The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrsyafiqahhh3, 2021-05-25 05:05:19

e book hoki

e book hoki

E BOOK
SUKAN HOKI PADANG
(SEKOLAH MENENGAH)

NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMMAD RAHIM (18DTK20F1005)
NUR SARAH ATIQAH BINTI AZAHARI (18DTK20F1003)
NURUL ANIS HAFIFZA BINTI AMRAN (18DTK20F1025)
RAHMAN BIN ZAINUDIN (18DTK20F1021)

AIMAN FERZWAN BIN MOHAMMAD AZLAN (18DEP20F1019)

PENGENALAN

• Permainan yang popular di • Perubahan yang berlaku selepas
dunia. 100 tahun diperkenalkan sebagai
permainan antarabangsa:
• Mula dikenali di peringkat - Peraturan.
antarabangsa sekitar tahun - Gaya permainan.
1890-an. - Alatan.
- Permukaan permainan.
• Sukan demonstrasi di sukan
Olimpik pada tahun 1900 di • Semakin popular tanpa menukar
Paris. bentuk asal atau ciri permainan.

• Pertandingan tetap sukan • Lebih kurang 112 buah negara
olimpik mulai tahun1928 yang memainkan permainan hoki.
diadakan di Amsterdam.

SEJARAH HOKI DUNIA

Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah ditubuhkan oleh
sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. kelab tertua adalah

di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hoki hanya ditubuhkan
dalam tahun 1861. Ini kerana pemain hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang
bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak
sebegitu kemas seperti sekarang, tetapi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa

kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan,
mewujudkan khidmat pengadil, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya

mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini diterima dan diluluskan

untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah diterima sebagai satu sukan yang
dipertandingkan dan menjadi satu permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini
tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang

lain.

SEJARAH HOKI DI MALAYSIA

Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. askar British telah memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada
peringkat awal permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama
kelamaan permainan hoki ini mula dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November
1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka.
Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari
kedua-dua negeri mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun
1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan di negara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah
diadakan di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-negeri Selat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932.

Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi
kesemua perlawanan yang diadakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara

kita dan negara kita menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut.
Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.
Pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara
kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan

Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetap MHF.
Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan

sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963
pertandingan Piala Razak dimulakan.

Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah
15 tahun dan bawah 18 tahun. Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak
lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan

tersebut.

PADANG (Turf)

Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain
akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta

memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti
menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok
akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara

satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur
yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang
diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan
untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang

berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan.

BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)

CIRI-CIRI:
• Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63

meter.
• Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
• Dikenali sebagai kawasan D.
• Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0

meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan.

PINTU GOL

Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat
untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol

hoki adalah seperti berikut:
Terletak di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah
palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang
mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan

tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.
Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak
lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.Jaring-jaring diikat kukuh
kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan

kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.
Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat

dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya

JARING

Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh kepada tiang
tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai ‘mesh’ berukuan 45 mm dan

berbentuk empat segi

TIANG-TIANG BENDERA

Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera
sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50
meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan
lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

PERMUKAAN PERMAINAN

Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda
selar (brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan menyebabkan kecederaan seperti lebam kepada

pemain sekiranya pemain terjatuh.

UKURAN PADANG

1. Padang permainan berbentuk segi empat tepat :
*Panjang : 91.40 meter dan lebar : 55.00 meter serta ditanda dengan garisan-garisan jelas, disyorkan
berwarna putih,

2. Semua garisan selebar 75mm, dianggap sebahagian daripada padang dan digaris sepenuhnya
iaitu tanpa terputus-putus.

a. Garisan-garisan sempadan yang lebih panjang (91.40 meter) disebut garisan tepi
b. Garisan-garisan sempadan yang lebih pendek (55.00 meter) disebut garisna belakang.
c. Bahagian garisan belakang di antara tiang-tiang gol disebut garisan gol. Disyorkan kawasan
minimum larian/bahu (run-off areas) disediakan di luar garisan belakang (5 meter) dan di luar garisan-
garisan tepi (4 meter).

3. Tanda-tanda lain;
a. Garisan tengah melintas di tengah-tengah padang.
b. Garisan-garisan 22.90 meter melintasi padang, di mana bahagian tepi berhampiran garisan tengah jaraknya ialah 22.90
meter apabila diukur dari bahagian tepi sebelah luar garisan belakang yang terdekat. Kawasan yang dilingkungi garisan-
garisan 22.90 meter, bahagian garisan-garisan tepi yang berkaitan dan garisan belakang tersebut kawasan 23 meter.
c. Garisan-garisan 1.83 meter panjang ditandakan memotong garisan tengah dan garisan-garisan 22.90 meter dengan
bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisan ini sejauh 4.55 meter dari dan selari dengan bahagian tepi di sebelah luar
garisan-garisan tepi.
d. Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiap garisan tepi, dengan jarak bahagian tepi di
sebelah dalam garisan-garisan ini ialah 14.63 meter dari dan selari dengan bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisan
belakang.
e. Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam adang di atas setiap garisan tepi, iaitu bahagian tepi sebelah luar
garisan-garisan ini ialah 5 meter dari dan selari dengan bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisan belakang.
f. Garisan-garisan 300mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiap garisan belakang di kedua-dua belah pintu
gol pada jarak 4.55 meter dan 9.14 meter bila diukur dari penjuru luar tiang gol yang berhampiran ke bahagian tepi di
sebelah luar garisan-garisan (300mm) tersebut.
g. Garisan-garisan 150 mm panjang ditandakan di luar padang di atas kedua-dua garisan belakang, iaitu jarak dalaman
garisan-garisan ini ialah masing-masing 1.83 meter dari tengah-tengah garisan belakang.
h. Tanda-tanda penalti strok bergaris pusat 150mmditandakan di hadapan bahagian tengah setiap pintu gol di mana pusat
tanda ini ialah 6.40 meter bila diukur daripada bahagian tepi sebelah dalam garisan gol.

4. Bulatan Menjaring
a. gaisan-garisan panjang 3.66meter ditandakan di dalam padang, selari dengan dan sejauh 14.63 meter dari
garisan belakang. Jarak 14.63 meter dari garisan belakang. Jarak 14.63 meter ini diukur dari tepi bahagian
luar garisan belakang hingga ke tepi bahagian luar garisan.
b. Garisan-garisan ini disambung tanpa terputus-putus ke dua-dua arah untuk bertembung dengan garisan
belakang dalam bentuk suku bulatan dengan bulatan tersebut.
c. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini, termasuk garisan itu sendiri, disebut bulatan
menjaring (kemudian ini dirujuk kepada “bulatan” dalam Peraturan-peraturan ini).

5. Tiada tanda-tanda lain selain daripada yang diterangkan dalam peraturan ini dibenarkan di atas
permukaan permainan

6. Tiang-tiang Bendera
a. ketinggian antara 1.20 dan 1.5 meter.
b. Diletakkan pada setiap penjuru padang.
c. Tdak membahayakan dalam apa jua keadaan.
d. Jika tidak boleh dipatahkan, hendaklah dipasang kepada asas yang berspring.
e. Dipasang dengan bendera tidak melebihi 300mm lebar dan panjang.

7.Tiang Gol
i) Di tengah-tengah setiap garisan belakang;
a. Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih, segi empat sama, berukuran 51 mm lebardan 75 mm
dalam.
b. Tiang-tiang gol tegak berjarak 3.66 meter (ukuran lebar bahagian dalam).
c. Tiang-tiang gol hendaklah diletak di atas tanda luar iaitu bahagian hadapan tiang gol menyentuh tepi
sebelah luar garisan belakang.
d. Ketinggian palang mendatar 2.14 meterdari paras tanah (ukuran dalaman) dan dipasang kepada
tiang-tiang gol.
e. Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang mendatar.
f. Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepitiang-tiang gol. Bentuk kedua-dua tiang gol dan
palang mendatar wajib mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan standard negara yang
berkenaan.

ii) Papan Tepi (Side Board)
a. Panjang : 120 meter (minimum) ; ketinggian 460mm
b. Diletak di atas padang tegak lurus (90 ) kepada garisan belakang, dipasang kepada bahagian tiang gol
tetapi tanpa menambahkan kelebarannya, dan kepada bahagian hujung papan belakang.
c. Dicat dengan warna gelap di seebelah dalamnya.

iii) Papan Belakang (Back board)
a. Panjang : 3.66 meter, ketinggian : 460mm
b. Diletak di atas padang pada hujung papan tepi.
c. Dicat dengan wana gelapdi sebelah dalamnya.

8. Jaring Gol
1. Dipasang kepada bahagian belakang tiang-tiang gol dan palang
2. Gol pada jarak tidak melebihi 150 mm, dan hendaklah melitupi bahagian luar papan belakang dan tepi.
3. Hendakalah dipasang dengan cara yang dapat memastikan bola
4. tidak menembuhi celah-celah di antara jaring dan tiang-tiang gol, palang mendatar, papan tepi dan papan
belakang.
5. Dipasang secara kendur supaya bola tidak memantul semula
6. ke dalam padang permainan.

7. saiz mata jaring (mesh) tidak melebihi 45 mm.

PERALATAN

a) Kayu b) Bola

c) Kasut d) Alatan
keselamatan

A) KAYU (stick)

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa
setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki
mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan
seperti berikut:
· Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.
· Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam
permainan.
· Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g
hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki.
· Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.
. Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan.
. Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.
. Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’.
. Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu.
. Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya.
. Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah
ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g.

a) Carbon JENIS KAYU a) Kayu

a) Composite

SIZE KAYU



B) BOLA

CIRI-CIRI:
• Keras, Pejal, dan Kosong.
• Permukaan licin.
• Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak).
• Berat : 156g min – 163g max.
• Ukur lilit: 224mm (min) – 235mm (max).

C) KASUT

Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun,
kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang
(spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai
tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di

atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.

D) ALATAN KESELAMATAN

i) Shield guard ii) Mouthguard

Fungsi: untuk menjaga Fungsi: untuk menjaga
tulang keting. gigi.

iii) Hand glove iv) Stokin
panjang
Fungsi: untuk menjaga
tangan. Fungsi: untuk menjaga
kulit daripada bergesel.

PAKAIAN

• Wajib memakai shinguard
• Wajib memasukkan jersey kedalam skirt (Wanita)/seluar pendek(Lelaki)

• Memakai seluar pendek bagi (lelaki) skirt bagi (Wanita)
• Membawa 2 set jersey berlainan warna bermula dari nombor 1 hingga 16

• Pasukan perlu menukar jersey sekiranya sama dengan pasukan lawan

ALATAN DAN PAKAIAN PENJAGA GOAL (GOAL KEEPER)

i) Ped kaki

- Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.

- Dipasang bersama kickers.

- Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickers

diatas pergelangan kaki.

- Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan.

ii) Sarung tangan

- Diperbuat daripada kulit dan plastic

- Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yangdipukul pada kelajuan

140 – 160 km sejam.

- Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh

- Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang.

iii) Alat-alat lain

- pelindung dada - penutup muka- ped-ped bahu - pelindung mulut - pelindung mulut - seluar berped

- pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

PERATURAN PERMAINAN

Bilangan pemain Masa Memulakan permainan:
• 11 orang setiap • Awal masa permainan (first quarter) dan separuh
permainan dan
pasukan masa kedua (second quarter).
rehat • Pemain dihentikan atas kesalahan yang
(first eleven). • 35-5-35.
dilakukan oleh satu pihak.
• Kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak (bully)

selepas gol dijaringkan.

Penjaga gol (dalam kawasan”D”) boleh: Pemain tidak dibenarkan:
• Menendang bola. • Guna bahagian belakang kayu (bad stick).
• Menahan bola dengan mana2 bahagian • Bermain tanpa kayu sendiri.
• Guna kayu untuk menakutkan pemain lain.
badan. • Mengangkat kayu melepasi kepala lawan.
• Menghentikan bola dengan kayu • Menaikkan bola dan membahayakan pemain

melepasi bahu. lawan.
• Bermain dengan cara yang merbahaya.

Menghadang Penalti Pukulan sudut penalti
• Mengguna mana2 bahagian • Pukulan percuma. • Kesalahan yang tidak
• Kesalahan yang tidak
badan atau kayu untuk disengajakan di dalam
disengajakan di luar kawasan “D”.
menghalang pihak lawan dari kawasan “D”. • Kesalahan yang
• Kesalahan yang disengajakan di antara
merampas bola tanpa garisan “D” dan
dilakukan antara garisan 23m.
memainkan bola.
• Berlari diantara rakan pembawa kedua-dua garisan Strok penalti
• Kesalahan yang
bola dengan pihak lawan (third 23m.
disengajakan dalam
party obstruction). kawasan “D”.
• Kesalahan yang tidak
Amaran disengajakan tapi boleh
• Hijau (Penggantungan sementara 2 minit masa menghasilkan goal jika
tidak berlaku kesalahan.
diambil kira apabila pemain duduk di kerusi

yang disediakan khas di tempat teknikal).
• Kuning (Penggantungan sementara minima 5

minit).
• Merah (Penggantungan tetap).

TEKNIK-TEKNIK BERMAIN HOKI

a) b)
Memukul Mengelecek

Bola Bola

c) d)
Menguis Merebut

Bola Bola

A) MEMUKUL BOLA

TUJUAN: Menghantar bola kepada rakan dalam jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah
goal.
PERKARA YANG PERLU DITITIK BERATKAN: Ketepatan arah dan kederasan bola.
(Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan

dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.)

TEKNIK MEMUKUL BOLA

1 2 3

Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan Ikut lajak, kayu dituju sehala
atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap berat badan ke kaki depan. Bengkokkan dengan sasaran. Berat badan
sasaran. Bola berada selari dengan kaki dipindahkan ke hadapan.
lutut semasa melakukannya. Mata
kiri. memandang bola. Kontak bahagian
Mulakan aksi dengan hayunan ke
belakang bola.
belakang

B) MENGELECEK BOLA

TUJUAN: mengawal bola sambil melepasi pemain lawan.

ASPEK YANG PERLU DITITIK BERATKAN: kepantasan dan kemahiran
mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu.

(Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3
cara dalam menggelecek bola.)

3 CARA MENGELECEK BOLA:
i) Menggelecek longgar
ii)Menggelecek rapat
iii) Mengelecek Indian

MENGELECEK LONGGAR

Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan
pihak lawan berada jauh dari bola.

CARA:
• Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan

sedikit pegangan tangan kanan.
• Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.

• Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
• Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

• Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

MENGELECEK RAPAT

Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi.
Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar

bola kepada rakan.

CARA:

• Pegangan seperti menggelecek longgar.
• Badan juga seperti menggelecek longgar
• Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak

sambil mengkaji situasi padang.
• Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa

menyentuh kayu hoki.

MENGGELECEK INDIAN

Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka kayu
bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan

ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu
manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

CARA:
• Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi

yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah
kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.

• Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
• Mata seperti menggelecek rapat.
• Badan mengikut pergerakan bola.

• Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan
menyentuh tanah.

C) MENGUIS BOLA

TUJUAN: menghantar bola tinggi melepasi pihak
lawan

ke rakan atau untuk menjaringkan gol.

TEKNIK MENGUIS BOLA

1 2 3

Bola berada di sebelah kaki kanan. Alihkan berat badan ke kaki kiri. Ikut lajak ke arah atas.
Kedudukan kayu rapat dan berada di Gunakan kekuatan tangan dengan
bawah bola. Bengkokkan lutut dan melejang bola ke hadapan dan ke
bahu kiri menghadap sasaran. Berat atas. Bongkokkan badan semasa

badan berada di kaki kanan. lakuan.

D) MEREBUT BOLA

TUJUAN: Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan
pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi,

ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran
ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam

permainan hoki ialah:

i) Merebut secara menghadang (flat tackle)
ii) Merebut secara kilas (reverse tackle)
iii) Merebut secara melonjak (jab tackle)

TEKNIK MEREBUT BOLA

1 2 3

Merebut secara menghadang (flat tackle) Merebut secara kilas (reverse Merebut secara melonjak
Digunakan untuk menghadang kemaraan tackle) (jab tackle)
penyerang dari sebelah kanan pemain
pertahanan dengan meletakkan kayu Digunakan di sebelah kiri Pegang kayu kuat di tangan
mendatar dengan permukaan padang. Kayu pemain pertahanan. Tangan rapat kiri. Lonjak dan cuba kait
diletakkan depan kaki kiri dengan padang. Lonjak dan cuba
bola.
kait bola.

TAMAT…


Click to View FlipBook Version