The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sanyingtan, 2022-03-19 02:53:42

BMMB1104 Tugasan 1 Penulisan Esei

BMMB1104 Tugasan 1 Penulisan Esei

BMMB1104
Tugasan 1 :
Penulisan

Esei

Disediakan oleh : Tan San Ying ( PPRBMM2-6)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH ( SJKC)

KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR : TAN SAN YING

ANGKA GILIRAN : 2021022310154

NO.KAD PENGENALAN : 030613130658

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-6

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PENSYARAH : PN SELINA HJ AHMAD
TARIKH HANTAR : 21 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR :

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Konsep kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat

Melayu tradisional

2.1 Takrif kesusasteraan Melayu 2

2.2 Jenis, bentuk dan ciri kesusasteraan Melayu

2.2.1 Prosa tradisional 3

2.2.2 Prosa moden 4

2.2.3 Puisi tradisional 5

2.2.4 Puisi moden 6

3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu

tradisional

3.1 Hiburan 7

3.2 Pendidikan 7

3.3 Dakwah 8

3.4 Kritikan sosial 8

4.0 Manifestasi akal budi pantun Melayu 9

5.0 Penutup 10

6.0 Rujukan 11

1

1.0 Pengenalan

Abdullah Hussain (1969) mengatakan bahawa “
kemerosotan genre kesusasteraan Melayu berlaku sekitar
tahun 70-an kerana semakin banyak penerbit tidak
sanggup untuk menerbitkan karya dan juga kekurangan
penghayatan daripada pembaca.” Dunia kesusasteraan
Melayu dibangkitkan selepas era 70-an ketika perubahan
gaya penulisan bergantung dengan realiti masyarakat.

2

2.0 Konsep kesusasteraan Melayu
2.1 Takrif kesusasteraan Melayu

Menurut Hashim Awang, beliau menyatakan bahawa
“ kesusasteraan berasal daripada cantuman kata “su”
dan “sastra” dalam bahasa Sanskrit. Makna kata su ialah
baik dan cantik. Sastra ialah karya. Susastra ialah karya
yang indah dan berguna. Kesusasteraan bermaksud
semua bentuk karya bernilai seni dan berguna.”
Muhammad Hj Salleh (1995) menyatakan bahawa “
kesusasteraan merujuk pada karya-karya yang
membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui
bahasa indah.” Ali Ahmad (1994) menyatakan bahawa “
sastera berasal daripada bahasa Sanskrit yang disebut
syastra yang bermaksud kitab suci.”

3

2.2 Jenis, bentuk dan ciri kesusasteraan
Melayu
2.2.1 Prosa tradisional

Terdapat empat jenis prosa tradisional iaitu
penglipur lara, cerita jenaka, cerita asal usul dan
epik. Cerita penglibur lara biasanya mengisahkan
kehidupan istana, keajaiban senjata keramat dan sakti
serta perkara lain yang menggambarkan keindahan
dan kebahagiaan. Cerita jenaka pula mengandungi
unsur lucu yang dilahirkan daripada sifat dan tindakan
yang dilakukan oleh watak. Seterusnya, cerita asal
usul menceritakan asal usul tumbuh-tumbuhan,
binatang dan tempat.

2.2.2 Prosa moden

Prosa moden terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerpen, novel 4

dan drama. Pertama sekali, jumlah perkataan dalam cerpen tidak
lebih daripada sepuluh ribu. Pada umumnya, cerpen
menyampaikan ceritanya secara singkat dan mudah dipadam oleh
pembaca. Diksi atau pilihan kata adalah tidak rumit. Seterusnya,
cerpen hanya memiliki satu jalan cerita sahaja dan kisah cerita
pada cerpen biasanya berasal dari peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan realiti kita. Cerpen pula dibahagikan kepada tiga
bahagian seperti cerpen pendek, cerpen sedang dan cerpen
panjang. Panjang kata bagi cerpen pendek sekitar 500 hingga 700
kata. Walau bagaimanapun, isi cerpen pendek masih sarat dengan
isi yang ringkas tetapi padat. Cerpen panjang pula dihasilkan
dalam lingkungan perkataan 5000 hingga 10000 kata kerana
bahagian pembukaan, peleraian dan konflik ceritanya agak
panjang supaya kekeliruan tidak berlaku pada pembaca.

Novel memiliki jumlah kata lebih daripada 35000 kata. Selain itu,
jumlah halaman novel sekurang-kurangnya terdapat 100 halaman
yang memakan minimum masa dua jam untuk dibaca. Alur cerita
dalam novel bersifat kompleks, di mana penulis akan menceritakan
seluruh cerita secara berurutan. Novel juga dibahagikan kepada
dua jenis iaitu novel fiksi dan novel bukan fiksi. Novel fiksi berkisah
tentang cerita yang memiliki unsur khayalan dan kisah cerita itu
hanya rekaan penulis sahaja. Novel bukan fiksi pula mengisahkan
tentang cerita nyata dan biasanya berdasarkan pengalaman
seseorang serta sejarah nyata.

Drama berbentuk dialog sebagai cara penyampaian kisah
ceritanya kepada penonton. Tambahan pula, pengarang drama
juga haruslah bijak menyisipkan pesanan moral atau pengajaran
melalui dialog. Memiliki konflik jelas yang digerakkan oleh watak-
watak ialah salah satu ciri drama yang penting.

2.2.3 Puisi tradisional 5
Puisi tradisional terbahagi kepada empat jenis iaitu pantun,

gurindam, syair dan seloka. Jenis puisi tradisional pertama yang kita

akan bincangkan ialah pantun. Bentuk-bentuk pantun terdiri daripada

tiga jenis iaitu pantun berkait, talibun dan pantun kilat. Bagi pantun

berkait, satu rangkap terdiri daripada empat baris. Baris kedua dan

keempat pada bait pertama akan diulang pada baris pertama dan ketiga

dari bait kedua. Baris pertama dan kedua merupakan sebagai kata

pemanis manakala baris ketiga dan terakhir membawa maksud.

Seterusnya, talibun ialah pantun yang terbentuk dengan jumlah garis

yang genap atau lebih daripada empat baris dalam satu bait seperti 6

baris, 8 baris dan 10 baris. Sekiranya pantun itu berbentuk 6 isi, namun

3 baris pertama adalah sampiran dan 3 baris berikutnya ialah isinya.

Rima akhirnya ialah abc-abc, abcd-abcd, abcde, abcde dan

sebagainya. Setiap baris terdapat 8 hingga 12 suku kata agar

penyampaiannya lebih lancar. Tambahan pula, pantun kilat ialah pantun

yang terdiri daripada 2 baris sahaja dalam satu bait.

Gurindam terdiri daripada dua baris pada setiap baitnya dan setiap

barisnya mempunyai jumlah 10 hingga 14 suku kata. Rima akhir bagi

setiap baris ialah a-a, b-b , c-c dan selanjutnya. Baris pertama berisi

seperti soal, perjanjian atau masalah manakala baris kedua memberi

jawapan atau akibat kepada baris pertama tadi. Baris pertama dan

kedua saling berhubung kait.

Syair merupakan jenis puisi terikat. Terdapat 5 jenis syair iaitu syair

panji, romantis, sejarah, kiasan dan agama. Jumlah baris serangkap

adalah tetap iaitu 4 baris. Syair lebih berlainan dengan pantun kerana

syair tidak mempunyai pembayang. Maksudnya, setiap baris dalam

rangkap merupakan idea atau isi cerita syair itu. Cerita dalam setiap

baris dalam serangkap itu perlulah bersambungan dari rangkap ke

rangkap untuk menunjukkan kesatuan bagi keseluruhan syair itu.

Jumlah perkataan sebaris juga tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris. Rima

akhirnya turut tetap iaitu a-a-a-a.

Seloka terbentuk dengan rima akhirnya yang bebas. Dalam seloka,

perkataan sindiran dan ejekan digunakan dalam bentuk berangkap

untuk tujuan menyindir sambil belajar.

6

2.2.4 Puisi moden
Sajak merupakan jenis puisi moden. Sajak boleh
berbentuk bebas atau terikat. Sajak bebas tidak
terikat dengan rima akhir, rangkap dan suku kata
sebaliknya sajak terikat dengan pola khusus.

7

3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan
masyarakat Melayu tradisional
3.1 Hiburan
Fungsi kesusasteraan Melayu yang pertama ialah
sebagai hiburan. Kesusasteraan seperti cerita jenaka mampu
membantu untuk menenangkan fikiran daripada kegusaran
dalam kehidupan harian kita. Misalnya, dalam cerita Si Luncai,
sifat lucu jelas dilihat pada wataknya iaitu dia seorang yang
mempunyai paras fizikal yang pendek, gemuk, perut buncit
dan memakai kasut besar. Disebabkan plot cerita
keseluruhannya agak mudah dan terus-terang, pembaca tidak
dipaksa untuk berfikir secara mendalam. Selain itu, cerita
jenaka berakhir dengan kegembiraan dan keceriaan.

3.2 Pengajaran
Kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai pengajaran.

Contohnya, novel “ Di Sebalik Dinara ” memberi pengajaran
kepada masyarakat bahawa kita tidak boleh mementingkan
diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain terutamanya ahli
keluarga. Kesusasteraan dapat menyalurkan nilai moral dan
pengajaran yang boleh dijadikan sebagai pedoman kehidupan
serta membangunkan minda masyarakat.

8

3.3 Dakwah
Fungsi yang seterusnya ialah sebagai dakwah. Tamsilnya, pantun
agama tentang sedekah menuntut kita saling membantu untuk
memerangi kemiskinan. Dengan ini, pegangan agama masyarakat
dapat dikukuhkan.

3.4 Kritikan Sosial
Kritikan sosial ialah fungsi terakhir. Contohnya, dalam cerita Pak
Kaduk, kritikan ditujukan kepada golongan atasan yang menindas
golongan bawahan dengan kekuasaan yang dimilikinya. Pada masa
yang sama, kritikan ini juga menyebabkan masyarakat sedar diri dan
mengubah sikap jika melakukan kesalahan sama.

9

4.0 Manifestasi akal budi pantun Melayu

Rangkap pertama membawa maksud iaitu
semakin kita memiliki pangkat tinggi atau
memperolehi ilmu banyak, semakin kita
merendahkan diri. Rangkap kedua pula merujuk
kepada orang yang berbudi akan dipandang mulia
manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa.
Rangkap ketiga bermaksud apabila sesuatu ilmu
tidak dipelajari dengan baik, maka tidak akan
mendatangkan apa-apa manfaat kepada kita.

Daripada rangkap pertama, kita mengetahui
bahawa kita haruslah sentiasa rendah diri dengan
kejayaan kita. Kita juga hendaklah mempraktikkan
amalan berbudi bahasa agar dipandang mulia oleh
masyarakat. Pengajaran terakhir yang kita perolehi
ialah kita perlulah belajar sesuatu dengan
bersungguh-sungguh agar hasil kita berbuah.

10

5.0 Penutup
Kesimpulannya, kita haruslah menghayati

karya sastera Melayu untuk memartabatkan
kedudukan bahasa Melayu. Selain itu, karya
sastera Melayu juga melambangkan khazanah
negara kita. Kita perlulah mempeliharanya
dengan baik untuk menunjukkan semangat
patriotisme dan rasa hormat kepada pengarang.

(1091 patah perkataan)

11

6.0 Rujukan
Zaenuddin (2021, September 14). Pengertian pantun dan bentuk- bentuk pantun.
https://artikelsiana.com/pengertian-pantun-bentuk-bentuk-contoh/
Merry ( 2021, April 17). Contoh talibun. https://majalahpendidikan.com/contoh-talibun/
Aris Kurniawan. (2022, Februari 2). Pengertian gurindam dan contohnya.
https://www.gurupendidikan.co.id/gurindam/

Ahmad. Pengertian cerpen. http://bitly.ws/piQH
Bitar. (2020, Mei 10). https://seputarilmu.com/2020/05/ciri-ciri-novel.html
(2020, November 11). 7 Ciri-ciri drama, lengkap jenis, struktur dan pementasannya.

https://id.berita.yahoo.com/7-ciri-ciri-drama-lengkap-103018114.html
Mohd. Rodzi. (n.d). Fungsi sastera dalam masyarakat. http://bitly.ws/piQG
Kamus peribahasa bahasa Melayu. (n.d) . Arti peribahasa berguru kepalang ajar, bagai bunga

kembang tak jadi. http://bitly.ws/piQC
Kamus peribahasa bahasa Melayu. (n.d). Arti peribahasa bawa resmi padi, makin berisi makin

tunduk. http://bitly.ws/piQQ
Yeyen Khoo. ( 2019, Jun 25). Kelahiran kesusasteraan Melayu. http://bitly.ws/piQy

SEKIAN TERIMA KASIH ☺


Click to View FlipBook Version