,
MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
TUGASAN eBEDAH BUKU
TEMA: IBADAT DALAM ISLAM
PENSYARAH: NO. PENDAFTARAN
HAMDAN BIN ZAKARIA 18DPM21F1020
18DPM21F1022
BIL. NAMA 18DPM21F1028
1 NUR HAYANI BINTI ABDUL RAHMAN 18DPM21F1052
2 KHAIRUNNISA BINTI ABDUL AZIZ 18DPM21F1999
3 AINAA MAISARAH BINTI ZULKIFLI
4 NOR ALEIZA BINTI ABDUL KHADIR
5 NUR JAMILAH BINTI ADELIN
JABATAN PERDAGANGAN
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
SESI 2 :2021/2022
ISI KANDUNGAN
Isi kandungan…………………………………………………………………………....2
Pengenalan………………………………………………………………………….......3
Isu suntikan vaksin Covid-19 ketika berpuasa di bulan Ramadan………………...4
Isu pengsan kerana bius……………………………………………………………….5
Isu melakukan swab test Covid-19 ketika berpuasa………………………………..6
Isu berpuasa di negara yang waktu siangnya panjang dan pendek……………..7
Isu puasa kanak-kanak………………………………………………………………...8
Isu wajib ganti puasa sunat yang dibatalkan…………….…………………………..9
Isu berkaitan gastrik ketika berpuasa……….……………………………………….10
Kesimpulan………….………………………………………………………………….11
Lampiran………………………………………………………………………………..12
2
pengenalan
Ibadah ialah suatu tuntutan bagi setiap
mukmin . Beribadah hanya kepada Allah
s.w.t adalah utama penciptaan manusia di
alam maya ini.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan tidak aku jadikan dan manusia kecuali mereka
memperhambakan diri kepadaKu."
Ibadah adalah satu daripada tiga asas utama Islam, aqidah, ibadah dan tasawwuf atau akhlak.
Allah s.w.t menjadikan dan menempatkan manusi di bumi adalah untuk menyempurnakan tiga
tugas iaitu ibadah, khalifah dan pemakmur bumi. Ibadah juga merupakan tugas utama sekali
diantara dua tugas yang lain manusia dijadikan oleh Allah s.w.t.
Ibadah puasa di bulan Ramadhan juga adalah antara ibadah yang wajib dilakukan oleh
orang Islam kerana ia merupakan tuntutan fardhu 'ain yang wajib ditunaikan oleh setiap
individu Muslim yang mukalaf. Ibadah puasa di bulan Ramadhan ini telah disyariatkan oleh
Allah s.w.t kepada seluruh umat Islam sejak bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah.
Ibadah puasa yang fardhu ini telah diperintahkan khusus oleh Allah s.w.t. Serta , bulan
Ramadhan ini juga telah ditetapkan sebagai bulan khas untuk dilaksanakannya. Oleh itu,
seorang Muslim perlulah berusaha memahami aspek asas berkaitan fiqahnya bagi
memastikan ibadah ini menjadi ibadah yang sempurna dan seterusnya mengharapkan
penerimaan oleh Allah s.w.t.
Di sini kami akan menerangkan serba sedikit isu-isu yang berkait rapat dengan
pemasalahan dalam ibadat puasa bagi memberi panduan kepada semua umat Islam
KHAIRUNNISA PAGE 3
Isu ini sering menjadi persoalan pada masa ini. Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan menjelaskan kaedah pemberian suntikan
vaksin Covid-19 menggunakan kaedah intramuscular iaitu
suntikan ke dalam otot.
Contoh situasi dalam isu ini , seseorang telah mendapat tarikh
untuk suntikan vaksin pada bulan Ramadhan, jadi beliau keliru
sama ada beliau harus berpuasa atau tidak pada hari suntikan
tersebut. Dalam membahaskan isu ini, umumnya perkara yang
boleh membatalkan puasa adalah apabila seseorang tidak
mencukupi syarat-syarat atau gugur salah satu daripada rukun
puasa seperti haid, nifas, memasukkan sesuatu ke dalam badan
dan sebagainya. Ini sebagaimana disebut di dalam al-Mausu'ah
al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Hal ini menjadi pandangan yang
berbeza daripada ulama-ulama yang dirumuskan terperinci oleh
Syeikh Hassan al-Kaf dalam karyanya al-Taqrirat al-Sadidah.
Maksudnya; hukum suntikan (pada siang Ramadhan) adalah
harus dalam keadaan darurat namun para ulama berbeza
pandangan dalam hal batalnya puasa dalam tiga pandangan.
Pandangan pertama
batal secara mutlak kerana masuk sesuatu ke bahagian dalam otot
(al-Jauf)
Pandangan kedua
tidak terbatal secara mutlak kerana masuk sesuatu ke bahagian
rongga (al-Jauf) tanpa melalui rongga yang terbuka.
Pandangan ketiga
perlu perincian dan ia merupakan pandangan yang paling sahih
sekiranya kandungan suntikan tersebut mengandungi nutrisi atau
pemakanan maka batal puasanya, namun sekiranya tidak
mengandungi pemakanan maka dilihat pada aspek berikut
sekiranya suntikan pada otot iaitu urat bukan pada bahagian dalam rongga maka tidak batal
(Rujuk: Al-Taqrirat al-Sadidah,hlm 352)
Jadi dapat disimpulkan bahawa hukum melakukan suntikan vaksin Covid-19 pada siang hari di
bulan Ramadhan ialah harus dan tidak membatalkan puasa kerana suntikan tersebut tidak melalui
rongga yang terbuka
KHAIRUNNISA PAGE 4
ISU BERPUASA DI NEGARA
YANG WAKTU SIANGNYA
PANJANG DAN PENDEK
P ara ulama telah berbeza pendapat tentang masalah perkiraan waktu di negara yang waktu
siangnya cukup panjang dan waktu malamnya lebih pendek. Demikian juga di negara yang waktu
siangnya lebih pendek dari waktu malamnya.
Pendapat pertama
Sebahagian ulama mengatakan bahwa orang-
orang yang tinggal di negara-negara tersebut
memiliki satu hukum, iaitu agar waktu-waktu solat
dan puasa diperkirakan bagi mereka. Tetapi,
mereka berbeza pendapat tentang di negara
mana perkiraan itu dilakukan.Terdapat 2 pendapat
iaitu pendapat pertama ialah mereka harus
melakukan perkiraan hari, malam, dan bulan
mereka dengan perhitungan waktu yang berlaku di
negara yang berdekatan dengan negara mereka.
Negara tersebut memiliki keseimbangan waktu,
antara siang dan malam yang memiliki
kelapangan waktu, kerana Allah telah mewajibkan
solat dan puasa.Manakala pendapat kedua ialah
sebahagian berpendapat bahwa mereka hanya
perlu membuat perkiraan waktunya berdasarkan
kepada negara yang disyari'atkan iaitu Makkah
atau Madinah. Hal ini kerana, ia akan lebih mudah
bagi mereka, kerana mereka menghadap Kaabah
untuk mengerjakan solat mereka pada setiap hari.
Pendapat kedua
sebahagian ulama mengatakan bahawa jika di negara tersebut terdapat waktu siang dan malam, maka
mereka wajib berpuasa meskipun waktu siangnya sangat panjang dan waktu malam sangatlah pendek,
atau sebaliknya. Barangsiapa di antara mereka yang tidak mampu berpuasa, maka dia boleh tidak
berpuasa, tetapi dia harus mengqadha’nya, padanya berlaku hukum seperti hukum puasa pada orang
sakit yang berhalangan puasa.
PENULIS ARTIKEL 7
NUR HAYANI BINTI ABDUL RAHMAN
ISU PUASA BAGI KANAK-KANAK
K anak-kanak sama ada mumaiyiz ataupun belum mumaiyiz tidak diwajibkan bagi mereka untuk
berpuasa. Namun, sekiranya kanak-kanak mumaiyiz berpuasa, puasa mereka dikira
sah.Dalam masa yang sama, menjadi kewajipan kepada ibu bapa dan penjaga untuk
menyuruh kanak-kanak mumaiyiz berumur lengkap 7 tahun (7 nak masuk 8 tahun) ke atas
agar berpuasa sekiranya mereka mampu dan larat. Ini bertujuan mendidik dan membiasakan
mereka dengan ibadah tersebut. Bahkan apabila usia mereka sempurna 10 tahun, kanak-
kanak tersebut boleh dipukul namun dengan pukulan yang tidak mencederakan.
Kriteria bagi seseorang yang diwajibkan berpuasa seperti disebutkan para ulama Syafie adalah
beragama Islam, berakal, baligh, suci daripada haidh dan nifas serta mampu. Khusus
berkenaan baligh, kanak-kanak yang belum baligh sama ada mumaiyiz atau belum mumaiyiz
tidak diwajibkan berpuasa bahkan hukum ini juga terpakai terhadap isu syariah yang lain.
Pendirian ulama berasaskan sepotong hadis yang
diriwayatkan oleh Saidina Ali Bin Abu Talib RA
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ُرِفَع اْلَقَلُم َع ْن َثَالَثٍة َع ِن الََّيصْسِبَِتّْييِقََحظَّت َوىََعيِْبُنلَغاْلََومَْععُِتنوِاهلَّنَاحَِئِّتمىَ َحَيّْتبَرَىأ
Maksudnya: "Terdapat tiga golongan yang amalan
mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak
sehinggalah dia baligh, orang yang tidur
sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang
akalnya sehinggalah dia kembali waras".
Sunan Abi Dawud (4402)
Umlealmakasakentaikkaanmseenssuyaatruahhkuaknum‘a-mhaaklaanmmtiedraekkaditbid.eabkandkicaantakte’ pbaedrma amkesruedkata.nggungjawab
(Rujuk: Subulas al-Salam, 2/265)
Namun dari segi sah atau tidak sesuatu puasa kanak-kanak, ia bergantung kepada mereka sama
ada sudah mumaiyiz ataupun belum. Bagi kanak-kanak yang sudah mumaiyiz, puasa mereka
dianggap sah di sisi ulama manakala puasa mereka yang belum mumaiyiz dianggap tidak sah
kerana tidak memenuhi syarat-syarat sah puasa iaitu tamyiz.
(Rujuk: Hasyiah ‘Umairah, 2/76)
Sebagai kesimpulan, kanak-kanak sama ada mumaiyiz ataupun belum mumaiyiz tidak diwajibkan
bagi mereka untuk berpuasa. Namun, puasa bagi mumaiyiz tetap sah manakala belum mumaiyiz
tidak sah. Dalam masa yang sama, menjadi kewajipan kepada ibu bapa dan penjaga untuk
menyuruh kanak-kanak mumaiyiz berumur 7 tahun ke atas untuk berpuasa bagi mendidik dan
membiasakan mereka dengan ibadah tersebut.
PENULIS 8
NUR HAYANI BINTI ABDUL RAHMAN
PENULIS ARTIKEL - AINAA MAISARAH
Wajibkah Menggantikan
Puasa sunat yang dibatalkan ?
Jika kita meninggalkan puasa sunat secara Pendapat kedua
sengaja adakah wajib untuk kita
menggantikannya semula ? Dalam hal qada Pendapat kedua ialah fuqaha' dari mazhab
(menggantikan) para ulama mempunyai Hanafi.Ia berdasarkan hadis daripada Aisyah
dua pendapat dalam hal menggantikan RA, dalam pendapat ini ia mengatakan
puasa sunat yang telah dibatalkan. bahawa wajib untuk menggantikan puasa
sunat yang dibatalakn kecuali pada 5 hari
Pendapat pertama yang diharamkan berpuasa iaitu hari raya
Aidilfitri,Hari raya Aidiladha dan tiga hari
Pendapat pertama ini adalah daripada mazhab tasyrik.
Syafie ,Maliki dan Hanbali.Ia mengatakan bahawa
tidak perlu untuk menggantikan puasa sunat Kesimpulan daripada majoriti ulama ini
yang dibatalkan disebabkan unzur atau tidak
kerana puasa sunat bukanlah perkara yang wajib berpandanagan tidak wajib untuk
untuk dilaksanakan.
menggantikan puasa sunat yang batal namun,
ia juga sunat untuk menggantikannya setelah
menghimpunkan hadis Aisyah dan Hafsah yang
diperintahkan Nabi untuk berpuasa ganti
sunat,maka,ia menjadikan hukumnya sunata.
9
ISU
BERKAITAN
GASTRIK
KETIKA
BERPUASA
Penulis Artikel : AINAA MAISARAH
Bulan Ramadhan merupakan Seterusnya,dari segi minuman
bulan dimana semua umat pula,penghidap gastrik perlu
Islam yang cukup syarat- mengurangkan dan megelakkan
syaratnya wajib menunaikan makanan yang mengandungi
Rukun Islam ketiga iaitu kafein,bergas dan beralkohol.Mereka
menjalani ibadah perlu banyakkan minum air kosong
puasa.Namun,penghidap sekurang-kurangnya 2 liter pada
penyakit gastrik mempunyai malam Ramadhan.Dua gelas susu
masalah untuk menahan lapar atau jus buah-buahan yang tidak
dan dahaga pada siang hari berasid seperti pisang semasa
kerana bimbang akan diserang sahur.Di samping itu,penghidap
penyakit itu.Penyakit ini boleh penyakit gastrik juga perlu
disembuh dan tidak sepatutnya mengamaalkan gaya hidup sihat
menjadi alasan untuk tidak seperti berhenti merokok.Mereka juga
berpuasa dan masih ramai pula tidak boleh makan dalam kuantiti
yang tidak percaya bahawa yang banyak ketika berbuka atau
penyakit ini masih boleh bersahur selain tidak melewat-
sembuh.Para pesakit gastrik lewatkan berbuka.Ketika berpuasa
masih boleh berpuasa dengan digalakkan bagi mereka untuk sahur
beberapa cara.Cara pertama di akhir waktu tidak mengambil
ialah melatih diri berpuasa makanan yang berkalori tinggi dalam
separuh hari agar boleh kuantiti yang banyak.Terdapat juga
menyesuaikan diri untuk sejenis ubat yang boleh digunakan
berpuasa.Seterusnya menitik penghidap gastrik iaitu
beratkan penjagaan ''antacids''.Kesimpulannya,Berpuasa
pemakanannya.Mereka perlu tidak menyebabkan gastrisis atau
mengelakkan mengambil menyebabkan seseorang tidak boleh
pemakanan yang berpuasa.Oleh itu janganlah kita
mendatangkan kerangsangan meningalkan puasa kerana ia tidak
pada perut.Seperti makanan memberikan sebarang kesan buruk
pedas,berempah,berminyak,ber malah memberi kesan positif dalam
goreng dan berlemak serta diri seperti dapat merehat perut dan
makanan dalam tin kerana ia amatlah rugi jika kita
mempunyai kandungan asid meninggalkannya di bulan yang mulai
yang tinggi. ini.
10
Sesungguhnya 'ibadah dalam Islam
tidak hanya terbatas kepada
solat,zakat,puasa,haji,berzikir,berdoa
dan beristighfar sebagaimana yang
difahami oleh sesetengah golongan di
kalangan umat islam.Kebanyakan
mereka menyangka bahawa bila
mereka telah menunaikan perkara-
perkara yang fardhu bererti mereka
telah menyempurnakan segala hak
Allah dan kewajipan 'ubudiyyah
terhadap-Nya.
Sebenarnya kewajipan yang besar
dan rukun-rukun asasi walau
bagaimana tinggi kedudukannya,ia
hanyalah sebahagian daraipada
tuntutan 'ibadah yang ditetapkan
Allah.Ia tidak merupakan seluruh
ibadah yang ditetapkan Allah kepada
hamba-hambanya.Kewajipan
tersebut adalah tiang-tiang
utama bagi mengasaskan
dasara dasar ubudiyyah
manusia kepada Allah.Selepas
ini adalah ditutntut bahawa
setiap tindakan yang dilakukan
olehnya mestilah selaras
dengan dasar-dasar
tersebut.Manusia telah dijadikan
Allah dengan tujuan untuk
beribadah kepada Allah.
11
LAMPIRAN
01 ISU SUNTIKAN VAKSIN APABILA BERPUASA DI BULAN
RAMADHAN
02 ISU WAJIB GANTI PUASA SUNAT YANG DIBATALKAN 03 ISU GASTRIK KETIKA BERPUASA
1 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680018/covid-19-ujian-
swab-tidak-membatalkan-puasa-%E2%80%93-mufti-kelantan
2 https://www.astroawani.com/gaya-hidup/ramadan-2021-negara-mana-yang-
berpuasa-paling-lama-dan-singkat-tahun-ini-292834
3 https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tempoh-masa-berpuasa-di-seluruh-
dunia-175664
4 https://ezqurban.org/blog/hukum-berpuasa-kanak-kanak-belum-baligh/
5 https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/5201-al-kafi-1866-hukum-
berpuasa-bagi-kanak-kanak
12