The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Umi Kalsium Binti Ahmad, 2023-03-20 00:32:13

2023/2024 BUKU PENGURUSAN SKPKr

buku pengurusan dan takwim

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA SEKOLAH TRANSFORMASI TS25


MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA YB Fadhlina Sidek KEMENTERIAN PENDIDIKAN AMANAT MENTERI PENDIDIKAN AMANAT KPPM Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia


AMANAT PENGARAH JPN JOHOR AMANAT KPPD MUAR


SURAT PELANTIKAN JK PENGURUSAN


1. Amanat KPM & KPPM 2. Amanat Pengarah JPN & KPPD 3. Surat Pelantikan JK 4. Senarai Kandungan 5. Jawatankuasa Buku Pengurusan 6. Sekapur sirih seulas pinang 7. Visi & Misi 8. Falsafah Pendidikan 9. PPPM 2013-2025 10. Aspirasi Sistem Pendidikan & Aspirasi Murid 11. Fokus Pengurusan Pendidikan 12. Fokus utama KPM sesi akademik 2023/2024 13. 7 Teras Nadi Keunggulan KPM 14.Karamah Insaniah Amalan Adab A B C 15. Program TS25 16. Budaya Kerja 17. Konsep 6C 18. PAK21 - Elemen 19. PAK21 - Kemahiran 20. PAK21 - Ciri2 Pelajar 21. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 22. Pelaksanaan PBD 23. Analisis PBD 24. Cogan Kata & Sejarah Sekolah


25. Piagam Pelanggan 26. Lencana Sekolah 27. Lagu Sekolah 28. Pelan Laluan Kebakaran 29. Pelan Kedudukan Bilik Darjah sesi 2023/2024 30. Takwim Penggal Persekolahan 2023/2024 31. Cuti Hari Perayaan 32. Hari Kelepasan Am Persekutuan 33. Kalendar 2023/2024 34. Ketetapan Peraturan Sekolah 35. Panduan Am Penjawat Awam dan kesan terhadap perkhidmatan 36. Etika Berpakaian Penjawat Awam 37. Carta Organisasi Guru dan AKP 38. Senarai Guru & AKP 39. Perjawatan Guru & AKP 40. Senarai Guru MP & Guru Kelas 41. Senarai Penyelaras Bilik Khas 42. Senarai Guru Bertugas Mingguan 43. Jadual Semakan Buku Latihan 44. Jadual Pencerapan KOMPONEN A : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 45. Carta Organisasi Pengurusan & Pentadbiran 46. Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran 47. Takwim Pengurusan & Pentadbiran


KOMPONEN B : PENGURUSAN KURIKULUM 48. Cover Pengurusan Kurikulum 49. Carta Organisasi Kurikulum 50. Jawatankuasa Kurikulum dan Senarai Tugas 51. Takwim Kurikulum KOMPONEN C: HAL EHWAL MURID 52. Cover Pengurusan Hem 53. Jawatankuasa Hem & Senarai Tugas 54. Takwim HEM KOMPONEN D : PENGURUSAN KOKURIKULUM 55. Cover Pengurusan Kokurikulum 56. Jawatankuasa Kokurikulum & Senarai Tugas 57. Jadual Minggu Kokurikulum 58. Takwim Kokurikulum TAKWIM SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA 2023/2024 SEKIAN


Sekolah Kebangsaan Parit Keroma


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya dan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa, Buku Pengurusan Sekolah 2023/2024 telah dapat diterbitkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga kerja yang telah berhempas pulas dan bertungkus-lumus menghasilkan buku panduan selengkap ini. Buku panduan ini merupakan satu dokumen yang sangat penting kepada sesebuah organisasi sekolah sebagai rujukan untuk melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang. Dokumen ini juga menjadi landasan kepada semua program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur. Apatah lagi dilaksanakan berlandaskan kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah dan komuniti setempat dapat merealisasikan lagi impian yang dihasratkan. Bermula dengan berada di atas satu landasan yang sama, pemuafakatan yang padu, usaha yang tekun, berinovasi, kreatif dan berterusan serta sikap yang optimis kepada keadaan semasa akan membuahkan hasil yang cukup berkualiti dan berimpak tinggi, in shaa Allah. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, ianya boleh menjadi pemangkin bagi menjana ibu bapa lebih prihatin, guru yang terhebat dan cemerlang, murid yang gemilang dan sekolah yang terbilang selaras dengan Visi, Misi, Moto, Objektif dan Piagam Pelanggan sekolah ini dan seiring dengan hasrat negara. Sekian, terima kasih. Sekapur Sirih Seulas Pinang ROZLINA BINTI MATJELIS Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Keroma, 84000 Muar, Johor.


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan Komitmen komuniti yang padu Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi Kepimpinan yang berkualiti / berwawasan 1 2 3 4 TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui; - AKTIFKAN SARANA SEKOLAH & SARAN IBUBAPA PIBG, Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB), Biro Maklumat - SOKONGAN MORAL, KEWANGAN, KEPAKARAN ➢ GURU SEBAGAI : - PERANCANG - PENGAWAL - PENDORONG - PENILAI ➢ MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF KERANGKA TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) KITARAN PROGRAM TS25 PROGRAM


BUDAYA KERJA SK PARIT KEROMA EXCELLENCE 1. Mengutamakan kecemerlangan dalam peperiksaan dan pentaksiran yang dijalankan 2. Mengutamakan pengurusan sekolah yang cemerlang dari Pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah. 3. Mengutamakan pembentukan sahsiah semua kakitangan sekolah yang cemerlang. 4. Mengutamakan kawasan persekitaran yang baik dan selesa sebagai pusat pendidikan . TEAM WORK 1. Mengutamakan kerja sepasukan dalam pengurusan sekolah. 2. Mengutamakan peningkatan berpasukan semua unit dalam pengurusan sekolah berpasukan. 3. Mengutamakan kecemerlangan berpasukan dalam semua pentaksiran sekolah. 4. Mengutamakan jaringan dan jalinan yang cemerlang di sekolah. INTELLECTUAL 1. Melahirkan golongan terpelajar di kalangan guru-guru dan murid . 2. Memperkasakan Bimbingan coaching dan Mentoring yang berkesan 3. Melahirkan murid – murid yang mempunyai nilai murni yang tinggi KNOWLEDGE 1. Melahirkan murid –murid berpengetahuan tinngi dalam akedemik dan sukan 2. Melahirkan murid – murid bersahsiah setelah menamatkan persekolah sekolah rendah. 3. Melahirkan murid yang mempunyai asas agama yang baik . AMBITIONS 1. Menanamkan sifat yakin pada diri sendiri, agar mendapat kejayaan dalam segala pertandingan. 2. Menanamkan sikap positif dalam setiap aktiviti atau program yang dijalankan, agar mendapat keputusan positif. 3. Mewujudkan sikap kerjasama dam mencapai visi dan misi sekolah.


ANALISIS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBD) 2022/2023


ANALISI UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022/2023 TAHUN 1


TAHUN 2 TAHUN 3


TAHUN 4 TAHUN 5


TAHUN 6


”USAHA, JAYA” Falsafah dan tugasan serta tanggungjawab sekolah ini adalah untuk mengembangkan potensi setiap murid di sekolah ini untuk mencapai pendidikan berkualiti dengan menggembleng segala sumber yang ada secara optimum untuk melahirkan insan yang berkualiti melalui ilmu. Sehubungan itu, guru sebagai pendidik yang mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, semangat, latihan dan kesempurnaan profesion akan melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan berkualiti sesuai dengan motto ”Usaha, Jaya”. Sekolah akan mencapai matlamat dengan jayanya sekiranya setiap warga berusaha bekerja bersama-sama melaksanakan tugas dengan rasional dengan memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. SEJARAH SEKOLAH SK Parit Keroma Muar telah diasaskan pada tahun 1900 bertempat di Kampung Parit Sakai, kira-kira 2.5 kilometer dari bandar Muar. Pada mulanya, sekolah ini dinamakan sebagai SK Melayu Parit Sakai. Bangunan sekolah ini didirikan oleh kerajaan di tapak tanah kepunyaan Tn. Hj. Ismail Bin Sulaiman yang merupakan bangunan bertiangkan batang nibong dan beratapkan daun rumbia beserta sebuah rumah guru. Menjelang tahun 1925, sekolah ini tidak lagi mampu menampung murid yang bertambah ramai sementara bangunannya juga telah usang. Berikutan dengan itu, Tn. Hj. Ahmad Bin Abd Wahid telah memberikan rumah kedai sewanya untuk dijadikan bangunan sekolah sementara. Dengan persetujuan semua pihak, sekolah asal telah dipindahkan ke Kampung Parit Keroma yang jauhnya kira-kira 1 kilometer dari lokasi asal. Pada tahun 1929 pula kerajaan telah membina sebuah sekolah baru di Kampung Parit Keroma. Pada 05 Januari 1930 bangunan papan tersebut mula digunakan dengan mengubah namanya kepada Sekolah Melayu Parit Keroma. Pelajar sekolah ini semakin bertambah walaupun ramai juga yang dihantar belajar ke sekolah Inggeris. Menjelang tahun 1967 bilangan pelajar sekolah ini adalah seramai 249 orang dengan 11 orang guru. Selepas 52 tahun beroperasi, bangunan asal telah dirobohkan dan sekolah ini mula beroperasi di bangunan batu 2 tingkat yang didirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 05 Oktober 1982. Kini sekolah ini telah dilengkapi dengan bangunan baru 4 tingkat yang siap dibina dan mula beroperasi pada 01 Julai 2011 hingga sekarang. COGAN KATA SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA MUAR PIAGAM SEKOLAH Kami warga SK Parit Keroma berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggan kami seperti berikut: Murid • Memastikan peluang dan layanan yang mesra dan adil kepada semua murid. • Memastikan semua urusan pendaftaran murid baru diselesaikan dalam tempoh 30 minit dari masa sampai di kaunter. • Memastikan semua murid ditempatkan di kelas masing-masing pada hari pertama persekolahan. • Memastikan murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran mulai hari pertama persekolahan. • Mengenalpasti murid yang layak akan diberi bantuan kebajikan dan kewangan. • Memastikan murid-murid menerima sijil-sijil yang berkaitan selewat-lewatnya dalam masa 1 hari selepas murid tamat persekolahan. • Memastikan murid menguasai asas membaca, menulis dan mengira sebelum melangkah ke Tahun 4. Guru dan Staf • Memastikan taklimat tentang spesifikasi tugas, kuasa dan tanggungjawab kepada semua guru dan staf sokongan sebelum minggu pertama bekerja di sekolah setiap tahun.’ • Memastikan semua staf berpeluang mendapat latihan kompetensi sekurang-kurangnya sekali setahun. • Memastikan urusan gaji tepat pada masanya. Ibu bapa • Memastikan segala aduan dan rayuan berkaitan dengan sekolah akan diberi jawapan dalam tempoh seminggu dari tarikh aduan atau rayuan yang diterima. • Memastikan urusan pertukaran sekolah murid diselesaikan dalam 3 hari. PIAGAM SEKOLAH


• Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Komuniti • Memastikan akan memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan. ”Stakeholder” • Memberi respons kepada semua surat, arahan dan permohonan daripada “stakeholder’ selewat-lewatnya dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan. • Menentukan seorang staf yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat kaunter yang mesra kepada semua “stakeholder’ yang berurusan dengan sekolah.


OBOR Melambangkan ilmu adalah cahaya penyuluh yang akan menerangi masa depan BUKU Melambangkan sekolah sebagai Gedung Ilmu untuk diterokai MERAH Melambangkan semangat dan keberanian BIRU Melambangkan semangat perpaduan yang tinggi KUNING Melambangkan kedaulatan dan kesetiaan kepada Raja USAHA JAYA Cogan kata sekolah melambangkan keazaman dan ketekunan untuk berjaya HIJAU Melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara Melambangkan ketulusan dan kebersihan hati LENCANA SEKOLAH


KAMI MURID PARIT KEROMA PATUH AKAN SURUHAN AGAMA TAAT SETIA PADA NEGARA TEKUN BELAJAR JUA DI SINI KAMI MENDAPAT PELAJARAN DI SINI KAMI MENERIMA TEGURAN SEMOGA HIDUP BERPEDOMAN JADI UMAT YANG BERIMAN JANJI SETIA KAMI AKAN DITEPATI BAKTI SUCI MU GURU AKAN DIINGATI SELALU INILAH JANJI KAMI SEMUA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA BERBAKTI UNTUK NUSA DAN BANGSA SEMOGA HIDUP AMAN SEJAHTERA LAGU SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA


PELAN LALUAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA POS JAGA GARAJ KERETA GARAJ KERETA MAKMAL KOMPUTER PRA SEKOLAH KANTIN DATARAN KEJAT PADANG SEKOLAH PINTU MASUK PINTU KELUAR KELAS TAHUN 2 TANDAS MURID KELAS TAHUN 6 TANDAS GURU BILIK SEJARAH KELAS TAHUN 1 BILIK SAINS TAHUN 3 TAHUN 4 BILIK WUDU' KELAS KELAS DEWAN TAN SRI ARSHAD AYUB KELAS BILIK TAYANG PUSAT SUMBER BILIK SAL BILIK STOR BILIK MESYUARAT PEJABAT BILIK GURU BILIK AIR BILIK SPBT BILIK SUKAN BILIK RBT/PSV SURAU BILIK ISOLASI ARAS BAWAH ARAS 1 ARAS 3 ARAS 2 ARAS BAWAH ARAS 1 TAHUN 5 BILIK ABM BILIK KESENIAN BILIK SEJARAH BILIK PEMULIHA N BILIK BILIK SAINS KESENIAN


PELAN KEDUDUKAN BILIK DARJAH SESI 2023/2024 TAHUN 2 BILIK SEJARAH TAHUN 6 BILIK SAINS BILIK KESENIAN BILIK PEMULIHAN TANDAS MURID TANDAS GURU SUSUR GAJAH TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5


PEMETAAN PENDIDIKAN SIVIK 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA SEKOLAH TRANSFORMASI TS25


KETETAPAN PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA SEKOLAH TRANSFORMASI TS25


PENTADBIRAN AM KEPADA GURU DAN AHLI KUMPULAN PELAKSANA SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEROMA SEKOLAH TRANSFORMASI TS25 2. KEDATANGAN Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. I. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum waktu belajar dan mengimbas QR-Code yang disediakan semasa sampai. II. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin kepada Guru Penolong Kanan / Guru Besar. III. Semua urusan peribadi hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam kecemasan. IV. Waktu bekerja semua staf sokongan adalah mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuat kuasa. 1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi peintah am tersebut. I. Guru dan staf sokongan dinasihatkan supaya membaca , memahami dan boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah am dan arahan Perkhidmatan lain. II. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesionalisme keguruan dan menjunjungnya sebagai profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan sematamata. III. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. IV. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. V. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. VI. Semasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. PANDUAN AM


Pada waktu persekolahan, guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu bertugas kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. Tindakan yang perlu adalah seperti berikut: I. Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi HrMIS sebelum keluar. II. Guru dinasihatkan meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. 4. CUTI I. Cuti rehat / Cuti penggal Mengikut surat pekeliling Kementerian Pendidikan (KP(PP)0046 SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga (1/3) daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar. II. Cuti sakit 1. Sijil sakit dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 3. Cuti sakit melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putuskan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. III. Cuti Tanpa Gaji 1. Mengikut perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 2. Cuti tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 3. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah melebihi 30 hari tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4. Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 5. Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula cuti. IV. Cuti rehat khas 1. Cuti rehat khas ialah cuti sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 dan diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar. 2. Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi Pegawai yang layak. 3. Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak tetapi jumlah cuti dibenarkan tertakluk pada ketetapan. 4. Cuti ini diluluskan oleh Guru Besar dan disokong oleh GPK Pentadbiran melalui.HrMIS. * Sebaik-baiknya sila berbincang dengan Guru Besar untuk kelulusan. 3. KELUAR WAKTU BERTUGAS


I. Guru datang lebih awal dan balik setelah semua murid telah pulang serta keadaan sekolah berada dalam keadaan baik. II. Guru membantu pengawal keselamatan di pintu pagar sekolah waktu pagi dan waktu balik. III. Guru sentiasa membuat pengawasan tingkahlaku dan disiplin murid semasa waktu rehat. IV. Gutu bertugas menguruskan RMT, Program Susu, Program Guru Penyayang, Program NILAM dan Sudut Pidato Sekolah. V. Guru mengambil dan mengurus segala aduan berkaitan disiplin, masalah kesihatan atau masalah berkaitan murid sepanjang minggu bertugas. VI. Guru bertanggungjawab mengurus dan menjalankan perhimpunan mingguan : I. Memastikan P.A Sistem berfungsi dengan baik. II. Memastikan Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Lagu Sekolah dapat berfungsi dengan baik. III. Memastikan Pengawas Sekolah yang bertugas bersiap sedia sewaktu perhimpunan dijalankan. IV. Mengelolakan persembahan murid sekiranya ada semasa perhimpunan. V. Cuti Keluar Negara Guru yang hendak bercuti keluar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh cuti. VI. Cuti Khas Isteri Bersalin Diberikan selama (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. VII. Cuti Tanpa Rekod Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gentian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasuka sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan, ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. VIII. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5. GURU BERTUGAS MINGGUAN Guru perlu memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga dapat wujudkan perasaan kekitaan. I. Guru tidak dibenar mempengaruhi dan memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru atau pelajar atau staf sokongan. II. Pandangan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan perkauman, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU


Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru. I. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ”non-teaching period” dan bukan ”free period”. Guru hendaklah menggunakan masa tersebut melakukan perkaraperkara yang berkaitan dengan P&P. II. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. III. Guru semasa di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman manamana pihak. Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. Semua guru dan staf mesti memberi kerjasama penuh dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah mesti dibawa untuk pengetahuan pihak sekolah. I. Ketua panitia juga perlu bertanggungjawab memastikan ada peraturan mengenai penggunaan alatan tertentu di bilik-bilik khas. 7. BILIK GURU 8. TANDA NAMA 10. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH Guru kelas perlu sediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas dan guru tidak dibenarkan mengubah tanpa kebenaran. 9. JADUAL WAKTU I. Semua guru dan staf hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat Timur. II. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang pendek, kemas dan tidak mencecah kolar. Mewarnakan rambut dengan fesyen yang keterlaluan adalah tidak dibenarkan. III. Semua guru dan staf dikehendaki memakai kasut/sepatu bertutup penuh dan berwarna gelap. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping. IV. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai. V. Semua guru dan staf tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata. VI. Ketetapan pemakaian guru dalam seminggu : ❖ Ahad – Pakaian Korporat Putih berlogo KPM. ❖ Isnin – Pakaian Pejabat. ❖ Selasa – T-Shirt KrMJ. ❖ Rabu – Uniform atau Tshirt (mengikut giliran minggu Badan Uniform) ❖ Khamis – Pakaian rasmi/Baju Melayu bagi lelaki/Baju Batik . 11. PAKAIAN


Click to View FlipBook Version