PENGAJIAN AM 900/2
MENGAPAI A
SEMESTER 2 2021
SEMESTER 2 2021
DISEDIAKAN OLEH :
PN HAZALINA BINTI HAZALI
1
LATIHAN SET 1
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
1. Program Transformasi Ekonomi (PTE) telah dibangunkan berteras kepada 12 Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA) bagi merubah ekonomi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Senaraikan 4
daripada 12 bidang tersebut. [4]
i …………………………………………………………………………………………………...…
ii ……………………………………………………………………………………………………..
iii ……………………………………………………………………………………………………..
iv ……………………………………………………………………………………………………...
2. Nyatakan tiga prinsip asas bagi mewujudkan kebudayaan kebangsaan di Malaysia. [3]
i …………………………………………………………………………………………………..…
ii …………………………………………………………………………………………………..…
iii …………………………………………………………………………………………………..…
3. Teknologi Hijau adalah teknologi dalam pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan kesan negatif kepada aktiviti manusia.
Berikan empat langkah strategik yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Dasar Teknologi Hijau
[4]
i …………………………………………………………………………………………………..…
ii …………………………………………………………………………………………………..…
iii …………………………………………………………………………………………………..…
iv …………………………………………………………………………………………………..….
4. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah mengenal pasti enam aspirasi setiap murid
perlu ada bagi memastikan mereka dapat bersaing di peringkat global. Nyatakan empat daripada
aspirasi tersebut. [4]
i …………………………………………………………………………………………………..…
ii …………………………………………………………………………………………………..…
iii …………………………………………………………………………………………………..…
iv ……………………………………………………………………………………………………..
2
Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga anggaran
tahun 2005.
Sektor pertanian dan perlombongan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan
eksport negara di samping membekalkan bahan mentah kepada industri tertentu di Malaysia.
Pengeluaran minyak sawit Malaysia dianggarkan mencatat peningkatan berterusan dari tahun
2002 hingga tahun 2005 berikutan dengan peningkatan hasil sehektar dan harga minyak sawit yang
tinggi. Pada tahun 2002, minyak sawit mencatat pengeluaran sebanyak 11909 ribu tan metrik, iaitu
pengurangan sebanyak 1446 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2003. Pengeluaran minyak sawit
terus meningkat kepada 13976 ribu tan metrik pada tahun 2004 dan dianggar meningkat lagi sebanyak
1324 ribu tan metrik setahun kemudiannya. Walau bagaimanapun, peningkatan pengeluaran ini tidak
menjamin peningkatan yang berterusan bagi jumlah perolehan eksport minyak sawit Malaysia kerana
pada tahun 2004, perolehan eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM364 juta berbanding
dengan RM20411 juta pada tahun 2003. Pada tahun 2002, perolehan eksport minyak sawit Malaysia
ialah RM14838 juta dan dianggar mencapai RM20550 juta pada tahun 2005.
Pengeluaran getah pula mencatat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2004, tetapi dianggar
merosot pada tahun 2005 kerana keluasan kawasan tanaman getah yang semakin berkurang. Pada tahun
2002, pengeluaran getah adalah sebanyak 890000 tan metrik dan terus meningkat sebanyak 96000 tan
metrik pada tahun 2003. Pada tahun 2004, pengeluaran getah meningkat lagi sebanyak 182000 tan metrik
berbanding dengan tahun sebelumnya, tetapi diramalkan merosot sebanyak 23000 tan metrik pada tahun
2005. Perolehan eksport getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada
tahun 2005 setelah mencatat peningkatan dari tahun 2002 hingga tahun 2004. Pada tahun 2003,
perolehan eksport getah adalah sebanyak RM3582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1090 juta
berbanding dengan tahun 2002. Pada tahun 2004, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM5197 juta
tetapi dianggar berkurang sebanyak RM197 juta pada tahun 2005.
Gas asli cecair pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan medan
gas asli cecair yang baru beroperasi. Pada tahun 2002 sahaja, pengeluarannya adalah sebanyak 15007
ribu tan metrik dan meningkat kepada 20729 ribu tan metrik pada tahun 2004, iaitu peningkatan
sebanyak 3418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2003. Pengeluaran ini
dijangka meningkat lagi kepada 20936 ribu tan metrik pada tahun 2005, manakala perolehan eksport gas
asli cecair pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM3470 juta berbanding dengan tahun 2002 yang
mencatat perolehan sebanyak RM9888 juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM17079 juta pada
tahun 2004 dan dijangka meningkat lagi sebanyak RM1596 juta pada tahun 2005 berbanding dengan
tahun 2004.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia,
Laporan Ekonomi 2005/2006, Kuala Lumpur)
3
6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
enrolmen pelajar di institut pengajian tinggi tempatan mengikut peringkat pengajian utama pada tahun
2000, 2005, 2010 dan anggaran tahun 2015.
Sejajar dengan pertumbuhan penduduk dan peningkatan taraf sosioekonomi rakyat, enrolmen
pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan telah meningkat hampir 100% dalam tempoh 2000
hingga 2010. Jumlah enrolmen di IPT, iaitu awam dan swasta meningkat sebanyak 529542 orang
menjadi 1 103 963 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2000. Enrolmen pelajar di IPT tempatan
dijangka meningkat lagi hampir 50% atau 506 445 orang, menjelang tahun 2015.
Untuk pengajian di peringkat sijil, seramai 23 819 orang mendaftarkan diri di IPT awam,
manakala seramai 81 754 orang pula mendaftarkan diri di IPT swasta pada tahun 2000. Enrolmen di IPT
awam meningkat 14 112 orang menjadi 37 931 orang, pada tahun 2005. Angka enrolmen terus
meningkat mencapai paras 40 204 orang pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2015,
enrolmen peringkat sijil IPT awam dijangka merosot lebih 35.6% atau 14 277 orang berbanding tahun
2010. Sebaliknya, enrolmen bagi peringkat ini di IPT swasta mengalami peningkatan berterusan iaitu 94
949 orang pada tahun 2005, meningkat lagi sebanyak 9 064 orang pada tahun 2010. Pada tahun 2015,
enrolmen peringkat sijil di IPT swasta dijangka meningkat sebanyak 58.1% atau 49 937 orang
berbanding tahun 2010.
Sementara itu, pola enrolmen peringkat diploma di IPT awam dan swasta mengalami
peningkatan konsisten. Bilangan enrolmen peringkat diploma meningkat seramai 7 555 orang menjadi
98 953 orang pada tahun 2005 berbanding enrolmen pada tahun 2000 di IPT awam. Angka ini terus
meningkat lagi sebanyak 50 749 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2005. Menjelang tahun 2015,
dijangka seramai 184 778 orang akan mendaftar untuk mengikuti kursus di peringkat ini di IPT awam.
Enrolmen bagi peringkat diploma di IPT swasta dijangka meningkat lebih dua kali ganda atau 197.1%
menjadi 347 724 orang pada tahun 2015 berbanding enrolmen pada tahun 2000. Pada tahun 2005,
enrolmen peringkat ini meningkat seramai 14372 orang menjadi 131 428 orang berbanding tahun 2000.
Enrolmen peringkat ini di IPT swasta terus bertambah menjelang tahun 2010, iaitu meningkat seramai
94 569 orang berbanding tahun 2005.
Enrolmen di peringkat ijazah pertama, baik di IPT awam mahupun IPT swasta dijangka
mengalami peningkatan besar. Malah, enrolmen bagi peringkat ijazah pertama di IPT swasta dijangka
meningkat lebih 5 kali ganda dalam tempoh tahun 2000 hingga tahun 2015. Enrolmen bagi peringkat ini
di IPT swasta meningkat seramai 315 297 orang menjadi 375 229 orang pada tahun 2015 berbanding 59
932 orang pada tahun 2000. Sementara itu, antara tahun 2005 hingga tahun 2010, angka enrolmen
peringkat ini terus meningkat lebih 100% atau 117 173 orang pada tahun 2010 berbanding 110 591 orang
pada tahun 2005.
Akhir sekali, enrolmen bagi ijazah pertama di IPT awam dijangka meningkat dalam lingkungan
110% atau 187 997 orang. Peningkatan enrolmen yang lebih tinggi berlaku antara tahun 2005 hingga
tahun 2010, iaitu meningkat sebanyak 75 028 orang menjadi 287 354 orang pada tahun 2010 berbanding
tahun 2005. Antara tahun 2010 hingga tahun 2015, enrolmen peringkat ijazah pertama di IPT awam
dijangka meningkat seramai 71 437 orang. Sebaliknya peningkatan enrolmen peringkat ini paling sedikit
berlaku antara tahun 2000 hingga tahun 2005, iaitu meningkat cuma 41 532 orang pada tahun 2005
berbanding tahun 2000.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada RMK8, RMK9 dan RMK10)
4
Bahagian C
[25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.
7. Penghayatan Rukun Negara semakin luntur dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, pelbagai
langkah perlu diambil untuk menanganinya. Bincangkan.
8. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menyebabkan berlakunya krisis air. Justeru itu, pelbagai
langkah perlu diambil untuk mengatasinya. Jelaskan.
5
LATIHAN SET 2
Jawab semua soalan
1. Huraikan dua cara yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk menghayati pinsip
Rukun Negara. [4]
i ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
ii ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2. Nyatakan tiga objektif Dasar Sukan Negara. [3]
i ____________________________________________________________________
ii ____________________________________________________________________
iii ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
3. Objektif umum Pelan Integriti Nasional adalah untuk merealisasikan cabaran keempat Wawasan
2020 iaitu membentuk masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya. Jelaskan dua nilai yang
terkandung dalam Pelan Integriti Nasional. [4]
i ____________________________________________________________________
ii ____________________________________________________________________
iii ____________________________________________________________________
iv ____________________________________________________________________
4. Nyatakan empat aspirasi yang perlu dimiliki oleh seseorang murid dalam membantu negara
Malaysia menduduki kelompak sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS
& PISA pada tahun 2025. [4]
i ____________________________________________________________________
ii ____________________________________________________________________
iii ____________________________________________________________________
iv ____________________________________________________________________
6
BAHAGIAN B
Jawab satu soalan dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat dalam kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan aliran kadar pertumbuhan guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama
di Semenanjung Malaysia bagi tempoh yang dinyatakan.
Dalam tempoh tahun 2009 hingga tahun 2013 jumlah guna tenaga dalam pekerjaan utama
dijangka mengalami peningkatan berterusan. Dalam tempoh ini, guna tenaga dalam pekerjaan utama
dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan purata 1.3% setiap tahun. Walau bagaimanapun, guna
tenaga dalam beberapa kumpulan mencatatkan kadar pertumbuhan negatif sepanjang masa.
Guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan perkhidmatan dan jurujual, iaitu mencatatkan
pertumbuhan yangpositif dengan kadar 7.0% pada tahun 2009, merosot sebanyak 1.5% pada tahun
berikutnya. Pada tahun 2011, kadar pertumbuhan pekerjaan ini mengalami pengurangan kepada 4.7%
dan -0.8% pada tahun 2012. Keadaan yang sama juga berlaku dalam kumpulan pekerja perkeranian
mencatatkan pertumbuhan yang positif sepanjang masa kecuali pada tahun 2012. Pada tahun 2009, guna
tenaga sektor ini meningkat daripada 3.8% kepada 5.5% pada tahun 2010. Pada tahun 2011, kadar
pertumbuhan pekerjaan ini menjadi kecil, iaitu 2.6% dan terus bertambah buruk menjadi -2.7% pada
tahun 2012. Sebaliknya pada tahun 2013, kadar pertumbuhan kedua-dua sektor ini dijangka mengalami
pertumbuhan yang positif, iaitu masing-masing 1.4% dan 2.4%.
Sementara itu, guna tenaga dalam sektor pekerja mahir pertanian dan perikanan sentiasa
mengalami pertumbuhan negatif bagi tempoh tahun 2009 hingga tahun jangkaan 2013. Pada tahun
2009, kadar pertumbuhan sektor ini ialah4.6%. Pada tahun 2010 , kadar yang dicatatkan bertambah baik
iaitu sebanyak 1.4%. Pada tahun 2011, kadar pertumbuhan kembali merosot iaitu menjadi 3.4%,
manakala kadar pertumbuhan pada tahun 2012 kembali meningkat kepada 2.2% dan pada tahun 2013
dijangka meningkat lagi kepada 1.0%.
Guna tenaga pekerja operator loji dan mesin mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak -5.1%
pada tahun 2009 dan -3.6% pada tahun berikutnya. Namun, kadar pertumbuhan kumpulan pekerjaan ini
semakin meningkat pada kadar positif, iaitu 0.7% pada tahun 2011 dan terus kukuh pada tahun 2012
iaitu meningkat sebanyak 0.5%. Pada tahun 2013 dijangka meningkat sebanyak 0.3% berbanding tahun
2012. Seterusnya, guna tenaga pekerja pertukangan mencatatkan pertumbuhan positif iaitu 1.6% pada
tahun 2009 dan merosot ke tahap -2.4% pada tahun 2010 serta pulih sedikit kepada -1.5% pada tahun
2011. Namun begitu, kadar pertumbuhan menjadi lebih buruk pada tahun 2012 dengan kadar -4.3%
sebelum melonjak naik menjadi 5.3% pada tahun jangkaan 2013.
(Disesuaikan daripada Rancangan Malaysia ke-9
Dan Rancangan Malaysia ke-10)
7
6. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes
di negeri-negeri yang terpilih dan nilai kompaun yang dipungut pada setiap tahun yang
diberikan.
Negara kita mempunyai sistem jaringan jalan raya yang maju berbanding dengan negara-negara
sedang membangun yang lain. Namun, di sebalik kemajuan itu, banyak kes kemalangan jalan raya yang
berlaku. Malah ada pihak yang melaporkan angka kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya
di Malaysia dianggap serius.Sesungguhnya jalan raya boleh jadi pembunuh nombor satu seandainya
tindakan yang mampan tidak dirancang dan dilaksanakan secara ikhlas.
Bagi membendung keadaan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama pihak
berkuasa lain, tidak ketinggalan dalam menguatkuasakan peraturan yang ada dengan mendenda
pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan. Sejak tahun 2012 hingga 2014, banyak saman
telah dikenakan dan pesalah yang terlibat terpaksa menjelaskan kompaun yang dikenakan.
Dalam tahun 2012, sebanyak 4 000 kes saman dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai kesalahan
pengguna jalan raya di Kelantan, Terengganu kurang 600 kes berbanding dengan Kelantan dan Pahang
mencatat sebanyak 4 200 kes. Hasil kompaun yang telah berjaya dipungut iaitu RM1 200 000 bagi
Kelantan, RM998 500 bagi Pahang dan RM744 000 bagi Terengganu.
Sepanjang tahun 2013, kompaun telah dikutip sebanyak RM1 010 000 bagi Pahang, RM715
500 bagi Terengganu dan RM1 293 300 bagi Kelantan. Hasil kompaun jelas meningkat disebabkan
sikap pengguna jalan raya di negeri ini yang tidak sabar semasa menghadapi masalah kesesakan lalu
lintas. Di Kelantan, kes saman telah meningkat sebanyak 1 200 kes, Terengganu mencatat peningkatan
sebanyak 600 kes dan Pahang menokok kepada 5 100 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.
Pada tahun 2014 pula, keadaan tidak banyak berubah. Karenah pengguna jalan raya
terutamanya cukup menguji kewibawaan pihak berkuasa khasnya JPJ. Di Pahang, sebanyak RM93 6600
kompaun telah dikutip hasil daripada 5 600 kes saman yang dikenakan. Terengganu RM980 000
kompaun untuk 4 800 saman dan di Kelantan RM1 159 600 kompaun untuk 6 200 kes saman yang
dikeluarkan.
Akhir sekali, bagi tahun 2015, hanya Kelantan dijangka menunjukkan perkembangan positif,
sedangkan Terengganu dan Pahang tidak banyak berubah. Di Kelantan, hanya 5500 kes saman yang
dijangka dikeluarkan. Manakala di Terengganu 6 500 kes dijangkakan dikeluarkan saman.Di Pahang
pula, kes saman dijangka meningkat sebanyak 600 kes sehingga kompaunnya mencecah RM1 129 000.
Kompaun yang dikutip di Kelantan dijangka merosot sedikit kepada RM950 000 berbanding dengan
Terengganu yang mengatasinya sebanyak RM120 000. Amaun kompaun ini bukanlah menjadi
kebanggaan jika sikap pengguna jalan raya masih memandu mengikut perasaan dan bukannya memandu
mengikut peraturan.
(Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan
Pengangkutan Jalan, 2015)
8
Bahagian C [25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.
7. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Walau bagaimanapun
terdapat pelbagai kekangan dalam usaha pembinaan negara bangsa. Jelaskan.
8. Gejala perhubungan sesama jantina semakin menular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu
pelbagai pihak perlu berperanan dalam membanteras amalan yang buruk ini daripada
berleluasa.Bincangkan.
9
LATIHAN SET 3
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
1. Nyatakan empat petunjuk yang digunakan untuk mengukur pencapaian usaha peningkatan kualiti
hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia dari aspek pendidikan. [4]
i. ……………………………………………………………….................................................
ii. ……………………………………………………………….................................................
iii. ……………………………………………………………….................................................
iv. ……………………………………………………………….................................................
2. Konsep 1 Malaysia mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat iaitu “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Huraikan dua prinsip yang ditekankan dalam konsep 1
Malaysia. [4]
i. ……………………………………………………………….....……………………………
………………………...............................................................................................................
..............................................................................................................................................
ii. ……………………………………………………………….........…………………………
………………………………………….……………………………………………………
……...………..………………………………………………………....................................
3. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan
tersendiri. Nyatakan tiga cabaran strategi untuk membangunkan Negara. [3]
i. …….………………………………………………………..…….…….………………
ii. ………………………………………………………………..…..……………………
iii. ………………………………………………………………..…..……………………
4. Senaraikan empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan dalam Dasar Teknologi Hijau.
[4]
i. …………………………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………………………….
iii. …………………………………………………………………………………………
10
iv. …………………………………………………………………………………………
Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu soalan sahaja. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan perbandingan jumlah penduduk di kawasan bandar-bandar utama tertentu di negara
kita pada tahun 2010 dan 2020.
Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut
menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun jumlah penduduk di
bandar-bandar utama ini tidak seramai jumlah penduduk di bandar-bandar utama dunia seperti Shanghai,
Tokyo, New York ataupun Mexico City, namun jumlah penduduk di beberapa buah bandar utama negara
ini jelas menunjukkan trend positif bagi sebuah negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia.
Trend kependudukan penduduk bandar di negara ini boleh dikesan berdasarkan kepadatan jumlah
penduduk di beberapa bandar utama. Bandar-bandar tersebut telah mencatatkan bilangan penduduk
seramai 4 775 812 orang pada tahun 2010. Bilangan ini diunjurkan meningkat sebanyak 3.122678 juta
orang menjelang tahun 2020. Trend peningkatan jumlah penduduk ini disebabkan migrasi penduduk dari
luar bandar ke bandar kerana faktor tolakan dan faktor tarikan.
Subang Jaya mendahului senarai bandar-bandar utama lain sebagai bandar yang diunjurkan
mencatatkan peningkatan jumlah penduduk paling drastik. Jumlah penduduk di bandar ini adalah
seramai 423 338 orang pada tahun 2010. Bandar ini diunjurkan mencatatkan peningkatan jumlah
penduduk seramai 1 130 251 orang untuk sepuluh tahun yang akan datang. Kuala Lumpur pula
diunjurkan mencatatkan peningkatan jumlah penduduk pada kadar sederhana iaitu 177 811 orang
menjadi 1 475 337 orang menjelang tahun 2020.
Jumlah penduduk di Klang dan Johor Bahru masing-masing mencatatkan 631 676 orang dan 630
603 orang pada tahun 2010. Angka ini diunjurkan meningkat masing-masing menjadi 1 113 851 orang
dan 916 409 orang menjelang tahun 2020.
Bandar Ampang Jaya, Ipoh, dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil populasi
penduduknya berbanding bandar-bandar utama yang disebut sebelum ini. Jumlah penduduk di ketiga-
tiga bandar ini berada dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang menjelang
tahun 2020. Penduduk di Ampang Jaya pada tahun 2010 ialah seramai 475 253 orang . Angka ini kurang
seramai 98 788 orang berbanding jumlah penduduk di Ipoh tetapi mengatasi jumlah penduduk di Shah
Alam seramai 155 641 orang. Pada tahun 2020, unjuran jumlah penduduk di ketiga-tiga bandar utama
ini masing-masing ialah 804 901 orang, 704 572 orang, dan 671 282 orang. Penduduk di Kuching, ibu
negeri Sarawak melengkapkan data tentang jumlah penduduk di beberapa bandar utama yang paling
padat jumlah penduduknya bagi tempoh tahun yang diliputi.
Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara
yang akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara.
11
(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)
6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran
jumlah penggunaan elektrik oleh pelbagai sektor bagi tempoh yang dinyatakan.
Dalam kepesatan pembangunan Malaysia sekarang, sumber tenaga manusia bukan sahaja
bergantung pada kuasa hidroelektrik malah juga bergantung pada petroleum dan gas asli. Menurut data
yang diperoleh, pengguna paling banyak adalah dari sektor industri. Pada tahun 2001 sahaja penggunaan
tenaga telah mencatat 4000 GWj. Angka ini terus bertambah sebanyak 850 GWj pada tahun 2002.
Pertambahan yang agak besar ini mungkin kerana pada tahun 2000-an sudah banyak terdapat industri di
Malaysia, terutamanya industri yang ditubuhkan oleh pelabur asing. Walau bagaimanapun, peningkatan
yang lebih ketara adalah pada tahun 2003 apabila sejumlah 6000 GWj telah digunakan untuk industri
sahaja. Penggunaan tenaga pada tahun 2004 bertambah sebanyak 3 kali ganda atau 200% berbanding
jumlah pada tahun 2001. Pertambahan yang begitu memberangsangkan adalah hasil usaha Malaysia
menggalakkan sektor perindustrian, terutama industri berat dan industri ringan.
Penggunaan tenaga yang banyak juga ketara dalam sektor perdagangan apabila sejumlah 2850
GWj telah digunakan pada tahun 2001. Angka ini masih rendah kalau dibandingkan dengan tahun 2004
yang telah meningkat sebanyak 3150 GWj. Dalam sektor perdagangan ini jelas bahawa tenaga banyak
digunakan dalam gedung-gedung perniagaan tidak kira di bandar atau di luar bandar. Nyata sekali
terdapat penggunaan tenaga yang banyak pada tahun 2003 apabila sejumlah 5020 GWj telah digunakan.
Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga ini tidak banyak bezanya pada tahun 2002 dengan angkanya
kurang sebanyak 1015 GWj kalau dibandingkan dengan tahun 2003.
Yang jelas ialah bilangan isi rumah Malaysia sekarang mencapai angka juta tetapi dari segi
penggunaan tenaga, tidaklah begitu banyak kalau dibandingkan dengan sektor perdagangan. Sebagai
contohnya, hanya kira-kira 2245 GWj telah digunakan pada tahun 2001. Angka ini bagaimanapun tetap
meningkat kepada 3855 GWj pada tahun 2002. Kadar ini bagaimanapun tidaklah begitu banyak kalau
dibandingkan dengan tahun 2004 yang telah bertambah kepada 5123 GWj. Peningkatan yang begitu
tinggi pada tahun 2004 disebabkan oleh bertambahnya kawasan-kawasan perumahan baharu di bandar-
bandar utama. Kesan pertambahan perumahan baharu juga turut mendorong penggunaan tenaga
meningkat kepada 4328 GWj pada tahun 2003.
Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan penggunaan untuk sektor-sektor lain adalah paling rendah
daripada keseluruhan sektor. Angka ini ketara sekali apabila pada tahun 2001 hanya kira-kira 413 GWj
yang digunakan termasuklah untuk kegunaan awam seperti jalan raya. Penggunaan untuk sektor ini terus
meningkat sebanyak 319 GWj pada tahun 2002. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003 penggunaan
untuk sektor ini merosot sebanyak 52 GWj dan angkanya kekal hingga tahun 2004.
12
Penggunaan tenaga pada masa-masa akan datang diramalkan terus meningkat berlipat kali ganda
kesan daripada penggunaan yang bertambah. Oleh itu, adalah perlu bagi kerajaan untuk mencari sumber-
sumber baharu supaya tidak bergantung pada kuasa hidroelektrik dan petroleum semata-mata.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 2004)
Bahagian C
[25 markah]
Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.
1. Kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara lazimnya diukur berdasarkan kualiti hidup rakyat yang
bertambah baik dan berterusan. Bincangkan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat
dalam sesebuah negara.
2. Kegawatan ekonomi tahun 1989, 1997 dan 2009 telah mendatangkan impak besar terhadap ekonomi
Malaysia. Bagi menghadapi kegawatan ekonomi, perbendaharaan negara perlu diperkukuh.
Bincangkan usaha2 kerajaan memantapkan perbendaharaan negara.
13
LATIHAN SET 4
BAHAGIAN A (15 markah)
Jawab semua soalan.
1. Jelaskan dua matlamat pembentukan Rukun Negara. (4)
(a)………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………….
(b)……………………………………………………………………….....................................
………………………………………………………………………………………………
2. Beberapa strategi telah diperkenalkan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Terangkan dua
strategi tersebut. (4)
(a)……………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………
(b)………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
3. Nyatakan tiga Dasar Ekonomi jangka panjang negara yang bertujuan untuk memacu pembangunan
dan perkembangan ekonomi negara. (3)
(a)………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………...
(b)………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………….
(c) ……………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………….
4. Berikan empat contoh dasar awam yang berkaitan dengan sosial dan budaya negara. (4)
(a)……………………………………………………………………………………………….
(b)……………………………………………………………………………………………….
14
(c)……………………………………………………………………………………………….
(d)……………………………………………………………………………………………….
Bahagian B
(20 Markah)
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis indikator bagi tahun 2012 hingga anggaran
tahun 2016.
Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk yang tertentu penting untuk memperlihatkan
kejayaan pembangunan sosioekonomi negara. Pada tahun 2012, pendapatan negara mencatatkan lebihan
RM 30.495 bilion dan meningkat sebanyak RM 20.071 bilion pada tahun berikutnya. Pada tahun 2014
pula, pendapatan negara terus meningkat kepada jumlah RM 56.513 bilion. Pendapatan negara
mencatatkan lebihan pada tahun 2015 iaitu mencatatkan peningkatan sebanyak RM 18.820 bilion dan
dianggarkan meningkat sebanyak RM 37.226 pada tahun 2016 berbanding dengan tahun 2014.
Hasil perdagangan antarabangsa mencatatkan jumlah sebanyak RM 126.980 bilion pada tahun
2012 sebelum meningkat kepada RM 166.755 bilion pada tahun 2013. Dalam tempoh tiga tahun
berikutnya, hasil perdagangan antarabangsa menunjukkan peningkatan ynag drastik berbanding dengan
tahun 2013, iaitu masing-masing meningkat kepada RM 250.591 bilion, RM 264.955 bilion dan
dianggarkan RM 301.651 bilion.
Pada tahun 2013, peratusan perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) pada
harga semasa ialah 5.8%, iaitu bertambah sebanyak 0.4 berbanding dengan tahun 2012. Peratusan
perubahan bagi tahun 2014 ialah lebih 1.4 dari tahun 2012, sebelum menurun kepada 5%pada tahun
2015. Sungguhpun demikian, peratusan ini dianggarkan meningkat semula kepada 5.9% pada tahun
2016.
Kadar nilai mata wang negara pada tahun 2012 ialah 1.8% sebelum menurun kepada 1.2% pada
tahun berikutnya. Pada tahun 2014, kadar nilai mata wang meningkat semula kepada 1.4%. Kadar ini
terus meningkat dengan cepat kepada 3.1% pada tahun 2015 dianggarkan meningkat lagi sebanyak 0.5%
pada tahun 2016.
Kadar kemiskinan negara secara keseluruhannya adalah rendah, iaitu 3.5% pada setiap tahun
2012, 2014 dan 2015. Walaubagaimanapun, kadar ini meningkat sebanyak 0.1% pada tahun 2013 tetapi
dijangka akan menurun sebanyak 0.2% pada tahun 2016. Petunjuk-petunjuk ekonomi ini menunjukkan
keadaan ekonomi negara yang stabil selepas krisis kewangan tahun 2009.
15
(Disesuaikan daripada Laporan Prospek Ekonomi, 2015)
6. Berdasarkan maklumat dalam petikan dibawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
penagih dadah mengikut sektor pekerjaan dan cara pengambilan dadah di Malaysia pada tahun 2012.
Kerajaan mengistiharkan Dadah Musuh Nombor 1 Negara pada tahun 1983 apabila kegiatan
penagihan dadah amat serius dan membahayakan negara. Walaupun rekod menunjukkan penurunan kes
dadah namun, ancaman kepada rakyat dan negara mendesak kerajaan meningkatkan usaha membanteras
najis dadah.
Sepanjang tahun 2012 seramai 15 090 orang penagih dadah telah direkodkan walaupun berlaku
penurunan kes sebanyak 19.14% berbanding tahun 2011. Sektor pengurusan dan pentadbiran merupakan
sektor paling sedikit dan seramai 354 orang penagih dadah direkodkan. Sektor kedua tertinggi
merekodkan jumlah penagih ialah perkhidmatan dan perkeranian seramai 4415 orang berbanding sektor
buruh am dan teknikal yang paling ramai jumlah penagih dadah pada tahun 2012.
Sektor buruh am dan teknikal merekodkan jumlah penagih seramai 4509 orang. Kebanyakan
pekerja dalam sektor buruh am dan teknikal adalah pelajar lepasan sekolah yang bermasalah dan
menyambung belajar di institut kemahiran terdedah kepada pengaruh rakan. Sektor jualan dan peruncitan
mencatatkan jumlah penagih seramai 2131 orang. Kebanyakan penagih dalam sektor ini mudah
mendapat bekalan daripada pembekal barang jualan seperti rokok dan tembakau.
Pekerja industri dan perkilangan mencatatkan 3681 orang penagih dadah atau 24.39% daripada
jumlah keseluruhan penagih dadah pada tahun 2012. Seramai 15 090 orang yang dikesan menagih dadah
pada tahun 2012 menggunakan pelbagai cara mengambil dadah. Cara pengambilan dadah paling
direkodkan ialah dengan cara hidu dadah. Seramai 72.19% penagih dadah menggunakan cara ini dan
mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak AADK cara ini paling cepat dan terkesan kepada penagih.
Cara hisap merupakan amalan tradisional dan lazim diamalkan penagih dadah terutama penagih
baharu. Seramai 1 763 orang penagih menghisap dadah cara ini dan sukar dikesan tanpa bukti yang
kukuh. Pihak narkotik amat pakar dalam bidang mengesan penagih dan cara pengambilan dadah.
Seramai 1 545 orang penagih menggunakan cara suntik untuk mengmabil dadah terutama penagih tegar
yang mahu cepat rasa kesan dadah.
Ramai penagih tidak gemar menggunakan cara telan kerana kesannya lambat dan penggunaanya
berulang kali dalam tempoh yang singkat. Cara ini hanya melibatkan 889 orang penagih pada tahun 2012
dan kebanyakan diamalkan oleh individu yang sering menggunakan cara ini untuk menghilangkan stres
atau jiwa tidak tenteram.
(sumber: disesuaikan daripada Laporan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam
Negeri, Malaysia. 2014)
16
Bahagian C
(25 markah)
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.
7 Cabaran-cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020, secara tidak langsung telah
mencetuskan beberapa isu utama yang perlu ditangani sebelum mencapai status negara maju.
Bincangkan isu-isu tersebut.
8 Penggunaan bahan kimia secara meluas dalam pelbagai sektor dapat membantu meningkatkan
kualiti kehidupan seharian. Namun, sesetengah bahan kimia boleh mengancam kesihatan manusia dan
persekitaran. Huraikan pernyataan di atas.
17
LATIHAN SET 5
BAHAGIAN A (15 Markah)
Jawab semua soalan
1 Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis Perundingan
Negara setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969. Terangkan dua kesan pembentukan
Rukun Negara. (4)
a……………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………
b .…………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………...
2 Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi. (4)
a...…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………….
b……………………………………………………………………………………………
...............................................................................................................................................
3 Berikan tiga objektif utama Dasar Pensyarikatan Malaysia. (3)
a……………………………………………………………………………………………….....
b.…………………………………………………………………………………………….........
c……………………………………………………………………………………………….....
4 Terangkan dua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. (4)
18
a……………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………....
b……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………..
BAHAGIAN B (20 Markah)
5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan pendapatan mengikut sumber utama serta agihan perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan dalam bajet tahun 2008.
Dalam Bajet 2008, Kerajaan Persekutuan memperoleh punca pendapatan menerusi pelbagai
cukai dan bukan cukai. Antaranya, cukai pendapatan menjadi sumber pendapatan yang tertinggi.
Komponen cukai pendapatan merangkumi cukai pendapatan individu, cukai syarikat serta cukai
petroleum. Hasil cukai pendapatan dalam Bajet 2008 adalah sebanyak RM71 740 juta atau 42.5%
daripada jumlah pendapatan Bajet 2008 yang bernilai RM168 799 juta.
Memandangkan pendapatan dalam negara masih tidak cukup bagi menampung perbelanjaan
dalam negara, Kerajaan Persekutuan terpaksa menggunakan sumber pinjaman sama ada dari dalam atau
luar negara. Oleh itu menerusi Bajet 2008, sumber pendapatan berbentuk pinjaman dan penggunaan
asset kerajaan bernilai RM21 775 juta. Selain itu, aktiviti perdagangan antarabangsa turut
menyumbangkan pendapatan yang bermakna kepada Malaysia menerusi kutipan duti eksport dan duti
import yang bernilai RM4 895 juta. Kutipan cukai tidak langsung lain pula menyumbangkan sejumlah
RM22 113 juta daripada keseluruhan pendapatan Bajet 2008. Selebihnya sebanyak 28.6% disumbangkan
oleh cukai-cukai lain dan hasil bukan cukai yang menjadi sumber pendapatan kedua terbesar dalam Bajet
2008.
Dari segi agihan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pula, komponen perbelanjaan terbesar ialah
emolumen yang diperuntukkan sebanyak RM36 123 juta dalam Bajet 2008. Sebahagian besar daripada
peruntukan emolumen digunakan bagi membiayai gaji dan upah kakitangan awam. Manakala, bekalan
dan perkhidmatan pula memperoleh peruntukan yang kedua terbesar, iaitu bernilai RM25 320 juta.
Memandangkan hampir satu perempat daripada pendapatan negara berupa pinjaman, Kerajaan
Persekutuan terpaksa memperuntukkan sejumlah RM13 166 juta sebagai khidmat bayaran hutang
kepada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, peratusan peruntukan
bagi tujuan ini telah menguncup daripada 8.3% dalam Bajet 2007 kepada 7.8% dalam Bajet 2008 ini.
Meskipun kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mengurangkan pemberian subsidi kepada
pelbagai barang dalam negara, namun dalam Bajet 2008, kerajaan masih memperuntukkan sejumlah
RM10 128 juta bagi tujuan tersebut. Sebahagian besar daripada pemberian subsidi ini disalurkan bagi
membiayai subsidi minyak petrol. Mengambil kira kepentingan pertumbuhan ekonomi negara pula,
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM17 893 juta bagi perkhidmatan ekonomi. Perkhidmatan
sosial pula memperoleh peruntukan sebanyak RM13 504 juta atau 8% daripada jumlah peruntukan bagi
Bajet 2008 ini. Bakinya diperuntukkan kepada perbelanjaan-perbelanjaan lain yang merangkumi pencen
dan ganjaran, pemberian kepada Kerajaan Negeri, pentadbiran am serta keselamatan negara.
19
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2007/2008)
6. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kematian
di Malaysia mengikut punca kematian dan kaum pada tempoh yang dinyatakan.
Status kesihatan sesebuah masyarakat kebiasaannya tertumpu kepada insidens atau prevalen terjadinya
penyakit dan kematian, yang menggambarkan perkadaran kematian dalam kalangan penduduk.
Berdasarkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Bumiputera mencatatkan kadar
kematian yang tertinggi, khasnya kematian yang berpunca dari kemalangan. Bagi kaum Bumiputera,
kematian akibat penyakit Pheumonia mencatatkan 2327 orang pada tahun 2013. Bilangan ini
mencatatkan peningkatan pada tahun 2014, iaitu mencapai 31.93% daripada jumlah keseluruhan 7545
orang yang meninggal akibat Pheumonia. Penduduk kaum Cina yang meninggal akibat penyakit
Pheumonia mencapai 1238 orang pada tahun 2013 dan meningkat sebanyak 38 orang pada tahun
berikutnya. Pada tahun 2013, penduduk kaum India yang meninggal akibat penyakit Pheumonia
direkodkan sebanyak 3632 orang.
Penyakit Septicaemia mencatatkan rekod kematian yang terendah. Bagi punca penyakit ini pada tahun
2013, kematian melibatkan kaum Bumiputera adalah 22 orang lebih tinggi berbanding kematian
melibatkan kaum Cina yang mencatatkan 471 orang. Jumlah keseluruhan kematian akibat penyakit
Septicaemia ialah 1356 orang pada tahun 2013. Pada tahun 2014, kematian akibat penyakit Septicaemia
yang melibatkan kaum India mencapai 423 orang. Kematian kaum Bumiputera akibat penyakit
Septicaemia pada tahun 2014 menurun sebanyak 11 orang berbanding tahun 2013. Pada tahun 2014,
jumlah kematian yang berpunca dari penyakit Septicaemia mencatatkan 1402 orang.
Penduduk yang meninggal akibat kemalangan mencatatkan kematian yang tertinggi dalam kalangan
kaum Bumiputera, iaitu masing-masing 3730 orang dan 3451 orang pada tahun 2013 dan tahun 2014.
Bilangan kematian penduduk kaum India akibat kemalangan adalah jauh lebih rendah berbanding
kematian akibat penyakit Pheumonia. Pada tahun 2013, kematian penduduk kaum India akibat
kemalangan mencapai 7.17% daripada jumlah 6484 orang yang meninggal akibat kemalangan pada
tahun tersebut. Pada tahun berikutnya, kematian penduduk kaum India akibat kemalangan mencatatkan
6.99% daripada jumlah 6007 orang yang mati dalam kemalangan tahun berkenaan. Baki mangsa yang
meninggal akibat kemalangan terdiri daripada kaum Cina. Pada keseluruhanya, jumlah kematian dalam
kalangan kaum Bumiputera, Cina dan India direkodkan 15037 orang pada tahun 2013 dan meningkat
menjadi 14954 orang pada tahun 2014.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai dari Perangkaan
20
Sebab Kematian Malaysia 2014,
Jabatan Perangkaan Malaysia.)
BAHAGIAN C
(25 markah )
7. Selain daripada memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada masyarakat, kualiti kehidupan
masyarakat negara maju boleh ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan lain. Jelaskan.
8. Penemuan pelbagai sumber tenaga alternatif telah banyak memberi manfaat kepada manusia.
Namun demikian, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk memajukan sumber tenaga
alternatif. Bincangkan.
21
LATIHAN SET 6
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan
1. Salah satu petunjuk negara maju dan sejahtera ialah tingkat kesihatan tinggi. Nyatakan tiga ciri
petunjuk tersebut? [3]
(a)..............................................................................................................................................
(b).............................................................................................................................................
(c)..............................................................................................................................................
2. Rukun Negara ialah ideologi negara yang digubal pada tahun 1970. Ideologi negara ini perlu
dihayati dan direalisasikan oleh semua rakyat Malaysia. [2]
(a) Nyatakan dua rasional yang membawa kepada penggubalan Rukun Negara.
(i) …..………………………………………………………………………………
(ii) ………………………………………………………………………………….
(b) Nyatakan dua langkah meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat.
[2]
(i) ………………………………………………………………………………….
(ii) …………………………………………………………………………………
3. Dasar Sukan Negara merupakan dokumen komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan
pembangunan sukan negara merangkumi aspek individu, masyarakat dan negara. Jelaskan dua
sumbangan sukan di peringkat individu? [4]
(a) ….………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(b) ….………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
22
4. Terangkan dua isu yang dihadapi oleh Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020. [4]
(a) ……………………………………………………………………………………….....
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
(b) ….………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
Bahagian B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
tangkapan bagi kesalahan imigresen dan pola penghantaran pulang warganegara asing mengikut negara-
negara terpilih bagi tempoh yang dinyatakan.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) banyak bergantung kepada faktor penolakan dari
negara asal dan faktor tarikan dari negara kita.Tangkapan atau kesalahan imigresen mencatatkan jumlah
yang tidak konsisten setiap tahun dan banyak bergantung kepada situasi politik dan sosioekonomi
sesebuah negara. Pada tahun 2010, jumlah tangkapan warga negara asing atas kesalahan imigresen
paling ramai iaitu berjumlah 54,764 orang berbanding tahun 2005 yang hanya berjumlah 29,766
orang, manakala pada tahun 2015 pula telah berkurang sebanyak 8,814 orang berbanding tahun 2010.
Daripada jumlah tersebut, seramai 12,058 orang atau 22.02% dihantar pulang pada tahun 2010,
berbanding tahun 2005 yang hanya seramai 4,516 orang manakala tahun 2015 seramai 17,125 orang.
16.17% daripada tangkapan pada tahun 2005 adalah warga dari Thailand, manakala seramai
7,378 orang telah ditangkap pada tahun 2010, berbanding seramai 8,801 orang pada tahun 2015. Seramai
9,692 orang warga negara Filipina telah ditangkap atas kesalahan imigresen pada tahun 2010, sebelum
mencatatkan peningkatan yang ketara sebanyak 15.08% pada tahun 2015. Sepanjang tempoh 2010,
penghantaran pulang warga asing dipertingkatkan dimana seramai 9,870 warga Indonesia telah dihantar
pulang berbanding warga Thailand seramai 765 orang manakala warga Filipina seramai 655 orang.
Pada tahun 2005, seramai 5,389 orang warga negara Bangladesh telah ditangkap dan jumlah ini
kurang seramai 917 orang berbanding warga negara Filipina. Warga negara Indonesia yang ditangkap
pula seramai 6,952 orang lebih berbanding warga negara Filipina yang ditangkap pada tahun 2005.
Penghantaran pulang warga Bangladesh paling rendah pada tahun 2005 iaitu seramai 185 orang dan
jumlah ini kurang seramai 583 orang berbanding tahun 2010. Warga Indonesia yang dihantar pulang
pada tahun 2005 adalah seramai 3,580 orang berbanding warga Thailand yang berjumlah 213 orang.
Warga negara Bangladesh yang ditangkap pada tahun 2010 adalah seramai 10,470 orang
sebelum merosot kepada 7,991 orang pada tahun 2015. Warga negara Indonesia yang ditangkap pada
tahun 2015 berkurangan seramai 9,220 orang berbanding jumlah tangkapan yang dilaporkan pada tahun
2010 yang berjumlah 27,224 orang. Tahun 2015, berlaku proses penghantaran pulang secara besar-
besaran di mana seramai 7,865 orang warga Filipina berbanding warga Thailand yang hanya seramai
1,460 orang. Seramai 1,230 orang warga Bangladesh telah dihantar pulang manakala warga Indonesia
seramai 6,570 orang. Kekurangan jumlah tangkapan disebabkan langkah kerajaan menangani
23
kemasukan warga asing dengan kawalan pantai dan laluan darat secara bersepadu menggunakan
teknologi moden.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi Malaysia, 2015)
6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penagih dadah mengikut sektor pekerjaan dan cara pengambilan dadah di Malaysia pada tahun
2012.
Kerajaan mengisytiharkan Dadah Musuh No 1 negara pada tahun 1983 apabila kegiatan penagihan
dadah amat serius dan membahayakan negara. Walaupun rekod menunjukkan penurunan kes dadah,
namun ancaman kepada rakyat dan negara mendesak kerajaan meningkatkan usaha membanteras najis
dadah.
Sepanjang tahun 2012, seramai 15,090 orang penagih dadah telah direkodkan walaupun berlaku
penurunan kes sebanyak 19.14% berbanding tahun 2011. Sektor pengurusan dan pentadbiran merupakan
sektor paling sedikit dan seramai 354 orang penagih dadah direkodkan. Sektor kedua tertinggi
merekodkan jumlah penagih ialah perkhidmatan dan perkeranian seramai 4,415 orang berbanding sektor
buruh am dan teknikal yang paling ramai jumlah penagih dadah pada tahun 2012.
Sektor buruh am dan teknikal merekodkan jumlah penagih seramai 4,509 orang. Kebanyakan
pekerja dalam sektor buruh am dan teknikal adalah pelajar lepasan sekolah yang bermasalah dan
menyambung belajar di institut kemahiran terdedah kepada pengaruh rakan. Sektor jualan dan peruncitan
mencatatkan jumlah penagih seramai 2,131 orang. Kebanyakan penagih dalam sektor ini mudah
mendapat bekalan daripada pembekal barang jualan seperti rokok dan tembakau.
Pekerja industri dan perkilangan mencatatkan 3,681 orang penagih dadah atau 24.39% daripada
jumlah keseluruhan penagih dadah pada tahun 2012. Seramai 15,090 orang yang dikesan menagih dadah
pada tahun 2012 menggunakan pelbagai cara mengambil dadah. Cara pengambilan dadah paling tinggi
direkodkan ialah dengan cara hidu dadah. Seramai 72.19% penagih dadah menggunakan cara ini dan
mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak AADK cara ini paling cepat dan berkesan kepada penagih.
Cara hisap merupakan amalan tradisional dan lazim diamalkan penagih dadah terutama penagih
baharu. Seramai 1,763 orang penagih menghisap dadah cara ini dan sukar dikesan tanpa bukti yang
kukuh. Pihak narkotik amat pakar dalam bidang mengesan penagih dan cara pengambilan dadah.
Seramai 1,545 orang penagih menggunakan cara suntik untuk mengambil dadah terutama penagih tegar
yang mahu cepat rasa kesan dadah.
Ramai penagih tidak gemar menggunakan cara telan kerana kesannya lambat dan penggunaannya
berulang kali dalam tempoh yang singkat. Cara ini hanya melibatkan 889 orang penagih pada tahun 2012
dan kebanyakan diamalkan oleh individu yang sering menggunakan cara ini untuk menghilangkan stres
atau jiwa tidak tenteram.
24
(Disesuaikan daripada Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),
Kementerian Dalam Negeri. Malaysia. 2014)
BAHAGIAN C
(25 MARKAH)
Jawab satu soalan sahaja. Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.
7. Kenaikan harga minyak mentah dunia secara berterusan menggugat kemakmuran dan
kesejahteraan negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk
mengurangkan kesan yang dialami oleh rakyat. Bincangkan.
8. Salah satu prinsip dalam Rukun Negara ialah ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ yang merujuk
kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan. Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa agama
penting sebagai panduan hidup namun terdapat masyarakat yang mengabaikannya. Bincangkan.
25
LATIHAN SET 7
Bahagian A [ 15 markah ]
Jawab semua soalan
1. Nyatakan empat sasaran yang perlu dicapai dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) [4]
(a) …………………………………………………………………………………………..
(b) …………………………………………………………………………………………..
(c) ………………………………………………………………………………………......
(d) ………………………………………………………………………………………......
2.
Prinsip Ketiga Rukun Negara : Keluhuran Perlembagaan
Nyatakan tiga kepentingan prinsip di atas [3]
(a) ………………………………………………………………………………………….
(b) ………………………………………………………………………………………….
(c) ……………………………………………………………………………………….....
3. Huraikan dua aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia [4]
(a) …………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
(b) …………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………….
4.
(a) Berikan dua strategi yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Pandang Ke
Timur. [2]
(i) …………………………………………………………………………………
(ii) …………………………………………………………………………………
26
(b) Jelaskan dua kesan yang wujud jika strategi-strategi berkenaan berjaya dicapai [2]
(i) ………………………………………………………………………………………
(ii) ………………………………………………………………………………………
Bahagian B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf
5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
untuk menunjukkan keluasan hutan mengikut jenis hutan simpan kekal dan negeri-negeri terpilih yang
masih memiliki hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia pada tahun 2017.
Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara
signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Adalah menjadi aspirasi kerajaan Malaysia untuk
memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara kekal sebagai kawasan
berhutan.
Hutan darat merangkumi jenis hutan yang paling luas iaitu 5.120 juta hektar daripada jumlah
keseluruhannya iaitu 10.672 juta hektar yang masih ada pada tahun 2017. Hutan yang luas ini menjadi
habitat hidupan liar yang sangat sesuai. Jumlah ini melebihi sebanyak 2.61 juta hektar daripada keluasan
hutan paya gambut yang ada.
Kesedaran masyarakat terhadap kelestarian hutan telah berjaya mengekalkan hutan paya laut
sebanyak 13.68 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan yang ada. Hutan ini telah menjadi lubuk
mencari rezeki bagi golongan nelayan dengan hasil tangkapan seperti siput laut dan sebagainya.
Manakala hutan simpan kekal selebihnya ialah hutan ladang Hutan ladang ini diusahakan untuk
mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai bahan mentah untuk industri kayu negara.
Negeri Selangor masih berupaya mengekalkan hutan simpan kekal iaitu sebanyak 20.35 peratus
daripada jumlah keseluruhannya. Keadaan ini telah berjaya mengimbangi alam sekitar di negeri tersebut
yang terkenal dengan industrinya. negeri Perak pula berjaya sebagai negeri yang paling banyak hutan
simpan kekal iaitu sebanyak 3.443 juta hektar. Jumlah ini melebihi sebanyak 1.675 juta hektar yang
dicatat oleh negeri Johor pada tahun tersebut.
Selain itu negeri Pahang juga mencatat jumlah keluasan hutan yang agak banyak. Dengan
kelebihan sebanyak 0.819 juta hektar berbanding negeri Johor, negeri Pahang mencatat negeri kedua
tertinggi keluasan hutan simpan kekal pada tahun tersebut. Manakala Negeri Sembilan merupakan negeri
yang paling sedikit hutan simpan kekalnya iaitu 6.58 peratus daripada keseluruhannya.
27
Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan oleh pihak berkenaan untuk
mengekalkan keluasan hutan agar kelestarian alam dapat dinikmati oleh semua makhluk di dunia ini.
(Diubahsuai daripada Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia, 2018)
6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran jumlah penggunaan elektrik oleh pelbagai sektor bagi tahun-tahun yang
dinyatakan.
Dalam kepesatan pembangunan Malaysia sekarang, sumber tenaga elektrik bukan sahaja
bergantung pada kuasa hidroelektrik malah juga bergantung kepada petroleum dan gas asli. Permintaan
tenaga elektrik yang tinggi bukan sahaja untuk melancarkan proses pengeluaran produk yang dilakukan
oleh kilang-kilang perindustrian, malah permintaan tenaga ini juga akan melibatkan sektor perdagangan,
penggunaan isi rumah dan sebagainya.
Menurut data yang diperoleh, penggunaan paling banyak adalah dari sektor industri disebabkan
negara Malaysia sedang menuju ke arah negara maju. Pada tahun 2014 sahaja penggunaan tenaga telah
mencatat 4000 GWj. Angka ini terus bertambah sebanyak 850 GWj pada tahun 2015. Pertambahan yang
agak besar ini mungkin kerana pada tahun 2000 sudah banyak industri di Malaysia, terutamanya industri
yang diwujudkan oleh pelabur asing. Walau bagaimanapun, peningkatan yang lebih ketara adalah pada
tahun 2016 apabila sejumlah 6000 GWj telah digunakan untuk industri sahaja. Penggunaan tenaga
elektrik pada tahun 2017 memperlihatkan pertambahan sebanyak 66.56% daripada jumlah penggunaan
tenaga elektrik pada tahun 2016. Pertambahan yang begitu memberangsangkan adalah hasil usaha
Malaysia yang menggalakkan sektor perindustrian, terutamanya industri berat dan industri ringan agar
terus berkembang.
Penggunaan tenaga yang banyak juga ketara dalam sektor perdagangan apabila sejumlah 2850
GWj telah digunakan pada tahun 2014. Angka ini masih rendah jika dibandingkan dengan tahun 2017
yang telah meningkat sebanyak 3150 GWj. Dalam sektor perdagangan ini, jelas bahawa tenaga banyak
digunakan dalam gedung-gedung perniagaan, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Nyata sekali
terdapat penggunaan tenaga yang banyak pada tahun 2016 apabila sejumlah 5020 GWj telah digunakan.
Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga ini tidak banyak bezanya pada tahun 2015 dengan angkanya
kurang sebanyak 1015 GWj jika dibandingkan dengan tahun 2016.
Yang jelas ialah bilangan isi rumah Malaysia sekarang mencapai angka juta tetapi dari segi
penggunaan tenaga, tidaklah begitu banyak jika dibandingkan dengan sektor perdagangan dan
perindustrian. Hal ini dapat dibuktikan daripada data yang diperoleh iaitu hanya kira-kira 2245 GWj
telah digunakan pada tahun 2014. Angka ini bagaimanapun tidaklah begitu banyak jika dibandingkan
dengan tahun 2017 yang telah bertambah sebanyak 2878 GWj berbanding tahun 2014. Peningkatan yang
begitu tinggi pada tahun 2017 disebabkan oleh bertambahnya kawasan-kawasan perumahan baharu di
bandar-bandar utama. Kesan pertambahan perumahan baharu juga turut mendorong penggunaan tenaga
meningkat daripada 3855 GWj tahun 2015 kepada 4328 GWj pada tahun 2016.
Tidak keterlaluan jika dikatakan penggunaan untuk sektor-sektor lain pula paling rendah
daripada keseluruhan sektor. Angka ini ketara sekali apabila pada tahun 2014 hanya kira-kira 413 GWj
yang digunakan, termasuklah untuk kegunaan awam seperti jalan raya. Penggunaan untuk sektor ini
terus meningkat sebanyak 319 GWj pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016
penggunaan untuk sektor ini merosot sebanyak 52 GWj dan angka ini kekal hingga tahun 2017.
28
Penggunaan tenaga pada masa-masa akan datang diramalkan terus meningkat berlipat kali ganda
kesan daripada penggunaan yang bertambah. Oleh itu, adalah perlu bagi kerajaan untuk mencari sumber-
sumber baharu supaya tidak bergantung pada kuasa hidroelektrik dan petroleum semata-mata.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Utusan Malaysia, Disember 2017)
Bahagian C
[ 25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.
7. Pelaksanaan pembangunan lima koridor wilayah ekonomi di negara kita telah banyak
meninggalkan kesan. Bincangkan.
8. Pengurusan sisa toksik yang tidak sistematik mengancam kehidupan manusia dan alam
sekitar. Huraikan.
29
LATIHAN SET 8
BAHAGIAN A [15 markah]
Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan
1. Nyatakan tiga bidang utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013 –
2025 [3]
Merapatkan jurang Penglibatan ibubapa,
pendidikan sektor swasta dan
sosial
sebagai rakan kongsi
Membangunkan modal
insan
Memartabatkan Membina
Profesion kemampuandan
perguruan keupayaan sistem
penyampaian
Melonjakkan institusi
pendidikan
( a ) ………………………………………………………………………………………
( b ) ………………………………………………………………………………………
( c ) ………………………………………………………………………………………
2. Nyatakan empat peranan pelbagai pihak untuk memperkukuhkan penghayatan prinsip Rukun
Negara dalam kalangan generasi muda. [4]
30
( a ) …………………………………………………………………………………............
( b ) …………………………………………………………………………………………
( c ) …………………………………………………………………………………………
( d ) …………………………………………………………………………………………
3. Huraikan cabaran keempat dan kelima Wawasan 2020 . [4]
( a ) …………………………………………………………………………………............
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
( b ) …………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
4. Nyatakan empat alasan yang menunjukkan bahawa rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.
[4]
( a ) ………………………………………………………………………………………………….
( b ) …………………………………………………………………………………….....................
( c ) …………………………………………………………………………………….....................
( d ) ………………………………………………………………………………………………….
31
Bahagian B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah penjanaan tenaga elektrik mengikut pelbagai sumber bagi tahun-tahun yang
dinyatakan.
Penjanaan kuasa elektrik di negara semakin meningkat selaras pertambahan permintaan dalam
negara. Malahan kerajaan melalui pihak TNB dan pengusaha swasta sentiasa berusaha mencari sumber
alternatif bagi menjamin bekalan kuasa yang secukupnya. Selaras usaha ini, didapati penggunaan stesen
wap dan diesel terus berkurangan dan turbin gas pula mencatat pertambahan berterusan, iaitu lebih 1 122
juta kWj atau 2.9 peratus antara tahun 2014 hingga 2016.
Selaras dengan pelbagai usaha kerajaan, jumlah penjanaan kuasa elektrik meningkat kepada 62
242 juta kWj pada tahun 2016 berbanding 60 469 juta kWj pada tahun 2014. Jumlah kuasa pada tahun
2016 telah menurun sebanyak 322 juta kWj atau 0.5 peratus berbanding tahun 2015. Keadaan turun naik
ini turut terlihat pada penjanaan kuasa melalui stesen diesel dan stesen hidro.
Penjanaan kuasa elektik melalui stesen wap berkurangan secara konsisten menjadi 12 530 juta
kWj pada tahun 2016 berbanding 14 094 juta kWj pada tahun 2014. Sumber kuasa melalui stesen diesel
pula bertambah daripada 2 092 juta kWj pada tahun 2014 kepada 2 210 juta kWj pada 2016. Pada tahun
2014, penjanaan kuasa dengan cara hidro berjumlah 4 799 juta kWj dan penggunaan turbin gas pula
menghasil kan 38 878 juta kWj daripada jumlah kuasa tahun berkenaan.
Menjelang tahun 2015, penjanaan kuasa melalui stesen hidro ,turbin gas dan sumber-sumber
lain terus meningkat. Pertambahan paling ketara ialah penjanaan kuasa hidro yang meningkat sebanyak
2 660 juta kWj berbanding tahun sebelumnya. Penjanaan kuasa melalui turbin gas bertambah kepada 38
887 juta kWj atau 62.2 peratus daripada jumlah kuasa tahun 2015. Didapati peratusan kuasa turbin gas
merosot sedikit , iaitu 0.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Penjanaan kuasa dengan cara stesen wap dan diesel mencatat kejatuhan pada tahun 2015. Jumlah
kuasa melalui stesen wap merosot kepada 13 586 juta kWj berbanding tahun sebelumnya. Penjanaan
kuasa melalui stesen diesel juga merosot sebanyak 97 juta kWj pada tahun 2015. Didapati kemerosotan
penggunaan stesen wap lebih ketara, iaitu merosot sebanyak 508 juta kWj berbanding tahun 2014.
Pada tahun 2016, penjanaan kuasa melalui stesen hidro menurun kepada 6 835 juta kWj
berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber kuasa terbesar terus bertambah
32
kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 40 000 juta kWj pada tahun 2016. Penggunaan sumber-sumber
lain bertambah ketara menjadi 667 juta kWj pada tahun 2016 berbanding 637 juta kWj dan 606 juta kWj
pada tahun 2015 dan 2014.
[Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia 2016, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia]
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
menunjukkan permintaan tenaga mengikut pelbagai sektor dan jenis sumber di Malaysia pada tahun
2015.
Sejak Malaysia memasuki era pembangunan dan pemodenan,permintaan sumber domestik
mencatat pertambahan ketara. Menjelang tahun 2015 ,permintaan tenaga dalam negara meningkat
kepada 1279.4 Petajoule, iaitu meningkat sebanyak 726.4 Petajoule atau 131.4 peratus berbanding tahun
2014. Selaras peningkatan ini,permintaan tenaga mengikut setiap sektor dan sumber turut meningkat dua
kali ganda dalam tempoh tersebut.
Pemintaan tenaga mengikut sektor melibatkan beberapa sektor utama dan sektor-sektor lain.
Permintaan tenaga bagi pertanian dan perhutanan mencatat angka 63.4 Petajoule. Bagi sektor
perlombongan dan kuari pula mencecah angka 50.0 Petajoule. Permintaan tenaga kedua sektor di atas
amat sedikit berbanding penggunaan tenaga dalam sektor pembuatan. Permintaan tenaga sektor
pembuatan menduduki tempat kedua selepas sektor pengangkutan.Penggunaan tenaga sektor pembuatan
meliputi lebih 38.2 peratus atau 488.7 Petajoule daripada jumlah tenaga tahun 2015.
Sektor pengangkutan menggunakan tenaga terbanyak dalam negara. Amaun tenaga digunakan
dalam sektor ini meliputi 38.3 peratus atau 490.1 Petajoule. Seterusnya permintaan dalam sektor
komersil pula sebanyak 53.3 Petajoule atau kurang 436.8 Petajoule berbanding sektor pengangkutan.
Permintaan tenaga sektor perumahan menduduki tempat ketiga dengan penggunaan tenaga sebanyak
64.4 Petajoule. Akhir sekali , sebanyak 69.5 Petajoule tenaga digunakan dalam sektor-sektor lain pada
tahun 2015.
Permintaan mengikut sumber pula terdiri daripada empat kategori. Petroleum menduduki tempat
teratas berbanding dengan sumber lain. Permintaan mengikut sumber petroleum berjumlah 777.5
Petajoule atau meliputi hampir 61 peratus daripada jumlah guna tenaga tahun 2015, iaitu sebanyak
1279.4 Petajoule.Permintaan tenaga mengikut sumber gas asli cecair [GAC] pula menduduki tempat
ketiga dengan nilai 188.1 Petajoule.
Sumber tenaga yang kedua utama di Malaysia ialah elektrik. Sumber ini meliputi hampir 17.3
peratus daripada jumlah tenaga dalam negara. Permintaan tenaga mengikut sumber elektrik mencecah
angka 221.8 Petajoule atau kurang sebanyak 555.7 Petajoule berbanding sumber petroleum. Permintaan
tenaga mengikut sumber arang dan arang batu mencatat angka terendah, iaitu 92.0 Petajoule atau kurang
8 peratus .
33
Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2015/2016
Bahagian C [ 25 markah ]
Jawab satu soalan sahaja Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.
7. Cabaran ke Enam Wawasan 2020 ingin melahirkan masyarakat saintifik dan progresif
di Malaysia. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan oleh negara bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Huraikan.
8. Belakangan ini masalah mental dalam kalangan masyarakat semakin serius. Oleh itu, usaha yang
serius perlu diambil bagi menanganinya. Bincangkan.
34
LATIHAN SET 9
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.
1. Malaysia perlu meningkatkan kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia menjelang abad ke-21.
Nyatakan empat kepentingan pendidikan bertaraf dunia. [4]
a) …………………………………………………………………………………………...
b) …………………………………………………………………………………………...
c) …………………………………………………………………………………………...
d) …………………………………………………………………………………………...
2. Salah satu matlamat Rukun Negara ialah membina masyarakat yang progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi. Huraikan dua kekangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
[4]
a) ……………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
b) …………………………………………………………………………………………….
.............................................................................................................................................
……………………………………………………………………………………………..
3. Nyatakan tiga dasar yang berkaitan dengan setiap objektif berikut. [3]
Objektif Dasar
a. Memastikan keperluan asas individu,
keluarga dan masyarakat dipenuhi.
35
b. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui kebudayaan
c. Membentuk masyarakat yang sihat,
berdisiplin dan bersatu padu
4. Senaraikan empat buah koridor pembangunan wilayah di Malaysia yang memberikan tumpuan
kepada pembangunan ekonomi mapan dan secara saksama. [4]
a)……………………………………………………………………………………………..
b)…………………………………………………………………………………………….
c)…………………………………………………………………………………………….
d)…………………………………………………………………………………………….
BAHAGIAN B [20 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran peratus perubahan bilangan pensyarah di institusi pengajian tinggi Malaysia
dari tahun 2012 hingga tahun 2015.
Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menghasilkan graduan-graduan yang berkebolehan, oleh
itu negara memerlukan pensyarah yang terlatih dan berkebolehan.dalam bidang masing-masing. Jumlah
pensyarah di institusi pengajian tinggi Malaysia menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.
Institusi pengajian tinggi Malaysia ini terdiri daripada universiti awam, institusi pendidikan guru,
politeknik dan kolej komuniti.
Bilangan pensyarah yang paling ramai adalah di universiti awam berbanding dengan institusi
pengajian tinggi lain. Walau bagaimanapun bilangan pensyarah ini menunjukkan pola tidak konsisten.
Pada tahun 2013, bilangan pensyarahnya adalah yang tertinggi iaitu seramai 30,759 orang. Bilangan ini
merupakan peningkatan sebanyak 2,697 orang daripada tahun 2012. Bilangan pensyarah di universiti
awam menurun berterusan pada tahun 2014 dan 2015 iaitu masing-masing menurun kepada 30,096 orang
dan 29,975 orang.
Pada tahun 2012, pensyarah institusi pendidikan guru seramai 3,225 orang. Institusi ini yang
melatih bakal-bakal guru untuk di tempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara. Setahun
kemudian pensyarah di institusi ini meningkat kepada 3,607 orang. Pensyarah di institusi pendidikan
guru juga menunjukkan trend menurun pada tahun 2014 dan 2015. Pada tahun 2014 bilangan
pensyarahnya seramai 3,323 orang dan terus merosot kepada 3,208 orang pada tahun 2015.
Bilangan pensyarah di politeknik menduduki tempat kedua banyak berbanding dengan empat
institusi pengajian tinggi Malaysia. Seramai 7,306 pensyarah di politeknik pada tahun 2012. Pada
tahun 2013, bilanganyya seramai 7,256 orang dan berkurang lagi menjadi 7,177 orang pada tahun 2014.
36
Pada tahun 2015, bilangannya meningkat ke paras 7,391 orang. Peningkatan ini ekoran daripada
penubuhan politeknik METRO.
Kolej komuniti juga menjadi pilihan pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah. Walau
bagaimanapun bilangan pensyarah di kolej ini adalah yang paling rendah. Pada tahun 2013 bilangan
pensyarah seramai 2,780 orang. Bilangan ini melebihi seanyak 29 orang berbanding pensyarah tahun
2012. Pada tahun 2015, bilangannya meningkat kepada 2,724 orang berbanding tahun 2014 yang hanya
seramai 2,674 orang.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Maklumat Perangkaan
Malaysia 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia)
6 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan bilangan penduduk Malaysia mengikut kawasan dan kumpulan umur pada tahun
2010.
Bilangan penduduk Malaysia semakin bertambah setiap tahun. Pertambahan ini adalah
disebabkan kelahiran dan juga disebabkan adanya permohonan daripada warganegara asing untuk
menjadi warganegara Malaysia. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan mereka tinggal
di kawasan bandar dan luar bandar.
Pada tahun 2010, penduduk yang berumur 0-9 tahun adalah seramai 5.09 juta orang, daripada
jumlah ini seramai 3.48 juta tinggal di bandar dan bakinya tinggal di luar bandar. Mereka yang tinggal
di kawasan bandar adalah seramai 3.77 juta orang adalah berumur antara 10 hingga 19 tahun. Bilangan
ini jauh lebih tinggi dengan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar iaitu hanya seramai 1.80 juta
orang. Kebanyakan golongan peringkat umur ini mereka masih lagi berada di bangku sekolah,
sebahagiannya mungkin sudah bekerja iaitu selepas tamat peperiksaan SPM.
Bilangan penduduk yang tinggal di bandar bagi mereka yang berumur 20-29 tahun adalah yang
paling tinggi iaitu seramai 3.90 juta orang iaitu melebihi sebanyak 1.17 juta orang berbanding dengan
mereka yang berumur 30-39 tahun yang tinggal di kawasan yang sama. Penduduk yang tinggal di
kawasan luar bandar bagi yang bermur 20-29 tahun hanyalah 1.40 juta orang sementara mereka yang
berumur 30-39 tahun seramai kurang 1000 orang untuk mencapai 1.00 juta orang.
Bilangan penduduk yang berumur 40-49 tahun, tinggal dikawasan bandar dan luar bandar adalah
masing-masing seramai 2.46 juta orang dan 920 ribu orang. Bilangan penduduk semakin berkurang
apabila umur semakin meningkat. Keadaan ini terbukti apabila mereka yang berumur 50-59 tahun dan
tinggal di kawasan luar bandar hanya seramai 730 ribu orang dan yang tinggal di kawasan bandar juga
semakin berkurang iaitu hanya seramai 1.71 juta orang.
Penduduk yang mencapai usia pencen iaitu mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah
seramai 2.25 juta orang. Daripada jumlah ini hanya 1.48 juta adalah yang tinggal di kawasan bandar,
sementara bakinya seramai 0.77 juta orang tinggal di kawasan luar bandar.
37
(Dipetik dan diubah suai daripada
http://www.statistics.gov.my)
BAHAGIAN C [25 markah]
Jawab satu soalan sahaja. Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.
7. Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. agama. kebudayaan dan adat
resam semangat perpaduan adalah amat penting. Usaha untuk mengukuhkan perpaduan telah dilakukan
oleh kerajaan melalui pelbagai bidang. Bincangkan.
8. Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang berpegang teguh kepada Rukun Negara.
Kurangnya penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara terutama dalam jiwa genarasi muda telah
membawa kepada pelbagai permasalahan berlaku. Bincangkan.
38
LATIHAN SET 10
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
1. Bagi mewujudkan perpaduan, kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai
dasar lain. Huraikan satu ideologi dan satu dasar yang berkenaan. [4]
i)………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………… .
ii)……………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………….….
2. a.Nyatakan tujuan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) [1]
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
b. Kerajaan telah meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah
satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Nyatakan tiga bidang NKRA pengurangan jenayah yang telah dikenalpasti [3]
i) ……………………………………………………………………………………………………..
ii) ……………………………………………………………………………………………………..
iii) ……………………………………………………………………………………………………..
39
3. Berdasarkan gambar rajah di bawah, huraikan dua Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA). [4]
Minyak, Gas dan Sumber Asli BIDANG Penjagaan Prasarana
EKONOMI
Pemborongan dan Perkhidmatan Pembuatan Kandungan Komunikasi
Peruncitan dan Infrastruktur
i)…………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………
ii)…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
4. Nyatakan tiga alasan yang menunjukkan berlakunya pembangunan sosial di Malaysia. [3]
i)…………………………………………………………………………………………………
ii)…………………………………………………………………………………………………
iii)………………………………………………………………………………………………..
40
Bahagian B
[20 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perangkaan projek perumahan negara yang sakit dan terbengkalai di negeri-negeri terpilih
di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010.
Pelan transformasi kerajaan telah menggariskan Piagam Pembangunan Perumahan Negara untuk
meningkatkan kualiti hidup rakyat. Namun isu-isu sosioekonomi seperti status petempatan dan
perumahan yang sering memberi masalah kepada rakyat.
Negeri Kedah mencatatkan projek sakit sebanyak 1,273 unit pada tahun 2008 berbanding projek
terbengkalai sebanyak 1,192 unit pada tempoh yang sama. Projek sakit di Negeri Sembilan dan Pahang
mencatatkan jumlah sebanyak 1,084 unit dan 1,036 unit pada tahun 2008. Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur mencatatkan jumlah projek sakit pada tahun 2008 sebanyak 1,130 unit.
Projek terbengkalai yang dilaporkan pada tahun 2008 di Negeri Sembilan melebihi sebanyak 172
unit berbanding yang dicatatkan di negeri Pahang sebanyak 826 unit, manakala Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur paling tinggi berjumlah 1,903 unit. Pada tahun 2009 dan 2010, projek sakit yang
dilaporkan di negeri Kedah sebanyak 1,018 unit dan bertambah bilangan kepada 1,767 unit. Bagi kes
projek terbengkalai pula di negeri Kedah pada tahun 2009 sebanyak 2,188 unit dan berkurang kepada
1,987 unit pada tahun 2010.
Negeri Sembilan mencatatkan projek terbengkalai paling tinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak
2,572 unit berbanding tahun 2009 yang berjumlah 1,815 unit. Jumlah projek sakit di Negeri Sembilan
pula mencatat sebanyak 1,481 unit pada tahun 2009 dan bertambah kepada 2,167 unit tahun 2010. Pada
tahun 2009, negeri Pahang mempunyai 2,020 unit projek sakit dan bertambah sedikit kepada 2,153 unit
pada tahun berikutnya. Projek terbengkalai di negeri Pahang pada tahun 2009 dan 2010 masing-masing
berjumlah 1,997 unit dan 2,312 unit.
Banyak projek sakit dan terbengkalai berpunca daripada kurang koordinasi antara pihak
pengurusan bangunan dan perumahan, pihak kerajaan negeri, pihak Berkuasa Tempatan, sikap dan
kerenah pemaju yang kurang bertanggungjawab. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai
banyak projek sakit dan pada tahun 2009 mencatatkan sebanyak 2,198 unit dan berkurang kepada 2,188
unit pada tahun 2010. Jumlah projek terbengkalai masih tinggi di Wilayah, yang mana pada tahun 2009
41
mencatat sebanyak 2,291 unit berbanding sebanyak 1,987 unit pada tahun 2010 yang berkurang
sebanyak 304 unit
(Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada
Laporan Jabatan Perumahan Negara 2008/2010)
6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penagih dadah mengikut sektor pekerjaan dan cara pengambilan dadah di Malaysia pada tahun
2012.
Kerajaan mengisytiharkan Dadah Musuh No 1 negara pada tahun 1983 apabila kegiatan
penagihan dadah amat serius dan membahayakan negara. Walaupun rekod menunjukkan penurunan kes
dadah namun ancaman kepada rakyat dan negara mendesak kerajaan meningkatkan usaha membanteras
najis dadah. Sepanjang tahun 2012 seramai 15 090 orang penagih dadah telah direkodkan walaupun
berlaku penurunan kes sebanyak 19.14% berbanding tahun 2011. Sektor pengurusan dan pentadbiran
merupakan sektor paling sedikit dan seramai 354 orang penagih dadah direkodkan. Sektor kedua
tertinggi merekodkan jumlah penagih ialah perkhidmatan dan perkeranian seramai 4415 orang
berbanding sektor buruh am dan teknikal yang paling ramai jumlah penagih dadah pada tahun 2012.
Sektor buruh am dan teknikal merekodkan jumlah penagih seramai 4509 orang. Kebanyakan
pekerja dalam sektor buruh am dan teknikal adalah pelajar lepasan sekolah yang bermasalah dan
menyambung belajar di institut kemahiran terdedah kepada pengaruh rakan. Sektor jualan dan peruncitan
mencatatkan jumlah penagih seramai 2131 orang. Kebanyakkan penagih dalam sektor ini mudah
mendapat bekalan daripada pembekal barang jualan seperti rokok dan tembakau.
Pekerja industri dan perkilangan mencatatkan 3681 orang penagih dadah atau 24.39% daripada
jumlah keseluruhan penagih dadah pada tahun 2012. Seramai 15 090 orang yang dikesan menagih dadah
pada tahun 2012 menggunakan pelbagai cara mengambil dadah. Cara pengambilan dadah paling tinggi
direkodkan ialah dengan cara hidu dadah. Seramai 72.19% penagih dadah menggunakan cara ini dan
mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak AADK cara ini paling cepat dan berkesan kepada penagih.
Cara hisap merupakan amalan tradisional dan lazim diamalkan penagih dadah terutama penagih
baharu. Seramai 1763 orang penagih menghisap dadah cara ini dan sukar dikesan tanpa bukti yang
kukuh. Pihak narkotik amat pakar dalam bidang mengesan penagih dan cara pengambilan dadah.
Seramai 1545 orang penagih menggunakan cara suntik untuk mengambil dadah terutama penagih tegar
yang mahu cepat rasa kesan dadah. Ramai penagih tidak gemar menggunakan cara telan kerana kesannya
lambat dan penggunaannya berulang kali dalam tempoh yang singkat. Cara ini hanya melibatkan 889
orang penagih pada tahun 2012 dan kebanyakan diamalkan oleh individu yang sering menggunakan cara
ini untuk menghilangkan stres atau jiwa tidak tenteram.
42
(sumber: Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),
Kementerian Dalam Negeri. Malaysia. 2004)
Bahagian C
[25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan.
7. Proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar atau pun apabila petempatan
bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya merupakan satu keperluan
kepada negara. Namun begitu, proses perubahan ini menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara.
Bincangkan.
8. Teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam bukan lagi merupakan suatu alternatif tetapi suatu
keperluan. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi meningkatkan sumbangannya. Bincangkan.
43
IDEA UNIVERSAL ESEI SEMESTER 2
1. Meningkatkan pelaburan tempatan / meningkatkan pelaburan asing (FDI)
2. Keselamatan rakyat / negara terjamin.
3. Kedaulatan negara terjamin / meingkatkan kedaulatan negara.
4. Memajukan ekonomi negara / Meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
5. Meningkatkan pembangunan negara.
6. Mengawal ketenteraman awam.
7. Mengawal keamanan masyarakat.
8. Menjamin kesejahteraan hidup rakyat/ negara.
9. Meningkatkan imej negara.
10. Kedaulatan negara tergugat.
11. Ekonomi negara terjejas.
12. Keselamatan rakyat / negara terancam.
13. Imej negara terjejas.
14. Keamanan negara terancam.
15. Menyediakan infrastruktur / prasarana / kemudahan asas.
16. Melaksanakan dasar negara.
17. Memperkasa penguatkuasaan undang-undang.
18. Kemasukan budaya asing yang negatif / budaya kuning.
19. Membuka peluang pekerjaan.
20. Pemindahan teknologi dan perkongsian teknologi.
21. Memacu ekonomi negara.
22. Meluaskan pasaran produk.
23. Meluaskan perdagangan.
24. Pengaliran masuk tenaga buruh / tenaga kerja.
25. Menjalin hubungan secara diplomasi / menjalin hubungan diplomatik.
26. Mendapatkan sumber bahan mentah.
27. Meningkatkan kualiti produk.
28. Meningkatkan daya saing negara.
29. Mewujudkan kestabilan politik.
30. Meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D).
31. Perkongsian kepakaran.
32. Menjana pendapatan negara.
33. Meningkatkan hubungan dagangan.
34. Pengaliran Masuk wang negara.
35. Menjejaskan keharmonian Rakyat / kesejahteraan rakyat terjejas.
36. Kestabilan politik terjejas.
37. Menjejaskan hubungan diplomatik.
38. Memperkasa kempen kesedaran tentang “..... isu….”
39. Pelaburan asing terjejas.
40. Meningkatkan kesedaran awam melalui kempen “... isu…”
41. Meningkatkan perpaduan rakyat.
42. Meningkatkan aktiviti kemasyarakatan.
43. Menerapkan pendidikan agama / moral / nilai-nilai murni.
44. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi.
44
LATIHAN PEMANTAPAN ESEI
Bil Soalan/isu Huraian
1 Halangan pengukuhan
perpaduan dan integrasi kaum
2 Kepentingan mengekalkan
integrasi nasional
3 Kepentingan sukan dan punca
generasi muda kurang bersukan
4 Keadaan yang mencetus hasrat
pembentukan generasi muda
bermoral dan beretika / peranan
golongan muda bagi mencapai
hasrat tersebut
45
5 Sebab sukar mencapai matlamat
rukun negara yang kelima dan
program tertentu agar prinsip ini
menjadi amalan
6 Masalah urbanisasi yang
dihadapi komuniti terlibat
7 Sebab kurangnya sumber air
bersih dan risiko terhadap
manusia dana lam sekitar
8 Sebab pencemaran alam skitar
sukar diatasi dan usaha untuk
mengatasi
46
9 Punca penigkatan suhu oleh
aktiviti manusia dan usaha
menggurangkan aktiviti manusia
10 Tanggungjawab kerajaan dan
syarikat penyedia pengangkutan
awam bagi menigkatkan
kepercayaan pengguna
11 Peranan / tanggungjawab
kerajaan
12 Faktor untuk menjadi negara .
maju
47
13 Faktor kejayaan sektor pertanian
14 Potensi pelancongan sukan dan
cabarannya
15. Keperluan mengawal media
massa
16 Usaha untuk meningkatkan
peranan OKU
48
17. Faktor berlaku jenayah dan cara
atasi
18. Langkah mengatasi kemiskinan
bandar
19. Faktor berlakunya kemiskinan
luar bandar dan langkah
mengatasi
20. Potensi hutan2 di Malaysia
49
21 Kesan jika tiada sensitiviti
agama
22. Kepentingan sukan massa.
23 Sumbangan industri asas tani
dan usaha membangunkannya.
50