The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik JPKN 2021-2025.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xnx fxzxl, 2021-01-04 15:38:40

PSJPKN 2021-2025

Pelan Strategik JPKN 2021-2025.

Keywords: Pelan Strategik

PELAN JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH
STRATEGIK
JPKN 2021

2025

TRANSFORMASI KERAJAAN DIGITAL SABAH
SABAH MAJU JAYA

“SABAH MAJU JAYA”
WWW.JPKN.SABAH.GOV.MY

PELAN strategiK jpkn 2021-2025

PELAN STRATEGIK ini telah diterbitkan oleh
JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH (JPKN).

TERIMA KASIH KEPADA
Yg Berbahagia Dr Haji Noorhisham bin Mohd Alwi

Konsultan Pembangunan Organisasi
NH STRATEGIC RESOURCES
Semua Ketua Bahagian,
Ketua Cawangan,
Ketua KSIT, dan
Semua kakitangan JPKN.

Disusun oleh :
Kumpulan Penerbitan Buku Pelan Strategik.

Disemak oleh :
Puan Asmiah binti Ajamain (Hajah)
Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

1 PERUTUSAN SETIAUSAHA TETAP KSTI
2 PRAKATA PENGARAH JPKN
3 VISI, MISI DAN OBJEKTIF
4 PENGENALAN DAN PEMEGANG TARUH
5 PELAN STRATEGIK JPKN 2021-2025
6 STRATEGI DAN PROGRAM ICT MENGIKUT TERAS
7 PELAN TINDAKAN/PELAKSANAAN TERAS
8 PENUTUP
9 GLOSARI

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri kerana telah menghasilkan Pelan Strategik
JPKN 2021-2025. Selepas agenda Wawasan 2020, Kerajaan Negeri
Sabah terus berusaha untuk meningkatkan standard kehidupan
rakyat negeri ini. Oleh yang demikian, semua agensi Kerajaan
Negeri Sabah perlu memainkan peranan masing-masing dalam
membangunkan ekonomi negeri ini terutama sekali semasa dan
selepas pandemik Covid19.
Dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, agensi-
agensi Kerajaan Negeri harus menggunakan sepenuhnya
kelebihan ICT sebagai pemboleh (enabler) untuk
mempercepatkan segala bentuk perkhidmatan mengikut teras
masing-masing. Pendigitalan penyampaian perkhidmatan yang
dilaksanakan secara atas talian perlu dimantapkan dan
diperkasakan seterusnya disegerakan agar segala bentuk
bantuan dan perkhidmatan – perkhidmatan lain dapat
disampaikan kepada rakyat dengan cepat dan tepat.
Semoga Pelan Strategik ini dapat memberikan panduan kepada
agensi-agensi untuk membangunkan Pelan Strategik ICT di
peringkat Kementerian dan Jabatan masing-masing.

Puan Jasmine Teo Geck Choo
SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, maka
terhasillah buku Pelan Strategik JPKN 2021-2025 ini. Pelan strategik ini adalah hasil perbincangan
terperinci dalam kalangan kakitangan JPKN sendiri yang berpengalaman dalam teras masing-
masing.
Pelan Strategik ini menekan usaha-usaha untuk merancakkan lagi aktiviti mendigitalkan
penyampaian perkhidmatan Sektor Awam Negeri Sabah. Bagi memastikan perkhidmatan
ICT yang lebih luas, infrastruktur ICT harus dimodenkan agar dapat memenuhi ekspektasi
pengguna-penggunanya. Norma baharu cara bekerja akibat pandemik Covid19 telah
memaksa kakitangan awam matang dengan cepat dalam menggunakan teknologi
komunikasi dan informasi dalam melaksanakan tugas masing-masing. Norma baharu ini
secara langsung juga mempengaruhi keselamatan siber Kerajaan Negeri. Oleh yang
demikian, para Pegawai Teknologi Maklumat jabatan ini perlu bekerja lebih keras lagi untuk
mengukuhkan keselamatan siber persekitaran perkhimatan awam Kerajaan Negeri Sabah.
Selain itu, sokongan pihak pengurusan atasan adalah amat penting
dalam memastikan tadbir urus ICT dilaksanakan dengan baik. Beberapa
inisiatif baru diperkenalkan seperti pewujudan Ketua Pegawai Digital
(CDO) di peringkat Kementerian dan Jabatan terpilih diharap dapat
membantu merancakkan lagi transformasi penyampaian perkhidmatan
agensi-agensi tersebut.
Produk-produk dan perkhidmatan ICT yang dihasilkan oleh jabatan ini
akan terus diperkasakan agar memenuhi keperluan yang standard. Ini
adalah bagi memberikan kepercayaan kepada para pelanggan jabatan
ini agar terus menggunakan produk dan perkhidmatan jabatan ini. Tidak
dilupakan kemajuan kerjaya para personel ICT akan dirancang dengan
lebih baik agar kesemua personel ICT berpeluang untuk meningkatkan
kerjaya masing-masing.
Semoga buku pelan strategik ini akan menjadi rujukan semua
kakitangan awam amnya dan kakitangan jabatan ini khususnya dalam
membuat perancangan pembangunan ICT di agensi masing-masing.

Puan Ernywati Dewi Abas
PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH

Peneraju & rujukan utama dalam
mengawal selia transformasi
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ke
arah Kerajaan Digital menjelang 2025

Memberi perkhidmatan ICT
yang cemerlang serta
mesra rakyat untuk
kemakmuran Negeri Sabah.

Mendukung agenda pembangunan
negeri khususnya dalam agenda
transformasi Kerajaan Digital Sabah.

MISI, VISI DAN OBJEKTIF

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) PEMEGANG TARUH
berperanan memberikan perkhidmatan dan
pembangunan ICT yang merangkumi Perancangan (STAKEHOLDERS )
dan Konsultasi ICT, Pembangunan Sistem-Sistem
Aplikasi, Perkhidmatan Sokongan Rangkaian ICT, • Ketua Menteri
Perkhidmatan Multimedia, Perkhidmatan Pusat Data • Kabinet Negeri Sabah
dan Pengurusan Keselamatan Siber untuk semua • Setiausaha Kerajaan Negeri
Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS).
Oleh itu, Pelan Strategik 2021-2025 JPKN ini digubal Sabah
bertujuan untuk menerangkan hala tuju
perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan PELANGGAN
penggunaan ICT bagi tempoh lima (5) tahun bermula
dari 2021-2025, serta menyediakan satu pelan • Semua Kementerian/Jabatan
tindakan ICT yang menyeluruh dan sistematik. • Pihak Berkuasa

Tempatan(PBT)
• Badan Berkanun Kerajaan

Negeri









1

JPKN akan menyampaikan perkhidmatan digital yang terbaik
dan berkualiti serta menepati kehendak pengguna. Bagi
memastikan pengguna dapat menikmati manfaat penggunaan
perkhidmatan, penekanan diberikan kepada perkhidmatan

digital yang boleh dipercayai dan efisien. Perkhidmatan
digital akan dilebar luas secara menyeluruh
supaya boleh diakses pada bila-bila masa, di mana

saja dengan menggunakan peralatan mudah alih. (Accessible
At Anytime, Anywhere by Any mobile device)

Objektif : Menyediakan perkhidmatan
digital yang menyeluruh, efisien dan
berorientasikan pengguna.
Menstruktur semula ekosistem data
dan mengurus maklumat secara
bersepadu.
Memantapkan kandungan digital
berteraskan keperluan dan tuntuan
semasa.

2

Pemodenan Infrastruktur ICT adalah komponen penting
membolehkan perkhidmatan
untuk

disediakan secara tak berkelim (seamless)
kepada pelanggan. Penggunaan sumber yang optimum
dan terurus dapat meningkatkan kecekapan
perkhidmatan dan implikasi kos, selain berkeupayaan
menyokong penyampaian perkhidmatan yang berkualiti
dan konsisten kepada pelanggan.

Objektif : Memantapkan perkhidmatan
guna sama ICT dengan nilai tambah
penggunaan teknologi terkini yang
relevan.

3

Teras ini menfokuskan usaha menambah baik keselamatan
siber melalui pendekatan memastikan persekitaran capaian

perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai bagi melindungi data

peribadi dan privasi maklumat. Ciri-ciri keselamatan yang
sentiasa dipertingkatkan dalam sistem rangkaian dan

infrastruktur ICT akan memantapkan perlindungan aset ICT Kerajaan serta
meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
Objektif : Meningkatkan keberkesanan
tahap keselamatan ICT dan memastikan
kesinambungan penyampaian
perkhidmatan digital yang selamat dan
boleh dipercayai serta melindungi

maklumat peribadi rakyat.

4

Objektif : Untuk Transformasi digital sektor awam sangat bergantung
memperkasakan kepada fokus, tadbir urus (governance) dan kordinasi
entiti ICT bagi serta kerjasama antara kerajaan khususnya dalam
memacu
pembangunan ICT memandu penggunaan ICT untuk membentuk
Kerajaan Negeri ekosistem berorentasikan pengguna
Sabah ke arah seluruh kerajaan (user-oriented whole
Kerajaan Digital. government). Model tadbir urus (governance)

yang kukuh, iaitu peranan, tanggungjawab pihak
berwajib serta lintas sektoral (cross sectoral) dalam
membuat keputusan dan memastikan kordinasi serta
kerjasama adalah amat perlu dalam kejayaan
transformasi digital. Penglibatan yang tinggi daripada
semua pemegang taruh (stakeholders) di pelbagai
peringkat juga adalah faktor penting dalam
menentukan tahap kejayaan transformasi digital
dengan bermodelkan kepimpinan ke arah pengguna

sentrik sebenar perkhidmatan produk
dan serahan terpadu (real user-centric,
integrated services production and
delivery). Dengan itu, pengukuhan tadbir urus ICT

secara holistik dan kejat perlu dilaksanakan di Kerajaan
Negeri Sabah.

5

Selaku perintis kepada program
pembangunan ICT di Kerajaan Negeri Sabah,
JPKN adalah agensi yang berpengalaman
dalam menghasilkan produk dan
perkhidmatan ICT. Pengkomersialan
produk dan perkhidmatan ICT
wajar dilaksanakan selaras dengan
peningkatan permintaan yang ketara.

Objektif : Memartabatkan perkhidmatan
JPKN (mengoptimumkan penggunaan
produk-produk dan perkhidmatan JPKN).

6

Perkembangan Teknologi ICT yang pantas dan semakin kompleks,

memerlukan kakitangan awam khususnya personel ICT yang
profesional dan berkeupayaan bagi menjayakan hala tuju kerajaan
sebagai peneraju transformasi digital sektor awam.

Sehubungan dengan itu, kakitangan awam perlu sentiasa peka dan bersedia
untuk mengikuti perubahan yang berlaku. Walau bagaimanapun, sikap silo
dan sambalewa terhadap perubahan teknologi dalam kalangan kakitangan
awam adalah antara cabaran yang perlu diatasi bagi mencapai hala tuju ini.
Selain daripada itu, personal ICT yang kurang kemahiran insani (soft skill),
kemahiran yang tidak dikekalkan di jabatan, inisiatif perkongsian ICT yang
tidak diperluaskan, dan lain - lain lagi juga perlu diberikan perhatian. Bagi
menyelesaikan cabaran dan halangan ini, beberapa inisiatif dicadangkan
untuk dilaksanakan sepanjang tempoh lima (5) tahun.

Objektif : Mengenalpasti keperluan
kepakaran ICT dan membina
kemahiran digital melalui persijilan
yang sewajarnya. Menghasilkan
tenaga pakar bagi menjadikan
JPKN sebagai pusat rujuk kepada
AKNS. Memberi konsultansi
kepada AKNS dalam menjadi
peneraju Transformasi Digital.
Memperkukuh keupayaan
perkhidmatan awam dalam
penggunaan teknologi maklumat.



LANGKAH STRATEGI DAN PROGRAM ICT MENGIKUT TERAS

Pelan Pelaksanaan Strategik JPKN (rajah di bawah) mempunyai enam (6) teras, dua
belas (12) langkah strategi dan dua puluh tiga (23) program secara keseluruhannya
bagi mencapai objektif jabatan iaitu Sabah Pintar Digital (Digital Sabah).

1

PROGRAM PEMANTAPAN PERKHIDMATAN DIGITAL

1 Mengkaji kebolehgunaan teknologi IR4.0
yang sesuai digunakan dalam
1 perkhidmatan awam Negeri Sabah.
Penyelesaian secara digital yang
Mentransformasi diperkenalkan adalah kos efektif dan tidak
penyampaian perkhidmatan membebankan kerajaan. Selain itu, usaha-
digital kerajaan menggunakan usaha bagi menambah lebih banyak
teknologi terkini bercirikan sistem aplikasi akan terus dilaksanakan
mesra dan mudah digunakan. untuk membantu agensi-agensi Kerajaan

Negeri Sabah melaksanakan penyampaian
perkhidmatan yang cekap, cepat dan
efisien. Ini dilaksanakan melalui sesi libat
urus dengan Kementerian dan Jabatan
agar Kementerian dan Jabatan lebih ada
perasaan kepunyaan (sense of belonging)
terhadap penyelesaian / sistem aplikasi
yang akan dibangunkan.

PROGRAM PENGUKUHAN AKSES PERKHIDMATAN
Program ini memperkenalkan kaedah penentuan identiti pengguna
2 yang lebih sistematik, cekap dan selamat kepada pengguna
perkhidmatan dalam talian Kerajaan. Perkara ini akan meningkatkan
tahap kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan Kerajaan.

PROGRAM PELAKSANAAN GERBANG PEMBAYARAN AKNS

3 Program ini memperkenalkan saluran tunggal pembayaran secara
dalam talian kepada pengguna perkhidmatan kerajaan. Perkara ini
akan memudahkan pengguna dan mempercekapkan urusan
kewangan kerajaan.

PROGRAM PEWUJUDAN RUANG KERJA DIGITAL

1 Ruang kerja digital merupakan satu
kerangka teknologi yang menghubungkan
2 aplikasi organisasi, data dan penghantaran
maklumat melalui desktop secara berpusat.
Teknologi ini dapat menyediakan
persekitaran kerja yang lebih fleksibel dan
dapat membantu meningkatkan
produktiviti agensi kerajaan negeri. Kajian
terhadap teknologi ini akan dilaksanakan
bagi melihat kesesuaian penggunaannya
dalam kalangan penjawat awam agar
perkhidmatan ini boleh diakses pada bila-
bila masa, di mana saja dengan
menggunakan peralatan mudah alih.

PROGRAM PENGUKUHAN PENGURUSAN DAN

3 1 PENYELARASAN DATA yang
Lambakan data pelbagai
memerlukan kaedah yang sesuai untuk
diselaraskan dan diuruskan. Langkah ini
penting agar dapat membantu mentafsir
maklumat yang penting berdasarkan data-
data yang telah dikumpul untuk
membantu agensi kerajaan negeri dalam
membuat keputusan yang lebih baik.
Langkah ini akan dilaksanakan dengan
mewujudkan mekanisma perkongsian
data dan menyediakan perkhidmatan
analisis data.

2

PROGRAM PENYELARASAN DAN PENGUKUHAN

1 PERKHIDMATAN RANGKAIAN AGENSI SEKTOR
1 AWAM NEGERI
Menyediakan garis panduan sebagai
rujukan dalam memperkukuh
perkhidmatan rangkaian kawasan
setempat (LAN) AKNS.

Tujuan utama pelaksanaan program ini
adalah untuk menyelaras dan
mengukuhkan perkhidmatan rangkaian
kawasan setempat AKNS supaya dapat
memanfaatkan perkhidmatan yang
disediakan.

Pelaksanaan program ini dapat
meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan rangkaian
kawasan setempat AKNS.

PROGRAM PEMERKASAAN PERKHIDMATAN PUSAT DATA
Memperkukuhkan dan memperluaskan perkhidmatan Pusat Data
2 Kerajaan Negeri (PDKN) bagi pemusatan dan pengoperasian
perkhidmatan ICT untuk memenuhi keperluan AKNS.

Perkhidmatan PDKN dan Pusat Pemulihan Bencana bagi
pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat untuk agensi-
agensi Kerajaan akan diperkukuhkan dengan Penggunaan
teknologi seperti pengkomputeran awan (cloud computing).

Perkhidmatan ini akan dimanfaatkan bagi membolehkan
perkongsian data dan aplikasi dengan kawalan keselamatan akses
yang mencukupi. Inisiatif konsolidasi ini bertujuan untuk
mengurangkan jumlah Pusat Data Kerajaan Negeri bagi tujuan
penjimatan kos, penggalakkan teknologi hijau (green technology)
dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan PDKN. Selain dari
itu penggunaan teknologi seperti Internet Of Things (IOT) Sensing
boleh membantu dalam pengurusan dan pemantauan pusat data
serta penggunaan perkhidmatan yang disediakan.

PROGRAM PEWUJUDAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN (PRIVATE
CLOUD) KERA JAAN NEGERI SABAH
3
Mewujudkan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Private
Cloud) Kerajaan Negeri Sabah yang menawarkan Perkhidmatan
ICT as a Service atau juga dipanggil Everything as a Service.

Penggunaan Teknologi pengkomputeran awan ini juga akan
memberikan kemudahan perkhidmatan kepada sektor awam
negeri untuk mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan
merangkumi Perisian sebagai Perkhidmatan {Sofware as a Service
(SaaS)}, Platform sebagai Perkhidmatan {Platform as a Service
(PaaS)} dan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan {Infrastructure as a
Service (IaaS)}.

Pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kecekapan
pengoperasian, mengoptimumkan dan menyediakan penyelesaian
dan pekhidmatan umum (common services) merentasi agensi
Sektor Awam pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

3

1 PROGRAM PEMANTAPAN KESELAMATAN DATA
Sistem keselamatan ICT adalah penting
Mengurus Ekosistem siber melalui 1 untuk memastikan perjalanan sistem ICT
program-program peningkatan secara keseluruhan dapat dilaksanakan
dengan efisien dan efektif. Oleh itu,
kesedaran, ilmu pengetahuan dan program yang akan dijalankan oleh JPKN di
perlindungan keselamatan aset ICT bawah strategi ini melibatkan pelaksanaan
kajian tatacara keselamatan pembangunan
dalam kalangan penjawat awam sistem aplikasi dan pengujian serta
negeri. pemantauan preemptive pentest secara
berkala bagi memastikan keberkesanan
keselamatan sistem aplikasi dari semasa ke
semasa.

Dasar keselamatan ICT Sektor Awam Negeri juga hendaklah dipatuhi bagi
mengelakan sebarang bentuk pelanggaran ke atasnya yang boleh membawa
ancaman kepada keselamatan ICT. Pelaksanaan program pengawasan dan
pemantauan keselamatan maklumat secara berterusan hendaklah dilakukan oleh
setiap perkhidmatan di kawasan tanggungjawab masing-masing.

PROGRAM PEMANTAPAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR

2 JPKN telah menggunakan mekanisma prosedur
pelaporan insiden keselamatan ICT berdasarkan
pekeliling-pekeliling seperti berikut:
• Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 –
Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
• Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2006
– Pengurusan Pengendalian Insiden
Keselamatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Sektor Awam; dan
• Surat Ketua Pengarah Keselamatan Negara,
Majlis Keselamatan Negara – Pemakluman
Pelaksanaan Fungsi Pengurusan
Pengendalian Government Computer
Emergency Response Team (GCERT) Oleh
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)
yang bertarikh 28 Januari 2019.

Prosedur ini digunakan bagi meningkatkan tahap
ketersediaan infrastruktur ICT bagi menyokong
penyampaian Perkhidmatan dan memperkukuhkan
keselamatan infrastruktur ICT bagi menjamin
kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat
sertabagi mengoptimumkan tahap pemantauan
infrastruktur ICT secara berterusan untuk
memberikan khidmat sokongan yang cekap.

4

1 PROGRAM PENGUKUHAN JPKN SEBAGAI PENERA JU
PERKHIDMATAN DIGITAL AKNS.
Mengukuhkan dan mempertingkatkan ketersediaan 1
serta kecekapan Sektor Awam Negeri Sabah dalam Program ini meliputi aktiviti yang bertujuan
untuk mengukuhkan kemampuan JPKN
meneraju dan melaksana perkhidmatan digital. sebagai peneraju dan rujukan utama
transformasi digital. Antara aktiviti yang akan
direncanakan adalah kajian keberkesanan dan
semakan semula polisi serta prosedur sedia
ada yang berkaitan ICT dan pewujudan satu
platform perkhidmatan Pusat Bantuan Digital
(Digital Help Centre) untuk seluruh daerah di
negeri Sabah.

PROGRAM RASIONALISASI STRUKTUR DAN FUNGSI
PERKHIDMATAN ICT AKNS
2
Merasionalisasikan struktur dan fungsi-fungsi
perkhidmatan ICT AKNS dengan
memperkemas dan mengkoordinasikan
semula fungsi perkhidmatan digital semua
pelanggan dan pemegang taruh (stakeholder)
secara holistik. Ini boleh dilaksanakan dengan
mewujudkan CDO di kementerian, jabatan
dan pejabat daerah seluruh Sabah serta
mengukuhkan struktur organisasi JPKN
dengan penambahan jawatan/peningkatan
gred.

PROGRAM PERLUASAN KOLABORASI STRATEGIK

1 PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA
Program ini bertujuan untuk memperluas

2 kolaborasi strategik ICT bukan sahaja di AKNS
tetapi ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa melalui inisiatif perkongsian
pengalaman dan penyelesaian digital yang
inovatif.

PROGRAM PENINGKATAN KEBERKESANAN ENTITI
BERKAITAN DENGAN TADBIR URUS ICT
2
Program ini bertujuan untuk menyemak
semula keberkesanan CIO dan SGCERT bagi
meningkatkan impak kewujudannya.

5

1 PROGRAM PENGUKUHAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Produk dan perkhidmatan perlu 1 ICT JPKN
Mempunyai ciri-ciri yang menepati Penjenamaan produk dan perkhidmatan ICT
JPKN merupakan salah satu strategi yang
piawaian semasa. akan dilaksanakan untuk meluaskan dan
mengukuhkan produk dan perkhidmatan
Jabatan. Selain itu, pendaftaran MyIPO produk
keluaran jabatan hendaklah sentiasa
dipraktikkan bagi memastikan jenama produk
terpelihara.

Aktiviti hebahan seperti penyediaan risalah produk selain daripada montaj produk
yang dihebahkan semasa pelancaran hebahan di laman web utama seperti
Sabah.gov.my, SinagingWeb, dan semua laman rasmi Agensi Kerajaan Sabah juga
akan turut dilaksanakan.

PROGRAM PEMANTAPAN DAYA SAING PRODUK
Untuk memantapkan daya saing produk
2 pelaksanaan penilaian kajian kepuasan produk
dan perkhidmatan perlu dilaksanakan dan
seterusnya membuat kajian dan pembangunan
seiring dengan penilaian tersebut.

2 PROGRAM PEWUJUDAN PERSEKITARAN DAN EKOSISTEM
KOMERSIAL
Jabatan perlu mempunyai persediaan untuk 01
Melakukan aktiviti pengkomersialan. Persediaan pemasaran sebelum
pengkomersialan produk dan perkhidmatan
JPKN merupakan perkara yang paling utama
untuk persekitaran dan ekosistem komersial
yang baik.

Pewujudan entiti untuk menguruskan hasil dan aktiviti
pengkomersialan serta mewujudkan kod hasil jabatan untuk
kutipan hasil produk adalah salah satu aktiviti yang direncanakan
dalam teras strategi enam (6) pelan strategik JPKN.

Dengan teraturnya koordinasi persediaan pemasaran untuk
dikomersialkan, pelaksanaan aktiviti dan kajian untuk komersial
boleh dijadikan rujukan kepada Jabatan atau Agensi serta
Kementerian lain seiring dengan visi utama JPKN untuk menjadi
peneraju dan rujukan utama dalam mengawal selia transformasi
kerajaan digital.

6

1 PROGRAM PEMERKASAAN PENGURUSAN PROFIL KERJAYA
1 & KEPAKARAN (PKK)

Pemerkasaan program ini akan dilaksanakan
dengan mengenalpasti bakat dan kepakaran
serta mewujudkan Analisa Data ICT Bagi Skill
Set Inventory (Baseline Performance) dengan
membangunkan repositori data Skill Set
personel ICT bagi menentukan keperluan
latihan dan persijilan.
Pelaksanaan Program Pendedahan dan Kesedaran kepada perkhidmatan awam
secara amnya, dan secara khusus kepada personel ICT untuk mencapai Pensijilan
dan Pengiktirafan kemahiran bagi mengurangkan jurang kemahiran dengan
fokus kepada bidang-bidang berikut :-
• Pembangunan Sistem
• Pengurusan Keselamatan Maklumat
• Pengurusan Infrastruktur ICT
• Pengurusan Strategi Data dan Maklumat
• Pengurusan Projek ICT
• Pembangunan Teknologi Multimedia

PROGRAM PEMANTAPAN KEMA JUAN KERJAYA PERSONEL

1 ICT

Membangunkan Pelan Kemajuan Kerjaya
Personel ICT dan kepakaran selari dengan
teknologi terkini serta mengukuhkan imej
2 positif dan membudayakan Pembelajaran
Berterusan. Ini juga ke arah penempatan
Meningkat dan memantapkan tahap pegawai ICT mengikut kepakaran dan set
Keupayaan dan kompetensi Perkhidmatan kemahiran bagi mewujudkan Personel ICT
yang berkualiti dan kompeten dalam
Sistem Maklumat bagi mengingkatkan menerajui dan melaksanakan inisiatif digital.
Keberkesanan penyampaian perkhidmatan Usaha ini juga dapat memastikan

digital.

penyampaian perkhidmatan ICT berada pada
tahap optimum kerana pegawai
melaksanakan tugas bedasarkan kepakaran
justeru lebih bermotivasi untuk melaksanakan
tugas dengan baik.

PROGRAM PEMBANGUNAN PROGRAM PENINGKATAN KOMPETENSI DAN
PROFESIONALISME (PENGURUSAN KEPAKARAN)
2
Membangunkan Hala Tuju Pembangunan Kompetensi (Competensy
Development Roadmap) bagi kedua - dua laluan kerjaya personel ICT
(bidang teknikal dan bukan teknikal) berdasarkan Data Kompetensi
Personel ICT lengkap yang mengandungi maklumat mengenai sejarah
perkhidmatan, pengalaman kerja serta latihan dan pembangunan
kompetensi yang telah dihadiri oleh setiap pegawai bagi memudahkan
penentuan hala tuju pegawai dan perancangan serta
mengoptimumkan urusan penempatan dan kenaikan pangkat.

PROGRAM PEMBANGUNAN POLISI PERSIJILAN KEPAKARAN (PPK)
Memperkemas lagi mekanisme tadbir urus pengiktirafan kepakaran
3 ICT bagi menentukan skop kerja, bidang kepakaran serta kemahiran
dan set kemahiran yang diperlukan. Polisi-polisi ini akan dijadikan
rujukan utama bagi menentukan hala tuju kerjaya perkhidmatan
personel ICT serta menghasilkan kepakaran dan pegawai rujuk ICT
yang profesional di peringkat Kerajaan Negeri dan Kebangsaan.

PROGRAM MEMANTAPKAN KOLABORATIF STRATEGIK ICT

1 Kerjasama antara agensi perlu pertingkatkan
untuk menggalakkan jalinan kolaboratif
meliputi perkongsian sumber, pengetahuan

3 dan kepakaran. Pentingnya wujud kerjasama
serta perkongsian data, ilmu dan kepakaran
merentasi agensi bagi memantapan tadbir urus
ICT yang seragam dan lebih strategik di
peringkat perkhidmatan awam yang dapat
memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai
inisiatif ICT di masa hadapan. Oleh itu,
kolaborasi di antara Agensi Kerajaan Negeri
memerlukan kombinasi perancangan dan
pengurusan yang lebih komprehensif dan
dinamik.

PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN LATIHAN & PENGGALAKKAN ICT
Kakitangan Sektor Awam perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan
2 ICT yang dinamik dan selari dengan perkembangan teknologi
pendigitalan terkini. Pengurusan latihan yang dilaksanakan akan
meningkatkan kompetensi diri pegawai dalam pengetahuan ICT supaya
lebih responsif terhadap keperluan persekitaran sistem penyampaian
Kerajaan dan perkembangan bidang ICT. Pengurusan latihan yang
teratur dan sistematik juga akan memangkin proses pembelajaran
secara berterusan bagi tujuan meningkatkan kemahiran serta kemajuan
kerjaya seterusnya.



‘’Pelan tindakan dan pelaksanaan
teras memberikan perincian
mengenai aktiviti di dalam
program-program bagi langkah-
langkah strategi setiap Pelan
Strategik JPKN 2021-2025.’’

1



2

BIS
BKS
BIS
BIS

3

BKS & BPA
BKS & BPA

BKS
BKS
BKS
BKS
BKS

4

BKK/BPP

JPKN – BKK/BOT
JPAN-BKD
KSTI

BPA/BKK

5

BKK
BKK

BKK

6





PENUTUP

Pelan Strategik JPKN 2021-2025 ini merupakan satu panduan yang
menggariskan enam (6) Teras Strategik ICT, dua belas (12) Langkah Strategi, dua
puluh tiga (23) Program bagi mencapai agenda Pendigitalan Penyampaian
Perkhidmatan Kerajaan Negeri Sabah. Kejayaan pelaksanaan program yang
dirancang bagi menyokong dan mencapai objektif teras strategik memerlukan
kerjasama dan kolaboratif antara Kementerian dan agensi Sektor Awam Negeri
Sabah.
Usaha-usaha bersama antara agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah yang telah
dilaksanakan perlu diteruskan bagi memantapkan lagi Kerajaan Negeri yang
saling berhubung dan seterusnya mencapai aspirasi Kerajaan Digital. Pelan ini
perlulah dipantau dan disemak semula selepas dua tahun pelaksanaannya bagi
memastikan penjajaran dengan hala tuju Pembangunan Negeri.
Pelaksanaan pelan ini amat memerlukan sokongan pemimpin dan tadbir urus
yang kolaboratif dan dinamik demi memastikan usaha yang dijalankan
berterusan bagi kemampanan pembangunan inisiatif ICT yang dirancang.

GLOSARI

JPKN Jabatan Perkhidmatan Komputer BPS Bahagian Pembangunan Sistem
Negeri BPP Bahagian Pentadbiran dan
KPINS Kementerian Sains, Teknologi dan BRP Pengurusan
Inovasi BIS Bahagian Perancangan dan
KSTI Kementerian Sains, Teknologi dan BOT Penyelidikan
Inovasi (dahulu dikenali sebagai BKK Bahagian Infrastruktur (dahulu
ICT KPINS) BPA dikenali sebagai PDKN)
Information, Communication and Bahagian Operasi Teknikal ICT
AKNS Technology (Teknologi Maklumat (dahulu dikenali sebagai BMS)
PKK dan Komunikasi). Bahagian Komunikasi Korporat
PBT Agensi Kerajaan Negeri Sabah (dahulu dikenali sebagai BSK)
LAN Profil Kerjaya dan Kepakaran Bahagian Pembangunan Aplikasi
IOT Pihak Berkuasa Tempatan (dahulu dikenali sebagai BPS)
SGCERT Rangkaian kawasan setempat
Internet of Things
GCERT Sabah Government Computer
Emergency Response Team
NACSA Government Emergency Response
CDO Team
CIO Agensi Keselamatan Siber Negara
DKICT Chief Digital Officer
PDKN Chief Information Officer
BKS Dasar Keselamatan ICT
BMS Pusat Data Kerajaan Negeri Sabah
Bahagian Keselamatan Siber
Bahagian Multimedia dan
Sokongan

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH

Aras 6 & 7, Blok A,
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah,

Jalan UMS, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

088-368900
088-215116
[email protected] (preferred)

WWW.JPKN.SABAH.GOV.MY


Click to View FlipBook Version