E-FOLIO JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KURSUS : MPU23032 PENGAJIAN ISLAM SESI 2 2022/2023 KELAS : DRM2 IMPLIKASI GLOBALISASI TERHADAP UMAT ISLAM NAMA NO. PENDAFTARAN FATIN FARHANA BINTI MOHAMED ALIZA 01DRM22F1009 NUR AQILAH BINTI ZULKEFLI 01DRM22F1016 NURUL EDRIENA BINTI AZHAR 01DRM22F1024 ISMAHANI BINTI MOHD HASNI 01DRM22F1026 PENSYARAH PEMBIMBING : PN.HAZWANI BINTI UBAIDILLAH
ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Perakuan Pelajar 3 Penghargaan 4 Pengenalan 5 Objektif 6 Rumusan Artikel 6 Punca-punca Berlaku Salah Faham Terhadap Islam 7 Kesan-Kesan Terhadap Isu Salah Faham 8 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Salah faham Terhadap Islam 8 Kesimpulan 9 Rujukan 11 Lampiran 12
PERAKUAN PELAJAR “Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya kami jelaskan sumbernya” 1. Tandatangan : Fatin Farhana Nama : FATIN FARHANA BINTI MOHAMED ALIZA No. Pendaftaran : 01DRM22F1009 2. Tandatangan : Aqilah Nama : NUR AQILAH BINTI ZULKEFLI No. Pendaftaran : 01DRM22F1016 3. Tandatangan : Nurul Edriena Nama : NURUL EDRIENA BINTI AZHAR No. Pendaftaran : 01DRM22F1024 4. Tandatangan : Ismahani Nama : ISMAHANI BINTI MOHD HASNI No. Pendaftaran : 01DRM22F1026
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, masa, tenaga dan kesihatan yang dianugerahkan kepada kami dalam menyiapkan tugasan e-folio ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih, kami ingin ucapkan kepada Ustazah Hazwani Bt Ubaidillah selaku pensyarah Pengajian Islam yang telah banyak memberi dorongan semangat serta bimbingan kepada kami sepanjang tempoh menyiapkan e-folio ini dengan jayanya. Begitu juga kepada rakan seperjuangan yang sudi berkongsi maklumat dan pendapat. Semoga Allah membalas kebaikan mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekumpulan yang telah berkerja keras, berkongsi idea, menghabiskan waktu dan tenaga dalam menyiapkan e-folio ini. Kerjasama mereka amat dihargai. Penghargaan dan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan galakan untuk menyiapkan projek ini. Ternyata sokongan daripada mereka membuatkan kami lebih bersemangat untuk menyiapkan projek ini walaupun pada mulanya agak susah bagi kami. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang e-folio ini disiapkan.
1.0 PENGENALAN APA ITU GLOBALISASI ? Globalisasi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini. Ia bermaksud kehidupan kita pada zaman dahulu berbeza berbanding dengan zaman sekarang. Secara umumnya juga kita dapat lihat bahawa globalisasi ini membawa pelbagai perubahan kepada kita terutamanya kepada generasi muda yang kian membesar. Antara contoh aspek yang terkesan dengan proses globalisasi ini adalah ekonomi, politik, sosial dan juga hiburan. Dalam topik ini juga akan membincangkan berkenaan punca-punca yang membawa kepada arus globalisasi serta langkah-langkah untuk mengawal globalisasi yang ada dengan mengaplikasikannya untuk melakukan hal-hal yang berfaedah dan mendapat keredaan Allah SWT. Tidak semua perubahan yang berlaku harus kita ikuti kerana kita sebagai umat Islam mempunyai pegangan hidup dimana semua perhiasan dunia adalah untu disandarkan semata-mata hanya kerana Allah SWT. 2.0 OBJEKTIF Objektif utama dalam menyiapkan tugasan e-folio ini adalah untuk: 2.1 Mengenal pasti isu-isu mengenai pengaruh globalisasi terhadap masyarakat Islam. 2.2 Mengkaji tentang punca-punca yang berlaku apabila masyarakat Islam dipengaruhi oleh globalisasi. 2.3 Mengenal pasti kesan-kesan berlakunya globalisasi terhadap umat Islam. 2.4 Mengkaji tentang langkah-langkah mengatasi pengaruh globalisasi terhadap masyarakat Islam.
3.0 RINGKASAN ARTIKEL Isu salah faham ini banyak dibicarakan terutama dalam media sosial. Tersebut merupakan 4 artikel yang berkaitan tajuk yang dibincangkan. Antara artikel tersebut ialah : 3.1 IDENTITI MUSLIM TERHAKIS Disediakan oleh Ismahani Binti Mohd Hasni https://malaysiagazette.com/2022/08/02/terhakis-identiti-muslim-di-era-globalisasi/ Seorang Muslim berhadapan dengan cabaran dunia yang dilihat semakin menghakis nilai dan identiti seorang Muslim. Ini kerana dunia yang sedang bergerak kepada akhir zaman ini merupakan medan ujian bagi mengukur sejauh mana tahap penghayatan dan pengamal seorang Muslim dan sudah tentunya ianya memerlukan kepda kekuatan iman dan takwa sera amal soleh dalam menghadapi situasi yang mencabar dan sangat rumit. Justeruadalah sangat penting sebagai seorang Muslim sentiasa menjaga dirinya adaripada tertipu dengan dunia ini. Allah berfirman dengan maksud “Ketahuilah bahawa yang dikatakan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah bawaan yang hidup berupa semata-mata”.
3.2 CABARAN PELAJAR MUSLIM DALAM ERA GLOBALISASI Disediakan oleh Fatin Farhana Binti Mohamed Aliza https://www.sinarharian.com.my/article/27678/pelajar-muslim-dalam-era-globalisasi Pada zaman dahulu, kesan pembelajaran amat sikit tetapi di zaman globalisasi ini ia perlu diguna pakai untuk memastikan sektor pendidikan tempatan mampu bersaing dengan negaranegara luar. Salah seorang pensyarah di UMP mengatakan bahawa transformasi perlu dilakukan bagi memastikan sektor pendidikan tempatan mampu menyaingi kehendak globalisasi sekaligus memacu kearah yang lebih dinamik. Salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar Muslim pada masa kini ialah, isu penguasaan bahasa pelbagai bangsa. Walaupun Bahasa Kebangsaan diajar didalam kebanyakkan matapelajaran di sekolah, kita perlu sedar bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa teknologi global buat masa ini. Untuk itu, dalam menghadapi era globalisasi ini perlu menyediakan diri dengan keupayaan bahas Melayu dan bahasa Inggeris yang baik.
3.3 PERUBAHAN NILAI MORAL MANUSIA DALAM BUDAYA DAN EKONOMI Disediakan oleh Nur Aqilah Binti Zulkefli https://news.limadetik.com/globalisasi-dan-perubahan-nilai-moral-manusia-dalam-budaya-danekonomi/?amp=1 Masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam tidak terlepas daripada menghadapi dilema ini kerana arus globalisasi yang memuncak kini menyebabkan pendedahan kepada maklumat internet yang tidak ditapis dan menjadi ikutan ramai. Masyarakat Islam akan cenderung untuk mengikuti dan meneroka budaya-budaya baharu yang ditonjolkan oleh negara Barat dalam usaha memperluaskan pengaruh mereka. Selain itu, globalisasi dapat mempengaruhi nilai moral mmanusia melalui perubahan budaya. Globalisasi telah memmungkinkan masyarakat untuk terlibat dalam budaya global, dan telah memperkenalkan nilai-nilai yang berbeza dari berbagai belahan dunia. Namun, dalam budaya global terdapat kemungkinan bahawa nilainilai tradisi akan terabai dan menyebabkan masyarakat kehilangan budaya mereka tersendiri.
3.4 DAMPAK POSITIF GLOBALISASI DI BERBAGAI BIDANG Disediakan oleh Nurul Edriena Binti Azhar https://amp.kompas.com/nasional/read/2022/04/19/02000071/dampak-positif-globalisasi-diberbagai-bidang Globalisasi memunculkan proses tatanan masyarakat yang mendunia dan tidak lagi mengenal batas wilayah. Sehingga suatu negara tidak dapat melepaskan diri dari pergaulan budaya luar. Salah satu dampak positif globalisasi dalam bidang ekonomi ialah, merupakan faktor dominan dalam menjelaskan pengaruh globalisasi di setiap negara di dunia.Selain itu, dampak positif dalam bidang politik pula ialah meningkatkan penghormatan dan penghargaan terhadap hak asasi manusia dan perlindungan atas perlakuan diskriminasi. Seterusnya, dampak positif dalam bidang sosial dan budaya ialah penyebaran nilai-nilai positif dari budaya asing atau percampuran budaya. Contohnya dari segi pakaian yang berkembang pesat saat ini. Akhir sekali, melalui bidang pertahanan dan keamanan ialah dapat meningkatkan berbagai macam senjata perang mulai dari yang sederhana hingga yang paling modern.
4.0 PUNCA-PUNCA IMPLIKASI GLOBALISASI TERHADAP UMAT ISLAM Berdasarkan isu-isu yang dibincangkan diatas terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya salah faham terhadap Islam iaitu:- 4.1 Ilmu tentang pemikiran barat Ilmu tentang pemikiran orang barat adalah terlalu memikirkan tentang ubat yang boleh menyembuhkan segala penyakit. Padahal disebaliknya hanya dengan izin Allah sahaja sesuatu perkara itu boleh berlaku. Menurut Islam, hanya dengan kuasa Allah SWT dapat menyembuhkan sakit seseorang dan ubat itu hanyalah asbab kepada penyembuhan seseorang. 4.2 Proses pembangunan sosial Proses pembangunan sosial juga menjadi punca kepada isu globalisasi. Antaranya ialah cara mentadbir kerajaan. Seperti yang kita tahu, negara Malaysia ialah negara yang berteraskan Islam dan menggunakan adama Islam sebagai agama rasmi negara. Seiring dengan kemajuan zaman, Malaysia mula mengikuti cara pentadbiran yang telah diguna pakai oleh negaranegara barat seperti Amerika. Dengan berkonsepkan raja berpelembagaan, kuasa raja-raja Melayu mula terhakis sehigga mereka bersetuju dan menolak jika diajukan pertanyaan dan berkait dengan agama Islam. Di sini dapat dilihat bahawa proses pembangunan ini telah memberi kesan buruk kepada raja-raja Melayu kerana kuasa mereka tidak sebesar pada zaman dahulu. Ia juga memberi kesan terhadap negara Islam yang lain. 4.3 Anak yang tidak sah taraf Anak tidak sah taraf berlaku kerana sikap ibu bapa yang kurang mementingkan ilmu agama dan tidak melakukan akhlak yang baik kepada anak-anak. Hal ini terjadi kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga terlupa akan didikan agama kepada anak-anak dan tidak peduli sekiranya anak mereka tidak pulang ke rumah. Oleh hal demikian, anak-anak akan mencari kepuasan sehingga berlakunya anak yang tidak sah taraf atau anak luar nikah. Hal ini berkaitan dengan bersedudukan antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sehingga melahirkan anak yang tidak sah taraf. 4.4 Tinggal sebumbung bersama bukan mahram sebelum berkahwin Remaja kini terlalu mnegikut cara hidup orang barat dimana mereka menetap sebumbung dengan bukan mahram tanpa mempunyai tali ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Hal ini disebabkan mereka terdedah dengan media sosial yang boleh memberi kesan yang buruk sekiranya kita tidak menggunakannya untuk perkara baik. Selain itu, mereka menonton televisyen yang negatif seperti rancangan orang Asia yang tidak malu membuat adegan bercium antara lelaki dengan perempuan yang tiada tali ikatan yang sah. Oleh sebab itu, akhlak masyarakat Islam terutamanya remaja pada masa kini cenderung kea rah negatif dan menyebabkan keruntuhan akhlak.
5.0 KESAN-KESAN BERLAKUNYA GLOBALISASI TERHADAP UMAT ISLAM Terdapat beberapa kesan globalisasi terhadap umat islam antaranya : 5.1 Budaya masyarakat islam Kehidupan Masyarakat islam pada hari ini banyak dipengaruhi dari cara kehidupan budaya barat yang sebelum ini masyarakat melayu islam mempunyai budaya dan identitinya yang tersendiri. Namun, oleh kerana disebabkan pengaruh budaya barat yang berleluasa menyebabkan cara kehidupan masyarakat melayu islam berubah dari segi pemakaian yang tidak menutup aurat, cara percakapan yang mengandungi unsur lucah dan tidak bermanfaat, dari segi gaya pemakanan misalnya masyarakat melayu islam lebih mengembari makanan western, kfc , mcdonald dan seangkatanya. 5.2 Pemesongan akidah umat islam Akidah adalah tonggak yang membentuk jati diri umat islam, yang menjadikan amal kebaikan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta menjadi benteng daripada perkara khurafat dan syirik. Malangnya , kemudahan teknologi pada harini yang dapat memberi manfaat dan kebaikan disebaliknya digunakan dengan cara yang salah yang dimana , ideologi-ideologi agama yang sesat bukan berlandaskan al-quran atau hadis mudah disebarkan di media massa seperti tersebar video yang berdurasi beberapa saat di Tiktok misalnya tersebar hadis-hadis yang daif , mengakibatkan umat mudah terpecaya dari individu yang berniat jahat atau melakukan demi kepentingannya untuk menyesatkan dan merosakkan akidah umat islam. Kesanya umat islam menjadi keliru serta mudah terpengaruh dan bagi individu yang kurang pengetahuan ilmu agama mudah disesatkan. 5.3 Pengaruh sosial barat Era Globalisasi atau senonimnya dunia tanpa sempadan menjadikan pengaruh budaya barat mudah disebarkan di platform media sosial seperti di Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter dan banyak lagi. Dari situlah, cara bagaimana orang barat cuba menarik umat islam untuk mengikuti dan menyokong perbuatan mereka dalam aspek pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batas, seks bebas , berkaitan jantina (lgbt) , clubbing yang semua mengutamakan nafsu semata-mata. Malahan terdapat juga aplikasi seperti “dating app atau make new friends” yang dimana mengalakkan lagi terutamanya golongan remaja dalam bergaul dengan berlainan jantina dengan mudah dan tanpa batas. Kesannya , meruntuhkan akhlak dan perasaan malu menghilang serta mengadaikan maruah .
5.4 Menjejaskan keselamatan negara Negara yang aman dan sejahtera dapat dilihat dari segi politiknya yang baik. Namun begitu kesan globalisasi menyebabkan berlakunya campur tangan atau bantuan dari kumpulankumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada sebagai contoh di negara Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka (orang barat) untuk membangunkan senjata nuklear dan memberi latihan kepada kumpulan pengganas . Justeru, adanya pengintipan dari musuh atau tali barut dalam mendapatkan maklumat peribadi negara demi kepentingan mereka. Malah , adanya penggodaman menggodam sistem pertahanan negara demi mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara. 6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM …Berdasarkan isu-isu yang telah dibincangkan diatas, terdapat beberapa langkah yang dapat kita lakukan dalam kehidupan. Sebagai contoh , 6.1 Menghormati perbezaan Sebagai umat islam kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa diantara kita pasti wujud istilah perbezaan. Bukan pada kita sahaja, malah pada semua pihak mahupun yang bukan islam. Setiap individu pasti mempunyai caranya yang tersendiri. Perbezaan haruslah diterima oleh semua kaum sebagai satu hakikat yang perlu kita manfaatkan dengan cara yang betul. Semua manusia ada kefahaman dan andaian masing-masing, tapi sebagai umat islam haruslah kita menyuarakan dengan cara yang berhemah agar tidak mewujudkan salah faham diantara sahabat. Jadi, kita perlu sering menghormati anfdaian atau tanggapan orang lain terhadap sesuatu perkara. 6.2 Memiliki kesedaran tentang visi dan misi hidup Kesedaran yang dimiliki pada setiap orang adalah berbeza-beza. Namun, ramai yang tidak sedar tentang tujuan hidup masing-masing. Kita seharusnya sedar akan tujuan hidup dan sedar siapa diri kita yang sebenarnya, nescaya kita mempunyai kesedaran tentang visi dan misi hidup kita. Apabila kita mempunyai visi dan misi hidup yang tepat dan jelas, maka pandangan alam tentang peranan hamba dan khalifah, hasanah dunia dan akhirat, kehidupan dan kematian akan tepat.
6.3 Memantapkan lagi kefahaman islam Memberi kefahaman yang jelas tentang islam yang sebenar, iaitu yang pertama memantapkan lagi ilmu wahyu untuk membangunkan rohaniah kita sebagai manusia iaitu hamba Allah SWT. Seterusnya, meningkatkan lagi ilmu aqil bagi membina kepakaran yang tinggi sebagai khalifah. Salah faham terhadap islam harus di atasi dengan penjelasan yang mudah dan padat. Persoalan yang selalu orang akan tanya adalah tentang amal ibadat seperti solat, zakat, puasa, dan sebagainya. Jadi umtuk memantapkan lagi kefahaman islam haruslah melakukan amal ibadat untuk membangkitkan lagi rohaniah kita dengan guru yang betul agar tidak timbul salah faham. 6.4 Melaksanakan sistem hidup islam yang bersepadu dan berterusan Apabila kita sedar dan faham tentang islam, maka kita haruslah melaksanakan sistem hidup islam. Inilah sebenarnya bentuk islam yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika islam dapat difahami secara ilmiah dan amaliah dengan sempurna maka kesannya akan terasa. Salah faham dapat dikurangkan apabila ada yang menjadi teladan. Hanya Rasulullah SAW yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam kehidupan seharian. Jadi, kita haruslah mencontohi baginda walaupun kita tidak dapat menjadi seperti baginda tetapi kita berusaha untuk mencontohi beliau sudah memadai. 6.5 Mengamalkan gaya hidup islam yang sebenar Ada banyak perkara yang masyarakat perlu ubahkan dalam kehidupan seharian contohnya berkenaan dengan kebersihan. Seperti yang kita tahu kebersihan adalah separuh daripada iman. Kalau kita lihat pada hari ini kebanyakan bandar-bandar yang didiami oleh umat islam sangat kotor jika kita hendak bandingkan dengan negara-negara orang bukan islam. Walaupun perkara ini bukan berlaku di semua tempat yang didiami oleh umat islam tetapi perkara ini boleh mencemarkan nama baik seluruh umat islam seperti kata pepatah ‘Kerana nila setitik rosak susu sebelanga’. Jadi, sebagai seorang umat islam amat penting bagi kita untuk menjaga kebersihan dalam semua perkara termasuklah kebersihan persekitaran rumah, kebersihan diri dan sebagainya. Oleh sebab itu, umat Islam perlu terapkan perkara ini dalam diri masingmasing kerana Allah SWT tidak suka kepada orang yang suka akan kekotoran.
7.0 KESIMPULAN/ PENUTUP Kesimpulannya, berdasarkan objektif dan maklumat yang kami peroleh, terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan perkembangan globalisasi terhadap masyarakat Islam. Globalisasi ini bukan hanya di dominasi oleh kuasa barat sahaja, malah kuasa timur. Perkembangan globalisasi ini terdapat banyak kebaikan dan kekurangan terhadap masyarakat Islam seperti pembangunan dan teknologi. Globalisasi ini adalah satu perubahan yang berlaku di sesuatu tempat ataupun dialami oleh negara. Akhir sekali, kami berharap perkembangan globalisasi ini akan beterusan ke arah yang baik tanpa menjejaskan agama dan masyarakat Islam dan masyarakat yang lain. CARTA GANT BI L PROSES/MINGGU MINGGU 11 MINGGU 12 MINGGU 13 MINGGU 14 1. Perancangan tajuk dan perbincangan dengan pensyarah kursus. 2. Pengumpulan data dan maklumat. 3. Proses analisa integrasi dan proses edit. 4. Serahan kepada pensyarah dan pembentangan.
JADUAL PENGURUSAN KUMPULAN BIL PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN PENSYARAH T.TANGAN & TARIKH 1. Mendapat tugasan daripada pensyarah Pengajian Islam 2. Memilih dan membincangkan tentang 4 artikel yang berkaitan dengan implikasi globalisasi terhadap umat Islam 3. Mencari maklumat tentang punca dan kesan globalisasi terhadap umat Islam 4. Mencari maklumat tentang langkah untuk mengatasi masalah globalisasi terhap umat Islam 5. Mengumpulkan semua bahan rujukan yang berkaitan
RUJUKAN BUKU: Wan Norina Wan Hmat. (2023). Siri Politeknik Pengajian Islam .Penerbit Ehsan (M) Sdn.Bhd.: 77, Jalan Penerbit U1/43, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia WEB: Artikel 1 - https://malaysiagazette.com/2022/08/02/terhakis-identiti-muslim-di-eraglobalisasi/ Artikel 2 - https://www.sinarharian.com.my/article/27678/pelajar-muslim-dalam-eraglobalisasi Artikel 3 - https://news.limadetik.com/globalisasi-dan-perubahan-nilai-moral-manusiadalam-budaya-dan-ekonomi/?amp=1 Artikel 4 - https://amp.kompas.com/nasional/read/2022/04/19/02000071/dampak-positifglobalisasi-di-berbagai-bidang https://prezi.com/p/64vx3aesojf_/pengaruh-globalisasi-terhadap-masyarakatislam/?frame=e09cc8cb0a615bf66953989aaf4cba5ecc81cb1f
LAMPIRAN