The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

etika dan peradaban 8 may-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amninaim11, 2021-05-04 11:25:53

RUKUN NEGARA

etika dan peradaban 8 may-converted

MPU 21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENYSYARAH : PUAN ASMA’
BINTI IBRAHIM

NAMA NO. METRIK
17DKA20F2040
AMNI NA’IM BIN AMRAN 17DKA20F2037

SITI BALQIS BINTI MOHAMAD 17DKA20F2041
ZOHER
17DKA20F2036
ANDRIAN SHAH BIN YUSUF
WONG

AMAN HAKIMI BIN RUSLI





PENULIS:
AMNI NA’IM BIN AMRAN
SITI BALQIS BINTI MOHAMAD ZOHER

SUNTINGAN OLEH:
ANDRIAN SHAH BIN YUSUF WONG

DITERBITKAN OLEH:
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SG LANG, 45100, SG AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL: 03-32806255
FAX : 03-32806402

Hak Cipta © 2021 – Politeknik Sultan Idris Shah

Cetakan Pertama : 2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi
Kandungan dan konsep buku ini dalam apa jua bentuk, cetakan
Dan eletronik, termasuk televisiom,radio dan segala jenis
Platform tanpa izin daripada pihak Politeknik Sultan Idris Shah.

ISI KANDUNGAN

1.KATA ALU-ALUAN. .Ms 1

2.PENGENALAN RUKUN .Ms 2
NEGARA.

3.RUKUN NEGARA DAN ISI
.Ms 3-7
KANDUNGANNYA.

4.OBJEKTIF RUKUN NEGARA.Ms 8

5.MEMPERKUKUHKAN
KETAHANAN NASIONAL .Ms 9-10
MELALUI RUKUN NEGARA.

6.PENUTUP. .Ms 11

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;

Tampilah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata laluan.

Bismillahirahmanirrahim. Segala Puji Bagi
ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani. Tuhan Yang
Menguasai Langit Dan Bumi, Tuhan Yang
Menguasai Hari Pembalasan. Kepadamulah
kami Mohon Pertolongan. Tunjukilah kami
jalan yang lurus iaitu jalan-jalan orang yang
Engkau beri nikmat dan bukan jalan-jalan orang
yang Engkau Murkai. Bersyukur kami dengan
limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan
tugasan yang diamanahkan oleh Puan Asma’
Binti Ibrahim.

1

Rukun Negara telah diisytiharkan
pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun kemerdekaan Malaysia yang
ke-13 oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Almarhum
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang
di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara
diperkenalkan berikutan peristiwa 13
Mei 1969 yang melemahkan
perpaduan antara kaum di Malaysia.
Rukun Negara dibentuk dengan
tujuan utama iaitu membentuk
perpaduan yang kukuh. Prinsip-
prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara jelas merupakan
kunci kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi kejayaan dan
kestabilan Malaysia.

2

❖ Agama dijadikan pegangan utama rakyat
Malaysia kerana ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu
bangsa dan juga negara. Pegangan yang
kukuh terhadap agama akan dapat menahan
seseorang itu daripada melakukan jenayah
dan juga kejahatan. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam
ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan
anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.

3

❖ Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelambagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara dan sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan
Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri
yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambing perpaduan rakyat. Maka
setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong.
Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertua Agong.

4

❖ Prinsip ini menekan perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemulian Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan
kepada setiap rakyat negara ini akan hak an
keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warganegara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

5

❖ Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-
undang di mana setiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Undang-
undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-
undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-
undang negara dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah
supaya kita sama-sama menghormati
undang-undang dan berusaha menyokong
penguatkuasaannya serta memelihara
kedaulatannya.

6

❖ Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini
bertujuan untuk membentuk warganegara
yang bersopan santun dan bersusila. Sifat
individu yang bersopan santun dan bersusila
adalah amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat perlbagai kaum di negara ini.
Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku
masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian
bangsa dan nilai-nilai murni.

7

Menggariskan objektif masyarakat yang mahu
dibentuk:-

▪ Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat.

▪ Memlihara satu cara hidup demikratik.

▪ Mencapai satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama.

▪ Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak

▪ Membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

8

Bagi mencapai objektif Rukun Negara agar diterima oleh
rakyat pihak kerajaan bertanggungjawab telah
menubuhkan antaranya Majlis Perpaduan Negara dan juga
badan-badan pertubuhan bukan kerajaan dalam agensi
kerajaan dan juga badan-badan pertubuhan bukan
kerajaan. Selain itu unsur-unsur Rukun Negara ini juga
telah dimasukkan di dalam kurikulum sekolah. Perkara ini
adalah bagi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat
yang berbilang kaum di Malaysia.

Namun begitu pada pandangan
Tun Abdul Razak orang yang
bertanggungjawab dalam
membina Rukun Negara
menjelaskan bahawa..

“… tanggungjawab untuk mengamalkan 9
Rukun Negara itu bukan sahaja terletak
pada para pelajar dan murid-urid sekolah.
Anggota-anggota dewasa, ibu bapa,
pemimpin kaum, guru-guru dan
seterusnya orang ramai, mempunyai
tanggungjawab yang sama untuk
memahami dan mengamalkan prinsip-
prinsip Rukun Negara”

Seterusnya harapan yang dinginkan oleh beliau dalam
memperkukuhankan perpaduan rakyat dijelaskan di dalam
ucapan yang disampaikan pada Perhimpunan Bergerak
kaum Ibu dan Pemuda UMNO pada 22 Januari 1971;

“kerajaan amat berharap bahawa rakyat negara ini akan menjunjung tinggi
Perlembagaan negara kita juga menjunjung tinggi dan mengamalkan
prinsip-prinsip rukun negara. Saya yakin dan percaya dengan izin tuhan jika
kita patuh kepada kedua-dua ini, rakyat negara ini akan damai dan kita
terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu serta makmur.”

Kenyataan-kenyataan yang
dikeluarkan oleh beliau
menggambarkan apa yang
dinginkan beliau untuk negara
pada masa hadapan. Oleh sebab
itu perpaduan amat dititik
berakan oleh setiap kepimpinan
negara. Bagi Tun Hussien Onn;

“Kekuatan sesebuah negara bukanlah
diniai dari kekuatan tentera dan polis
sahaja, tetapi bergantung pada seangat
dan jiwa rakyat.”

10

Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum
menjadi tugu penggerak negara yang penting.
Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata
sahaja ianya memakan masa yang begitu lama.
Bagi mewujudkan perpaduan generasi kita kini
seharusnya peka dengan Rukun Negara dan
menghayati erti yang sebenarnya kewujudan
Rukun Negara. Ini kerana Rukun Negara bukan
hanya untuk dihafal atau diikrarkan dan
diterapkan dalam kehidupan harian warga
negara Malaysia. Semangat Rukun Negara ini
perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam
menangani krisis negara tidak kira ancaman
daripada dalam dan luar negara. Dengan
berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara
mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu
padu, kukuh dan berwibawa bagi menhadapi
apa saja cabaran.

11


Click to View FlipBook Version