang digunakan di Sumatera ialah K’un-lun dipercayai merujuk kepada bahasa Melayu Kuno. bahasa Melayu Kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya. Pada zaman itu, bahasa Melayu Kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Selain itu, bahasa Melayu juga tidak terikat dengan pengaruh luar dan mempunyai sistem bahasa yang lebih mudah berbanding dengan Bahasa Jawa. Bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit kerana agama Hindu menjadi pegangan masyarakat ketika itu. Bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi bahasa Melayu dengan menyumbang kepada penggayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan bahasa Melayu. Pada zaman itu, bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana dan hanya digunakan oleh bangsawan. Bukti penggunaan bahasa Melayu terletak pada batu-batu bersurat yang ditulis dengan huruf Pallava pada abad ke-7. Tulisan di atas batu bersurat tersebut merupakan arahan daripada raja Srivijaya dan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya. Dengan ini, kita dapat lihat penggunaan bahasa Melayu telah tersebar ke tanah jajahan kerajaan Srivijaya. Mengikut kajian, penutur asal bahasa Melayu ialah orang Melayu. Bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudian berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelobang


6 pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun sebelum masihi. Kemudian kira-kira 1500 tahun sebelum masihi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir Pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Akibat daripada kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-Deutro ini mungkin merupakan nenek moyang kepada masyarakat kita yang ada pada zaman ini. Seterusnya, Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia manakala bahasa-bahasa Austronesia merupakan bahasa yang berasal daripada keluarga bahasa Austris. 2.1 Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik beralih dari bahasa Melayu Kuno selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-13. Kedatangan Islam ini telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan. Tulisan jawi mula digunakan dalam bahasa Melayu Klasik. Selain itu, kedatangan Islam juga banyak mempengaruhi cara hidup dan penggunaan bahasa di sini.Pengaruh India sedikit demi sedikit digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangan bahasa Melayu Klasik ini terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka, zaman kerajaan Acheh, dan zaman kerajaan Johor-Riau. Zaman yang penting bagi bahasa Melayu Klasik ialah pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Semuanya bermula dengan penerimaan Islam oleh kerajaan Melayu Melaka. Mereka berjaya membina empayar yang luas dan meningkatkan kemajuan serta perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu juga menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Walaupun Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan penjajah pada tahun 1511 masihi, pengaruh Bahasa Melayu ini masih tidak boleh ditamatkan. 2.2 Peralihan Bahasa Melayu Klasik ke Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Kerajaan British mengubah dasar dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Sebelum penjajahan British, penggunaan bahasa Melayu Klasik masih digunakan sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusteraan, dan


7 bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Antara kelebihan bahasa Melayu Moden yang tidak ada pada bahasa Melayu Klasik ialah penggunaan bahasa yang tidak berbelit-belit dan penggunaan ayat aktif yang lebih banyak. Bahasa Melayu juga dilihat sebagai mekanisme lengkap untuk mengungkapkan aspek-aspek abstrak, penyataan perasaan dan emosi, kemurnian berkarya dan kehalusan bahasa dalam penulisan sastera.


8 3.0 Pengaruh Bahasa Asing Seperti yang kita sudah sedia maklum, Bahasa Melayu mula menerima pengaruh asing ini sejak dari zaman bahasa Melayu kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti pula dengan bahasa Melayu klasik di mana terdapat beberapa perkataan Bahasa melayu ini menerima bahasa Arab dan bahasa Melayu moden serta menerima bahasa Eropah. Hal ini dapat dinyatakan apabila Bahasa Melayu ini mudah menerima bahasa asing disebabkan bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat dinamik. Peminjaman ini secara tidak langsung telah memperkaya kosa kata bahasa melayu kita pada hari ini. Selepas itu, pinjaman Bahasa asing ini berlaku kerana ingin menyesuaikan suatu ejaan dan sebutan sesuatu perkataan tersebut. Sebagai contohnya, psychology kepada psikologi. Selain daripada itu juga hal ini terjadi kerana tiadanya beberapa perkataan yang sesuai untuk diguna pakai oleh masyarakat kita pada hari ini iaitu syurga dan taubat. Secara tidak langsung perkara ini tidak dapat dielakkan dan maksud suatu perkataan itu tidak akan berubah dan tidak akan dianggap sebagai satu salah faham oleh masyarakat ketika mengaplikasikanya. Seterusnya terdapat beberapa pengaruh Bahasa asing yang telah menguasai atau telah mempengaruhi Bahasa kita.Antaranya ialah pengaruh dari Bahasa Sanskrit, Bahasa Arab, Bahasa Jawa, Bahasa Parsi, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Kemudian, pengaruh bahasa Sanskrit ini berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13. Manakala pengaruh Bahasa arab ini pula meresap masuk ke dalam bahasa Melayu selepas kedatangan Islam ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab. Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hokum. Antara Pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan bahasa Melayu termasuklah tulisan jawi. Selain itu bagi Bahasa jawa pula penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan kerajaan Majapahit melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan orang-orang Jawa ke tanah Melayu. Kemudian,Bahasa parsi pula dikaitkan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Kebanyakan pengaruh bahasa Parsi lebih tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran raja-raja dan adab pertabalan seperti Syah, nobat dan sebagainya. Manakala Bahasa cina ini kebanyakannya mereka datang dari negara mereka dan menyebabkan banyak kosa kata mereka dipinjam dan diguna pakai pada hari ini.


9 Seterusnya pengaruh Bahasa inggeris ini telah wujud pada abad ke-18. Hal ini tidak dapat dinafikan apabila mereka telah menjajah negara kita pada zaman dahulu dan menyebabkan penggunaan Bahasa yang diguna pakai pada waktu tersebut hendaklah dalam Bahasa mereka. Oleh disebabkan itu Bahasa inggeris telah menjadi Bahasa yang rasmi pada waktu itu. Kesimpulannya, dengan adanya pengaruh Bahasa-bahasa asing ini secara tidak langsung dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak diperkatakan. Dalam pada masa yang sama Bahasa melayu kita pada hari ini kaya dengan kepelbagaian kata pinjaman yang menjadikan Bahasa melayu kita lebih maju.


10 4.0 Rumusan Kesimpulannya,sejarah asal usul bahasa dan bangsa Melayu masih belum dapat diketahui dengan tepat kronologinya.Hal ini kerana banyak teori-teori serta pendapat yang berlainan daripada para sarjana dan pengkaji.Teori-teori yang dinyatakan masih boleh diperdebatkan dan tiada yang betul-betul sahih. Di samping itu, Bahasa Melayu Kuno merupakan salah satu bukti bahawa bangsa Melayu ini merupakan bangsa yang progresif. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat melihat beberapa peringkat bahasa yang berubah dan bertambah baik yang telah wujud sejak dahulu lagi. Bahasa-bahasa ini mungkin tidak mempunyai persamaan yang ketara di dalamnya tetapi ini jelas menunjukkan perkembangan bahasa Melayu ini. Ciri-cirinya yang unik amatlah memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan identiti Melayu yang kreatif dan sistematik ini. Bahasa Melayu ini mempunyai pelbagai faktor yang menyebabkan bahasa ini berevolusi dan antara sebab utamanya adalah pengaruh daripada bahasa luar. Kedatangan pedagang-pedagang dan ahli ulama’ telah mengubah bahasa ini sedikit demi sedikit. Kita sebagai bangsa Melayu perlulah mempertahankan bahasa sendiri agar bahasa ini tidak tercemar dengan anasir-anasir luar. Di samping itu, bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik yang kaya dengan pelbagai ciri ini juga menunjukkan pentadbiran daripada kerajaan ini yang sangat mantap. Selain itu, pinjaman bahasa asing ke dalam bahasa Melayu amatlah bagus kerana hal ini bukan sahaja meemudahkan kita untuk menambah kosa kata malah kita juga mampu mempelajari bahasa asing walaupun sedikit. Dengan ini dapatlah kita lihat bagaimana bahasa kita ini merupakan lingua franca dan mudah dipelajari oleh orang asing. Jelaslah di sini bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah diadaptasi oleh masa dan zaman.


11 5.0 Rujukan Melebek, A. R. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors. Nethesen, S. (2015). Etimologi Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Omar, A. H. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejarah Bahasa Melayu. (n.d.). Retrieved from https://www.studocu.com/my/document/institut-pendidikan-guru-kampus-ipoh/b ahasa-melayu/sejarah-bahasa-melayu/12498723 Sejarah dan Asal usul perkembangan Bahasa Melayu. (n.d.). Retrieved from https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berd aulat/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul-bahasa-melayu/


Click to View FlipBook Version