The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrsyafiqahhh3, 2021-05-25 04:59:55

E-FOLIO KUMPUALAN 4

E-FOLIO KUMPUALAN 4

TAJUK:

PERKARA 3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENEGASKAN ISLAM
MENJADI AGAMA PERSEKUTUAN, TETAPI AGAMA-AGAMA LAIN

BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAL. BUAT SATU
PERBINCANGAN YANG MENJELASKAN MAKSUD KEBEBASAN
BERAGAMA SERTA CONTOH-CONTOH SEMASA YANG TELAH

MENCABAR 3 PERKARA INI .

PENSYARAH:

USTAZ MOHD AZLI
BIN ADNAN

NUR SYAFIQAH AHLI KUMPULAN: NURUL ANIS
BINTI MOHAMMAD HAFIFZA BINTI
NUR SARAH ATIQAH
RAHIM BINTI AZAHARI AMRAN
(18DTK20F1005) (18DTK20F1003) (18DTK20F1025)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1. PENGENALAN 2

2. MAKSUD 3 AGAMA DI DALAM MALYSIA 3-6

3. DEFINISI KEBEBASAN BERAGAMA 7

4. CONTOH ISU SEMASA YANG MENCABAR ISLAM 8

5. JELAS AGAMA BOLEH DIAMALKAN 9

6. PENUTUP 10

7. RUJUKAN 11

1

PENGENALAN

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran terhadap illahi kerana dengan
limpah kurnianya dapat kami menyiapkan e folio ini dengan sempurna. Walaupun terdapat perkara yang tidak
dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi suatu masalah yang besar dalam menyiapkan tugasan ini.

Namun begitu kami tetap berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan
atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan dalam menyiapkannya. Disini kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Azli Bin Adnan kera telah banyak membantu dalam
memberi panduan dan tunjuk ajar tentang perlaksanaannya.

Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya, akhir sekali kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

2

MAKSUD 3 AGAMA DI DALAM MALAYSIA:

ISLAM:
Islam adalah agama utama negara dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Ia
diamalkan oleh kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia. Kebanyakan hari suci umat
Islam adalah hari cuti kebangsaan, termasuk akhir bulan Ramadhan, akhir haji,
dan hari lahir Nabi Muhammad. Islam dianggap telah dibawa ke Malaysia sekitar
abad ke-12 oleh pedagang India. Pada awal abad ke-15 Kesultanan Melaka, yang
biasanya dianggap sebagai negeri bebas pertama di Semenanjung, telah
diasaskan. Dipimpin oleh penganut Islam pengaruh Malaka menyebabkan
penyebaran Islam ke seluruh penduduk Melayu.

3

BUDDHA DAN CINA:

Ramai orang Cina Malaysia mengamalkan pelbagai kepercayaan, termasuk Mahayana dan mazhab agama Buddha lain,
agama kaum Cina, Konfusianisme dan Daoisme. Walaupun Buddhisme berpengaruh sebelum kedatangan Islam,
majoriti penduduk China semasa datang semasa pemerintahan Tanah Melayu British. Tahun Baru Cina disambut
sebagai cuti kebangsaan. Bagi kebanyakan orang Cina, agama adalah bahagian penting dalam kehidupan budaya
mereka.

Sangat jarang bagi mana-mana orang Cina Malaysia menjadi pengikut mutlak kepercayaan tertentu. Ramai menuntut
keanggotaan dalam kepercayaan tertentu, namun menghormati kepercayaan dari pelbagai agama ke dalam kehidupan
mereka. Agama rakyat Cina telah menjadi pengaruh yang kuat dalam kehidupan, dan mazhab-mazhab baru telah
muncul untuk mengintegrasikan ajaran agama yang berbeza. Kepercayaan di Malaysia juga sering menerima pengaruh
dari animisme tempatan.

4

HINDU:

Majoriti orang Tamil yang membentuk 9% penduduk Malaysia mengamalkan Hinduisme. Hinduisme
berpengaruh sebelum Islam, tetapi pengikut moden kebanyakannya berasal dari masyarakat pendatang dari
Tamil Nadu yang datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah British. Sebuah komuniti kecil
pendatang dari Utara India juga wujud.

Kuil-kuil luar bandar sering didedikasikan untuk dewa tunggal, sementara kuil-kuil luar bandar sering menjadi
rumah kepada pelbagai dewa-dewa yang berbeza. Kebanyakan dibawa dengan pendatang. Kebanyakan kuil
mengikut tradisi Saivite dari India Selatan, untuk menyembah Siva. Cuti Hindu Thaipusam dan Deepavali
adalah cuti kebangsaan. Amalan agama Hindu sangat dikaitkan dengan identiti budaya kaum India Malaysia.
Mereka yang menukar agama lain boleh dihina oleh keluarganya dan masyarakat India.

5

KRISTIAN:

Kira-kira 10% daripada penduduk Malaysia adalah Kristian, kebanyakannya bukan Melayu Bumiputera, termasuk
juga beberapa kaum minoriti India Malaysia dan Malaysia. Denominasi yang paling umum ialah Anglika,
Methodist, dan Roman Katolik. Kebanyakan orang Kristian ditemui di Malaysia Timur, di mana Good Friday
adalah cuti umum di negeri Sabah dan Sarawak. Krismas adalah cuti kebangsaan, walaupun Easter bukanlah.

Peniaga yang mempunyai hubungan dengan Kristian dari Timur Tengah tiba di Malaysia sekarang pada abad ke-
7. Katolikisme dibawa oleh Portugis pada abad ke-15, diikuti oleh Protestan dengan Belanda pada tahun 1641.
Ketika pengaruh Portugis merosot Protestantisme mula gerhana Katolik. Kekristenan terus menyebar melalui
mubaligh yang datang semasa pemerintahan British pada abad ke-19 dan memperkenalkan agama Kristian ke
Malaysia Timur. Penukaran awal memberi tumpuan terutamanya kepada Negeri-negeri Selat. Apabila mubaligh
mula menyebar ke semenanjung, mereka tidak digalakkan untuk menukar orang Melayu, dengan memberi
tumpuan kepada imigran Cina dan India.

6

DEFINISI KEBEBASAN BERAGAMA

 Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana memberikan
kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira sebagai
salah satu hak asasi yang fundamental kepada manusia sejagat. Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain maish lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.
Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

 Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk
menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk
umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan (Perlembagaan tidak
menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya hanya sebagai agama persekutuan), tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan
dalam damai dan harmoni.

 Status Kebebasan beragama di Malaysia ialah masalah kontroversi. Pertanyaan termasuk sama ada Malaysia ialah sebuah negara Islam
atau negara sekulat tetapi tidak dapat diselesaikan. Dalam beberapa keadaan, ada sejumlah isu dan peristiwa yang telah menguji hubungan
antara bangsa-bangsa yang berlainan di Malaysia.

7

CONTOH ISU SEMASA YANG MENCABAR
ISLAM

SHAH ALAM, 14 April (Bernama) — Polis Klang Selatan menahan empat individu, yang disyaki
terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir, kerana
berpuasa.

Dalam kenyataan hari ini Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata,
pihaknya menerima satu laporan polis pada pukul 4.16 petang tadi di Balai Polis Klang, berkaitan
kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana

berpuasa,” katanya.

Shamsul Amar berkata, majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang salah seorang daripada dua lelaki tersebut, dan mengacukan ke arahnya dan

mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek akan direman di Mahkamah Klang esok.

“Polis Daerah Klang Selatan ingin menegaskan bahawa, kes ini tidak melibatkan sebarang isu perkauman,” katanya.

Beliau juga menasihatkan masyarakat atau mana-mana individu, agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti

perkauman, sehingga menjejaskan keharmonian kaum dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang- undang. 8

JELAS AGAMA BOLEH DIAMALKAN….

◦ Perkara 11 mengenai Kebebasan Agama menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti
dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasa (4) , mengembangkan agamanya . “

◦ Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi , penduduk
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan , bebas dalam mengamalkan
kepercayaan masing – masing .

◦ Kebebasan ini , membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan
keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini .

9

PENUTUP

◦ Adalah jelas daripada analisis di atas, Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam
Perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukanYang di Pertuan
Agong dalam hal ehwal agama Islam . Kesemua ini menunjukkan Islam dalam perlembagaan yang mempunyai
keistimewaan dari agama lain.

◦ Maka , perkara ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda agar sentiasa berlapang
dada dalam sesuatu isu yang melibatkan Islam dan orang Melayu dalam perlembagaan . Ini seperti mana yang
pernah dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 iaitu Islam dan orang Melayu merupakan asas utama
pembentukan negara Malaysia (Berita Harian 17 Oktober 2008) . Di samping itu , Islam menganjurkan agar
menerima perbezaan agama dan etnik sebagai satu yang lumrah dalam manusia seperti Surah al-Baqarah 49:13 ,
mengelakkan cemuhan budaya , etnik dan agama , bersopan santun dan berbudi seperti Surah an-Nahl16:125,
Surah Thaaha 20:44 dan Surah al-Hujurat 49:11 .

10

RUJUKAN

◦ https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_di_Malaysia
◦ https://siakapkeli.my/2021/04/15/pukul-pekerja-kerana-puasa-4-individu-ditahan/
◦ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_beragama_di_Malaysia
◦ https://www.malaysia.gov/portal
◦ https://jurnalkemanusiaan.utm.my/article

11


Click to View FlipBook Version