MANUAL e-RPH
1. Klik Menu pada sheet atau muka surat yang pertama.
2. Masukkan Nama Guru terlebih dahulu.
3. Semak minggu pada ruangan berwarna merah. M bermaksud minggu. M1
bermaksud Minggu 1.
4. Semak tarikh pada ruangan berwarna hijau.
5. Pilih hari, masukkan Kelas, Masa, Subjek dan Tahun yang diajar.
6. Muka surat kedua adalah RPT. RPT bermaksud Rancangan Pengajaran Tahunan.
RPT01 bermaksud RPT bagi subjek pertama yang diajar. RPT02 pula adalah subjek
kedua yang diajar. Pilih subjek. Sebagai contoh, subjek di bawah adalah Bahasa
Melayu.
7. Setelah selesai memilih subjek, sila pilih Standard Pembelajaran dan Standard
Kandungan berdasarkan subjek tersebut.
8. Seterusnya, pilih muka surat hari, sama ada Isnin, Selasa, Rabu, Khamis atau Jumaat.
9. Setelah memilih hari, guru mengisi kesemua ruang rancangan pengajaran yang telah
disediakan mengikut masa masing-masing.
10. Setelah selesai, guru perlu menulis refleksi terlebih dahulu sebelum klik Hand-In atau
Turn In.
Manual e-RPH ini telah disediakan oleh
Mohd Shafian Bin Shafiee
Ismail Bin Ahmad
SK Bandar Tasek Mutiara
2022