INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
NURFAQIHAH BINTI MOHD ASRI
ANGKA GILIRAN 2020192340207
NOMBOR KAD PENGENALAN 011210-03-0384
KUMPULAN PISMP JUN 2020 (F11)
NAMA KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
KOD KURSUS EDUP3023
NAMA PENSYARAH PUAN ZAIRIHAN BINTI CHE HARON
TARIKH HANTAR 4 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN i
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
Isi kandungan i
Penghargaan ii
1
1.0 PENGENALAN
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK JEAN PIAGET 2-3
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI TEORI PERKEMBANGAN 4-6
KANAK- KANAK
4.0 KESIMPULAN 7
Rujukan 8
ii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke atas Illahi dengan limpahan rahmat dan nikmat masa
serta tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya siapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Puan Zairihan
binti Che Haron, pensyarah bagi kursus Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (EDUP3023)
kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga
saya yang banyak memberi sokongan moral dan memahami situasi saya dalam
menyempurnakan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-
rakan yang menyokong dan banyak memberi semangat ketika saya amat memerlukan untuk
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.
1
1.0 PENGENALAN
Sejak dari lahir, manusia pastinya akan melalui perkembangan dari aspek fizikal,
kognitif, sosioemosi dan personaliti. Menurut (Alderfer C., 1972), beliau mendefinisikan
pertumbuhan sebagai suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke
satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. Manakala, perkembangan pula
dimaknakan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun. Secara harfiahnya. kedua-dua
aspek ini amatlah penting dalam kehidupan manusia untuk membantu manusia mencapai
kematangan dari segala segi.
Perkembangan dan juga pertumbuhan merupakan suatu proses yang saling berkait.
Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membantu guru
memahami konsep perkembangan kanak-kanak dengan lebih jelas (Azizi Yahaya &
Zainuddin Abu Bakar, 2010). Melalui pengetahuan tersebut, guru akan mampu untuk
menangani kanak-kanak dengan lebih baik. Hal ini demikian kerana, guru-guru tersebut
telah memahami tahap perkembangan mereka. Jadi, guru akan mampu untuk mengajar
berdasarkan peringkat-peringkat tersebut secara teratur dan sistematik.
Maka, beberapa tokoh yang terkenal telah mengeluarkan teori mereka yang
tersendiri berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Tokoh terulung tersebut
termasuklah Jean Piaget. Beliau telah memperkenalkan teori dan konsep untuk
menerangkan perubahan-perubahan dalam pemikiran logik yang ada dalam diri kanak-
kanak (Fatimah Ibda, 2015). Teori beliau telah membuka ruang kepada guru untuk
mengamati pengetahuan tersebut ke dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana teori beliau
telah banyak membantu guru dengan pelbagai kepentingan. Maka, untuk penerangan yang
lebih jelas, ayuh kita lebarkan sayap perbincangan kita untuk mengetahui dengan lebih
lanjut tentang kepentingan penguasaan guru terhadap teori perkembangan kanak-kanak
Jean Piaget.
2
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK BERDASARKAN JEAN
PIAGET
Jean Piaget merupakan tokoh psikologi yang terkenal di mata dunia oleh kajiannya
tentang perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak (Rido Kurnia, 2017). Piaget telah
menggunakan konsep biologi untuk menerangkan tentang psikologi pembelajaran. Minat
Jean Piaget dalam kajian tentang perubahan struktur dan evolusi pengetahuan dalam
pemikiran kanak-kanak telah menobatkan beliau sebagai Bapa Kanak-Kanak. Jean Piaget
percaya bahawa kanak-kanak telah melalui proses kognitif dalam membina pengetahuan
dan memahami dunia ini. Maka, dalam hal ini, beliau telah mengemukakan empat konsep
utama;
KONSEP DEFINISI
Skema
Asimilasi Struktur asas yang mewakili pengetahuan
mental seseorang
Akomodasi
Proses kognitif, iaitu individu mengintegrasi
maklumat atau oengalaman baharu ke dalam
skema sedia ada.
Mengubahsuai skema yang sedia ada untuk
menerima maklumat baharu atau
membentuk skema baharu untuk menerima
maklumat baharu
Ekuilibrasi Keseimbangan antara asimilasi dan
akomodasi.
3
Melalui perkembangan konsep-konsep yang telah dinyatakan beliau, kanak-kanak
juga akan melalui satu siri perkembangan yang berperingkat-peringkat;
Peringkat Huraian
1. Sensori Motor (0-2 Tahun) Bayi membina kefahaman tentang dunia
berdasarkan tindakan-tindakan fizikal
2. Praoperasi (2-7 Tahun) Kanak-kanak menggunakan bahasa dan imej
untuk mewakili pemahamannya tentang
dunia.
3. Operasi Konkrit (7-11 Tahun) Kanak-kanak membuat penaakualan yang
logik. Namun masih terikat kepada
objek/peristiwa yang konkrit. Kanak-kanak
pada peringkat ini akan memahami prinsip
kekakalan, klasifikasi, seriasi, dan kebalikan
4. Operasi Formal (12 Tahun - Dewasa) Kanak-kanak berfikir secara saintifik, dapat
menaakul secara abstrak, idealistik dan
logikal. Selain itu, mula menunjukkan minat
terhadap isu –isu sosial dan identiti diri.
4
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI TEORI PERKEMBANGAN KANAK- KANAK
Penguasaan guru terhadap teori perkembangan kanak-kanak pada umumnya
adalah untuk meningkat kualiti pendidikan. Hal ini demikian agar pemahaman guru berkaitan
teori tersebut akan mampu untuk membentuk murid yang normal pada peringkat-peringkat
yang mereka duduki. Pemahaman yang jelas oleh seorang guru akan membawa kepada
usaha untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang pendidikan. Pengetahuan guru
tentang perkara yang asas ini pastinya menonjolkan sisi profesion keguruan yang unggul
dalam diri guru tersebut.
Sebagai seorang guru, memahami kanak-kanak adalah suatu perkara yang pasti.
Jadi, teori perkembangan daripada Jean Piaget ini pastinya memberi kepentingan yang
utama kepada guru. Antaranya, teori perkembangan kanak-kanak Jean Piaget akan
memberi panduan kepada guru dalam Proses Pengajajaran dan Pembelajaran (PdP).
Hal ini demikian kerana, teori perkembangan tersebut telah menekankan konsep yang akan
dikuasai oleh seseorang kanak-kanak. Teori tersebut juga telah menyebut tentang peringkat
yang akan dilalui kanak-kanak. Jadi, dengan menjadikan teori tersebut sebagai panduan,
guru dapat merancang apa yang ingin mereka lakukan dalam proses PdP. Contohnya,
apabila seorang guru telah menguasai teori ini, mereka akan mengetahui bahawa pada
peringkat operasi konkrit, kanak-kanak akan berkembang lebih kepada bentuk operasi
(Nurul Amirah Mohd Razali & Zaidatun Tasir, 2008). Maksudnya, murid akan memahami
prinsip kekalan, konsep klasifikasi, seriasi dan kebalikan, Jadi, guru boleh menyediakan
objek maujud dalam PdP mereka untuk melibatkan pengalaman secara langsung kepada
kanak-kanak. Pembelajaran melalui alat maujud tersebut memberi kemudahan kepada
pelajar untuk memahami konsep berbanding dengan objek secara abstrak.
Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan kognitif yang
berbeza-beza. Keupayaan mereka pastinya melalui tahap-tahap dan aturan yang tertentu.
Jadi, berdasarkan teori tersebut, guru haruslah melaksanakan proses PdP berseseuaian
dengan perkembangan kognitif pelajar yang dinyatakan. Guru haruslah mengikut aturan
berdasarkan kajian yang telah ditetapkan. Seorang guru tidak sepatutnya memaksa kognitif
seseorang pelajar. Namun, mereka sepatutnya memahami setiap kelemahan yang dilihat
dari diri seorang pelajar dan membetulkannya. Maka, jelaslah bahawa penguasaan guru
dalam teori perkembangan kanak-kanak amat penting.
5
Selain itu, penguasaan guru terhadap teori perkembangan kanak-kanak juga
memberi kepentingan kepada guru dalam merancang pembelajaran yang sistematik.
Seperti yang telah diketahui, kognitif kanak-kanak adalah secara berperingkat. Jadi,
perancangan pelajaran haruslah mengambil kira tahap-tahap tersebut. Contohnya, proses
pembelajaran haruslah bermula daripada konkrit terlebih dahulu kemudian bergerak kepada
pembelajaran abstrak (Muhamad Afandi et.al, 2013). Hal ini demikian kerana kanak-kanak 7
hingga 11 tahun lebih menguasai operasi konkrit. Jadi, penguasaan abstrak iaitu secara
hafalan akan memberi kerumitan kepada mereka. Pembelajaran menggunakan pengalaman
yang sedia ada iaitu skema harus didahulukan berbanding pembelajaran menggunakan
pengalaman baharu iaitu asimilasi.
Setiap yang diajarkan di dalam teori menjadikan perancangan guru lebih sistematik
dan teratur. Hal ini demikian kerana guru tersebut mengikut peringkat dan konsep yang
diajarkan di dalam teori Jean Piaget. Kesannya, pelajar juga boleh memahami dengan jelas
kerana pembelajaran sesuai dengan peringkat yang mereka duduki. Maka, mereka tidak
akan rasa terbeban malah selesa dengan pembelajaran yang dilakukan.
Kemudiannya, penguasaan dalam teori perkembangan kanak-kanak Jean Piaget
amat penting untuk membantu guru memainkan peranan dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). Hal ini demikian kerana, mendasari teori tersebut, guru dapat
memerhatikan perkembangan setiap murid. Makananya, teori tersebut akan dijadikan
penanda aras untuk tahap kognitif kanak-kanak. Contohnya, apabila seorang guru
menyadari bahawa perkembangan kanak-kanak tersebut agak lambat berbanding teori yang
telah dinyatakan, guru tersebut haruslah melakukan pendekatan psikologi terhadap kanak-
kanak tersebut. Perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan alat dan bahan
serta teknik pengajaran akan membantu perkembangan kanak-kanak secara positif (Mok
Soon Sang, 2009). Maka, guru haruslah merancang dengan sebaiknya agar perkembangan
kanak-kanak kembali berada pada urutan yang betul. Contohnya, guru haruslah mengajar
kanak-kanak mengikut kemampuan berfikir dan konsep yang difahaminya. Secara perlahan-
lahan, guru akan mengubah tekniknya agar sesuai dengan perkembangan murid. Guru perlu
membawa satu pendekatan yang berbeza terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah
seperti ini. Contohnya, guru haruslah menguatkan konsep skema pada diri kanak-kanak
tersebut. Kemudian, guru menambahkan asimiliasi dan akhirnya berjaya menggunakan
konsep akomodasi berdasarkan pengetahuan yang ada diri murid.
6
Dalam hal ini, jelas bahawa teori perkembangan kanak-kanak adalah penting bagi
seorang guru untuk memahami keperluan psikologi murid mengikut peringkat
perkembangan. Hal ini demikian guru akan cuba untuk mengkaji muridnya berdasarkan teori
tersebut. Sebarang perkembangan positif mahupun negatif murid harus diambil tahu oleh
guru agar sebarang masalah yang melibatkan kognitif mereka dapat dielakkan. Guru
haruslah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah ini secara berkesan.
Akhirnya, penguasaan guru terhadap teori perkembangan kanak-kanak juga akan
membantu murid dalam meningkatkan perkembangan kognitif (Sri Anitah, 2007). Dalam hal
ini, guru akan menyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan
penemuan konsep atau prinsip yang dipelajari menggunakan daya pemikiran mereka.
Menurut Jean Piaget, guru haruslah menggunakan bahan yang sesuai untuk merangsang
perkembangan kognitif murid. Contohnya, guru prasekolah haruslah menyediakan
pengalaman hands-on pada kanak-kanak yang berada pada peringkat praoperasi. Kanak-
kanak boleh dibawa bermain dengan pasir serta membuat bentuk menggunakan pasir (Noor
Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, 2007). Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat
menerokai alam sekitar. Perkembangan kognitif kanak-kanak akan dirangsang apabila
mereka bermain. Contohnya, mereka akan menyelesaikan masalah yang berkaitan dalam
membuat bentuk menggunakan pasir. Jean Piaget menekankan proses PdP yang
menggalakkan murid menggunakan kaedah penyelesaian masalah menggunakan
kemahiran yang ada.
Penguasaan guru terhadap teori oleh Jean Piaget ini membuka ruang kepada kanak-
kanak menggunakan kemahiran mereka dengan sepenuhnya. Mereka mampu untuk
meningkatkan kemahiran kognitif berdasarkan penyelesaian masalah dalam aktiviti yang
disedikan guru. Guru bertindak sebagai pembimbing untuk meningkatkan kognitif mereka.
Jadi, setiap guru haruslah mengetahui tahap-tahap yang diduduki oleh murid-murid mereka
agar dapat membantu mereka meningkatkan perkembangan kognitif dengan efektif.
7
4.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, jelaslah bahawa penguasaan guru terhadap teori perkembangan kanak-
kanak amatlah penting. Setiap pengetahuan guru tentang teori ini akan membantu pelajar
meningkatkan kemahiran kognitif mereka. Malah, guru juga dapat merancang dengan lebih
sistematik PdP seharian mereka. Jadi, kedua-dua pihak iaitu guru dan murid-murid akan
mendapat manfaatnya. Guru bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara dalam
proses PdP. Namun, setiap guru haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan
termasuklah menguasai teori perkembangan kanak-kanak. Jelas bahawa menangani kanak-
kanak memerlukan pengetahuan yang meluas. Guru hendaklah mengkaji sifat kanak-kanak
itu sendiri sesuai dengan teori yang telah dikeluarkan untuk membantu perkembangan
kanak-kanak. Kesannya, apabila kanak-kanak berkembang dengan normal, pendidikan
mereka akan berada pada tahap yang positif. Maka, tahap kualiti pendidikan akan dapat
dimajukan dengan adanya kanak-kanak yang telah dididik dan dibentuk perkembangan
kognitifnya sejak dahulu lagi oleh guru-guru yang hebat.
8
RUJUKAN
Alderfer C. . (1972). Existence, relatedness & growth . Free Press.
Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar. (2010). Teori-teori perkembangan . Psikologi
Pendidikan.
Fatimah Ibda . (2015). Perkembangan kognitif: teori Jean Piaget. Intelektualita, 3(1), 1-12.
Nor Hashimah hashim & Yahya Che Lah . (2007). panduan pendidikan prasekolah. PTS
Professional.
Nurul Amirah Mohd Razali & Zaidatun Tasir . (2008). Rekabentuk sistem pembelajaran
konsep nombor berasaskan. Universiti Teknologi Malaysia, 8(1), 106-121.
Rido Kurnia. (2017). Konsep perkembangan kognitif menurut Al-Ghazali dan Jean Piaget.
UIN Raden Intan Lampung.
Sang, M. S. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia.
Sri Anitah . (2007). Strategi pembelajaran. Universitas Terbuka.