The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1351-17-ieman, 2021-10-06 23:23:03

4 IMAM MAZHAB

ilovepdf_merged (1)

IEMAN AQASHA ‫حنفي‬
TAQIYUDDIN ‫ملكي‬
NASIHAH ‫شافعي‬
NOR FADHLIN ‫حنبلي‬

IMAM ABU
HANIFAH

LATAR BELAKANG

NAMA: NU'MAN BIN THABIT
LAHIR DI KUFAH TAHUN 80 HIJRAH(699MASIHI)
BERKETURUNAN PARSI
GELARAN: ABU HANIFAH

1.ANAK LELAKINYA BERNAMA HANIFAH.
2.HANIFAH ERTINYA TAAT DAN AHLI IBADAH
3. HANIF DALAM PARSI BERMAKSUD DAKWAT
WAFAT: TAHUN 150 HIJRAH(767 MASIHI) KETIKA
BERUSIA 70 TAHUN DI BAGHDAD

KARYA SUMBANGAN
-fiqh akbar
pengasas
-faraid mazhab
-masail usul hanafi

PEMIKIRAN MELAHIRKAN RAMAI ANAK MURID
-Imam Abu Yusof,Ya'kob bin Ibrahim
ahli fikir islam Annasari
-guna kaedah penyelesaian utama dengan qiyas -Imam Hassan bin Ziyad
-larang bertaqlid kepadanya jika tidak -Imam Muhammad bin AlHassan
mengetahui pendapat yang asal AlSyaibi
-tiada dalam al-quran,sunnah atau fatwa
sahabat,beliau akan berijtihad
-larang umat islam amal dengan perkara bid,ah

KETOKOHAN

-Berjaya menyelesaikan masalah dengan
memberi fatwa sama ada semasa di Kufah atau
Baghdad
-Terkenal sebagai seorang yang hidup berdikari
dan tidak tamak

PENGARUH MAZHAB ABU
HANIFAH

-aliran mazhab=Mazhab Hanafi
-mazhab ini berpengaruh di Iran dan Mazhab
rasmi Turki Uthmaniyyah
-muridnya yang terkenal sebagai tokoh ulama
turut sebarkan ilmunya melalui kuliah dan
penulisan khususnya dalam bidang fiqh dan
perundangan islam

IMAM
MALIK

BIODATA
RINGKAS
IMAM MALIK

NAMA: Malik bin Anas bin Malik bin `Amir Al-Harith



TEMPAT LAHIR: Kota Madinah



TARIKH LAHIR: 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan
Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah.



ASAL KETURUNAN: Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh
masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad

SAW dalam menegakkan agama Islam.



KEHIDUPAN: Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi
orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul

sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di
Madinah.



JASA DAN SUMBANGAN: Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar
dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau
yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab Maliki. Mazhab Maliki berkembang di beberapa

tempat di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan Palestin.



WAFAT: Beliau telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika
berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri

SIFAT
PERIBADI
IMAM MALIK

Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal
fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal al-Quran
dalam usia yang masih muda.


Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka
memakai pakaian yang bersih dan kemas serta memakai bau-

bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi
orang yang pembersih.



Beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua
lapisan masyarakat merupakan seorang yang pendiam dan hanya
berkata-kata apabila perlu selain menganggap benda yang akan

diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja.



Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan
hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah membantu

Imam as-Syafie sehingga berjaya menjadi ulama terkenal.

Beliau seorang yang sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah dan diri
baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah

menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda
menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur.



Beliau pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang kerana
mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak
secara paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau.



Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan

kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t.



Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar ilmu
hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau

tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak
muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefahaman kepada anak-

anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.

PENDIDIKAN
IMAM MALIK

Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai dalam jiwanya.



Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil dan
mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama

terkenal di sana.



Guru pertama beliau adalah Abdul Rahman bin Hamzah iaitu seorang ulama
besar Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau selama lapan

tahun.



Kecerdasan akalnya yang luar biasa menyebabkan beliau pernah menghafal
29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam

masa satu hari sahaja.



Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan
tabi’ tabiin.



Imam Malik banyak menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada
masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

KITAB IMAM
MALIK:

KITAB AL-
MUWATTA'

Al-Muwatta (Bahasa Arab: ‫ )الموطأ‬bererti ‘yang disepakati’ atau
‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum
agama.


Kitab tersebut merupakan sebuah kitab yang mengandungi

hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta
pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin.



Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama yang
merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya.



Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik
terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis

tertentu.

Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan
membahas serta menolak riwayat yang meragukan.



Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000
sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000
sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan
dipadankan dengan Al-Quran.


Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun
untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima
daripada guru-gurunya.


Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi
ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selepas Al-Quran
selain daripada kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik."

IMAM
SYAFI'E

BIODATA

NAMA SEBENAR

MUHAMMAD BIN IDRIS BIN ABBAS BIN UTHMAN BIN SHAFIE BIN SAIB
BIN ABDU YAZID BIN HASYIM BIN ABDUL MUTALIB BIN ABDUL MANAF

LAHIR KOTA GAZA PALESTIN PADA BULAN REJAB TAHUN 150 HIJRAH

MENINGGAL DUNIA MESIR TAHUN 204 HIJRAH KETIKA BERUMUR 54
TAHUN

PENDIDIKAN

● MEMPELAJARI AL-QURAN SEMENJAK KECIL & PADA USIA 9 TAHUN, BELIAU TELAH MENGHAFAZ

AL-QURAN KESELURUHANNYA.

● MENGHABISKAN USIA REMAJANYA DENGAN MENGHADIRI KELAS- KELAS PENGAJIAN AGAMA DI

MASJIDIL HARAM.

● KETIKA BERUSIA 12 TAHUN, BELIAU TELAH MENGHAFAZ KITAB AL-MUWATTA KARANGAN IMAM

MALIK & BERGURU DENGANNYA KETIKA BERUSIA 20 TAHUN.

●KETIKA BERUSIA 15 TAHUN,BELIAU MENGAJAAR DAN MEMBERI FATWA KEPADA ORANG RAMAI DI

MASJIDIL HARAM

●BELIAU MENDALAMI DALAM BIDANG BAHASA KESUSASTERAAN & PENULISAN ARAB.
●TELAH BERMUSAFIR DI MAKKAH, MADINAH, YAMAN, IRAQ DAN NEGARA LAIN BERTUJUAN UNTUK

MENUNTUT ILMU HADIS, FIQAH, & AL-QURAN.

●KEGIGIHAN DAN KECERDIKAN BELIAU YG LUAR BIASA,BELIAU DISANJUNG MASYARAKAT

SIFAT PERIBADI

PINTAR DAN KUAT INGATAN

RAJIN DAN TEKUN

BERDISIPLIN
BERSIKAP SEDERHANA DALAM SEMUA ASPEK SAMA ADA
DALAM ASPEK TINGKAH LAKU, MAKANAN, DAN PAKAIAN

SUMBANGAN

● PENDOKONG ALIRAN MAZHAB SYAFIE YANG MASIH DIAMALKAN OLEH UMAT ISLAM PADA

●M A S A K I N I KITAB TERUTAMANYA DALAM BIDANG FEKAH MELALUI KARYA-
BELIAU MENGHASILKAN

KARYANYA SEPERTI KITAB AL-UMM DENGAN

●PENGASAS KAEDAH USUL FIQH DENGAN HASIL KARYA BELIAU KITAB AL-RISALAH
● MENGASASKAN KAEDAH UNTUK MENGITHBATKAN (MENENTUKAN) HUKUM MESTI

HADIS SOHIH DALAM BIDANG

●MENOLAK KAEDAH ISTIHSAN
●MEMPERSEMPITKAN AKAL UNTUK MENGITHBATKAN (MENENTUKAN) HUKUM
●BERIJTIHAD MENGIKUT TEMPAT DAN SUASANA
●BERHUJAH DENGAN GOLONGAN ANTI HADIS
● BELIAU SANGAT TELITI MENGUTARAKAN PANDANGAN TERUTAMANYA

●I B A D A T MENENTANG AMALAN BIDAAH DAN MENGATAKAN BIDAAH TERBAHAGI KEPADA DUA
BELIAU

●I A I T U B I D A A H Y A N G T E R P U J I D A N BIDAAH YANG KEJI ATAU SESIAPA SAHAJA
BELIAU MELARANG TAKLID,BAIK TAKLID PADA DIRINYA

KITAB KARYA

AL RISALAH
AL UMM
AL HUJJAH
AL QIAS
AL IMLAK

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_bin_Idris_al-Syafii
BUKU TEKS PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH TINKATAN 4

FIQIH ISLAM WA ADILLATUHU 1 BY DR. WAHBAH AZ-ZUHAILI



NAMA

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal

LAHIR

164H/780M di Baghdad, Iraq

MENINGGAL

231H/855M di Baghdad, Iraq

Salasilahnya bertemu dengan keturunan Rasulullah pada Mazan bin bin Maad
bin Adnan
Terkenal dengan nama Ibnu Hanbal sempena nama datuknya
Bapa meninggal ketika beliau masih kecil
Imam Ahmad seorang yang miskin
Terpaksa mengambil upah menjual kain dan membawa barang untuk
menyara hidup

Tidak menerima hadiah atau pemberian tanpa membuat kerja
Mementingkan kebersihan dan kekemasan
Gemar warna putih
Pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran
Tidak sombong
Mengasihi seseorang kerana Allah
Sukar bergaul dengan orang miskin dan membantu mereka
Kurang bersahabat dengan orang besar
Tidak takut celaan dan dibenci orang
Banyak melakukan ibadah ( solat 300 rakaat sehari. Selepas dijatuhi hukuman
solat 150 rakaat setiap hari )
Membaca 1/7 al-Quran setiap hari
Khatam al-Quran setiap 7 hari
Sentiasa membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu
Sangat mencintai ilmu

Menghafaz al-Quran dan mempelajari Bahasa Arab
Mengembara ke beberapa tempat untuk menuntut ilmu seperti Kufah,
Basrah, Syam dan Yaman
Gurunya yang masyhur ialah Imam Syafi'e, Sufian bin Uyainah dan Yahya bin
Said al-Qattan
Terkenal sebagai mujtahid yang bijak

Menghasilkan buku/kitab, antaranya
- Al-Musnad : mengandungi 400,000 hadis
- Tafsir al-Quran, an-Nasikh wal Mansukh, al-Muqaddimu wal Muakkhiru, at-
Tarikh, al-Manasik al- Kabir

Melindungi hadis daripada pemalsuan melalui kajian dan penyelidikannya
Pendokong mazhab Hanbali
Melahirkan murid yang yang terkenal seperti Abu Bakar bin Hani' dan
Taqiyuddin Ahmad bin Taimiyah

Digelar al-Hakim kerana telah menghafal lebih 700,000 hadis
Kata Imam Syafi'e : Aku tidak tinggal seorang yang lebih baik, lebih tahu
hukum selain daripada Ahmad bin Hanbal

Tidak menggunakan hadis dhaif dalam mensabitkan hukum
Berhati-hati dalam memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah
halal dan haram dari segi matan atau sanad


Click to View FlipBook Version