• ال َك ْل ُب َص ِغ ْير َو َس ِر ْيع.
• ال َّسيَّا َرةُ َس ِريعَة ِجدَّا.
• ال ُم ْس ِل ُم نَ ِظ ْيف.
• ال َّش َج َرةُ َك ِبي َرة َو َط ِويلَة.
• ال َّس َما ُء َعا ِليَة.
• ال َّطا ِل ُب َط ِو ْيل َوذَ ِكي.
▪Rumah tersebut lama dan sekolah tersebut lama.
▪Ini (adalah) hidung dan ini (adalah) mata.
▪Unta jantan tersebut cantik dan unta betina
tersebut cantik juga.
▪ Anjing tersebut kecil dan laju.
▪ Kereta tersebut sangat laju.
▪ Lelaki islam tersebut (adalah) bersih.
▪ Pokok tersebut (adalah) besar.
▪ Langit tersebut (adalah) tinggi.
▪ Pelajar tersebut (adalah) tinggi dan bijak.
LATIHAN
Tulis semula perkataan yang telah anda pelajari
sambil membacanya berkali-kali dengan bersuara
sehingga mahir...Teruskan berusaha.
Permata Bahasa Arab
بسـم اللــه الرحــمن الرحيــم Hari ke 15.
STATUS.
Seperti mana yang kita maklumi...dalam kehidupan
seharian manusia, adanya status,sama ada
seseorang itu bujang,sudah berkahwin,janda....dan
sebagainya..
Manakala ISIM اسمjuga ada statusnya...isim hanya
ada 3 status iaitu
1) marfu' () َم ْرفُع
2) mansub () َم ْن ُصوب
3) majrur () َم ْج ُرور
Perhatikan contoh ayat yang berikut;
1) يَ ْق َراُ َحا ِمد ِكتَابًا.
Hamid membaca buku.
2) َض َر َب ِه َشام َحا ِمدًا
Hisham telah memukul Hamid.
3) َهذَا قَلَ ُم َحا ِمد.
Ini pen kepunyaan Hamid
Ketiga-tiga ayat di atas menceritakan tentang
seorang pelajar yang bernama Hamid dalam tiga
keadaan yang berbeza di mana FUNGSI Hamid
dalam setiap ayat juga berbeza.
1) Bagi ayat pertama Hamid berfungsi sebagai
PELAKU ataupun SUBJEK dalam ayat tersebut,
Hamid lah yang sedang melakukan perbuatan
membaca. Maka dalam ayat ini, Hamid berstatus
marfu'. Isim yang berstatus marfu' SELALUNYA
huruf terakhir isim adalah baris depan atau berbaris
dua di depan ( ُ ) .
contohnya :
i) ِكتَاب ال ِكتَا ُب
ii) َُم ْس ِجد ال َم ْس ِجد
iii) َحا ِمد
2) Untuk ayat kedua Hamid berfungsi sebagai OBJEK
atau sesuatu yang terkena perbuatan yakni yang
dipukul/kena pukul. Maka dalam ayat ini Hamid
berstatus mansub. Isim yang berstatus mansub
SELALUNYA huruf terakhir isim tersebut berbaris
atas atau berbaris dua di atas (ً َ ).
contohnya :
i) ِكتَابًا ال ِكتَا َب
ii) ََم ْس ِجدًا ال َم ْس ِجد
iii) َحا ِمدًا
3) Dan ayat yang ketiga Hamid berfungsi sebagai
PEMILIK kepada sesuatu di sini merujuk kepada
pen. Maka status Hamid pada ayat ini ialah majrur.
Isim yang berstatus majrur SELALUNYA huruf
terakhirnya berbaris bawah atau berbaris dua
dibawah seperti berikut :
i) ِكتَاب ال ِكتَا ِب
ii) َم ْس ِجد ال َم ْس ِج ِد
iii) َحا ِمد
PENTINGnya mengetahui STATUS isim dalam
memahami al quran.
Perhatikan contoh ayat berikut....
• َوقَتَ َل دَا ُو ْودُ َجالُ ْو َت
Daud a.s telah membunuh Jalut.
Di sini telah kita ketahui bahawa yang melakukan
perbuatan membunuh (Pelaku) adalah nabi daud
a.s kerana isim dawuDU berakhir dengan baris
depan(dhommah) dan berstatus marfu'...manakala
yang dibunuh adalah jalut (Objek) kerana isim
jaluTA berakhir dengan baris atas(fathah) dan
berstatus mansub...dan perkataan قَتَ َلyakni"TELAH
MEMBUNUH" adalah kata kerja/ فِ ْعلyang kita akan
bahas kemudian.
Bayangkan jika ada yang membaca SALAH
BARIS!!!...
• َوقَتَ َل دَا ُو ْودَ َجالُ ْو ُت
Contoh wa qatala dawuDA jaluTU...apa yang
berlaku???...
Kesilapan dalam menyebut baris boleh mengubah
status isim "dawuDU" daripada pelaku (marfu')
kepada menjadi yang telah di bunuh " dawuDA"
(mansub)....manakala "jaluTA" daripada yang
dibunuh, objek (mansub) kepada menjadi pelaku
(marfu') jaluTU..
Maka dengan itu, maksud ayat akan berubah
kepada "Jalut telah membunuh daud a.s"...
Keadaan ini telah mengubah maksud ayat dan cerita
dalam kisah tersebut. Kita memohon perlindungan
Allah s.w.t dari kesilapan seperti itu.
LATIHAN
Sila letakkan STATUS untuk perkataan berikut,
contohnya ;
'marfu : ا ) نَاقَة
majrur : ب) ال َم ْس ِج ِد
mansub : ج) ُم َح َّمدًا
( ١القَلَ َم
( ٢ال َّش ْم ُس
( ٣نَ ْجم
( ٤ال ُم ْس ِل ِم
( ٥بَ ْيتًا
َ ( ٦ج ِميلَة
َ ( ٧طبِيبَةً
( ٨تا ِجر
( ٩ال َجنَّةُ
َ ( ١٠عذَابًا
Permata Bahasa Arab
بسـم اللــه الرحــمن الرحيــم Hari ke 16.
Perkataan VS Frasa VS Ayat
Sebelum kita pergi lebih jauh,kita kena faham
beberapa perkara asas dalam sesuatu bahasa iaitu
perbezaan antara perkataan, frasa dan ayat.
Apa itu perkataan?
Perkataan lebih mudah dikenali dengan kalimah
dalam bahasa arab atau word dalam bahasa English.
Ia memberi nama,idea atau gambaran tentang
sesuatu benda atau keadaan dan ia terdiri hanya
satu perkataan contohnya :
Bunga, ayam, hutan, makanan, ilmu, hujan dan
imran.
Apa itu frasa?
Frasa terbentuk dari dua atau lebih perkataan tetapi
ia tidak membentuk ayat. Ia lebih kepada kenyataan
sesuatu perkara contohnya :
i) Di dalam rumah...
ii) Rumah yang besar...
iii) Pen kepunyaan Hamid...
iv) Lelaki yang tinggi tersebut...
Apa itu ayat?
Terdiri dari dua atau lebih perkataan dan frasa yang
menggambarkan suatu keadaan dengan sempurna
terdiri daripada subjek (mubtada') dan
predikat/penjelasan (khabar) tentang subjek yang
dibincangkan contohnya :
i) Rumah ini cantik.
ii) Kereta cikgu itu besar.
iii) Lelaki yang tinggi itu adalah doktor.
iv) Pelajar itu sakit.
i) Rumah itu cantik
"Rumah itu" adalah mubtada'/subjek dan "cantik"
adalah khabar/predikat yang memberi penjelasan
tentang rumah tersebut.
ii) Kereta cikgu itu besar
"Kereta cikgu itu" adalah mubtada'/subjek
manakala "besar" adalah perkataan yang memberi
khabar/predikat tentang di mana kereta tersebut.
LATIHAN
Yang manakah antara yang berikut adalah
perkataan,frasa atau ayat?
1) Di masjid
2) Amin ialah seorang pelajar
3) Sekolah yang besar
4) Matahari
5) Nasi ini sedap
6) Pertandingan
7) di atas rumah
8) Dalam perjalanan
9) Kereta yang laju itu
10) Kereta itu laju
Permata Bahasa Arab
بسـم اللــه الرحــمن الرحيــم Hari ke 17.
Huruf jarr (bahagian 1)
Huruf jarr adalah salah satu daripada harf yang
berfungsi menjadikan isim selepasnya berstatus
majrur atau berbaris bawah pada huruf terakhir
isim tersebut, contohnya :
• فِي: di/di dalam
• ال َم ْس ِجدُ ⬅ فِي ال َم ْس ِج ِد
• البَ ْي ُت ⬅ ِفي البَ ْي ِت
Perhatikan
Isim ُ المسجدberstatus marfu di mana huruf
terakhirnya berbaris depan ُ دbertukar status kepada
majrur apabila didahului oleh huruf jarr فِي...maka
menjadi في المسج ِدdan huruf terakhirnya berbaris
bawah kepada ِد.
Gabungan huruf jarr + isim membentuk frasa. Ini
adalah bentuk frasa yang pertama yang kita pelajari
setakat ini.
Teruskan...
• أَ ْي َن: Di mana
• أَ ْي َن َها ِشم؟
َها ِشم فِي البَ ْي ِت.
• أَ ْي َن التَّا ِج ُر؟
التَّا ِج ُر في الدُّ َّكا ِن.
• َه ْل فَا ِط َمةُ فِي البَ ْي ِت؟
ِه َي في ال َم ْد َر َس ِة،َل
• أنا ِفي الأَ ْر ِض
• أن َت في َر ْيب
• ال َّط ْي ُر في ال َّس َما ِء
• Di mana Hashim.
Hashim di rumah.
• Di mana Peniaga tersebut?
Peniaga tersebut di kedai.
• Adakah Fatimah di rumah?
Tidak, dia di sekolah.
• Saya di bumi.
• Awak dalam keraguan.
• Burung tersebut di langit.
Mari kita sama2 baca kisah Khalid dan Aishah.
• هو َط ِويل َوذَ ِكي. أَ ْي َن ُه َو؟ هو في الفَ ْص ِل. َم ْن خا ِلد؟ خا ِلد طا ِلب.
Siapa Khalid. Khalid adalah seorang pelajar. Di mana
dia? Dia di dalam kelas. Dia adalah tinggi dan bijak.
• هي َط ِويلَة وذَ ِكيـَة. ِه َي ِفي الفَ ْص ِل.ُ َم ْن َعا ِئ َشةُ؟ عا ِئ َشةُ طا ِلبـَة.
Siapa Aishah. Aishah ialah seorang pelajar. Dia di
dalam kelas. Dia adalah tinggi dan bijak.
تَ ْم ِر ْي ُن LATIHAN
Jawab soalan-soalan berikut :
َم ْن عا ِئ َشةُ؟ )1
أَ ْي َن ِه َي؟ )2
َم ْن في الفَ ْص ِل؟ )3
َه ْل خا ِلد في ال َم ْس ِج ِد؟ )4
هل خالد طالب؟ )5
َم ْن ذَ ِكيَّة؟ )6
Permata Bahasa Arab
بسـم اللــه الرحــمن الرحيــم Hari ke 18.
Huruf jarr (bahagian 2)
Huruf jarr yang kedua kita belajar hari ini ialah على
Adalah َعلَىjuga salah satu daripada huruf jarr yang
berfungsi menjadikan isim selepasnya berstatus
majrur atau berbaris bawah pada huruf terakhir
isim
• َعلَي: di atas/ke atas
• ال َم ْكتَ ُب > َعلَي ا ْل َم ْكتَ ِب
di atas meja
• ِالسيارةُ > علي ا ْل َّسيَّا َرة
di atas kereta
• النا ُس > علي النَّا ِس
ke atas manusia
قَ ْلب > علي قَ ْلب •
ke atas hati
Contoh ayat:
ال ِكتا ُب علي ال َم ْكتَ ِب )١
ال َك ْل ُب علي ال َسيَّا َر ِة )٢
.أَ ْي َن ال َسا َعةُ؟ ِه َي علي ال َس ِري ِر )٣
.أين يَا ِسر؟ ُه َو في الغُ ْرفَ ِة )٤
.ال َّطا ِل ُب في ال َجا ِمعَ ِة )٥
.أين ال َو َر ُق؟ ُه َو علي ال َم ْكتَ ِب )٦
٧) َم ْن في الفَ ْص ِل؟ محمد في الفَ ْص ِل.
٨) ال َّش ْم ُس َوالقَ َم ُر في ال َس َما ِء.
1. Buku itu di atas meja tersebut.
2. Anjing tersebut di atas kereta itu.
3. Mana jam itu? Ia di atas meja tersebut.
4. Di mana yaseer. Dia di dalam bilik.
5. Pelajar lelaki tersebut di universiti.
6. Di mana kertas? Ia di atas meja tersebut.
7. Siapa di dalam kelas? Muhammad di dalam kelas.
8. Matahari dan bulan di langit.
LATIHAN تَ ْم ِر ْي ُن
Baca dan tulis semula semua contoh yang diberikan
sehingga mahir.
Permata Bahasa Arab