The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haza5110, 2021-10-26 23:45:23

Modul karangan Semester 3

Modul karangan semester 3

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 21 : Kekerapan pencerobohan kawasan perairan Malaysia banyak dikaitkan dengan pelbagai
faktor. Bincangkan.

Bil Idea Huraian

Faktor Pencerobohan - Kawalan keselamatan di kawasan perairan yang
Perairan lemah menyebabkan berlakunya pencerobohan
perairan.
Kawalan keselamatan
1. di kawasan perairan lemah. - Kawasan perairan yang panjang dan luas
menyebabkan timbul kesukaran untuk membuat
pemantauan secara berterusan.

- Tambahan pula aktiviti pencerobohan perairan
yang sering dilakukan pada waktu malam
menyukarkan pihak berkuasa untuk membuat
penangkapan.

2. Kurangnya pemantauan - Kakitangan pihak berkuasa yang terhad
daripada pihak berkuasa. menyebabkan sukar untuk membuat pemantauan
secara berterusan.

- Penggiliran tugasan tidak dapat dibuat dengan
cekap menyebabkan wujudnya peluang dan
ruang untuk penceroboh menceroboh perairan
negara.

- Pemantauan yang dilakukan tanpa pemantauan
susulan akan menyebabkan penceroboh berani
untuk menceroboh perairan negara untuk tujuan
tertentu seperti aktiviti penangkapan ikan.

3. Kurangnya aset pertahanan - Kurangya aset atau bot peronda yang dilengkapi
negara. dengan teknologi yang moden menyebabkan
aktiviti pencerobohan perairan senang untuk
dilakukan.

- Kekurangan bot peronda menyebabkan
pemantauan di kawasan perairan tidak dapat
dilakukan dengan lebih kerap serta berjadual.

- Akan wujudnya ruang serta peluang untuk rakyat
negara asing menceroboh perairan negara kita.

4. Amalan rasuah oleh pihak - Amalan rasuah merupakan antara isu
berkuasa. antarabangsa yang mampu mencemarkan imej
sesebuah negara.

- Sogokan yang diterima oleh pihak berkuasa
menyebabkan pencerobohan perairan sering
berlaku.

50

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

5. Sumber protein / ikan yang - Pihak berkuasa yang menerima sogokan / rasuah
banyak. dalam jumlah yang banyak menyebabkan aktiviti
ini kurang dipantau.
6. Kerjasama daripada
- Ada kalanya pihak berkuasa akan memberi
penduduk tempatan yang maklumat kepada penceroboh untuk
memudahkan mereka menceroboh perairan
tidak bertanggungjawab. negara.

7. Ekonomi Malaysia yang - Kaedah penangkapan ikan di negara jiran yang
maju. tidak dikawal menyebabkan sumber protein
di negara mereka semakin berkurang.

- Negara Malaysia mengharamkan penggunaan
pukat tunda atau bom ikan yang boleh
menjejaskan hasil tangkapan ikan / marin.

- Tindakan undang-undang akan dikenakan jika
nelayan melanggar undang-undang tersebut.

- Keadaan ini menyebabkan sumber protein
di negara kita terpelihara dan berlakunya
kelangsungan hidupan marin.

- Hasil ikan yang banyak di perairan negara
menyebabkan banyak nelayan asing terutamanya
dari Indonesia menceroboh perairan negara
untuk mengangkap ikan.

- Kerjasama daripada penduduk tempatan yang
tidak bertanggungjawab juga menyebabkan
berlakunya pencerobohan perairan.

- Kerjasama penduduk tempatan dengan
penceroboh dengan memberikan maklumat akan
memudahkan mereka melakukan kegiatan
haram.

- Mereka menceroboh untuk membawa masuk
pendatang tanpa izin ke negara Malaysia, atau
barang penyeludupan ke negara ini.

- Penduduk tempatan akan menyalurkan
maklumat tentang tempat-tempat tersembunyi
yang jarang dipantau oleh pihak berkuasa.

- Keadaan ekonomi Malaysia yang maju
berbanding dengan negara-negara jiran telah
menyebabkan rakyat negara jiran mengambil
peluang untuk masuk ke Malaysia secara haram.

51

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak
- Kebanyakan PATI yang dibawa masuk akan
menggunakan jalan air / jalan laut kerana sukar
dikesan oleh pihak berkuasa.
- Modus operandi mereka biasanya dilakukan
pada waktu tengah malam kerana sukar untuk
mengesan pergerakan mereka.

52

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 22: Selain usaha mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali oleh Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara, terdapat usaha-usaha lain yang telah dibuat untuk meningkatkan tahap keselamatan serantau.
Bincangkan.

Bi Idea Huraian
l

Usaha untuk meningkatkan - Pengistiharan ZOPFAN telah ditandatangani oleh
tahap keselamatan serantau Menteri Luar bagi negara-negara ASEAN

Mewujudkan kawasan aman, - kesemua pihak secara berterang-terangan menyatakan
1. bebas dan berkecuali bahawa matlamat mereka adalah untuk mengekalkan
Asia Tenggara "bebas dari sebarang bentuk campur
(ZOPFAN) tangan dari kuasa Luar".

- ZOPFAN menyebabkan negara ASEAN menjadi
kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada
pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar dunia
khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Repbulik
Rakyat China.

2. Meningkatkan peranan - ARF merupakan dialog pelbagai hala dalam kalangan
Forum Serantau ASEAN negara-negara ASEAN dan Asia Pasifik.
(ARF).
- Negara-negara anggota perlulah mematuhi dan
3. Menubuhkan Zon Bebas menghormati sepenuhnya keputusan dan pernyataan
yang telah dibuat oleh ARF.
Senjata Nuklear
- Antara isu yang pernah dibincangkan dalam ARF ialah
(SEANWFZ) isu tentang tuntutan Laut China Selatan (Aktiviti dua
buah negara kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan
China yang melakukan eksesais ketenteraan dengan
melibatkan aset-aset ketenteraan), Pelarian Rohingnya
dan penggunaan tenaga nuklear secara aman.

- Perbincangan telah dilakukan secara aman dan
diplomasi antara negara-negara ASEAN serta negara-
negara Asia Pasifik.

- Melalui perjanjian ini telah mewajibkan anggotanya
untuk tidak mengembangkan, mengeluarkan atau
memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear.

- Hal ini untuk menjaga keamanan rantau Asia daripada
pertelingkahan atau peperangan yang melibatkan
penggunaan senjata nuklear.

- SEANWFZ telah membebaskan rantau Asia Tenggara
daripada percaturan politik kuasa besar, di samping
membebaskan Asia Tenggara daripada masalah
pencemaran alam sekitar oleh sisa radioaktif.

53

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

4. Pertukaran maklumat - Kegiatan jenayah antarabangsa atau jenayah rentas
risikan. sempadan yang semakin berleluasa menyebabkan
maklumat risikan perlu dikongsi secara bersama untuk
5. Menandatangani Piagam membanteras jenayah tersebut.
ASEAN.
- Sindiket jenayah antarabangsa melibatkan pengedaran
6. Meningkatkan pemantauan dadah, pemerdagangan manusia, penyeludupan akan
/ kawalan di kawasan mengancam keamanan serta kedaulatan negara.
sempadan.
- Oleh itu 6 negara Asia Tenggara telah memulakan
8. Menubuhkan Pusat inisiatif perkongsian maklumat dan perisikan yang
bertujuan membantu mereka bertindak balas dengan cepat
Serantau Asia Tenggara dan tepat semasa berlakunya ancaman keselamatan rentas
sempadan.
bagi Mencegah Keganasan
- Antara negara yang terlibat ialah Brunei, Malaysia,
(SEARCCT) Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia.

- Perkongsia maklumat risikan ini telah dapat mengatasi
jenayah rentas sempadan.

- Piagam ASEAN yang ditandatangani telah
menyebabkan semua negara ASEAN perlu
memberikan sepenuh komitmen dalam Piagam
tersebut.

- Piagam ASEAN amat menekankan keamanan dan
identiti serantau, penolakan pencerobohan serta
penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan
rundingan.

- Dengan menandatangani Piagam ASEAN segala masalah
dapat diatasi secara bersama di samping menghormati
keutuhan serta kedaulatan wilayah lain dalam ASEAN.

- Untuk menjaga keamanan setiap negara telah berusaha
untuk meningkatkan pemantauan serta kawalan di
kawasan sempadan negara masing-masing.

- Tujuannya untuk menghalang kemasukan anasir-
anasir / penjenayah yang boleh mengganggu gugat
keamanan negara mereka.

- Sebagai contoh, Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) sering memantau perairan negara untuk
menghalang kemasukan PATI yang boleh menggangu
gugat kedaulatan negara Malaysia.

- Bagi menangani aktiviti keganasan yang berlaku di
negara Asia tenggara, maka SEARCCT telah
ditubuhkan.

- Rantau ini pernah diancam Jemaah Islamiyah (JI)
dipercayai rangkaian pertubuhan al-Qaeda. Kawasan

54

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak
selatan Filipina dianggap berpotensi besar menjadi
sarang pengganas disebabkan ketidakstabilan politik
di situ. Kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina
mendapat sokongan JI.

- Kerjasama ASEAN telah diperkukuhkan dengan
penubuhan SEARCCT.

- SEARCCT merupakan satu pusat latihan dan
penyelidikan dalam bidang keganasan dan
pencegahannya di Asia Tenggara.

- Tujuan penubuhannya adalah untuk melatih dan
mempertingkatkan kapasiti penguatkuasaan dalam
kalangan pegawai penguat kuasa keselamatan.

- Dengan ini aktiviti keganasan dapat diatasi dengan
cekap.

55

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 23: Malaysia bersama negara-negara yang lain berusaha menangani masalah kemiskinan yang
dihadapi oleh penduduk dunia. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada masalah kemiskinan.

Bil Idea Huraian

Faktor-faktor - Kemiskinan penduduk dunia boleh berpunca
1. Bencana alam. daripada bencana alam.

- Menurut laporan yang dikeluarkan PBB
kebanyakan bencana alam berlaku di negara
miskin yang menyebabkan jumlah kematian
rakyatnya banyak.

- Antara bencana alam yang sering berlaku di negara
miskin seperti gempa bumi dan Tsunami dan
antara negara yang tersenarai ialah Haiti,
Indonesia dan Myanmar.

- Bencana alam ini akan memusnahkan
pembangunan negara tersebut dan mengambil
masa yang lama untuk dipulihkan sedangkan
bencana alam itu boleh berlaku bila-bila masa
sahaja.

2. Pemimpin yang lemah . - Pemimpin memainkan peranan penting dalam
membangunkan negara mereka.

- Sekiranya pemimpin tidak dapat menyelesaikan
masalah dalaman negara mereka sudah pasti
pembangunan negara akan tergugat.

- Contohnya Somalia merupakan antara 10 negara
termiskin di dunia. Pemimpin di negara Somalia
tidak dapat menyelesaikan perang saudara /
peperangan yang berlanjutan sehingga kini.

- Tambahan pula Somalia tidak memiliki
pemerintahan yang diterima oleh seluruh rakyat
Somalia dan ada kalanya presiden yang memegang
pemerintahan hanya berkuasa dalam sesuatu
kawasan sahaja.

3. Kurangnya teknologi - Kurangnya penggunaan teknologi moden
moden. menyebabkan pembangunan ekonomi dan sosial
di negara tersbut tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

- Produktiviti tidak dapat dikeluarkan secara
maksimum.

- Pendapatan / hasil negara yang diperoleh juga
tidak banyak menyebabkan pembangunan negara

56

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

4. Peperangan / rusuhan. tidak dapat dilaksanakan kerana perbelanjaan
pembangunan yang terhad.
5. Tanah yang tandus.
6. Pertumbuhan ekonomi yang - Negara yang sering terlibat dalam kancah
peperangan / rusuhan akan sentiasa mengalami
perlahan. kemiskinan kerana aktiviti pembangunan tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
7. Persaingan ekonomi global.
- Pemimpin negara juga tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap keperluan rakyat serta
pembangunan ekonomi negara.

- Sebagai contoh Yaman sebuah negara yang sering
berperang sehingga kini bakal menjadi negara
yang termiskin di dunia.

- Pelabur asing juga tidak berminat untuk
meneruskan pelaburan mereka di negara yang
mengalami politik yang kucar kacir.

- Keadaan iklim serta tanah yang tandus juga
menjadi punca negara tertentu terus berada dalam
kancah kemiskinan.

- Kedudukan geografi negara tersebut di kawasan
yang tandus menyebabkan aktiviti pertanian tidak
dapat dijalankan di kawasan tersebut.

- Contohnya Somalia memiliki tanah yang kering
dan tandus menyebabkan aktiviti pertanian tidak
dapat dijalankan di negara tersebut.

- Pertumbuhan ekonomi yang perlahan juga akan
menyebabkan negara tertentu akan berada dalam
keadaan kemiskinan.

- Kurangnya kemasukan pelabur asing akan
menyebabkan ekonomi negara mereka tidak akan
berkembang maju.

- Aktiviti pembangunan ekonomi tidak dapat
dilakukan dengan rancak menyebabkan kegiatan
eksport tidak dapat dilakukan oleh negara tersebut.

- Oleh itu, negara yang miskin ini kurang aliran
wang masuk ke negara mereka.

- Persaingan ekonomi global akan menyebabkan
negara yang miskin tidak mampu untuk bersaing
dengan negara membangun serta negara maju.

- Mereka akan ketinggalan jauh kerana tidak dapat
menghasilkan produk yang berkualiti.

57

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

8. Produktiviti yang rendah. - Hal ini akan menyebabkan pasaran barangan
9. Rasuah. mereka terhad, tidak meluas serta tidak dikenali
oleh dunia luar.

- Secara tidak langsung permintaan terhadap produk
negara tersebut kurang sambutan serta sukar untuk
menembusi pasaran negara luar.

- Kurangnya teknologi moden akan menyebabkan
produktiviti yang dihasilkan rendah.

- Produk yang dihasilkan oleh negara miskin ini
kurang berdaya saing serta kurang inovasi.

- Keadaan ini akan menyebabkan produk mereka
tidak mendapat tempat dalam pasaran dunia.

- Tambahan pula aktiviti ekonomi yang lembap
akan menyebabkan berlakunya pengangguran
yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan
produktiviti negara mereka juga rendah.

- Rasuah merupakan satu amalan yang mampu
menjejaskan pembangunan sesebuah negara.
Malah rasuah juga mampu mengheret negara
tersebut dalam kancah kemiskinan yang tidak
berkesudahan.

- Pembangunan negara tidak dapat dilakukan
dengan sempurna menyebabkan rakyatnya hidup
dalam kemiskinan.

- Antara negara yang paling banyak menerima
rasuah sehingga menjadi negara yang paling
miskin di dunia ialah Mozambique dan Negeria.

- Amalan rasuah telah menghalang kejayaan
ekonomi setiap penduduk.

- Keadaan ini menyebabkan infrastruktur negara
mereka sangat teruk.

58

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 24: Malaysia merupakan sebuah negara yang amat komited dalam hubungan antarabangsa. Oleh itu,
Malaysia banyak melibatkan diri dalam bidang sosial di peringkat global. Bincangkan.

Bil Idea Huraian

Penglibatan dalam bidang - Malaysia mengadakan hubungan luar dengan
sosial. pelbagai negara sama ada hubungan serantau
atau global.
1. Penglibatan dalam sukan.
- Keadaan ini akan menyebabkan Malaysia akan
menyertai setiap aktiviti yang dilakukan sebagai
tanda sokongan dalam pertubuhan tersebut.

- Oleh itu Malaysia telah menyertai pelbagai jenis
sukan peringkat antarabangsa seperti Sukan
SEA, Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik, Sukan
Komanwel, sukan permotoran, berbasikal dan
sebagainya.

- Hal ini menunjukkan komitmen yang tinggi dari
negara Malaysia dalam menjayakan sukan-sukan
tersebut.

- Malahan ada juga sukan antarabangsa yang telah
menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah seperti
sukan Komanwel dan Formula One serta sukan
berbasikal dalam Le Tour De Langkawi.

2. Penglibatan dalam - Bagi mengeratkan lagi hubungan dengan negara-
kebudayaan. negara lain, Malaysia telah memperkenalkan
kebudayaan negara ini kepada negara lain.

- Sebagai contoh dalam hubungan dengan ASEAN,
Malaysia turut menjayakan festival kebudayaan
dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.

- Malaysia bersama-sama dengan negara ASEAN yang
lain pernah mengadakan Perkampungan Budaya
ASEAN yang menghimpunkan acara kesenian,
permainan tradisional dan kraftangan dari negara
anggota ASEAN.

- Malaysia turut dapat memperkenalkan budaya negara
Malaysia kepada negara-negara ASEAN yang lain.

3. Penglibatan dalam misi - Bagi menunjukkan sokongan serta komitmen
kemanusiaan. dalam hubungan antarabangsa, Malaysia juga
turut menghantar misi kemanusia di negara-
negara luar yang ditimpa musibah.

- Bantuan kemanusiaan dilaksanakan oleh
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih

59

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

4. Penglibatan / sokongan dikenali sebagai MERCY Malaysia) yang telah
terhadap PBB. melaksanakan pelbagai misi kemanusiaan.
- Antaranya bantuan perkhidmatan perubatan di
5. Penglibatan dalam alam Kosovo, Afghanistan, Semenanjung Gaza.
sekitar. - Bantuan ini akan dapat mengurangkan kesengsaraan
yang dialami oleh negara yang ditimpa musibah.
6. Penglibatan dalam isu
kesihatan dan perubatan. - Keahlian Malaysia dalam PBB menyebabkan
Malaysia juga menunjukkan komitmennya
dalam menjaga keamanan dunia.

- Pelbagai sokongan telah diberikan oleh negara
Malaysia di bawah panji-panji PBB.

- Antaranya Malaysia pernah menghantar tentera
pendamai di Congo Afrika untuk menamatkan
perang saudara di negara ini.

- Malaysia juga menyertai PBB untuk menjaga
keamanan di Namibia dan membantu negara
tersebut mencapai kemerdekaan.

- Malaysia juga melibatkan diri dalam penjagaan
alam sekitar yang dianjurkan di peringkat
antarabangsa.

- Hal ini untuk menunjukkan komitmen bahawa
Malaysia juga amat mementingkan penjagaan
alam sekitar agar sentiasa lestari dengan
pembagunan negara.

- Malaysia terlibat dalam Protokol Kyoto
berkaitan dengan perubahan iklim dunia.

- Malaysia juga menyertai kempen “Earth Hour”
(acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam
Sedunia WWF) yang dilaksanakan seluruh dunia
dengan memadamkan lampu selama 1 jam untuk
membangkitkan kesedaran tentang perubahan
iklim.

- Malaysia juga terlibat dalam isu-isu kesihatan
dunia dengan memberi sokongan terhadap isu
tersebut untuk kesejahteraan rakyatnya.

- Perlaksanaan kempen yang diadakan di negara
ini adalah untuk menyedarkan masyarakat
tentang kewujudan penyakit tersebut yang telah
meragut nyawa penduduk dunia.

- Antaranya Malaysia menyertai sambutan Hari
Tibi Sedunia, Hipertensi, Obesiti, HIV dan

60

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

7. Penglibatan dalam sebagainya untuk mengekalkan kesihatan
pendidikan. seluruh penduduk Malaysia.

- Dalam bidang pendidikan juga Malaysia telah
menunjukkan komitmen yang sangat padu bagi
menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf
dunia.

- Malaysia juga terlibat dalam program pertukaran
pelajar ke luar negara manakala pelajar
antarabangsa juga akan datang ke negara
Malaysia untuk belajar di sini.

- Dalam ASEAN sumbangan Malaysia dalam
pendidikan ialah menjadi Pusat Serantau
Pendidikan Sains dan matematik di rantau ini.

61

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 25: Kedatangan pelancong asing ke dalam negara akan membawa impak yang positif. Bincangkan.

Bil Idea Huraian

Impak Positif ekonomi - Kemasukan pelancong asing akan meningkatkan
aliran masuk mata wang asing ke dalam negara.
1. Meningkatkan
negara. - Merancakkan kemajuan pelabagai sektor seperti
sektor pengangkutan udara, pelancongan dan
sebagainya.

- Kerjasama dengan negara ASEAN telah
menyebabkan negara Malaysia dipromosi dalam
kalangan negara ASEAN.

- Pelancong dari Thailand, Indonesia, Brunei,
Singapura telah datang untuk melancong
di negara kita.

- Pelancong-pelancong ini akan berbelanja
di negara kita apabila mereka menginap di hotel,
atau berbelanja untuk membeli cendera hati
untuk dibawa balik ke negara mereka.

2. Meningkatkan imej negara. - Bagi menjaga imej negara, sektor pelancongan
akan diberi keutamaan agar pelancong asing
3. Meningkatkan infrastruktur selesa untuk datang melancong.
pelancongan.
- Kebersihan di kawasan pelancongan akan
dipelihara agar dapat menjaga imej kawasan
pelancongan tersebut.

- Keadaan politik yang aman serta tempat
pelancongan yang selesa akan menyebabkan
pelancong akan memuji keindahan negara kita.

- Infrastruktur pelancongan juga turut meningkat
bagi memberikan lebih keselesaan kepada para
pelancong.

- Jalinan jalan raya akan bertambah baik dan
dinaik taraf untuk menjaga imej negara.

- Bekalan air bersih serta bekalan elektrik akan
disediakan di kawasan pelancongan agar
pelancong asing selesa untuk menginap
di tempat tersebut.

4. Meningkatkan peluang - Kedatangan pelancong juga akan meningkatkan
pekerjaan. peluang pekerjaan penduduk tempatan.

- Akan membawa kepada kewujudan lebih banyak
tempat penginapan, restoran, gerai-gerai makan,
kedai menjual kraftangan dan sebagainya.
62

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

- Perkhidmatan pemandu pelancong juga turut
berkembang untuk membantu memudahkan
pergerakan para pelancong.

- Keadaan ini akan membuka banyak peluang
pekerjaan kerana industri ini memerlukan ramai
tenaga kerja untuk menjayakan industri ini.

5. Mempelbagaikan produk - Produk pelancongan dapat dipelbagaikan untuk
pelancongan. menarik lebih ramai lagi kedatangan pelancong
asing.
6. Meningkatkan
pembangunan negara. - Mewujudkan ekopelancongan, pelancongan
pendidikan, pelancongan kesihatan, pelancongan
7. Menambah baik sistem sukan.
pengangkutan.
- Kepelbagaian produk pelancongan ini akan
memberikan banyak pilihan kepada pelancong
asing untuk datang melancong.

- Kehadiran pelancong akan menyebabkan
sesebuah tempat / kawasan itu akan mula
dibangunkan.

- Kawasan tersebut akan dibina tempat
penginapan yang selesa seperti hotel, resort atau
homestay sebagai tempatan tinggal pelancong
asing.

- Kawasan ini juga akan dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan seperti lampu jalan, jalan
raya yang selesa, kedai-kedai perniagaan serta
tempat rekreasi yang dapat menarik minat
pelancong asing.

- Pelancong asing yang datang ke negara ini akan

menggunakan pengangkutan awam untuk

memudahkan pergerakan mereka.

- Pelancong akan menyewa kereta atau grab untuk

bergerak dari satu destinasi kepada satu destinasi

pelancongan.

- Pengangkutan awam negara ini akan

berkembang dengan wujudnya monorel, LRT,

MRT dan KTM komuter sebagai alat

perhubungan yang memudahkan para

pelancongan menikmati kemudahan

pengangkutan ini.

63

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 26: Perebutan kuasa politik telah menyebabkan sesetangah rakyat di negara terlibat menghadapi
kebuluran. Terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya kebuluran dalam kalangan penduduk
dunia.

Bil Idea Huraian

Faktor-faktor kebuluran. - Para pentadbir / pemimpin akan bertelagah
1. Perebutan kuasa politik. sesama mereka untuk berebut kuasa pentadbiran.

- Keadaan ini akan menyebabkan keadaan politik
di negara tersebut tidak stabil.

- Kepentingan dan kesejahteraan rakyat negara ini
akan terabai kerana pemimpin mereka alpa untuk
membangunkan negara serta menjaga kebajikan
rakyat.

- Keperluan asas rakyat mereka tidak akan
diberikan perhatian menyebabkan pengeluaran
serta agihan makanan di negara tersebut akan
terjejas.

- Contohnya, perebutan kuasa politik serta perang
saudara di Somalia menyebabkan rakyat negara
tersebut menghadapi kebuluran yang kronik

2. Peperangan. - Peperangan yang berlaku biasanya akan
melibatkan penggunaan senjata yang dapat
memusnahkan pelbagai sektor negara tersebut
termasuklah sektor pertanian.

- Sektor pertanian di negara yang berperang akan
terjejas dan musnah menyebabkan bekalan
makanan penduduk di kawasan / negara tersebut
akan terjejas.

- Sebagai contoh peperangan antara Isreal-
Palestine telah menyebabkan penduduk
Palestine ketiadaan bekalan makanan yang
mencukupi untuk menampung kehidupan
mereka. Pelbagai sektor telah musnah serta
terjejas dengan peperangan tersebut.

3. Kegagalan mengurus - Kegagalan pemimpin menguruskan sumber
kekayaan negara juga akan menyebabkan negara
sumber kekayaan. tersebut akan terus miskin.

- Terdapat negara yang mempunyai bahan asas
bagi pengeluaran makanan untuk penduduk
tetapi tidak boleh dikeluarkan untuk pasaran.

64

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

4. Kurang sumber bahan - Negara miskin serta mundur tidak memiliki
mentah. teknologi moden untuk menghasilkan sesuatu
produk / makanan.
5. Kawasan yang tandus.
- Hal ini akan menyebabkan bekalan makanan
6. Pemimpin yang tidak cekap di negara tersebut tidak dapat diedarkan kepada
mentadbir. seluruh penduduknya.

- Terdapat sesetengah negara yang miskin
memiliki sumber bahan mentah yang sangat
kurang.

- Banyak kawasan yang terabai dan tidak dapat
dijaga dengan baik menyebabkan sumber bahan
mentah tidak dapat dugunakan sepenuhnya.

- Contohnya di Somalia, Afrika rakyatnya
mengalami masalah kebuluran yang sangat teruk
sehingga menyebabkan ramai yang mati.

- Mereka tidak memiliki sumber bahan mentah
yang boleh digunakan untuk menampung
kehidupan mereka menyebabkan hidup mereka
kekal miskin serta tidak mampu untuk membeli
bahan makanan.

- Keadaan negara yang memiliki keadaan tanah
yang kering serta tandus telah menyebabkan
tanaman yang diusahakan oleh penduduk
musnah.

- Sektor pertanian juga tidak boleh berkembang
maju di kawasan seperti ini.

- Kawasan / negara tersebut tidak mampu untuk
menghasilkan sumber makanan untuk keperluan
penduduknya.

- Keadaan ini akan menyebabkan penduduk di
negara tersebut menghadapi kebuluran dan
akhirnya menyebabkan kematian.

- Pemimpin yang tidak cekap mentadbir juga akan
menyebabkan pembangunan negara terjejas.

- Ekonomi negara tersebut akan kekal mundur
sehingga tidak mampu untuk mengimport bahan
makanan untuk keperluan penduduknya.

- Tambahan pula ketidakcekapan pemimpin
menyebabkan negara tersebut sukar untuk
menghasilkan bahan makanan yang cukup untuk
keperluan penduduk mereka sendiri.

65

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak
- Akhirnya penduduk akan mengalami
kekurangan bahan makanan serta kebuluran akan
terjadi.

66

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 27: Ketidakstabilan politik telah menyebabkan penduduk negara tersebut menjadi pelarian. Negara
yang menerima pelarian juga terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Bincangkan.

Bil Idea Huraian

Sebab-sebab menjadi - Keadaan politik yang tidak stabil di sesebuah
pelarian negara sehingga mengancam nyawa rakyatnya
akan menyebabkan rakyat negara tersebut akan
Ketidakstabilan politik. menjadi pelarian.
1.
- Mereka akan mencari tempat tinggal yang
selamat untuk meneruskan kelangsungan hidup
mereka.

- Contohnyan pelarian Rohingnya dari Myanmar
telah menjadikan Malaysia sebagai tempat
tinggal mereka yang baru.

2. Peperangan. - Peperangan yang berlaku di sesebuah negara
juga akan menyebabkan rakyanya menjadi
pelarian.

- Sebagai contoh peperangan serta pergolakan
politik yang berlaku di Syria telah menyebabkan
ramai rakyat Syria melarikan diri dari negara
mereka. Mereka akan berpindah ke negara yang
boleh menerima mereka seperti negara Turki.

3. Penindasan rakyat oleh - Penindasan rakyat oleh pemerintah juga akan
pemerintah. menyebabkan rakyat yang ditindas tersebut
melarikan diri ke negara lain.

- Mereka akan menjadi pelarian di negara orang
yang lebih aman serta stabil politiknya.

- Keadaan ini akan menjamin kehidupan mereka
walaupun mereka telah menjadi pelarian.

4. Diskriminasi kaum / agama. - Diskriminasi kaum yang berlaku di sesebuah
negara akan menyebabkan rakyat yang ditindas
akan cuba melarikan diri untuk menyelamatkan
diri mereka.

- Diskriminasi kaum oleh pemerintah Myanmar ke
atas masyarakat Rohingnya yang dinafikan
haknya sebagai warganegara Myanmar
menyebabkan masyarakat Rohingnya melarikan
diri ke negara yang berhampiran.

- Mereka datang untuk mencari perlindungan agar
kehidupan mereka lebih selamat serta terjamin.

67

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Cabaran - Kemasukan pelarian secara besar-besaran ke
5. Cabaran dalam mengekalkan negara penerima akan memberikan impak
negatif terhadap keselamatan negara penerima.
keselamatan rakyat.
- Keadaan ini akan menyebabkan wujudnya isu
6. Cabaran dalam menyediakan rentas sempadan secara haram, pemerdagangan
peluang pekerjaan. manusia, serta pembentukan koloni setempat
dalam kalangan pelarian.
7. Cabaran dalam menyediakan
peluang pendidikan. - Contohnya mograsi rakyat Myanmar khususnya
etnik Rohingnya ke Malaysia telah membuka
petempatan yang besar di Langkawi.

- Keadaan ini menyebabkan mereka semakin
berani untuk menguasai kawasan tersebut
sehingga mengancam keselamtan rakyat /
penduduk tempatan di kawasan yang
berhampiran.

- Sekirannya pelarian tersebut menerima kad
UNHCR, ini menyebabkan negara penerima
perlu memberikan peluang pekerjaan kepada
pelarian tersebut.

- Hak mereka tidak boleh dinafikan oleh negara
penerima. Pelarian tersebut berhak untuk
mencari pekerjaan di negara penerima.

- Kemasukan pelarian secara beramai-ramai ini
akan menyebabkan penduduk tempatan perlu
bersaing untuk mendapatkan pekerjaan.

- Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak
stabil menyebabkan peluang pekerjaan amat
terhad.

- Kanak-kanak pelarian tanpa dokumen di negara
penerima juga perlu diberikan pendidikan yang
sewajarnya.

- Kebanyakan mereka tidak berpeluang mendapat
pendidikan yang sewajarnya disebabkan tiada
dokumen yang sah.

- Peluang pendidikan mereka bergantung kepada
pusat pembelajaran yang disediakan oleh NGO ,
madrasah tidak formal kerana kebanyakan
mereka menghadapi masalah kewangan.

- Kerajaan amat sukar untuk memberikan bantuan
kewangan kepada kanak-kanak tersebut
memandangkan jumlah mereka amat besar di

68

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

8. Cabaran dalam menyediakan negara ini menyebabkan mereka ketinggalan
perkhidmatan kesihatan. dalam pelajaran.

9. Cabaran dalam - Disebabkan kos yang tinggi dalam penyediaan
perkhidmatan perubatan di negara penerima,
menyediakan tempat tinggal. amat menyukarkan kerajaan untuk
menyediakannya perkhidmatan kesihatan yang
10. Cabaran menangani masalah baik kepada pelarian.
sosial.
- Kerajaan perlu mengutamakan kesihatan
rakyatnya berbanding pelarian.

- Tambahan pula jumlah pelarian yang amat tinggi
di negara penerima menyebabkan kesihatan
mereka terabai.

- Hal ini akan menyebabkan berlakunya
penyebaran penyakit dalam kalangan pelarian
dan juga rakyat tempatan.

- Kerajaan / negara penerima juga akan
menghadapi masalah untuk menyediakan tempat
tinggal yang selesa kepada pelarian.

- Kos yang tinggi perlu dikeluarkan oleh negara
penerima untuk menyediakan tempat tinggal
yang lengkap dengan bekalan air serta elektirk.

- Tambahan pula, pelarian tersebut juga tidak
menjaga kebesihan tempat tinggal mereka
dengan sempurna.

- Kawasan yang amat luas juga amat diperlukan
untuk menyediakan tempat tinggal untuk
pelarian contohnya di Turki.

- Kebanyakan kanak-kanak pelarian tidak akan
menerima pendidikan formal yang baik.

- Mereka ketinggalan dalam pelajaran
menyebabkan mudah bagi mereka terjebak
dengan masalah sosial.

- Mereka juga tidak dapat bersaing dengan warga
tempatan menyebabkan masa depan mereka
tidak menentu.

69

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 28 : Keganasan antarabangsa bukan sahaja mendatangkan kesan kepada negara-negara
yang terlibat tetapi juga kepada negara-negara lain. Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk
menangani masalah ini. Bincangkan.

Pengenalan:

Keganasan antarabangsa kerap berlaku di seluruh dunia seperti pengeboman, pembunuhan dan
penculikan oleh kumpulan pengganas banyak mendatangkan kesan kepada negar yang terlibat.
Pelbagai langkah perlu dilakukan untuk menangani masalah ini daripada berleluasa.

Bil Idea Huraia
n
A.Kesan-kesan
 Keganasan yang berlaku sama ada angkara
1 Mengancam keselamatan dalaman mahupun luaran dalam sesebuah
negara akan menimbulkan huru-hara dan
negara yang terlibat kacau-bilau.

 Keganasan angkara dalaman seperti perebutan
kuasa, penghapusan etnik, dan krisis agama
menyebabkan ketidakstabilan politik. Situasi
ini akan menyebabkan masyarakat
antarabangsa dan pelabur hilang keyakinan
terhadap keselamatan negara.

 Contohnya perebutan kuasa yang berlaku di
Syria, Yaman. Manakala krisis agama yang
berlaku di Selatan Thailand antara agama
Islama dengan agama Buddha akan
mengancam keselamatan negara terlibat.

2 Menjejaskan ekonomi negara  Aktiviti keganasan yang tercetus akan
mengganggu kelancaran aktiviti ekonomi
seperti urus niaga dan perdagangan.

 Pelabur asing akan menarik pelaburan mereka
di negara tersebut dan mencari peluang
pelaburan baru di negara yang lebih aman.

 Keganasan yang berlaku di sesebuah negara
juga akan menjejaskan ekonomi dunia kerana
aktiviti perdagangan akan terjejas.

3 Menjejaskan industri  Keganasan antarabangsa seperti aktiviti
pelancongan penculikan, rampasan kapal terbang,
pengeboman berani mati pengganas akan
mengurangkan kehadiran pelancong.

 Di samping itu, banyak syarikat berkaitan
pelancongan dan penerbangan antarabangsa
mengalami kerugian besar dan terpaksa
gulung tikar.

70

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

4 Menjejaskan imej negara  Memberikan imej buruk kepada keberkesanan
pentadbiran negara.
5 Menjejaskan hubungan
diplomatik antara negara  Negara lain akan memandang rendah terhadap
ketidakupayaan negara di dalam menangani
B. Langkah-langkah isu keganasan antarabangsa.
6 Meningkatkan kerjasama
 Sebagai contoh, isu pengebom berani mati
antarabangsa yang berlaku di Thailand iaitu di kawasan
pelancongan yang dibanjiri dengan pelancong
7 Memperkasakan asing, begitu juga letupan bom di Jakarta
penguatkuasaan undang- Indonesia akan menyebabkan negara lain
undang mempertikaikan tahap keselamatan di negara
terlibat.
8 Memperluaskan konsep
kesederhanaan global  Berlakunya konflik antara negara yang terlibat
dengan kejadian keganasan.

 Keadaan ini akan menimbulkan ketegangan
politik antara negara yang terlibat.

 Hal ini akan mendatangkan risiko campur
tangan kuasa besar.

 Keganasan antarabangsa boleh diatasi melalui
kerjasama antarabangsa. Malaysia percaya
melalui perkongsian maklumat risikan mampu
mengatasi isu keganasan.

 Kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah
dan Keadilan Jenayah (CCPCJ) mampu
meredakan aktiviti keganasan.

 Malaysia dan negara ASEAN bergerak aktif
dan berjuang di bawah Program Kerja
ASEAN untuk membanteras keganasan dan
jenayah terancang transnasional.

 Keganasan antarabangsa boleh diatasi melalui
pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang
oleh sesebuah negara.

 Badan penguatkuasaan undang-undang seperti
pihak polis dan tentera memainkan peranan
penting membanteras keganasan. Undang-
undang khas untuk menangani keganasan
perlu digubal.

 Mementingkan keharmonian hubungan sosial,
politik, dan kerjasama ekonomi di peringkat
antarabangsa.

 Setiap negara bertanggungjawab penuh
menjaga keamanan dalam negara. Menolak
dasar campurtangan.

71

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 29 : Saban tahun masalah jerebu rentas sempadan semakin membimbangkan dan
menimbulkan pelbagai kesan . Jelaskan.

Pendahuluan:

Masalah jerebu yang semakin kerap berlaku merupakan masalah yang dihadapi oleh Malaysia
dan jiranny. Banyak faktor penyumbang kepada masalah ini dan wujud kesan yang harus
ditanggung bersama.

Bil Idea Huraian

A. Kenapa semakin membimbangkan

1 Sikap penduduk  Masih mengamalkan amalan pertanian secara

membakar untuk membersihkan ladang dan

menyuburkan tanah

 Perbuatan ini tidak dianggap sebagai suatu

kesalahan

 Seharusnya dididik untuk menguruskan ladang

secara moden

2 Pembakaran terbuka  Pembakaran terbuka di ladang-ladang masih

diamalkan dengan tujuan membersihkan sisa

tanaman bagi tanaman semula. Aktiviti sebegini

sering dilakukan di Kalimantan kerana teknologi

penanaman yang masih rendah.

 Aktiviti pembakaran turut dilakukan di tapak

pelupusan sampah.

3 Kebakaran Hutan  Kebakaran hutan berpunca daripada cuaca yang

terlalu kering mempunyai kaitan dengan fenomena

El-Nino.

 Kebakaran hutan yang luas menyebabkan serakan

asap yang meliputi kawasan yang luas

B. Kesan

4 Menjejaskan kesihatan  Mengganggu sistem pernafasan

 Boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat

diambil tindakan

 Mata menjadi berair dan pedih serta kulit menjadi

gatal

5 Menjejaskan hidupan  Menjejaskan hidupan laut yang seterusnya

akuatik memberi kesan kepada aktiviti perikanan

 Pembiakan yang terjejas akan mengurangkan

sumber perolehan protein

 Jerebu menyekat kemasukan cahaya matahari

akan memberi kesan kepada hidupan seni /

plankton yang menjadi makan ikan

72

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

6 Mengganggu industri  Menjejaskan aktiviti harian/ rutin penduduk.
pelancongan Rakyat tidak digalakkan berada di luar rumah.
Larangan ini akan menjejaskan industri
7 Menjejaskan aktiviti pelancongan.
penerbangan
 Pelancong tidak akan berminat untuk melancong
ke negara yang dilanda jerebu kerana menjejaskan
kesihatan mereka

 Banyak penerbangan terpaksa dibatalkan atau
ditunda.Hal ini kerana habuk dan jerebu menyekat
pandangan yang boleh menyebabkan jarak
penglihatan terhad

8 Menjejaskan sektor  Proses fotosintesis akan terhalang. Tisu daun akan
pertanian dan musnah. Kesannya pengeluaran hasil akan
perhutanan terbantut. Hutan juga akan kehilangan kesuburan
kerana faktor hujan asid dan sekatan kemasukan
cahaya matahari.

73

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

Soalan 30 : Isu pelarian di beberapa negara di dunia telah meninggalkan pelbagai kesan
kepada Malaysia. Tindakan perlu dilaksanakan bagi menangani isu tersebut. Bincangkan.

Pendahuluan

Pelarian adalah mereka yang memilih untuk meninggalkan negara asal disebabkan
kebimbangan akan ditindas oleh pemerintah. Hal ini menyebabkan mereka melarikan diri ke
negara berhampiran termasuk Malaysia untuk mendapat perlindungan sementara sebelum
ditempatkan ke negara ketiga. Namun demikian, tindakan ini menimbulkan pelbagai kesan
kepada Malaysia.

Bil Isi/idea Huraian

A. Kesan Isu Pelarian kepada Malaysia

1 Keselamatan negara terancam • Kegiatan subversif golongan pelarian yang
menentang negara asal mereka akan memberi kesan

kepada politik negara
• Memudahkan berlakunya kegiatan jenayah rentas

sempadan kerana mereka melarikan diri dari negara
asal ke negara lain.

2 Peningkatan kadar jenayah • Pelarian terlibat dalam pelbagai kes jenayah kerana
kesukaran hidup mereka.

• Melakukan jenayah untuk menampung kos hidup
kerana tidak mempunyai pekerjaan.

3 Peningkatan kos penyediaan • Kerajaan terpaksa menanggung kos penyediaan
tempat perlindungan penempatan/ makanan/ perubatan pelarian.
• Membebankan negara kerana meningkatnya
tanggungan kerajaan.

4 Penularan pelbagai penyakit • Kebanyakan negara tidak memberikan
perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyatnya.
• Kumpulan pelarian mungkin tidak diberikan
perkhidmatan kesihatan di negara asal seperti vaksin
untuk melawan penyakit.
• Membawa penyakit berbahaya ke negara ini bila
mereka bergaul dengan penduduk tempatan.

5 Ketegangan hubungan • Hubungan Malaysia dengan negara asal tegang
diplomatik dengan negara
yang terlibat akibat penerimaan pelarian negara mereka.
• Contoh Malaysia –Myanmar yang menerima

pelarian etnik Rohingya yang beragama islam.
• Negara asal mencemuh tindakan Malaysia

menerima pelarian.

74

Modul Esei Semester 3 /Disediakan oleh : Puan Hazalina/SMK Tun Perak

B.Tindakan Malaysia menangani isu pelarian

6 Mengadakan kerjasama • Kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa bagi

antarabangsa orang migran
• Menyuarakan masalah ini di peringkat

antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa

bersatu (PBB)

7 Memperketat kawalan • Keselamatan di kawasan sempadan

di pintu sempadan dipertingkatkan.
negara. • Penguatkuasaan undang-undang oleh

agensi berkaitan dilakukan.
• Imigresen menyekat kemasukan iaitu dengan

menegaskan bahawa hanya ada pasport sahaja baru

boleh memasuki sempadan Malaysia
• Menutup lorong-lorong tikus

8. Mengurus penempatan • Mewujudkan penempatan sementara
semula • Memindahkan pelarian ke negara ketiga yang

sanggup menerima mereka

9. Memperketat • Mngemaskini dan mengukuhkan ciri-ciri
pemberian kad keselamatan dokumen UNHCR secara berkala untuk
UNHCR mengekang kad palsu
• Memudahkan urusan agensi2 penguatkuasaan
10. Melakukan tapisan
kesihatan • Memantau tahap kesihatan golongan pelarian
• Memberi rawatan yang bersesuaian
11. Memberi peluang sekiranya menghidapi penyakit berjangkit /
pendidikan berbahaya

• Memberi peluang pendidikan kepada kanak-
kanak pelarian sebagai hak asasi mereka

12. Menyerapkan dalam • Kerajaan mengambil manfaat kehadiran
sektor pelarian golongan pelarian ini dengan menyerap mereka
dalam sektor pekerjaan
13. Memperkasa • Memberi latihan kemahiran kepada
penguatkuasaan golongan wanita dan lelaki
undang-undang
• Mengenakan tindakan undang-undang sekiranya
pelarian terlibat dalam kegiatan jenayah
• Dapat mengurangkan kadar jenayah
dalam kalangan pelarian

75

Modul esei semester 3 (Jilid 2) Disediakan Oleh : Puan Hazalina Bt Hazali SMK Tun Perak Muar

76


Click to View FlipBook Version