INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2023/2028 SEMESTER 1 TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO NAMA PELAJAR : SITI NUR ZAHIRA BINTI MUHAMMAD KAMARUN ANGKA GILIRAN : 2023092310074 NO KAD PENGENALAN : 050825-11-0374 KUMPULAN/UNIT : BM 3 KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB 1074 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 NO. TEL : 014-5064574 Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh : Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tanda tangan Pelajar : Zahira Tarikh : 17 SEPTEMBER 2023
1 ISI KANDUNGAN Prakata Halaman Penghargaan……………………………………………………………………………….……2 1.0 Pengenalan …………………………………………………………………..…….………3 2.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Mengikut Kronologi………………………………4 2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka……………………………….4-5 2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka………………………………...6 3.0 Peranan DBP Dalam Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi…………………………. 7-8 4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Pada Masa Kini…………………………………………..9 5.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………10 6.0 Rujukan……………………………………………………………………………………. 11 7.0 Lampiran...................................................................................................................12
2 PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Pertama sekali saya ingin menzahirkan rasa Syukur terhadap Illahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kerja kursus ini hasil kerja keras saya sendiri dan sokongan yang diberikan oleh beberapa individu yang memberikan nasihat, panduan dan bantuan dalam beberapa cara yang berbeza. Sekalung penghargaan kepada pensyarah saya, Dr. Mohd Fadzil Bin Baharudin, yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak ternilai kepada saya sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Tanpa bantuan dan sokongan beliau, saya tidak akan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan mudah dan jayanya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mnengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail kerana telah menyediakan kemudahan seperti rangkaian internet yang pantas serta tempat yang kondusif untuk saya melakukan kajian. Dengan adanya kemudahan yang disediakan, saya dapat mencari maklumat dengan lebih terperinci dan tepat dalam masa yang singkat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberi sokongan dan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap kerja kursus ini dapat membantu meningkatkan kefahaman saya dalam subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Sekali lagi, terima kasih. Sekian, terima kasih. ……………………………….. (SITI NUR ZAHIRA BINTI MUHAMMAD KAMARUN) Siswi Guru Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail 21030 Kuala Terengganu Terengganu.
3 1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan wadah bagi sekelompok masyarakat untuk mereka menyampaikan atau menyuarakan pendapat serta isi hati mereka antara satu sama lain. Masyarakat mujtamak ini menggunakan bahasa bagi berkomunikasi sesama mereka. Pada masa yang sama, tulisan pula wujud dek kerana manusia telah menelaah cara untuk mereka menyampaikan dan mengekspresikan buah fikiran mereka dalam bentuk coretan agar mereka dapat menghasilkan satu platform untuk mereka saling bertukar idea dan pendapat serta saling memahami antara penulis dan pembaca. Tulisan merupakan bahasa yang tersusun berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Justeru itu, terbitlah satu sistem iaitu sistem ejaan untuk menggiatkan lagi proses perkembangan penulisan. Bahasa Melayu mempunyai dua jenis tulisan yang dikenali sebagai tulisan jawi dan tulisan rumi. Tulisan jawi ini pokok pangkalnya dipengaruhi oleh bahasa Arab yang telah berkembang di Kepulauan Melayu semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Tulisan jawi ini tersebar luas melalui penyebaran agama Islam dan aktiviti perdagangan. Dalam menuntut ilmu keagamaan, Bahasa Arab digunakan sebagai bahasa dominan, namun, orang Melayu telah menukarkan perkataan Arab kepada perkataan Jawi bagi menyelaraskan perkataan-perkataan Arab agar lebih mudah difahami oleh mereka. Oleh hal yang demikian, tulisan Jawi berkembang sejajar dengan penyebaran agama Islam yang dijadikan pegangan orang Melayu ketika itu. Walaubagaimanapun, tulisan rumi wujud dek kerana kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, Portugis, dan British yang telah mentransliterasikan tulisan Jawi kepada tulisan Rumi dengan menggunakan huruf-huruf Latin. Ejaan rumi telah menjadi ejaan penting sejak abad ke-20 hingga kini kerana ejaan rumi dapat memberikan semua sebutan bunyi dalam perkataan Bahasa Melayu yang turut menjadi keseluruhan kegunaan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa Bahasa Melayu telah menerima pelbagai perubahan dalam bentuk tulisannya disebabkan oleh pengaruh luar.
4 2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI Penggunaan tulisan amatlah penting dalam menghasilkan komunikasi yang berkesan antara satu individu dengan individu yang lain yakni dapat diwujudkan dengan satu sistem bagi memudahkan dan menyelaraskan sesuatu tulisan supaya dapat difahami tidak kiralah sama ada sesama bangsa mahupun sebaliknya. Justeru itu, lahirlah sistem ejaan rumi bagi melengkapkan sesebuah komunikasi. 2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM MERDEKA Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di negara kita sejak dahulu lagi. Lebih-lebih lagi, Bahasa Melayu turut digunakan dalam urusan sistem pendidikan yang hendaklah difahami oleh semua penutur antarabangsa. Lantaran itu, lahirlah sistem ejaan rumi yang disusun dengan lebih seragam dan teratur bagi memberi kefahaman dan menggantikan tulisan Jawi. 2.1.1 Sistem Ejaan RJ Wilkinson (1902) Pada 1902, RJ Wilkinson merupakan seorang pegawai pemerintah Inggeris yang telah dilantik menjadi ketua dalam sebuah jawatankuasa ejaan yang ditubuhkan oleh kerajaan NegeriNegeri Melayu Bersekutu. Jawatankuasa ini ditubuhkan dengan tujuan mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan rumi yang lebih tersusun dan kemas. Dalam sistem ejaan ini, Wilkinson menyatakan terdapat dua jenis sistem yang logik bagi proses transliterasi daripada jawi kepada rumi iaitu perumian secara harafiah dan perumian secara fonetik. Perumian secara harafiah ini menggunakan cara mengambil huruf-huruf Jawi lalu membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf rumi tertentu yang diterima. Kaedah ini dapat mewujudkan keseragaman dalam pemebentukan kata dan mengelakkan seorang penulis menggunakan cara mereka sendiri dalam menghasilkan sebuah penulisan. Di samping itu, perumian fonetik pula ialah mengambil kira melalui bunyi sebutan sesuatu kata. Namun, perumian fonetik ini mempunyai kelemahannya tersendiri kerana sebutan yang digunakan dalam Bahasa Melayu mempunyai bunyi yang berbeza-beza mengikut tempat.
5 2.1.2 Sistem Ejaan Zaaba (1933) Zaaba, ringkasan daripada Zainal Abidin bin Ahmad telah memperkenalkan satu sistem ejaan iaitu Sistem Ejaan Zaaba atau dikenali sebagai ejaan Sekolah bagi memperkemaskan lagi Sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini telah dihasilkan di Maktab Perguruan Sultan Idris yang turut merupakan sebuah sistem ejaan rumi yang terkenal pada waktu itu. Justeru itu, Zaaba telah mengarang beberapa buku tatabahasa seperti Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940), Penggal Kedua(1946) dan Penggal Ketiga(1949). Karya-karya ini dihasilkan bagi menyusun dan memperkemaskan sistem ejaan rumi supaya mudah untuk difahami Masyarakat dan menerima penyeragaman secara menyeluruh. Lantaran itu, sistem ejaan zaaba ini digunakan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi dalam sistem pendidikan. 2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia (1943) Sistem Ejaan Fajar Asia ini wujud dan digunakan ketika pemerintahan Jepun di negara kita yang bertujuan untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu kerana pada Ketika itu Sumatera dan Malaya disatukan di bawah satu pemerintahan. Sistem ejaan ini digunakan dalam penulisan majalah dwimingguan Fajar Asia (1943) yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1943 di bawah pimpinan Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Dalam sistem ejaan Fajar Asia ini, penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson atau Zaaba masih dikekalkan tetapi menggunakan vokal Van Ophusyen kecuali oe digantikan dengan u. Setelah kekalahan Jepun di negara kita pada tahun 1945, ejaan ini telah terhenti penggunaannya dan disambung semula penggunaan sistem ejaan Zaaba. 2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres Sistem Ejaan Rumi Kongres ini diperkenalkan setelah pembentangan dua kertas kerja yang telah dibentang oleh Angkatan Sasterawan 50 dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malya di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya III di Singapura pada 16 hingga 21 September 1956. Dalam Kongres III, isu tentang ejaan rumi ini dipandang lebih serius lalu mereka bersepakat untuk membuat penambah baikan dan pembaharuan yang lebih jelas dan terperinci. Hasil daripada kerahan idea dan fikiran maka dapat dirumuskan terdapat empat dasar pengejaan bahasa melayu dengan huruf rumi iaitu ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan. Selain itu, peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara sistem fonologi. Seterusnya, pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam. Tambahan lagi, kata-kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi melayu.
6 2.2 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SELEPAS MERDEKA 2.2.1 Sistem Ejaan Baru (1972) Setelah dua tahun Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1959, beberapa kajian dan perundingan diadakan sepanjang tempoh itu lalu termaktublah satu perjanjian antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Republik Indonesia. Kemuncak kepada kegiatan menyelesaikan pergelutan tentang kemasukan sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu ini ialah apabila Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu iaitu Dato Hussain Onn dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri telah menandatangani satu kenyataan bersama untuk mengisytiharkan secara rasmi satu sistem baharu iaitu Sistem Ejaan Baru pada 16 Ogos 1972. Namun begitu, sistem ejaan ini masih mempunyai kesalahan-kesalahan kecil lalu terbentuklah satu jawatankuasa (Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia) untuk mengadakan persidangan bagi membincangkan sebarang masalah yang timbul. Setelah lima kali bersidang, jawatankuasa ini berhasil menerbitkan pedoman umum yang lebih lengkap iaitu “Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pada 5 Disember 1974.
7 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah jawatankuasa kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ke-3 yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16-21 September telah menaik tarafkan DBP sebagai satu badan yang mempunyai ahli-ahlinya yang tersendiri. Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka1959, DBP telah dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun. Hal ini secara tidak langsung memberi kuasa autonomi kepada DBP untuk menggubal dasar-dasar secara khusus. Selain itu, DBP mempunyai hak untuk menggiatkan penerbitan buku-buku ilmiah bagi menyebarluaskan pengetahuan tentang bahasa Melayu kepada khalayak ramai. Matlamat DBP yang termaktub dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan perluasan 1995) ialah menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul bagi menjulang bahasa ibunda negara ke pentas dunia. Antara peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi termasuklah menganjurkan pelbagai program bagi mencungkil bakat dan mengasah kemahiran kesusasteraan terutamanya dalam kalangan remaja yang akan mendukung bahasa kebangsaan kepada generasi seterusnya. Dalam hal ini, DBP telah menganjurkan dan mempromosikan bidang kesusasteraan melalui Minggu Penulisan Remaja bagi mengembangkan penggunaan sistem ejaan rumi dengan betul dan membentuk penulispenulis yang berpengetahuan bagi mencurahkan idea dalam warkah penulisan mereka untuk disampaikan kepada masyarakat mujtamak. Hal ini berlaku bagi menguatkan lagi ilmu sastera melalui sistem ejaan rumi dalam kalangan penulis supaya penyampaian akan lebih mantap dan mampu difahami oleh orang ramai. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa DBP memainkan peranan yang begitu dominan dalam proses penyeragaman sistem ejaan rumi sekali gus mengembangkan Bahasa Melayu di persada dunia. Selain itu, DBP turut berperanan dalam menyelaraskan ejaan dan sebutan serta memastikan penggunaan istilah yang betul dalam bahasa Melayu. Perkara ini serasi dalam proses menyeragamkan sistem ejaan rumi melalui kegiatan terminologi yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. DBP turut berkerjasama dengan pengajian tinggi awam untuk mengumpul, mengkaji dan mengembangkan istilah serta ejaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Oleh hal yang demikian, penggunaan istilah dan ejaan yang betul dapat memantapkan penggunaan bahasa Melayu terutamanya dalam bidang pengurusan yang akan membimbing pentadbirannya supaya kekal berada di trek yang betul.
8 Justeru itu, perkara ini membuktikan bahawa perubahan yang dilakukan oleh DBP ini menunjukkan korpus bahasa Melayu bersedia untuk berkembang pesat dalam penyeragaman sistem ejaan rumi supaya masyarakat mampu berdaya saing bersama masyarakat dunia tanpa keraguan dengan menggunakan bahasa kebangsaan kerana kemantapan bahasa itu tersendiri. Seterusnya, DBP dipertanggungjawabkan dalam menerbitkan, mencetak dan menghasilkan karya-karya seperti penulisan-penulisan yang berilmiah dengan penggunaan ejaan rumi yang betul dan tepat misalnya penghasilan buku, risalah, kamus dan lain-lain bentuk surat menyurat dalam bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana DBP merupakan pusat penyelidikan dan penerbitan sesuatu penulisan yang terbesar di Malaysia. Tambahan pula, DBP juga telah menerbitkan pelbagai buku untuk sekolah seperti buku teks yang menggunakan tulisan rumi untuk dijadikan rujukan dan sandaran oleh pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Oleh itu, penggunaan sistem ejaan rumi akan digunakan dengan lebih mapan dalam kalangan pendidik dan pelajar. Di samping itu, DBP turut memainkan peranan penting dalam memastikan penerbitan kata bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang sains dan teknologi kepada ejaan rumi digunakan mengikut hukum kekanunan yang telah ditetapkan. Tegaslah bahawa DBP memberi kontribusi terbesar dalam proses penyeragaman ejaan rumi.
9 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI Dalam arus modenisasi ini, teknologi telah memutar 360 darjah kehidupan manusia menjadi lebih mudah dan moden kerana dunia sekarang merupakan dunia tanpa sempadan yang membolehkan manusia berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa ada sekatan. Oleh hal yang demikian, komunikasi tanpa sempadan ini memberikan impak dalam penggunaan bahasa dari sudut ejaan, tatabahasa, dan struktur. Antara implikasinya termasuklah penutur bahasa Melayu itu sendiri tidak menitik beratkan penggunaan bahasa dan sistem yang betul semasa mereka menjalinkan komunikasi dengan pihak yang lain. Sebagai contoh yang dapat kita lihat, apabila masyarakat menggunakan platform media sosial seperti Instagram, Twitter dan Tiktok, mereka cenderung untuk menggunakan bahasa rojak berbanding bahasa melayu baku dek kerana bagi pendapat mereka penggunaan singkatan itu lebih mudah dan cepat walhal mereka tidak sedar perkara tersebut akan menjejaskan sistem ejaan rumi sebenar serta menjejaskan keaslian sesuatu bahasa. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana impaknya ialah pada masa hadapan kerana golongan muda mudah dipengaruhi dan mereka akan terus mencontohi budaya ini. Selain itu, cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini turut berpunca daripada sikap masyarakat itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak berpegang teguh kepada prinsip biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Mereka sangat selesa dengan penggunaan bahasa yang tidak betul dari segi ejaan dan tatabahasa tanpa rasa bersalah dan memikirkan kesannya terhadap bahasa, negara dan bangsa. Tambahan pula, mereka memandang remeh terhadap penggunaan sistem ejaan rumi menyebabkan sistem ini sukar untuk dipelihara kemantapannya secara jitu. Lantaran itu, masyarakat harus sedar dan lebih memberi perhatian terhadap penggunaan sistem ejaan rumi yang betul agar darjat bahasa Melayu tidak jatuh dan kian berkembang dalam arus pemodenan ini.
10 5.0 KESIMPULAN Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa sistem ejaan yang digunakan hingga kini datangnya daripada perkembangan sejarah terdahulu. Berdasrkan kerya-karya yang telah dihasilkan sejak dulu lagi, kita dapat simpulkan bahawa sistem ejaan ini terbahagi kepada dua iaitu sistem ejaan sebelum merdeka dan sistem ejaan selepas merdeka. Perkembangan sistem ejaan ini dengan dibantu oleh pelbagai pihak dan ilmuwan telah membentuk sistem ejaan rumi yang begitu mantap dan mampu digunakan oleh komuniti dengan mudah dan senang difahami. Melalui kewujudan sistem ejaan ini juga terbentuklah satu badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai fungsinya yang tersendiri antaranya termasuklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dalam semua bidang merangkumi bidang pentadbiran negara, perubatan, teknologi, ekonomi, pendidikan mahupun dalam kebudayaan. Namun begitu, terdapat juga beberapa halangan dan cabaran dalam sistem ejaan rumi untuk menjadikan kegunaannya secara betul dan tepat dengan konsisten. Oleh hal yang demikian, penggemblengan minhaj pelbagai pihak haruslah diterapkan dalam diri setiap masyarakat supaya sistem ejaan rumi ini tidak berubah dan terus kekal kedaulatannya agar generasi akan datang turut sama dapat menjaga keunikan sistem ejaan di negara ini serta dapat memartabatkan bahasa Melayu ke pentas dunia. Di samping itu, rakyat juga perlulah nekad untuk tidak menggunakan bahasa Melayu yang tidak betul dan memperbaiki penggunaan sistem ejaan rumi tanpa mempersoalkan peraturan yang sedia ada. Perkara ini secara tidak langsung dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri yang kuat demi membangunkan negara agar negara mampu bersaing pada peringkat global sekaligus dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
11 6.0 RUJUKAN Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yusof. Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu. Zainal Abidin bin Ahmad. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III. (6 Disember 2000). Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Diakses daripada Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 | PDF (scribd.com) Jasmin, Nurlidyawati. (2017, April 30). sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi. Diakses daripada https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-dan-jawi Ku Syafiq Ku Fozi. (15, December 2022). Fahami sistem ejaan bahasa melayu. Diakses daripada https://relevan.com.my/2022/12/15/fahami-sistem-ejaan-bahasamelayu/#:~:text=Sistem%20Ejaan%20Wilkinson%20yang%20turut,sistem%20rasmi %20untuk%20sekolah%2Dsekolah Permata Timur II. (2010, Ogos 2010). Sistem ejaan rumi bahasa melayu. Diakses daripada https://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html Dewan Bahasa dan Pustaka. (24 Ogos 2022). Diakses daripada https://lamanweb.dbp.gov.my/pengenalan/# Aram. (2013, October 2013). Ejaan Rumi Wilkinson. Diakses daripada https://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-wilkinson.html Muhammed Salehudin Aman. Sinopsis Sistem Ejaan Bahasa Melayu : Klik web DBP. (n.d.). Diakses daripada https://klikweb.dbp.my/?p=6003 Syafiqah. Ejaan Rumi. (n.d.). Scribd. Diakses daripada https://www.scribd.com/document/384277894/Ejaan-Rumi Muhammad Al Afzan. (2018, April 30). Peranan dewan Bahasa Dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. Diakses daripada https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-danpustaka.html?m=1
12 7.0 LAMPIRAN